Bab4teknik Pemasangan Pc

  • Uploaded by: Zul Hairey
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bab4teknik Pemasangan Pc as PDF for free.

More details

  • Words: 1,030
  • Pages: 18
BAB 4

TEKNIK PEMASANGAN PERKAKASAN KOMPUTER

4.1 Pengenalan

Teknik pemasangan perkakasan komputer merupakan satu kemahiran yang sangat mudah dipelajari. Sebelum memulakan pemasangan, semua peralatan dan perkakasan yang lengkap perlu dibekalkan. Peralatan dan perkakasan tersebut dipastikan berada dalam keadaan yang baik. Semasa kerja pemasangan dilakukan pula, langkah-langkah keselamatan mengikut ”standard ISO” perlu diikuti. Teknik yang dilakukan juga hendaklah tertib agar kerja pemasangan berjalan dengan lancar dan sebarang masalah dapat dielakkan daripada berlaku.

51

Langkah-langkah keselamatan yang dilakukan

Semua orang perlu mematuhi dan mengamalkan langkah-langkah keselamatan dalam setiap kerja teknikal yang dilakukan. Langkah-langkah keselamatan perlu diambil memandangkan kerja-kerja yang akan dilakukan bersangkutan

dengan

elektrik. Tindakan yang betul harus diambil dan jangan beri ruang pada kesilapan. Tindakan-tindakan itu seperti berikut: 1.

Memakai gelang pembumi sebagai alat anti-statik untuk menyahcaskan elektrostatik yang ada pada tangan yang berfungsi bagi mengelakkan sebarang kerosakan pada komponen elektronik yang digunakan.

Rajah 4.2.1.i Gelang Pembumi

Rajah 4.2.1.ii Pemakaian gelang pembumi

52

2.

Lapik getah (rubber mat) digunakan di tempat kerja atau pakai kasut getah (rubber boot) yang dapat menghindar dari kejutan elekrik.

Rajah 4.2.2

3.

Pena ujian (test pen) digunakan sekiranya perlu untuk menguji alat-alat elektrik setelah dipasang.

Rajah 4.2.3 4.

Kad-kad litar diawasi dari kerosakan elektrostatik (static electricity). Rajah 4.2.4.i

Rajah 4.2.4.ii

53

4.3 Spesifikasi / jenis peralatan yang digunakan Sebelum pemasangan dilakukan, peralatan yang mencukupi dan lengkap perlu disediakan. Spesifikasi perkakasan komputer telah diterangkan didalam bab sebelum ini (BAB 5). Peralatan yang digunakan dalam pemasangan perkakasan komputer antaranya, ialah : Screw dan screw driver



Alat ini digunakan memasang papan litar utama, pemacu cakera CDROM, pemacu cakera cakera liut, dan cakera keras ( hard disk ) pada kotak komputer ( casing ).

Rajah 4.3.1 screw dan screw driver

54

ii.)

Sponge  Alat ini digunakan untuk meletakkan papan litar utama semasa pemasangan komponen (Heat sink, Processor, dan Ram) padanya.

Rajah 4.3.2

Rajah 4.3.3

sponge

sponge dan papan litar utama ( motherboard )

55

iii.)

Gelung Wayar  Alat ini digunakan untuk mengemaskan wayar-wayar yang terdapat di dalam kotak komputer ( casing ).  Digunakan dengan memasukkan wayar di dalamnya dengan cara meliltkannya sahaja pada wayar-wayar yang perlu dikemaskan.

Rajah 4.3.4

Rajah 4.3.5

Gelung Wayar

Melilitkan gelung wayar pada wayar

56

4.4 Proses kerja yang dilakukan Pemasangan perkakasan komputer dilakukan dengan tertib agar proses kerja berjalan dengan baik dan sempurna. Berikut merupakan proses kerja yang dilakukan dalam pemasangan perkakasan komputer : 1.

Semua peralatan dan perkakasan disediakan.

2.

Gelang pembumi dipakai sebagai alat anti-statik.

Rajah 4.4.2.1

3.

Rajah 4.4.2.2

Penutup kotak komputer ( casing ) dibuka dan semua skru yang terdapat di dalamnya dikeluarkan.

Rajah 4.4.3.1

Rajah 4.4.3.2

57

4.

Wayar yang terdapat di dalam kotak komputer ( casing ) tersebut dikemaskan dengan melilitkan gelung wayar padanya.

Rajah 4.4.4.1 5.

Rajah 4.4.4.2

Penutup soket 7 dibuka dan prosesser dimasukkan.

4.4.5.1 Rajah Prosesser

Rajah 4.4.5.2

58

6.

Papan litar utama ( motherboard ) diletakkan di atas sponge dan heat sink serta cooler dipasangkan di atas prosesser tersebut.

Rajah 4.4.6.1 heat sink dan cooler 7.

Rajah 4.4.6.2 Motherboard

RAM dipasangkan pada slot DDR-DRAM dengan cara menekan sahaja RAM tersebut pada slot sehingga holder RAM benar-benar menyokong RAM tersebut. Wayar heat sink diikat dengan kemas mengikut standard ISO agar kipas pada cooler tidak terkena pada wayar tesebut semasa ia berfungsi.

Rajah 4.4.7 RAM dipasangkan pada slot DDR-DRAM

59

8.

Petak alas pada bahagian belakang dibuka dan digantikan dengan penutup panel belakang yang dikhaskan

Rajah 4.4.8.1 Petak alas dibuka

Rajah 4.4.8.2

Penutup panel

belakang khas dipasangkan

9.

Papan litar utama ( motherboard ) dimasukkan ke dalam kotak komputer ( casing ) dan kedudukan port COM 1 dipastikan berada pada tempat yang betul. Motherboard diskrukan pada casing.

Rajah 4.4.9.1 Motherboard

Rajah 4.4.9.2 Port COM1

dimasukkan ke dalam casing

60

10.

Kabel-kabel reben, CPU, RAM, sambungan COM 1 dan sambungan LPT 1 disambungkan pada bekalan kuasa dan motherboard. Penyambungan COM 1 dan LPT 1 adalah berdasarkan buku manual.

Rajah 4.4.10.1 11.

Kabel-kabel kecil yang dilabelkan sebagai komponen HDD, LED, RESET dan POWER disambungkan ke motherboard berpandukan buku manual.

.

Rajah 4.4.11.1 Buku Manual.

Rajah 4.4.11.2 Kabel disambungkan

61

12.

Modem dipasangkan pada slot ISA dan diskrukan pada casing.

Rajah 4.4.12.1

Modem

Rajah 4.4.12.2 Modem diskrukan

dipasangkan pasa slot ISA.

13.

pada casing.

Pemasangan pemacu CD-ROM / DVD-ROM : i.

Penutup panel depan dibuka untuk menempatkan pemacu CD-ROM dan pemacu dipasangkan ke dalam slot.

Rajah 4.4.13.i.a

Rajah 4.4.13.i.b

62

ii.

Pemacu CD-ROM diskrukan dengan kemas.

Rajah 4.4.13.ii. iii.

Kabel riben 40 pin di disambungkan pada pemacu dan kedudukan pin 1 dipastikan. Bekalan kuasa disambungkan.

Rajah 4.4.13.iii.a

Rajah 4.4.13.iii.b

63

14.

Pemasangan pemacu cakera liut ( floppy disk ) : i.

Pemacu cakera liut dipasangkan pada slot depan komputer dan skru dengan kemas.

Rajah 4.4.14.i.a

ii.

Rajah 4.4.14.i.b

Kabel riben 34 pin disambungkan pada pemacu cakera liut tersebut serta kedudukan pin 1 dipastikan. Hujung kabel riben sebelah lagi sudah sedia terpasang di slot FDC sebelum ini. Rajah 4.4.14.ii

iii.

Bekalan kuasa disambungkan.

64

Rajah 4.4.14.iii 15.

Pemasangan pemacu cakera keras ( hard disk ) : i.

Hard disk dimasukkan ke dalam casing dan diskrukan dengan kemas.

Rajah 4.4.15.i ii.

Rajah 4.4.15.ii

Kabel riben 40 pin disambungkan dan kedudukan pada pin 1 diberikan perhatian. Hujung kabel riben sebelah lagi sudah tersedia dipasang pada slot IDE 0. Bekalan kuasa disambungkan. Rajah 4.4.15.ii

16.

Cooler disambungkan ke bekalan kuasa.

65

Rajah 4.4.16 17.

Casing ditutup dengan penutupnya dan diskru dengan kemas.

Rajah 4.4.17.1

18.

Rajah 4.4.17.2

Monitor / LCD, papan kekunci ( keyboard ), dan tetikus ( mouse) disambungkan.

Rajah 4.4.18.1

Rajah 4.4.18.2

66

6.4

Kesimpulan

Melalui teknik pemasangan perkakasan komputer ini, pelatih dapat mempelajari dengan lebih mendalam bagaimana setiap perkakasan komputer itu dipasang pada sebuah kotak komputer. Sehubungan dengan itu, pelatih dapat mengetahui bagaimana penyambungan setiap kabel yang terdapat di dalam komputer itu dilakukan. Peyambungan yang dilakukan hendaklah teliti dan tepat agar komputer dapat berfungsi. Sekiranya terdapat kesalahan semasa kabel disambungkan, ini akan menyebabkan komputer tidak berfungsi dengan baik ataupun komputer tidak dapat berfungsi langsung. Selain itu, pelatih juga dapat mempelajari langkah-langkah keselamatan dalam

kemahiran

pemasangan

komputer.

Dengan

ini,

pelatih

dapat

mempraktikkannya semasa melakukan kerja-kerja amali kelak. Kemahiran ini menambahkan lagi pengalaman pelatih dalam bidang komputer bersesuaian dengan kursus yang diambil di Politeknik iaitu elektronik komputer.

67

68

Related Documents

Pemasangan Pc
May 2020 22
Pc
August 2019 71
Pc
June 2020 41
Pemasangan Ngt.docx
June 2020 18

More Documents from "Adam Prayogi"

Halaman Isi Kandungan
June 2020 14
Penhargaan
June 2020 17
7.2
June 2020 4
6
June 2020 8