Disediakan oleh : PISMP 1H 1) 2) 3)
Rabeah bte Jahaya Viloshini a/p Raman Mardhiatul nadhirah bte Mohamad Nidzar.
KONSEP ASAS TAMADUN ISLAM Definisi tamadun. Prinsip tamadun. Sumber tamadun. Matlamat tamadun islam.
DEFINISI TAMADUN ISLAM DEFINISI TAMADUN Bahasa Arab – tamadun/peradaban sering dikaitkan dengan madaniah dan hadarah. - Perkataan tamadun lahir dari perkataan maddana yang mempunyai 2 pengertian iaitu : a)Perbuatan membuka bandar atau kota. b)Halus budi pekerti. Bahasa Melayu – Menurut Sidi Gazalba sama ada di Malaysia atau Indonesia,
perkataan peradaban sinonim dengan perkataan tamadun.
- Beradaban bermaksud sopan, terhormat dan
berakhlak. Bahasa Inggeris – civilized bermaksud
memperbaiki tingkah laku yang kasar atau kurang sopan atau keluar dari kehidupan biadap kepada kehidupan yang lebih baik yang mempunyai kehalusan akal budi dan kesopanan. - Perkataan civilizations lahir daripada perkataan Latin, iaitu civitas, civilis, civis, dan civilitas. - Istilah-istilah ini berkaitan dengan undang-undang dan sistem pemerintahan Rom, kosmopolitan serta sesebuah komuniti yang mempunyai organisasi yang tersusun.
- Bahasa Tamil – Dikaitkan dengan istilah nakarikam. - Nakar bermaksud kota atau bandar. - Ikam bermaksud makna pembentukan bandar. - Nakar juga merupakan simbol tentang penjelmaan
Tuhan Siva, iaitu tuhan yang menciptakan bandar. Bahasa Cina – Wen Ming merujuk kepada
peradaban. - Ming bermaksud cerah, terang atau bercahaya.
DEFINISI TAMADUN ISLAM Syed Naquib Al-Attas: Keadaan kehidupan insan yang mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya. • Abu Bakar Hamzah:
sesuatu yang lahur dan berkembang bersama-sama dengan kehidupan manusia dan perkembangan yang lahir adalah sesuatu yang berupa abstrak atau material.
Teuku iskandar:
keadaan masyarakat manusia yang dicirikan berdasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran, sosial, budaya dan politik yang tinggi. Definisi-definisi tersebut dapat dirangkumkan
sebagai sebuah masyarakat yang berusaha meningkatkan arus pembangunan dengan menunjukkan kehebatan, keilmuan, pemikiran, nilai moral untuk mendapat sanjungan bagi generasi seterusnya.
Dapat dirumuskan bahawa tamadun islam ialah
tamadun yang terbentuk daripada minifestasi kecemerlangan sesebuah masyarakat yang merangkumi unsur spritual, intelektual dan fizikal secara seimbang. Secara keseluruhannya, tamadun islam merupakan
suatu usaha daripada dua aspek iaitu rohani dan jasmani bagi mendapat nikmat kehidupan duniawi dan ukhrawi.
PRINSIP TAMADUN ISLAM Memelihara keselamatan agama
-Fitrah semula jadi manusia sentiasa hendak beragama,maka Allah memberi kebebasan beragama dengan syarat manusia tidak melakukan kekerasan dan kekejaman sesama sendiri. -Kesejahteraan manusia ditentukan oleh masyarakat itu sendiri. Hal ini bagi memudahkan mereka beribadat dengan adil dan sempurna. -Perkara yang perlu dipelihara ialah hal-hal agama, nyawa, akal, maruah, keturunan, harta benda, hak sebagai manusia dan juga kebebasan.
Memelihara nyawa
-”Dan janganlah kamu membunuh bangsamu sendiri, Sesungguhnya Tuhan itu penyayang padamu”. (Surah an-Nisaa 4:29) -Manusia saling perlu memerlukan untuk menyempurnakan perjalanan dan kelangsungan hidup mereka, sebab itulah membunuh walaupun diri sendiri melambangkan pembunuhan makhluk manusia secara keseluruhannya. -‘’Barang siapa yang membunuh seorang manusia bukan kerana hukuman bunuh atau kerana membuat bencana dalam negeri, maka ertinya orang itu telah membunuh manusia seluruhnya’’.
Memelihara keselamatan akal.
-Allah telah mengurniakan kepada manusia dengan kemuliaan dan ketinggian darjat akal bagi membezakan antara manusia dan haiwan,maka tamadun islam berusaha memelihara keselamatan, kewarasan dan kesejahteraan manusia. -‘’Wahai orang yang beriman! Sesungguhnya minuman arak, berjudi, (berkorban) untuk berhala, mengundi nasib dengan anak panah adalah perbuatan keji, termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan itu, agar kamu mendapat keberuntungan. (Surah al-maidah 5:32)
Memelihara maruah/keturunan.
-’’Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut kemiskinan. Kami yang akan memberi rezeki kepada mereka dan juga kepada kamu. Sesungguhnya membunuh mereka satu dosa yang besar’’. (Surah al-israa’ 17:31)
SUMBER TAMADUN ISLAM Tamadun islam mempunyai sumber yang kukuh dan
mantap.
Antara sumber tamadun islam ialah: Wahyu :
Al-quran (ibu segala kitab,petunjuk,mukjizat) : sahih, terpelihara, syariah yang lengkap, bahasa, ilmiah, kejiwaan. As-sunnah (wahyu kedua) : penjelas Al-Quran, memperkukuhkan AQ, pentafsir AQ,.
Akal atau pemikiran. ► berfungsi besar dalam menggarap ilmu pengetahuan,
berfikir, dan mengambil pelajaran. ► mempunyai kebolehan untuk mangamati makna, menerangkan dan menggambarkan sebab dan akibat. Penemuan. ►Melalui penyelidikan, penerokaan, dan penjelajahan
alam. ►Penemuan yang didapati amat berguna.
Penciptaan. ►Melalui bakat yang dianugerahkan kepada setiap
manusia. ►Umat islam menghasilkan pelbagai ciptaan berasakan akidah,syarak, dan akhlak. ►Kreativiti meliputi bidang sains, teknologi, perubatan, pertanian dan sebagainya. Pengubahsuaian dan penyempurnaan semula. ►Apabila wilayah islam berkembang, berlaku satu
pendedahan iaitu pendedahan kepada tamadun lain. ►Contohnya seperti tamadun Rom dan Parsi. ►Umat islam mempelajari segala pencapaian yang terdapat pada tamadun tersebut.
MATLAMAT TAMADUN ISLAM Matlamat tamadun islam adalah untuk mengatur dan
menyempurnakan tiga perkara : Hubungan manusia dengan pencipta. Hubungan manusia dengan manusia Hubungan manusia dengan alam.
Hubungan manusia dengan pencipta. Tamadun islam berupaya mengatur dan
menyempurnakan hubungan ini melalui rukun iman, rukun islam, doa , zikir , jihad, amar makruf nahi mungkar dan sebagainya (ibadat khusus).
Kita sebagai khalifah Allah S.W.T perlulah melakukan
ibadat ini kerana beribadat kepada Allah meruapakan tanda kesyukuran manusia terhadap segala nikmat dan rahmat yang dikurniakanNya.
Perlu ingat bahawa kehidupan di dunia adalah
sementara dan di akhirat adalah selamanya. Sebagai manusia yang bersyukur, kita perlu
beribadat kepadaNya.
Hubungan manusia dengan manusia. Tamadun islam mengatur dan menyempurnakan hubungan
manusia dengan manusia melalui ibadat umum.
Ibadat umum ialah ibadat yang meliputi : • Pembentukan sahsiah • Ekonomi • Pendidikan • Hal pentadbiran
Dalam erti kata lain, segala perkara yang berkaitan
dengan kehidupan manusia. hubungan manusia dengan manusia adalah penting
bagi menyempurnakan kejadian manusia. hubungan ini adalah untuk memberi keinsafan dan
menyedarkan manusia agar selalu ingat dan bersyukur kepada Allah S.W.T.
Hubungan manusia dengan alam. Hubungan ini amat dititikberatkan oleh tamadun
islam. Tamadun islam mewajibkan agar manusia
mengusahakan sesuatu yang menjurus kepada kesejahteraan kehidupan melalui sumber alam yang terdapat di atas muka bumi.
Walau bagaimanapun, manusia tidak boleh
merosakkan, memusnahkan atau membunuh sebarang kehidupan alam. sebagai contoh : Pembagunan boleh dilakukan tetapi hendaklah mempunyai ciri-ciri yang menjamin alam agar tidak terjejas.
Rujukan Azhar Hj. Mad Aros ( 2004) Tamadun Islam dan Tamadun
Asia. Selangor : polygraphic(M) Sdn. Bhd. Ezad Azaraai Jamsari, Roziah Sidik, Nasrudin Yunos, Zulkarnain Mohamed (2005) Pengajian Islam. Selangor : Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Mustafa Dj. Daud (2000) Tamadun Islam. Selangor : Lohprint Sdn. Bhd. Mahdi Shuid,Ustaz Rumaizuddin Ghazali dan Hazlina Mansor (2007) Tamadun Islam. Selangor : Anda Sdn. Bhd.