Kerajaan Peruntuk Rm2j Bina Tukun Dasar Lembut

  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kerajaan Peruntuk Rm2j Bina Tukun Dasar Lembut as PDF for free.

More details

  • Words: 289
  • Pages: 1
kerajaan peruntuk rm2j bina tukun dasar lembut langkawi 1 nov. - kerajaan memperuntukkan rm2 juta bagi membina tukun tiruan dasar lembut menerusi rancangan malaysia kesembilan (rmk-9) bagi memenuhi matlamat mempertingkatkan hasil pendaratan ikan negara kepada dua juta tan metrik setahun mulai tahun depan. timbalan ketua pengarah jabatan perikanan, ahmad sabki mahmod berkata, sasaran pengeluaran itu melibatkan sumber ikan laut dalam sebanyak 500,000 tan metrik, akuakultur sebanyak 600,000 tan metrik dan perikanan laut pantai iaitu 900,000 tan metrik. menurutnya, projek itu telah mula dilaksanakan di kuala langat, selangor dengan pemasangan 20 unit tukun tiruan manakala 33 unit lagi di pulau payar sementara 16 unit lagi masing-masing di kuala teriang, kuala langat, kuala selangor dan sabak bernam akan siap dibina menjelang akhir tahun ini. beliau berkata, pihaknya menjangka golongan nelayan pantai selepas ini bakal menerima pendapatan lebih rm3,000 sebulan dengan langkah pengurusan sumber laut yang efektif ini. selepas ini, ujar beliau, pihaknya akan mencadangkan agar tiada lagi pukat hanyut atau tunda digunakan di kawasan tukun sebaliknya nelayan boleh menggunakan pancing yang menjamin hasil 100 kilogram sehari. “buat masa ini, jabatan perikanan telah menerima sebanyak 78 buah bot dan lesen yang digunakan oleh nelayan pantai di zon b untuk tujuan pelupusan sebagai sebahagian projek transformasi nelayan pantai kepada nelayan laut dalam. “tetapi bagi mereka yang masih ingin terus menjadi nelayan pantai pula digalakkan mengguna peralatan mesra sumber yang dapat meningkatkan hasil tangkapan sebanyak empat kali ganda berbanding sekarang,” katanya. beliau berkata demikian ketika berucap mewakili timbalan menteri pertanian dan industri asas tani, datuk seri mohd. sharif omar pada majlis pelancaran tukun dasar lembut di telaga harbour di sini, hari ini. sebanyak 16 unit tukun tiruan bernilai rm200,000 dilancarkan dengan konsep ‘pangsapuri ikan’ setinggi tiga tingkat hari ini, direka khas oleh jabatan perikanan.

Related Documents