Ulasan Artikel Jurnal

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ulasan Artikel Jurnal as PDF for free.

More details

  • Words: 1,712
  • Pages: 19
KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN GGGB 5023 TUGASAN 2: ULASAN ARTIKEL JURNAL SITI RAFEQAH BINTI SAMSUNANWAR P48667

Jurnal 1 Improving Soft Skills of University Students through Software Development Team Projects Siew

Hock

Ow

Jurnal 2 The Action Research Endeavors of Six Classroom Teachers and Their Perceptions of Action Research Deborah Sardo-Brown

Jurnal 3 An Action Research Exploration Integrating Student Choice and Arts Activities in a Sixth Grade Social Studies Classroom Courtney Kosky Reagan Curtis

1

PERBANDINGAN Sampel Jurnal 1 67 pelajar Tahun 2 Jurusan Kejuruteraan Perisian, Program Sains Komputer Jurnal 2 Pelajar dari 6 kelas (2 Sekolah Rendah, 2 Sekolah Tengah, 2 Sekolah Tinggi) Jurnal 3 Pelajar Tahun 6 Setting Jurnal 1 Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Malaya Kuala Lumpur, Malaysia Jurnal 2 2 Sekolah Rendah, 2 Sekolah Tengah, 2 Sekolah Tinggi di kawasan pedalaman, pinggir bandar dan bandar di Pennsylvania, Amerika Syarikat Jurnal 3 Sekolah (Pembentukan) Profesional di Amerika Syarikat

2

Prosedur Jurnal 1 1. Kursus Pengurusan Projek (Projek Management @ PM) mengandungi 3 jam kredit iaitu 2 jam kuliah dan 1 jam tutorial 2. Pelajar diperkenalkan kepada teori dan konsep Pengurusan Projek semasa sesi kuliah 3. Dalam kelas tutorial, pelajar diminta mengaplikasikan teori dan konsep yang telah dipelajari bagi menguruskan Projek Pembangunan Perisian 4. Setiap kumpulan projek dianggotai oleh pelbagai kaum, seorang ketua dilantik di kalangan ahli 5. Sesi tutorial dibahagikan mengikut kumpulan 6. Semasa sesi tutorial, ketua akan mengetuai perbincangan serta pengagihan tugas projek 7. Setiap kumpulan juga diminta memberikan laporan projek bagi mengetahui perkembangan projek semasa sesi tutorial

3

Jurnal 2 1.6 orang guru dari program sarjana menjalankan Kajian Tindakan yang merupakan tugasan wajib untuk pengajian mereka 2.6 orang guru tersebut mengajar di sekolah yang berlainan, kawasan yang berlainan, subjek yang berlainan serta pendekatan/kaedah yang berlainan 3. Bidang yang dikaji juga berbeza; 2 guru mengkaji keberkesanan inovasi seperti pendekatan kurikulum yang baru serta pendekatan Matematik/Sains, 3 guru mengkaji penggunaan pendekatan kajian literatur seperti arahan berbantukan komputer, penguasaan pembelajaran serta kaedah pembelajaran metakognitif, manakala 1 lagi guru mengkaji kecenderungan menjadi pemimpin dalam aktiviti pembelajaran koperatif mengikut jantina.

4

Jurnal 3 1. Penulis 1 mengajar subjek Pengajian Sosial selama 4 waktu, sambil mengimplementasikan Seni dan Kajian Tindakan. 2.Setiap kelas diajar pelajaran yang sama, sebarang perubahan bergantung kepada keperluan kelas. 3. Pelajar menggunakan kepandaian dari segi visual, kinestetik, verbal dan logikal dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan. 4.Guru (pelajar/bakal guru) menggalakkan pelajar berfikir, bertanya soalan serta aktif di dalam kelas.

5

Pengumpulan & penganalisisan data Jurnal 1 1. Pemerhatian semasa sesi tutorial 2. Tinjauan soal-jawab bagi mendapatkan maklum balas Jurnal 2 1.Ujian sebelum dan selepas (Pre & Post Test) 2.Penulisan jurnal 3.Sesi pembentangan pelajar (rakaman video) 4.Tinjauan sikap 5.Ujian kemahiran asas 6.Ujian T 7.Soalan ‘open-ended’ 8.Aktiviti di dalam kelas (rakaman video)

Jurnal 3 6

Terdapat pelbagai kaedah yang digunakan, antaranya: 1.Perbualan harian antara guru dengan pelajar 2.Jurnal reflektif pengajaran guru (merekod perbualan harian guru-pelajar, catatan harian pengajaran serta tahap penglibatan pelajar dalam pelajaran dan aktiviti) 3. Penilaian Multiple Intelligence secara online dilakukan oleh guru sebelum permulaan sesi pengajaran bagi mendapatkan maklumat tentang minat dan kekuatan bidang pelajar 4.Tinjauan sikap pelajar, sebelum dan selepas projek Kajian Tindakan 5. Penilaian setiap sesi pelajaran dengan menggunakan kad “Rate This Lesson” dan maklum balas oleh pelajar 6.Penilaian markah pelajar melalui pelbagai tugasan (projek, ujian, kuiz, buku kerja)

ANALISIS 7

Jurnal 1 Perancangan Meningkatkan soft skills terutama komunikasi dan rundingan di kalangan pelajar Universiti melalui Projek Pembangunan Perisian dalam Kumpulan. Tindakan 1. Pelajar belajar teori dan konsep semasa kuliah. 2. Semasa tutorial, pelajar mengaplikasikan teori dan konsep dalam menguruskan Projek. 3. Setiap kumpulan terdiri daripada pelbagai kaum, seorang ketua dilantik. 4. Sesi tutorial dibahagikan mengikut kumpulan. Semasa sesi tutorial, ketua akan mengetuai perbincangan serta pengagihan tugas projek, seterusnya melaporkan perkembangan projek.

Pemerhatian 8

1. Pelajar dinilai berdasarkan pemerhatian serta tinjauan dan analisis soal jawab. 2. Soal jawab membolehkan pemerolehan maklum balas kemahiran pelajar dalam berkomunikasi dan berunding, perhubungan sesama ahli kumpulan serta pembelajaran konsep praktikal pengurusan projek. 3. Maklum balas pelajar menunjukkan terdapat peningkatan dalam kemahiran berkomunikasi dan berunding pelajar. Kerjasama dalam kumpulan yang berbilang bangsa juga membantu pelajar lebih memahami konsep pembelajaran. Refleksi Kemahiran berkomunikasi dan berunding boleh dipelajari dengan efektif melalui projek berkumpulan yang melibatkan penyertaan berbilang kaum.

Jurnal 2 9

Perancangan Guru 1 Melihat keberkesanan kurikulum baru iaitu A.I.D.S dalam membantu pelajar 32 pelajar Gred 4 memperolehi pengetahuan berkaitan virus HIV. Guru 2 Mengetahui kesan pendekatan teras MatematikSains dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains secara interdiscipline dan dwiwaktu di kalangan pelajar 26 pelajar Gred 6. Guru 3 Melihat peningkatan skor ujian unit Sains 31 pelajar Gred 8 selepas penggunaan pembelajaran berbantukan komputer, berbanding buku teks. Guru 4 Meningkatkan tahap pencapaian 109 pelajar menggunakan pendekatan Penguasaan Pembelajaran (Mastery Learning). Guru 5 Mengetahui samada kemunculan ketua di dalam kumpulan berlainan jantina adalah disebabkan jenis aktiviti. Guru 6 10

Melihat samada penggunaan kaedah pengajaran metakognitif mampu memperbaiki pencapaian 22 pelajar dalam ujian bab Pengajian Sosial sekaligus meningkatkan sikap mempelajari Sains Sosial. Tindakan Guru 1 1. Guru melakukan Ujian Sebelum dan Selepas (pre & post test). 2. Guru membuat perbandingan catatan jurnal, sebelum dan selepas penggunaan A.I.D.S. 3. Persembahan pelajar dirakam menggunakan video. Guru 2 1. Guru melakukan tinjauan sikap semasa awal dan akhir tahun persekolahan. 2. Guru membandingkan pencapaian ujian kemahiran asas pelajar tahun tersebut dengan pelajar tahun sebelumnya. Guru 3 1. Pelajar menggunakan C.A.I (Computer Assisted Instruction) dalam mempelajari Sains. 2. Guru melakukan penilaian berdasarkan ujian t serta tinjauan sikap. Guru 4 11

1. Guru menggunakan borang penguasaan pembelajaran sebanyak 4 bahagian pelajaran. 2. Pelajar diberi peluang mengambil semula ujian sekiranya markah kurang dari 85% bagi ujian bab 1. 3. Pelajar tidak dibenarkan untuk melangkah ke bab seterusnya sebelum menguasai bab tersebut. 4. Pelajar diuji dengan soalan open-ended bagi memperolehi reaksi pelajar terhadap pendekatan pembelajaran yang digunakan. Guru 5 1. Selepas sesi perundingan kesusasteraan, pelajar dinilai berdasarkan aktiviti tugasan, aktiviti sosial dan aktiviti yang tidak spesifik. 2. Aktiviti tugasan kebiasaanya dikuasai oleh lelaki dan melibatkan sumbangan secara langsung. Aktiviti sosial kebiasaannya dikuasai perempuan dan melibatkan moral serta perhubungan sesama ahli. Aktiviti yang tidak spesifik tidak spesifik kepada mana-mana jantina. 3. Aktiviti pelajar dirakam dengan video. Guru 6 12

1. Guru fokus kepada 1/10 daripada seksyen sejarah Amerika, yang melibatkan pelajar yang menghadiri sekolah vokasional/teknik setengah hari. 2. Guru mengajar pelajar menggariskan kata kunci serta idea semasa membaca serta penggunaan mnemonics dalam proses mengingat. 3. Skor pelajar dilihat berdasarkan ujian sebelum dan selepas. Pemerhatian Guru 1 1. Berdasarkan ujian, pencapaian pelajar meningkat 88%. 2. Melalui catatan jurnal, pelajar didapati lebih sensitif kepada kawan yang dijangkiti virus HIV. 3. 75% pelajar mampu mengawal pendarahan melalui latihan menggunakan model patung.

Guru 2 13

1. Tinjauan sikap yang dibuat selepas kajian menunjukkan pelajar terutama perempuan cenderung untuk mempelajari Matematik dan Sains. 2. Ujian kemahiran asas juga menujukkan terdapat perubahan yang signifikan dalam persembahan pelajar. Guru 3 1. Ujian t mengesahkan terdapat peningkatan dalam skor ujian unit Sains. 2. Namun begitu tinjauan sikap tidak memberikan sebarang perubahan. Guru 4 1. 90% daripada pelajar menyukai pendekatan penguasaan pembelajaran dalam memahami pelajaran. Guru 5 1. Ketiga-tiga aktiviti menunjukkan pelajar lelaki lebih cenderung untuk menjadi ketua dalam sesi pembelajaran koperatif. Guru 6 1. Skor ujian pelajar meningkat terutama bagi pelajar yang lemah. 2. Berdasarkan soal jawab, sikap pelajar dalam mempelajari sejarah Amerika juga meningkat. Refleksi 14

Guru 1 Guru mendapati kurikulum A.I.D.S boleh digunakan sebagai contoh tambahan kepada fakta dalam pengajaran, tambahan pula pelajar gemar berfikir. Guru 2 Guru mendapati terdapat perubahan yang tidak signifikan dalam pencapaian pelajar, maka guru perlu lebih berpengalaman dalam sesi pengajaran tahun seterusnya. Guru 3 Guru mendapati terdapat peningkatan dalam skor ujian unit Sains, tetapi mencari cara untuk membaiki sikap pelajar dalam mempelajari Sains. Guru 4 Guru berhasrat untuk meneruskan penilaian minat pelajar menggunakan kaedah baru, peperiksaan berdasarkan persembahan pelajar. Guru 5 Guru bercadang menetapkan peranan yang spesifik kepada setiap pelajar dalam sesi pembelajaran secara koperatif. Guru 6 Guru mahu menyambung kajian dalam seksyen yang lain. Jurnal 3 15

Perancangan Meningkatkan penyertaan dan motivasi pelajar dalam Pengajian Sosial menggunakan Seni Tindakan 1.Pelajar diajar Pengajian Sosial sambil diselitkan penggunaan Seni dalam sesi pembelajaran. 2. Semasa menyelesaikan tugasan yang diberikan, pelajar menggunakan kepandaian dari segi visual dalam menghasilkan peta, kepandaian kinestetik semasa melakonkan sesuatu watak, kepandaian verbal semasa bercerita, membaca dan menulis serta kepandaian logikal dalam menyelesaikan masalah purba kala. 3. Guru juga menggalakkan pelajar berfikir sendiri, bertanya soalan serta melibatkan diri sepenuhnya semasa perbincangan di dalam kelas. 4.Pelajar mengambil masa lebih kurang seminggu untuk menyesuaikan diri dengan kaedah pembelajaran yang baru. 5.Pelajar mempelajari bahawa setelah memahami latar belakang sesuatu topik, pelajar akan lebih mudah melibatkan diri 16

dengan aktiviti sekaligus meningkatkan daya fokus dan motivasi untuk belajar. Pemerhatian 1. Kebanyakan pelajar mempunyai kekuatan dari segi kinestik atau verbal. Oleh itu guru menggunakan perbincangan secara terbuka semasa di dalam kelas. 2. Guru memberikan kebebasan kepada pelajar untuk memilih sebarang jenis Seni dalam menyelesaikan tugasan projek. Hasilnya, ada pelajar yang menggunakan seni lukis, puisi dan juga lakonan. 3. Sesi pembelajaran sentiasa dipantau melalui penilaian oleh pelajar. Didapati, aktiviti pembelajaran yang melibatkan Seni mendapat penilaian yang lebih tinggi berbanding kaedah pembelajaran tradisional. 4. Tahap penyertaan pelajar dicatatkan dalam jurnal relektif guru. Data menunjukkan tahap penyertaan pelajar lebih tinggi apabila sesi pembelajaran melibatkan aktiviti Seni. Tahap penyertaan pelajar paling tinggi adalah semasa melakukan projek kerana pelajar diberi peluang membuat pilihan sendiri. 17

Refleksi 1. Apabila pelajar gembira semasa sesi belajar, maka pelajar dapat belajar dengan lebih baik. Keputusan menunjukkan gred pelajar adalah lebih baik semasa Kajian Tindakan dijalankan. 2. Pelajar perlu diberikan peluang untuk melibatkan diri secara aktif semasa sesi pembelajaran, daripada hanya duduk mendengar. 3. Pengintegrasian Seni dalam pembelajaran boleh diaplikasikan dalam semua kelas. Namun, guru perlu menyesuaikan Seni dengan kandungan/sukatan subjek dan objektif pengajaran. 4. Guru juga perlu fleksibel, sanggup mengambil risiko dan mempunyai hubungan dan komunikasi yang baik dengan pelajar.

18

SINTESIS •



Kesemua Kajian Tindakan melibatkan 4 langkah yang utama iaitu: o perancangan o tindakan o pemerhatian o refleksi Ada artikel jurnal yang tidak menyatakan dengan spesifik: o prosedur dan tindakan yang diambil semasa Kajian tindakan dijalankan o jumlah sampel yang digunakan o tempoh dan kitaran kajian dibuat RUMUSAN

• Kajian Tindakan sangat penting dalam meningkatkan, merperkembangkan serta memperbaiki minat, pencapaian serta prestasi pelajar dalam sesuatu subjek. • Justeru setiap guru perlu menjalankan Kajian Tindakan bagi memperbaiki prestasi pelajar selain menambah baik kaedah pengajaran dan pembelajaran.

19

Related Documents