Ibnu Sina dan Sumbangannya Terhadap Dunia 1.0
Pengenalan
Renungkan keadaan sekeliling kita. Kemajuan demi kemajuan tercipta daripada kajiankajian manusia yang pernah dilakukan. Perkembangan teknologi maklumat, sains astronomi, sains pertanian, sains sukan, perubatan dan sebagainya semakin pesat mengikut arus globalisasi kini. Namun, siapakah bertanggungjawab dalam permulaan penciptaan teknologi-teknologi ini? Marcapada, masyarakat Islam dimomokkan dengan propaganda ketokohan orang Barat dalam mencipta sesuatu. Sedangkan sudah tercatat dalam sejarah bahawa dunia Islam telah ramai melahirkan tokoh ilmuwan dari pelbagai bidang seperti falsafah, politik, sains, kesusasteraan, agama, astronomi, perubatan dan sebagainya. Tokoh-tokoh Barat ini hanya mencuri ilmu-ilmu itu dan meletakkan nama mereka sebagai pengasas agar disanjung tinggi masyarakat dunia. Dalam tugasan ini, saya telah ditugaskan untuk mengkaji beberapa sumbangan besar Ibnu Sina terhadap dunia.
2.0
Sejarah dan Latar Belakang
Ibnu Sina atau nama sebenarnya Abu Ali Husain bin Abdullah bin Hassan bin Ali bin Sina. Dalam dunia Barat, beliau lebih dikenali sebagai Avicenna dan nama tersebut mahsyur sehingga sekarang. Beliau dilahirkan pada tahun 370H/980M di wilayah Afsyanah berhampiran Bukhara (Mohd Nor Jusoh, 2011)1. Beliau seorang berbangsa Parsi. Bapanya, Abdullah merupakan seorang gabenor semasa pemerintahan Kerajaan Samaniyah (819M-1005M). Bapanya berasal dari Balkh dan merupakan penganut Syiah bermazhab Ismailiyyah. Semasa kelahirannya, kota kelahirannya dalam keadaan kacau kerana
1
Mohd NorJusoh, (2011), Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Kuala Lumpur, Sarjana Media. hlmn 317
1
kekuasaan Abbasiyyah semakin lemah dan negeri-negeri kecil di bawah kekuasaanya mula melepaskan diri untuk menegakkan daulat negeri masing-masing. Ibnu Sina semasa di kota Bukhara menimba ilmu-ilmu al-Quran dan sastera terdahulu. Nur Syahira (2014) menjelaskan Ibnu Sina mula menghafal al-Quran semasa berusia 5 tahun dan telah menguasai fikah, tafsir , tasawuf dan usuluddin ketika berusia 10 tahun. Abu Abdullah an-Natli merupakan seorang ulama dan ahli Matematik mahsyur ketika itu. Beliau merupakan guru yang mengajar al-Quran, mantik, sains, matematik dan astronomi kepada Ibnu Sina. Dalam bidang mantik dan matematik, Ibnu Sina telah jauh mengatasi pemahaman gurunya itu. Pada usia 17 tahun, beliau sudah dikenali sebagai seorang doktor (Karnedi, 2004)2. Hal ini disebabkan beliau pernah berjaya mengubati gabenor Nuh bin Mansor yang mana penyakitnya tidak mampu dirawat oleh kebanyakan doktor pada masa itu. Peristiwa itu telah menyebabkan dirinya dilantik sebagai doktor istana. Pelantikan itu telah membuka ruang kepadanya untuk lebih mendalami ilmu kerana diberi kebebasan untuk menggunakan perpustakaan istana yang kaya dengan beraneka jenis buku (Ismail Saad; 1985). Kesempatan ini, beliau lebih memperdalam pelbagai ilmu yang dikuasainya dan turut mempelajari ilmu lain. Oleh itu, beliau digelar Syeikh al-Ra’is. Selapas ayahnya meninggal pada usia beliau 22 tahun, beliau terdorong untuk meninggalkan kota Bukhara dan menuju ke Jurjaniyah. Beliau berjaya menghasilkan kitab tentang astronomi dan metafizik. Beliau pernah dilantik menjadi menteri sebanyak dua kali. Disebabkan Ibnu Sina terlibat dengan persoalan politik tentang kematian pemerintah, beliau dipenjara selama empat bulan. Dalam tempoh itu, beliau mampu menghasilkan 3 buah kitab iaitu al-Hidayah, Kitab al-Qalanj dan Risalah Hay ibn Yaqzan (Nur Syahira; 2014)3. Beliau berusaha melarikan diri semasa serangan ‘Ala ad-Daulah ke atas Hamadan. Beliau menuju ke daerah Isfahan dengan selamat atas bantuan al-Jurjani Di situ beliau menyambung menulis kitab-kitabnya. Pada akhir riwayat hidupnya, Ibnu Sina telah menghidap penyakit kolera. Pada suatu masa beliau telah mengambil sukatan ubat secara berlebihan menyebabkan penyakitnya lebih parah. Beliau meninggal pada usia 57 tahun dan dimakamkan di Hamadan pada tahun 1037M.
2 3
Karnedi. (2004). Ibnu Sina. Bandung: Universitas Pendidikan Indonesia. Hlmn 1 Nur Syahira, I. (2014). Riwayat Hidup Ibnu Sina dan Sumbangannya dalam Tamadun Islam. Hlmn 8
2
3.0
Sumbangan
Tidak dapat disangkal sumbangan Ibnu Sina terhadap permodenan dunia hari ini terlalu besar. Pelbagai bidang telah dipelopori oleh beliau. Antaranya:
3.1
Perubatan
Kepakaran beliau dalam ilmu perubatan sudah mula menonjol seawal usia 17 tahun. Penulisan kitab al-Qanun atau dikenali oleh orang-orang Barat sebagai ‘Canon of Medicine’ telah mendapat penyanjungan tertinggi daripada mereka. Kitab ini telah diterjemahkan kepada bahasa Ibrani, Latin, Perancis, Sepanyol, Itali dan sebagainya serta pernah dijadikan sebagai buku rujukan bagi Universiti Eropah. (Nurul Hanim Abdullah; 2012)4. Kitab ini turut diterbitkan di Roma pada tahun 1593 dan di India pada tahun 1323. (A.Mustofa; 1999)5. Kitab ini sangat terkenal dan merupakan sumber rujukan utama dalam kalangan doktor. Antara teori terkenal ialah Teori Peredaran Darah. Menurut Abd Aziz (2015) 6, “Canon of Medicine” telah memuatkan pernyataan tegas bahawa “darah mengalir secara terus menerus dalam suatu lingkaran dan tidak pernah berhenti”. Ibnu Sina turut memberikan analogi peredaran darah itu seperti peredaran planet mengelilingi matahari dan pergantian musim. Namun kini, William Harvey terkenal dengan penemuan Teori Peredaran Darah sedangkan Ibnu Sina telah menemuinya sejak 600 tahun yang lalu. Beliau turut mencipta Teori Anatomi dan Fisiologi. Beliau menggambarkan analogi manusia sebagai sebuah negara. Misalnya beliau menggambarkan syurga kayangan itu bulat dan bumi adalah persegi. Maka, kepala itu bulat dan kaki itu persegi. Dalam setahun, terdapat 12 bulan dan 4 musim. Begitu juga manusia yang memiliki 4 tangkai (tangan dan kaki) dan
4
Nurul Hanim, A. (2012). 99 Ilmuwan Muslim Perintis Sains Moden Wahyu. Selangor: Al-Hidayah House of Publishers Sdn. Bhd. 5 Mustafa, A. (1999). Filsafat Islam. Bandung: Pustaka Setia. 6 Abd Aziz, H. (2008, April). Konsep Tamadun Islam. Didapatkan dari Pencapaian Umat Islam Dalam Perubatan: http://ctu551.blogspot.my/2008/04/pencapaian-umat-islam-dalam-perubatan.html
3
mempunyai 12 tulang sendi. Hati sebagai raja dan paru-paru adalah menterinya. (Norhazariah, 2012)7 Kebanyakan teori-teorinya sering berkait dengan pelbagai bidang seperti sains, matematik, politik dan sebagainya. Pada pendapat saya, Ibnu Sina mempelajari setiap ilmu tanpa mengasingkan bidang-bidang tersebut. Bertentangan pada hari ini, kita akan memisahkan setiap bidang dan hanya memfokuskan pada satu bidang sahaja seperti ustaz hanya memfokuskan bidang agama sahaja dan tidak kepada bidang astronomi. Beliau turut mencipta alat-alat pembedahan dan benang yang bersesuaian bagi tujuan menjahit luka. Ubat bius juga merupakan penemuan beliau dalam perubatan. Beliau juga merupakan seorang psikologi dan telah mencipta ilmu diagnosis melalui denyutan jantung. Ibnu Sina mampu mengetahui penyakit melalui denyutan jantung. Menurut Abd Aziz Harjin (2008) apabila pesakit mempunyai sakit jiwa disebabkan oleh pemisahan daripada kekasihnya, beliau boleh mendapati nama dan alamat kekasihnya itu. Jari pesakit akan diletakkan pada denyutan dan beliau menyebut banyak nama dan mengulanginya. Apabila denyutan semakin tidak teratur atau hampir berhenti, seseorang itu hendaklah mengulang proses tersebut. Kata Ibnu Sina “Jika anda tidak dapat mengubat penyakitnya maka temukanlah si pesakit dengan kekasihnya, menurut peraturan syariah maka buatlah”. (Abd Aziz Harjin; 2008)8
3.2
Falsafah
Ibnu Sina turut mempelopori ilmu Falsafah. Beliau telah menerbitkan beberapa buah kitab mahsyur berkaitan falsafah seperti al-Syifa’ dan al-Najah. Pemikiran Ibnu Sina kebanyakan dipengaruhi oleh aliran falsafah al-Farabi. Antara pemikirannya adalah mengenai wujud dan mahiyya. Ibnu Sina berpendapat semua benda wujud mempunyai mahiyya tetapi bukan semua mahiyya itu wujud. Misalnya seperti sebuah kereta mahiyyanya ialah kereta dan bukannya motorsikal. Contoh lain, manusia yang meninggal dunia. Ia tidak mempunyai wujud tetapi masih mempunyai mahiyya kerana ia mampu hidup di dalam fikiran kita biarpun telah tiada. (Nur Farhana ,2015)
7
Norhazariah. (2012). Ibnu Sina Tokoh Perubatan Islam. Komuniti Sekolah.
8
Abd Aziz Harjin. op. cit.
4
Ibnu Sina mengaitkan ini kepada sifat Allah yakni wujud. Menurut Ibnu Sina setiap benda yang wujud di dunia pasti ada penyebabnya. Tuhan wajib wujud dan tidak boleh tidak wujud. Nur Farhana (2015) 9 menyatakan Ibnu Sina menjelaskan bahwa yang wujud hanya Tuhan. Maksudnya setiap makhluk di dunia ini tidak wujud melainkan wujudnya itu hanya pada wujudnya Tuhan. Bukan setakat itu, Ibnu Sina turut mewujudkan falsafah al-Nafs yang menerangkan manusia terdiri daripada jasad dan jiwa. Ibnu Sina telah membahagi jiwa manusia kepada tiga bahagian iaitu jiwa tumbuh-tumbuhan, jiwa binatang dan jiwa manusia. Jika manusia mampu mencapai jiwa manusia maka insan itu hampir menyerupai malaikat dan kesempurnaan. (Mulyadi Kartanegar; 2000)10. Menurut Siti Zuraini (2009) 11, falsafah ini telah mencetuskan kontroversi kerana disangkal oleh al-Ghazali. Saya berpendapat setiap ilmu yang dimiliki itu semuanya akan berbalik kepada kebesaran Allah S.W.T. Begitulah cara Ibnu Sina sering mengaitkan kebesaran dan kekuasaan Allah dengan ilmu-ilmu yang beliau miliki. Semakin luas ilmu yang kita miliki, semakin kita menyedari bahawa diri kita tidak mempunyai keistimewaan.
3.3
Astronomi
Ibnu Sina telah menemui kewujudan supernova. Para pengkaji Jerman yang terdiri daripada R. Neuhauser, C.Ehrig-Eggert, dan P. Kunitzsch telah menterjemahkan sebahagian kitab al-Syifa’. Mereka menemui bahawa Ibnu Sina telah mengamati sebuah supernova kuno yang diberi kod SN 1006. (Retno, 2016)12. Dalam penulisannya, Ibnu Sina menjelaskan penampilan supernova. “Awalnya berwarna kegelapan dan kehijauan, dan kemudian menjadi lebih terang dengan mengeluarkan percikan, lalu lebih terang kemudian meredup dan menghilang. Bentuknya binatang bertanduk,"
9
Nur Farhana, M. M. (2015). Ibn Sina (Avicenna). Universiti Sains Malaysia. Mulyadi, K. (2000). Mozaik Khazanah Islam; Bunga Rampai dari Chicaga. Jakarta: Paramadina. 11 Siti Zuraini, M. (2009). Tokoh Falsafah. Kuala Lumpur: Universiti Malaya . 12 Retno, W. (2016, May 13). Khazanah Republika. Didapatkan dari Ilmuwan Jerman Gali Pengamatan Ibnu Sina Tentang Supernova: http://khazanah.republika.co.id/berita/dunia-islam/islam-nusantara/16/05/13/o73a8k361ilmuwan-jerman-gali-pengamatan-ibnu-sina-tentang-supernova 10
5
Penulisan
Ibnu
Sina
dalam
astronomi
banyak
mempengaruhi
penulis-penulis
kemudiannya namun kurang membangun jika dibandingkan Ibnu Haitham atau al-Biruni. Salah satu ciri tulisannya ialah dia menganggap Fizik Matematik merupakan disiplin berasingan untuk ramalan bintang.
3.4
Geografi dan Geologi
Ibnu Sina merupakan ahli geografi pertama membuat satu hipotesis bagaimana sungaisungai berhubung dan berasal daripada gunung dan lembah. Menurut beliau gunung-ganang memang terletak tinggi di atas permukaan bumi ini, maka berubah bentuknya akibat daripada hakisan sungai-sungai. Akibat proses ini telah wujudnya kawasan dinamakan lembah. (Norhazariah, 2012)13 Dalam Geologi pula, Ibnu Sina telah menyatakan bahawa tidak semua logam itu mempunyai unsur yang sama dan ia berbeza antara satu sama lain. (Norhazariah, 2012)14
3.5
Politik
Kitab al-Siyasah hasil karya Ibnu Sina merupakan kitab yang terpencil berbanding kitabkitab lain. Wan Suhaimi (2010)15 menyatakan kitab ini membincangkan kaedah mengurus diri, pendapatan dan perbelanjaan, keluarga, anak-anak dan para pekerja di bawah jagaan. Ibnu Sina telah menggambarkan suatu yang rasional dengan mengatakan bahawa kepelbagaian manusia ini mampu membawa kepada keharmonian dalam masyarakat. Misalnya golongan kaya yang tidak berilmu menghormati golongan miskin yang berilmu. Manakala golongan miskin perlu sedar akan kemuliaannya dari segi ilmu dan akhlak dan tidak terlalu cemburu terhadap harta golongan kaya.
13
Norhazariah. Op. cit. hlmn 3 Ibid. 15 Wan Suhaimi, W. A. (2010). Ibn Sina dan Pembangunan Modal Insan: Analisis Kitab al-Siyasah. Center for Advanced Studies on Islam, Science and Civilization. hlmn 1 14
6
Ibnu Sina turut mengusulkan bahawa pentadbiran terhadap diri sendiri antara langkah terpenting dalam merangka membangunkan masyarakat. Dalam erti kata lain, kita mesti mampu mengubah diri kita menjadi lebih baik sebelum diri kita hendak mengubah orang lain. Pendekatan ini sangat hampir dengan Surah al-Tahrim (66:6).
ُّ ارةُُّ َعلَُّۡي َُّهاُّ َملَـ ٰٰٰٰٰٰٓٓٓٓٓٓ َك ُ َّاُّوقُودُهَاُّٱلن َ ُّو ۡٱل ِح َج َ اس َ ُّوأ َ ۡه ِلي ُك ۡمُّن ًَ۬ار َ يَـ ٰٰٰٰٰٰٓٓٓٓٓٓ َيُّ َُّهاُّٱلَّذِينَ ُّ َءا َمنُواُّْقُواُّْأَنفُ َس ُك ۡم ً۬ َّ َصون ون َُّ ُّو َي ۡف َعلُونَ ُّ َماُّيُ ۡؤ َم ُر ُ ِۡغ ََلظُّ ِشدَ ً۬اد ََُّّّلُّ َيع َ ُّٱَّللَُّ َماُّأ َ َم َر ُه ۡم Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.
4.0
Kesimpulan
Sumbangan Ibnu Sina terhadap dunia amatlah besar. Maka tidak hairanlah sekiranya di Eropah terdapat universiti yang disandarkan kepada namanya bahkan penemuan sains terbaru seperti spesis pokok bakau diletakkan juga Avicenna sebagai tanda penghormatan kepada beliau. Berdasarkan latar belakang beliau dapat kita lihat sikapnya yang bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu. Beliau tidak segan berguru dengan sesiapapun. Walaupun dengan seorang petani yang miskin. Pada akhir riwayat hidupnya beliau masih dalam keadaan mengkaji ilmu biarpun penyakitnya sudah melarat. Mengikut arus permodenan ini, perkembangan ilmu semakin meluas dan pesat. Dari sudut pandangan kita pada hari ini, ilmu yang dicipta oleh cendekiawan Islam terdahulu banyak dikuasai oleh ilmuwan Barat. Umat Islam kini hanya menggunakan ilmu daripada hasil kajian yang dikeluarkan oleh pihak Barat. Tidak dapat dipastikan sama ada ilmu yang diterima oleh umat Islam itu sahih atau tidak dari segi kebenarannya. Seharusnya diri kita tidak perlu bersikap sekular dalam menuntut ilmu. Segala ilmu itu seperti Matematik dan Sains semuanya sangat mempunyai perkaitan dengan agama Islam. 7
Segelintir masyarakat Islam kini memisahkan ilmu-ilmu tersebut daripada agama Islam. Mereka pakar dalam pengetahuan Sains tetapi mereka jahil dalam pengetahuan Islam. Maka, bagaimana hendak mengaitkan tentang kebesaran Allah. Sepatutnya semakin tinggi penguasaan ilmu di dada, semakin tinggi ketaqwaan kita kepada Allah. Namun, marcapada berlaku pula sebaliknya. Selagi nyawa masih dikandung badan sibukkanlah diri dalam mencari ilmu ke seantero dunia. Begitulah dapat kita lihat pada sifat Ibnu Sina terhadap ilmu. Beliau pernah berkata “biar hidup ini singkat tetapi dipenuhi ilmu berfaedah daripada hidup lama tetapi menghampakan”. Ketokohan beliau dalam ilmu perlu umat Islam jadikan sebagai teladan dalam diri.
8