Analisis Teks (seni Mengarang)

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Analisis Teks (seni Mengarang) as PDF for free.

More details

  • Words: 2,737
  • Pages: 14
1.0 Pengenalan Rencana yang dikaji ini bertajuk ‘Awas! Akibat Pil Khayal’ ditulis oleh Darina Osman dan Anizon Hussin. Analisis teks dilakukan berdasarkan strategi diksi, strategi naratif, strategi skema dan majaz, pemilihan kata sendi nama, penggunaan ayat dalam teks dan perenggan utama serta jenis-jenisnya.

1.1 Strategi Diksi Menurut Kamus Dewan Edisi keempat (2007: 351), diksi merujuk kepada pemilihan dan penggunaan kata yang tepat dan berkesan untuk mengungkapkan idea (peristiwa dll) secara bertulis atau lisan. Menurut Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir (2007: 119) dalam Komsas dan Tatabahasa Melayu: Teras Pegangan Guru, diksi bermaksud pemilihan, penyusunan dan penggunaan kata-kata khusus yang puitis dalam percakapan atau penulisan. Diksi yang sesuai dan baik dinilai daripada aspek ketepatan, kejelasan, kemunasabahan dan keunikannya dalam penggunaan. Terdapat dua aspek penting dalam diksi iaitu strategi mikro dan strategi makro. Alam, dialek, budaya, hidupan, lokasi, panggilan, tumbuhan dan seranah merupakan contoh pewarnaan setempat dalam strategi mikro. Manakala, strategi makro lebih merujuk kepada linguistik seperti kata pinjaman, arkaik (ungkapan yang sudah lazim tidak digunakan lagi), penegas kolokial, singkatan, majmuk dan ibadah. Dalam rencana yang dikaji ini, penggunaan strategi makro iaitu kata pinjaman yang ketara. Banyak istilah saintifik dalam bahasa Inggeris diperkenal untuk menerangkan sesuatu pil khayal. Antaranya pil Ecstacy, pil Progesterex, pil Rohypnol, Serotonin (sejenis bahan kimia), Benzodiazepines (Valium, Librium dan Xanax), Roofies, Roachies, The Forget Pill, Circles, Rope dan Ruffies.

1

Selain itu, penggunaan kata majmuk dapat dilihat dalam rencana ini. Analisis kata majmuk merupakan salah satu aspek yang terdapat dalam strategi makro. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi ketiga (2009: 48), kata majmuk ialah bentuk kata yang wujud apabila dua kata dasar atau lebih dirangkaikan menjadi satu kesatuan sintaksis yang membawa makna tertentu. Daripada penjelasan di atas, dapat dirumuskan bahawa kata majmuk merupakan dua atau lebih kata yang digabungkan dan membawa makna baharu yang berbeza dengan maksud asal. Contoh kata majmuk yang terdapat dalam rencana ini ialah mengenal pasti, penyalahgunaan dan bertanggungjawab. Manakala penggunaan singkatan dalam rencana ini ialah menggunakan perkataan ‘tak’ yang asalnya daripada ‘tidak’. Jenis

dalam

ayat

juga

tergolong

dalam

strategi

diksi

(makro)

iaitu

membincangkan persoalan linguistik. Contohnya ayat penyata dan ayat tanya dalam rencana ‘Awas! Akibat Pil Khayal’ ini. Ayat penyata juga disebut ayat berita, ayat keterangan, ayat maklumat atau ayat pernyataan. Ayat penyata ialah ayat yang diujarkan dengan maksud menyatakan sesuatu. Ayat ini digunakan oleh penutur atau penulis untuk mengatakan atau memberikan maklumat kepada pendengar dan pembaca. Ayat ini diujarkan tanpa mengharapkan jawapan atau gerak balas. Contoh dalam rencana ini ialah, “Penggunaan pil khayal khususnya ecstacy dikatakan boleh membawa maut. Pil ini boleh menyebabkan kerosakan yang teruk pada otak, sistem saraf, jantung dan hati serta boleh membawa maut”. Selain itu, penggunaan ayat tanya juga digunakan dalam penulisan rencana ini. Ayat tanya merupakan ayat yang digunakan untuk meminta maklumat atau untuk mendapatkan jawapan. Jawapan daripada sesuatu pertanyaan bukan sahaja dapat dinyatakan dengan mengiyakan atau menidakkan, malah dapat berupa penjelasan.

2

Contohnya, “Pernahkah kamu mendengar tentang ‘pil rogol’ atau ‘pil dating’? Tidak lama dulu, akhbar tempatan pernah menyiarkan tentang kewujudan pil khayal yang dikenali sebagai ‘pil rogol’ atau ‘pil dating’ yang kini menjadi pilihan popular di kalangan lelaki kaki disko...”. Contoh kedua, “Kiasnya, umpama membeli sehelai baju, kenapa kita memilih warna merah atau biru? Tentunya kerana itu adalah pilihan kita dan kita rasa puas hati dengan apa yang dipilih” Contoh ketiga, “Jika sudah tahu dadah itu memusnahkan bukan sahaja fizikal, tetapi juga masa depan mereka, kenapa diteruskan?” Dalam strategi mikro pula, terdapat beberapa lokasi yang dinyatakan melalui rencana ini. Contohnya, University di Baltimore, Amerika Syarikat dan Shah Alam. Contoh panggilan pula ialah ‘pil rogol’ dan ‘pil dating’, ‘Ibu Syaitan’ iaitu gelaran bagi pil khayal dan juga pengkid (seorang wanita yang berpenampilan seperti lelaki).

1.2 Strategi Naratif Kamus Dewan Edisi keempat (2007: 1070) mendefinisikan naratif sebagai satu cerita atau kisah tentang peristiwa, pengalaman dll yang mengisahkan sesuatu. Strategi naratif yang digunakan dalam rencana ini ialah jenis laporan. Hal ini dapat dilihat pada pendahuluan rencana ini yang menyatakan kesan pengambilan dadah. Contohnya, “Kajian perubatan mendapaati kegilaan mengambil pil khayal, khususnya ecstacy di kalangan remaja hari ini sebenarnya boleh mengakibatkan kemusnahan pada sel otak. Kajian oleh Johns Hopkins University di Baltimore, Amerika Syarikat mendapati dadah itu berupaya merosakkan saraf yang berakhir di bahagian otak yang bertindak mengeluarkan serotonin, iaitu bahan kimia yang mengawal tidur, ingatan, kemahuan, sakit dan seks. Lebih banyak dadah itu digunakan mengakibatkan lebih banyak kehilangan penghantar serotonin.”.

3

Satu contoh lagi yang melihat bahawa rencana ini menggunakan strategi laporan iaitu, “Menurut Pegawai Penyiasat Narkotik Daerah Shah Alam, Chief Inspektor Mohamed Salim Gulam Mohammad, pil Ecstacy biasanya digunakan oleh remaja yang gemar mengunjungi pusat-pusat hiburan seperti disko, bagi yang menggunakan pil ini, biasanya dia akan bercakap berlebihan, bertindak balas kepada muzik yang kuat dengan menggoyangkan badan/kepala, kelihatan resah/cemas, panas baran, kerap minum air kerana suhu badan panas dan berpeluh”. Seterusnya, strategi naratif yang digunakan dalam rencana ini ialah soalanjawapan. Contohnya, “Pernahkah kamu mendengar tentang ‘pil rogol’ atau ‘pil dating’? Tidak lama dulu, akhbar tempatan pernah menyiarkan tentang kewujudan pil khayal yang dikenali sebagai ‘pil rogol’ atau ‘pil dating’ yang kini menjadi pilihan popular di kalangan lelaki kaki disko atau kasanova untuk menjerat gadis sebelum memperkosa mereka”. Strategi percontohan juga digunakan dalam rencana ini. Contohnya, “Kesan penggunaan pil itu akan menaikkan tekanan darah, mengurangkan daya ingatan, letih, pening, keliru dan gangguan sakit dalaman”. Selain itu, strategi naratif jenis pengkelasan juga digunakan untuk menerangkan kelas pil-pil yang telah dinyatakan. Contohnya, “Pil ‘Rohypnol’ ini juga digunakan bersama dadah lain seperti heroin, kokain dan alkohol. Pil ini tergolong dalam kumpulan ubat yang dikenali sebagai ‘benzodiazepines’ yang termasuk Valium, Librium dan Xanax”. Strategi naratif jenis proses iaitu menceritakan satu persatu dinyatakan seperti, “Sejenis pil khayal yang dikenali sebagai ‘Ibu Syaitan’ yang digunakan untuk memperdayakan

gadis

sebelum

memperkosa

mereka

juga

dikatakan

boleh

menyebabkan kemandulan pada si mangsa. Pil mudah larut yang dikenali sebagai ‘progesterex’ ini secara saintifiknya digunakan untuk mengawal kehamilan binatang peliharaan. Pil ini sering digunakan bersama dengan sejenis pil lain yang dikenali sebagai pil ‘Rohypnol’ (sejenis ubat bius), yang juga turut dikenali sebagai ‘dadah

4

perogol’. Apabila kedua pil itu dilarutkan di dalam air, ia boleh mengkhayalkan mangsa dalam tempoh yang lama”. Strategi sebab-akibat juga dapat dilihat dalam rencana ini. Contohnya, “Sehingga tahun 2005, sebanyak 343 orang dikenal pasti menagih ecstacy. Sementara itu 52 orang disahkan sebagai penagih berulang. Walaupun peratusannya rendah berbanding dengan jenis dadah yang lain tetapi bagi sesiapa yang memiliki lima hingga 30 gram boleh dikenakan penjara dua hingga lima tahun dan tiga hingga sembilan sebatan, dan pemilikan melebihi 30 gram boleh membawa penjara lima tahun hingga seumur hidup dan sebatan tidak kurang dari 10 sebatan. Bagi pemilikan melebihi 50 gram, dianggap mengedar dadah berbahaya dan hukuman mati mandatori”.

1.3 Strategi Skema dan Majaz Terdapat beberapa jenis strategi yang boleh dilihat dalam strategi skema dan majaz. Strategi skema mempunyai lima jenis skema iaitu skema seimbang, skema perulangan, skema pengguguran, skema ragaman dan skema hiperbaton. Manakala majaz pula terdiri daripada majaz pertautan, majaz perbandingan, majaz ragaman, majaz pertentangan dan majaz Melayu.

1.3.1 Isokolon Isokolon tergolong dalam skema seimbang. Isokolon merupakan pengulangan frasafrasa dalam kepanjangan yang sama dan lazimnya berstruktur sejajar. Dalam rencana ini, terdapat penggunaan Isokolon yang dapat dilihat melalui perenggan pertama. Contohnya, “Lebih banyak dadah itu digunakan mengakibatkan lebih banyak kehilangan penghantar serotonin”.

5

1.3.2 Epanalepsis Epanalepsis pula tergolong dalam skema perulangan yang mambawa makna pengulangan kata atau frasa yang menghasilkan kesan makna nada dan bunyi yang puitis atau pelbagai. Epanalepsis bermaksud pengulangan kata pada akhir sesuatu klausa yang telah terdapat pada awal klausa. Contoh dalam rencana ini ialah, “Oleh itu, awas! Ketika keluar, jangan sekali-kali meninggalkan minuman kamu sewenangwenangnya tanpa diawasi oleh orang yang benar-benar dipercayai”.

1.3.3 Aliterasi Aliterasi juga tergolong dalam kumpulan skema perulangan. Aliterasi merupakan sejenis gaya bahasa pengulangan bunyi konsonan yang sama pada awal kata dan yang berturutan waima dalam puisi tradisional, puisi moden, prosa tradisional, prosa moden sama ada kreatif atau bukan kreatif (Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 2007a: 10 dan 2007b: 96). Contohnya dalan rencana ini ialah, pucuk pangkalnya terpulang pada remaja sendiri.

1.3.4 Asonansi Asonansi merupakan sejenis gaya bahasa pengulangan bunyi vokal yang sama pada setiap baris atau pada setiap ayat yang biasanya secara berturutan supaya memperoleh kesan tertentu waima dalam puisi tradisional, puisi moden, prosa 6

tradisional, prosa moden sama ada kreatif atau bukan kreatif (Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 2007: 40). Contohnya, “Walaupun penggunaannya bukan baru, namun bagi remaja inilah cara terbaru untuk meredakan tekanan daripada sebarang masalah”.

1.3.5 Ekslamasi Ekslamasi merupakan salah satu strategi yang terdapat dalam majaz atau juga disebut sebagai Tropes. Konsep ekslamasi ialah menggunakan kata seru bagi menegaskan maksudnya. Dalam menganalisis rencana ini, terdapat penggunaan ekslamasi yang ketara. Tajuk rencana ‘Awas! Akibat Pil Khayal’ sudah menunjukkan penggunaan ekslamasi untuk menegaskan perkataan ‘awas’. Contohnya: i.

Yang menakutkan, kesan jangka panjang, mangsa mungkin tidak boleh mengandung!

ii.

Tapi, buang tanggapan itu!

iii.

Oleh itu, awas!

iv.

Mengapa perlu mencuba sesuatu yang mereka sendiri tahu akan bahayanya dan jika mahu mencubanya juga, merekapun sebenarnya tahu akibatnya!

1.4 Pemilihan Kata Sendi Nama 7

Pemilihan kata sendi nama yang tepat merupakan satu elemen yang penting dalam penggunaan kosa kata. Kata sendi ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama. Antara kata sendi nama yang lazim digunakan dalam bahasa Melayu ialah di, ke, dari, daripada, kepada, pada, antara dan banyak lagi. Semasa menganalisis rencana ini, terdapat beberapa sedikit kesilapan dalam pemilihan kata sendi nama. rencana ini banyak menggunakan ‘di kalangan’ sedangkan kata sendi ‘di’ digunakan untuk menyatakan tempat. Maka, penggunaan ‘di kalangan’ haruslah digantikan ‘dalam kalangan’. Selain itu, terdapat ayat yang menggunakan perkataan ‘dari sudut kesihatan’. Kata sendi ‘dari’ bertugas sebagai untuk menyatakan masa atau waktu. Maka penggunaan ‘dari’ dalam konteks ayat di atas adalah tidak sesuai. Oleh itu, untuk menyatakan ayat tersebut, kata sendi ‘dari’ mestilah digantikan dengan ‘daripada’ menjadi ‘daripada sudut kesihatan’. 1.5 Penggunaan Ayat Dalam Teks

Penggunaan ayat yang berkesan amat penting dalam penulisan. Hanya dengan ayat yang berkesan buah fikiran atau informasi dapat disampaikan kepada pembaca dengan jelas dan tepat. Ayat yang berkesan mempunyai ciri-ciri seperti yang berikut: •

Kesatuan dan kepaduan ayat



Kesejajaran bentuk dalam ayat



Kepelbagaian ayat



Penekanan dalam ayat



Logik dalam berbahasa



Kehematan dalam ayat 8



Kemurnian dalam ayat

Terdapat tiga ciri yang dikenal pasti terdapat dalam rencana ini iaitu logik dalam berbahasa, kehematan dalam ayat dan kemurnian dalam ayat.

1.5.1 Logik Dalam Berbahasa Logik tidak sahaja bermaksud ‘dapat diterima akal’ atau ‘rasional’ tetapi juga proses berfikir yang sistematik dalam membuat penaakulan. Asas berfikir logik melihat hubungan sesuatu perkara atau konsep dan menyimpulkan hubungan antara perkara atau konsep dan menyimpulkan hubungan antara perkara atau konsep tersebut secara teratur supaya idea yang dinyatakan tidak bercanggah. Daya hujah yang baik dan logik berkaitan langsung dengan pengolahan dan pembinaan ayat yang padu dan jelas. Dalam menganalisis rencana ini, terdapat gagasan yang tidak logik. Contohnya, “Di Amerika Syarikat, meskipun pil ‘Rohypnol’ ini diharamkan namun ia masih boleh didapati dilebih 60 negara untuk merawat beberapa masalah tidur dan masalah sakit jiwa yang serius. Pil ini mudah memerangkap mangsa kerana ia cepat larut tanpa meninggalkan sebarang tanda warna”.

1.5.2 Kehematan Dalam Ayat Unsur penting lain yang perlu dilihat dalam pembinaan ayat yang berkesan ialah kehematan. Kehematan dalam ayat bermaksud cermat dan tepat dalam penggunaan kata, iaitu tidak menokok tambah kata atau frasa yang membazir, berlebih-lebihan dalam ungkapan atau menggunakan kata sifat yang tidak jelas maksudnya. Contoh yang boleh dilihat dalam rencana ini ialah, “Usah hancurkan masa depan kamu dengan ‘kesilapan kecil’ yang mungkin tidak pernah kamu duga selama ini...”. 9

Ayat di atas merupakan contoh ayat kabur kerana pengarang tidak menjelaskan secara terperinci maksud ‘kesilapan kecil’.

1.5.3 Kemurnian Dalam Ayat Kemurnian dalam ayat bermaksud menjaga keaslian struktur ayat bahasa Melayu dan mengelakkan terserapnya pengaruh sintaksis bahasa Inggeris atau bahasa Arab di dalamnya. Contoh penyerapan sintaksis bahasa Inggeris dalam rencana ‘Awas! Akibat Pil Khayal’ ini ialah “...apa yang penting kini ialah melaksanakan mekanisme tertentu untuk menyelesaikan permasalah yang berlaku...”. Penggunaan ‘apa’ dalam ayat bahasa Melayu merupakan pengaruh daripada bahasa Inggeris.

1.6 Perenggan Utama dan Jenis-jenisnya

Analisis seterusnya membincangkan perenggan utama dan jenis perenggan yang telah digunakan dalam rencana ini.

1.6.1 Perenggan Permulaan Isi perenggan permulaan bertujuan mengutarakan aspek pokok perbincangan dalam karangan. Sebagai bahagian yang mengawali sesebuah karangan, perenggan permulaan haruslah berfungsi untuk menarik minat pembaca dan mengemukakan pokok perbincangan. Perenggan permulaan boleh dibina dengan bentuk-bentuk berikut: 10



Kutipan, peribahasa, anekdot.



Pendapat atau pernyataan seseorang tokoh.



Menyatakan maksud dan tujuan penulisan.



Mengemukakan pertanyaan.



Catatan peribadi.

Terdapat lima jenis teknik perenggan permulaan yang boleh digunakan. Antaranya, teknik Kontrak Masa, teknik Penglibatan Pembaca, teknik Kenyataan Luar Dugaan, teknik Ungkapan dan Falsafah dan teknik Pertanyaan. Dalam rencana ini, pengarang menggunakan salah satu teknik seperti yang dinyatakan di atas iaitu teknik kenyataan luar dugaan. Contohnya, “Kajian perubatan mendapati kegilaan mengambil pil khayal, khususnya ecstacy di kalangan remaja hari ini sebenarnya boleh mengakibatkan kemusnahan pada sel otak. Kajian oleh Johns Hopkins University di Baltimore, Amerika Syarikat, mendapati dadah itu berupaya merosakkan saraf yang berkahir di bahagian otak yang bertindak mengeluarkan serotonin, iaitu bahan kimia yang mengawal tidu, ingatan, kemahuan, sakit dan seks. Lebih banyak digunakan mengakibatkan lebih banyak kehilangan penghantar serotonin”.

1.6.2 Perenggan Pengembang Perenggan pengembang bertujuan menjelaskan pokok perbincangan yang sebelumnya telah dinyatakan dalam perenggan permulaan. Terdapat beberapa fungsi perenggan pengembang dalam sesebuah teks. Antaranya ialah mengemukakan inti persoalan, memberi ilustrasi dan contoh, menjelaskan hal yang akan dibicarakan pada perenggan 11

berikutnya, meringkaskan isi perenggan sebelumnya dan mempersiapkan dasar atau landasan bagi kesimpulan. Dalam rencana yang dikaji ini, berlaku pengembangan. Pengarang memberikan ilustrasi dan contoh pil khayal serta menerangkan bahaya pengambilan pil khayal. Pengarang juga menyatakan hukuman yang akan diterima kepada sesiapa yang memiliki pil-pil khayal seperti pil ecstacy.

1.6.3 Perenggan Penutup Perenggan penutup merupakan kesimpulan bagi seluruh isi karangan. Perenggan ini juga merupakan pernyataan kembali maksud panulis dengan mengejapkan kefahaman pembaca. Perenggan akhir tidak seharusnya terlalu panjang, pernyataannya dapat mencerminkan seluruh isi karangan dan dapat memberi kesan yang mendalam kepada pembaca. Dalam rencana ini, cara penulisan perenggan penutup memenuhi ciri-ciri yang dinyatakan di atas. Penutupnya tidak terlalu panjang dan memberi kesan yang mendalam kepada pembaca. Contohnya, “Pucuk pangkalnya terpulang pada remaja sendiri. Muhasabahlah diri kamu bahawa kamu masih muda belia, masih punya masa yang panjang yang harus dimanfaatkan. Jika sudah menderita atau kesakitan kesan pengambilan pil dadah itu, ia tidak berguna lagi”.

1.7 Ayat Tesis

Ayat atau pernyataan tesis paling penting dalam penting dalam penulisan karangan atau teks seumpama, dan jumlahnya hanya satu. Biasanya ayat tesisi wujud pada bahagian awal perenggan. Ayat tesis menjadi panduan pembaca untuk mengesan hala 12

tuju karangan yang ditatap. Dengan membaca pernyataan tesis, pembaca mampu memahami isi keseluruhan karangan. Ayat tesis mempunyai dua fungsi utama, iaitu menyatakan idea utama karangan dan membantu penyusunan karangan.

Ayat tesis yang betul mempunyai ciri-ciri seperti ayat lengkap tetapi bukan berbentuk ayat tanya, pendapat penulis termasuk dalam pernyataan tesis, pernyataan tesis “menyempitkan” topik yang umum dan satu idea dinyatakan dalam pernyataan tesis. Contoh dalam rencana ini ialah, “Kajian perubatan mendapati kegilaan mengambil ecstacy di kalangan remaja hari ini sebenarnya boleh mengakibatkan kemusnahan pada sel otak. Kajian oleh Johns Hopkins University di Baltimore, Amerika Syarikat mendapati dadah itu berupaya merosakkan saraf yang berakhir di bahagian otak yang bertindak mengeluarkan serotonin, iaitu bahan kimia yang mengawal tidur, ingatan, kemahuan, sakit dan seks. Lebih banyak dadah itu digunakan mengakibatkan lebih banyak kehilangan penghantar serotonin”.

1.8 Ayat Topik Ayat topik atau ayat fokus mengorganisasi merupakan isi atau gagasan utama yang menjadi tema seluruh perenggan serta memangu pengembangan idea bagi menyokong tesis karangan. Terdapat beberapa perenggan utama dalam ayat topik iaitu: 1. Ayat penyangga utama iaitu ayat yang mengembangkan gagasan dalam ayat topik dan merujuk ayat topik secara langsung. 2. Ayat penyangga kecil iaitu ayat yang menyediakan keterangan lanjut tentang ayat topik dan merujuk penyangga utama secara langsung.

13

3. Ayat kesimpulan iaitu ayat terakhir yang menutup perenggan sebelum beralih kepada perenggan seterusnya.

Contoh yang boleh dilihat dalam rencana ini ialah, “Penggunaan pil khayal, khususnya ecstacy dikatakan boleh membawa maut. Pil ini boleh menyebabkan kerosakan yang teruk pada otak, sistem saraf, jantung dan hati serta boleh mengakibatkan maut. Walaupun penggunaannya bukan baru, namun bagi remaja inilah cara terbaru untuk meredakan tekanan daripada sebarang masalah”.

Ayat pertama seperti yang dinyatakan di atas merupakan contoh ayat topik iaitu menjadi ayat penyangga utama. Kemudian ayat tersebut dikembangkan dengan memberi penjelasan yang lebih terperinci tentang kesan-kesan akibat pengambilan pil khayal tersebut.

2.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, semasa menganalisis teks ini dapat dilihat penggunaan dan kepelbagaian ayat yang gramatis dan tidak gramatis. Penggunaan diksi, strategi naratif malah jenis perenggan haruslah dititikberatkan untuk menghasilkan teks seperti rencana dengan lebih berkesan dan menarik.

14

Related Documents

Analisis Teks
June 2020 4
Kompetisi Mengarang
October 2019 10
Seni
December 2019 47