1.0 Perbandingan Tamadun Di Malaysia.docx

  • Uploaded by: Mohd Faizul Anas
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View 1.0 Perbandingan Tamadun Di Malaysia.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 2,908
  • Pages: 12
Perbandingan Tamadun Melayu, Cina dan India Dari Sudut Sosio Budaya, Ekonomi dan Pendidikan di Malaysia

1.0 Pengenalan

Dalam bahasa Arab, terdapat beberapa perkataan yang menunjukkan maksud tamadun. Ibnu Khaldun telah menggunakan perkataan ‘umran yang bermaksud “sifat-sifat tamadun”. Ibnu Khaldun juga menggunakan istilah hadharah yang bermaksud “kehidupan menetap” (Mohd Nor Jusoh, 2011)1 Tamadun ialah perkembangan dan pencapaian manusia mengikut arus peredaran zaman. Setiap tamadun itu mempunyai keistimewaan tersendiri bahkan mampu memberikan sumbangan kepada teknologi dunia pada hari ini. Muhammad Said Ramadhan (2004) 2 menyatakan tamadun adalah suatu hasil tindak balas antara manusia dengan alam dan kehidupan. Sejurus perkara ini bermaksud bagaimana inisiatif manusia menjalani kehidupan mereka di dunia. Penerangan bagaimana manusia berinteraksi dengan alam bagi meneruskan kemandirian hidup, maka dari sini bermulanya tamadun. Malaysia satu-satunya negara yang terkenal dengan masyarakatnya yang majmuk yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan India. Oleh itu, Malaysia kaya dengan kepelbagaian budaya, seni dan kesusasteraan. Wujudnya tamadun Melayu ini apabila tibanya Islam ke Alam Melayu. Ramai ahli sejarah mengkaji tentang sejarah kedatangan Islam namun tidak mendapatkan bukti secukupnya. Terdapat tiga pendapat utama mendebatkan mengenai punca arah kedatangan agama Islam iaitu dari tanah Arab, China dan India. Tamadun Cina merupakan salah satu tamadun tertua selepas tamadun Mesopotamia dan tamadun Mesir. Warisan peninggalannya masih memberi kesan kepada kepada perkembangan tamadun Cina pada masa kini. Tertubuh tamadun ini adalah disebabkan kawasannya 1

Mohd Nor Jusoh, (2011), Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Kuala Lumpur, Sarjana Media. hlmn 11 Al-Buti, Muhammad Said Ramadan, (2004), Islam Hadhari: Dalam Pembangunan Insan. Terj. Muhammad Ramzi Omar, Putrajaya: Yayasan Islam Hadhari. 2

1

berhampiran lembah Sungai Hwang Ho dan mereka mengamalkan pertanian. Sumber pertanian tersebut menampung kestabilan ekonomi tamadun Cina. Dalam tugasan ini, saya menghuraikan serba sedikit mengenai tamadun Melayu, Cina dan India dari segi sosio budaya, ekonomi dan pendidikan.

2.0 Sosio budaya

Sosiobudaya merupakan satu gaya hidup bagi sesuatu masyarakat berdasarkan pegangan hidup mereka bagi mencapai pembangunan dalam sesebuah masyarakat. Permulaan tamadun Melayu ini berlaku setelah kewujudan tamadun Islam. Oleh itu, Islam menjadi jiwa dalam keseluruhan sosial dan budaya orang Melayu (Zainal Kling, 1980)3. Masyarakat di Tanah Melayu sebelum Kesultanan Melayu Melaka hidup beragamakan kepercayaan Animisme dan Hinduisme. Ali Mohammad (2011) 4 menyatakan bahawa agama Hindu boleh dikatakan menjadi anutan kebanyakan masyarakat atasan seperti golongan istana kerana ianya amat sesuai untuk menjaga kepentingan sosial dan politik mereka sendiri. Manakala, rakyat biasa selalunya menganut dan berpegang kepada kepercayaan Animisme. Maka, tidak hairanlah sekiranya terdapat percampuran adat Hinduisme dan Animisme dalam kalangan Melayu. Noriati (2005)5, menyatakan nilai dalam masyarakat Melayu mempunyai tiga penjuru iaitu hubungan manusia dengan Tuhan, manusia dengan manusia dan manusia dan alam. Dari ketigatiga ini, Melayu sangat mementingkan hubungan manusia dan Tuhan. Tuhan telah menyatakan apa yang baik dan apa yang buruk bagi manusia. Mereka menuruti sahaja perintah Allah. Oleh itu, nilai dalam kehidupan orang Melayu bersandarkan al-Quran dan Hadith (Wan Abd Kadir, 2000)6.

3

Zainal, K. (1980, Mac 10-11). Sistem Nilai Tradisi Melayu. Kertas Kerja Dalam Seminar Nilai Dan Norma Masyarakat Melayu.hlmn 3 4 Ali, M. (2011). Sumbangan Tamadun Islam Dalam Kehidupan Masyarakat di Alam Melayu Hingga Abad ke-17M. Al-Tamaddun, 3(1), 68-84. 5 Noriati, A. R. (2005). Nilai Kesantunan Dalam Konteks Sosiobudaya Masyarakat Melayu. Jurnal Pengajian Melayu, 15, 232-253. 6 Wan Abdul Kadir, M. (2000). Tradisi Budaya Melayu Berteraskan Islam. Jurnal Pengajian Melayu, 8, 82-97.

2

Nilai-nilai sangat ditekankan dalam masyarakat Melayu misalnya nilai berbahasa dan nilai menghormati orang tua. Dalam meningkatkan sistem nilai, orang Melayu menggunakan konsep malu, harga diri dan maruah (Wan Abd Kadir, 2000)7. Ketinggian martabat bangsa Melayu dahulu adalah terletak pada ketinggian akhlak dan tatasusilanya. Menurut Shuhairimi Abdullah (2004)8, kebanyakan penulisan sarjana Melayu turut mengatakan faktor kegemilangan peradaban Melayu disebabkan masyarakat pada ketika yang mencapai kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur. Dari sudut sistem sosial kemasyarakatan Melayu didapati sistem ini menggariskan setiap manusia itu mempunyai taraf yang sama dan hanya iman dan takwa membezakan mereka. Rahimin Affandi (2005) 9 , menyatakan bahawa punca utama Islam diterima oleh masyarakat Melayu adalah disebabkan kesucian dan kesempurnaan ajaran Islam yakni cakupan agama Islam tidak bersifat perkauman yang terhad kepada sesuatu bangsa semata-mata, tetapi merangkumi kesemua ras manusia sedunia yang dibina di atas asas persaudaraan (ukhuwah). Asas persaudaraan ini juga tidak menerima segala bentuk pembahagian kasta manusia yang mengakui semua manusia adalah sama martabatnya di sisi Allah. Dalam sistem kekeluargaan masyarakat Melayu telah berlaku perubahan seperti perkahwinan. Hukum syarak memainkan pengaruh yang besar dan dicatat dalam Hukum Kanun Melaka. Misalnya, menetapkan adanya wali bagi pengantin perempuan dinyatakan dalam Fasal 25.1 dan upacara ijab kabul Fasal 25.2 (Azmah Abdul Manaf, 2001).10 Tanggungjawab suami isteri, tanggungjawab ibu bapa dan tanggungjawab anak-anak terhadap ibu bapa turut diterap dalam membentuk keluarga yang harmoni. Sosiobudaya tamadun Cina berpegang kepada fahaman Konfusiusisme. Ririn Darini (2008)

11

menyatakan Fahaman ini mengusulkan manusia berfikir sendiri. Dalam fahaman ini

sangat menekankan pendidikan moral dan antara dasarnya budi pekerti, perikemanusian,

7

Ibid.hlmn 84 Shuhairimi, A. (2004). Konsep Asas Pembinaan Tamadun Islam Dalam Menjana Masyarakat Hadhari. Pencetus Warisan Minda.hlmn.31 9 Rahimin Affandi Abd. Rahim. 2005. Citra Islam dalam pembentukan manusia melayu moden di Malaysia: satu analisa. Dlm. Jurnal Pengajian Melayu. Jil 15. Penerbit: Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. 10 Azmah, A. M. (2001). Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia. Kuala Lumpur: Lohprint Sdn. Bhd. 11 Darini, R. (2008). Pendidikan Dalam Pemikiran Konfusius.Diperoleh daripada http://staff.uny.ac.id/system/files/penelitian/Ririn%20Darini,%20SS.,M.Hum./PENDIDIKAN%20DALAM%20PEMIKI RAN%20KONFUSIUS.pdf 8

3

manusia bijak dan bakti anak.Dalam hierarki sosial masyarakat Cina menganggap para ilmuwan dan petani golongan tertinggi.12(Ahmad Nasir, t.t.) Dalam sistem kekeluargaan, masyarakat Cina lebih mengiktiraf kuasa sebelah bapa. Sekiranya terdapat pembahagian harta maka anak lelaki akan lebih diutamakan berbanding anak perempuan. Mereka turut menekankan adab dalam keluarga misalnya anak perlu menghormati ibu bapa. Dalam kemasyarakatan tamadun India mempunyai hierarki dalam sosial. Budaya masyarakat India ialah pengamalan kehidupan berkasta. Terdapat empat peringkat kasta iaitu Brahmin, Ksatriya, Vaisya dan Sudra. Dalam falsafahnya, setiap golongan mempunyai peranan masing-masing. Kegagalan dalam memainkan peranan akan menunjukkan kelemahan dalam masyarakat. Di Malaysia, sistem ini sudah tidak digunapakai oleh masyarakat India kerana dianggap tidak relevan. Namun masih terdapat minoriti yang masih mengamalkannya. Wanita dalam kalangan masyarakat India telah dihadkan kepada aktiviti rumahtangga. Mereka tidak dibenarkan terlibat dalam pendidikan. Mereka yang kematian suami dianggap tidak berhak untuk hidup dan harus dibakar bersama mayat suami.

Tamadun

Perbezaan

Melayu

-

Persamaan

Menjalani

berasaskan

kehidupan akidah

yang

benar. -

-

ibu bapa. -

Bersumberkan Al-Quran

dan Sunnah

sama

hanya

iman

yang

Mengutamakan

Sangat

mementingkan

akhlak dalam pembinaan masyarakat bertamadun

membezakannya. Cina

-

Mempunyai

hierarki

dalam sosial masyarakat

12

Ahmad Nasir, M. Y. (t.t). Tamadun India (Konsep Tamadun India). Didapatkan Mac 25, 2017, daripada http://www.vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Bab%209%20TI%20(Konsep%20Tamadun%20India).pdf

4

waris

sebelah bapa -

Semua manusia adalah

Anak mesti menghormati

-

Menggunakan untuk

fikiran melakukan

perubahan -

Tiada ibadat khusus dan menekankan

kepada

pendidikan moral India

-

Mengamalkan

sistem

kasta -

Martabat

wanita

dipandang rendah

Jadual 1

3.0 Ekonomi

Marshall mengatakan ekonomi adalah ilmu yang bergandingan dengan mempelajari usaha-usaha individu dalam ikatan pekerjaan-pekerjaan kehidupan manusia, bagaimanapun ia memperolehi pendapatan bagaimana pula ia mempergunakan pendapatan itu (Mohd Nor Jusoh, 2011).13 Hasanuzzaman dalam Mohd Nor Jusoh (2011) 14 mentakrifkan ekonomi Islam sebagai ilmu pengetahuan dan pengggunaan perintah peraturan syariat demi melindungi ketidakadilan dalam perolehan sumber asli bagi tujuan memenuhi kepuasan manusia dan bagi membolehkan mereka melaksanakan tanggungjawab terhadap Allah dan masyarakat seluruhnya. Kaum Melayu dahulu sangat terkenal dengan kemahirannya dalam perniagaan. Para pembesar juga turut terlibat dalam perniagaan. Menurut Mohd Koharuddin (2005)15, Kehebatan dan kecekapan masyarakat Melayu berdagang menyebabkan pedagang Eropah sendiri sukar

13

Mohd Nor Jusoh, op. cit. hlmn 155 Ibid.hlmn 154 15 Mohd Koharuddin Mohd Balwi, Peradaban Melayu, Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 15, 2005 14

5

untuk bersaing dengan mereka menyebabkan mereka telah bertindak menyerang dan merampas perdagangan alam Melayu ini melalui kuasa ketenteraan. Kejayaan masyarakat Melayu dalam perniagaan disebabkan pengamalan terhadap muamalat Islam. Misalnya dalam Hukum Kanun Melaka Fasal 30 (lampiran A) menyatakan berkenaan hukum dan tatacara berniaga. Syarat sah berjual beli dan barangan yang sah serta haram diperniagakan. Pengharaman pengambilan riba. (Muhammad Yusoff Hashim, 1990)16 Islam turut menggalakkan amalan saling membantu dalam kehidupan masyarakat misalnya pembayaran zakat, sedekah dan wakaf. Amalan-amalan ini akan mewujudkan sifat tanggungjawab, kasih dan timbang rasa terhadap setiap individu dalam masyarakat. Baitulmal turut diwujudkan bagi membantu perkembangan ekonomi negara melalui sumber kutipan cukai daripada golongan bukan Islam. Tujuannya bukan sekadar kegiatan pembangunan negara bahkan untuk kebajikan orang-orang yang memerlukan. (Mohd Nor Jusoh, 2011)17 Kemahiran masyarakat Cina dalam perniagaan tidak dapat dinafikan kehebatannya sehingga kini. Menurut Rusdi Omar (2006)18, China kini sedang mengalami perubahan ekonomi pantas. Kebanyakan pelaburan asing berfokus di China. Mereka mendapat untung yang banyak hasil daripada perniagaan. Namun begitu, mereka tidak jujur dan mempunyai banyak taktik untuk menipu semasa urusan perniagaan dijalankan. Oleh itu, dalam susunan hierarki sosial dalam tamadun Cina meletakkan pedagang pada tahap paling rendah kerana mereka gemar menipu dalam perniagaan. Kegiatan ekonomi tamadun India berasaskan pertanian dan perusahaan. Pada awal kemunculan tamadun, mereka menanam kapas di Lembah Indus. Kemudian beralih kepada perusahaan (Nik Hassan Suhaimi dll, 2002)19 Mereka turut menjalinkan hubungan perdagangan dengan tamadun lain seperti tamadun Cina.

16

Muhammad Yusoff Hashim, 1990, Kesultanan Melayu Melaka, Kajian Beberapa Aspek Tentang Melaka abad ke15 dan abad ke-16 Dalam Sejarah Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.hlmn 394 17 Mohd Nor, J. op. cit.hlmn 140 18 Rusdi, O. (2006). China dan Kuasa Hegemoni Baru Ekonomi. IJMS, 1-38. 19 Nik Hassan Suhaimi dll, 2002, Buku Teks Sejarah Tingkatan 4, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

6

Tamadun

Perbezaan

Melayu

-

-

-

Persamaan

Pengharaman riba dan -

Pengamalan

menipu dalam meniaga

keterbukaan.

Membantu

Menggunakan

masyarakat -

sikap

sistem

yang memerlukan melalui

pertukaran wang.

zakat, sedekah dan wakaf -

Menjalinkan

Mewujudkan

antara tamadun-tamadun

bagi

baitulmal

bagi

membantu

perkembangan

hubungan

lain

ekonomi

negara Cina

-

Mengambil untung secara berlebihan

-

Menggunakan

pelbagai

taktk untuk menipu -

Pedagang rendah

bermartabat

dalam

hierarki

masyarakat India

-

Hanya

golongan

bangsawan

boleh

berdagang Jadual 2

4.0 Pendidikan

Pendidikan penting dalam pembangunan ketamadunan. Awang Sariyan (2005)

20

menyatakan pendidikan merupakan proses kehidupan manusia yang sama tuanya dengan kewujudan manusia itu sendiri. Bahasa merupakan pendidikan pertama yang bermula bersama kewujudan manusia. Ulama-ulama Islam dari zaman ke zaman mengistilahkan manusia sebagai haiwan natiq (rational

20

Awang Sariyan, (2005), Pendidikan, Bahasa dan Pendidikan Bahasa dalam Hubungannya dengan Pembinaan Tamadun. DP, 1-23.

7

animal), dengan kata natiq itu, selain merujuk kepada akal, sebenamya turut merujuk kepada pertuturan atau bahasa (al-Attas, 1991) 21. Dalam erti lain bermaksud kewujudan manusia ini adalah disebabkan wujudnya akal dan kemampuan berbahasa. Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah memberi kesan terhadap pendidikan. Sebelum kedatangan Islam hanya golongan bangsawan menerima pendidikan. Selepas kedatangan Islam, golongan bawahan mula diberi pendidikan. Permulaan sistem pendidikan hanya berlaku dalam istana. Istana dijadikan perpustakaan dan tempat penterjemahan ilmu. Kemudian beransur-ansur memberikan pendidikan kepada golongan rakyat seperti diadakan pengajian di rumah maulana, madrasah, surau dan masjid. (Mahayuddin, 2000)22 Masyarakat Melayu mempunyai pendidikan melalui kesusasteraan. Dalam kesusasteraan misalnya dalam pantun, syair dan hikayat memiliki unsur nasihat. Menurut Othman Puteh (1998)23 sastera remaja seharusnya memberikan pendidikan dan hiburan kepada masyarakat, bahan yang terkandung juga dapat mengasuh dan mengasah kecerdasan penghayatan nilai-nilai kemanusiaan, kemasyarakatan dan segala sesuatu yang berhubung dengan keperluan kehidupan. Semasa era penjajahan British, orang Melayu menuntut ilmu di pondok dan menfokuskan kepada ilmu agama. Kemudian kemunculan kaum muda pada sekitar lewat abad ke-19 menyebabkan kesedaran terhadap kepentingan pendidikan dalam kalangan orang Melayu semakin tinggi. Golongan wanita turut diberi peluang menuntut ilmu. Gerakan ini dipimpin oleh Sayid Syeikh Muhammad Abduh dan Sayid Rashid Rida (Fadhulullah Jamil, 1997)24. Kamarul Azmi (2007) 25 menjelaskan ideologi mereka adalah bersandarkan kemodenan Barat tanpa mengenepikan Islam. Gerakan ini sangat aktif dalam penubuhan pondok dan madrasah sebagai pusat pengajian. Wan Mohd Nor, (t.t) menyatakan ilmu dalam pandangan masyarakat Cina, khasnya dari fahaman Konfusiusme Baru dipengaruhi oleh penekanan kepada amal. Bagi pemikiran mereka, amal adalah sangat penting berbanding ilmu.

21

al-Attas, Syed Muhammad Naquib. (1991). Tujuan dan objektif Pendidikan Islam. (ferjemahan Shamsuddin Jaafar), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 22

Mahayuddin, 2000, Tamadun Islam, Shah Alam: Fajar Bakti, hlm. 313 Othman Puteh. (1998). Tanggapan terhadap kesusasteraan remaja. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 24 Prof Madya Dr. Fadhlullah Jamil (1997), Islam Zaman Moden: Cabaran Dan Konflik, Thinker‟s Library, h. 117. 25 Kamarul Azmi Jasmi (2007), Pembaharuan Dalam Dunia Islam, Universiti Teknologi Malaysia, h. 98. 23

8

Oleh yang demikian, mereka kurang mempunyai falsafah formal seperti bidang logik dan cara perolehan ilmu. Mereka hanya mengambil ilmu yang boleh diamalkan bertujuan kepentingan diri. Kecenderungan terhadap amali inilah menyebabkan mereka banyak menyumbang kepada perkembangan teknologi dalam tamadun mereka. Masyarakat Cina sejak dahulu amat menitikberatkan sistem pendidikan dan golongan intelektual sangat mereka hormati. Mereka menghargai pendidikan kerana matlamat utama mereka untuk lulus peperiksaan awam kerajaan Kemungkinan disebabkan itu segelintir mereka berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan hari ini. Ketika era penjajahan British, disebabkan masyarakat Cina menyedari kepentingan pendidikan, British tidak memberi pendidikan kepada anak Cina. Namun, masyarakat Cina sendiri yang mendirikan sekolah menggunakan dana mereka dan tenaga pengajar dari China. “The enthuasiasm for education which is no characteristic of post-revolutionary China has been found an echo among Chinese of Peninsula…Since 1911, however, the Chinese have founded many schools to give their children a modern education in their own tongue. Some few free schools maintained by the sponsored of individual; others run by District Societies.” (Report in The Federated Malay Stateds, 1901 & Penyata Tahunan Residen-Jeneral, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, 1901)

India pula lebih menekankan kepada ilmu paling abstrak. Kepentingan ilmu wujud adalah disebabkan berkait keperluan dalam agama (Wan Mohd Nor, t.t.) 26 . Misalnya wujud ilmu astronomi adalah disebabkan penyembahan kepada matahari, bulan dan bintang. Pemerhatian dilakukan bertujuan mengenal tarikh bagi kesesuaian perayaan mereka. Menurut Majumdar dalam Wan Mohd Nor (t.t.) 27 beberapa buah kitab Veda dijadikan sebagai sumber ilmu mereka. Bagi mereka Dengan mempelajari ilmu-ilmu dalam kitab veda, ilmu tersebut akan ditinggalkan pada usia tua dan mereka akan hidup dalam alam pertapaan untuk mencapai tingkat nirwana.

26

Wan Mohd Nor Wan Daud. (t.t.). Budaya Ilmu Sebagai Asas Pembangunan Tamadun. Jurnal Pendidikan Islam. 51-67.hlmn 58 27 Ibid.

9

Dari sudut sejarah Malaysia, India kurang kesedaran dalam bidang pendidikan. Hal ini kerana mereka menetap di kawasan estet dan hanya berfokuskan kepada pekerjaan sara diri. Faktor lain seperti pengamalan sistem kasta kemungkinan menjadikan masyarakat India ini kurang kesedaran terhadap ilmu. Profesor P.T. Raju dalam Wan Mohd Nor (t.t.)28 menghuraikan perkara ini seperti berikut: “Golongan dari kasta Sudra tidak dibenarkan membaca Vedas tetapi digalakkan memahami ajarannya melalui karya sampingan.”

Namun, pihak British memberi bantuan dalam mendirikan sekolah.Menurut Khairi Arifin (1985) 29 kemajuan ladang-ladang telah menyebabkan sekolah-sekolah kecil diwujudkan di kawasan ladang berkenaan iaitu di Province Wellesley, Melaka dan Johor Utara merebak ke seluruh bahagian Tanah Melayu apabila ianya diperlukan oleh masyarakat India (Persekutuan Tanah Melayu, Annual report on Education for. 1954)

Tamadun

Perbezaan

Melayu

-

-

-

Persamaan

Mementingkan

ilmu -

-

ilmuwan

Mempelajari

Menerapkan akhlak dan

kitab-kitab -

arab di pondok

moral

Semua golongan wajib

kesusasteraan.

Menekankan

amal

Mengamalkan

Mementingkan keduniaan

melalui

ilmu seperti

astronomi, matematik dan

berbanding ilmu -

golongan

akidah sejak kecil

mempelajari ilmu Cina

Menghormati

sistem

sains.

peperiksaan -

Mempelajari

ilmu

yang

mempunyai kepentingan sahaja

28

Ibid.hlmn 59 Khairi, A., Mohd Kamal, K., & Adnan, J. (1985). Perbandingan Pendidikan Cina dan Pendidikan India Era British di Tanah Melayu. Jurnal Perspektif, 29-38. 29

10

India

-

Golongan hamba

tidak

boleh membaca veda -

Golongan

wanita

dibenarkan

tidak terlibat

dengan pendidikan -

Menuntut

ilmu

berkaitan

yang

keperluan

agama. Jadual 3

5.0 Kesimpulan

Berdasarkan maklumat di atas, pemerhatian yang dapat dibuat ialah setiap tamadun itu mempunyai ciri keunikan tersendiri. Ketiga-tiga tamadun ini telah bertemu dari segi sosio budaya, ekonomi dan pendidikan di Malaysia. Oleh itu, peluang ini perlu digunakan sebaik-baiknya untuk membentuk sebuah tamadun Malaysia yang berjaya dan maju. Pada pengetahuan kita, perbezaan ciri dalam sesebuah tamadun perlu dimanfaatkan kerana perkara ini saling membantu menutup kecacatan yang terdapat dalam sesebuah tamadun menuju kepada kesempurnaan. Misalnya interaksi antara Cina-India membolehkan mereka saling bertukar teknologi bagi meningkatkan ekonomi masing-masing. Inilah antara hikmah Allah mencipta manusia dalam pelbagai kaum, warna kulit dan bahasa untuk berkenalan. Allah berfirman dalam surah Al-Hujurat ayat 13:

ٍ۬ ُ‫ُع‬ ُ ُّ ۡ ُ ٰٰٰٓٓٓ‫ُّو َج َع ۡلنَ َـ‬ ُُّّۡ ُ ‫آُُ يًُُّّ۬ۚ ِإ َّن ُُّّأ َ ُّۡك َر َم‬ ُ َّ‫يَ َـيٰٰٰٓٓٓ َيُّ َُّهاُّٱلن‬ َ ‫اُّوَََٓايَ َلُّ ِلَ َ َع‬ َ ‫ً۬ا‬ َ ‫ُّوأُنث َ َى‬ َ ‫اسُّ ِإنَّاُّ َخلَ ۡقنَ َـٰٰٰٓٓٓ ُ ُّ ِمنُّذَ َك ٍ۬ر‬ َّ ‫ُّٱَّللُِّأ َ ۡتقَ ََ ُ ُُّّۡۚإِ َّن‬ َّ َ‫ِعند‬ ُّ ‫يرُّ۝‬ ٌُّ ٍ۬ ِٓ‫ُّٱَّللَُّ َع ِلي ٌ ُّ َخ‬ Maksudnya: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semuliamulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). 11

Dalam meningkatkan kualiti tamadun Malaysia perlu mempunyai persefahaman yang baik antara ketiga-tiga kaum ini. Seharusnya amalan yang baik perlu diambil daripada sesebuah tamadun bagi kemaslahatan negara seperti kesungguhan pengamalan ilmu dalam tamadun Cina diaplikasikan dalam pendidikan di Malaysia. Ideologi yang tidak relevan perlu disingkirkan daripada pemikiran seperti melarang golongan-golongan tertentu menuntut ilmu. Sepatutnya dalam pembinaan tamadun yang hebat perlu mementingkan aspek keilmuan dan perlu menolak aspek keturunan misalnya sistem kasta. Hal ini tidak memberikan apa-apa faedah kepada negara bahkan memundurkan negara. Penzaliman ke atas manusia dalam ekonomi sepatutnya dielakkan. Perkara ini tidak adil dan berlaku penindasan yang teruk kepada golongan miskin. Golongan kaya akan terus manjadi kaya dan golongan miskin akan terus menjadi miskin sehingga ke akhir hayat. Dari sudut kaca mata lain seharusnya aspek perikemanusiaan harus ditekankan dalam peradaban tamadun manusia.

12

Related Documents


More Documents from ""