TELEKOM MALAYSIA BERHAD
POLITEKNIK KOTA KINABALU
BAB 3 : RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI
3.1
Pengenalan Latihan industri merupakan satu kursus pelengkap bagi program akademik
Politeknik Kota Kinabalu yang ditawarkan pada semester empat bagi setiap pelajar Politeknik Kota Kinabalu. Kursus ini antara lain bertujuan untuk memenuhi hasrat Politeknik Kota Kinabalu dalam usaha untuk menyediakan program-program pengajian bersetiap teori dan gunaan bersesuaian dengan keadaan semasa yang menekankan pengurusan cekap dan produktiviti. Program-program yang dilakukan adalah penting bagi setiap pelajar yang menjalani latihan industri dalam sebuah firma. Oleh itu, setiap pelajar juga wajib untuk merekod segala aktiviti yang telah dilakukan di firma tersebut sepanjang tempoh latihan industri. Di samping itu, ia dapat menghasilkan para pelajar yang berkemampuan menghadapi kerjaya baik dalam bidang akademik mahupun secara praktikal dengan semangat serta penampilan profesional yang tinggi. Tempoh latihan industri adalah selama 22 minggu (5 bulan). Latihan ini bermula pada 12 Januari 2009 dan tamat pada 12 Jun 2009.
9
TELEKOM MALAYSIA BERHAD
POLITEKNIK KOTA KINABALU
Semasa menjalani latihan praktikal di TM Berhad, saya ditempatkan di dua unit iaitu SOMA (Switching Operation Maintenance) dan MDF (Main Distribution Frame) 3.2 3.2.1
Aktiviti Menyeluruh Sepanjang Latihan Industri
Laporan Aktiviti Minggu Pertama - ke-6 (12 Januari - 20 Februari 2009) Pada hari pertama kami melapor diri di Telekom Malaysia Berhad yang
terletak di Jalan Belunu, kami berkumpul di Unit SOMA untuk melapor diri dengan GM iaitu Encik Sawar bin Tario, malangnya semasa melapor kami diri, beliau berada di TM bahagian Lahad Datu. Kami diarahkan untuk melapor diri kepada Encik Mohd Loos Mokti, selaku Pembantu Pegawai Teknik di unit SOMA Tawau Sabah. Setelah selesai melapor diri kami diberi penerangan mengenai kepentingan unit tersebut. Kami juga diterangkan carta organisasi di firma tersebut. Selain itu kami juga diperkenalkan unit-unit atau bahagian-bahagian yang ada di Ibusawat TM. Terdapat 9 buah unit yang terdapat di firma ini; unit SOMA, TOMA, DATA, MDF, fiber optik, CDMA (Code Division Multiple Access), cable maintenance, restoration dan ADSL. Pada hari yang sama juga kami diterangkan tentang disiplin di firma tersebut. Antara disiplin yang diterangkan adalah seperti masa masuk dan balik di firma tersebut. Selain itu, kami di kehendaki memakai kad matrik apabila berada di dalam bangungan ini kerana untuk membezakan pelajar dan kakitangan di situ. Pada minggu pertama ini banyak yang saya pelajari berkaitan dengan TM, saya juga diberikan tugasan pertama, iaitu menyambung dan memutuskan nombornombor telefon talian tetap yang merupakan kerja yang akan dilakukan setiap hari ketika berada di unit ini. Untuk melakukan tugas ini, komputer yang mempunyai perisian TTWin Session 1 dan ProComm Plus digunakan.
Komputer tersebut juga perlulah
disambungkan kepada internet. Perisian TTWin Session 1 tersebut adalah Sistem 10
TELEKOM MALAYSIA BERHAD
POLITEKNIK KOTA KINABALU
Perkhidmatan Automatik Pelanggan yang akan memaparkan status nombor-nombor telefon, samada akan ditos (buang) atau disambung semula. Nombor yang akan ditos adalah berstatus 12, manakala yang akan disambung semula berstatus 16. Terdapat 7 Ibusawat yang dikendali dari unit SOMA. Ibusawat-ibusawat itu adalah: 1. TWU3 2. BALDR (Balung) 3. APSDR (Apas) 4. APSDN (Apas) 5. TWUDN 6. MOTFS (Merotai) 7. LUACL (Sin Onn) Sebelum sesuatu nombor itu ditos atau disambung semula, status nombor tersebut akan diperiksa di TTWin Session 1. Senarai nombor kemudiannya dicatit dan perisian ProComm Plus digunakan. Perisian tersebut memerlukan set-set arahan (Command) tertentu untuk membuatkannya berfungsi. 1. <#password#PSD:N=xxxxxx;> → digunakan untuk memeriksa status nombor telefon. 2. <#password#SOD:SPR,N=xxxxxx;> → digunakan untuk menyambung semula nombor telefon. 3. <#password#SOD:SPS,N=xxxxxx,,ORG;> →
digunakan untuk membuang nombor telefon secara 1 WAY (label T), iaitu
tidak boleh memanggil keluar, tetapi masih boleh menerima panggilan. 4. <#password#PSD:SPS,N=xxxxxx,,ALL;> →
digunakan untuk membuang nombor telefon secara 2 WAY (label U), iaitu
panggilan keluar dan masuk tidak boleh dibuat. *xxxxxx = nombor telefon Selain membuang dan menyambung semula nombor-nombor telefon talian tetap, saya juga diarahkan untuk memeriksa dan mengemaskini (update) KODA menggunakan laman web : http://10.1/51/148/neq/frmneqSOMAUpdate.asp.
11
TELEKOM MALAYSIA BERHAD
POLITEKNIK KOTA KINABALU
Selama sebulan di SOMA, hanya 2 tugas ini yang saya lakukan kerana kebanyakan tugas lain dilakukan sendiri oleh kakitangan-kakitangan unit ini. Terdapat juga kerja yang dilakukan di luar, tetapi saya tidak digalakkan untuk mengikuti kerana kerja tersebut memakan masa yang lama (1 hari). 3.2.2 Laporan Aktiviti Minggu Ke-7 hingga Minggu Ke-22 ( 23 Februari 2009 – 12 Jun 2009) Bermula minggu ketujuh, saya ditugaskan di unit MDF ( Main Distribution Frame ) yang hanya dianggotai oleh seorang kakitangan sahaja iaitu Encik Omar bin Yusop. MDF ini juga dikenali sebagai Sisih Junjungan Utama. Unit ini berfungsi sebagai membuat pemasangan baru ( P ), membuat penukaran tempat atau lokasi kediaman (TK) dan membuat pemotongan (C). Antara tugas-tugas di MDF adalah seperti membuat ’jumpering’ pemasangan baru dan pemindahan telefon, membaiki kerosakan telefon iaitu membuat penukaran S/I dan menggantikan kabel jumper yang baru, membuang wayar ‘jumper’ untuk untuk pesanan pemotongan (C Order), menerima panggilan setiap masa daripada ‘team’ pembaikan, menjaga rekod yang berkaitan dengan pasangan kabel di MDF, mengemaskini wayar ’jumper’ di MDF, dan menjaga kebersihan di MDF. Kerja yang dilakukan seharian adalah membuat penyambungan dari LEN ( Line Equipment Number ) ke pugak pelanggan dengan menggunakan wayar ‘jumper’. Pemeriksaan LEN dan pugak juga dilakukan berdasarkan permintaan staff ’restoration’ atau kumpulan yang membaiki talian telefon di luar. Mereka akan menyatakan pugak tertentu untuk diperiksa samada mempunyai nada dail atau tidak.. Sekiranya tiada, LEN pula akan diperiksa. Selalunya pasti terdapat nada dail pada LEN ini melainkan sebab-sebab tertentu seperti nombor belum diprogram atau berlakunya ’loop’ atau wayar bersetuhan di sebelah pengguna iaitu D-Side. Sekiranya terdapat nada dail pada LEN, satu wayar ’jumper’ baru akan disambungkan dari LEN ke pugak pelanggan. Walaupun agak senang tetapi kadangkala agak melecehkan kerana terlalu banyak wayar ’jumper’ yang bersimpang siur. Oleh kerana itu, sekiranya tiada panggilan daripada ’restoration’ gang atau kerja-
12
TELEKOM MALAYSIA BERHAD
POLITEKNIK KOTA KINABALU
kerja lain saya dan staff MDF akan membuka wayar ’jumper’ yang tidak digunakan lagi atau tidak berfungsi, mekanisma ini dipanggil verifikasi. Begitu juga dengan pesanan pemotongan telefon (C Order), kami akan melakukan kerja-kerja mencabut wayar ’jumper’ di MDF. Kerja ini juga perlu dilakukan berhati-hati kerana ada bahagian pada tap block ini berbucu tajam dan kadang-kadang mencalarkan lengan. Kerja-kerja menarik wayar jumper tersebut, perlu juga perlahan-lahan dan tidak dipaksa jika wayar ’jumper’ sukar untuk ditarik keluar kerana sekiranya fenomena ini diteruskan akan mencederakan wayar ’jumper’ lain yang masih berfungsi.
13