Operasi_penilaian_dasar_awam_-_tugasan_k.doc

  • Uploaded by: Haziqah Zq
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Operasi_penilaian_dasar_awam_-_tugasan_k.doc as PDF for free.

More details

  • Words: 3,554
  • Pages: 18
GMGA3033 OPERASI DAN PENILAIAN DASAR AWAM

KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.0 Pengenalan 2.0 Kenalpasti Isu Utama yang Dibincangkan dalam

1-2 2-6

Persidangan Tersebut 2.1 Punca Permasalahan 3.0 Penyelesaian Masalah dan Perlaksanaan Dasar

6 - 10

4.0 Bentuk dan Kriteria Penilaian Dasar yang Digunapakai

10-11

5.0 Nyatakan Teknik Pelaksanaan Dasar Yang Dicadangkan Dalam Isu

12 - 15

Tersebut 5.1 Hak 5.2 Kuasa 5.3 Dorongan 6.0 Kesimpulan 7.0 Rujukan

16 17 - 18

1.0 PENGENALAN

218514|218536|218671|218833

1

GMGA3033 OPERASI DAN PENILAIAN DASAR AWAM

Dasar merupakan satu kenyataan umum yang mengandungi maklumat mengenai apa yang ingin dicapai. Dasar mengandungi strategi pelaksanaan yang terkandung di dalamnya program, projek dan undang-undang yang berusaha ke arah pencapaian matlamat yang ditetapkan. Contohnya Dasar Penswastaan, Dasar Wanita Negara dan sebagainya. Dasar awam yang berkesan mampu mencorakkan pembangunan masyarakat yang seimbang sekaligus menjadikan negara mampu bersaing di peringkat antarabangsa dan berjaya menghadapi cabaran glbalisasi pada masa sekarang. Malah ia juga dapat memberi faedah kepada sesebuah negara berbanding dengan negara lain dari aspek comparative advantage untuk menarik minat orang asing untuk datang melabur. Tugasan individu dalam subjek GMGA 3033 Operasi Penilaian Dasar Awam ini adalah pelajar dikehendaki untuk memilih satu isu utama yang dibahaskan dalam Laporan Parlimen yang berlaku sepanjang tahun 2014 (Penggal Kedua) untuk Dewan Rakyat (Hansard). Kemudian berdasarkan laporan berkenaan pelajar perlu mengupas matlamat utama isu, bentuk penyelesaian dasar yang dicadangkan dan kaedah pelaksanaan dasar yang diputuskan atau kaedah mahupun teknik yang dicadangkan oleh pelajar itu sendiri (sekiranya tidak dibincangkan dalam laporan tersebut. Laporan yang saya pilih sebagai tajuk tugasan bagi 26 November 2016. Laporan Parlimen ini menyentuh agenda utama iaitu program kesihatan yang mana melihat kepada sejauh mana keberkesanan program KOSPEN (Komuniti Sihat Perkasa Negara) didalam melahirkan agen-agen perubahan kesihatan masyarakat daripada kalangan anggota KEMAS dan JKKK untuk membudayakan amalan hidup sihat di kalangan masyarakat yang kerap kali dibangkitkan oleh setiap ahli Dewan Rakyat yang menghadiri persidangan tersebut. Ia menjadi tajuk perbincangan yang hangat di kalangan kebanyakan ahli Dewan Rakyat yang hadir persidangan. Agenda kesihatan yang dibincangkan dalam Laporan Parlimen ini melibatkan penyakit yang tidak berjangkit

218514|218536|218671|218833

2

GMGA3033 OPERASI DAN PENILAIAN DASAR AWAM

seperti diabetes mellitus atau penyakit kencing manis dan hypertension atau darah tinggi. Namun terdapat juga contoh penyakit tidak berjangkit yang lain seperti penyakit jantung, penyakit hati, asma, penyakit buah pinggang, barah, Alzheimer, batu karang, obesiti, strok dan penyakit-penyakit genetik. 2.0 KENAL PASTI ISU UTAMA YANG DIBINCANGKAN DALAM PERSIDANGAN TERSEBUT Merujuk kepada Bab 3, Penetapan Agenda iaitu dalam kolum 3.2. Isu yang menjadi agenda terdapat beberapa isu yang selalu mendapat perhatian seperti berikut :  Crisis proportions - krisis yang sukar diselesaikan secara semulajadi  Particularity - isu yang bergantung kepada perkara lain  Emotive - isu yang menjadi perhatian umum  Wide Impact - kesan yang mendalam terhadap masyarakat  Power and Legitimacy - berkaitan kuasa dan autoriti oleh golongan 

elit politik Fashionable - masalah masa kini. Contohnya penyakit batuk kering

Isu yang dikenal pasti sebagai isu utama dalam Laporan Parlimen untuk Dewan Rakyat (Hansard) yang bertarikh 26 November 2014 ini yang telah dibangkitkan oleh kebanyakan ahli Dewan Rakyat adalah perkara yang berkait rapat dengan program kesihatan. Di sini kami menilai isu kesihatan sebagai isu Wide Impact iaitu yang memberikan kesan yang mendalam terhadap masyarakat kerana isu ini melibatkan keseluruhan rakyat pada masa itu. Selain itu, isu yang turut berkaitan dalam permasalahan ini ialah isu Emotive kerana ia turut menjadi perhatian masyarakat umum.

2.1 PUNCA PERMASALAHAN Teknik-teknik penstrukturan masalah yang digunapakai adalah Teknik Sinektik. Teknik ini merupakan salah satu cara untuk membantu mengenal pasti

218514|218536|218671|218833

3

GMGA3033 OPERASI DAN PENILAIAN DASAR AWAM

masalah yang mempunyai persamaan dan digunakan untuk menggalakkan kita menghargai tentang kepentingan membandingkan masalah-masalah awam yang mempunyai persamaan antara satu sama lain. Tiga bentuk analogi yang boleh digunapakai oleh penganalisis dalam membandingkan masalah awam yang wujud iaitu :1.

Analogi Peribadi Analogi ini membayangkan diri kita sendiri yang menghidapi penyakit

tersebut. Sebagai contoh penyakit Darah Tinggi, dimana keadaan tersebut memberi kesan sampingan kepada pesakit setelah pengambilan ubat. Antara kesan-kesan yang akan dialami ialah seperti mengantuk, kadang-kala mengalami masalah pendengaran dan sering lupa. 2.

Analogi Langsung Merujuk kepada masalah yang mempunyai kaitan dengan masalah lain

contohnya penyakit kencing tikus. Penganalisis mengaitkan penyakit ini secara langsung dengan pengalaman dalam mengawal penyakit kencing tikus yang merupakan penyakit berjangkit yang disebabkan oleh haiwan. Kesan penyakit ini ialah demam teruk yang berlarutan yang boleh mengakibatkan maut.

3.

Analogi Fantasi Penganalisis menggunakan khayalan tertentu dalam mencari persamaan

dalam sesuatu masalah. Contohnya penyakit kusta di mana pesakit

218514|218536|218671|218833

4

GMGA3033 OPERASI DAN PENILAIAN DASAR AWAM

diasingkan secara langsung daripada orang lain di suatu tempat yang khusus untuk mengelak penularan penyakit tersebut. Antara punca-punca permasahan yang telah dikenalpasti adalah :1.

Corak pengambilan makanan yang tidak sihat dan seimbang. Pengambilan terlalu banyak gula, garam, lemak dan kolesterol akan

memberi kesan terhadap kesihatan tubuh badan kita. Selain itu, bahan kimia seperti bahan perisa, bahan pewarna dan pengawet juga boleh memudaratkan sistem saraf manusia dan menyebabkan penyakit kanser. 2.

Cara kehidupan zaman moden yang kurang sihat Punca daripada pencemaran udara, air dan makanan yang dipenuhi

dengan pelbagai toksin menyebabakan kesihatan manusia terjejas. Cara hidup manusia yang kurang bersenam mengakibatkan bahan buangan bertoksin terkumpul di dalam usus dan menyebabkan sembelit dan najis berlonggok. Ia juga menjejaskan daya kesihatan badan. Ini akan menyebabkan kita mudah untuk mendapatkan penyakit. 3.

Tahap kebersihan tempatan yang kurang memberansangkan Semua orang patut peka terhadap kebersihan diri sendiri dan alam sekitar

kerana setiap kotoran atau air yang bertakung dapat meningkatkan peluang untuk bakteria atau parasit membiak. Bakteria yang mengambil kesempatan untuk membiak di air yang bertakung adalah vibrio cholera dan

virus

denggi yang menyebabkan taun dan demam denggi. 4.

Aktiviti pemanasan global

218514|218536|218671|218833

5

GMGA3033 OPERASI DAN PENILAIAN DASAR AWAM

Apabila suhu meningkat akan meningkatkan peluang untuk virus dan bakteria merebak. Oleh itu, jangkitan virus, bakteria dan kuman ialah pembawa penyakit yang semakin berleluasa misalnya cirit-birit, demam denggi, malaria, penyakit paru obstruktif kronik dan kanser kulit. 3.0 PENYELESAIAN MASALAH DAN PELAKSANAAN DASAR Sehubungan itu, program-program kesihatan di anggap sebagai satu tindakan yang wajib dititikberatkan. Kita tidak mahu Malaysia terus mencatat peningkatan dalam angka kematian hanya disebabkan amalan budaya yang tidak sihat. Salah satu program yang dimaksudkan ialah Program KOSPEN (Komuniti Sihat Perkasa Negara). Program KOSPEN mempunyai beberapa objektif iaitu : 1.

Membentuk komuniti sihat dan produktif melalui pembudayaan amalan gaya hidup sihat seiring dengan peningkatan potensi diri, pemantapan tahap sosial ekonomi serta pembangunan yang mapan.

2.

Mendekatkan dan meluaskan capaian program komuniti bagi membentuk komuniti sihat, bebas dari penyakit NCD (penyakita tidak berjangkit) yang merupakan beban utama negara masa kini.

3.

Menambah nilai program dan aktiviti-aktiviti di bawah KEMAS melalui penerapan elemen pendidikan asas pencegahan dan prosedur mudah pengesanan faktor risiko penyakit NCD.

4.

Mewujudkan sekumpulan sukarelawan kesihatan terlatih di kalangan ahli komuniti.

KOSPEN turut merangka tiga strategi pelaksanaan bagi memperkasakan individu dan komuniti mengenai gaya hidup yang sihat. Strategi-strategi tersebut ialah :-

218514|218536|218671|218833

6

GMGA3033 OPERASI DAN PENILAIAN DASAR AWAM



Meningkatkan kesedaran individu dan komuniti tentang penyakit tidak berjangkit, faktor risiko penyakit tidak berjangkit yang berkaitan, langkah pencegahan asas serta prosedur mudah pengesanan faktor risiko penyakit tidak berjangkit ini;



Menterjemah pengetahuan kesihatan kepada perubahan tingkah laku yang sesuai dengan penduduk setempat;



Mewujudkan persekitaran yang menyokong gaya hidup yang sihat.

Aktiviti KOSPEN merangkumi lima skop pencegahan penyakit tidak berjangkit yang utama iaitu makan secara sihat, hidup yang aktif, tidak merokok, pengurusan berat badan yang unggul dan akhir sekali adalah pengesanan penyakit tidak berjangkit pada peringkat awal melalui saringan kesihatan. Datuk Dr. S. Subramaniam menjelaskan bahawa inisiatif Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) yang dilancarkan oleh beliau pada 13 Februari 2014 dibangunkan untuk meningkatkan mutu kesihatan rakyat dengan membendung beban penyakit tidak berjangkit yang semakin meningkat di Malaysia iaitu diabetes mellitus atau penyakit kencing manis dan hypertension atau darah tinggi. Kedua-dua penyakit ini berfungsi faktor risiko yang sama iaitu amalan pemakanan yang tidak sihat, merokok dan obesiti. Oleh yang demikian, skop aktiviti KOSPEN terdiri daripada pemakanan sihat, hidup yang aktif, pengurusan berat badan, tidak merokok dan aktiviti saringan penyakit tidak berjangkit dan faktor risikonya. Beliau juga menegaskan bahawa kementerian berusaha mendekatkan program-program kesihatan kepada masyarakat melalui pembentukan kumpulan sukarelawan kesihatan dari kalangan masyarakat yang dikenali sebagai Gerak Sihat Malaysia (GSiM). Mereka yang akan menerima latihan khusus oleh kementerian akan menjadi agen perubahan

218514|218536|218671|218833

7

GMGA3033 OPERASI DAN PENILAIAN DASAR AWAM

ke arah gaya hidup sihat di locality yang mengambil bahagian dan merekalah yang sebenarnya merupakan functional unit bagi KOSPEN di locality yang mengambil bahagian. Selain itu, beliau menyatakan bahawa secara permulaan, program ini telah dimulakan dengan KEMAS kerana untuk mendekati khususnya mereka yang ada di dalam kampung-kampung luar bandar di mana kegiatan KEMAS ialah satu kaedah yang aktif dan mereka menjadi agensi yang paling sesuai untuk kita mendekati dengan kumpulan di luar bandar. Di dalam fasa kedua, kementerian telah menjalinkan satu kerjasama dengan rukun tetangga supaya program yang sama boleh dibawa kepada kumpulan-kumpulan rukun tetangga mahupun di luar bandar ataupun di bandar. Selepas itu kementerian mempunyai pandangan yang terbuka untuk melibatkan agensi-agensi yang lain termasuk apa yang telah dicadangkan oleh ahli Dewan Rakyat yang lain. Manakala kesannya akan dikaji selepas program ini telah diteruskan untuk satu jangka masa yang sesuai di mana KPI (Key Performance Indicator) yang akan menentukan kejayaannya nanti. Daripada cara program ini dibuat, segala maklumat yang diperoleh di peringkat akar umbi akan dimasukkan kepada satu database dan database ini akan diperiksa dan disemak secara berterusan untuk memastikan keberkesanan program ini. Apa yang jelas ialah motif utama program kesihatan ini adalah untuk membawa perubahan dalam cara gaya hidup rakyat Malaysia supaya satu langkah untuk membendung beban yang kitahadapi melalui apa yang dipanggil sebagai non-communicable diseases. Selain daripada yang dinyatakan di atas terdapat juga beberapa masalah yang berkait dengan program kesihatan yang telah dibangkitkan oleh ahli Dewan Rakyat. Antaranya ialah :

218514|218536|218671|218833

8

GMGA3033 OPERASI DAN PENILAIAN DASAR AWAM

 Bajet atau peruntukan yang besar untuk merealisasikan perancangan pelaksanaan program kesihatan. Ini berikutan bajet yang perlu disediakan akan dibahagikan kepada kumpulan dan bahagian tertentu;  Kerjasama yang jitu daripada beberapa agensi, jabatan, JKKK dan sebagainya dalam usaha bersama-sama melaksanakan program kesihatan yang telah dirangka misalnya penjagaan kawasan sekitar kediaman dan perkampungan, pendidikan awal kanak-kanak dan pendedahan kesihatan kepada warga emas yang bertujuan untuk mewujudkan kesedaran di semua peringkat usia.  Usaha dalam menentukan anggota yang berkebolehan bagi menjalankan program kesihatan terutamanya dalam aspek saringan kesihatan bagi mengurangkan kadar kesilapan yang berlaku;  Menentukan aktiviti-aktiviti lain yang bersesuaian dengan budaya dan juga faktor usia masyarakat di tempat-tempat tertentu dalam menjayakan program kesihatan. Beberapa kenyataan atau masalah sampingan yang wujud di atas telah diteliti dan dicadangkan dengan pelbagai kaedah penyelesaian namun jika masyarakat tidak bersatu maka ia tidak dapat diselesaikan dengan mudah. Pihak berkepentingan harus tahu memainkan peranan mereka dalam mendekatkan diri dengan masyarakat setempat. Contoh aktiviti sihat yang seringkali kita lihat pada masa kini yang boleh dianggap sebagai satu trend adalah penganjuran Larian Beramai-ramai seperti Larian Seni, Youth Run, Kempen Berjalan 1000 Langkah, Larian Amal Penyayang, Larian Hari Malaysia, Balloon Run, Larian Pewaris 2016 dan sebagainya. Program sihat sebegini kebiasaannya adalah bertujuan untuk mengutip dana bagi membantu golongan yang susah hasil daripada bayaran yuran setiap peserta larian dan habuan

218514|218536|218671|218833

9

GMGA3033 OPERASI DAN PENILAIAN DASAR AWAM

kepada peserta pula berbentuk medal serta baju t-shirt. Walau bagaimanapun, tujuan utamanya adalah untuk melahirkan masyarakat yang sihat dan tidak lalai dengan penjagaan kesihatan dalam kehidupan mereka. 4.0 BENTUK

DAN

KRITERIA

PENILAIAN

DASAR

YANG

DIGUNAPAKAI Menurut Wholey dalam Lester (2000) mengatakan bahawa penilaian dasar awam ialah penilaian atau assessment yang dilakukan ke atas keseluruhan dasar dan program nasional berdasarkan sama ada memenuhi objektif yang ditetapkan, ataupun melihat kepada keberkesanan dua atau lebih program dalam mencapai objektif yang sama. Bentuk penilaian dasar yang digunakan ialah Penilaian Terhadap Proses (Process Evaluation). Bentuk penilaian ini memfokuskan kepada cara-cara atau means dasar dan program yang disampaikan kepada kumpulan sasaran. Bentuk ini menekankan cara program dilaksanakan dan pihak penilai akan membuat penilaian ke atas aktiviti program dan juga melihat kepada kepuasan kumpulan sasaran terhadap perkhidmatan yang ditawarkan. Dua bentuk kriteria yang sesuai untuk melakukan penilaian dasar tersebut ialah :-

1. Keberkesanan (effectiveness) Keberkesanan membawa maksud adakah hasil yang diharapkan dapat dicapai melalui pelaksanaan sesuatu program yang dilaksanakan. Melalui program KOSPEN, kami melihat wujud pelbagai aktiviti yang positif dan kesemua program yang dijalankan mampu memberi kesedaran kepada golongan sasaran. Contoh aktiviti sihat yang seringkali kita lihat pada masa kini yang boleh

218514|218536|218671|218833

10

GMGA3033 OPERASI DAN PENILAIAN DASAR AWAM

dianggap sebagai satu trend adalah penganjuran Larian Beramai-ramai seperti Larian Seni, Youth Run, Kempen Berjalan 1000 Langkah, Larian Amal Penyayang, Larian Hari Malaysia, Balloon Run, Larian Pewaris 2016 dan sebagainya. Program sihat sebegini kebiasaannya adalah bertujuan untuk mengutip dana bagi membantu golongan yang susah hasil daripada bayaran yuran setiap peserta larian dan habuan kepada peserta pula berbentuk medal serta baju t-shirt. Walau bagaimanapun, tujuan utamanya adalah untuk melahirkan masyarakat yang sihat dan tidak lalai dengan penjagaan kesihatan dalam kehidupan mereka. 2.

Kesesuaian (appropriateakness) Kesesuaian merujuk kepada adakah hasil yang diharapkan iaitu objektif

pelaksanaan program yang dilaksanakan berbaloi dan memberi impak kepada masyarakat. Hasil daripada pelaksanaan program kesihatan telah mampu melahirkan masyarakat yang mengamalkan budaya hidup sihat. Secara tidak langsung ia mengurangkan kadar statistik penyakit dalam negara.

5.0 NYATAKAN TEKNIK PELAKSANAAN DASAR YANG DICADANGKAN DALAM ISU TERSEBUT Menurut Stone (1988) terdapat lima bentuk penyelesaian masalah yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah awam. Bentuk-bentuk penyelesaian dasar ini boleh dijadikan sebagai kaedah untuk mengaplikasikan sesuatu dasar bagi masalah awam tertentu. Lima kaedah penyelesaian tersebut adalah;  Dorongan  Hak 218514|218536|218671|218833

11

GMGA3033 OPERASI DAN PENILAIAN DASAR AWAM

 Fakta  Peraturan  Kuasa Daripada teknik yang dinyatakan ada dua teknik penyelesaian dasar yang dicadangkan untuk mengatasi masalah yang berlaku semasa sesi persidangan tersebut. Antaranya ialah : 5.1. Hak Apabila kita bercakap mengenai hak, kita akan lihat hak-hak yang ada pada seseorang. Contohnya, hak untuk bergerak, hak untuk bersuara, untuk mendapatkan pelajaran, kesihatan dan banyak lagi. Walaupun hak adakalanya bertentangan dengan kepentingan politik dalam pentadbiran sesebuah negara, tetapi hak juga merupakan pendekatan atau sebagai jalan penyelesaian yang digunakan oleh kerajaan untuk membentuk tingkahlaku masyarakat bagi mencapai tujuan yang kolektif. Adalah menjadi hak rakyat negara kita untuk mendapatkan kesihatan yang baik serta kemudahan-kemudahan yang mencukupi semasa mereka memerlukan dan mendapatkan rawatan. Ringkasnya, apa yang dimaksudkan dengan hak ialah setiap individu berhak untuk menyuarakan pendapat masing-masing dalam bersama-sama memberi idea bagi menyelesaikan masalah seperti mana yang diperdebatkan dalam Parlimen iaitu untuk melahirkan agen-agen perubahan di kalangan kakitangan KEMAS dan JKKK. Secara tidak langsung, ia juga menunjukkan bahawa masyarakat berhak untuk mendapatkan kehidupan yang harmoni, selamat, dan bebas daripada segala penyakit yang membahayakan. Ibarat pepatah, lebih baik mencegah daripada mengubati. 5.2. Kuasa

218514|218536|218671|218833

12

GMGA3033 OPERASI DAN PENILAIAN DASAR AWAM

Konsep kuasa merupakan salah satu daripada konsep utama pengkajian politik. Segala kegiatan atau proses politik dikatakan berkisar atas persoalan kuasa. Konsep kuasa membawa pelbagai maksud dan ia terpulang kepada keadaan tertentu dalam masa istilah tersebut digunakan. Kuasa didefinisikan sebagai sejenis keupayaan atau ciri semula jadi pemerintah. Ia juga dianggap sebagai sejenis keupayaan untuk menyelesaikan masalah, melaksanakan sesuatu di mana manusia yang boleh mendatangkan sifat kesetiaan di kalangan orang perseorangan. Kuasa juga bermaksud pengaruh, bercorak kawalan dan juga dikerah untuk mempengaruhi ketaatsetian rakyat. Jika ia digunakan secara berkesan ia boleh mempengaruhi tingkah laku orang lain. Pendekatan ini merujuk kepada kuasa kepada pihak tertentu sebagai salah satu cara untuk menyelesaikan masalah. Selalunya pemberian kuasa ini lebih kepada pihak yang mempunyai pengaruh di dalam sesuatu komuniti. Ia juga memudahkan pihak tersebut untuk menjalankan kuasanya. Misalnya melalui pendekatan kuasa yang diberikan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia yang diterajui oleh YB Datuk Seri Dr. S. Subramaniam pada masa itu sudah pasti beliau dapat menangani setiap masalah dan mengatasinya dengan baik tanpa menghampakan mana-mana pihak yang berkaitan. Pada masa yang sama, bebanan terhadap permasalahan yang dialami mudah untuk diselesaikan secara aman dan teratur. Kuasa juga dilihat sebagai satu jalan penyelesaian yang sangat berkesan kerana jika dilihat dari sudut politik, apabila pihak atasan menggubal sesuatu dasar maka pelaksanaannya dianggap sebagai suatu perkara yang wajib dipatuhi. Dalam aspek usaha KOSPEN melahirkan agen-agen perubahan di kalangan kakitangan KEMAS dan JKKK akan dapat berjalan dengan lancar

218514|218536|218671|218833

13

GMGA3033 OPERASI DAN PENILAIAN DASAR AWAM

kerana telah wujudnya dasar-dasar yang bersesuaian hasil daripada pemerhatian, perundingan dan juga persetujuan pihak-pihak berkepentingan. 5.3 Dorongan Dorongan membawa maksud sorongan, tolakan mahupun asakan daripada satu pihak kepada satu pihak yang lain untuk melakukan sesuatu. Dorongan dilakukan adalah disebabkan beberapa tujuan yang tersendiri. Dalam isu program kesihatan misalnya, dorongan dilihat sebagai satu aspek jalan penyelesaian yang terbaik kerana dengan pelbagai aktiviti sihat yang dianjurkan mampu membantu masyarakat untuk menjalani hidup yang lebih sihat di samping memberi banyak manfaat lain seperti wujudnya silaturrahim yang akrab, boleh berkongsi maklumat terutamanya hal-hal kesihatan dan banyak lagi. Pihak JKKK dan juga anggota KEMAS boleh bekerjasama dalam menganjurkan aktiviti riadah ataupun larian kesihatan kepada orang awam demi memberi pendedahan yang luas tentang bahaya tidak menjaga kesihatan sedari awal dan dapat memupuk semangat kesukanan dalam diri masyarakat. Kini, kita sering melihat dan mendengar pelbagai aktivit larian amal amnya terlalu banyak diadakan yang bertujuan bukan sahaja untuk pendedahan maklumat kesihatan kepada masyarakat malah membantu golongan-golongan yang memerlukan dengan menyalurkan bantuan dalam bentuk kewangan dan perkhidmatan. Aktiviti sebegini semakin mendapat sambutan yang positif dan pada yang sama dapat melahirkan rasa kebertanggungjawaban dalam masyarakat tentang peri pentingnya hidup saling bantu-membantu. Banyak inisiatif yang akan diperolehi hasil daripada menyertai program larian berkenaan. Antaranya ialah baju percuma, kasut, pingat dan juga wang tunai. Ia dibuka dalam beberapa

218514|218536|218671|218833

14

GMGA3033 OPERASI DAN PENILAIAN DASAR AWAM

kategori seperti kategori terbuka, pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan pelajar sekolah. Ringkasnya, dengan dorongan sebegini pencapaian yang ingin dikecapi oleh KOSPEN mampu direalisasikan dengan jayanya.

6.0 KESIMPULAN Secara ringkasnya, dasar-dasar kerajaan yang digubal dan dilaksanakan selaras dengan nilai-nilai sosio-ekonomi dan politik negara pada satu-satu masa. Oleh kerana sifatnya yang dinamik, maka dasar-dasar kerajaan sentiasa berubah-berubah mengikut nilai-nilai masyarakat dan pucuk pimpinan dari semasa ke semasa. Melalui persidangan ini maka kerajaan seharusnya membuat keputusan terhadap sesuatu dasar atau tidak bagi mengatasi setiap permasalahan yang timbul kerana dengan penggubalan dan pelaksanaannya, ia mampu memberi kesan terhadap pembangunan

218514|218536|218671|218833

15

GMGA3033 OPERASI DAN PENILAIAN DASAR AWAM

negara yang seimbang. Setiap dasar yang diwujudkan oleh kerajaan mempunyai tujuan dan matlamatnya tersendiri. Dasar yang digubal adalah bertujuan untuk menyelesaikan masalah-masalah awam yang dihadapi oleh kerajaan. Ada ketikanya kerajaan menjangkakan apakah masalah yang bakal dihadapi oleh rakyat dan langkahlangkah pro aktif segera diambil untuk memastikan masalah yang dihadapi dapat diatasi dengan jayanya. Untuk itu, adalah amat penting sesuatu dasar itu perlu dikaji semula bagi memperbaiki perkhidmatan kesihatan terhadap sesetengah masyarakat yang mengalaminya dari semasa ke semasa.

7.0 RUJUKAN Centre for Health Equity, Training, Research and Evaluation UNSW. 2008. Action on Health Inequalities: Early Intervention and Chronic Condition SelfManagement. University of New South Wales. Sydney. Chee, H.L. 1990. Health and Healthcare in Malaysia. Present trends and implications for the future. Kuala Lumpur: Institut Pengajian Tinggi Universiti Malaya. Chew, S.C. 2007. Occupational Stress among Teachers in Grede A and Grede B Chinese Primary Schools, Manjong District, Perak. Bachelor of Science in Environmental and Occupational Health Thesis. Universiti Putra Malaysia.

218514|218536|218671|218833

16

GMGA3033 OPERASI DAN PENILAIAN DASAR AWAM

ESCAP & UNICEF. 1984. Basic community services through primary health care. Training approach. Bangkok. Foong, M.C. 2008. Prevalence of Occupational Stress and Job Psychological Charecteristics among a Glass Factory Worker in Pulau Pinang. Bachelor of Science in Environmental and Occupational Health Thesis. Universiti Putra Malaysia. Haliza MR, and Mohd Yunus A. 2006. More than Patient Care: The Community Medicine Attachment and Community Follow-up Modules. Brunei Journal of Health. Universiti Brunei Darul Salam. 1: 69-73. Hassan, STS, Jamaludin,H, Yunus A, M, et al. 2007. Framing ICT and drivers to enhance rural health research strategies. The Electronic Journal of Information System in Developing Countries. Hassan, STS, Jamaludin,H, Yunus A, M, et al. 2008. ICT enables and strategies for rural research. The Communication Initiative Network. International Focus. 2008. Number 12: 3-4. April 2008. Primary healthcare approach in Malaysia. (editorial). Juliana J, Zainuddin Z., et al., 2005.Indoor air quality inside buses and its implication to respiratory health among bus drivers in Klang valley. Malaysian Journal of Public Health Medicine 5(3). Malaysian Qualification Agency (MQA). 2008. Malaysian Qualification Framework. Petaling Jaya. Ministry of Health Malaysia. 2004. Division of Family Health Development Annual Report 2003. Ministry of Health Malaysia. 2006 Annual Report Ministry of Health 2005.

Ministry of Health Malaysia. 2006 My Health. Kuala Lumpur. Health Status of Malaysia 2005. Ministry of Health Malaysia. 2006. Health Facts 2005.

218514|218536|218671|218833

17

GMGA3033 OPERASI DAN PENILAIAN DASAR AWAM

Ministry of Health Malaysia. 2007. Petunjuk-petunjuk Kesihatan, 2006

Ministry of Health Malaysia. 2007. Annual Report 2006.

Merican, I. 2008. Primary health care in Malaysia. Beyond Alma Ata. Keynote address paper. 1st Asean Regional Primary Care Conference. 8th. Febuary 2008. Ministry of Health Malaysia & Academy of Physician Malaysia. Kuala Lumpur. Merican, I. 2008. 30 years after Alma Ata: Haressing the passion and moving PHC forward. Keynote address paper. 1st the National Primary Care Conference Malaysia. Sunway Convention Centre, Sunway. Ministry of Health Malaysia & Academy of Physician Malaysia. Kuala Lumpur. Mohd Yunus A. (Ed.) 2005. Community Health Medicine (SPK 3817) Student Guidebook. Department Community Health. Faculty of Medicine and Health Sciences. UPM. Serdang. Mohd Yunus A., and Md Idris MN. 1995. Klinik Secara Bersyarikat: Beberapa Strategi dan Panduan Pengurusan. Jurnal Perubatan UKM, 17: 75 – 89. Mohd Yunus A., Sherina, MS. et al. 2004. The prevalence of cardiovascular risk factors in a rural community. Malaysian Journal of Nutrition, 10(1): 5-12 .

218514|218536|218671|218833

18

More Documents from "Haziqah Zq"

Dasar Awam .docx
October 2019 23
Kt.docx
May 2020 5
49-79-1-sm.pdf
April 2020 11
Rayuan Haji.docx
April 2020 16
Ulasan Jurnal Saya.docx
December 2019 19