Menukarkan Ayat Aktif Kepada Ayat Pasif

  • Uploaded by: grimlord74
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Menukarkan Ayat Aktif Kepada Ayat Pasif as PDF for free.

More details

  • Words: 693
  • Pages: 16
MENUKARKAN AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF Ayat aktif ialah ayat yang mempunyai kata kerja transitif yang berawalan meN-, mempeR-, apitan meN-…kan, meN-…I, mempeR-…kan, dan mempeR-…i, seperti yang terdapat dalam contoh yang berikut.

  







Pemuda itu menderma darah Pak Husin memperbesar rumah itu Dia mengumpulkan setem sejak umurnya 10 tahun lagi Saroja ingin menemui pengetua untuk meminta kebenaran membawa anaknya pulang. Hang Tuah ingin memperhambakan dirinya kepada Sultan Melaka sehingga akhir hayatnya. Pengetua mempersetujui cadangan yang diberikan oleh cikgu Hamid

Ayat aktif memberikan penekanan kepada pelaku yang terdapat dalam subjek dan mempunyai objek yang terdapat dalam predikat.

Subjek

Predikat Kata kerja transitif

Objek

1. Pemuda itu menderma

arah

2. Pak Husin

memperbesar

rumah itu

3. Dia

mengumpulkan

4. Saroja

menemui

5. Hang Tuah

memperhambakan

setem sejak umurnya 10 tahun lagi pengetua untuk meminta kebenaran membawa anaknya pulang dirinya kepada sultan Melaka sehingga akhir hayatnya.

6. Pengetua

mempersetujui

Rajah 1

cadangan cikgu Hamid

• Pemuda itu menderma darah Dalam ayat 1 di atas, frasa nama [Pemuda itu] bertugas sebagai subjek. Frasa nama [darah] bertugas sebagai objek kepada kata kerja transitif [menderma]. Dari segi maknyanya, subjek [pemuda itu] menjadi pelaku, dan objek [darah] menjadi penderita, iaitu dikenai kesan kata kerja transitif [menderma] .

Oleh itu, apabila subjek dalam sesuatu ayat menjadi pelaku, dan objeknya menjadi penderita, maka ayat tersebut disebut ayat aktif transitif.

Semua ayat aktif dengan kata kerja transitif dapat ditukar kepada ayat pasif. Oleh itu, ayat-ayat yang terdapat dalam jadual dapat ditukar kepada ayat pasif.

Subjek

Predikat

1. Darah [ penderita ]

diderma oleh pemuda itu

2. Rumah itu [penderita]

Diperbesar oleh Pak Husin

3. Setem [penderita]

dikumpulkannya sejak umurnya 10 tahun lagi

4. Pengetua [penderita]

5. Dirinya [penderita]

6. Cadangan [penderita] Rajah 2

cikgu

ditemui oleh Saroja untuk meminta kebenaran membawa anaknya pulang diperhambakan oleh Hang Tuah kepada Sultan Melaka sehingga akhir hayatnya. Hamid dipersetujui oleh pengetua.







Dalam ayat pasif, frasa nama dalam subjeknya menjadi penderita kerana dikenai kesan kata kerja pasif. Semua ayat aktif transitif dapat ditukar kepada ayat pasif. Berikut ialah imbuhan yang digunakan untuk membentuk kata kerja pasif. Awalan di-, Awalan rangkap dipeR-, Apitan di-...-kan, Apitan di-...- i, Apitan

AYAT PASIF DIRI KETIGA

Kesemua imbuhan tersebut merupakan penanda kepada ayat aktif berawalan di- atau dikenal juga sebagai ayat pasif diri ketiga.

Cuba perhatikan rajah 2 , imbuhan yang digunakan diikuti oleh frasa sendi yang terbentuk daripada kata sendi [ oleh ] serta frasa nama sebagai objek, maka ayat itu dikenal sebagai ayat pasif diri ketiga.

Lazimnya, ayat pasif diri ketiga menggunakan kata ganti nama orang ketiga seperti dia, beliau, baginda dan mereka. Kadang-kadang terdapat kata ganti nama diri atau gelaran seseorang seperti Zanalhisham, Johar, nenek mereka, ibuku, abangku, dsb digunakan dalam ayat pasif diri ketiga.

AYAT PASIF DIRI PERTAMA dan AYAT PASIF DIRI KEDUA 

Merujuk kepada ayat yang mepunyai kata kerja TANPA AWALAN meN- serta DIDAHULUI OLEH KATA GANTI DIRI PERTAMA. Seperti saya, beta, patik, kami, kita.

Ayat contoh:  Makalah itu telah saya baca  Hutangnya telah saya jelaskan  Budak itu telah saya nasihati minggu sudah.

Ayat pasif diri kedua ialah ayat yang mempunyai kata kerja tanpa awalan meNserta didahului oleh kata ganti diri kedua seperti kamu, kalian, tuan, puan, saudara, saudari dsb. Ayat contoh:  Duit syiling itu telah anda ambil semalam  Nenek telah anda ziarahi  Tempat itu telah kamu kunjungi. 

TUGASAN 1 Tukarkan ayat-ayat aktif di bawah ini kepada ayatayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.  Bekas Menteri Besar berharap negeri itu akan terus maju dan penggantinya akan mentadbirkan negeri itu dengan sebaikbaiknya.  Sultan telah memperkenankan pengganti Menteri Besar yang dicalonkan itu.  Perdana Menteri akan menyerahkan watikah pelantikan rasmi kepada baginda pada besok pagi.

TUGASAN 2 KENAL PASTI AYAT PASIF PADA PETIKAN DI BAWAH. “Cikgu menjemput Mariah ke bilik ini bertujuan murni. Anggaplah pertemuan ini sebagai seorang kakak dengan adiknya.” Kata-kata itu dirasakan oleh Mariah sebagai kemasukan beberapa teguk air zamzam ke dalam kerongkong yang kehausan. “Maksud Cikgu? Cikgu Tini mengambil sekeping kad berwarna merah jambu. Dia meletakkan kad itu di hadapannya. Dia merenung beberapa saat ke atas tulisan di atas kad itu. “Cikgu lihat keputusan ujian Mariah bulan lalu cukup mengecewakan.”

Related Documents


More Documents from "Wildan"