Ayat Aktif Pasif.docx

  • Uploaded by: Anonymous aHSTPO
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ayat Aktif Pasif.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 3,763
  • Pages: 16
Ayat Aktif yat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul ayat atau sebagai unsur yang diterangkan. Oleh itu, ayat aktif memberikan penekanan kepada pelaku bagi sesuatu perbuatan kerana dalam ayat ini pelaku merupakan perkara atau unsur yang diterangkan. Pelaku bertindak sebagai subjek ayat. Pelaku lazimnya terdiri daripada manusia atau haiwan, iaitu objek yang boleh melakukan sesuatu perbuatan. Contohnya Ahmad, gadis itu dan kuda. Walau bagaimanapun, terdapat juga perkara yang bukan hidup boleh bergerak melakukan sesuatu seperti banjir, ribut dan hujan. Dari segi penggolongan pelaku, semua pelaku tergolong dalam golongan kata nama atau frasa nama. Berdasarkan kepada ayat di atas, ayat (i) dan (ii) merupakan ayat aktif

Dalam bahasa Melayu, ayat aktif terbahagi kepada dua, iaitu ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif. Pembahagian ayat aktif ini bergantung pada jenis kata kerja yang menjadi predikatnya. Jika kata kerja tersebut terdiri daripada kata kerja transitif, maka ayat yang dihasilkan ialah ayat aktif transitif dan jika predikatnya terdiri daripada kata kerja tak transitif, maka ayat aktif yang terhasil ialah ayat aktif tak transitif. Dalam ayat aktif, pelakunya, iaitu bas sekolah dan anak saudara saya menjadi fokus ayat, manakala dalam ayat pasif, fokus diberikan kepada objek, iaitu papan tanda dan kotak hadiah. Oleh itu, dalam ayat aktif pelaku diletakkan pada posisi subjek, manakala dalam ayat pasif objek diletakkan pada posisi subjek.

Ayat pasif dengan awalan ter- ini mempunyai persamaan dengan ayat pasif berawalan di- kerana boleh menggugurkan oleh + FN 34c. Papan tanda itu telah terlanggar petang semalam. 35c. Kotak hadiah terpijak semasa lampu terpadam. Walau bagaimanapun, ayat pasif berawalan ter- berbeza daripada awalan di- kerana ayat pasif berawalan teR- boleh menggugurkan KSN (oleh). Jika digugurkan ayat tersebut menjadi tidak gramatis. Contoh: 34d. * Papan tanda itu telah terlanggar bas sekolah petang semalam. 35d. * Kotak hadiah terpijak anak saudara saya semasa lampu terpadam.

34e. Papan tanda itu telah dilanggar bas sekolah petang semalam. 35e. Kotak hadiah dipijak anak saudara saya semasa lampu terpadam.

Bina dua ayat aktif dan dua ayat pasif dengan kata kerja berawalan teR-. 1. ________________________________________________________________________ 2. ________________________________________________________________________ 3. ________________________________________________________________________ 4. ________________________________________________________________________

Garisi kata kerja dalam ayat di bawah dan tuliskan AA untuk ayat aktif dan AP untuk ayat pasif

1. Teman wanitanya mengelamun sepanjang hari. [ ] 2. Pengemis jalanan itu makan nasi dengan lahapnya. [ ] 3. Zakuan terambil borang di atas kaunter pertanyaan itu. [ ] 4. Perdana menteri menyampaikan syarahan di Fakulti Bahasa. [ ]

R a g a m A y a t | 145

5. Pesakit itu tertidur di bilik menonton televisyen sejak pagi tadi. [ terangkat oleh dua orang pekerja syarikat itu. [ ]

] 6. Kotak besar itu tidak

Di samping kata pasif berawalan di- dan ter-, imbuhan pasif juga terdiri daripada imbuhan ber- dan ke-...an. Bagaiamanapun, bentuk ini tidak merupakan bentuk yang lazim. Contoh : 36. Panggilan itu belum berjawab oleh kakak. 37. Mereka berdua kehujanan malam tadi.

Ayat Pasif dengan Ganti Nama Diri Orang Pertama dan Kedua

agi ayat pasif ini, kata ganti nama diri orang pertama dan kedua hadir pada posisi di hadapan kata kerja pasif. Kata kerja pasif lazimnya terdiri daripada kata dasar, iaitu kata yang tidak mempunyai imbuhan awalan. Contoh : Subjek / Pelaku Kata Kerja Transitif Objek 38a. Aktif

38b. Pasif Objek Pelaku + Kata Kerja Pasif

Berdasarkan contoh 38 (a dan b) di atas, terdapat persamaan dengan ayat 29 (a dan b), iaitu posisi objek dan posisi subjek telah ditukar ganti, iaitu dalam ayat pasif, posisi subjek diisi oleh objek. Yang berbeza ialah pelaku yang terdiri daripada ganti nama diri orang pertama dan kedua perlu diletakkan di hadapan kata kerja pasif, manakala bagi ayat pasif dengan ganti nama diri orang ketiga, ganti nama diri ketiga tersebut diletakkan selepas kata kerja pasif. Kata kerja pasif pula terdiri daripada kata tanpa imbuhan awalan. Dalam ayat pasif ini, terdapat keeratan hubungan antara kata ganti nama diri orang pertama dan kedua dengan kata kerja pasif yang mengikutinya. Oleh itu, tidak boleh diselitkan antara kedua-duanya dengan apa-apa perkataan. B telah saya selesaikan Saya telah menyelesaikan semua hutangnya.

Semua hutangnya.

R a g a m A y a t | 146

Contoh : 39a. Mesyuarat itu akan awak tangguhkan. 39b. *Mesyuarat itu awak akan tangguhkan.

Ayat 39b dianggap tidak gramatis kerana di antara kata ganti nama diri awak dan kata kerja tangguhkan telah diselitkan kata bantu akan di antara kedua-duanya. Oleh itu, ayat ini dianggap tidak tepat dalam bahasa Melayu. Contoh-contoh lain yang berikut menjelaskan ayat pasif dengan ganti nama diri orang pertama dan kedua. 40. Khemah itu berjaya kami dirikan pagi tadi. 41. Makanan itu masih belum hamba jamah lagi. 43. Permohonan membina masjid di kawasan itu sudah beta perkenankan.

Pasifkan ayat-ayat yang berikut:

(1) Awak sudah menyemak pelan perumahan itu? ____________________________________________________________________________ (2) Kamu hendak makan soto di gerai Pak Leman? ____________________________________________________________________________ (3) Saya masih belum memahami subjek sintaksis ini. ____________________________________________________________________________ (4) Kami masih belum boleh menyiapkan laporan tentang perkara itu. ____________________________________________________________________________

Ayat Pasif dengan Perkataan kena

yat pasif dengan perkataan kena bererti ayat yang menjadikan objek sebagai fokus ayat dan meletakkan perkataan kena di hadapan kata kerja pasif. Kata kerja pasif ini terdiri daripada kata kerja yang tidak mempunyai imbuhan awalan. A R a g a m A y a t | 147

Contoh: 44a. Ayat Aktif Lelaki itu menipu rakan serumahnya. 44b. Ayat Pasif Rakan serumahnya kena tipu oleh lelaki itu. Apabila ayat pasif diletakkan dengan perkataan kena, lazimnya ayat pasif tersebut mendukung maksud negatif. Contohnya kene tipu, kena curi, kena tanggap, kena pukul, kena tumbuk, kena belasah, kena marah dan lain-lain. Ayat pasif jenis ini lazimnya menggugurkan pelaku. Oleh itu, frasa sendi oleh + Frasa Nama bersifat pilihan, iaitu beloh digugurkan atau dikekalkan dalam sesebuah ayat.

Contoh: 45a. Pemandu lori itu kena saman oleh polis. 45b. Pemandu lori itu kena saman.

46a. Pelakon itu kena tumbuk oleh rakannya semalam. 46b. Pelakon itu kena tumbuk semalam.

KATA KUNCI

1. Ayat aktif 6. Kata kerja transitif 2. Ayat pasif 7. Kata kerja tak transitif 3. Pelaku 8. Objek 4. Judul ayat 9. Pelengkap 5. Kata kerja 10. Unsur Keterangan

R a g a m A y a t | 148

PENILAIAN KENDIRI

1. Apakah definisi ayat aktif? 2. Apakah ciri-ciri ayat aktif?. 3. Dengan menggunakan contoh yang relevan, bandingkan ayat aktif dengan ayat pasif? 4. Apakah cirri-ciri ayat pasif? 5. Dengan memberikan contoh yang sesuai, huraikan setiap ayat pasif yang terdapat dalam bahasa Melayu? 6. Apakah yang membezakan ayat aktif berawalan teR- dengan ayat pasif berawalan teR-? 7. Jelaskan perbezaan antara ayat pasif ganti nama diri orang ketiga dengan ayat pasif ganti nama diri orang pertama dan kedua. 8. Pasifkan ayat-ayat yang berikut: i. Israel masih menyerang rakyat Palestin. ___________________________________________________________________________ ii. Ahli tatabahasa terkenal mengarang buku itu. ___________________________________________________________________________ iii. Kamu akan membatalkan mesyuarat tersebut. ___________________________________________________________________________ iv. Pemburu itu tertembak seekor seladang betina. ___________________________________________________________________________ v. Kami belum menyampaikan salam kepada tuan rumah. ___________________________________________________________________________ vi. Saya akan menangguhkan pemergian saya ke Jakarta.

___________________________________________________________________________ vii. Saya hendak merasai masakan tukang masak baharu itu. ___________________________________________________________________________ viii. Gadis kampung itu menjunjung bakul kain untuk ke sungai. ___________________________________________________________________________ ix. Pasukan gerak khas menyuraikan para penunjuk perasaan. ___________________________________________________________________________ R a g a m A y a t | 149

x. Pada malam ini, pasukan Selangor akan menentang pasukan Perak. ___________________________________________________________________________ xi. Awak hendaklah memaklumkan keputusan mesyuarat tersebut nanti. ___________________________________________________________________________ xii. Mohammad terlanggar kanak-kanak yang baru pulang dari sekolah itu. ___________________________________________________________________________ xiii. Kami telah melaporkan berita yang baik itu kepada Ketua Jabatan kami. ___________________________________________________________________________ xiv. Anda belum pernah menyaksikan persembahan drama persatuan kami. ___________________________________________________________________________

RUJUKAN

Ahmad Khair Mod Nor (2002). Pengantar Sintaksis Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors. Asmah Hj. Omar. (2008). Nahu kemas kini. Kuala Lumpur: PTS Professional. Nik Safiah Karim et al. (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Zainal Abidin Ahmad (Za’ba) (2000). Pelita Bahasa Melayu Penggal 1-III Edisi Baharu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Yang berikut merupakan contoh aktif: 1. Halimah mencuci pinggan di dapur. 2. Banjir telah melanda beberapa kawasan di Pantai Timur. 3. Adik berlari di padang pada petang itu. 4. Ahli mesyuarat sedang berbincang tentang projek tersebut. Berdasarkan kepada ayat di atas, ayat (1) dan (2) merupakan ayat aktif transitif, manakala ayat (3) dan (4) ialah ayat aktif tak transitif. Contoh di atas menunjukkan bahawa ayat aktif mengutamakan pelaku A Ayat Aktif Ayat Aktif Transitif Ayat Aktif

Tak Transitif

R a g a m A y a t | 132

(Halimah, banjir, adik dan ahli mesyuarat) sebagai unsur utama, iaitu sebagai bahagian yang diterangkan dan kesemua pelaku ini terdiri daripada frasa nama. Bahagian predikat pula terdiri daripada kata kerja sama ada kata kerja transitif (mencuci dan melanda) atau kata kerja tak transitif (berlari dan sedang berbincang).

Berdasarkan kepada huraian di atas, dapatkah anda bezakan antara ayat aktif transitif dengan ayat aktif tak transitif? __________________________________________________________________________________ ___ __________________________________________________________________________________ ___

Ayat Aktif Transitif eperti yang dinyatakan sebelum ini, ayat aktif ini ialah ayat yang mengutamakan pelaku sebagai judul atau fokus ayat dan predikatnya terdiri daripada kata kerja transitif. Kata kerja transitif merupakan kata kerja yang perlu diikuti oleh frasa nama atau ayat komplemen, iaitu bahagian ayat yang berfungsi sebagai objek. Oleh itu, objek berfungsi sebagai penyambut kepada kata kerja transitif. Pada umumnya, rumus bagi ayat aktif transitif adalah seperti yang berikut:

Dalam bahasa Melayu, ayat aktif transitif lazimnya terdiri daripada kata kerja terbitan dengan awalan meN-. Hanya sebilangan kecil sahaja kata kerja transitif yang terdiri daripada kata dasar. Contoh:

Subjek

Predikat Kata Kerja Transitif Objek 5. Anak perempuannya makan kuih bahulu. 6. Pasukan penyelamat membantu mangsa banjir. S SUBJEK + KATA KERJA TRANSITIF + OBJEK R a g a m A y a t | 133

7. Ibu tua itu sedang memikirkan masa depan anak-anaknya. 8. Penduduk di kawasan bencana itu memerlukan bantuan uabt-ubatan.

Berdasarkan contoh 5-8 di atas, kata kerja transitif boleh terdiri daripada kata dasar (makan) dan juga kata terbitan (membantu, memikirkan, memerlukan). Berdasarkan contohnya, didapati lazimnya kata kerja transitif terdiri daripada kata terbitan berawalan meN-. Kata terbitan ini perlu diikuti oleh objek yang terdiri daripada kata nama atau frasa nama. Objek bagi ayat di atas ialah kuih bahulu, mangsa banjir, masa depan anak-anaknya dan bantuan ubat-ubatan. Frasa nama yang berfungsi sebagai objek ini boleh dipasifkan. Tuliskan enam kata kerja transitif yang anda ketahui.

Dalam perbincangan tentang ayat aktif yang dinyatakan sebelum ini, kesemua ayat terdiri daripada satu objek. Walau bagaimanapun, ayat aktif juga boleh terdiri daripada dua objek. Objek pertama ialah objek yang menjadi penyambut langsung kepada kata kerja transitif dan objek ini diistilahkan sebagai objek tepat. Objek kedua pula ialah objek yang hadir selepas objek pertama dan diistilahkan sebagai objek sipi. Contoh: Subjek Predikat Kata Kerja Transitif Objek Objek Tepat Objek Sipi 9. Pensyarah memberikan kami nasihat. 10. Pengawal keselamatan membukakan saya pintu pagar. 11. Abang saya menghadiahi isterinya sebentuk cincin. 12. Sultan Kedah menganugerahi pemain badminton itu pingat kebesaran.

1.

4. 2.

5. 3.

6.

R a g a m A y a t | 134

Objek tepat dan objek sipi ini boleh diubah kedudukannya, iaitu objek sipi boleh menjadi penyambut langsung kepada kata kerja transitif dan objek tepat menjadi unsur keterangan dalam frasa sendi nama. Perubahan kedudukan ini tidak membawa perubahan makna, tetapi hanya mengubah binaannya, iaitu posisi objek tepat diisi oleh objek sipi, manakala objek tepat yang asal didahului oleh kata sendi nama di hadapannya dan membentuk frasa nama. Contoh: Subjek Predikat Kata Kerja Transitif Objek Frasa Sendi Nama (Keterangan) 9a. Pensyarah memberi nasihat kepada kami. 10a. Pengawal keselamatan membuka pintu pagar untuk saya. 11a. Abang saya menghadiahkan sebentuk cincin kepada isterinya. 12a. Sultan Kedah menganugerahkan pingat kebesaran kepada pemain badminton itu.

Berdasarkan kepada contoh (9a - 12a) di atas, ditunjukkan bahawa objek tepat yang asal, iaitu kami, saya isteri dan pemain badminton telah berubah kedudukannya, iaitu daripada posisi selepas kata kerja transitif kepada posisi keterangan, iaitu mengisi posisi dalam frasa sendi nama. Objek sipi yang asal pula berubah posisinya kepada posisi objek, iaitu mengisi posisi selepas kata kerja transitif. Walaupun berlaku perubahan posisi, tetapi perubahan ini tidak mengubah makna.

Selain daripada frasa nama atau kata nama yang berfungsi sebagai objek bagi menyambut kata kerja transitif, terdapat juga klausa komplemen yang berfungsi sebagai objek. Bagaimanapun, kehadiran klausa komplemen ini menunjukkan bahawa ayat tersebut tidak lagi merupakan ayat tunggal melainkan ayat terbitan, iaitu ayat majmuk pancangan komplemen. Ayat ini dapat dikenal pasti menerusi kata komplemen bahawa.

R a g a m A y a t | 135

Contoh:

Subjek

Predikat Kata Kerja Transitif Klausa Komplemen 13. Ketua kampung menegaskan bahawa surau itu perlu diperbaiki. 14. Pemuda itu menjelaskan bahawa sewa apartmen di situ agak mahal. 15. Beliau

menerangkan bahawa kertas kerja itu perlu diselesaikan segera. 16. Siti Aisyah menyatakan bahawa kakaknya sudah berangkat ke luar negara.

Berdasarkan contoh di atas, klausa komplemen menjadi penyambut langsung kepada kata kerja transitif menegaskan, menjelaskan, menerangkan dan menyatakan. Sama seperti frasa nama yang berfungsi sebagai objek, kata komplemen ini juga boleh dipasifkan. Kesemua objek dalam ayat aktif yang ditunjukkan dalam contoh di atas tidak boleh digugurkan, sama ada objek tersebut terdiri daripada frasa nama atau klausa komplemen. Hal ini kerana pengguguran objek menjadikan ayat tersebut tidak gramatis.

Bina tiga ayat aktif dengan satu objek dan tiga ayat aktif dengan dua objek.

1. ________________________________________________________________________ 2. ________________________________________________________________________ 3. ________________________________________________________________________ 4. ________________________________________________________________________ 5. ________________________________________________________________________ 6. ________________________________________________________________________ Dalam bahasa Melayu, terdapat ayat aktif yang boleh digugurkan objek yang mengikuti kata kerja transitif. Objek tersebut terdiri daripada ganti nama diri orang pertama, sama ada ganti nama tunggal atau kata nama jamak. Ayat aktif dalam kategori ini terdiri daripada ayat yang mengandungi kata kerja transitif yang mempunyai ciri kata adjektif, iaitu kata kerja yang boleh didahului oleh kata penguat. Lazimnya kata dasar R a g a m A y a t | 136

bagi kata kerja ini terdiri daripada kata adjektif dan mendukung makna adjektif. Antara kata kerjanya ialah menggembirakan, menyedihkan, mendebarkan, memilukan, dan memeranjatkan. Contoh:

Subjek

Predikat Kata Kerja Transitif Objek 14. Kemalangan itu memeranjatkan mereka sekeluarga. 15. Peristiwa di Aceh sangat memilukan perasaan kami di sini. 16. Cerita yang ditayangkan itu amat mendebarkan kami semasa menontonnya. 17. Keputusan peperiksaan saya menggembirakan keduadua ibu bapa saya.

Tuliskan lima ayat yang mengandungi kata kerja transitif yang kata dasarnya terdiri daripada kata adjektif. 1. ________________________________________________________________________ 2. ________________________________________________________________________ 3.

________________________________________________________________________ 4. ________________________________________________________________________ 5. ________________________________________________________________________

Huraikan jenis-jenis ayat aktif transitif dalam bahasa Melayu. _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ R a g a m A y a t | 137

Ayat Aktif Tak Transitif

yat aktif tak transitif ialah ayat yang terdiri daripada kata kerja tak transitif sebagai pradikatnya. Oleh itu, ayat aktif ini, tidak mempunyai objek sebagai unsur penyambut. Ayat aktif tak transitif terbahagi kepada dua dan ini ditunjukkan oleh rajah di bawah.

Ayat aktif berpelengkap merupakan ayat aktif yang kata kerja tak transitifnya perlu diikuti oleh pelengkap sebagai unsur penyambut. Sebaliknya bagi ayat aktif tak transitif tanpa pelengkap kerana ayat ini tidak memerlukan pelangkap, tetapi kata kerja tak transitifnya boleh diikuti oleh unsur keterangan. Unsur keterangan ini boleh digugurkan atau dikekalkan dalam sesebuah ayat.

Ayat Aktif Tak Transitif Berpelengkap

yat aktif berpelengkap merupakan ayat aktif yang memerlukan pelengkap bagi menghasilkan ayat yang gramtis. Pelengkap merupakan unsur yang wajib dan ketiadaan pelengkap menyebabkan

sesebuah ayat tidak lengkap dari segi makna dan binaannya. Pelengkap boleh terdiri daripada golongan kata nama, kata adjektif dan frasa sendi nama.

A A Ayat Aktif Tak Transitif Ayat Aktif Tak Transitif Berpelengkap Ayat Aktif Tak Transitif Tanpa Pelengkap R a g a m A y a t | 138

Contoh: Pelengkap Kata Nama

Subjek

Predikat Kata Kerja Tak Transitif Pelengkap Kata Nama 18a. Anak sulungnya menjadi pegawai perancang bandar. 18b. * Anak sulungnya menjadi 19a. Pengemis itu beralaskan kotak buruk untuk tidur. 19b. * Pengemis itu beralaskan 20a. Rumah teres itu ada empat buah bilik tidur. 20b. * Rumah teres itu ada

Pelengkap Kata Adjektif

Subjek

Predikat

Kata Kerja Tak Transitif Pelengkap Kata Adjektif 21a. Ibu saudaranya beransur pulih. 21b. * Ibu saudaranya beransur 22a. Beliau sentiasa berbuat baik kepada ibu dan adik-adiknya. 22b. * Beliau sentiasa berbuat 23a. Wanita tua itu berasa bangga dengan pencapaian anaknya. 23b. * Wanita tua itu berasa

R a g a m A y a t | 139

Pelengkap Frasa Sendi Nama

Subjek

Predikat Kata Kerja Tak Transitif Pelengkap Frasa Sendi Nama 24a. Lelaki itu berada di tanah suci. 24b. * Lelaki itu berada 25a. Kawan karibnya menetap di Tokyo, Jepun. 25b. * Kawan karibnya menetap 26a. Pelajar-pelajar itu akan berangkat ke luar negara pada minggu ini. 26b. * Pelajar-pelajar itu akan berangkat

Berdasarkan contoh di atas, kesemua pelengkap merupakan unsur yang wajib hadir bagi menjadikan sesebuah ayat gramatis. Penguguran pelengkap (dalam ayat 21b – 26b) menjadikan ayat tidak gramatis dan tidak difahami maksudnya. Bagi pelengkap boleh terdiri daripada kata nama atau frasa nama, pelengkap ini mempunyai sifat atau ciri yang berbeza daripada objek. Hal ini kerana pelengkap tidak boleh dipasifkan, manakala objek boleh dipasifkan. Bandingkan contoh di bawah.

27a. Adik bongsu saya membeli sebuah basikal. 28a. Adik bongsu saya ada sebuah basikal.

Dalam ayat di atas, ayat 27a ialah ayat aktif transitif manakala ayat 28a ialah ayat aktif tak transitif berpelengkap. Hal ini kerana predikat bagi ayat 27a ialah kata kerja transitif membeli, manakala ayat

28a, predikatnya ialah kata kerja tak transitif ada. Kedua-dua ayat ini diikuti oleh frasa nama sebuah basiakal, yang berfungsi sebagai objek dalam ayat 27a dan pelengkap dalam ayat 28a. Walaupun kedua-dua objek dan pelengkap merupakan frasa yang sama, iaitu frasa nama, tetapi hanya ayat 27a yang boleh dipasifkan. Contoh: 27b. Sebuah basikal dibeli oleh adik bongsu saya. 28b. * Sebuah basikal diada oleh adik bongsu saya.

R a g a m A y a t | 140

Kedua-dua contoh ini menjelaskan bahawa hanya ayat yang mengandungi frasa nama yang berfungsi sebagai objek sahaja yang boleh dipasifkan, manakala ayat terdiri daripada pelengkap tidak boleh digugurkan dan jika dipasifkan ayat tersebut menjadi tidak gramatis (28b).

Berdasarkan pemahaman anda terhadap ayat aktif, lengkapkan rajah yang berikut, yang menggambarkan penggolongan ayat aktif dalam bahasa Melayu.

Garisi kata kerja dalam ayat di bawah dan tuliskan AATR untuk ayat aktif transitif dan AATTR untuk ayat aktif tak transitif.

1. Ombak laut membasahi kaki seluar bapa. [ ] 2. Mereka tertidur di bawah pokok manggis itu. [ ] 3. Zainab amat rajin membantu ibunya di dapur. [ ] 4. Adik bongsunya asyik menguap sejak pagi tadi. [ ] 5. Datuk sedang berehat di beranda rumah pada petang itu. [ ] 6. Raziman menonton wayang bersama rakan-rakan sekuliahnya. [ ]

Objek Objek

Ayat Aktif Pelengkap

R a g a m A y a t | 141

Ayat Pasif

yat pasif ialah ayat yang diterbitkan daripada ayat aktif transitif. Oleh itu, berbanding dengan ayat aktif, ayat pasif merupakan ayat yang mengutamakan objek sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Hal ini bererti bahawa dalam ayat pasif, penekanan ayat diberikan kepada objek atau penderita kepada sesuatu perbuatan. Oleh itu, objek diletakkan pada posisi subjek ayat. Menurut Nik Safiah et al. (2010), ayat pasif dapat dibahagikan kepada tiga, iaitu: i. ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif. ii. ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua. iii. ayat pasif dengan perkataan kena, iaitu kata yang hadir sebelum kata kerja.

Ayat Pasif Ganti dengan Imbuhan Kata Kerja Pasif

yat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif lazimnya terbentuk daripada ayat aktif berawalan meN-. Walaupun terdapat kata kerja transitif yang terdiri daripada kata dasar yang boleh membentuk ayat pasif, tetapi bilangannya agak terbatas. Yang berikut menjelaskan penerbitan ayat pasif daripada ayat aktif. Contoh: Subjek / Pelaku Kata Kerja Transitif Objek 29a. Aktif

29b. Pasif Objek Kata Kerja Pasif Subjek / Pelaku

Berdasarkan contoh 29 (a dan b) di atas, posisi objek dan posisi subjek telah ditukar ganti, iaitu dalam ayat pasif, posisi subjek diisi oleh objek, manakala posisi objek diisi oleh subjek ayat aktif. Lazimnya subjek atau A A Kotak-kotak itu.

disusun oleh pekerja kilang. Pekerja kilang menyusun kotak-kotak itu.

R a g a m A y a t | 142

pelaku didahului oleh kata sendi nama oleh. Kata kerja transitif berawalan meN- dalam ayat aktif berubah menjadi awalan di- dalam ayat pasif.

Dalam bahasa Melayu, ayat pasif berimbuhan terdiri daripada ayat pasif berawalan di-, ter-, ber- dan ke...an. Bagaimanapun, imbuhan ayat pasif yang paling luas penggunaan ialah ayat pasif dengan awalan di-. Contoh: Subjek Predikat Kata Kerja Pasif Oleh + Frasa Nama Keterangan 30a. Bangunan itu dirasmikan oleh Menteri Kesihatan pagi tadi. 31a. Kisah pahlawan itu telah dibukukan oleh Kartini sebulan yang lalu. 32a. Surau lama itu akan dicat oleh penduduk kampung pada hujung minggu ini.

Kata sendi oleh dalam ayat di atas boleh digugurkan dengan syarat kata sendi ini hadir selepas kata kerja pasif. Contoh: Subjek Predikat Kata Kerja Pasif Frasa Nama Keterangan 30b. Bangunan itu dirasmikan Menteri Kesihatan pagi tadi. 31b. Kisah pahlawan itu telah dibukukan Kartini sebulan yang lalu. 32b. Surau lama itu akan dicat penduduk kampung pada hujung minggu ini.

Pengguguran kata sendi oleh ini tidak menjejaskan makna dan kegramatisan ayat. Walau bagaimanapun, jika oleh + Frasa Nama hadir agak jauh daripada kata kerja, misalnya posisi oleh + Frasa Nama diisi oleh unsur keterangan, maka kata sendi oleh tidak boleh digugurkan. Contoh: Subjek Predikat Kata Kerja Pasif Keterangan oleh + Frasa Nama 30c. Bangunan itu dirasmikan pagi tadi oleh Menteri Kesihatan. 30d. *Bangunan itu dirasmikan pagi tadi Menteri Kesihatan. 31c. Kisah pahlawan itu telah dibukukan sebulan yang lalu oleh Kartini. R a g a m A y a t | 143

31d. *Kisah pahlawan itu telah dibukukan sebulan yang lalu Kartini. 32c. Surau lama itu akan dicat pada hujung minggu ini oleh penduduk kampung. 32d. *Surau lama itu akan dicat pada hujung minggu ini penduduk kampung.

Berdasarkan contoh di atas, walaupun pada kelazimannya, oleh + Frasa Nama boleh digugurkan, tetapi jika sesuatu perbuatan dilakukan oleh sesuatu perkara seperti banjir dan ombak, maka oleh + Frasa Nama tidak boleh digugurkan. Contoh: Subjek Predikat Kata Kerja Pasif oleh + Frasa Nama Keterangan 33a. Kawasan di tepi pantai dilanda oleh banjir sejak petang semalam. 33b. Kawasan di tepi pantai dilanda banjir sejak petang semalam. 33b. * Kawasan di tepi pantai dilanda - sejak petang semalam.

Berdasarkan kepada contoh 33 ini, ayat 33c menjadi tidak gramatis dan tidak difahami jika oleh + Frasa Nama digugurkan.

Imbuhan pasif yang hampir menyamai cirinya dengan imbuhan pasif di- ialah imbuahan pasif ter-. Berbeza daripada imbuhan di, imbuhan teR- boleh hadir dalam ayat aktif, mahupun ayat pasif. Contoh Ayat Aktif 34a. Bas sekolah telah terlanggar papan tanda itu petang semalam. Ayat Pasif 34b. Papan tanda itu telah terlanggar oleh bas sekolah petang semalam.

Ayat Aktif 35a. Anak saudara saya terpijak kotak hadiah semasa lampu terpadam. Ayat Pasif 35b. Kotak hadiah terpijak oleh anak saudara saya semasa lampu terpadam.

Contoh 34 dan 35 ini menunjukkan bahawa kedua-dua imbuhan

Related Documents


More Documents from "Wildan"

Gpp Tugasan 1.docx
April 2020 21
Aspek Bahasa.docx
April 2020 24
Tugasan 1 Gpi.docx
April 2020 27
Tugasan 1.docx
April 2020 20
Tg.doc
April 2020 20