Tamadun Islam

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tamadun Islam as PDF for free.

More details

  • Words: 1,266
  • Pages: 6
RIWAYAT HIDUP Nama sebenar beliau ialah Abu Bakar Muhammad bin Zakaria al-Razi. Di kenali sebagai Rhazes. Di dunia barat beliau beLiau merupakan salah soerang pakar sains dan ahli falsafah Iran yang hidup antara 865 AD – 925 AD. Beliau telah menyumbang dalam bidang perubuatan kimia dan falsafah. Menurut al-Biruni al-Razi dilahirkan di Rayy, Iran pada tahun 865 AD (251 Hijrah), dan maninggal di Rayy pada tahun 925 AD (313 H). Ada beberapa catatan penulis sejarah menyatakan Al-Razi pernah bekerja sebagai tukang emas pada peringkat awalnya. Manakala penulis lain pula ada menyatakan beliau pernah bekerja sebagai pengurup wang. Tetapi ada kemungkinan juga beliau adalah sebagai pemain seluring yang menukar minatnya dalam muzik kepada alkhemi. Pada usia 30 tahun dia berhenti penyelidikannya dalam Alkhemi kerana ujikajinya menyebabkan penyakit mata dan dia terpaksa untuk mencari ahli perubatan untuk menyembuhkan penyakit tersebut. Ada yang menyatakan, disebabkan kejadian tersebut beliau telah mula minat untuk membuat kajian tetang perubatan. Guru beliau ialah Ali ibn Rabba al-Tabari merukapakan seorang pakar perubatan dan ahli falsafah yang lahir di Merv sekitar 192/808 dan meninggal sekitar 240/855. Al-Razi mendalami bidang perubatan dan kemungkinan juga bidang falsafah dengan ibn Rabban al-Tabari. Selepas itu, minat nya dalam felsafah dapat di kesan oleh gurunya yang merupakan anak kepada seorang Rabbani yang mahir dalam kitab keagamaan (Scriptiures). Menurut Prof. Hamed Abdel-reheem Ead, Profeser Kimia di Fakulti Sains, Universiti Cairo, “ Al-RAzi mulai mempelajari perubatan selepas lawatan pertamanya ke Baghdad, ketika beliau berumur sekurang-kurangnya 30 tahun, di bawah ahli perubatan yang terkenal Ali ibn Sahl. Al-Razi menjadi terkenal dalam Bandar asalnya sebagau ahle perubatan, dia menjadi Pengarah hospital RaYY, semasa pemerintahan Mansur ibn Ishaq ibn Ahmad ibn Asad yang merupakan gabenor Rayy dari 290-296/902-908 bagi pihak sepupunya Ahmad ibn Ismail ibn Ahmad, pemerintah Samanian ke-2. Al-Razi menunjukkan kitab pertamanya al-Tibb al-‘Mansur kepada Mansur ibn Ishaq abn Ahmad, yang di sahkan dalam manuskrip tulisan tangan dalam bukunya. Ini di sanggah oleh ibn al-Nadim;, tetapi al-Qafti dan Ibn Usaibi’ah mengesahkan bahawa yang bernama Mansur sememangnya Mansur ibn Isma’il yang meninggal pada 365/975. Al-Razi telah berpindah dari Rayy ke Baghdad semasa pemerintahan Khalifah Muktafi di mana dia sekali lagi menjadi Ketua Pengarah hospital. Selepas kemangkatan al-Muktafi (295/907) al-Razi telah kembali ke Rayy. Di Rayy beliau menpunya ramai pelajar. Seperti yang diterangkan oleh ibn al-Nadim dalam Fihrist, Al-Razi ketika itu telah di gelar Sheikh (gelaran bagi yang berhak mengajar), di kelilingi oleh beberapa

surrounded by several bulatan pelajar. Apabila seseorang sampai dengan soalan saintifik, soalan tersebut akan di sampaikan kepada pelajar bulatan pertama. Sekiranya mereka tidak mengetahui jawapannya, ia disampaikan kepada bulatan kedua dan seterusnya sehingga pada bulatan yang terakhir apabila bulatan yang lain gagal untuk menjawapnya, dan ianya berakhir kepada Al-Razi sendiri. Al-Razi merupakan seorang yang pemurah dengan sifat perikemanusiaan terhadap pesakitnya, dan murah hati terhadap golongan miskin. Dia sering kali memberikan mereka rawatan penuh tanpa mengenakan sebarang bayaran ataupun sebarang bentuk bayaran lain. Apabila dia tidak bersama pelajar atau pesakitnya, dia sentiasa menulis atau belajar. Fakta ini mungkin menjadi punca yang menyebabkan penglihatan Al-Razi semakin lemah sehinggah menyebabkan beliau menjadi buta pada kedua-dua belah matanya. Setelah mengatakan bahawa punca Al-Razi buta disebabkan kerana memakan terlalu banyak kacang. Penyakit matanya bermula dangan katarak dan berakhir dengan buta sepenuhnya. Khabar angin menyatakan beliau enggan dirawat bagi ketarak, mendakwa bahawa dia telah melihat begitu banyak dunia sehinggakan dia sudah tidak larat untuk melihatnya lagi. Bagaimanapun, ini kelihatan sebagai lelucuan dan bukannya berdasarkan fakta sejarah. Salah seorang penuntutnya dari Tabaristan datang menjaganya tetapu dia enggan dirawat dan mengisytiharkan bahawa ianya tidak berguna kerana waktu matinya telah dekat. Beberapa hari kemudia beliau telah meninggal dunia di Rayy pada 5 Sya’ban 313/27 Oktober 925.

GURU AL-RAZI DAN PENENTANGNYA.

Selain daripada Ali ibn Rabban al-Tabari, yang mengajar al-Razi perubatan, Ibn al-Nadim mengatakan bahawa indicates al-Razi mempelajari falsafah dengan al-Balkhi, yang telah jauh mengembara dan mengetahui banyak perkara mengenai falsafah dan sains kunu. Sesetengah turut mendakwa bahawa al-Razi attributed sebahagian buku al-Balkhi berkenaan falsafah kepada dirinya sendiri. Tidak banyak yang diketahui mengenai al-Balkhi, walaupun nama penuhnya. Antara penentang Al-Razi yang telah di kenal pasti :1. Abu al-Qasim al-Balki, ketua Mu'tazilah di Baghdad (m. 319/931), penulis semasa dengan alRazi yang menulis banyak bangkangan terhadap buku al-Razi, terutamanya buku Ilm al-Ilahi. Percanggahannya dengan al-Razi menghasilkan (entailed pemikirannya berkenaan konsep 'Masa'. 2. Shuhaid ibn al-Husain al-Balkhi, dengan mana al-Razi terbabit dengan banyak pertikaian; satu daripadanya adalah konsep 'Nikmat', dijelaskan dalam bukunya Tafdll Ladhdhat al-Nafs di mana Abu Sulaiman al-Mantiqi al-Sijistani memetiknya dalam karangannya Siwan al-Hikmah. AlBalkhi meninggal sebelum 329/940. 3. Abu Hatim al-Razi menjadi penentang al-Razi yang paling penting (m. 322/933-934) dan merupakan salah seorang pendakwah Isma'ili teragung. Dia menerbitkan pertikaian dengan alRazi dalam bukunya A'lam al-Nubuwwah. Disebabkan buku ini, pemikiran al-Razi berkenaan Rasul dan Ugama kekal sehingga kini. 4. Ibn al-Tammar (kemungkinannya adalah abu Bakr Husain al-Tammar, menurut Kraus) merupakan seorang ahli perubatan dan dia turut mempunyai pertikaian dengan al-Razi, yang di rakamkan oleh abu Hatim al-Razi dalam A'lam al-Nubuwwah. Ibn al-Tammar tidak bersetuju dengan buku al-Razi, al-Tibb al-Ruhani tetapi al-Razi membalasnya. Malah, al-Razi menulis dua anti thesis (antitheses): (a) Jawapan pertama berkenaan pertikaian al-Tammar dengan Misma'i berkenaan 'Jisim (Matter)'. (b) Jawapan kedua kepada pendapat al-Tammar pada 'Atmosphera penduduk dalam bumu (subterranean habitations)'. 5.Yang berikut merupakan penulis yang disebut oleh al-Razi dalam penulisannya: (a) al-Misma'i, seorang Mutakallim, yang menentang 'kebendaan (materialists)', dijawab oleh penulisan (treatise) al-Razi. (b) Jarir, pakar perubatan yang mempunyai teori berkenaan 'Memakan mulberries hitam selepas minum air tembikai'. (c) al-Hasan ibn Mubarik al-Ummi, kepada mana al-Razi menulis dua (epistles) dengan ulasan. (d) al-Kayyal, seorang Mutakallim: al-Razi menulis buku berkenaan Theori berkenaan Imam nya. (e) Mansur ibn Talhah, sebagai pengarang buku "Makhluk", yang dikritik oleh al-Razi. (f) Muhammad ibn al-Laith al-Rasa'ili yang menentang alkhemist yang dipertikai oleh al-Razi. 6. Ahmad ibn al-Tayyib al-Sarakhasi (m. 286/899), merupakan semasa yang lebih tua pada alRazi. Al-Razi mempertikai pendapatnya mengenai 'rasa pahit'. Tambahan lagi dia membangkang gurunya Ya'qub ibn Ishaq al-Kindi, berkenaan penulisannya, dalam mana dia merendahrendahkan alkhemist.

SUMBANGAN KEPADA PERUBATAN Antara sumbangan Al-Razi dalam bidang perubatan ialah ;-

Cacar lawan Campak Pakar perubatan Al-Razi telahpun menyedari mengenai pentingnya kebersihan. Seperti dapat dilihat dalam ketelitian ketika memilih tapak hospital Audidi. Al-Razi telah menggantungkan daging yang baru pada beberapa tempat yang dicadangkan sebagai tapak hospital Audidi dan memili tempat yang sesuai daging menjadi busuk paling lambat. Konsep kebersihan udara dan tempat telah disedari oleh pakar perubatan Islam masa itu.

Di barat pula ketika meletusnya Perang Crimea 1855, Mereka yang tercedera dirawat di dalam hospital yang berkeadaan kotor dan tidak terurus. Apabila Florence Nightingle merawat mangsa peperangan tersebut, konsep kebersihan masih tidak diberi penekanan dan hospital tentera didirikan di atas pembentungan. Ini menyebabkan, walaupun diberi penjagaan rapi oleh Florence Nightingle, jumlah kematian di hospital tersebut lebih tinggi berbanding hospital lain. Siasatan pada 1855 menyimpulkan bahawa kematian tersebut disebabkan kebersihan sekeliling (sanitasi) yang kurang baik. Dalam buku Ubat Komprehensifnya, Al-Razi merakam kes-kes klinik pada pengalaman dan memberikan rakaman yang sangat berguna pada pelbagai penyakit. Dalam was-was Galennta, Al-Razi adalah orang pertama untuk membuktikanbahaw teori Galen pada humorisme dan teori Aristotle pada elemen klasikal salah dengan menggunaka eksperimentasi. Dia juga telah memperkenalkan urinalysis dan stool tests.

BUKU KIMIA KARANGANNYA

Kebanyakkan buku alkimia yang ditulis oleh Al-Razi dalam Bahasa Parsi. Antaranya ialah :➢ ➢ ➢ ➢ ➢ ➢ ➢ ➢ ➢

Modkhele Taalimi Elaleh Ma’aaden Isbaate Sang Ketabe Tadbir Ketabe Aksir Ketabe Shharafe Sanaa’at Ketabe Tadabir Ketabe Shavahed Ketabe Azmayeshe Zar va Sim (Ujian pada Emas)

➢ ➢ ➢ ➢ ➢ ➢ ➢ ➢ ➢

Ketabe Serre Hakimaan Ketabe Serr (Buku berkenaan Rahsia) Ketabe Serre Serr (Rahsia pada Rahsia) Buku pertama berkenaan Ujikaji Buku kedua berkenaan ujikaji Resaale’ei Be Faan Arezooyeh Arezookhah Surat kepada wazir Ghasem bin Abdullah Ketabe Tabvib

Related Documents

Tamadun Islam
June 2020 28
Tamadun Islam
October 2019 33
Tamadun Islam
June 2020 21
Tamadun Islam
June 2020 25
Tamadun Islam
May 2020 22
Tamadun Islam
November 2019 33