Penhargaan

  • Uploaded by: Zul Hairey
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Penhargaan as PDF for free.

More details

  • Words: 349
  • Pages: 2
PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya saya dapat menyiapkan buku Laporan Latihan Industri seperti yang dikehendaki oleh pihak Politeknik Kota Kinabalu Sabah pada masa yang telah ditetapkan walaupun agak sukar untuk melengkapkannya.

Pertama-tama kali, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelaras Latihan Industri serta kakitangan Unit Perhubungan Latihan Industri Politeknik Kota Kinabalu kerana telah banyak membantu dalam memberi tunjuk ajar kepada kami yang menjalani Latihan Industri. Kerana dengan semua tunjuk ajar dan maklumat yang diberikan telah banyak membantu untuk saya menjalani Latihan Industri dengan baik iaitu selama 6 bulan bermula 12 Januari sehingga 12 Jun 2009. Juga kepada pensyarah bagi subjek Latihan Industri iaitu Encik Daniel Kimbin yang telah bersusah payah memberi dorongan dan tunjuk ajar semasa dalam kelas. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga kerja Syarikat Dunco Sdn Bhd terutamanya kepada Pengarah Urusan iaitu Tuan Simon Soon Yuk Fui kerana menerima saya sebagai pelajar praktikal di syarikat beliau. Juga berterima kasih kepada Pembantu Pengurus “Customer Sevice Management” selaku Penyelia Praktikal iaitu Encik Mohd Hasbi Hajat. Tidak lupa juga, kepada H&R Pentadbiran iaitu Puan Lena Linggan dan juruteknik iaitu Encik Ednes dan Encik Avian yang telah banyak memberi tunjuk ajar semasa saya menjalani Latihan Industri serta kepada semua kakitangan syarikat yang banyak membantu saya dalam melaksanakan kerja yang diberikan semasa di bawah seliaan mereka.

iv

Segala nasihat dan teguran serta tunjuk ajar yang telah diberikan akan saya ingati dalam diri dan juga pengajaran untuk dijadikan bekalan untuk hari-hari yang akan datang. Saya berharap agar Firma ini akan terus maju jaya dan berkembang mengikut peredaran semasa.

Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu saya kerana telah memberikan dorongan dan galakan kepada saya menjalani Latihan Industri dengan bersemangat di samping menyediakan wang untuk keperluan saya semasa Latihan Industri. Semestinya pengorbanan mereka tidak akan saya lupakan.

Akhir sekali, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada kawan-kawan dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung semasa saya menjalani program Latihan Industri.

Sekian terima kasih,

Disediakan oleh,

__________________ (AMIRRUL BIJN ARIF) 07DTK07F025

v

Related Documents

Penhargaan
June 2020 17

More Documents from "Zul Hairey"

Halaman Isi Kandungan
June 2020 14
Penhargaan
June 2020 17
7.2
June 2020 4
6
June 2020 8