Ulasan Jurnal Ekonomi Monetari

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ulasan Jurnal Ekonomi Monetari as PDF for free.

More details

  • Words: 1,270
  • Pages: 5
ULASAN JURNAL TAJUK JURNAL: MONETARY POLICY AND THE FINANCIAL DECISION OF FIRM (KEBERGANTUNGAN KEPUTUSAN KEWANGAN SESEBUAH FIRMA TERHADAP POLISI MONETARI) PENULIS:

THOMAS F. COOLEY DAN VINCENZO QUADRINI

SUMBER:

ECONOMIC THEORY 27, 243-270

Thomas F. Cooley dan Vincenzo Quadrini merupakan dua orang pengkaji yang telah mengkaji kesan perubahan polisi monetari terhadap pelbagai aspek. Dalam kertas kajian ini, pengkaji telah melakukan kajian perubahan yang berlaku dalam sesebuah firma dari segi membuat keputusan kewangan apabila berlaku perubahan dalam polisi monetari. Pengkaji telah membina model keseimbangan umum dengan mengambil beberapa firma yang telah lama beroperasi dalam pasaran dan faktor kewangan memainkan peranan penting dalam membuat keputusan pengeluaran dan pelaburan. Apabila ekonomi mengalami kejutan, pengkaji telah menyatakan bahawa firma kecil lebih bertindak balas terhadap kejutan tersebut berbanding dengan firma yang besar. Dengan kata lain kesannya adalah terhadap pengeluaran ataupun output firma tersebut. Pengkaji juga menyatakan dapatan kajian lain yang diperolehi adalah ketidaktentuan pulangan pelaburan saham akibat daripada kejutan ekonomi monetari. Dalam kajian ini, pengkaji telah menyatakan bahawa terdapat jurang perbezaan yang besar antara firma yang besar dengan firma kecil dalam membuat keputusan dari segi kewangan bagi sesebuah firma. Pernyataan pengkaji dibuktikan melalui kajian Fazzari et al. (1988) dan pengkaji-pengkaji lain yang menyatakan bahawa firma kecil memberikan lebih keuntungan, membayar faedah yang lebih rendah kepada pemegang saham, membuat pinjaman bank yang lebih banyak dan membuat pelaburan melebihi berbanding firma yang besar. Pengkaji turut menyatakan kajian lain yang dijalankan untuk mengukuhkan hipotesis mereka seperti Gertler dan Gilchrist (1994) dan Gilchrist dan Himmelberg (1996, 1998) dimana mereka menyatakan keputusan pelaburan bagi firma kecil lebih banyak bergantung kepada aliran tunai firma tersebut. Kesannya firma

kecil bertindak balas dengan kejutan ekonomi monetari berbeza jika dibandingkan degan firma besar. Untuk mengkaji bagaimana geseran kewangan memberi kesan kepada kejutan ekonomi, pengkaji telah melakukan kajian bagaimana geseran kewangan membawa kepada kepelbagaian firma dari pandangan ekonomi. Firma mempunyai kepelbagaian jumlah ekuiti yang memberi kesan terhadap keputusan kewangan dan skala pengeluaran. Perubahan di dalam struktur modal begitu ketara kesan daripada keputusan kewangan yang dibuat oleh sesebuah firma. Pengaji tidak mengambil kira perbezaan teknologi antara firma di dalam kajian ini. Pengkaji hanya menumpukan kepada perbezaan keadaan kewangan bagi sesebuah firma. Pengkaji telah mengandaikan bahawa semua firma mempunyai akses yang sama terhadap sesuatu teknologi untuk menghasilkan barangan yang sama. Firma membiayai modal (kilang) melalui pinjaman yang dibuat daripada perantara kewangan (syarikat kewangan, bank, pelabur dan lain-lain). Semakin banyak had pinjaman yang dapat dibuat oleh sesebuah firma, semakin banyak pengeluaran dapat dibuat dan keuntungan jangkaan adalah lebih tinggi. Firma perlu membuat keputusan dalam menentukan kadar leverage (nisbah hutang dan ekuiti) bergantung kepada jumlah ekuiti yang dimiliki dalam sesebuah perniagaan. Pengkaji juga menyatakan bahawa perkembangan sesebuah firma turut bergantung kepada keputusan kewangan dan pelaburan yang dibuat. Setiap keputusan yang dibuat oleh sesebuah fira mestilah selari dengan kehendak dan keperlua industri yang diceburi. Mengikut teori Gibrat, pertumbuhan firma dengan saiz firma adalah tidak berkaitan sama sekali. Teori tersebut disahkan melalui kajian yang telah dibuat oleh Hall (1987) dan Evans (1987a) menunjukkan kadar perkembangan firma sektor pembuatan dan ketidakpastian di dalam sesebuah industri tidak bergantung kepada saiz dan tempoh operasi firma tersebut. Pengkaji melihat bahawa firma yang kecil berkembang dengan lebih cepat, menghadapi pelbagai faktor dalam perubahan dan mempunyai kadar pengkoordinasian kerja yang tinggi. Pengkaji juga melihat bahawa firma yang kecil membuat pinjamam lebih tinggi berbanding dengan firma yang besar, menerbitkan dividen yang kecil kepada pemegang saham dan pelaburan mereka bergantung kepada aliran tunai yang ada.

Untuk kajian ini, pengkaji telah menghasilkan model ekonomi dimana dengan mengandaikan bahawa kepelbagaian firma adalah pembolehubah terhadap polisi monetari. Perubahan dalam pengeluaran agregat yang disebabkan oleh kejutan ekonomi monetari disebabkan oleh tindakbalas firma kecil terhadap kejutan itu. Dari itu, pengkaji telah merumuskan bahawa firma kecil lebih bertindakbalas terhadap kejutan ekonomi monetari berbanding dengan firma yang besar. Pengkaji turut menjelaskan bahawa kejutan ekonomi monetari memberi kesan yang lebih besar ketika sesebuah firma sedang menanggung hutang yang besar. Turut dinyatakan bahawa kejutan ekonomi monetari lebih memberi kesan terhadap ketidakstabilan pulangan saham berbanding dengan ketidakstabilan dalam keuntungan, dividen dan juga pengeluaran agregat. Kejutan ekonomi monetari memberi kesan terhadap perubahan kadar inflasi, memberi kesan terhadap kadar bunga dan seterusnya terhadap nilai sesebuah firma dalam pasaran akhirnya memberi kesan terhadap pulangan saham pasaran. Pengkaji telah menggariskan tiga model dalam kajian ini iaitu firma, isi rumah dan perantara kewangan dan bank pusat. Ketiga-tiga model tersebut dijelaskan dengan terperinci dari pelbagai aspek. Untuk firma, pengkaji telah memberikan pembolehubah bersandar dan tak bersandar yang terdapat di dalam fungsi pengeluaran. Setiap pembolehubah diperincikan seperti buruh, ekuiti dan barang pertengahan yang dibeli daripada firma lain. Pengkaji menyatakan bahawa buruh dan input pertengahan adalah pelengkap kepada modal. Bagi isi rumah, pengkaji turut menghasilkan fungsi yang mengira pemaksimuman utiliti. Model ketiga adalah syarikat kewangan dan bank pusat di mana pengkaji menerangkan bagaimana sesebuah syarikat kewangan berfungsi dengan menerima deposit daripada isi rumah dan menggunakannya untuk memberi pinjaman kepada firma mengikut masa. Syarikat kewangan turut menerima suntikan dana daripada bank pusat. Pengkaji menerangkan fungsi bank pusat mengawal syarikat kewangan dalam memberi pinjaman kepada firma. Pengkaji turut membincangkan beberapa masalah yang dihadapi oleh firma dan juga isi rumah. Permasalahan di dalam sesebuah firma ialah membuat keputusan untuk memilih antara inisiatif modal ataupun buruh dalam pengeluaran untuk meminimumkan kos dan memaksimumkan keuntungan. Pengkaji turut menerangkan permasalahan yang

dihadapi oleh firma dari aspek jumlah pinjaman yang diberikan oleh organisasi kewangan. Melalui fungsi yang diterbitkan oleh pengkaji, setiap pembolehubah yang terdapat di dalam fungsi itu diterangkan secara keseluruhan, pengkaji merumuskan apabila firma berjaya dalam perniagaan yang diceburi dan mendapat untung, firma melalui keputusan kewangan akan membuat pelaburan semula dengan menggunakan keuntungan tersebut untuk mengembangkan lagi firma tersebut. Sebaliknya, firma akan menggunakan laverage untuk menanggung kerugian yang dialami serta mengecilkan operasi firma. Masalah lain yang dibincangkan oleh pengkaji adalah mengenai kemasukan baru firma ke dalam industri. Kesannya adalah persaingan bertambah sengit dan keuntungan sesebuah firma akan berkurangan. Hal ini disebabkan pengguna mempunyai lebih pilihan terhadap produk yang hampir di pasaran. Turut dibincangkan di dalam permasalahan adalah

masalah

isi

rumah

dan

keseimbangan

umum.

Isi

rumah

berfungsi

menyumbangkan tenaga buruh, berbelanja,melabur di dalam firma, membuat tabungan dan memegang tunai. Isi rumah turut menukar pegangan di dala sesebuah firma. Fungsi yang rumit telah ditunjukkan oleh pengkaji untuk menerangkan setiap komponen yang wujud dalam masalah isi rumah. Seterusnya pengkaji telah menggunakan data numerical untuk menyelesaikan fungsi yang diterbitkan dalam model-model yang dinyatakan oleh pengkaji sebelum ini. Terdapat beberapa andaian yang digunakan untuk menyelesaikan fungsi yang diterbitkan dan nilai-nilai yang diingini oleh pengkaji dapat diterbitkan dalam bentuk kuantitatif. Pengkaji mendalami lagi kupasan kajian dengan menerbtkan graf untuk setiap model yang telah dinyatakan. Setiap rajah yang diterbitkan meggambaran keadaan model dalam keadaan terkawal. Keadaan ini adalah untuk membuat perbandingan dengan keadaan ekonomi monetari kejutan. Pengkaji mula melihat tindakbalas firma terhadap kejutan ekonomi onetari dengan mengemukakan data dan rajah secara lebih terperinci. Di dalam rajah, pengkaji menunjukkan perbezaan antara firma kecil dan firma besar dari segi pengeluaran dan hutang. Terdapat juga rajah di dalam kajian ini yang menunjukkan pembolehuah agregat yang bertindakbalas dengan kejutan kadar faedah.

Untuk memantapkan lagi kajian ini, pengkaji mengandaikan pasaran kewangan turut bertindakbalas terhadap kejutan agregat. Pengkaji turut menggunakan fungsi untuk memberkan gambaran terhadap tindakbalas ini. Setelah penerangan secara numerical dan rajah diterbitkan oleh pengkaji, kongklusi dibuat dengan menyatakan bahawa ekonomi dengan hanya mengalami kejutan monetari akan menghasilkan hubungan yang positif antara pertumbuhan wang dengan pulangan pasaran saham tetapi tidak berhubung dengan inflasi. Beberapa sebab diberikan oleh pengkaji terhadap rumusan tersebut. Kesimpulan untuk keseluruhan kajian ini, pengkaji telah menyatakan bahawa firma kecil lebih sensitif bertindakbalas terhadap kejutan kadar faedah berbanding dengan firma besar kerana firma besar mempunyai lebih banyak laverage. Pengkaji turut merumuskan bahawa kejutan monetari memberikan ketidaktentuan dala pasaran kewangan terutamanya dalam pulangan pasaran saham.

Related Documents