Falsafah dan Logika Melayu ( Jxea 1104 ) Tokoh: Za’ba ‘Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri’
Pensyarah : Dr. Amran Muhammad Nama : Nor Haznie bte Suhaili No. Matx : Jea 080074
1
ZA’BA PERANGAI BERGANTUNG PADA DIRI SENDIRI & ONTOLOGI
PENGENALAN Za’ba atau nama penuh beliau Zainal Abidin bin Ahmad merupakan seorang tokoh pemikir yang tidak asing lagi dewasa ini. Beliau banyak menghasilkan karya-karya yang banyak memberi sumbangan kepada sejarah perkembangan bahasa Melayu. Antara karya beliau ialah Pelita Bahasa Melayu. Selain itu beliau juga telah membuat penterjemahan karya seperti karya Mark Twain dan Shakespeare. Dalam buku beliau terdapat artikel-artikel yang menyentuh permasalahan masyarakat Melayu. Antar artikel tersebut ialah Jalan keselamatan orang Melayu dan Kemiskinan orang Melayu.
“bahawasanya keseelamatan orang Melayu ini pada pihak ialah kehidupannya (pencariannya) dan 2
pihak perangai-perangainya yang kekurangan itu hanyalah boleh didapati pada satu jalan sahaja iaitu, diubati kemiskinan pengetahuannya dengan jalan diberikan mereka itu dengan pelajaran-pelajaran daripada jenis yang betul. Maka disitulah, dan di situlah sahaja boleh didapati keselamatan itu, tiada pada lainnya.” -Jalan Keselamatan Bagi Orang-orang Melayu, (1 Disember 1927) al-Ikhwan Dalam kajian ini kita akan cuba mengupas dan mengulas sedikit tentang permasalahan atau bidang falsafah dalam suatu konsep disiplin ilmu. Bagaimana suatu topik dapat mengubah suatu fenomena minda masyarakat yang empirikal.
HEMENEUTIK DAN SEMANTIK 3
Sebelum kita mengupas lebih lanjut tentang konsep falsafah dan faedahnya, kita akan cuba memahami tentang apakah yang di maksudkan dengan hemeneutik dan apakah itu semantik. Hemeneutik secara lazimnya bermaksud membuat tafsiran atau andaian daripada fakta yang ingin dibincangkan. manakala semantik pula bermaksud makna atau semiotic di sebalik kejadian. Daripada pernyataan perangai bergantung pada diri sendiri yang dihujahkan oleh tokoh bahasa Melayu teragung ini mempunyai kesinambungan terhadap petikan yang telah di ambil daridapa majalah al-ikhwan. Hal ini dapat kita renugkan dan tafsirkan bagaimana hal ini boleh terjadi. Perangai bergantung pada diri sendiri membawa pengertian bahawa setiap tingkah laku individu tersebut merupakan salah satu factor prinsip hidup. Dan hal ini mengakibatkan cara pemikiran juga berkait rapat dengan sifat empirikal manusia. Di mana kognisi individu bergantung kepada alam sekeliling dan masyarakatnya. Menjadikan hujahan falsafah ini dibuat berdasarkan satu fahaman atau analisis yang teorikal.
FENOMENOLOGI MASYARAKAT Kita sering mendengar tentang fenomena. Adakah kita tahu apakah yang di maksukan dengan fenomena itu? Secara amnya fenomenologi berkait rapat dengan fenomena. Iaitu keadaan suatu wujud yang empirikal dan alamiah. Sebagai contoh dalam bidang atau prsoalan ini ialah masyarakat. Masyarakat merupakan segolongan kumpulan manusia yang hidup berkolompok dan menjaga availiti masing-masing. Masyarakat selalunya memberi ransangan yang kuat terhadap anggota yang lainnya. Hal ini dapat dibuktikan dengan adanya perkaitan antara rukun tetangga 4
yang dapat kita saksikan sekarang. Masyarakat Melayu khususnya sangat bergantung pada adat Melayu yang bersederhana, tetapi mementingkan sahsiah yang tinggi. Hal ini ada diceritakan oleh penulis Za’ba dalam artikel-artikelnya sama ada dalam majalah al-Ikhwan atau sebagainya. Daripada pemerhatian masyarakat Melayu sangat atau taksub terhadap adat yang telah diwarisi sejak turun-temurun lagi. Oleh itu dapat disimpulkan bahawa minda masyarakat terpengaruh dengan disiplin ilmu yang telah diwariskan oleh nenek moyang, dan hal ini sangat bergantung terhadap sikap dan alam sekeliling.
LOGIKA KONSEP IDEA DAN AKSIOLOGI Dalam permasalahan ini kita akan mengenali konsep idea dan aksiologi tentang suatu ilmu terhadap anggota masyarakat. Logika di sini membawa maksud kajian tentang suatu perkara atau hal yang dapat diterima akal atau munasabah untuk dibincangkan. Aksiologi pula bermaksud moral atau etika yang dapat diajarkan atau disampaikan kepada masyarakat tentang sesuatu konsep disiplin ilmu atau sikap melalui hujahan ‘perangai bergantung pada diri sendiri’. Hal ini, telah membina semangat baru kepada masyarakat Melayu khususnya dalam mencapai matlamat kemajuan dan keharmonian masyarakat. Daripada sikap berserah dan bertawakal sahaja, kepada sikap yang lebih positif iaitu berkeyakinan tinggi dan agresif dalam mencapai kejayaan yang hakiki. Bagi membuktikan bahawa masyarakat mampu bersaing diperingkat global dari segi politik, ekonomi, dan budaya. Oleh itu aksiologi atau moral ingin berjayadapat diterapkan dalam minda masyarakat, seterusnya mencapai wawasan yang diimpikan. Dalam hal yang sama, hal ini sangat bergantung pada sikap dan amalan masyarakat itu sendiri. 5
KERASIONALAN IDEA DAN SUMBANGAN Apakah itu rasional? Sering kita dengarkan sikap yang rasional. Namun adakah kita faham apakah yang di maksudkan dengan rasional. Rasional ialah alasan munasabah yang mendasari sesuatu tindakan, perbuatan, atau pegangan berdasarkan taakulan. Kerasionalan iaitu suatu sifat rasional atau jujur (honesty). Idea perangai bergantung pada diri sendiri sememangnya menepati hikmah kejadian fenomena atau fitrah manusia, seperti yang dijelaskan dalam petikan yang dihelaian pertama. Sesungguhnya manusia telah diciptakan oleh Allah S.W.T dengan sifatsifatnya. Hal ini telah disokong dalam ayat ke 1194 dalam kitab Sufi Matsnawi IV, “Tuhan menciptakan kita dalam gambar-Nya: Gambar kita diambil dari gambar-Nya”. Hujahan perangai bergantung pada sendiri telah menyuntik semangat gerakan nasionalisme dan kesedaran masyarakat Melayu dalam usaha mendapatkan hak dan kebebasan bangsa dan Negara. Dengan akal yang rasional masyarakat sedar akan peranan msing-masing dan kepentingan pendidikan global dalam usaha memajukan diri dan anggota masyarakat lainnya.
KESIMPULAN 6
Sebagai kesimpulannya falsafah atau suatu konsep disiplin ilmu berkait rapat dengan kehidupan dan mampu mengubah cara pemikiran individu sekaligus mengubah cara hidup suatu masyarakat. Za’ba Berjaya membuka mata dan minda masyarakat Melayu dalam mengendalikan emosi dan sikap berserah dan bertawakal tanpa daya usaha yang dipegang dan dipertahankan berkurun lamanya. Beliau telah berjaya mengubah pandang premitif masyarakat Melayu kepada sikap atau pembudayaan pendidikan yang spekulatif.
7
Rujukan -Pendeta Za’Ba dalam Kenangan: Abdullah Hussain, Khalid M.Hussain. -Rencana Arkib 15 Mei 2005: Ulasan Johan Jaaffar tentang Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri. -Falsafah , Logik, Teori Nilai, dan Etika Melayu Suatu Pengenalan: Hashim bin Hj Musa. Ph.D -Falsafah dan Logika Melayu: Prof .Dr. Awang Sariyan, Jabatan Bahasa Melayu Akedemi Pengajian Melayu Universiti Malaya. -Kamus Dewan edisi keempat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. -Jalan Cinta Sang Sufi ajaran- ajaran Spiritual Jalaluddin Rumi: William C.Chittick.
8