BAB 8 : KOMEN DAN CADANGAN
8.1
Komen
Malaysia Airport Sdn Bhd, Sibu merupakan sebuah organisasi syarikat yang memberikan pelatih-pelatih dari intitusi pengajian tinggi samada dari awam mahupun swasta untuk menjalani latihan industri iaitu dengan menempatkan pelatih-pelatih untuk menjalani latihan industri. Para pelatih didedahkan dengan kerja-kerja yang melibatkan kerja-kerja seperti membaiki panel pintu ‘Aerobridge’, membuat pemeriksaan jentera bomba, membaiki ‘Conveyer Belt’ 90° serta membaiki pam air untuk tandas.
103
Selain itu, para pelatih diberi peluang untuk membuat pemeriksaan penyaman udara, membuat pemeriksaan terhadap semua tandas dan juga melakukan pemeriksaan terhadap semua ‘Substation’.
Selama lebih kurang 6 bulan menjalani latihan industri, pelatih telah banyak diberi tunjuk ajar oleh penyelia dan juga pekerja-pekerja di Malaysia Airport Sdn Bhd. Pelatih didedahkan dengan banyak kemahiran yang bakal dipratikkan apabila berada di alam pekerjaan yang sebenar nanti. Pelatih berasa amat bertuah kerana diberi
kepercayaan
melakukan
sebahagian
daripada
tugasan
kerja
yang
membolehkan pelatih menimba seberapa banyak ilmu pengetahuan serta mampu mmemperolehi pengalaman yang luas.
Para pelatih banyak didedahkan dengan ilmu Kejuruteraan Mekanikal iaitu melakukan kerja bersama-sama pekerja. Dengan pendedahan yang bermanfaat dan berguna ini pelatih dapat membina personaliti diri yang baik iaitu sebagai individu yang boleh bekerja secara berpasukan, amanah dalam setiap tugasan yang diberi, berkeyakinan untuk berurusan dengan pihak-pihak lain dan bertanggungjawab dalam apa jua keadaan. Selain itu, pelatih juga dapat mempelajari cara-cara berkomunikasi dengan berkesan serta dapat mengamalkan etika dan peraturan kerja yang baik.
Melalui latihan industri, segala pengalaman dan kemahiran yang pelatih miliki digunakan dengan sebaik-baiknya bagi mencapai tahap penguasaan di dalam bidang kerja yang pelatih lakukan. Dalam menjalankan tugasan yang diberi, saya telah berjaya mempengaruhi diri dan minda serta meningkatkan kemahiran menerusi pengalaman berharga yang diperolehi selama 6 bulan. Secara tidak langsung ianya dapat meningkatkan kualiti dan prestasi diri kerana telah dipengaruhi oleh bidang tugas yang diceburi.
104
Justeru itu, Latihan Industri merupakan satu peransang bagi mendidik para pelatih agar berwawasan, berinovasi dan bercita-cita tinggi. Sekaligus berjaya melahirkan tenaga pekerja yang mahir dan berpandangan jauh di negara Malaysia.
8.2
Cadangan
Latihan industri ini adalah baik bagi setiap pelatih agar didedahkan dengan banyak kemahiran yang bakal dipratikkan apabila berada di alam pekerjaan yang sebenar nanti. Lawatan pensyarah adalah amat penting semasa pelajar sedang menjalani latihan industri bagi mengikuti perkembangan pelajar dari semasa ke semasa. Selain itu juga, pelajar dapat merasakan pihak politekik mengambil berat akan kebajikan dan latihan yang diawasi oleh pihak politeknik.
Program latihan yang diperlukan hendaklah dinyatakan kepada semua tempat yang memberi latihan kerana tidak semua tempat menyediakan program untuk pelatih. Jika senarai program dinyatakan dan disertakan, ia dapat melancarkan lagi aktiviti yang dilakukan oleh pelajar itu di mana ia tidak bergantung kepada penyelia yang mengawasi pelajar itu untuk membuat aktiviti yang dilakukan. Sekurangkurangnya pentadbiran tempat latihan mengetahui perkara yang harus diperlukan oleh pelajar berdasarkan kursus yang diikuti di politeknik. Ini mengelakkan pelajar dari disuruh melakukan suatu kerja di luar bidang tugas.
105