BAB 8
KOMEN DAN CADANGAN
8.1 Pengenalan
Latihan industri yang diberikan kepada para pelajar adalah satu proses dimana ia amat berguna dan dapat dipraktikkan pada masa depan. Selain itu, pelajar akan merasai sendiri pengalaman bekerja di mana-mana institusi yang sebenar, di samping dapat mempelajari kesusahan dan dapat menimba pengetahuan serta pengalaman. Walaupun tempoh latihan industri tidak terlalu lama, ia tidak akan membuang minat pelajar untuk terus mempraktikkan apa yang dipelajari.
94
8.2 Cadangan
Setiap lapisan kerjaya pastinya ada kita mengemukakan cadangan kepada pihak syarikat, Politeknik serta Unit Perhubungan Latihan Industri. Ia bertujuan memberi mandat dalam menjalankan program Latihan Industri ini, antara cadangan yang saya kemukakan adalah : Setiap Politeknik memberi garis panduan yang baik untuk memanjangkan lagi tempoh latihan ini. Masa yang diberikan adalah terlalu singkat dan pelajar hanya memperolehi pengalaman yang sedikit. Dari segi kemahiran teknikal ketika latihan, pelajar mendapat pengetahuan dan pengalaman yang terhad. Selalu bertanyakan mengenai masalah yang dihadapi oleh pelajar ketika menjalani latihan dan kemudahan peralatan. Memberikan pendedahan yang optimum tentang misi dan visi syarikat dan turut juga maklumat perkembangan terkini agar pelajar dari situ dapat mempelajari berusaha membina sikap diri. Terakhir sekali, perlunya terdapat sebuah peti cadangan untuk setiap pekerja dan orang awam, ia bertujuan dapat menerima komen dan cadangan dari mana-mana pihak.
95
Penutup Disini sebagai mengakhiri buku Laporan Industri ini, saya menyatakan bahawa garis panduan bagi latihan industri ini amat berguna kepada setiap pelajar yang menjalani Latihan Industri. Selain itu, ia adalah satu latihan yang berkualiti dan dalam usaha membina pelajar yang berintelek patut diteruskan untuk menambah pengetahuan, pengalaman serta kemahiran kepada pelajar.
96