Bincangkan Sejarah Penggubalan Undang-undang Merdeka Oleh Suruhanjaya Reid._zulkifli

  • Uploaded by: Mohd Noh bin Md. Yunus
  • 0
  • 0
  • July 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bincangkan Sejarah Penggubalan Undang-undang Merdeka Oleh Suruhanjaya Reid._zulkifli as PDF for free.

More details

  • Words: 4,115
  • Pages: 17
Kerajaan dan Perlembagaan Malaysia SKSJ2153

1

Soalan: 1.Bincangkan sejarah penggubalan undang-undang merdeka oleh Suruhanjaya Reid. Jawapan: 1.0 Pendahuluan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu merupakan satu detik keramat dalam diari seluruh penduduk negara ini. Inilah saat dan masa yang amat dinanti-nantikan setelah sekian lama menunggu kebebasan dari belenggu penjajah. Masih terngiangngiang lagi kalimat yang menitip dari bicara Tunku Abdul Rahman, Bapa Kemerdekaan sewaktu beliau melangkah kakinya menuju ke satu destinasi penentu bagi meleraikan penantian yang penuh penyeksaan ini demi memartabatkan bangsanya dan tanah air tercinta. ” Saya mesti memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu dan membawa kembali dari London tarikh kemerdekaan Tanah Melayu iaitu pada 31 Ogos 1957. Saya tidak akan berganjak sedikit pun kerana saya cukup yakin kepada kekuatan kita untuk mencapai kemerdekaan. Saya sudah masuk ke gelanggang politik dengan azam hendak berkorban habis-habisan kerana bangsa dan tanah air. Hanya kepada Allah saya berserah ”.Inilah petikan dari kata-kata Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj sebelum meninggalkan Tanah Melayu bersama rombongannya kerana menuntut kemerdekaan di London. Pemilihan tarikh kemerdekaan ini seperti ditetapkan oleh Persidangan Majlis Mesyuarat Agong UMNO di Kuala Lumpur mulai 24 hingga 26 Disember 1955. Usaha mencapai kemerdekaan dan membebaskan Tanah Melayu daripada penjajah bermula apabila Parti Perikatan menuntut kerajaan sendiri. Satu Suruhanjaya bebas telah dilantik untuk mengkaji dan mengesyorkan perubahan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Berikutan itu satu rombongan telah dipilih bagi mengadakan perundingan mengenai tuntutan itu dengan kerajaan British di London.1 1

Anon, 2007, hlm. 107

Kerajaan dan Perlembagaan Malaysia SKSJ2153

2

2.0 Pengenalan Suruhanjaya Reid Suruhanjaya Reid merupakan sebuah suruhanjaya bebas yang berperanan merangka Perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu sebelum Tanah Melayu memperoleh kemerdekaan daripada Britain pada 31 Ogos 1957. Suruhanjaya ini telah dinamakan sempena nama pengerusinya iaitu seorang hakim Mahkamah Rayuan England, Lord William Reid. Suruhanjaya Reid juga adalah rentetan daripada Pilihan raya umum yang pertama ditandingkan pada tahun 1955. Parti-parti seperti PAS, Parti Negara di bawah pimpinan Dato' Onn bin Jaafar, Parti Buruh, Parti Progresif Perak, Parti Perikatan UMNO-MCAMIC dan sebagainya bertanding dalam pilihan raya umum tersebut. Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. 1 kerusi lagi dimenangi oleh PAS. Dengan kemenangan dalam pilihan raya, kabinet kerajaan telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri yang pertama. Dalam pilihanraya yang telah diadakan pada 27 Julai 1955, pihak Perikatan (UMNO, MCA, MIC) telah membentangkan satu manifesto yang agak luas kepada orang ramai. Perkara yang penting dalam manifesto itu ialah pihak Perikatan berjanji akan mencapai kemerdekaan dalam masa empat tahun. Manakala di bidang perlembagaan dan politik, Perikatan berjanji hendak menegak dan melindungi kedudukan RajaRaja Melayu sebagai Raja Berpelembagaan di dalam negeri masing-masing. Selain itu, mereka mendesak supaya dilantik sebuah Suruhanjaya Bebas yang khas untuk menggubal satu perlembagaan baru. Penggubal perlembagaan ini akan memberi perhatian kepada kedudukan Raja-Raja Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu. Pihak Perikatan menyatakan tujuannya hendak mengkaji soal imigresen untuk melindungi kedudukan orang Melayu dan rakyat negara ini. Perikatan hendak mengadakan parlimen yang mempunyai dua dewan. Ahli-ahli Dewan Rakyat hendaklah semuanya dipilih oleh rakyat. Perikatan juga berjanji untuk ” menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negeri ini, dalam tempoh sepuluh tahun...” Butir-butir yang

Kerajaan dan Perlembagaan Malaysia SKSJ2153

3

lain di dalam manifesto pilihanraya Perikatan ialah tentang pertanian, ekonomi, kewangan darurat, perikanan, perumahan, buruh dan lain-lain.2

3.0 Rombongan Tunku Abdul Rahman ke London Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai suatu rombongan ke London untuk membincangkan perkara-perkara mengenai kemerdekaan. Rundingan ini mengambil masa tiga minggu di London. Rundingan yang bermula pada 18 Januari hingga 6 Februari 1956 itu berlangsung dalam suasana penuh persefahaman serta sifat terbuka kerajaan British itu akhirnya mencapai kejayaan apabila segala tuntutan rombongan merdeka itu diterima dan dipersetujui. Rundingan tersebut diadakan di Rumah Lancastet yang juga merupakan tempat rundingan antarabangsa bersejarah selepas Perang Dunia Kedua. Persidangan ini diadakan selepas hampir genap lapan tahun Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani. Perjanjian London 1956 ditandatangani pada 8 Februari 1956 yang menyatakan persetujuan memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Sekembali ke Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh kemerdekaan di Melaka.3 Mengikut perjanjian itu, kemerdekaan bagi Tanah Melayu akan diisytiharkan pada 31 Ogos 1957. antara perkara-perkara yang tercatat dalam perjanjian merdeka itu ialah perubahan-perubahan berkaitan dengan kementerian dan jabatan bagi Persekutuan Tanah Melayu dan pemansuhan jawatan Penasihat British. Perubahan-perubahan itu dengan sendirinya akan mengakibatkan berlakunya beberapa pindaan dalam perjanjianperjanjian negeri, perlembagaan negeri dan perjanjian Persekutuan.4 Rombongan itu disertai oleh empat otrang wakil Perikatan dan empat wakil Raja Melayu iaitu Menteri Besar Perak Datuk Panglima Bukit Gantang sebagai ketua, Menteri 2

Zainal Abidin bin Abdul Wahid et. al, 1992, hlm. 230. http://www.i-putra.com.my/announcement/sej_merdeka_more.htm 14/11/2009 4 Zakiah Hanum et al, 1980. 3

Kerajaan dan Perlembagaan Malaysia SKSJ2153

4

Besar Selangor Abdul Aziz Abdul Majid, Menteri Besar Johor Datuk Mohamad Seth Mohammad Said, bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Ahmad Kamil Mahmood sertaSetiausaha Majlis, Abdul Kadir Shamsuddin. Sementara itu, wakil Parti Perikatan yang menyertai rombongan ke London ialah Ketua Menteri dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Tunku Abdul Rahman sebagai ketua,

Menteri Pelajaran

Persekutuan Dato’ Abdul Razak Hussein, Menteri

Pengangkutan H.S. Lee, Menteri Hasil Bumi Dr. Ismail Abdul Rahman serta Setiausaha T.H. Tan. Rombongan itu turut mendapat sokongan penuh daripada setiap lapisan masyarakat dan parti lain seperti Parti Negara, Parti Buruh, Parti Rakyat selain wakil masyarakat Serani.5

Pembentukan Suruhanjaya Reid Dari segi sejarah, apabila rundingan Tunku Abdul Rahman menuntut kemerdekaan bagi Persekutuan Tanah Melayu dengan Kerajaan British menampakkan hasil yang positif, dan kemerdekaan telah pun dijanjikan, Kerajaan British telah membentuk satu Suruhanjaya Perlembagaan Merdeka yang diketuai oleh Lord Reid dari Britain untuk menggubal satu perlembagaan bagi Tanah Melayu yang merdeka. Suruhanjaya ini yang juga dikenali sebagai Suruhanjaya Reid mula dibentuk pada bulan Mac 1956. Suruhanjaya Reid ini dianggotai oleh pakar-pakar perlembagaan dan perundangan dari Kanada, India, Pakistan, Australia dan Britain.6 Menurut laman web i-putra.com pula, Pada tahun 1956, suatu Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel ditubuhkan untuk menggubal perlembagaan. Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel atau lebih dikenali sebagai Suruhanjaya Reid yang dipengerusi oleh Lord Reid dari Britian. Ia terdiri daripada pakar-pakar undang dari negara

5

Anon, 2007, hlm. 108. http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?e=STPM&s=PAM&b=FEB&m=1&t=&r=g&i=PNP 14/11/2009

6

Kerajaan dan Perlembagaan Malaysia SKSJ2153

5

Komanwel. Laporan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Reid dipinda oleh Jawatankuasa Kerja dan diluluskan oleh Majlis Undangan Persekutuan.7 Tugas utama Suruhanjaya Perlembagaan Kemerdekaan ini ialah untuk menggubal satu perlembagaan yang berbentuk Persekutuan dan boleh dilaksanakan di Tanah Melayu dengan mengekalkan ciri-ciri demokrasi berparlimen ala Kerajaan British. Terdapat beberapa memorandum yang dikemukakan oleh berbagai pihak untuk dikaji oleh suruhanjaya ini. Bermula dari bulan Jun 1956 hinggalah bulan Februari 1957, suruhanjaya ini telah mengkaji sejumlah 131 memorandum, mengadakan 118 kali mesyuarat dan juga mendengar beberapa rayuan tidak rasmi. Laporan Suruhanjaya ini telah diperbahaskan oleh berbagai-bagai pihak, terutamanya oleh parti-parti politik dan dewan-dewan perniagaan kaum tertentu. Akhirnya perlembagaan baru itu telah diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan pada bulan Jun 1957. Ia mula dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957. Suruhanjaya tersebut telah menyerahkan draf kerja atau laporan pada Februari 1957 yang telah diperhalusi oleh Jawatankuasa Kerja. Jawatankuasa Kerja diwakili oleh empat orang pemerintah Melayu, empat orang lagi daripada parti yang memenangi pilihanraya pertama iaitu Parti Perikatan, Suruhanjaya Tinggi British, Setiausaha Agung, dan Peguam Negara. Perbincangan mengenai laporan yang dikeluarkan mengambil masa dua bulan dan apabila pindaan telah diterima, rang perlembagaan itu dirujuk kepada Majlis Rajaraja untuk disahkan. Kemudian rang perlembagaan itu dibincangkan semula dengan kerajaan British. Cadangan Suruhanjaya Reid diterima oleh Parlimen British pada Jun 1957. Draf perlembagaan dibentang untuk diluluskan Majlis Perundangan Persekutuan. Rang Perlembagaan itu telah diperkenankan oleh Majlis Raja-raja pada bulan Jun 1957 dan Majlis Undangan Persekutuan telah menerima dan meluluskannya pada 15 Ogos 1957 dan Perlembagaan tersebut berkuatkuasa pada 27 Ogos. (Walau bagaimanapun, secara rasminya pada 31 Ogos iaitu selepas kemerdekaan.) Perlembagaan tersebut kemudiannya telah dipinda dengan beberapa perubahan kecil bagi menyesuaikannya menjadi 7

http://www.i-putra.com.my/announcement/sej_merdeka_more.htm.14/11/2009

Kerajaan dan Perlembagaan Malaysia SKSJ2153

6

Perlembagaan Malaysia apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak lalu membentuk Malaysia.8

4.0 Ahli Suruhanjaya Reid Antara ahli yang menganggotai Suruhanjaya Reid ialah: •

Lord William Reid - Pengerusi



Sir Ivor Jennings - Britain



Sir William McKell - Australia



Hakim B Malik - India



Hakim Abdul Hamid - Pakistan

6.0 Cadangan Suruhanjaya Reid Menurut Laporan Suruhanjaya Reid, kerajaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka akan diketuai seorang Raja. Di samping itu, sistem kerajaan bersekutu yang sedia ada akan diteruskan iaitu dengan kewujudan kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Raja-raja Melayu pula akan terus kekal sebagai ketua negeri masing-masing manakala bagi negeri yang tidak beraja seperti Pulau Pinang dan Melaka, ia akan bergabung dalam Persekutuan dan diketuai oleh Yang Dipertua (berperanan seperti Gabenor). Corak pemerintahan yang telah dipersetujui ialah menggunakan corak demokrasi dan ahli Parlimen akan dipilih melalui pilihan raya umum untuk mewakili rakyat dan mengawal pentadbiran kerajaan.9

8

http://ms.wikipedia.org/wiki/Suruhanjaya_Reid 14/11/2009

9

http://ms.wikipedia.org/wiki/Suruhanjaya_Reid 14/11/2009

Kerajaan dan Perlembagaan Malaysia SKSJ2153

7

7.0 Pindaan laporan Suruhanjaya Reid Antara pindaan yang telah dibuat ke atas Suruhanjaya Reid ialah pindaan berkaitan soal bahasa. Suruhanjaya Reid mencadangkan supaya bahasa Cina dan bahasa Tamil boleh digunakan di dalam Parlimen dan Dewan Negeri. Cadangan ini telah ditolak tetapi hak orang Cina dan India menggunakan bahasa masing-masing sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah telah diterima. Cadangan mengenai agama juga dipinda dan walaupun rumit, agama Islam tetap diterima sebagai agama rasmi Persekutuan. Pindaan ini diterima oleh orang bukan Melayu kerana menjamin hak setiap rakyat Persekutuan Tanah Melayu untuk bebas menganut agama sendiri. Lagi satu pindaan dibuat ke atas laporan Suruhanjaya Reid adalah hak istimewa orang Melayu yang menurut suruhanjaya tersebut, hak keistimewaan orang Melayu hendaklah dipertimbangkan selepas 10 tahun merdeka. Cadangan ini ditolak sebaliknya dipersetujui bahawa hak istimewa ini dipertimbangkan dari semasa ke semasa atas arahan Yang di-Pertuan Agong. Terdapat beberapa syor lain yang dipinda dan semua pindaan dilakukan selepas perbincangan terperinci di antara semua pihak yang terlibat yang menunjukkan terdapatnya tolak ansur di kalangan rakyat pelbagai kaum di Tanah Melayu.10

8.0 Pengisytiharan Kemerdekaaan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani oleh Raja-Raja Melayu dan Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Donald MacGallivry di King’s House Kuala Lumpur, pada 5 Ogos 1957. Perjanjian ini mengekalkan sebahagian besar struktur Perjanjian Persekutuan 1948. Antara isi perjanjian yang dikekalkan ialah kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai Raja Berpelembagaan, pembahagian kuasa antara kerajaan persekutuan

10

http://ms.wikipedia.org/wiki/Suruhanjaya_Reid 14/11/2009

Kerajaan dan Perlembagaan Malaysia SKSJ2153

8

dengan kerajaan negeri, Menteri Besar sebagai ketua eksekutif negeri, kuasa kewangan dipegang oleh kerajaan persekutuan dan lain-lain kuasa berkaitan pemerintahan. Pada pukul 12.00 tengah malam 30 Ogos 1957, bendera Union Jack diturunkan di Padang Kelab Selangor sebagai menandakan berakhirnya penjajahan British di Tanah Melayu dan digantikan dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka. Upacara bersejarah ini disaksikan oleh Yang di-Pertuan Agong yang pertama, Tuanku Abdul Rahman ibni Al-Marhum Tuanku muhammad, kesemua Raja Melayu dan wakilwakil kerajaan asing. Pada hari yang sama, kabinet Persekutuan Tanah Melayu yang pertama diumumkan.11 Apabila tarikh Kemerdekaan telah ditentukan, Tunku telah mengarahkan Jabatan Kerja Raya untuk membina sebuah stadium terbuka yang akan dijadikan tempat pengistiharan Kemerdekaan. Tunku memilih sendiri lokasinya, di sebuah bukit yang rendah berdekatan Jalan Birch dan stadium itu dinamakan 'Stadium Merdeka'. Di Stadium Merdeka, Tunku berdiri gagah menerima ketibaan Duke of Gloucester yang memakai pakaian istiadat ketenteraan British berpangkat Field Marshall. 'God Save The Queen' berkumandang ketika Duke of Gloucester yang merupakan pakcik Queen Elizabeth II masuk dan mengambil tempat. Duke telah diiringi oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Donald MacGillivray. Raja-raja Melayu pula duduk dipayungi oleh sembilan payung kuning, Yang DiPertuan Agong pula duduk di tengah-tengah, di kirinya Tunku dan di kanannya Duke. Duke kemudiannya menyerah 'Instrumen Kemerdekaan' yang mana merupakan suatu pengakuan British bahawa ia menyerahkan kedaulatan Pulau Pinang dan Melaka kepada negara baru ini dan seterusnya menarik balik 'perlindungan' yang diberikan kepada negeri-negeri Melayu. Tunku kemudiannya membacakan pengistiharan Kemerdekaan yang antara lainnya menyebut "Dengan nama Allah, Persekutuan Tanah Melayu untuk selamanya sebuah negara yang demokratik dan Merdeka". Acapkali suaranya tenggelam dan 11

Ruslan Zainuddin et al, 2005, hlm. 163-164.

Kerajaan dan Perlembagaan Malaysia SKSJ2153

9

pekikan Merdeka! Merdeka! Merdeka! oleh rakyat sebuah negara baru yang lahir dari suatu perjuangan yang suci. Seorang anak bangsa yang menyaksikan segalanya di depan mata, menghuraikan pengalamannya, Hujan renyai-renyai menghiasi pagi. Tanpa disedari linangan air mata membasahi pipi. Stadium Merdeka dibanjiri oleh anak-anak bangsa yang datang dari setiap pelusuk negeri. Masing-masing hadir dengan harapan yang tinggi. Menjadi saksi, satu peristiwa yang penuh bererti, yang tidak akan dilupai tersemat disanubari sampai mati. Merdeka telah kita miliki 'Merdeka! Merdeka! Merdeka!12

9.0 Mencapai Kemerdekaan Cara Tanah Melayu mencapai kemerdekaan adalah dianggap istimewa. Dalam pilihanraya yang diadakan pada tahun 1955, Perikatan telah mengemukakan dasar politiknya yang berharap akan mencapai kemerdekaan dalam masa empat tahun . Namun begitu, dalam tempoh dua tahun Tanah Melayu telah merdeka. Ada dua perkara utama yang menyebabkan demikian, iaitu kesanggupan bangsa Melayu dan kaum-kaum Cina dan India bersatu dalam satu perikatan politik, dan wujudnya keadaan darurat. Keadaan darurat menjadi faktor yang penting dalam mempercepatkan langkah ke arah kemerdekaan. Walau bagaimanapun di peringkat awal, keadaan darurat itu lebih merupakan faktor yang menghalang. Pada ketika itu, Britain berpendapat bahawa usahausaha mestilah ditumpukan untuk menghapuskan pemberontakan komunis dari segi ketenteraan. Lantaran itu, kemajuan perlembagaan dan politik terpaksalah ditangguhkan. Pencapaian kemerdekaan juga merupakan satu pukulan yang hebat kepada Parti Komunis Tanah Melayu. Parti itu tidak dapat lagi merayu kepada orang ramai dengan menggunakan dasar antipenjajah. Sebenarnya, selepas merdeka ia dianggap sebagai parti antikebangsaan. Namun demikian, parti Komunis Malaya terus menentang Kerajaan 12

http://www.i-putra.com.my/announcement/sej_merdeka_more.htm 14/11/2009

Kerajaan dan Perlembagaan Malaysia SKSJ2153 10 Perikatan dengan mengatakan kemerdekaan yang dicapai itu tidak penuh, dan Perikatan masih di bawah telunjuk pihak British. Terdapat faktor-faktor lain yang mendorong ke arah pencapaian kemerdekaan. Misalnya, tahun 1955 ialah tahun PersidanganAfro-Asia di Bandung, iaitu satu peristiwa yang menggerakkan perjuangan yang lebih bersemangat menentang penjajahan. Dasar dan bentuk Perikatan itu menjadi satu pertimbangan yang menyebabkan Kerajaan British tidak keberatan untuk memenuhi tuntutan rakyat Tanah Melayu, terutama sekali apabila Perikatan mendapat sokongan besar daripada rakyat. Perikatan sentiasa memelihara kepentingan Britain di Tanah Melayu. Di samping itu, Britain telah pun mendapatkan perjanjian daripada Perikatan dan Raja-Raja Melayu untuk saling bantu membantu antara satu sama lain dalam satu perjanjian pertahanan yang akan menjaga kepentingan ekonomi dan siasah Britain di Tanah Melayu.13

10.0 Ciri-ciri Perlembagaan 1957 Perlembagaan 1957 adalah satu dokumen yang agak istimewa. Sungguhpun Perlembagaan ini digubal oleh orang asing, tetapi ia disandarkan kepada beberapa faktor sejarah Tanah Melayu yang lampau. Ini berlaku kerana Suruhanjaya Perlembagaan Reid perlu memberi pertimbangan kepada memorandum yang telah diterimanya dan kenyataan lisan yang telah didengarnya. Perlembagaan ini bercorak demokrasi, iaitu demokrasi berparlimen. Sesetengah orang mungkin berkata bahawa demokrasi merupakan konsep Barat, lantaran itu ia asing untuk diamalkan oleh Tanah Melayu. Akan tetapi aspek-aspek demokrasi telah diamalkan di negara ini sebelum kedatangan pihak British lagi.14 Terdapat empat ciri Perlembagaan 1957 yang telah dirangka, iaitu struktur kerajaan, pemberian taraf kewarganegaraan, peruntukan tentang bahasa dan peruntukan yang berhubung dengan agama Islam dan kedudukan istimewa orang Melayu.

13 14

Zainal Abidin bin Abdul Wahid et al, 1992, hlm. 238-239. Ibid

Kerajaan dan Perlembagaan Malaysia SKSJ2153 11 Ciri Perlembagaan yang pertama ialah struktur kerajaan. Ia mengandungi empat ciri utama. Pertama, Ketua Negara bagi Persekutuan Tanah Melayu ialah Yang di-Pertuan Agong yang dipilih daripada kalangan sembilan orang Raja Melayu. Baginda memegang jawatan itu untuk tempoh lima tahun. Kedua, ketua kerajaan bagi Persekutuan Tanah Melayu ialah Perdana Menteri yang dilantik di kalangan parti yang mempunyai suara terbanyak dalam Dewan Rakyat. Perdana Menteri akan menubuhkan Kabinet yang menjadi badan tertinggi dalam menggubal dasar-dasar kerajaan. Ketiga, sebuah badan perundangan di peringkat persekutuan, iaitu Parlimen yang terdiri daripada Dewan rakyat dan Dewan Negara. Dewan Rakyat mempunyai 104 orang ahli yang dipilih melalui pilihan raya untuk tempoh lima tahun. Dewan Negara pula terdiri daripada 38 orang ahli dan mereka berkhidmat selama enam tahun. Keempat, ketua perlembagaan di peringkat negeri ialah raja atau gabenor. Setiap negeri mempunyai Majlis Undangan Negeri yang dipilih melalui pilihan raya untuk tempoh lima tahun. Pentadbiran negeri diketuai oleh seorang Menteri Besar atau Ketua Menteri. Ciri Perlembagaan yang kedua ialah pemberian taraf

kewarganegaraan. Ia

dilaksanakan berasaskan kepada lima perkara. Pertama, taraf warganegara diberi kepada mereka yang menjadi warganegara Persekutuan sebelum hari Merdeka. Kedua, semua orang yang dilahirkan di Tanah Melayu pada atau selepas Hari Merdeka. Ketiga, mereka yang berumur 18 tahun ke atas yang dilahirkan di Persekutuan Tanah Melayu dan telah bermastautin selama lima daripada tujuh tahun yang terdahulu, boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dan mengangkat sumpah taat setia. Keempat, mereka yang berumur 21 tahun ke atas yang dilahirkan di luar Persekutuan Tanah Melayu, tetapi telah bermastautin selama lapan daripada 12 tahun yang terdahulu, boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dan mengangkat sumpah taat setia. Dan kelima, pemilikan dua kerakyatan tidak dibenarkan, kecuali bagi mereka yang memiliki kerakyatan Komanwel. Ciri Perlembagaan yang ketiga pula ialah peruntukkan tentang bahasa. Ia mengandungi dua perkara. Pertama, Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan di Tanah Melayu. Pembelajaran dan penggunaan bahasa-bahasa asing yang lain secara umumnya tidak dilarang. Kedua, Bahasa Inggeris boleh digunakan dalam persidangan

Kerajaan dan Perlembagaan Malaysia SKSJ2153 12 Majlis Mesyuarat Undangan dan mahkamah atau lain-lain urusan rasmi dalam tempoh sepuluh tahun selepas merdeka. Ciri Perlembagaan yang keempat dan terakhir ialah peruntukan yang berhubung dengan agama Islam dan kedudukan istimewa orang Melayu. Ia mengandungi dua perkara. Pertama, Agama Islam dijadikan agama rasmi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas di mana-mana tempat dalam Persekutuan. Kedua, kedudukan istimewa orang Melayu dijamin oleh perlembagaan, iaitu berhubung dengan pemberian tanah di kawasan simpanan, kouta dalam perkhidmatan awam dan perkhidmatan lain serta keutamaan dalam pemberian biasiswa, lesen perniagaan dan lainlain bantuan kerajaan.15

11.0 Tentangan terhadap Memorandum Perikatan Terdapat tentangan terhadap memorandum Perikatan ini. Banyak persatuan Perniagaan Cina di Tanah Melayu menentang peruntukan mengekalkan kedudukan istimewa orang Melayu dan kegagalan untuk menjadikan bahasa Cina sebagai salah satu daripada bahasa rasmi. Ada juga orang Melayu yang menentang pendirian yang diambil oleh UMNO, kerana mereka menganggap UMNO terlalu bermurah hati, terutama sekali mengenai soal kerakyatan. Mereka berpendapat bahawa satu undang-undang memberi hak kerakyatan akan mendatangkan kesan yang serta merta. Orang-orang yang berkelayakan itu boleh menjadi rakyat dan menikmati hak-hak dan tanggungjawab kerakyatan dengan sebegitu mudah seumpama menerima makanan yang sedia tersaji, tatapi satu undang-undang mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu dalam bidang perniagaan, peluang bekerja dan kemudahan pelajaran tidak akan membawa hasil dengan serta merta. Tidak seperti kerakyatan, faedah-faedah daripada kedudukan istimewa itu memerlukan masa yang lama sebelum dapat menikmatinya.16 15 16

Ruslan Zainuddin et al, 2005, hlm. 162-163. Zainal Abidin bin Abdul Wahid et al, 1992, hlm. 236

Kerajaan dan Perlembagaan Malaysia SKSJ2153 13

12.0 Penentangan Suruhanjaya Reid Oleh Dato’ Onn Jaafar

Dato’ Onn dan Parti Negara (PN) menentang pembentukan Suruhanjaya Reid. Beliau tidak puas hati dengan sikap pemimpin Perikatan yang menyerahkan tanggungjawab itu kepada orang luar. Bagi Dato’ Onn, ini menjatuhkan maruah rakyat Tanah Melayu; mereka seolah-olah tidak mampu menentukan perlembagaan sendiri. Oleh itu beliau dan Parti Negara tidak menghantar sebarang cadangan kepada Suruhanjaya Reid. Beliau disokong oleh Parti Buruh pimpinan Mohamad Sopiee, bekas anggota IMP. Akibat dari perkembangan ini, Dato; Onn mengadakan Kongres Parti Negara di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur pada awal bulan Mac 1956. Tujuan kongres ini untuk membincangakan perlembagaan yang sesuai bag Tanah Melayu merdeka. Bagi Dato’ Onn, walaupun PN bukan kerajaan yang memerintah, tetapi sebagai sebuah yang mementingkan Tanah Melayu, PN patut ada cadangan sendiri. Cadangan itu boleh digunakan bagi mengkaji cadangan suruhanjaya yang akan dibentuk oleh perikatan itu. Dato’ Onn seperti biasa menjadi pendraf perlembagaan PN. Drafnya itu diterima oleh kongres PN dengan pindaan-pindaan kecil. Dalam cadangannya, Dato Onn mengekalkan struktur kerajaan persekutuan dengan membahagikan kuasa-kuasa tertentu di antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat. Dato’ Onn juga mencadangkan pembentukan sebuah Jemaah Menteri (Kabinet) yang diketuai oleh Perdana Menteri yang dilantik oleh Sultan Agong. Bagi pentadbiran Negara pula. Parlimen akan dibentuk dengan dua dewan yang menggubal undang-undang iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Seorang sultan dengan kuasa eksekutif akan dipilih daripada raja-raja negeri Melayu sebagai raja Persekutuan ; ia dinamakan Sultan Agong. Dari segi nama pula, Dato’ Onn menamakan Tanah Melayu sebagai Malaysia, dan warganegaranya dinamakan Malaysian.

Kerajaan dan Perlembagaan Malaysia SKSJ2153 14 Cadangan beliau dibuat lebih awal daripada terbitnya cadangan Suruhanjaya Reid dan Perikatan. Ini menggambarkan kecekapan dan minatnya serta kepekaannya terhadap perkembangan kemerdekaan dan kerajaan sendiri Tanah Melayu, yang telah diceburinya sejak tahun 1948. Beliau tidak mahu ketinggalan walaupun beliau bukanlah ‘policy maker’ dalam pentadbiran Tanah Melayu. Cadangan perlembagaan ini dengan mudah dibuat oleh Dato’ Onn kerana pengalamannya yang luas dalam bidang tersebut. Beliau terlibat secara langsung dalam mendraf perlembagaan 1948 bagi pihak UMNO dan walaupun ia tidak pernah mendapat pendidikan khusus dalam jurusan itu, namun minat dan pengalamannya membantu beliau. Sementara itu, Suruhanjaya Reid terus menjalankan tugasnya mendraf perlembagaan Tanah Melayu. Sehingga bulan Disember 1955, sebanyak 118 kali mesyuarat telah diadakan. Suruhanjaya juga meminta cadangan daripada semua penduduk Tanah Melayu samaada daripada parti politik, badan awam dan orang perseorangan yang berminat. Cadangan mereka sangat penting kerana perlembagaan kemerdekaan adalah langkah yang sangat mustahak dalam sejarah Politik Melayu. Oleh itu sambutan daripada penduduk Tanah Melayu terhadap pelawaan Suruhanjaya Reid sangat menggalakkan. Sehingga bulan Oktober 1956, Suruhanjaya Reid menerima 131 cadangan daripada persatuan-persatuan Cina. Parti politik dan orang perseorangan. Namun Suruhanjaya Reid menggunakan cadangan Perikatan sebagai dasar perlembagaan merdeka Tanah Melayu kerana suruhanjaya berpendapat cadangan Perikatan itu seimbang dan menyeluruh daripada 131 cadangan yang lain. Suruhanjaya Reid membuat cadangannya dan diumumkan kepada orang ramai pada Februari 1957. Antara cadangannya yang utama ialah meneruskan bentuk sistem kerajaan Persekutuan dan negeri dengan kuasa-kuasa tertentu. Satu sistem kerakyatan berdasarkan satu sistem jus soli kepada semua yang lahir di Tanah Melayu diadakan. Bagi mereka yang tidak lahir di Tanah Melayu, tempoh tinggal yang pendek dijadikan syarat kerakyatan. Di samping itu, kedudukan istimewa orang Melayu diteruskan. Bagi raja-raja Melayu pula, mereka diterima sebagai raja berpelembagaan dan seorang Yang di-Pertuan Agong dilantik bagi Persekutuan Tanah Melayu. Bagi pentadbiran pula sebuah

Kerajaan dan Perlembagaan Malaysia SKSJ2153 15 parlimen dengan dua majlis mesyuarat iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat dibentuk dengan kuasa-kuasa tertentu. Cadangan suruhanjaya itu diterima dan dibantah oleh setengah-setengah pihak. Antaranya persatuan Cina (Chinese Guilds) berasa tidak puas hati kerana tidak dapat menjadikan bahasa Mandarin sebagai bahasa kebangsaan Tanah melayu. Satu utusan dihantar ke London dengan diketuai oleh Lau Pak-Kwan, Presidan MCA Perak yang berpengaruh dalam persatuan cina, tetapi mereka tidak disokong oleh MCA pusat yang menganggap utusan itu sebagai memecahbelahkan perpaduan orang Cina. Bagi orang melayu pula, PAS telah mengkritik cadangan Suruhanjaya Reid itu. Pas mendapati cadangan Suruhanjaya Reid terhadap kerakyatan tidak menjaga kepentingan orang melayu. Dato’ Onn pula bersetuju dengan struktur pentadbiran dan kerajaan cadangan Suruhanjaya Reid. Ini disebabkan cadangan itu selari dengan cadangan Dato’ Onn tentang bentuk kerajaan Tanah Melayu merdeka yang dibuatnya pada bulan Mac 1956. kedua-duanya bersetuju pembentukan sebuah kerajaan Persekutuan, mengadakan parlimen dengan dua dewan dan perlantikan Jemaah Menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri. Begitu juga dengan perlantikan seorang Yang di-Pertuan Agong bagi Persekutuan. Bagaimanapun, dalam soal kerakyatan, Dato’ Onn tidak bersetuju dengan cadangan Suruhanjaya Reid. Bagi Dato’ Onn, cadangan itu terlalu longgar. Mengikut Suruhanjaya Reid, sesiapa sahaja yang lahir di Tanah Melayu sebelum, pada dan selepas hari kemerdekaan, layak mendapat kerakyatan itu. Suruhanjaya juga membolehkan mereka yang lahir diluar Tanah Melayu tetapi telah tinggal selama lima tahun dan tahu berbahasa melayu boleh mendapat kerakyatan secara kuat kuasa undang-undang dan naturalization. Dato’ Onn menolak kerakyatan secara jus soli terbuka. Beliau mahu jus soli Kerakyatan Negeri 1951 yang mempunyai syarat iaitu bapa kanak-kanak itu mestilah lahir dan telah menjadi warganegara negeri-negeri Melayu,dikekalkan. Ini terdiri daripada rakyat raja-

Kerajaan dan Perlembagaan Malaysia SKSJ2153 16 raja Melayu menurut syarat kerakyatan negeri yang ada sekarang, rakyat British yang diperanakkan di mana-mana negeri Persekutuan dengan cara automatik seperti yang diisyaratkan oleh Perjanjian Persekutuan 1948.17

13.0 Rumusan Kemenangan pihak perikatan yang besar dalam pilihanraya tahun 1955 menggalakkan mereka menuntut supaya Persekutuan Tanah Melayu diberi kebebasan politik yang lebih luas lagi.18 Perlembagaan Persekutuan yang dibentuk melalui Suruhanjaya Reid menjadi asas yang cukup penting kepada Tanah Melayu dalam mencapai Kemerdekaan. Pada masa yang sama gabungan dan kerjasama erat antara ketiga Parti utama iaitu UMNO, MCA dan MIC dalam Parti Perikatan menampakkan hasilnya dengan membawa balik kejayaan menerusi rundingan menuntut kemerdekaan di London yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman apabila Kerajaan British bersetuju memberi kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.

14.0 RUJUKAN Anon. 2007. 50 Tahun Pendakian ke Puncak Emas. Kuala Lumpur: Jabatan Penerangan Malaysia. 17 18

Ramlah Adam, 2005, hlm. 344-349 Tan Sri Dato’ Abdullah Ayub, 1978, hlm 34

Kerajaan dan Perlembagaan Malaysia SKSJ2153 17

http://www.i-putra.com.my/announcement/sej_merdeka_more.htm. 14/11/2009. http://ms.wikipedia.org/wiki/Suruhanjaya_Reid 14/11/2009

http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?e=STPM&s=PAM&b=FEB&m=1&t=&r= g&i=PNP. 14/11/2009. Ramlah Adam. 2005. Dato’ Onn Ja’afar Pengasas Kemerdekaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ruslan Zainuddin, Mohd. Mahadee Ismail & Zaini Othman. 2005. Kenegaraan Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Tan Sri Dato’ Abdullah Ayub. 1978. Cara Pemerintahan Tanah Melayu (1957-1963). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Zainal Abidin bin Abdul Wahid, Khoo Kay Kim, Muhd. Yusof b. Ibrahim, Nik Hassan Shuhaimi bin Nik Abdul Rahman & Mohd Amin b. Hassan. 1992. Malaysia Warisan dan Perkembangan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Zakiah Hanum, Habibah bt. Zon, Ahmad bin Hj. Abdul Kadir & Norizam Osman. 1980. Hari ini Dalam Sejarah. Jilid 1. Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia.

Related Documents


More Documents from "Muhammad rizal"