Teks Pengacara

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Teks Pengacara as PDF for free.

More details

  • Words: 991
  • Pages: 8
Majlis Gemilang SEMEKSI 2009 Mengumumkan Perarakan masuk para penerima anugerah Mengumumkan Perarakan masuk tenaga akademik smk.sikuati Mengumumkan Perarakan masuk pegawai2 utama Mengumumkan ketibaan, Y.Bhg. En.Jame .Alip . Pengarah bahagian sukan, seni dan kokurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia Yang Berbahagia, En.Jamie Alip, Pengarah Bahagian sukan,seni dan kokurikulum KPM, Y.berusaha En.liasin bin kaloh, pengetua smk.sikuati,. Penolong2 kanan, smk.sikuati Para Pengetua, Guru-guru Besar, Ketua2 jabatan, Guru-guru, Tuantuan dan puan-puan, para pelajar Serta Hadirin dan hadirat sekalian. .............................................................................. Bersyukur kita ke hadirat Tuhan yang maha kuasa kerana dengan izinNya kita dapat bersama-sama hadir ke Majlis Gemilang SEMEKSI 2009 kali ini. ........................................................................................................... . Seri murni hiasan tamu, Indah mekar tepian muara; Hari ini kita bertemu, Moga kekal menjalin mesra. Untuk memulakan majlis kita pada pagi ini , marilah kita samasama berdiri unruk menyanyikan lagu negaraku dan lagu sekolah, hadirin dipersilakan berdiri.

Terima kasih, hadirin dipersilakan duduk Hadirin dan hadirat sekalian, bagi memberkati majlis pada pagi ini majlis dengan segala hormatnya mempersilakan En.Joe mahathir madros untuk membaca doa.dipersilakan Majlis mengucapkan ribuan terima kasih

Untuk tidak melengahkan masa, majlis dengan segala sukacitanya menjemput dan mempersilakan, Yang berusaha En.liasin bin kaloh PENGETUA SMK.SIKUATI. untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan tuan. Majlis merakamkan setinggi-tinggi terima kasih atas ucapan yang telah disampaikan oleh TUAN PENGETUA itu tadi. Seterusnya majlis dengan penuh takzimnya menjemput dan mempersilakan, Y.Bhg .En.Jame Alip Pengarah bahagian sukan, seni dan kokurikulum KPM Untuk menyampaikan ucapan, seterusnya merasmikan majlis gemilang SEMEKSI 2009. majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Demikianlah tadi ucapan bermakna yg disampaikan oleh y.bhg tuan pengarah, saya percaya ucapan beliau tadi telah banyak memberikan suntikan semangat kepada kita bagi memperjuangkan kecemerlangan akademik demi keluarga, bangasa dan negara. Dengan ucapan daripada Y.bhg itu tadi maka rasmilah sudah majlis gemilang Kita pada pagi ini.

SESI PENYAMPAIAN ANUGERAH Hadirin dan hadirat sekalian, SMK.Sikuati, bukan saja berjaya melahirkan pelajarnya dalam bidang korurikulm, malahan kecemerlangan ini diteruskan dalam bidang akademik dan ada di antaranya sudahpun berjaya meneruskan perjuangan ke menara gading. Pada hari ini sekali lagi kita akan menyaksikan pelajarpelajar cemerlang SMK.sikuati dinobatkan dengan anugerah kecemerlangan selaras dengan pencapaian yg telah mereka julang dalam perjuangan akademik mereka. PENYAMPAIAN ANUGERAH SESI 1 ANUGERAH KEHADIRAN PENUH FEB-JUN 2009. Dengan ini majlis dengan segala takzimnya menjemput dan mempersilakan .Pn.Idawati Nordin, Ketua Jabatan Sains Dan Matematik bagi menjemput dan mengiringi Y.Berusaha En.Joe Mahadir Madros, Penolong Kanan Kokurikulum Smk.Sikuati untuk menyampaikan anugerah. Dipersilakan. Penerima-penerima anugerah bagi kehadiran penuh bermula FebJun 2009 ialah:... (rujuk senarai) Majlis Mengucapakn Terima kasih Kepada PK Kokum di atas penyempurnaan penyampaian anugerah sebentar tadi. Penyampaian Anugerah Berikut adalah Anugerah Pelajar terbaik mengikut Mata Pelajaran: Dengan itu majlis dengan segala takzimnya menjemput dan mempersilakan En.Ridzuan Basni, Ketua Jabatan Bahasa,

Mengiringi Yang Berusaha. Pn.Rosnie Mapaun , Penolong Kanan HEM SMK.Sikuati untuk menyampaikan anugerah. Dipersilakan. Untuk itu, majlis seterusnya menjemput En.Jonias Sulindap, Ketua Jabatan Teknik dan Vokasional untuk mengumumkan penerima2 anugerh. Dipersilakan. Seterusnya, Dijemput En.Sawi Linus, Ketua Jabatan Sains Sosial dan Kemanusian, bagi mengumumkan penama2 penerima anugerah, dipersilakan. Terima kasih kepada PK-HEM kerana sudi menyempurnakan penyampaian anugerah sebentar tadi. Kita tenangkan dahulu, majlis kita pada pagi ini, dengan mendengar persembahan nyanyian daripada adik Nathalia Charles dengan membawakan lagu, ”standing in the eyes of the world”. Dipersilakan. Begitulah tadi persembahan daripada adik natahlia charles, untuk pengetahuan hadirin skalian, adik natalia merupakan johan bintang semeksi dan pernah menyertai dan memenangi pertandingan2 nyanyian di luar sekolah.

PENYAMPAIAN ANUGERAH SESI 2 Baiklah, Kita teruskan Majlis kita pada pagi ini dengan Anugerah Terbaik Mengikut Mata pelajaran. Dengan itu majlis dengan sukacitanya menjemput dan memperislakan EN.Jonias Sulindap, Ketua Jabatan Teknik dan vokasional mengiringi Y.berusaha En.jonip ligon, Penolong kanan pra universiti SMK.Sikuati bagi penyempurnakan penyampaian anugerah.Dipersilakan. Anugerah SESI kedua adalah ANUGERAH JABATAN SAINS DAN MATEMATIK. dan JABATAN BAHASA Dengan itu dijemput Puan Idawati Nordin ketua jabatan Sains dan matematik untuk mengumumkan penerima2 anugerah.dipersilakan. Seterusnya dijemput, En.Ridzuan Basni, Ketua Jabatan Bahasa untuk mengumumkan penerima2 anugerah.dipersilakan. Terima kasih kepada PK.pra uneversiti SMK.Sikuati, kerana sudi menyempurnakan penyampaian anugerah sebentar tadi. Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian : ANUGERAH GEMILANG KESELURUHAN TINGKATAN ,PMR, SPM DAN STPM 2008. Dengan itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput En.sawie linus ketua jabatan sains sosial dan kemanusiaan mengiringi Y.Berusaha En.Mohd.rozlan elias , Penolong kanan pentadbiran SMK.Sikuati kudat.untuk menyempurnakan penyampaian Anugerah. Dipersilakan

Penerima-penerima anugerah ini ialah:.. (lihat senarai) Terima kasih diucapakan Kepada PK.Pentadbiran di atas kesudian menyempurnakan majlis sebentar tadi. Majlis kita diteruskan lagi dengan penyampaian ANUGERAH PENCAPAIAN PENUH 100% DAN PENINGKATAN PRESTASI PMR, SPM DAN STPM

Dengan itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput Pn.Sabariah mojupin, P.kanan sesi petangSMK.Sikuati, mengiringi Y.Berusaha En.Liasin Kaloh, Pengetua SMK.Sikuati,untuk menyempurnakan penyampaian Anugerah. Dipersilakan Penerima-penerima anugerah ini ialah:.. (lihat senarai) Terima kasih diucapakan Kepada Pengetua di atas kesudian menyempurnakan majlis sebentar tadi.

Majlis diterusakan lagi dengan PENYAMPAIAN ANUGERAHANUGERAH KHAS: Dengan itu, Majlis dengan segala takzimnya menjemput dan mempersilakan Y.Berusaha En.Liasin kaloh, Pengetua SMK.Sikuati dan Y.Berusaha En.Rozlan Elias untuk mengiringi Y.Berbahagia En.Jame Alip, Pengarah Bahagian sukan, seni dan ko-kurikulum KPM, Untuk menyampaikan Anugerah.dipersilakan. ANUGERAH KHAS Adalah.. (SILA LIHAT SENARAI) Anugerah Khas Pengetua: (Tokoh Pelajar) dinobatkan kepada..... (baca biodatanya semasa perjalanan dari tempat duduk hingga turun pentas) Anugerah khas Ibubapa (Tokoh Ibubapa) dinobatkan kepada... (baca biodatanya semasa perjalanan dari tempat duduk hingga turun pentas)

Hadirin sekalian, sebagai tanda kenang-kenangan majlis dengan sukacitanya mempersilakan pengetua smk.sikuati bagi menyampaikan cenderahati kepada Y.Berbahagia Pengarah. DUICAPAKAN jutaan terima kasih kepada Y.Berbahagia Pengarah kerana sudi menyempurnakan penyampaian anugerah dan cenderahati sebentar tadi.

Tuan-tuan dan puan-puan, Dengan berakhirnya acara itu tadi maka tamatlah acara kita pada pagi ini, kami bagi pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua hadirin khususnya kepada Yang Berbahagia En. Jamie Alip , Pengarah bahagian sukan, seni dan ko-kurikulum KPM,Kerana sudi bersama kita sehingga ke akhir Majlis. kami juga memohon ampun dan maaf sekiranya di sepanjang majlis ini berlangsung, terdapat sebarang kesalahan dan kesilapan yang telah berlaku. Sekian, sehingga berjumpa lagi pada lain masa, Saya sudahi majlis ini dengan serangkap pantun.. Tuan puteri pergi ke Rasah Pulang semula sebelah pagi Kita bertemu akhirnya berpisah Diizin Tuhan bersua lagi DENGAN INI, diumumkan perarakan keluar dewan... oleh pegawai-pegawai utama, didahului oleh Y.Berbahagia Tuan Pengarah. Majlis mempersilakan.

Related Documents