Abu Hamd Al-ghazali

  • Uploaded by: Nur Ain Mohd Amin
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Abu Hamd Al-ghazali as PDF for free.

More details

  • Words: 1,174
  • Pages: 7
Abu Hamid Al-Ghazali

2008/2009

Nama : Wan Zuhara Shadilla bte. Wan Mohd. Ghazali Nombor Matrik : JEA080156 Kursus : Falsfah dan Logika Nama Pensyarah :Dr. Amran Muhammad

ABU HAMID AL-GHAZALI

Al-Imam Abu Hamid Al-Ghazali atau nama sebenarnya Abu Hamad Muhammad Bin Muhammad Bin Muhammad Bin Ahmad Al-Ghazali yang dikenali sebagai Algazel di dunia barat adalah seorang ilmuwan islam yang sudah tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat di seluruh dunia. Beliau juga adalah merupakan wali Allah yang besar dan lebih dikenali umum sebagai tokoh pemikir islam serta dianggap Al-Mujaddid pada kurunnya. Beliau dilahirkan pada tahun 450 Hijrah bersamaan dengan 1058 Masihi di atTaabiran/Ghazalah di Bandar Tus, Khurasan (Iran). Beliau digelar “Al-Ghazali” bersempena dengan gelaran bapanya yang bekerja sebagai pemintal bulu kambing (AlGhazzal). Namun ada sumber yang mengatakan gelaran tersebut diambil sempena kampong kelahirannya, Ghazalah. Di antara nama-nama gelaran lain yang telah diberikan kepadanya ialah Al-Ghazali At-Tusi, Hujjatul Islam, Siratal-Mujtahidin dan Zain Al-Abidin.

Beliau berasal dari keluarga yang kuat beragama dan miskin. Walaupun ayahnya adalah seorang yang miskin tetapi dia merupakan seorang yang jujur dan mempunyai cita-cita yang tinggi iaitu ingin melihat anaknya menjadi orang alim dan soleh. Dia juga suka bergaul dengan al-‘ulama’ dan juga para sufi sambil memetik ilmu-ilmu agama serta berbakti dan berkhidmat kepada mereka. Oleh kerana selalu berdamping dengan orangorang berilmu, si ayah telah merasa kesan positifnya, lalu berdoa agar dikurniakan anak yang cerdik, berilmu dan soleh. Allah telah memakbulkan doa tersebut dengan mengurniakannya seorang anak dan diberikan nama Muhammad. Pada hari tuanya

Muhammad bukan sahaja menjadi seorang yang salih malah telah menjadi seorang guru pula kepada golongan al-salihin di zamannya sekaligus dikenali umum sebagai al-Imam Abu Hamid al-Ghazali.

Ayah Abu Hamid al-Ghazali telah meninggal dunia ketika Abu Hamid al-Ghazali berumur lebih kurang enam tahun. Setelah ayahnya meninggal dunia. Beliau dan adik lelakinya yang bernama Ahmad, telah hidup di bawah asuhan seorang sahabat ayah mereka yang merupakan seorang mutasawwif. Si ayah ada mewasiatkan sedikit wang kepada sahabatnya itu bagi membiayai kedua-dua orang anaknya itu. Mereka pun mula belajar membaca dan menulis daripada sahabat ayah mereka itu. Tetapi setelah beberapa waktu berlalu, wang belanja itu telah habis. Maka pada suatu hari, berkatalah si sahabat ayah mereka itu kepada mereka:

“Ketahuilah, telah aku belanjakan segala wang yang telah diwariskan untuk engkau berdua. Dan aku ini seorang lelaki yang miskin dan sering berada di dalam kesempitan. Oleh itu, aku nasihatkan engkau berdua supaya pergi ke Tus dan belajar di madrasah di sana. Enakau berdua boleh menuntut ilmu pengetahuan di sana yang dapat mendatangkan kesenangan kepada engkau berdua dan menghasilkan pangkat yang tinggi”

Maka berangkatlah kedua-dua beradik itu ke Tus. Sewaktu belajar di madrasah yang diberi nama al-Madrasah an-Nizamiyyah itu, tanda-tanda ketajaman otak al-Imam Abu Hamid al-Ghazali yang luar biasa telah kelihatan. Beliau telah belajar ilmu-ilmu

agama dan ilmu-ilmu bahasa seperti ilmu fikh, ilmu usul, ilmu mantiq, ilmu falsafah,ilmu kalam ilmu perdebatan. Semua ilmu ini telah dikuasainya dengan mudah.dan disini jugalah beliau telah menulis kitabnya yang banyak

Dalam dunia falsafah, Al-Ghazali merupakan perintis falsafah islam yang sangat terkenal. Beliau yang mendapat gelaran “Hujjatul Islam’ adalah ilmuwan ulung yang sangat berjasa terhadap perkembangan dunia keilmuan islam dan sangat dihormati oleh Pemerintah Bani Saljuk Abbasiyah kerana keilmuannya yang mendalam. Melalui Nizam al- Muluk, Al-Ghazali diterima mengajar di madrasah Nizamiyah. Namun tidak beberapa lama selepas itu, Fakhrul Muluk mati terbunuh dan Al-Ghazali kembali semula ke Tus dan membuka sebuah madrasah bagi menyebarkan ilmu daa mendidik hati.

Menurut beliau, falsafah secara ringkasnya dikategorikan kepada enam aspek penting iaitu matematik, fizik. metafizik (KeTuhanan), politik, logik dan etika (akhlak). Beliau mengatakan islam tidak melarang umatnya mempelajari ilmu-ilmu seperti falsafah Greek asalkan ianya tidak bertentangan dengan islam sebagaimana dibahaskan dalam karyanya yang berjudul “Tahafut al-Falsafah” mengenai fizik dan metafizik yang mengatakan ala mini terurus dengan sendiri tanpa kawalan. Walaupun beliau bersetuju dengan sumbangan teori falsafah yang dipelopori oleh Aristotle dan Plato terhadap nilai keilmuan islam, namun tidak semua diterima oleh beliau kerana terdapat sejuzuk dari bidang falsafah yang bertentangan dengan akidah islam.

Dalam kitab “al-Munqidz Min ad-Dhalal” al-Ghazali menyatakan bahawa para Filosof yang menganut pelbagai mazhab dan membawa pemikiran berciri kekufuran dibahagikan kepada tiga golongan iaitu golongan ad-Dahriyyah (Aties), golongan atTobi’iyyah (Naturalis) dan golongan al-Ilahiyyah (Theis).

Golongan ad-Dahriyyah adalah golongan yang mengingkari adanya tuhan. Menurut mereka alam ini wujud secara semulajadi. Golongan at-Tobi’iyyah pula adalah golongan yang memusatkan perbahasan pada alam fizikal terutama haiwan dan tumbuhtumbuhan. Keajaiban yang mereka temui menyebabkan mereka mengakui adanya Pencipta yang Maha Bijaksana. Golongan ini berpendapat setiap jiwa akan fana dan tidak kembali lagi. Lantaran itu, mereka mengingkari adanya hari akhirat, syurga dan neraka. Kedua-dua golongan ini merupakan golongan zindiq manakala golongan al-Ilaiyyah adalah golongan yang muncul dari dua golongan yang dinyatakan seperti Sokrates, Plato dan Aristotle. Kesan daripada itu, Aristotle telah menyanggah pemikiran para filosof sebelumnya tetapi dia sendiri tidak mampu membebaskan diri dari sisa-sisa kekufuran. Namun ilmu-ilmu falsafah selain yang membincangkan tentang keTuhanan boleh diterima selagi tidak bertentangan dengan ajaran islam. Sebagai contoh Al-Ghazali menunjukkan satu contoh dalam ilmu matematika yang tidak dapat diingkari kebenarannya tetapi jika bertentangan dengan ajaran islam, ianya wajib ditolak. Oleh kerana terjadinya perkara tersebut, beliau telah menghasilkan karya yang berjudul “Tahafut al-Falasifah” yang mengemukakan 20 masalah yang tidak sesuai dengan islam. Konklusi yang dibuat oleh Al-Ghazali di dalam perbahasan kitabtersebut meletakkan tiga aspek pertentangan antara filosof dan islam iaitu filosof menganggap qadimnya tuhan,

tuhan tidak mengetahui peristiwa-peristiwa kecil yang berlaku di bumi dan mengingkari kebanakitan semua jasad pada hari akhirat.

Para ilmuwan islam baik sezaman dengan beliau atau selepasnya amat tertarik dengan daya pemikiran dan falsafah yang diketengahkan beliau untuk tatapan umat islam. Sebagai seorang pengkritik kepada filosof, beliau juga tidak terlepas daripada dipertikaikan sebagai seorang ahli falsafah.Contohnya Ibn Rusyd yang menulis sebuah buku yang berjudul “Tahafut at-Tahafut” sebagai serangan balas terhadap dakwaan AlGhazali yang menentang pemikiran falsafahnya. Walau bagaimanapun, perkara ini dianggap satu kebiasaan bagi para ilmuwan untuk mendatangkan hujah dan dalil terhadap perselisihan pendapat di kalangan mereka. Perkara sebegini turut berlaku terhadap Plato apabila teori falsafahnya diperbetulkan oleh muridnya, Aristotle.

Kesimpulannya, Hujjatul Islam Al-Ghazali adalah ulamak dan pemikir islam yang sangat produktif dalam penulisan. Jumlah hasil tulisannya sehingga kini tidak dapat ditentukan dengan tepat. Ini kerana ada diantara kitab-kitabnya yang telah diterbitkan dan masih ada yang tersimpan dalam perpustakaan makhtutah Negara-negara Arab. Kitabkitab yang beliau hasilkan meliputi pelbagai bidang ilmu seperti al-Quran, akidah, ilmu kalam, usul fiqh, tasauf, mantiq, falsafah, kebatinan dan lain-lain.

Bibliografi: 1. A. Hasjmy. 1971. Hikajat Prang Sabi Mendjiwai Atjeh Lawan Belanda. Indonesia, Bandar Aceh : Pustaka Faraby 2. Drs. H. M. Jamil, MA. 2007. Cakrawala Tasawuf, Sejarah, Pemikiran dan Kontekstualitas. Indonesia : Gaung Persada Press Jakarta 3. Hajah Noresah Bte. Baharom. 2007. Kamus Dewan, edisi keempat. Malaysia : Dewan Bahasa dan Pustaka 4. Mahayudin Hj. Yahya. 2005. Tamadun Islam. Malaysia : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd 5. Prof. Dr. Hashim Bin Haji Musa. 2001. Merekonstruksi Tamadun Melayu Islam, Ke Arah Pembinaan Sebuah Tamadun Dunia Alaf Ketiga. Malaysia : Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya 6. Syed Muhammad Naquib Al-Attas. 1990. On Quiddity and Essence. Malaysia : International Islamic University 7. Worawit Baru@Haji Ahmad Idris. 2004. Pemikiran Melayu, Tradisi dan Kesinambungan. Malaysia : Dewan Bahasa dan Pustaka

Related Documents

Abu Hamd Al-ghazali
October 2019 26
Alghazali
October 2019 45
Abu
December 2019 81
Abu
June 2020 55
Hamd O Naat
April 2020 19
Logo Alghazali Optique.pdf
October 2019 46

More Documents from "Salah Ayoub"

Pantun Budi
October 2019 46
Al-ghazali
October 2019 46
Nazam Ajal
October 2019 53
Al-kindi
October 2019 40
Tajus Salatin
October 2019 36
St-01-01
October 2019 48