1.0
PENGENALAN
Analsis teks dilakukan terhadap rencana yang diambil daripada majalah Millenia Musim keluaran pada Julai 2009 yang bertajuk “Ulama dan Aktiviti Penulisan” ditulis oleh Zil Amri. 2.0
ANALISIS PEMILIHAN DIKSI
Diksi merupakan kata-kata yang digunakan dalam membuat sesebuah karangan, pemilihan diksi yang berkesan dapat menjadikan sesebuah penulisan berkualiti dan bermutu. Analisis diksi adalah bertujuan melihat ciri-ciri, fungsi, tindak balas, proses dan juga kompenen sesuatu perkara yang diperhatikan secara terpisah tetapi mempunyai hubungan dalam bentuk satuan yang lebih berkesan. Diksi terbahagi kepada dua bahagian iaitu diksi local colour dan diksi non local colour. Diksi local colour ialah diksi setempat dan diksi non local colour ialah diksi tidak setempat. 2.1
Diksi pewarnaan setempat
Diksi pewarnaan setempat menggunakan perkataan yang hanya difahami oleh masyarakat setempatnya sahaja. Antaranya seperti penggunaan diksi bahasa daerah, diksi lokasi dan diksi budaya. Contoh ayat yang menggunakan diksi pewarnaan setempat dalam teks ini ialah: “Tok Kenali, ulama yang terkenal di Kelantan adalah ketua pengarang kehormat.” “Al-Farghani dengan bukunya ‘Element of astronomy dan Conpendium’ juga digunakan di Eropah selama beberapa kurun.” “...penulisan pada zaman dulu mungkin hanya menggunakan pena dakwat celup, belulang menggantikan kertas... ” Pengarang menggunakan diksi lokasi untuk menggambarkan latar tempat bagi memberi kesan kepada pembaca tentang keadaan tempat yang ingin diceritakan.
1
2.2
Diksi bukan pewarnaan setempat
Diksi jenis ini merupakan pemilihan ayat yang mudah difahami oleh semua mayarakat. Antaranya ialah kata ganda, kata majmuk, kata arakaik, kata pinjaman, kata penegas, singkatan dan bahasa ibadah. 1) Kata ganda Penggandaan juga disebut reduplication satu proses morfologi yang menerbitkan kata dengan cara mengulang sama ada sebahagian atau keseluruhan eleman kata dasar (Zaharani Ahmad, 2007:26). Contoh kata ganda dalam teks ini ialah ciptaan-ciptaan, kitabkitab, tebal-tebal, universiti-universiti, dan bidang-bidang. “...sebahagian
kecil
daripada
senarai
panjang
ulama-ulama
yang
banyak
mewariskan ilmunya berupa kitab-kitab yang ditulis tanpa....” “...digunakan hingga kurun ke-16 di universiti-universiti.” “...ulama-ulama berkenaan dapat mengarang begitu banyak kitab yang tebal-tebal kerana mendapat....” Berdasarkan analisis ini penulis telah menggunakan kata ganda, kerana kata ganda dapat memberi maksud yang jamak kepada sesuatu benda. Seperti yang digunakan dalam karangan ini, kata ganda ulama-ulama dapat menunjukkan bahawa ramai ulama yang dimaksudkan. 2) Kata arkaik Bermaksud penggunaan perkataan klasik oleh pengarang dalam karangannya dan biasanya di awal ayat. Jenis kata ini digunakan untuk mengindahkan lagi sesebuah penulisan. Penggunaan kata arkaik ini telah tidak digunakan lagi bagi sesetengah pengarang. Contoh kata: “...hakikatnya karamah mereka dalam menghasilkan buku-buku yang begitu besar dan hebat lagi...”
2
3) Kata penegas Kata penegas yang disebut juga partikel ialah sejumlah perkataan yang memberi penekanan pada bahadian-bahagian tertentu dalam ayat. Kata penegas termasuklah patikel –kah, -tah, dan -lah. Begitu juga dengan penggunaan kata juga, jua, pun, sahaja, lagi, dan memang. (Nik Safiah Karim et.al. 2004: 249) Contohnya: “...mereka ini sekalipun tidak mendapat pendidikan formal...” “Peribadi agung ini hanyalah sebahagian kecil daripada senarai panjang ulamaulama....” “...buku-buku yang begitu agung lebih besar dan hebat lagi kerana hasil...” 4) Penanda wacana Penanda wacana digunakan bagi mewujudkan pertautan atau kesinambungan antara bahagian teks dengan yang lain sehingga membentuk kesatuan. Seperti penggunaan kata tapi, dan, dan yang. Contoh kata: “...dari segi kuantiti buku yang ditulis, tetapi juga kualiti kandungan ilmu didalamnya...” “Antara kitab beliau yang masyhur dan masih diajar di masjid-masjid adalah Bahr AlMaadzi (22 jilid). ” 5) Kata pinjaman Penulis menggunakan bahasa asing seperti bahasa Arab, Inggeris, dan Cina dalam penulisannya sama ada berupa konsep atau istilah. Petikan dari teks: “adanya kesungguhan dan mujahadah dari ulama-ulama itu sendiri.” Istilah mujahadah yang berasal dari bahasa Arab yang bermaksud perang atau perjuangan untuk mempertahankan agama Islam.(Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005)
3
3.0
ANALISIS NARATIF
Analisis naratif bermaksud melihat ciri-ciri komponen sesuatu perkara yang diperhatikan secara terpisah tetapi menghubungkan dan membentuk satuan dalam satu ayat serta perenggan demi perenggan. Penghasilan naratif dalam sesebuah penulisan akan mempelbagaikan teknik dan mengindahkan sesebuah hasil penulisan. Sesuatu teknik ini dicipta dan diterapkan oleh pengarang mempunyai tujuannya yang tersendiri dalam pergerakan cerita. Antara strategi naratif termasuklah pemerian, laporan, dan humor. 3.1
Teknik Penceritaan
Teknik penceritaan ialah kaedah atau cara yang dipilih oleh pencerita atau penulis untuk membina atau menyampaikan sesuatu cerita agar cerita atau kisah yang dikemukakannya itu menarik dan tidak membosankan pendengar atau penonton atau pembaca. Antaranya, strategi dialog, monolog dan pemerian (Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir. 2007: 145). Dalam rencana ini didapati pengarang telah menggunakan teknik biografi. Teknik ini digunakan bagi menyampaikan kepada pembaca tentang siapa, apa, di mana, serta mengapa sesuatu kejadian itu berlaku. Contohnya: “Hafiz Firdaus (hafizfirdaus.com) seorang juru terbang juga giat menulis buku dan artiukel dimajalah-majalah. Sekalipun tidak pernah mendapat pendidikan agama secara formal...” “Dr. Asy-Syaikh Muhd Idris Al-Marbawiy (1893-1989) adalah tokoh pertama yang mendapat anugerah tokoh Maal Hijrah. Beliau mengarang...” 3.2
Teknik pemerian
Teknik ini berbentuk penjelasan atau huraian berkenaan sesuatu perkara yang bertujuan memberikan maklumat kepada pembaca. Contoh ayat: “Pada zaman ini penuh dengan pelbagai aktiviti ilmiah. Membaca, menulis kertas kerja, mengarang buku, mengajar di masjid memberi syarahan di pentas politik...” “Penanda aras kepada kegemilangan ilmu di zaman kemuncak ketamadunan Islam adalah dengan terhasilnya ciptaan-ciptaan, bangunan-bangunan dan yang paling utama adalah banyaknya kitab-kitab yang ditulis oleh ulama dan ilmuan pada masa itu”
4
Ayat di atas menunjukkan penulis melukiskan latar, peristiwa, masa dan perincian sesuatu maklumat.
3.3
Teknik Laporan
Teknik ini lebih ke arah memberi laporan atau maklumat yang berguna kepada pembaca. Contoh dalam teks: “Al-Razi (Abu Bakar Muhammad Al-Razi) menulis kira-kira 200 buah buku dalam bidang yang berbeza terutamanya dalam bidang ilmu kimia. Imam As-Syafie menulis melebihi 100 buah buku termasuklah Al-Rasalah, Kitab Al-Umm dan Musnad Ash-Syafi’i” 3.4
Teknik Pengkelasan
Teknik ini memberikan kelas atau bahagian sesuatu perkara yang berhubungkait. “Dari sudut kuantiti, Imam Sayuti (849H) umpamanya menulis sehingga 500 buah buku sepanjang...” 3.5
Teknik Perbandingan
Bermaksud penulis membuat perbandingan dengan kenyataan sebelumnya sama ada perkara itu lebih baik atau sebaliknya. Contoh dalam teks: “...amat prolifik dan produktif serta ‘jauh panggang dari apa’ untuk dibandingkan dengan ulama...” Penulis berjaya mempelbagaikan teknik penulisannya bagi mecantikkan lagi karangan itu sesuai dengan percerakan cerita. Secara langsung dapat menarik minta pembaca untuk terus menelaah. Teknik-teknik ini juga adalah jenis-jenis perenggan.
5
4.0
ANALISIS STRATEGI SKEMA DAN MAJAZ 4.1
Strategi Skema
Strategi skema adalah penggunaaan kata dan bahasa yang mudah difahami. Pembacaan sekali membolehkan pembaca memahami kandungan sesebuah teks. Terdapat lima jenis skema ini iaitu skema seimbang, skema perulangan, skema pengguguran, skema ragaman, dan skema hiperbaton. Setiap jenis skema tersebut terdapat beberapa pecahan.
4.1.1
Skema Seimbang
Skema seimbang merujuk kepada perubahan bentuk atau susunan sesuatu perkataan secara seimbang yang menghasilkan kesan makna yang berbeza. Terdapat tiga strategi dalam skema ini iaitu paralelisme, antitesis dan isokolon. i)
Paralelisme
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007:1140), paralelisme adalah pembentukan rangkap (ayat) yang seimbang dengan satu bahagian mengulang bentuk (erti) bahagian lainnya (bukan puisi). Contoh ayat: “Beliau bukan saja menyiapkan Tafsir Fi Zilalil Quran sewaktu berada dipenjara, menulis pelbagai buku falsafah (tasawuf moden dan seumpamanya), sejarah (sejarah Umat Islam, sejarah Islam Di Sumatera) dan puluhan buku-buku agama...”
4.1.2
Skema Perulangan
Skema pengulangan ialah skema yang mengandungi unsur-unsur pengulangan bunyi, suku kata, kata, frasa atau bahagian yang dianggap penting untuk menghasilkan kesan dan memberi tekanan dalam sebuah konteks yang sesuai.
Pengulangan ini juga bagi
menghasilkan kesan makna, nada, dan bunyi yang puitis, berirama atau pelbagai. Antara jenis skema ini termasuklah, anafora, epistrop, aliterasi, abadiplosis, asindeton dan banyak lagi. Contoh skema perulangan yang terdapat dalam rencana ini termasuklah: i)
Asonansi
Pengulangan bunyi vokal yang sama dalam sukukata-sukukata yang diberi. Penekanan pada kata-kata yang bersebelahan.Contoh ayat:
6
“Beliau juga tidak meletakkan hak cipta terhadap kitab-kitab beliau.” (Pengulangan vokal ‘a’) ii)
Aliterasi
Pengulangan konsonan pertama atau pertengahan dalam dua atau lebih kata-kata yang bersebalahan. Contoh ayat: “Pertanyaan sedemikian bukannya untuk memperkecilkan tahap keilmuan yang ada pada ulama-ulama rantau ini...” (Pengulangan konsonan ‘n’)
4.1.3
Skema pengguguran
Skema pengguguran adalah proses pengguguran kata hubung. Penggunaan kata hubung yang melebihi kebiasaan. Bertujuan memberi kesan keunikan dan kepelbagaian gaya bahasa dalam sesebuah penulisan karangan. Terbahagi kepada tiga jenis iaitu elipsis, asindeton dan polisindeton. i)
Elipsis
Pengguguran kata atau kata-kata yang memenuhi bentuk kalimat berdasarkan tatabahasa (Henry Guntur Tarigan, 1985:138)Contohnya: “Mereka ini sekalipun tidak mendapat pendidikan formal dibidang agama, namun tulisan, pandangan dan idea mereka turut diikuti.... ” ii)
Asindeton
Merupakan penggunaan kata hubung antara siri-siri klausa yang berhubungan. Contoh yang terdapat dalam rencana tersebut adalah: “...golongan yang berilmu sepatutnya lebih ke hadapan dalam aktiviti penyebaran ilmu pengetahuan bukan sekadar menyampaikan ilmu... ” Pengguguran kata ‘dan’ menyebabkan ayat mengelirukan pembaca. Ayat sepatutnya, “...ilmu pengetahuan dan bukan sekadar...”
7
4.1.4
Skema ragaman
Bermaksud memanipulasi kata atau frasa yang pelbagai dari segi teknik, penyusunan serta kesannya. i)
Abstrak-konkrit
Gandingan di antara kata atau frasa yang pengertiaannya berbentuk abstrak atau ghaib pada pada bahagian awal ayat dengan kata atau frasa yang bermaksud konkrit atau bukan ghaib pada frasa berikutnya. Contoh ayat: “...kegemilangan ilmu di zaman kemuncak ketamadunan Islam adalah dengan terhasilnya ciptaan-ciptaan, bangunan-bangunan dana paling utama adalah kitab-kitab yang ditulis...” ii)
Konkrit-abstrak
Merupakan gandingan di antara kata dan frasa yang pengertiannya berbentuk konkrit di awal pengetiannya dan diikuti dengan frasa atau kata yang bersifat abstrak. Contoh ayat: “...menghasilkan buku-buku yang begitu agung lebih besar dan hedat lagi kerana ‘buah tangan’ mereka yang berusia ribuan tahun...” iii)
Enumerasi
Strategi ini digunakan untuk menyatakan diksi atau frasa penting terlebih dahulu sebelum menerangkan sesuatu itu dengan lebih lanjut. Strategi ini digunakan bagi mendefinisikan sesuatu kata ata frasa dan lazimnya berada diawal perenggan. Contoh strategi enumerasi dalam rencana: “...ulama Islam adalah seorang yang mempunyai pengetahuan mendalam di bidang keagamaan serta mendapat pendidikan agama secara formal sama ada di sekolah-sekolah pondok atau universiti.”
8
4.2
Strategi Majaz
Pemindahan perkataan hakiki kepada bukan hakiki dan dapat didapati dengan adanya petunjuk. Penggunakan majaz dalam penulisan menyukarkan pemahaman pembaca dan menuntut pembaca membaca berkali-kali. Frasa atau kata yang digunakan mengandungi makna yang tersirat. Stratergi majaz terbahagi kepada beberapa cabang iaitu majaz pertautan, majaz ragaman, majaz perbandingan, majaz pertentangan dan majaz Melayu.
4.2.1
Majaz pertautan
Bermaksud mengaitkan atau menghubungkan sesuatu perkara dengan perkara yang lain seperti sesuatu frasa ditautkan dengan frasa yang lain dengan menggunakan nama ciri dan pelbagai lagi. Majaz pertautan boleh bersifat simbolik, perumpamaan atau tamsilan. Antara majaz pertautan ialah periprasis, sinekdot, alusi, eufemisme, disfemisme, pleonasme, dan metonimi. i)
Alusi
Merujuk kepada peristiwa, tokoh atau tempat dalam kehidupan nyata, mitos atau karya sastera yang terkenal. Dalam rencana ini, penulis banyak menggunakan majaz jenis alusi. Contohnya; “Al-Razi (Abu bakar Muhammad Al-Razi) menulis kita-kira 200 buah buku dalam bidang yang berbeza terutamanya dalam bidang ilmu kimia. Imam As-Syafi’i menulis melebihi 100 buah buku termasuklah Al-Rasalah, Kitab Al-Umm dan Musnad Ash-Syafi’i. ” “Pada
zaman
dahulu
hanya
menggunakan
pena
dakwat
celup,
belulang
menggantikan kerta, suasana yang malap di bawah cahaya pelita...”
4.2.2
Majaz perbandingan
Merupakan bentuk bahasa yang perbandingan yang indah yang digunakan untuk menambahkan kesan dan kemaknaan tertentu dengan cara membandingkan sesuatu perkara dengan perkara lain (Nik Hassan Basri Ab. Kadir , 2005a:343). perbandingan ialah metafora, personifikasi, simile dan imejan.
9
Antara majaz
i)
Metafora
Merupakan gaya bahasa perbandingan yang paling singkat, padat dan tersusun rapi. (Henry Guntur Tarigan, 1985:15) . Contoh penggunaan metafora dalam rencana ini: “...pohon ilmu yang disemai sejak dari zaman nabi hidup subur dan berbuah dengan lebatnya. “...lebih besar dan hebat lagi kerana hasil buah tangan mereka yang berusia ribuan tahun...” ii)
Personifikasi
Personifikasi adalah penginsanan atau pemberian ciri-ciri peribadi orang atau sifat-sifat manusia kepada sesuatu benda, binatang, tumbuh-tumbuhan, keadaan, peristiwa, barang yang tidak bernyawa, atau idea yang bastrak. Contoh personifikasi yang terdapat dalam rencana tersebut ialah: “...kesibukan harian dan kepelbagaian tugasan menghambat mereka daripada aktiviti menulis.” “...proses yang menyulitkan dalam dalam usaha melahirkan sebuah kitab.” iii)
Simile
Simile ialah perumpamaan. Simile merupakan perbandingan terus, iaitu membandingkan dua hal yang pada hakikatnya berlainan tetapi dengan sengaja kita menganggapnya sama. Perumpamaan ini secara jelas mengungkapkan sesuatu perbandingan atau persamaan dengan menggunakan kata ‘seperti’, ‘laksana’, ‘bagai’, ‘umpama’, ‘bak’, ‘macam’ dan sebagainya (Nik Hassan Basri Ab. Kadir, 2005a:378). Contoh simile yang terdapat dalam rencana adalah seperti yang berikut: “...karamah yang pelik-pelik seperti berjalan di atas air...”
10
4.2.3
Majaz pertentangan
Merupakan bentuk bahasa menggunakan frasa atau kata yang mengemukakan makna bertentangan dengan makna yang sebenarnya. Antara majaz pertentangan termasuklah hiperbola, ironi, oksimoron, litotes, paradoks, inversi, hipalase, antifrasis dan sebagainya. i)
Hiperbola Merupakan penggunaan istilah yang membesarkan dengan tujuan penekanan. Contoh: “menghasilkan buku-buku yang begitu agung lebih besar dan hebat lagi kerana ” hasil ‘buah tangan’ mereka yang berusia ribuan tahun masih boleh dibaca sehingga ke zaman ini” “...tanpa termeterai padanya ungkapan keramat ‘Hak Cipta Terpelihara.’ ii)
Litotes
Majaz yang di dalam pengungkapannya menyatakan sesatu yang positif dengan bentuk yang bertentangan (Henry Guntur Tarigan,1985:58) Contoh: “Tok Kenali antara yang terkenal di Kelantan...Tok Kenali sendiri bukanlah seorang penulis yang hebat dan hanya diketahui pernah menterjemah kitab-kitab Arab ke Bahasa Melayu...” 4.2.4
Majaz Ragaman
Majaz ragaman merupakan kepelbagaian struktur ayat yang membawa pelbagai makna. Terdiri daripada simetri, onomatopia, antimeria, akslamasi dan sebagainya. i)
Antimeria
Bermaksud penggantian golongan kata dengan golongan kata yang lain. Contohnya: “...proses yang menyulitkan dalam melahirkan sebuah kitab.
11
“...kepelbagaian tugasan menghambat mereka...” Didapati Zil Amri banyak memasukkan unsur skema dan majaz dalam karangannya dan menjadikan rencana ini manarik untuk dibaca. 5.0
ANALISIS PENGGUNAAN AYAT
Keberkesanan sesuatu penulisan itu dikatakan berkesan apabila buah fikiran atau informasi sampai sepenuhnya kepada pembaca dengan jelas dan tepat. Penggunaan ayat berperanan penting dalam menghasilkan penulisan yang berkesan. Ayat yang berkesan mempunyai ciriciri seperti berikut: Kesatuan dan kepaduan ayat Kesejajaran bentuk dalam ayat Kepelbagaian ayat Penekanan dalan ayat Logik dalam berbahasa Kehematan dalam ayat Kemurniaan dalam ayat
5.1
Kesatuan dan Kepaduan Ayat
Kesatuan ayat berlaku dengan adanya kesatuan idea menggunakan ayat yang padu dan jelas. Menitikberatkan aspek kesempurnaan struktur bahasa yang digunakan dalam mendukung sesuatu idea atau konsep. Dalam membentuk ayat harus ada hubungan timbal balik yang baik seperti hubungan subjek dan predikat. Contoh ayat kesatuan dan kepaduan dalam teks adalah: “Ramai ulama yang boleh mengajar di masjid atau menjadi ahli panel di pelbagai majlis ilmu...”
5.2
Kesejajaran Bentuk Dalam Ayat
Bermaksud kesamaan menggunakan kata atau frasa dalam binaan ayat. Kata atau frasa yang setaraf diletakkan dalam susunan yang sejajar bagi menyatakan idea secara tepat dan
12
berkesan. Kesejajaran bentuk kata dalam ayat dapat menghasilkan ayat yang lebih menarik dan lebih berkesan. Contoh daripada teks: “Membaca, menulis kertas kerja, mengarang buku, mengajar di masjid, memberi syarahan dipentas politik..”
5.3
Kepelbagaian Ayat
Kepelbagaian ayat dapat dilihat daripada keseluruhan sesebuah penulisan. Kepelbagaian ayat termasuklah ayat yang dimulakan dengan subjek, ada yang bermula dengan prediket atau dengan keterangan. Ada ayat pendek dan ayat panjang. Karangan boleh menjadi kaku sekiranya tiada kepelbagaian ayat. Contoh ayat yang menggunakan kepelbagaian ayat daripada teks adalah: “Terdapat ulama yang terlibat dengan politik, mengajar di sekolah, terlibat dengan perniagaan atau aktiviti kemasyarakatan, malah ada juga...” Ayat di atas mengungkapkan gagasan yang agak kompleks melalui ayat yang panjang, iaitu ayat majmuk campuran, walupun begitu ayat tersebut adalah jelas.
5.4 Logik Dalam Berbahasa Logik berkaitan langsung dengan pengolahan dan pembinaan ayat yang padu dan jelas. Sekiranya terdapat penggunaan kata atau frasa yang tidak membawa makna yang sesuai dengan maksud maka bahasa itu tidak sempurna. Contoh ayat logik dalam berbahasa. a)
“..penyebaran ilmu pengetahuan bukan sekadar menyampaikan secara lisan
di masjid-masjid, tetapi mempelbagaikan lagi aktiviti penyampaian...” b)
“Hakikatnya bukan tidak ada buku-buku yang ditulis oleh ulama tanah air, namun tidak banyak yang mencapai tahap kesarjanaan...”
Ayat (b) mempunyai perhubungan fakta yang logik tetapi penggunaan kata yang tidak sesuai. Sepatutnya, “...oleh ulama tanah air, tetapi tidak banyak yang mencapai...”
13
5.5
Kemurniaan Dalam Ayat
Kemurniaan ayat ialah menjaga keaslian struktur ayat. Pengaruh sintaksis bahasa asing harus dielakkan untuk mencapai kemurniaan dalam ayat. Contoh struktur ayat yang terpengaruh dengan sintaksis bahasa Inggeris : “Ibnu Sina menulis sehingga 450 buah buku yang mana sebahagian besarnya...” (frasa ‘yang mana’ tidak gramatis) “Dibandingkan sekarang di mana komputer dan internet memudahkan segalanya...” (penggunaan kata tanya ‘di mana’ yang tidak diperlukan) 6.0
ANALISIS PERENGGAN UTAMA DAN JENIS-JENISNYA 6.1
Perenggan Permulaan
Perenggan permulaan adalah pengenalan yang amat penting. Perenggan ini akan mengutarakan aspek pokok persoalan sebagai gambaran awal pada pembaca. Perenggan permulaan harus dapat menarik minta minat pembaca untuk terus menelaah karangan. Teknik
perenggan permulaan yang digunakan dalam teks yang dikaji adalah teknik
pertanyaan seperti di bawah: “Siapakah yang digelar ulama? Sekalipun pelbagai pendapat berhubung takrif ulama yang sebenar, namun pendapat yang diguna pakai masyarakat awam...”
6.2
Perenggan Pengembang
Perenggan ini sebagai kesinambungan perenggan permulaan yang akan mejelaskan pokok perbincangan. Perenggan ini akan mengemukakan inti persoalan, memberi ilustrasi dan contoh, menjelaskan isu dan juga mempersiapkan dasar atau landasan bagi kesimpulan. Terdapat banyak jenis perenggan yang digunakan oleh penulis dalam karangan ini. Antaranya, jenis perbandingan, percontohan, analisis, soalan-jawapan dan urutan waktu. Jenis-jenis ini berkaitan dengan analisi naratif seperti di atas. Petikan dari teks:
14
“Namun dalam semua aktiviti ilmiah, menulis adalah suatu aktiviti yang boleh dikatakan paling mencabar keilmuan... ” (Jenis pentakrifan) “...Selain itu, ramai lagi penulis blog bertemakan Islam yang dapat di layari di internet yang bukan saja ditulis oleh kalangan ulama” (landasan bagi kesimpulan)
6.3
Perenggan Penutup
Merupakan kesimpulan bagi seluruh isi kandungan. Penulis teks ini membuat kesimpulan yang tidak terlalu panjang tetapi dapat mencerminkan seluruh isi kandungan dan memberi kesan kepada pembaca. “Para ulama sebagai golongan yang berilmu sepatutnya lebih ke hadapan dalam aktiviti penyebaran ilmu pengetahuan bukan sekadar menyampaikan secara lisan di masjidmasjid...” Dalam
penganalisisan
perenggan
dan
jenis-jenisnya
penulis
telah
menghubungkaitkan perenggan permulaan, pengembangan dan penutup. 7.0
ANALISIS BAHASA MELAYU TINGGI
Menganalisis penggunaan bahasa Melayu tinggi yang memfokuskan kepada pemilihan kosa kata, penggunaan ayat dan laras bahasa yang digunakan oleh penulis dalam teksnya.
7.1 Dapat
Pemilihan Kata Penghubung
memakai
kata
penghubung
yang
berpasangan
dengan
tepat
seperti
‘tidak....melainkan’, ‘bukan...tetapi’, ‘tidak...tetapi’, ‘bukan...melainkan’, dan ’baik...ataupun’. Contoh penggunaan kata penghubung yang salah dalam teks ini: “Hakikatnya bukan tidak ada buku-buku yang ditulis oleh ulama tanah air, namun tidak banyak yang...” (Sepatutnya, bukan...tetapi...) “...bukannya untuk memperkecilkan tahap keilmuan yang ada pada ulama-ulama rantaui ni, namun sekadar suatu cabaran...(Sepatutnya, bukannya... melainkan)
15
Didapati penulis cenderung menggunakan kata hubung ‘namun’ dan tidak bersesuaian dengan pasangannya menyebabkan ayat tersebut tidak gramatis.
7.2
Pemilihan Kata Sendi Nama (KSN)
KSN ialah kata yang hadir di hadapan kata atau frasa nama. KSN dalam bahasa Melayu agak banyak. Antaranya, di, daripada, untuk, kepada, pada, seperti, demi, tentang dan dari. KSN ini mendukung tugas tertentu. Contoh penggunaan KSN yang salah dalam teks ini: “Di
kalangan
ulama-ulama
nusantara,
ulama
dari
Pattani,
Palembang...”
(Sepatutnya, Dalam kalangan..). KSN ‘di’ adalah untuk menyatakan tempat. “...tidak mendapat pendidikan formal di bidang agama..” (Sepatutnya, ...dalam bidang..). KSN ‘dalam’ untuk maksud lingkungan yang tidak mempunyai ruang seperti fikiran, suasana, peristiwa dan bidang. “...adanya kesungguhan dan mujahadah dari ulama-ulama itu sendiri.” (Sepatutnya, ...daripada ulama-ulama...) KSN ‘dari’ adalah untuk menyatakan tempat, masa atau waktu. Manakala KSN ‘daripada’ untuk menyatakan punca dan asal sesuatu. “Selain itu, ramai lagi penulis blog bertemakan Islam yang dapat di layari di internet yang bukan...” (Sepatutnya, ....dilayari diinternet... ) Penggunaan KSN ‘di’ yang tidak merujuk kepada tempat dan arah dirapatkan. “Penanda aras kepada kegemilangan ilmu di zaman kemuncak ketamadunan Islam adalah dengan...” (Sepatutnya, kegemilangan ilmu pada zaman kemuncak...) Penggunaan KSN ‘di’ adalah untuk menyatakan tempat.
16
Didapati penulis banyak membuat kesalahan pemilihan KSN yang tidak bersesuai dengan fungsi KSN.
8.0
ANALISIS AYAT TESIS DAN AYAT TOPIK
8.1
Ayat Tesis Dalam Teks
Merupakan idea inti dalam penulisan dan ia menjadi asas perkembangan penulisan. Penulisn mestilah tertumpu pada tesis untuk mewujudkan kesatuan (Mohd. Sidin Ahmad Ishak, 1992:102) . Ayat tesis adalah ayat topik. Ayat tesis dalam teks ini adalah: “Namun adalah semua aktiviti berkenaan, menulis adalah suatu aktiviti yang boleh dikatakan paling mencabar keilmuan seorang ulama. Ramai ulama...”
8.2
Ayat Topik/ ayat fokus
Tema atau inti utama dalam sesuatu perenggan dan setiap perenggan mempunyai ayat topik. “Kehebatan ulama terdahulu dalam bidang penulisan bukan saja dari segi kuantiti buku yang ditulis, tetapi juga kualiti kandungan ilmu di dalamnya sehinggakan kitab-kitab mereka diterjemahkan... ” 8.3
Binaan Perenggan 8.3.1
Perenggan Deduktif Mudah
Bermula dengan ayat topik dan menuju kepada ayat penyangga, idea sokongan, bembukaan dan contoh. “Pada zaman ini penuh dengan pelbagai aktiviti ilmiah. (Ayat Topik) Membaca, menulis kertas kerja, mengarang buku, mengajar di masjid memberi syarahan di pentas politik, menghadiri program diskusi dan wacana ilmu, menjadi ahli panel forum dan menghadiri pelbagai lagi program ilmiah. (Ayat sokongan)”
17
8.3.2
Perenggan Induktif Mudah
Diawali dengan idea-idea sokongan dan diakhiri dengan pernyataan umum. “Peribadi agung ini hanyalah sebahagian kecil daripada senarai panjang ulama-ulama yang banyak mewariskan.... (Ayat sokongan). Ternyata ulama-ulama berkenaan amat prolifik dan poduktif serta jauh...(Ayat topik)” 8.3.3
Perenggan Deduktif Kompleks
Terhasil daripada gabungan deduktif-induktif. “ Ada yang berpendapat ulama sekarang mempunyai pelbagai aktiviti yang lebih daripada sekadar mengajar di pondok semata-mata (Ayat topik). Terdapat ulama yang terlibat dengan politik, mengajar disekolah, terlibat dengan perniagaan atau aktiviti kemasyarakatan (Ayat penyangga utama). Malah ada juga menduduki tangga korporat. (Penyangga kecil). Justeru kesibukan harian dan kepelbagaian tugasan menghambat mereka daripada aktiviti menulis. (Ayat Topik) ” Didapati penulis telah menyusun unit-unit idea secara tersusun dengan lebih lancar dan jelas.
18
9.0
PENUTUP
Kesimpulannya, teks “Ulama dan Aktiviti Penulisan” merupakan satu karangan yang mengandungi kepelbagaian gaya bahasa sebagai tarikan pembaca untuk terus menelaah. Penulis telah memilih kata yang yang baik dan dapat menyampaikan maksud sebenar pembaca. Penggunaan pelbagai diksi dalam rencana ini dapat mewujudkan pelbagai anyaman bahasa dan mengindahkan sesuatu penulisan. Tetapi, penulis banyak melakukan kesalahan tatabahasa terutama dari segi penggunaan kata sendi nama. Dari segi pemerengganan, penulis menggunakan teknik pemerengganan yang pelbagai dan tidak mendatar seperti teknik pemerian, teknik pertanyaan dan banyak lagi. Perenggan juga saling berhubung kait antara satu perenggan dengan perenggan seterusnya dan tidak panjang. Setiap perenggan juga dapat menjalankan tugasnya dengan baik dan pembaca dapat merasakan semua ayat yang dibina dalam perenggan itu merupakan perkembangan yang berkesan kepada kenyataan yang dikemukakan.
19