Suruhanjaya Cobbold.docx

  • Uploaded by: MuhammadHisyamuddin
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Suruhanjaya Cobbold.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,133
  • Pages: 6
http://www.arkib.gov.my/web/guest/suruhanjayacobbold?p_p_id=56_INSTANCE_Oj0d&p_p_lifecycle=0&p_p_state=normal&p_p_mode=view&p _p_col_id=column-inner-3&p_p_col_count=1&page=1

SURUHAN

Pelantikan Ahli-Ahli Suruhanjaya Cobbold 17 Januari 1962 – Kementerian Luar Negeri mengumumkan dengan rasminya pelantikan ahliahli Suruhanjaya Cobbold pada 1962. Ia merupakan lanjutan daripada perbincangan yang diadakan di London pada 20-22 November 1961, dimana satu keputusan telah dicapai untuk menubuhkan sebuah suruhanjaya bagi menyiasat pendapat dan pandangan rakyat di Borneo Utara dan Sarawak berhubung gagasan Malaysia. Suruhanjaya bebas yang dianggotai oleh lima orang ini dipengerusikan oleh Lord Cobbold. Dua orang wakil dari kerajaan British iaitu Sir Anthony Abell dan Sir David Wetherston. Dua orang anggota lagi adalah wakil dari kerajaan Persekutuan Tanah Melayu iaitu Encik Ghazali Shafie dan Dato Wong Pow Nee. Setiausahanya pula ialah J. H. Harris daripada Pejabat Tanah Jajahan.

Lord Cobbold Tugas Dan Peranan Ahli-Ahli Suruhanjaya Cobbold Peranan yang dimainkan oleh ahli-ahli Suruhanjaya Cobbold ini sangat penting dalam sejarah penubuhan Malaysia. Suruhanjaya ini telah menghasilkan satu laporan yang dikenali sebagai Penyata Suruhanjaya Penyiasat Borneo Utara dan Sarawak. Ianya menjadi asas rujukan dan bukti persetujuan oleh majoriti rakyat Borneo Utara dan Sarawak untuk bersama-sama Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura membentuk persekutuan baru Malaysia. Sebelum

memulakan

penyiasatan,

suruhanjaya

terlebih

dahulu

meneliti

syor-syor

dalam Memorandum On Malaysia yang dikemukakan oleh MSCC pada 3 Februari 1962. Syorsyor yang terkandung dalam memorandum khas ini lebih menyentuh syarat-syarat dan hak-hak perlindungan berperlembagaan yang khusus untuk rakyat di Borneo.

Kertas-kertas putih disebarkan kepada rakyat di kedua-dua negeri untuk memberikan pemahaman yang lebih jelas mengenai Malaysia serta tujuan kehadiran anggota suruhanjaya menjalankan tinjauan berkenaan. Siasatan Oleh Ahli-Ahli Suruhanjaya Cobbold Dari 19 Februari sehingga 18 April 1962, ahli-ahli Suruhanjaya Cobbold telah melakukan lawatan ke 35 buah tempat di sekitar Borneo Utara dan Sarawak termasuk kawasan-kawasan pedalaman yang melibatkan 50 perjumpaan dengan sejumlah 4000 orang. Ahli-ahli Suruhanjaya Cobbold ini juga melaporkan telah menerima sejumlah 2,200 keping surat dan memorandum daripada pelbagai persatuan, parti politik, pertubuhan keagamaan, kemasyarakatan dan kesatuan sekerja, dewan-dewan perdagangan, ketua-ketua kaum, orangorang kenamaan serta individu di kedua-dua negeri tersebut.

Ahli-Ahli Suruhanjaya Cobbold Hasil Penyiasatan Ahli-Ahli Suruhanjaya Cobbold

Laporan-laporan penyiasatan suruhanjaya di Sarawak dan di Borneo Utara ini dimuatkan secara berasingan dan disusuli dengan syor-syor suruhanjaya. Syor-syor oleh suruhanjaya pula dibahagi kepada : 

Syor-syor berkaitan perkara am



Syor-syor daripada ahli-ahli yang mewakili kerajaan British



Syor-syor daripada ahli-ahli yang mewakili Persekutuan Tanah Melayu.

Enam lampiran turut dikepilkan dalam Penyata Cobbold untuk rujukan seperti : 

Jadual lawatan suruhanjaya



Cabutan banci



Dasar-dasar utama British



Istilah dan maksud ‘bumiputera’ dalam perundangan



Kertas-kertas kerajaan Borneo Utara dan Sarawak mengenai Malaysia



Memorandum mengenai Malaysia yang dikemukakan oleh MSCC.

Turut dikepilkan ialah peta negeri-negeri Borneo 1953 (Pindaan 1962). Laporan Suruhanjaya Cobbold ini telah dikemukakan kepada kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan British pada bulan Jun 1962. Penubuhan Suruhanjaya Cobbold telah membantu Kerajaan British dan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai kehendak penduduk di negeri Sabah dan Sarawak. Akhirnya pembentukan Malaysia telah berlangsung pada 16 September 1963. Suruhanjaya Cobbold Tiba Di Kuching 19 Februari 1962 – Suruhanjaya Cobbold tiba di Kuching, Sarawak pada 19 Februari 1962 untuk meninjau pendapat dan reaksi rakyat Sabah dan Sarawak terhadap gagasan Malaysia. Ia adalah lanjutan terhadap tugas dan peranan yang telah ditetapkan semasa penubuhannya. Suruhanjaya bebas ini dianggotai oleh lima orang dan dipengerusikan oleh Lord Cobbold. Empat orang lagi telah terpilih menganggotai Suruhanjaya Cobbold adalah dua wakil bagi kerajaan British iaitu Sir Anthony Abell dan Sir David Wetherston. Dua orang anggota lagi adalah wakil bagi kerajaan Persekutuan Tanah Melayu iaitu Encik Ghazali Shafie dan Dato Wong Pow Nee. Tinjauan tersebut bermula pada bulan Februari dan tamat pada pertengahan bulan April 1962. Dalam jangkamasa itu mereka telah mengadakan lawatan ke 35 buah tempat di Sabah dan Sarawak. Suruhanjaya juga telah mengadakan 50 perjumpaan yang melibatkan lebih daripada 4000 orang. Sebanyak 2200 memorandum dan surat telah dikemukakan.

Hasil daripada tinjauan tersebut Suruhanjaya mendapati : 

1/3 daripada dua buah negeri ini menyokong penuh penggabungan tanpa syarat.



1/3 lagi menyokong tetapi dengan syarat dan jaminan tertentu.



1/3 lagi separuhnya mahukan kemerdekaan dahulu sebelum bergabung dan separuh lagi menentang kerana mahu kekal dalam pemerintahan british.

Laporan Suruhanjaya Cobbold telah dikemukakan kepada kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan British pada bulan Jun 1962. Penubuhan Suruhanjaya Cobbold telah membantu Kerajaan British dan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai kehendak penduduk di negeri Sabah dan Sarawak. Akhirnya pembentukan Malaysia telah berlangsung pada 16 September 1963.

Laporan Suruhanjaya Cobbold Dikemukakan Kepada Kerajaan British 21/06/2015 PEKHABAR SEJARAH 21 Jun 1962 – Laporan Suruhanjaya Cobbold yang mengandungi syor-syor bagi penubuhan Malaysia dikemukakan kepada kerajaan British pada tahun 1962. Laporan yang mengandungi 175 muka surat itu telah diserahkan kepada Perdana Menteri British, Tuan Harold Macmillan. Suruhanjaya Cobbold telah ditugaskan untuk meninjau pendapat rakyat di negeri-negeri Borneo (Sabah dan Sarawak) tentang kemasukkan negeri-negeri itu ke dalam Persekutuan Malaysia. Suruhanjaya itu dianggotai oleh 5 orang ahli, dipengerusikan oleh Lord Cobbold dan dianggotai oleh dua wakil kerajaan British. Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston, sementara wakil kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pula terdiri dari Datuk Wong Pow Nee dan Encik Mohamed Ghazali Shafie.Mr J. H. Harris bertindak selaku Setiausaha. Laporan yang mengandungi 6 bahagian itu, mengemukakan syor-syor yang terbahagi kepada syor yang bersifat umum dan syor yang dibuat oleh ahli-ahli serta pengerusi suruhanjaya itu sendiri. Beberapa bahagian: 

Syor-syor mengenai perkara-perkara bersifat umum yang tertentu.



Syor-syor yang dibuat oleh Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston.



Syor-syor yang dibuat oleh Datuk Wong Pow Nee dan Encik Mohamed Ghazali bin Shafie.



Ringkasan syor-syor dalam seksyen B dan C serta ulasan-ulasan yang dibuat oleh Pengerusi Suruhanjaya.

Laporan itu mengandungi persetujuan mengenai kemasukan Sabah dan Sarawak di dalam Persekutuan Malaysia. Perbezaan pendapat antara wakil-wakil kerajaan British dan kerajaan

Persekutuan Tanah Melayu ialah mengenal perkara-perkara bersifat umum laitu Agama Rasmi, Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Rasmi. Tunku Abdul Rahman Putra AI-Haj, Perdana Menteri Tanah Melayu juga menerima laporan Suruhanjaya Cobbold. Beliau telah membentuk sebuah jawatankuasa untuk mengkaji laporan itu yang dipengerusikan oleh beliau sendiri dan anggota-anggota yang lain terdiri dari Tun Abdul Razak (Timbalan Perdana Menteri), Tan Siew Sin (Menteri Kewangan), Datuk (Dr) Ismail Dato’ Abdul Rahman (Menteri Keselamatan Dalam Negeri), Datuk V. T. Sambanthan (Menteri Kerjaraya dan Telekom). Pada pertengahan bulan Julai, kata sepakat telah dicapai di antara Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman Putra AI-Haj dengan Tuan Harold Macmillan, Perdana Menteri British untuk mengadakan rundingan. Rundingan di antara kerajaan British dan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu ini telah diadakan di London pada tahun 1963 dan ianya berjalan hampir selama 2 minggu. Hasil dari rundingan ini kedua-dua negara bersetuju mengeluarkan kenyataan bersama pada 12 Julai 1963 di mana kerajaan British bersetuju menyerahkan kedaulatan Sabah, Sarawak dan Singapura kepada kerajaan Malaysia dan Malaysia akan wujud pada 31 Ogos 1963. Kenyataan bersama itu juga menyentuh hal-hal mengenai Singapura dan Brunei yang menjadi persoalan besar dalam masa rundingan selama dua minggu itu.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Related Documents


More Documents from "RAZALI SAMAD"

Cp0000000134-converted.docx
November 2019 1
Isi Kandungan.docx
November 2019 1
Hubungan_etnik.docx
November 2019 1
Suruhanjaya Cobbold.docx
November 2019 8