Ulasan Jurnal Cik Hasnatul

  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ulasan Jurnal Cik Hasnatul as PDF for free.

More details

  • Words: 1,844
  • Pages: 8
Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjung Malim, Perak Darul Ridzuan

Literasi Komputer Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak (KAT 3013)

Ulasan Jurnal

Nama

: Intan Melati Binti Ismail

No. Matrik

: D20052025104

Kumpulan

:A

Tempat

: Taman Bernam 9

Masa

: 8 – 11 a.m

Nama Pensyarah : Cik Hasnatul Nazuha Binti Hassan

REVIU KRITIKAL Pengenalan Artikel tulisan Sonja Sheridan dan Ingrid Pramling menerangkan tentang penggunaan ICT yang ingin diterapkan dalam pembelajaran kanak-kanak berumur 1 hingga 5 tahun di Sweden. Ia juga ingin melihat sejauh mana pendidikan dan kecekapan guru memberi kesan terhadap kebolehan kanak-kanak dalam mempelajari ICT. Artikel memfokuskan kepada penggunaan komputer dan internet. Kajian dianggap penting kerana kerajaan Sweden ingin memastikan supaya rakyatnya celik IT. Jurnal yang bertajuk ‘Effects of a computer based beginning reading program on young children’ pula berkaitan dengan kesan penggunaan komputer dalam program membaca yang dipanggil ‘Funnix Program’ pada peringkat awal pembacaan. Menggunakan khidmat ibu bapa dalam melaksanakan program.

Program ingin

membantu kanak-kanak dalam memperbaiki fonem, bunyi huruf, kemahiran mendekod dan kelancaran membaca. Program dianggap penting kerana ingin memastikan kanakkanak pada peringkat awal sudah boleh membaca dengan lancar. Artikel yang bertajuk ‘Pengajaran dan pembelajaran bahasa arab berasaskan web’ berkenaan percubaan mengutarakan satu alternatif yang relevan dengan perkembangan teknologi terkini untuk diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab menerusi penggunaan laman web. Ia telah diperkenalkan di sekolah rendah dan termasuk dalam komponen program J-QAF. Tujuan kajian adalah untuk mengenalpasti faktor yang menghalang keberkesanan Bahasa Arab. Ia dianggap penting kerana penguasaan bahasa arab merupakan asas pemahaman dan penghayatan al-Quran. Ketigatiga penulisan ilmiah ini mempunyai persamaan dari segi menitikberatkan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya.

Perbincangan Jurnal ‘Effects of a computer based beginning reading program on young children’ membincangkan tentang program Funnix yang dianjurkan untuk kanak-kanak tadika dan Grade 1 yang mana menggunakan peranan utama ibu bapa untuk membantu anak-anak mereka membaca melalui penggunaan CD yang dimuatkan dengan ‘100

lessons’ dan mengandungi ‘phonological awareness and the alphabetic principle (blending and decoding)’. Ibu bapa perlu mengemudi CD dalam tempoh masa 30 minit masa pengajaran. Penyelidik ada mencadangkan kepada ibu bapa yang berminat boleh membelinya melalui Funnix webpage kerana panduan juga disertakan. Stenhoff and Jung (2006) mencadangkan agar perpustakaan di RMIT University Clinic perlu mempunyai CD Funnix bagi kegunaan ibu bapa. Daripada respons yang didapati, ibu bapa menyukai CD Funnix yang mesra pengguna, grafik berwarna-warni, bermotivasi, dan bantu kanakkanak menumpukan perhatian melebihi program ‘Teach Your Child to Read in 100 Easy Lessons’. Kesan Funnix program perlu dinilai. Melalui kajian yang dilakukan penyelidik mendapati program Funnix memberi banyak kelebihan dalam kemahiran membaca bagi kanak-kanak tadika berbanding murid Grade 1. Ia juga membekalkan mekanisme perlindungan kepada kanak-kanak tadika yang tidak tahu membaca. Penyelidik juga ada mencadangkan agar program Funnix diperluas kepada kanak-kanak prasekolah. Penyelidik juga menyatakan komentar dari ibu bapa yang mengkehendaki kemajuan anak mereka dinilai. Selain itu, maklumat berkaitan kemahiran membaca perlulah diberi secara komprehensif. National Reading Panel (2000) mencadangkan agar kaedah fonik perlu diadakan dalam pengajian guru-guru. Penyelidik juga mendapati sesetengah guru tidak disediakan dengan secukupnya untuk mengajar asas kemahiran membaca. Artikel “Learning through ICT…..”

ada membincangkan tentang perlunya

penerapan penggunaan komputer di kalangan kanak-kanak prasekolah Sweeden. Gurugurunya juga ada mengikuti program-program berkaitan bagi menajamkan kemahiran ICT mereka. Penyelidik cuba mengkupas persoalan “What the conditions would allow ICT to become a tool for a kind of learning that is the goal of preschool and school curricula………and why are these technologies skills important for young children to aquire?”. Artikel menyatakan ICT sebagai alat pembelajaran dan sumber pengetahuan. Pembelajaran difokuskan melalui penggunaan ‘computer games’. Kanak-kanak juga sepatutnya sudah boleh meneroka tentang komputer dan fungsinya. Banyak programprogram komputer yang telah dibangunkan untuk kanak-kanak. Mereka boleh meneroka tentang penggunaan komputer secara tidak langsung melalui program-program yang telah dibina. Jadi pemikiran akan menjadi lebih kreatif

dan bebas. Penyelidik juga ada

menyatakan tentang pendidikan guru dan pandangan terhadap kanak-kanak. Aktiviti-

aktiviti di prasekolah adalah produk kompleks yang mengkombinasikan pendidikan, kebolehan, ilmu teori, pengalaman, pandangan umum terhadap tingkah laku kanakkanak. Penyelidik berpandangan bahawa ICT bukanlah satu alat umum yang amat membantu dalam proses pengajaran, jadi ia masih cuba untuk diperkenalkan dengan lebih canggih ke dalam sistem pendidikan. Selain itu, penyelidik mengganggap bahawa guru yang

baru

bergraduat

kurang

berpengalaman

dalam

penggunaan

komputer.

Walaubagaimanapun, guru perlu melengkapkan diri dengan kemahiran ICT bagi membolehkan mereka mengikuti arus perkembangan teknologi. Selain itu, artikel ada menyatakan sejauh mana ICT dapat membantu kanak-kanak dalam kemahiran menulis dan membaca. Dari sudut pedagogi, perkara yang diberi keutamaan ialah sumbangan pendidikan terhadap proses pembelajaran kanak-kanak. Proses

memperoleh

ICT

dan

membantu

kanak-kanak

lebih

yakin

terhadap

penggunaannya akan diperbincangkan. Kualiti pedagogi boleh dibahagikan kepada 3 aspek iaitu “the structural perspective concerns the physical and material resources related to ICT”, “the child’s perspective concerns how children experience and handle ICT and for what uses”, “several studies show that children, both in preschool and school, experience ICT as play and treat it as such”. Nielsen & Nielsen (1998) menyatakan kandungan pembelajaran haruslah diberi keutamaan bukan hanya bertumpu kepada teknik semata-mata. Ada kalanya kanak-kanak tidak berpeluang menggunakan komputer dengan baik kerana jumlah komputer yang terhad, dan diletakkan di dalam bilik-bilik khas, software yang tidak dikemaskini dan penerokaan yang terhad. Sepatutnya kanakkanak perlu dibenarkan meneroka komputer dengan kawalan guru. Artikel lebih menceritakan tentang pengajaran ICT kepada kanak-kanak. Namun begitu, guru-guru prasekolah mempunyai pendidikan yang memfokus kepada perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak dari perspektif teori dan praktikal. Penyelidik menyimpulkan bahawa guru adalah faktor utama kejayaan kanak-kanak dalam kemahiran ICT. Dalam era teknologi yang semakin pesat tidak ketinggalan Bahasa Arab yang turut mendapat perhatian bagi mengintegrasikannya dengan ICT. Pengintegrasian adalah menerusi penggunaan laman web. Penyelidik menyatakan dengan pengintegrasian ini dapat mewujudkan suasana pembelajaran lebih kreatif, menarik serta mudah kerana para pengguna mampu berkongsi maklumat yang terkandung dan pembelajaran boleh berlaku

secara bebas dan terbuka. Penyelidik berpendapat pembelajaran Bahasa Arab melalui laman web perlu diwujudkan di kalangan masyarakat Malaysia kerana ia boleh mencapai keberkesanan yang maksimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran, jangka waktu pembelajaran yang singkat dan kos yang minima, kesejagatan sumber, mengurangkan bebanan dan menjimatkan masa guru dalam penyediaan bahan bantu mengajar, membantu menyelesaikan penyampaian konsep yang abstrak secara lebih baik, dan menyediakan bahan bantu mengajar yang relevan. Terdapat laman web percuma dan mengenakan bayaran tertentu. Terdapat juga tiga bahasa pengantar dalam mengajar Bahasa Arab iaitu Arab, Inggeris dan Melayu. Semua ini boleh dicari di enjin pencari google.com, yahoo.com dan lain-lain. Selain itu, pendidik perlulah memperkayakan diri dengan maklumat ICT supaya dapat membantu murid-muridnya. Walaubagaimanapun ada faktor yang menghalang keberkesanan Bahasa Arab dari segi infrastruktur dan kemahiran yang terbatas serta isi kandungan perisian yang perlu diutamakan. Melalui penelitian ketiga-tiga penulisan di atas, jelas menunjukkan isi pelajaran yang hendak diajar adalah perkara utama yang dititikberatkan di samping menggunakan ICT sebagai medium perantara.

Kritik Penulis berpendapat penulisan dan kajian yang dibuat amat menarik dan boleh menggalakkan para penyelidik akan datang meneruskan kesinambungannya bagi melihat kesahihan hubungan di antara pengintegrasian ICT dengan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penulis amat bersetuju dengan pernyataan bahawa ibu bapa menyukai CD Funnix yang mesra pengguna, grafik berwarna-warni, bermotivasi, dan bantu kanakkanak menumpukan perhatian kerana menurut teori pembelajaran multimedia yang menyatakan pembelajaran akan lebih efektif jika perkataan dan gambar dipersembahkan seiringan berbanding dengan persembahan dengan hanya menggunakan perkataan sahaja (Paivio, A. 1986). Melalui pembacaan penulis dalam satu artikel, ada menyatakan CD interaktif yang berdasarkan konsep mesra murid boleh digunakan oleh murid-murid tanpa bantuan guru atau ibu bapa.

Selain itu, penulis berpendapat supaya guru perlu melengkapkan diri dengan kemahiran ICT bagi membolehkan mereka mengikuti arus perkembangan teknologi dan secara tidak langsung dapat mengintegrasikan ICT di dalam proses pembelajaran kanakkanak. Ini dibuktikan melalui kajian Jie-Qi Chen dan Charles Chang, 2006…..“to better prepare early childhood teachers for computer use, more information about their current skills and classroom practices is needed”. Pendidik perlulah memperkayakan diri dengan maklumat ICT supaya dapat membantu murid-muridnya. Menurut Shelly, et al. (dalam Ahmad Fauzi bin Mohamed, 2000) sejak dua dekad yang lalu, wujud beberapa bentuk kekangan terhadap program pengintegrasian komputer dalam pendidikan. Antaranya ialah (a) kekurangan guru yang terlatih, (b) masa yang singkat untuk guru membuat perancangan, (c) kedudukan komputer di lokasi yang sukar untuk diakses, (d) peruntukan kewangan, dan (e) keengganan untuk berubah. “Ada kalanya kanak-kanak tidak berpeluang menggunakan komputer dengan baik kerana jumlah komputer yang terhad, dan diletakkan di dalam bilik-bilik khas, software yang tidak dikemaskini dan penerokaan yang terhad”. Pernyataan ini ada benarnya kerana penulis berpendapat sesetengah komputer yang terdapat di sekolah tidak dapat digunakan sepenuhnya. Oleh itu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mencadangkan Pusat Akses Komputer ditubuhkan di mana memberikan waktu lebih banyak untuk pelajar mendampingi komputer. Selain itu, penulis tertarik dengan pernyataan bahawa Bahasa Arab telah diperkenalkan di sekolah rendah dan termasuk dalam komponen program J-QAF. Namun begitu, pada peringkat prasekolah masih belum diperkenalkan. Oleh itu, penulis bercadang agar pembelajaran melalui laman web Bahasa Arab bagi kanak-kanak prasekolah wajar dimulakan. Ini bagi mendedahkan kanak-kanak dengan Bahasa Arab yang sekaligus menjadi tuntutan dalam Islam. CD -Rom Multimedia Interaktif bagi program J-QAF telah pun dibangunkan. Kanak-kanak seawal usia tiga tahun juga boleh dibimbing untuk menguasai asas-asas al-Quran melalui penggunaannya. Fokus utama bahan bantu mengajar ini ialah supaya kanak-kanak dapat menguasai kemahiran membaca al-Quran dalam tempoh tiga bulan. Mengikut teori Dick dan Carey, proses pengajaran bermula daripada pengetahuan subjek terus kepada objektif, diikuti oleh struktur pelajaran, penaksiran dan kemudian maklum balas penilaian. Kesemua

perancangan pengajaran ini membolehkan proses pengajaran menjadi lebih efektif dan sesuai dengan objek pendidikan terkini. Teori ini berasaskan pendekatan sistematik yang melibatkan pembinaan strategi pengajaran serta membina dan memilih bahan pengajaran yang bersesuaian. Mungkin CD interaktif boleh diwujudkan bagi membantu guru di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Kesimpulan Pemanfaatan teknologi hendaklah dilakukan semaksima mungkin agar keperluan semasa dapat dipenuhi. Ini adalah untuk memastikan kanak-kanak pada peringkat awal tidak terpinggir di dalam kepesatan perkembangan dunia teknologi maklumat dan komunikasi. Sebagai seorang tenaga pengajar hendaklah melengkapkan dirinya dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk berinterekasi secara efektif dan efesien melalui pengunaan bahan-bahan pengajaran yang berasaskan teknologi. Pada masa yang sama dia juga hendaklah cuba untuk melengkapkan dirinya dengan pengetahuan sama ada dari segi teori dan praktik tentang teknologi perkomputeran dari kacamata dunia pendidikan Adalah menjadi harapan bahawa pihak-pihak yang bertanggungjawab dapat menyedia sokongan yang sewajarnya dalam pelbagai bentuk seperti menganjurkan kursus-kursus kemahiran teknologi, seminar-seminar teknologi dari kacamata dunia pendidikan, dan bantuan kewangan untuk memastikan tujuan murni ini dapat direalisasikan.

Bibliografi CD-ROM multimedia untuk murid j-QAF (2008). Diperoleh pada Ogos 25,2008 daripada http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?y=2008&dt=0728&pub=DuniaPendidik an&sec=Berita&pg=be_01.htm Paivio, A. (1986). Mental Representation: A Dual Coding Approach, Oxford, England: Oxford University Press. Jie-Qi Chen dan Charles Chang (2006). Using computers in early childhood classrooms. Teachers' attitudes, skills and practices.Journal of Early Childhood Research, Vol. 4, No. 2, 169-188. Zaimi Shaharani (2006). Pelajar patut didedahkan kepada ICT . Diperoleh pada Julai 25,2008

daripada

http://web.utm.my/cict/index.php?option=content&task=view&id=480&Itemid=2 46 Rahimi Md Saad, Zawawi Ismail dan Wan Nordin Wan Abdullah (2005). Pengajaran dan pembelajaran bahasa arab berasaskan web. Diperoleh pada Julai 25,2008 daripada www.mpbl.edu.my/inter/penyelidikan/seminarpapers/2005/rahimiUM.pdf Sonja Sheridan dan Ingrid Pramling Samuelsson (2003). Learning through ICT in Swedish early childhood education from a pedagogical perspective of quality. Academic Research Library, 79 (5), 276-281. Tara Watson and Kerry Hempenstall (2008). Effects of a computer based beginning reading program on young children. Australasian Journal of Educational Technology 24(3), 258-274

Related Documents