Dasar Awam .docx

  • Uploaded by: Haziqah Zq
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Dasar Awam .docx as PDF for free.

More details

  • Words: 3,047
  • Pages: 16
1.0 PENGENALAN

1.1 KONSEP DASAR DAN ISU

Isu boleh didefiniskan sebagai timbulnya rasa tidak puas hati rakyat terhadap sesuatu perkara yang mana ia merupakan sesuatu masalah dan sering dipersoalkan. Isu juga mungkin timbul disebabkan sesuatu perjalanan institusi atau organisasi kerajaan yang tidak berkesan atau telah banyak mendapat kritikan rakyat. Secara keseluruhannya isu juga boleh ditakriffkan sebagai tindakan yang dilakukan oleh rakyat

untuk

mengkiritik atau mempersoalkan sebarang tindakan pihak kerajaan yang tidak berfaedah atau menimbulkan sesuatu masalah kepada mereka.Sebagai contoh kesan isu semasa mengenai kemiskinan, telah membuka jalan untuk membentuk Dasar Pertanian Negara serta Dasar Ekonomi Baru. Kewujudan dasar adalah berpunca daripada sesuatu masalah. Masalah yang dimaksudkan ialah sesuatu masalah yang dihadapi oleh sebilangan besar masyarakat dimana penyelesainnya adalah diluar kemampuan mereka. Masalah ini menjadi serius sehingga ia menajdi satu isu dan diolah dalam bentuk tuntutan kepada kerajaan. Namun tidak semua masalah yang dibangkitkan

oleh

masyarakat

memerlukan

pembuat

dasar

mencari

dan

mengenalpasti punca sesuatu isu.(Sabitha Marican,1997).

Isu serta dasar mempunya kaitan yang rapat dimana isu dan dasar tidak boleh dipisahkan.

Jika

tiada

isu

maka

sesuatu

dasar

tidak

akan

muncul.

Walaubagaimanapun,tidak semua isu itu akan menjadi dasar. Perkaitan yang jelas antara isu dan dasar ialah apabla berlaku perdebatan antara menteri atau wakil rakyat tentang sesuatu kenyataan atau dasar. Senario ini kerap terjadi berdasarkan pada perbincangan dan tindakan kerajaan yang dihubungkan mengenai isu-isu semasa. Isu

DASAR AWAM | GMGA 2023

1

atau ketidakpuasan hati rakyat terhadap sesuatu perkara akan menyebabkan mereka membuat desakan ke atas kerajaan untuk menentukan atau mendapatkan pertimbangan terhadap segala permintaan mereka. Tambahan pula, isu merupakan tuntukan rakyat atau kelompok yang berkrompomi agar sesuatu dasar digubal. Sebagai contoh parti politik UMNO,MCA dan MIC akan bergabung atas isu-isu kewargenegaraan,Bahasa dan sebagainya.Namun isu yang timbul dan kelihatan sebagai isu yang mempersoalkan kepentingan peribadi biasanya tidak akan di bahaskan. Ini kerana dalam mewujudkan sesuatu dasar ia memerlukan penglibatan rakyat secara total dan bukan kepentingan orang perseorangan.

1.2 DEFINISI DASAR AWAM Dasar awam di Negara ini adalah hasil daripada proses politik. Ahli-ahli politiklah yang menggubal dasar awam dan ahli-ahli pentadbir awam (pegawai kerajaan) melaksanakan dasar-dasar tersebut. Secara amnyam dasar awam ialah apa jua dasar atau projek, program, rancangan atau apa sahaja cadangan dari pihak kerajaan untuk menjayakan dasar atau projek tersebut. Sesuatu dasar mahupun projek haruslah ditujukan kepada rakyat sebagai penerima utama dasar tersebut, jika hanya sedikit sahaja orang yang menerima projek tersebut, itu bukan lagi diertikan sebagai dasar awam. Dasar awam juga boleh didefinisikan sebagai tindakan-tindakan kerajaan. Ia dikaitkan dengan displin sains politik serta kebolehan displin akademik tersebut seperti menghurai, menganalisis serta menerangkan dasar awam. Dasar awam juga dikatakan apa juga langkah kerajaan untuk memilih membuat atau memilih tidak membuat. Dasar awam di sesebuah Negara adalah hasil daripada proses politik, Ia

DASAR AWAM | GMGA 2023

2

nya terbentuk melalui ahli-ahli politik yang menggubal dasar awam dan ahli-ahli pentadbir awam (pegawai kerajaan) yang melaksanakan dasar-dasar tersebut (Ahmad Atory Hussain,1985). Seorang ahli politik terkemuka (David Easton,1957 ) mentafsirkan dasar awam sebagi nilai peruntukan pihak berkuasa bagi keseluruhan masyarakat. Kerajaan membuat banyak perkara; misanya membuat perkara mengatasi

konflik

dalam

masyarakat,menyusun

masyarakat,mengeluarkan

perkhidmatan kepada ahli-ahli masyarakat serta mengutip cukai daripada rakyat. Maka dengan itum dasar awam menjadi lebih teratur,tersebar dan lebih berorganisasi sifatnya. Dasar-dasar awam mempunyai pelbagai bidang skop yang luas seperti halhal ehwal negero,kebajikan tentera,perumahan,pencukaian,keselamatan sosial, kesihatan,pembangunan bandar dan sebagainya. Secara kesimpulan, Dasar awam ialah sebagai apa jua keputusan dan tindakan kerajaan dalam melakukan sesautu atau tidak melakukan sesuatu.Secara umumnya setiap keputusan yang diambil oleh kerajaan pastinya mempunyai objektif,matlamat dan tujuan.Tetapi apa yang benar-benar dapat dilihat ialah tindakan-tindakan kerajaan membolehkan dasar awam dijadikan sebagai panduan umum dalam mengatasi masalah sesebuah Negara. Secara tidak langsung dasar awam juga merupakan sesuatu tindakan yang mempunyai tujuan dan matlamat yang tertentu oleh kerajaan yang mempunyai kaitan dengan kepentingan rakyat.Secara ringkas, matlamat dasar mestilah jelas dan merupakan jalan penyelesaian terhadap sebahagian besar masalah rakyat ataupun kumpulan sasaran dasar tersebut.

DASAR AWAM | GMGA 2023

3

2.0 BADAN-BADAN YANG TERLIBAT DALAM PENGGUBALAN DASAR

Dalam proses pembuatan keputusan, kita haruslah memahami siapa atau apa yang akan mewujudkan sesuatu dasar itu, ciri-ciri tertentu para penggerak atau pelakunya terhadap peranan dan tanggungjawab yang dilakukan oleh mereka, kuasa serta kewibawaan

mereka

dalam

mengurus,mengawal

dan

melaksanakan

tanggungjawab.Ini penting kerana disebabkan setiap daripada mereka mempunyai peranan khusus sebagai orang awam,pemimpin kelompok kepentingan,penggubal undang-undang,wakil rakyat,para hakim dan sepatutnya(Lindblom,CE.1980). Di Malaysia, dasar awam dilaksana mengikut kuasa pemerintahan yang ditetapkan oleh perlembagaan dan undang-undang. Kerajaan persekutuan,kerajaan negeri dan penguasa-penguasa semuanya diberi kuasa untuk membuat dan melaksanakan dasar-dasar awam yang tertentu.Dari segi amalannya,penggubal dan pelaksana dasar awam di ketiga-tiga peringkat adalah dikehendaki menjalankan tugas mereka sebagai satu system yang memerlukan perhubungan,kerjasama dan penyelarasan yang erat (Ahmad Sarji Abdul Hamid, 1991) Undang-undang di Malaysia parlimen merupakan badan pembuat undang-undang tertinggi.Sesuatu perkara itu akan menjadi dasar apabila dibentangkan di Dewam Rakyat terlebih dahulu, kemudiannya diluluskan oleh Dewan Rakyat.Apabila telah diluluskan ianya akan dibawa masuk ke Dewan Negara dan diterima oleh kerajaan.Parlimen merupakan badan tertinggi untuk mengkaji kuasa untuk mengawal dan melaksanakan dasar dan strategi oleh kerajaan (New Strait Times, 6 Jun 1991) Penggubalan dan pelaksanaan dasar-dasar adalah selaras dengan nilai-nilai sosio ekonomi dan politik Negara kerana sifatnya yang dinamik. Oleh yang demikian dasar awam sentiasa berubah-ubah mengikut nilai-nilai masyarakat dan pucuk pimpinan

DASAR AWAM | GMGA 2023

4

dari masa ke semasa. Pada asasnya, dasar awam digubal dan dilaksanakan bagi memenuhi objektif-objektif sosioekonomi seperti pertumbuhan ekonomi, pengagihan, kestabilan dan kebajikan umum. Kejayaan sesuatu dasar bergantung pada pelaksana yang cekap dan berkesan. Pegawai-pegawai kerajaan, pemimpin, ahli-ahli eksekutif mempunyai tugas mutlak bagi memastikan dasar kerajaan difahami oleh rakyat di samping memastikan pembangunan Negara berjalan pesat (Utusan Malaysia,30 Jun 1990). Selain itu, kerajaan hendaklah tegas dan jelas tentang hasrat atau matlamat yang hendak dicapai oleh sesuatu kerajaan. Walaubagaimanapun dalam proses pembuatan keputusan, pengalaman merupakan sumber terbaik yang membuktikan keberkesanan sesuatu dasar itu (Richard, 1995)

3.0 AKTOR DALAM PEMBENTUKAN DASAR AWAM

Perlaksanaan sesuatu dasar itu dijalankan dengan keputusan yang dilulukan oleh perlimen, di mana kuasa yang ada diturunkan kepada pegawai tadbir. Orang yang bertanggungjjawab atau mempunyai kuasa atau hak dalam perlaksaan sesuatu dasar dikenali sebagai aktor. Di Negara Malaysia, Aktor-aktor di dalam pembuatan keputusan terdiri daripada ahli-ahli perlimen,Perdana Menteri,timbalan-timblannya dan juga Menteri-menteri Besar.Selain di peringkat negeri,ahli-ahli Mesyuarat negeri serta ahli-ahli Dewan Undangan Negeri juga dianggap aktor-aktor dalam membiat dasar, bergantung kepada peringkat-peringkat tertentu yang ditetapkan.(Ahmad Atory Hussain,1985). Dasar awam di Malaysia di buat mengikut pemerintahan yang ditetapkan oleh perlembagaan dan undang-undang. Kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan penguasa-penguasa tempatan yang telah diberi kuasa untuk membuat dan melaksanakan dasar-dasar awam tersebut. Pengaruh aktor rasmi dan tidak rasmi

DASAR AWAM | GMGA 2023

5

menjadi pemangkin kepada kerajaan untuk membentuk dasar yang memberi manfaat kepada semua. Golongan berkepentingan meskipun tidak menjadi penggubal kepada dasar, tetapi tekanan dan saranan yang dibawa kepada pihak berwajib dalam penggubalan dasar menunjukkan kesan yang positif apabila dasar yang dilaksanakan tidak hanya memihak kepada mereka tetapi juga dapat memberi faedah dan dimanfaatkan oleh golongan masyarakat

4.0 ISU YANG DIPILIH : ISU KEMISKINAN DALAM KALANGAN PENDUDUK DI MALAYSIA 4.1 PENDAHULUAN Kemiskinan berlaku apabila sebahagian dari masyarakat yang disebabkan oleh masalah-masalah tertentu telah tidak berpeluang untuk menikmati kemewahan seperti yang dinikmati oleh sebahagian dari masyarakat umum di sekeliling mereka. Kemiskinan menandakan kegagalan sesebuah masyarakat yang melibatkan diri dalam sektor ekonomi pada tahap minimum hingga menjejaskan kemampuan mereka untuk menampung kehidupan dengan baik dan sempurna (Rosenthal,1969). Mereka tidak menikmati kehidupan asas sepenuhnya dan menghadapi masalah untuk memenuhi keperluan tempat tinggal, makanan, kesihatan, pelajaran dan lain-lain keperluan asasi yang dinikmati oleh masyarakat umum diluar kategori kemiskinan. Mereka yang dikategorikan miskin itu menghadapi kehidupan yang sukar apatah lagi dimana langkahlangkah untuk mengatasi masalah kemiskinan ini juga sukar dan merupakan satu cabaran yang besar (Obaid, 2002)

DASAR AWAM | GMGA 2023

6

Kemiskinan merupakan situasi serba kekurangan yang terjadi bukan atas kehendak dan kerelaan setiap isi rumah miskin. Pengenalan isi rumah miskin ini boleh dikenalpasti berdasarkan kekurangan pendapatan untuk membeli keperluan asas, tingkat pendidikan yang rendah, tidak memiliki harta benda, tidak sihat tubuh badan, kekurangan makanan dan pakaian, tiada tempat tinggal yang selesa dan tiada pekerjaan yang dapat menjamin kelangsungan hidup. Kesemua keadaan ini akan menyebabkan isi rumah tiada daya upaya untuk keluar daripada lingkaran kemiskinan jika tiada bantuan dan sokongan daripada pihak yang berkuasa. Permasalahan kemiskinan ini jika tidak dikawal dan dibasmi mampu menggugat kestabilan ekonomi dan politik sesebuah negara. Ini kerana mati kelaparan, kekurangan makanan, penyakit dan kekurangan pendidikan dalam kalangan orang ramai boleh menyebabkan seseorang terjerumus ke lembah penjenayahan untuk menikmati hidup dalam kemewahan (Nor Ghani 1984). Isu kemiskinan adalah isu global, ia bukan sahaja dihadapi oleh negara-negara miskin dan negara membangun tetapi juga negara maju seperti Amerika Syarikat (AS). Bagi kebanyakan negara miskin dan sedang membangun yang pernah dijajah suatu masa dahulu, kemiskinan adalah isu utama yang memerlukan program pembasmian kemiskinan yang berkesan. Justeru, selepas memperolehi kemerdekaan, Negaranegara terbabit termasuk Malaysia telah merangka dan melaksanakan pelbagai program pembangunan sosioekonomi bertujuan meningkatkan taraf hidup rakyat dan sekali gus mengurang dan membasmi kemiskinan.

DASAR AWAM | GMGA 2023

7

4.1 AKTOR-AKTOR DASAR DAN PERANAN YANG DIMAINKAN OLEH MEREKA DALAM ISU KEMISKINAN DALAM KALANGAN PENDUDUK DI MALAYSIA 4.1.1 JABATAN PERPADUAN NEGARA Antara aktor rasmi yang terlibat dalam meningkatkan pendapatan golongan miskin ialah melalui Jabatan Perpaduan Negara(JPN). Aliran Jabatan Perpaduan Negara dilaksanakan untuk membetulkan imbangan ekonomi yang berat sebelah dan merugikan orang Melayu. Tiga bidang ketidakseimbangan yang ditekankan oleh aliran pemikiran JPN ialah ketidakseimbangan dari segi pendapatan,guna temaga dan pemilikan modal dan aset.Objektf jabatan ini ialah memaksimumkan pewujudan peluang pekerjaan bagi rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa.Antara pelaksanaan yang dijalankan adalah dengan menggunakan kaedah yang menggunakan banyak tenaga buruh serta melalui usaha memperoleh pertumbuhan ekonomi secara perindistrian yang berasaskan eksport yang cepat berkembang (Ramlah, Ridzuan,& Md.Sharit,1991) Melalui laman web Jabatan Penerangan Malaysia, Sejak ia ditubuhkan AIM telah mengagihkan pembiayaan mikro sebanyak RM7.5 bilion kepada 330,000 usahawan tempatan. Pengagihan pembiayaan adalah kepada golongan miskin yang mempunyai pendapatan bulanan di bawah RM2,300.

4.1.2

KEMENTERIAN

PEMBANGUNAN

WANITA,

KELUARGA

DAN

MASYARAKAT Kementerian

Pembangunan

Wanita,

Keluarga

dan

Masyarakat

(KPWKM) merupakan Kementerian Peneraju Bidang Keberhasilan Utama Negara

DASAR AWAM | GMGA 2023

8

(NKRA) bagi Mempertingkatkan Taraf Kehidupan Isi Rumah Berpendapatan Rendah (LIH). Menurut laman web (KPWKM). dalam usaha mengetengahkan pelbagai usaha dan inisiatif dilakukan bagi meningkatkan ekonomi dan taraf hidup rakyat isi rumah berpendapatan rendah. Salah satu inisiatif NKRA LIH adalah melalui Program 1AZAM. Program 1AZAM adalah merujuk kepada jenis-jenis pekerjaan dalam bidang kerja, khidmat, tani dan niaga yang dikenal pasti sesuai serta boleh dilaksanakan bagi menjana dan meningkat pendapatan golongan miskin. Menurut laman web (KPWKM) Terdapat lima (5) program di bawah Program 1AZAM iaitu:

1. AZAM Niaga - Menyediakan peluang menjana pendapatan melalui perniagaan kecil-kecilan dengan kemudahan latihan dan skim kredit mikro. Antara jenis perniagaan yang boleh diusahakan ialah produk makanan dan minuman, barangan kraftangan dan barangan runcit 2. AZAM Khidmat - Menawarkan peluang menjana pendapatan melalui bidang perkhidmatan dengan memberi latihan kepada peserta bagi membolehkan mereka mempunyai kemahiran tertentu seperti rawatan penjagaan diri, urutan dan refleksologi. 3. AZAM

Kerja -

Menawarkan

peluang

menjana

pendapatan

melalui penempatan kerja. Projek ini memberi fokus kepada pelbagai bidang pekerjaan bagi mereka yang produktif, mempunyai kelayakan minimum atau tanpa kemahiran. Peserta projek ini akan diberi latihan kemahiran yang membolehkan mereka mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian seperti, pelayan restoran, pekerja dan sebagainya.

DASAR AWAM | GMGA 2023

9

4. AZAM Tani - Memberi peluang menjana pendapatan melalui kegiatan berasaskan pertanian yang memberikan hasil/pulangan jangka pendek seperti tanaman sayuran dan buah-buahan (cili, sawi, nenas dan jagung), ternakan (ikan air tawar, ayam, dan itik). Projek ini dijalankan secara pertanian berkelompok dan individu. 5. AZAM Bandar - Disasarkan untuk membantu golongan miskin bandar meningkatkan kemahiran

melalui

kursus

latihan

dan

kemahiran

dan

membekalkan bantuan peralatan agar mampu mengusahakan perniagaan yang

boleh

memberikan

pendapatan

yang

lebih

tinggi

seterusnya

meningkatkan kualiti hidup dan keluar dari kemiskinan.

Semua program yang telah dirancang oleh aktor utama dan dilaksanakan oleh aktor pelengkap ini bertujuan untuk membantu isi rumah berpendapatan rendah keluar dari ‘daerah kemiskinan’ dan mendapatkan kehidupan yang selesa.

4.1.3 JABATAN PERUMAHAN NEGARA Pertambahan penduduk telah mengundang kepada bertambahnya permintaan terhadap sektor perumahan. Perkara ini menjadi lebih meruncing apabila permintaan perumahan mampu milik oleh golongan miskin tidak dapat dipenuhi kerana pertambahan penduduk yang begitu pesat sehingga tidak dapat menampung kepadatan penduduk. Hal ini secara tidak langsung telah mewujudkan masalah setinggan yang merupakan satu sektor perumahan yang tidak formal dan fenomena setinggan ini telah menjadi masalah kepada negara. Antara usaha yang dilakukan ialah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT). Program Pembangunan Rakyat Termiskin ini adalah satu program yang telah

DASAR AWAM | GMGA 2023

10

dijalankan dalam Rancangan Malaysia Ketujuh iaitu rancangan yang berlangsung pada tahun 1996 sehingga 2000. Manakala projek Perumahan Rakyat (PPR) pula ialah salah satu program yang dilaksanakan dalam PPRT. PPRT telah diwujudkan khusus untuk membantu golongan miskin seramai 107,000 orang di seluruh negara (Mohd Taib Haji Dora, 2000). Sebanyak RM600 juta telah diperuntukkan bagi program ini dengan matlamat membantu keluarga termiskin di seluruh negara berdikari dan menjayakan diri dalam arus pembangunan negara. Projek Perumahan Rakyat ini telah dilaksanakan oleh Jabatan Perumahan Negara. Menurut laman web Jabatan Peruamahan Negara, antara objektif utama pelaksanaan projek ini adalah untuk mengawal dan menempatkan semula setinggan dan memberi kemudahan serta meringankan beban kepada golongan miskin. Golongan miskin ini diberi bantuan dalam membina rumah yang lebih selesa ataupun mereka boleh memiliki rumah yang dibina oleh kerajaan dengan harga yang lebih rendah dan mampu dimiliki. Hal ini demikian kerana rumah merupakan salah satu unsur penting dalam kehidupan manusia dan tahap keselesaan dan keselamatan rumah itu haruslah dititikberatkan. 4.1.4 KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH (KKW) Dalam membantu membantu menambahbaik taraf kehidupan di kalangan golongan miskin dan peluang untuk mata pencarian, Aktor rasmi kerajaan iaitu di bawah KKW, telah memperuntukan RM180 juta bagi Program Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR). Program ini, yang menawarkan latihan kemahiran serta kemudahan kredit mikro meliputi  Program Peningkatan Pendapatan  Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya  Program Kecemerlangan Pendidikan  Program Bantuan Rumah  Program Pembangunan Masyarakat Setempat.

DASAR AWAM | GMGA 2023

11

Menurut akhbar mstar, Kerajaan juga menawarkan program latihan kemahiran serta keusahawanan kepada lebih daripada 3,000 wanita menerusi Jabatan Pembangunan Wanita dan Amanah Ikhtiar Malaysia. Adalah diharapkan melalui usaha ini, kadar kemiskinan dapat dikurangkan daripada 3.6 peratus pada 2007 kepada 2.8 peratus pada 2010.

4.1.5 AMANAH IKHTIAR MALAYSIA (AIM) Aktor tidak rasmi seterusnya ialah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) telah ditubuhkan pada 1987 juga membantu dalam membasmi kemiskinan dan ketidakseimbangan pendapatan di Malaysia. AIM adalah Badan Amanah Persendirian yang berdaftar, ditadbir urus oleh Lembaga Pemegang Amanah. Keahliannya terdiri daripada Unit Perancang Ekonomi (UPE), Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (UPP) Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan Malaysia, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, wakil dari Kerajaan Negeri Selangor dan juga mereka yang dilantik dalam kapasiti peribadi. Objektif AIM adalah untuk mengurangkan kemiskinan isi rumah dengan menyediakan pembiayaan kredit mikro untuk membiayai kegiatan ekonomi, menambah pendapatan serta menyediakan bimbingan dan latihan berterusan kepada isi rumah miskin dan termiskin. Antara pendekatan yang dilaksanakan oleh AIM adalah menyediakan pinjaman-pinjaman kecil daripada ahliahli dalam kelompok yang disahkan oleh ahli-ahli lain yang mempunyai idea perniagaan atau keusahawaan yang berdaya maju. Ini akan dapat memberi peluang kepada golongan yang meminati aktiviti perniagaaan tetapi mengalami masalah modal. Masalah ini sering dihadapi oleh kaum Melayu. Oleh sebab itu, masalah

DASAR AWAM | GMGA 2023

12

ketaksamarataan pendapatan di Malaysia akan dapat dikurangkan secara langsung (Sulaiman, 1995).

4.1.6 YAYASAN BASMI KEMISKINAN

Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) merupakan salah satu aktor tidak rasmi dalam membantu kerajaan. Menurut akhbar Sinar Harian, Sepanjang 26 tahun kewujudan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), pelbagai bantuan telah disalurkan kepada pelajar dan keluarga miskin bagi kelangsungan kehidupan mereka. “YBK telah membiayai 1,000 orang pelajar miskin meneruskan persekolahan di Asrama Kasih YBK Serendah dan Gesir, 19,936 orang pelajar miskin mengikuti tuisyen SPM percuma (Kuntum), membantu 1,200 pelajar diploma di Institut Teknologi Komuniti YBK Banting (19982005) dan 330 orang pelajar diploma di Institut Teknologi Mutiara YBK (2000-2005). Pengerusinya, Datuk Zainal Abidin Sakom berharap selama tempoh itu, impak dan sumbangan yayasan itu sebagai NGO membantu kerajaan membasmi kemiskinan dan meningkatkan kesedaran kesejahteraan rakyat akan mendapat pengiktirafan sewajarnya.

YBK turut memperkenalkan program baru iaitu memberi sumbangan makanan kepada gelandangan di Masjid Jamek Kuala Lumpur dan Program Motivasi Kecemerlangan Pelajar YBK, berdasarkan Neuro Linguistic Programming (NLP).

DASAR AWAM | GMGA 2023

13

5.0 KESIMPULAN Kejayaan negara dalam program membasmi kemiskinan adalah satu realiti hasil daripada perancangan rapi yang dilaksanakan oleh kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat sejak lebih lima dekad yang lalu. Program pendidikan dan pelbagai latihan kemahiran yang dilaksanakan kerajaan melalui pelbagai institusi pendidikan dan latihan yang diwujudkan memberi impak yang tinggi terhadap usaha pembasmian kemiskinan di Malaysia. Selain itu, penglibatan sektor swasta dan badan-badan bukan kerajaan turut menyumbang kepada kejayaan pembasmian kemiskinan di Malaysia. Juga tidak dinafikan bahawa perpaduan dan kestabilan politik negara berjaya melancarkan program-program kerajaan dalam membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan fahaman politik. Sistem pendidikan yang berkesan serta pertumbuhan ekonomi yang pesat adalah antara faktor yang membolehkan Malaysia berjaya dalam program pembasmian kemiskinan sama ada di luar bandar mahupun di bandar.

DASAR AWAM | GMGA 2023

14

6.0 RUJUKAN

Ahmad Atory Hussain. (1985),Politik Dan Dasar Awam Di Malaysia. Kuala Lumpur : Utusan Publication Sdn. Bhd Ahmad Sarji Abdul Hamid. (1991).Perkhidmatan Awam Malaysia yang berkualiti. Kuala Lumpur: INTAN David Easton.(1957). A system Analysis of Political Life. New York : John Wiley and son’s Lindblom, C E. (1980). A policy-Making View of Politics. New Jersey: Prentice Hall M.star.(2009).Membasmi Kemiskinan Tegar. 28 Disember 2009 Mohd. Taib Dora. (2000). Peminggiran sosial: Keluarga Melayu termiskin Bandar. Johor: Universiti Teknologi Malaysia. New Straits Times. (1991). Institusi Parlimen Malaysia. 6 Jun 1991 Nor Ghani, M. (1984). Dimensi Kemiskinan dan Rancangan Pembasmian Kemiskinan. Siri Kumpulan Esei: Ekonomi Pembangunan. Amir Hussin Baharuddin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Obaid, T.A. (2002). Population and Poverty: Challenges for Asia and the Pacific, AsiaPacific Population Journal, 17(4): pp. 7-12. Ramlah Muhamad, Ridzuan Omar, & Md. Sharit Bharuddin.(1991).DEB Pertumbuhan dan ketaksamarataan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka & Kementerian Pendidikan di Malaysia

DASAR AWAM | GMGA 2023

15

Rosenthal,G.(1969). Identifying the Poor : Economic Measures of Poverty. Dalam Moynihan, D. (ed). On Understanding Poverty. New York, NY: Basic Book Inc. Publisher. Sabitha Marican.(1997).

Dasar Awam Di Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan

Publications & Distributors Sdn Bhd Sinar Harian. (2016). Yayasan Basmi Kemiskinan terus bantu rakyat. 26 mac 2016 Sulaiman M. Yassin. (1995). Pembangunan berdamping ke arah membantu komuniti miskin [ Siri Penyelidikan IKD]. Kuala Lumpur: Institut Kajian Dasar. Utusan Malaysia. (1990). Keberkesanan Penggubalan Dasar Di Malaysia.30 Jun 1990

DASAR AWAM | GMGA 2023

16

Related Documents

Dasar Awam .docx
October 2019 23
Dasar Awam 2
July 2020 13
Dasar Awam 1
June 2020 10
Dasar Awam A
May 2020 11
3000- Dasar Awam 2005
June 2020 17

More Documents from "Mohd Faizal Bin Yahaya"

Dasar Awam .docx
October 2019 23
Kt.docx
May 2020 5
49-79-1-sm.pdf
April 2020 11
Rayuan Haji.docx
April 2020 16
Ulasan Jurnal Saya.docx
December 2019 19