Bubur Ayam

  • Uploaded by: FATIN HAFIZAH MOHAMMAD SUKRI
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bubur Ayam as PDF for free.

More details

  • Words: 689
  • Pages: 5
Bubur Ayam (I) Sumber: Majalah Jelita Mac 1992 Hits: 24693 Rating: 5.24 Review: 1 Email this Recipe Print this Recipe Bahan-Bahan: 300 gm beras, dicuci bersih 2 sm halia, dititik 3 batang serai, dititik ½ ekor ayam Air secukupnya Garam secukupnya Sedikit daun bawang dan daun sup Cara: Beras, halia, ayam, serai dan air direbus hingga beras hancur. Masukkan garam. Kacau hingga rata. Apabila beras hancur, angkat dan keluarkan ayam. Ambil isi ayam dan masukkan semula ke dalam bubur. Kacau hingga rata. Masak sebentar lagi baru diangkat. Ketika menghidang taburkan daun bawang dan daun sup.

Bubur Ayam (II) Sumber: Masakkan Idaman Melayu 1977 Hits: 4078 Rating: 8.50 Review: 0 Email this Recipe Print this Recipe Bahan-Bahan: 1 ekor ayam (disiang, dipotong kecil-kecil & diperasakan) Garam & lada sulah secukup rasa 1.2 liter air 4 ulas bawang merah (dicincang) 5 cm halia (dihiris) 250 gm udang hidup (dibuang kulit & uratnya) 1 cawan beras (dikosek & ditoskan) 1 sudu kicap cair 1 cawan pati santan 2 tangkai daun bawang (dicincang) 1 tangkai daun sup (dicincang) Serbuk perasa secukup rasa Bahan Tambahan: 3 sudu bawang merah goreng 1 keping telur dadar (digulung & dihiris halus) 6-8 batang lada merah (dibuang bijinya & dicincang) Kicap cair & kicap pekat Cara: Satukan ayam yang telah diperasakan, air, bawang merah & halia dalam sebuah periuk. Jerang di atas api yang sederhana & biarkan hingga mendidih. Masukkan udang & masaklah selama 1 minit. Masukkan beras, kicap cair, serbuk perasa & perasakan secukup rasa. Masak hingga mendidih, kemudian kecilkkan api. Didihkan perlahan-lahan dengan bertutup selama 20-30 minit, dengan mengacaunya selalu untuk mengelakkan daripada melekat & berkerak. Masaklah hingga berasnya kembang, kemudian masukkan santan. Sesuaikan rasanya & masak dengan berkacau selama 5 minit. Angkat dari api & isikan ke dalam mangkuk. Hiaskan dengan daun bawang & daun sup. Hidangkan panaspanas, dengan bahan-bahan tambahan dalam pinggan yang berasingan. Bubur Lambuk Segera Kiriman: kumang gawai Sumber: sendiri Hits: 842 Rating: 3.60 Review: 0 Email this Recipe Print this Recipe

Bahan-Bahan: Beras 1 pot secubit halba segenggam udang kering garam secukup rasa daun kunyit bawang putih hiris lobak merah potong dadu (jika rajin dan suka) bawang goreng (jika suka) secubit serbuk lada putih santan daun sup Cara: -masukkan beras, bawang, udang kering, haba, daun kunyit, lobak merah ke dalam periuk yang berisi air dan rebus sehingga mendidih - masukkan santan, bawang goreng, serbuk lada putih, daun sup -masak dalam lima minit, tutup api. Cadangan Hidangan: -taburkan cili merah hiris Tambahan: -terlalu senang untuk di masak. -cuba yang original resepi dan kemudian boleh banding kelainan rasa untuk tambahan-tambahan lain -jika suka boleh tambah ayam atau daging hiris atau kedua-duanya sekali - boleh juga dimasukkan kacang peas untuk kelainan rasa -sekiranya ada kuah sup lebihan makan sebelumnya, cuma tambah sahaja bahan-bahan dan tambah air jika perlu untuk rasa yang berbeza

Bubur Caca (I) Sumber: Majalah Wanita Disember 1999 (Keluaran Khas) Hits: 2757 Rating: 6.75 Review: 0 Email this Recipe Print this Recipe Bahan-Bahan: 500 gm keledek 250 gm keladi 1 liter santan 2 helai daun pandan 100 gm tepung caca (tepung gunting berwarna-warni) Sedikit garam sebagai perasa. Cara: 500 gm keledek dan keladi, dikupas dan dipotong dadu. Rebus keledek dan keladi sehingga empuk. Rebus tepung caca hingga lembut, masukkan ke dalam rebusan keledek dan keladi. Masukkan santan bersama daun pandan, kemudian masukkan sedikit garam. Kacau perlahan-lahan hingga santan mendidih, dan angkat untuk sejukkan.

Bubur Ayam Sedap Kiriman: norasekin Sumber: fr my sis Hits: 848 Rating: 8.00 Review: 0 Email this Recipe Print this Recipe Bahan-Bahan: 1 cwn beras (dicuci terlebih dahulu) 5 cawan air ½ inch halia (dihiris) 1 batang kulit kayu manis 2 biji bunga cengkih 1 biji bunga lawang 2 biji buah pelaga 1 ketul kiub ayam 2 ketul ayam (dipotong dadu) 1 biji lobak merah (dipotong dadu) sedikit serbuk lada hitam bawang goreng (utk hiasan) daun sup (dihiris utk hiasan) 1 biji lada merah (dihiris utk hiasan) Cara: -masukkan semua bhn2 di atas (kecuali bhn utk hiasan)dan masak sehingga nasi kelihatan empuk. -kemudian letak bhn2 utk hiasan sebelum dihidangkan. Cadangan Hidangan: sekiranya nampak kering, masukkan air panas dan kacau hingga sebati. Tambahan: sedap dimakan sebagai sarapan pagi. selamat mencuba.

Related Documents

Bubur Ayam
November 2019 39
Aneka Bubur
October 2019 19
Bubur Cha Cha
June 2020 25
Ayam Kfc.docx
April 2020 18
Embrio Ayam
August 2019 29

More Documents from "Trii Dewii Sisterhood"

Bab4 -. Perubahan E
November 2019 37
Peranan Wang
April 2020 20
Bab 2.1 Permintaan-1
November 2019 38
Info Transfer2
November 2019 39
Muet Strategies
November 2019 38