Ulasan Jurnal Saya.docx

  • Uploaded by: Haziqah Zq
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ulasan Jurnal Saya.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 622
  • Pages: 3
GMGM 2033 | ETIKA PENTADBIR AWAM

ULASAN JURNAL

Tajuk jurnal yang akan diulas dan dibincangkan dalam penulisan ini adalah “ Pengurusan Kewangan di sekolah rendah dan menengah di Malaysia : isu, masalah dan cadangan untuk mengatasinya” pada 2005 dan ditulis oleh Sahril @ Charil Bn Hj Marzuki dari Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. Objekif jurnal ini ialah meneliti peranan pengetua sekolah dalam pengurusan kewangan dalam mengelakkan pembaziran wang. Jurnal ini bertemakan strategi dalam meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan di sekolah oleh pihak pengetua selari dengan keadaan ekonomi semasa. Pengetua dikehendaki mengkaji dan mematuhi segala prosedur kewangan bagi menentukan kelicinan pengurusan kewangan sekolah, Sejauhmana pengurusan kewangan di sekolah dapat dilaksanakan dengan sistematik adalah bergantung kepada kemahiran, kepimpinan dan sikap pengetuanya. Kedudukan pengetua dalam sesebuah sekolah amat penting kerana mereka mempunyai autoriti dan tanggungjawab untuk melaksanakan peraturan yang telah digubal oleh kerajaan bagi melicinkan pengurusan kewangan sekolah selaras dengan visi dan misi pendidikan. Pengkaji juga melihat fakor pengurusan kewangan adalah penting di sekolah kerana tanpa peruntukan kewangan yang mencukupi, program dan aktiviti sekolah tidak dapat dijalankan secara berkesan. Pengurusan kewangan merupakan satu konsep yang merangkumi prinsip-prinsip pengurusan biasa yang melibatkan kegiatan seperti merancang, mengatur, mengurus, mengarah, melaksana, mendorong, mengawal dan melapor (Mahashim Bajuri : 1994). Pengurusan kewangan melibatkan pentadbiran kewangan ditadbir secara bijaksana, agar mencapai matlamat sesebuah organisasi. Dalam konteks pengurusan kewangan di peringkat sekolah ianya ditadbir bagi mencapai objektif tertentu iaitu; pertama, untuk mengadakan kawalan ke atas pungutan dan perbelanjaan yang dilakukan oleh sekolah dengan cara teratur supaya tidak berlaku kesilapan serta kehilangan. Keduanya adalah untuk menyenangkan pelaksanaan tugas pengetua terhadap perakaunan kewangan sekolah. Ketiganya pula adalah untuk membolehkan kedudukan sebenar perakaunan dan kewangan sekolah diketahui ada pada masa-masa tertentu (Zaidatol Akmaliah,2001).

GMGM 2033 | ETIKA PENTADBIR AWAM

Secara umum, kejayaan pelaksanaan pengurusan kewangan sekolah bergantung pada sikap serta kefahaman pengetua, pembantu tadbir kewangan dan guru -guru di sekolah sebagai pelaksana atau “pemain utama” terhadap perubahan dasar ini. Ini adalah kerana pelaksana akan melaksanakan sesuatu polisi berdasarkan kepada apa yang difahami dan menterjemahkan melalui tindakannya (Haris Hamzah, 2003). Jika sesebuah sekolah ingin mencapai tahap kecemerlangan, pengurusan kewangan perlu dilaksanakan dengan cekap dan berkesan kerana banyak kajian menemui wujudnya perkaitan yang rapat di antara kejayaan sesebuah sekolah dengan jumlah wang yang diurus dan digunakan secara bijaksana (Hussin Hamid, 2006). Tambahan pula, Semasa mengurus kewangan sekolah, pengetua harus menitik beratkan perancangan dan kawalan di samping mengambil kira unsur-unsur pentadbiran yang lain. Tugas pengetua atau guru besar sebagai ketua di sekolah adalah untuk memastikan segala kutipan dipungut mengikut tatacara yang yang ditetapkan dan perbelanjaan dilakukan harus menepati tujuan bagi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran guru serta murid. Matlamatnya adalah supaya sekolah dapat berfungsi dengan baik dengan adanya pengurusan kewangan yang sistematik. Secara kesimpulannya, pengurusan kewangan secara sistematik adalah terletak sepenuhnya kepada pengetua. Sebagai orang yang menjadi ‘tulang belakang” di sekolah, pengetua memainkan peranan yang penting dalam melaksanakan tugas-tugas kewangan. Perancangan kewangan yang berkesan, kawalan yang rapi ke atas penerimaan dan perbelanjaan dana-dana yang ada perlu diberi perhatian yang serius.Dalam mengurus kewangan sekolah , pengetua atau guru besar perlu mampu menjelaskan dan menerangkan sumber-sumber kewangan yang diperolehi dan ke arah mana ia dibelanjakan kepada pihak tertentu bagi memenuhi kehendak pelanggan. Pengetua atau guru besar juga perlu memastikan semua sumber kewangan sekolah digunakan secara cekap untuk kepentingan pelajar.

GMGM 2033 | ETIKA PENTADBIR AWAM

RUJUKAN

Haris Hamzah. (2002). Pengurusan kewangan sekolah: Satu kajian kes: Amalan pengetua di sebuah sekolah berasrama penuh di daerah Kota Baharu, Kelantan. Bahan ilmiah yang tidak diterbitk an, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Hussin Hamid. (2006). Pengurusan Kewangan Sekolah Menengah Harian: Kajian di Lancang, Pahang. Kertas Projek Sarjana Kepengetuan, UM Mahashim Bajuri (1994). Pengurusan Kewangan Satu Pengenalan. Petaling Jaya, Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Zaidatol Akmaliah Lope Pihie. (2001). Pengurusan sekolah yang efektif. Jurnal Pendidikan, 33, 56-71.

Related Documents


More Documents from ""

Dasar Awam .docx
October 2019 23
Kt.docx
May 2020 5
49-79-1-sm.pdf
April 2020 11
Rayuan Haji.docx
April 2020 16
Ulasan Jurnal Saya.docx
December 2019 19