7.2

  • Uploaded by: Zul Hairey
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View 7.2 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,697
  • Pages: 10
TELEKOM MALAYSIA BERHAD

POLITEKNIK KOTA KINABALU

BAB 5 : SOMA ( SWITCHING OPERATION MAINTENANCE AREA )

5.1

Pengenalan SOMA yang dibuka pada 12 Oktober 1976 telah mula beroperasi dengan

pembukaan Ibusawat Jalan Belunu. SOMA yang dulunya dikenali sebagai SOMC iaitu “ Switching Operation Maintenance Area “, pembukaan seksyen ini memulakan era telefonis di SABAH dan khasnya di daerah TAWAU. Kepesatan yang dicapai pada awal tahun 1986 telah membuatkan bahawa seksyen ini dapat berfungsi dengan sepenuhnya setanding dengan mana-mana seksyen yang terdapat dalam ibusawat ini. Pada tahun ini juga SOMA telah memainkan peranan sebagai bilik operasi “ Switching “ melalui pemasangan alat yang dipanggil CP iaitu “ Control Procesesing “ bagi menjalankan setiap panggilan yang dibuat dan tahun demi tahun pemasangan alat PC ini telah meningkat dari masa ke semasa bagi melicinkan lagi system perhubungan di rantau ini. Telekom Malaysia menyediakan dan menyelenggarakan peralatan penting kabel dan pensuisan dan sentiasa berusaha untuk menyediakan perkhimatan terbaik kepada pengguna-pengguna rangkaiannya. Ini terbukti dengan pemasangan ISDN “ Integrated Services Digital Network “ ataupun perkhidmatan rangkaian digital berpadu dan ia telah pun mula digunakan pada 13 September 1995. 28

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

5.2

POLITEKNIK KOTA KINABALU

Fungsi SOMA Bermula 1 Januari 1999 era telekomonikasi di Malaysia dan Sabah khasnya

telah memulakan satu lembaran baru di mana Akses Samarata telah diperkenalkan oleh Jabatan Telekom Malaysia yang bertujuan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan telekomunikasi di Negara melalui persaingan yang sihat SOMA telah terlibat secara terus dengan implementasi untuk akses samarata “ Call-by-call “ ini dengan pengubasuaian data-data di semua ibusawat di kawasan Sabah dan WP Labuan untuk membenarkan pangilan-pangilan melalui “ Koda Carrier Selection Code ( CSC ) “ di samping membuat pangilan ujian dengan pelbagai kondisi bagi memastikan pangilan-pangilan tersebut berjaya 100 % dan semua ini perlu dilakukan bagi mengelakkan dikenakan penalty oleh JTM. Di samping itu, bagi ibusawat-ibusawat yang mempunyai fasiliti penyekatan pangilan-pangilan keluar berdasarkan kod yang didail dan ibusawat-ibusawat ini dikehendaki memasukkan data-data tertentu bagi memastikan hanya pangilan yang berdaftar dengan untuk menggunakan CSC akses samarata sahaja boleh mendail CSC yang telah mereka daftarkan. Sebagai pusat bagi ibusawat ini, SOMA telah memainkan peranan sebagai satu seksyen berfungsi untuk menjalankan setiap panggilan yang dibuat sama ada pangilan tempatan ataupun luar tempatan. Dalam seksyen ini juga setiap panggilan yang dibuat oleh pelanggan akan dirakam melalui pita perakam sebelum ianya dikirim ke Kuala Lumpur bagi proses pengambilan. Seksyen ini juga bertindak sebagai sebagai laluan utama ibusawat Semporna, Sin Onn, Apas, Luasong dan Merotai. Setiap pangilan tempatan yang dibuat akan melalui MDF sebelum ia sampai keseksyen SOMA, ini kerana setiap panggilan tempatan yang dibuat selalunya akan menggunakan talian pengangkutan atau fiber optik. Dianggarkan jumlah talian yang memasuki ibusawat TWU3 ialah 32000

29

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

POLITEKNIK KOTA KINABALU

talian manakala Semporna 3500 talian diikuti Sin Onn dan Apas masing-masing 4000 talian. 5.3

Pengisyaratan ( SIGNALLING ) Pengisyaratan adalah pemindahan isyarat-isyarat kawalan dan maklumat-

maklumat yang diperlukan bagi menyambungkan panggilan. Terdapat dua jenis isyarat, iaitu isyarat talian dan isyarat daftar. Isyarat talian adalah isyarat yang berkaitan dengan panggilan, manakala isyarat daftar adalah isyarat yang berkaitan dengan pemilihan sambungan yang betul. 5.3.1

Pengisyaratan Antara Telefon Dengan Pusat Pensuisan Off–hook adalah suatu keadaan di mana arus elektrik menggalir dari ibusawat

ke telefon pada gagang telefon diangkat. On–hook pula arus elektrik yang mengalir pada ketika gagang telefon diletakkan. Arus elektrik yang dibekalkan pada ketika on-hook adalah – 48 Vdc. Terdapat penurunan voltan ke – 12 Vdc apabila pelanggan off-hook. Apabila pengaliran arus dikesan oleh pusat pensuisan, ia akan menghantar dail tone pelanggan. Apabila gagang telefon tidak diletakkan dengan betul, satu nada akan dihantar ke telefon bagi mengingatkan pelanggan. Nada isyarat ini dikenali sebagai ‘howder’.

30

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

5.4

POLITEKNIK KOTA KINABALU

Binaan Ibusawat Switching #

1

#1

#2 #2

#N Tone gen fent / decaic

Scanner Driver 1

2 3 N CPU

Linger

Memory FSLE

Control

inst Rajah Blok 5.4.1 Binaan Ibusawat.

31

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

5.4.1

POLITEKNIK KOTA KINABALU

Fungsi Setiap Bahagian Ibusawat a.

Scanner.



Pengesan status pelanggan telefon sama ada dalam kedudukan “ On Hook “ atau

“ Off Hook “ litar keadaan putus.

b.

Driver.



Digunakan menyambungkn atau memutuskan suis, memberi laluan kepada isyart nada dan isyarat dail.

c.

CPU. Digunakan sebagai pengawal atau pelaksanaan aturcara.

 d.

Tone gen dan ringer.



Menghasilkan nada kepada telefon sama ada nada sibuk, nada dering, nada howler dan lain-lain.

e.

Memori.



Bertindak sebagai penyimpan status aktiviti pelanggan.

f.

Control inst.



Merupakan aturcara yang mengawal system.

g.

Dtenf / decide.



Merekod isyarat yang dihasilkan semasa proses mendail.

h.

FSLE.



Menyimpan maklumat bayaran dan juga aduan khas untuk perkhimatan istimewa.

CP “ Control Procesesing “. Alat ini berfungsi untuk menjalankan isyarat “ Ringing Tone “ pada telefon awam dan telefon biasa dan satu CP terdapat 15 blok 32

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

POLITEKNIK KOTA KINABALU

yang mengandungi 16 Kod untuk setiap pelanggan manakala dalam satu kad terdapat 8 pelanggan untuk telefon biasa dan 4 pelanggan untuk telefon awam. ISDN

yang

bermaksud

perkhidmatan

rangkaian

digital

bersepadu,

menawarkan perkhidmatan digital hujung ke hujung yang boleh menghantar aplikasi multimedia separate suara, data, imej dan vedio pada kelajuan tinggi dari 64 Kb/s hingga ke 2 Mb/s. Penggunaan alat ini baik kerana suara, data, imej, dan video dapat dihantar dan diterima secara serentak, selain itu juga pemindahan data dan imej cepat dan berkualiti jika dibandingkan dengan sistem yang lain. 5.4.2

Komponen yang terdapat pada setiap kad mampu untuk mengeluarkan pelbagai nada pada telefon seperti : a.

Nada dering.



Dua “ toot “ yang berselang ( “ toot-toot….toot-toot “ ).



Nada ini menunjukkan nombor yang didail sedang berdering.

b.

Nada pakai.



“ Toot “ yang berturutan (“ toot….toot ” ).



Nada ini menunjukkan nombor yang anda dail sedang digunakan.

c.

Tiada perkhidmatan.



“ toot “ yang tidak berhenti-henti ( “ toot….toot…..toot “ ).



Ini menunjukkan nombor yang didail tidak digunakan, dipotong sementara atau rosak.

d.

Nada Howler.



Nada ini kedengaran sekiranya gagang telefon tidak diletakkan engan betul.

33

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

5.5

POLITEKNIK KOTA KINABALU

ISDN dan PSTN Rangkaian telefon pada masa ini mempunyai atau terbahagi kepada dua iaitu

digital dan analog. Rangkaian Perkhidmatan Digital Bersepadu ( ISDN – Intergrated Services Digital network ) merupakan rangkaian telefon berjenis digital yang biasa digunakan di premis perniagaan ataupun pejabat. Pengguna individu juga boleh melanggan jika perlu dan Rangkaian Suis Telefon Awam ( PSTN – Switching Telephone Network ) merupakan rangkaian telefon berjenis analog yang biasa digunakan di rumah dan juga di pejabat. Terdapat perbezaan di antara talian ISDN berbanding dengan PSTN sama ada dari segi teknologi, bil telefon dan caj akses internet serta tahap kelajuannya. Melalui teknologi digital, talian ISDN biasa menawarkan dua saluran 64 Kb/s yang boleh digunakan untuk suara, data atau kedua-duanya sekali berbanding dengan PSTN yang hanya membawa nada audio ( audio carrier tone ). Sungguhpun begitu, kedua-dua jenis talian masih memerlukan kelengkapan khusus untuk disambung ke internet dimana ISDN menggunakan alatnya sendiri sebaliknya PSTN menggunakan modem biasa, kelajuan yang diperolehi melalui talian ISDN adalah sama ada 64 Kb/s atau 128 Kb/s berbanding dengan PSTN iaitu sehingga 56 Kb/s. Bayaran akses internet melalui ISDN ialah sebanyak 4 sen/minit bagi saluran 64 Kb/s dan sebaliknya melalui PSTN, pengguna dikenakan hanya 1 sen/minit bagi individu dan 2.5 sen/minit bagi syarikat. Pengguna PSTN boleh memilih untuk membayar yuran akses berdasarkan tempoh penggunaan ( 1 sen/minit bagi indiviu dan 2.5 sen/minit bagi syarikat ) atau secara tidak terhad ( RM 50 sebulan bagi individu dan RM 100 sebulan bagi syarikat ). Rangkaian ISDN juga mempunyai kekurangannya iaitu pengguna hanya boleh menggunakan nombor 7 digit untuk menghubungi JARING sebaliknya pengguna PSTN mempunyai pilihan sama ada ingin menggunakan kemudahan 1511 ( 1.5 sen/minit untuk caj bil telefon ) atau nombor 6 atau 7 digit ( 3 sen/minit untuk caj bil telefon ). Meskipun terdapat perbezaan yang nyata diantara ISDN dan PSTN,

34

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

POLITEKNIK KOTA KINABALU

namun bagi pengguna internet biasa hanya memerlukan kemudahan e-mel, WWW, IRC, talian PSTN sudah memadai. Bil telefon dan caj akses internet bergantung kepada jenis talian dan jumlah masa yang digunakan. 5.6

Meter Ibusawat Meter ibusawat digunakan untuk merekodkan segala maklumat-maklumat

penggunaan talian telefon oleh pelanggan bagi membolehkan bayaran bil dikenakan ke atas pelanggan. Maklumat yang direkodkan adalah seperti masa penggunaan telefon, lokasi tempat dihubungi, waktu panggilan, jenis-jenis panggilan, dan sebagainya. Sistem yang digunakan oleh pihak Telekom Malaysia bagi merekodkan maklumat-maklumat ini ialah AMA. Sistem ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu CAMA dan LAMA.

CAMA digunakan untuk merekodkan panggilan dari luar

negara, manakala LAMA pula untuk merekodkan panggilan dari dalam negara. Di antara data-data yang direkodkan didalam sistem ini adalah seperti berikut : a.

Nombor rekod

b.

Jenis panggilan

c.

Tarikh permulaan caj panggilan

d.

Masa permulaan caj panggilan

e.

Nombor telefon pembuat panggilan

f.

Nombor telefon penerima panggilan

g.

Perbualan di dalam talian telefon

h.

Nombor operator kawalan

i.

Nombor kedudukan kawalan

j.

Tempoh panggilan

35

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

5.7

POLITEKNIK KOTA KINABALU

Ciri-ciri Ibusawat Boleh dikatakan semua kerja-kerja yang berkaitan dengan perhubungan

telefon dilakukan dalam ibusawat seperti pemotongan talian, menambahkan kemudahan tambahan, sekat panggilan dan sebagainya. menentukan samada panggilan yang dibuat itu

Ibusawat juga boleh

panggilan tempatan atau

antarabangsa. Berikut merupakan cirri-ciri yang terdapat dalam sesebuah ibusawat: a.

Nombor telefon pemanggil dipapar pada telefon

b.

Talian segera

c.

Sekat perkhidmatan 600

d.

Voicemail alert.

e.

Alih panggilan

f.

Panggilan menuggu

g.

Voicemail asas

h.

Voicemail tambahan

i.

Talian segera dengan pengawasan

j.

Pindah panggilan semasa sibuk

k.

Pindah panggilan tiada jawapan.

l.

Dail ringkas

m.

Penggera masa

n.

Panggilan tiga pihak

o.

Panggilan keluar disekat

p.

Perkhimatan pengguna tiada

q.

Tunggu semasa sibuk

r.

Pembalikan polarity talian

s.

Rekod panggilan

t.

denyut berbalik

u.

keutamaan

v.

punat tekan

w.

panggilan masuk tiada bayaran

x.

antarabangsa terus dail (ATD)

36

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

5.8

POLITEKNIK KOTA KINABALU

y.

panggilan antarabangsa (STD) disekat

z.

bayaran unit sahaja

Kemudahan Tambahan Telekom Malaysia menyediakan beberapa kmudahan tambahan kepada

pelanggan-pelanggan. Pelanggan perlu memohon kemudahan ini untuk menikmati. Antara kemudahan tambahan yang disediakan adalah seperti berikut : a.

Call waiting.

b.

Speed dialing.

c.

Timed hotline.

d.

Remember call.

e.

Three way calling.

f.

Auto call back.

g.

Last number redial.

h.

Call transfer.

i.

Call transfer on no reply.

j.

Call transfer on busy.

37

Related Documents

72
November 2019 50
72
December 2019 67
72
November 2019 49
72
November 2019 74
72
November 2019 47
72
April 2020 31

More Documents from ""

Halaman Isi Kandungan
June 2020 14
Penhargaan
June 2020 17
7.2
June 2020 4
6
June 2020 8