Kuarters

  • Uploaded by: Mohd Zulkarnain
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kuarters as PDF for free.

More details

  • Words: 1,060
  • Pages: 5
BAHAGIAN A TUGASAN INDIVIDU KOMPONEN I (Perintah Am) Soalan 1A

Encik Azlim seorang penjawat awam yang telah menduduki rumah biasa kerajaan pada tahun 2005. Pada tahun 2008, beliau telah memiliki rumah sendiri melalui Pembiayaan Perumahan Kerajaan dalam kawasan lingkungan 20 km dari pejabatnya. Bincangkan tanggungjawab Encik Azlim semasa mendiami rumah biasa kerajaan dan apakah tindakan beliau selepas memiliki rumah sendiri melalui Pembiayaan Perumahan Kerajaan.

Sebagai seorang penjawat awam, Encik Azlim adalah layak untuk menduduki rumah biasa kerajaan di mana beliau perlu untuk mematuhi beberapa syarat yang telah dikenakan oleh pihak kerajaan dan sekiranya beliau didapati melanggar peraturan yang telah ditetapkan, kerajaan adalah berhak untuk mengarahkan beliau mengosongkan rumah berkenaan. Sebagaimana yang kita telah sedia maklum, pihak kerajaan tidak bertanggungjawab

menyediakan

rumah-rumah

kediaman

pegawai,

Walaubagaimanapun ketua jabatan boleh mengarahkan pegawai pindah ke rumah kerajaan untuk kepentingan perkhidmatan. Adalah menjadi tanggungjawab seorang penjawat awam yang telah mendiami rumah biasa kerajaan untuk mematuhi beberapa syarat yang telah digariskan oleh kerajaan. Siapakah yang sebenarnya layak untuk menduduki rumah-rumah kerajaan ini? Berikut adalah senarai-senarai pegawai yang layak menduduki rumah kerajaan atas syarat-syarat tertentu sebagaimana yang telah diperuntukkan dalam perintah am bab E; PEGAWAI YANG BOLEH DISEDIAKAN RUMAH:

(i)

Rumah khas Jawatan. (1) Pegawai-pegawai Tingkatan Utama termasuk Ketua Setiausaha Negeri. (2) Pegawai-pegawai lain yang disediakan rumah khas kerana jawatan

mereka. (ii)

Rumah khas Jabatan. Pegawai yang dikehendaki tinggal berhampiran dengan tempat kerja.

(iii)

Rumah Biasa Kerajaan Boleh diberi kepada pegawai di kawasan-kawasan terpencil dimana rumah sewa sukar diperolehi.

(iv)

Rumah keidaman Luar Negeri Bagi pegawai-pegawai yang bekerja di kedutaan Malaysia di luar negeri.

Dalam senario permasalahan ini, En Azlim adalah termasuk di dalam pegawai yang berkemungkinan berada di kawasan-kawasan terpencil di mana rumah sewa sukar diperolehi. Maka beliau adalah layak untuk menduduki rumah biasa kerajaan seperti mana yang terdapat di dalam perintah am bab E. oleh itu sebagai penjawat awam yang mendiami rumah biasa kerajaan beliau adalah dikehendaki untuk membayar kadar sewa mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh kerajaan berdasarkan kepada Gred jawatan yang disandangnya di dalam jabatan di mana beliau bekerja. Selain itu, kerajaan juga boleh mengarahkan beliau untuk mengosongkan rumah tersebut bagi tujuan kerja-kerja pembaikan dengan memberi tempoh satu bulan serta rumah yang diperuntukan boleh ditarik balik oleh Pegawai Perumahan sekiranya didapati En. Lazim melanggar mana-mana peraturan. Untuk itu En Azlim adalah bertanggungjawab untuk melaksanakan beberapa perkara yang mesti dipatuhi semasa mendiami rumah biasa kerajaan. Perkara pokok yang perlu dilaksanakan adalah, pegawai mesti patuh kepada peraturan yang telah digariskan oleh kerajaan mahupun peraturan yang telah ditetapkan oleh pegawai perumahan. Sekiranya beliau didapati melanggar mana-mana peraturan yang telah digariskan maka beliau dikehendaki mengosongkan rumah kediaman tersebut pada bila-bila masa sahaja. Selain itu sebarang pindaan terhadap rumah biasa kerajaan

adalah dilarang sama sekali melainkan mendapat persetujuan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR). Sebagai contoh, En Azlim ingin mengecat rumah yang didiami itu kepada warna lain selain daripada warna yang telah dicat oleh pihak JKR, jadi langkah yang perlu diambil sebelum mengecat rumah terbabit adalah dengan mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak JKR bagi mengecat rumah itu kepada warna lain. Dia juga dikehendaki untuk menukar warna asal rumah tersebut bila dia keluar kelak. Semasa menduduki rumah biasa kerajaan, seseorang pegawai itu adalah dilarang sama sekali menyewakan rumah yang diduduki itu kepada orang lain tidak kira atas tujuan apa sekalipun. Sekiranya didapati bersalah, seseorang pegawai itu boleh diarahkan untuk mengosongkan rumah tersebut pada bila-bila masa sahaja yang dikehendaki oleh pegawai perumahan. Di samping itu juga En Azlim adalah bertanggungjawab untuk memastikan kawasan yang didiami itu sentiasa bersih serta kemas pada setiap masa. Sekiranya beliau menduduki rumah bertingkat, beliau adalah dilarang untuk menyidai pakaian di kawasan balkoni rumah kerana ianya adalah salah satu daripada tanggungjawab untuk memastikan rumah-rumah biasa kerajaan sentiasa nampak teratur dan kemas. Oleh itu pihak yang mendiami rumah biasa kerajaan mestilah menyidai pakaian yang telah dibasuh di kawasan yang telah disediakan kerana perbuatan ini bukan sahaja melanggar peraturan malah mencacatkan pemandangan di rumah-rumah biasa kerajaan dan sekaligus memberi imej buruk kepada penjawat awam kerajaan. Selain itu tanggungjawab yang perlu dipatuhi oleh pegawai kerajaan semasa menduduki rumah biasa kerajaan adalah penghuni dilarang untuk menternak binatang ternakan seperti lembu, kambing ataupun ikan dalam sangkar. Perbuatan ini bukan sahaja mendatangkan bau busuk malah mengganggu ketenteraman awam ataupun jiran sebelah menyebelah. Ianya juga bagi memastikan kawasan rumah kediaman sentiasa selesa dan kondusif untuk diduduki oleh semua pegawai kerajaan. Di samping itu

juga,

En

Azlim

sebagai

penghuni

rumah

kediaman

kerajaan

adalah

bertanggungjawab untuk melaporkan sebarang kerosakan kepada pihak JKR, walaubagaimanapun sekiranya didapati kerosakan tersebut adalah disebabkan oleh kecuaian En Azlim sendiri, maka beliau sendiri dikehendaki membayar kos kerosakan itu.

Berbalik kepada permasalahan En Azlim di mana pada tahun 2008 beliau telah telah memiliki rumah sendiri melalui Pembiayaan Perumahan Kerajaan dalam kawasan lingkungan 20 km dari pejabatnya. Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2007 bertajuk Mengosongkan Rumah Biasa Kerajaan ada menyatakan bahawa Pegawai-pegawai Kerajaan yang menduduki Rumah Biasa Kerajaan, bertugas dan memiliki rumah sendiri melalui pembiayaan Skim Pinjaman/ Pembiayaan Perumahan Kerajaan dalam kawasan lingkungan 25 kilometer yang ditetapkan, dikehendaki mengosongkan Rumah Biasa Kerajaan apabila rumah yang dimiliki melalui skim tersebut siap dan selamat untuk diduduki.

Kawasan lingkungan 25 kilometer bagi kawasan perumahan Kerajaan Persekutuan adalah ditetapkan daripada bangunan kekal atau mercu tanda seperti berikut: 1. Bangunan Perdana Putra bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya; 2. Bangunan Sultan Abdul Samad bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Petaling Jaya; 3. Bangunan Dewan Serbaguna, Kompleks Kediaman Kakitangan Awam Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bagi Nilai, Negeri Sembilan; dan 4. Bangunan Dewan Serbaguna, Kompleks Kediaman Kakitangan Awam di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin bagi Gelang Patah, Johor.

Oleh itu, En Azlim adalah dikehendaki untuk mengosongkan rumah biasa kerajaan yang diduduki ketika ini dalam tempoh 45 hari daripada tarikh rumah tersebut siap dan selamat untuk diduduki. Jadi beliau adalah dikehendaki membuat laporan mengosongkan rumah tersebut dan kemudian menyerahkan kunci kepada pegawai

perumahan dan menandatangani sijil akuan keluar rumah. Secara keseluruhannya, bagi pegawai yang menduduki rumah biasa kerajaan, mereka adalah tertakluk kepada arahan dan peraturan yang telah ditetapkan. Sekiranya seseorang pegawai itu ingkar terhadapa mana-mana peraturan atau undang-undang yangtelah digariskan oleh kerajaan, maka kerajaan adalah berhak untuk mengarahkan penghuni rumah biasa kerajaan tersebut untuk mengosongkan rumah tersebut pada bila-bila masa sahaja. Dan bagi mereka yang telah mempunyai rumah di sekitar 25 km radius daripada manamana mercu tanda yang telah ditetapkan oleh kerajaan mereka perlu untuk mengosongkan rumah biasa kerajaan dalam masa 45 hari dari tarikh rumah tersebut siap dan selamat untuk diduduki.

Related Documents

Kuarters
June 2020 31

More Documents from "Mohd Zulkarnain"

Apa Itu 5r Complete)
June 2020 18
Isu Murtad
June 2020 19
Dasar Kerajaan
June 2020 23
Kuarters
June 2020 31
Apa Itu 5r!
June 2020 52