Ulasan Jurnal Dr Rosma.docx

  • Uploaded by: Khaireyah Katnin
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ulasan Jurnal Dr Rosma.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 2,425
  • Pages: 10
KPF 6064 KURIKULUM MASA DEPAN TUGASAN: INDIVIDU JOURNAL ANALYSIS (MODEL PENERIMAAN DIGITAL DALAM KALANGAN GURU DI MALAYSIA)

Nama Pensyarah: DR ROSMA OSMAN Nama Pelajar: NURUL KHAIREYAH HAKIMAH BINTI KATNIN M20162002035

1.0 Pengenalan

Jurnal ini merupakan kertas cadangan oleh Ahmad Shidki Bin Mat Yusoff dan Ab. Hamid Bin Ali. Ahmad Shidki merupakan pensyarah daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan di Jabatan Penyelidikan, Inovasi dan profesionalisme keguruan dan Ab. Hamid bertugas di Institusi Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu sebagai pensyarah di Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. Seiring dengan perkembangan teknologi, format digital telah mula mempengaruhi dunia pendidikan yang mempunyai kaedah dan teknik pelbagai. Perubahan mekanisme yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi pengintegrasian Pembelajaran frog-VLE dalam pembelajaran harian adalah merupakam salah satu bentuk pembelajaran secara digital. Malah usaha ini dipergiatkan dengan memperkenalkan penggunaan bilik darjah online dan ruang sosial yang berfiungsi sebagai e-pembelajran dengan menggunakan internet. Perbincangan di dalam jurnal ini adalah untuk memberi gambaran yang jelas kepada kumpulan sasarnya tentang keperluan dan tahap penerimaan penggunaan digital dikalangan guru di Malaysia. Ini kerana terdapat kajian yang terdahulu menunjukkn guru-guru di sekolah tidak menerima baik perubahan ini serta kurang memberikan tumpuan terhadap penggunaan teknologi untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran. Justeru, penulis menjangkakan kajian ini dijangkakan dapat menyumbang kepada pemahaman terhadap konsep dan kepentingan model UTAUT sebagai Model Penerimaan Digital dalam kalangan guru di Malaysia untuk menggunakan teknologi digital dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada masa hadapan.

2.0 Sasaran Pembaca

Berdasarkan kepada tajuk fokus kajian dan kertas cadangan jurnal ini adalah ditujukan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai pembuat dasar agar dapat membuat persediaan dalam merangka strategi-strategi yang lebih dinamik untuk meneruskan penggunaan peralatan digital disekolah. Selain itu, memberi kesedaran kepada guru terhadap

kepentingan

penggunaan

teknologi

digital

dalam

pembelajaran

dan

pemudahcaraan (Pdpc) agar sentiasa bersifat inovasi menerusi gaya pembelajaran maya.

3.0 Permasalahan Kajian

Memandangkan teknologi digital mahupun ICT dapat memastikan sumber maklumat boleh diperolehi dengan mudah pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja, maka dengan penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan dan pentadbiran pendidikan Malaysia diperlukan (Norliza, 2013). Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyahut cabaran ini dengan menyediakan Program 1BestariNet, penyediaan Pelantar Pelajaran Maya, VLE ataupun Virtual learning Environment merangkumi buku teks digital serta pembelkalan computer riba Chromebook kepada sekolah-sekolah. Hal ini menjadikan segala maklumat dan ilmu pengetahuan boleh dicapai dimana-mana sahaja tanpa kekangan masa dan tempat. Bahkan, internet juga membolehkan pengguna melakukan kaedah pembelajaran secara elektronik (Aliff Nawi, Ahmad Fikhruddin, Hafit Hidayah & Mohamad Rafie, 2014). Walau bagaimanapun pada masa ini, kemudahan dan kepakaran ini terhad dan masih tidak dapat memenuhi keperluan di sekolah-sekolah. Menerusi kaji selidik yang dijalankan oleh KPM pada tahun 2010 mendapati bahawa penggunaan ICT disekolah adalah terhad. Dimana, 80% daripada guruguru di Malaysia menggunakan ICT kurang daripada satu jam setiap minggu.

Terdapat pelbagai kemungkinan wujudnya masalah berkaitan teknologi dalam kalangan guru, namun sebahagian besar kajian yang dijalankan sebelum ini menunjukkan guru mempunyai maslaah untuk menerima penggunaan digital sebagai kemudahan teknologi smeasa mengajar. Antara faktornya disebabkan oleh guru kurang menerima pendedahan terhadap peralatan dan fungsi peralatan teknologi ini dalam inovasi Pdpc abad ke-21. Menurut pandangan Motaghian, Hassanzadeh & Moghadam (2013) mendakwa kegagalan ini berpunca dari sudut faktor penerimaan teknologi. Penggunaan digital dalam pdpc akan berjaya sekiranya sekolah dan guru menerima untuk melaksanakannya dengan betul. Oleh itu kajin ini bertujuan untuk membina satu model konseptual berkenaan penerimaan guru terhadap pendigitalan sebagai medium dalam Pengajaran dan Pemudahcaraan. Hal ini dilakukan dengan memeriksa teori Unified Theory of Acceptance and Use of Technology (UTAUT). Teori ini dijangkakan dapat membantu kelompangan mengenai penerimaan pendigitalan guru di Mlaaysia untuk meneruskan penggunaan peralatan digital dalam pdpc pada masa depan.

4.0 Sorotan Literature

Didalam jurnal ini, penulis turut menyatakan beberapa contoh kajian lepas yang telah dilaksanakan dalam melihat kepentingan penggunaan teknologi dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (Pdpc), penggunaan model UTAUT berdasarkan model-model terdahulu berdasarkan teori psikologi dan mengaitkan niat dengan penggunaan (actual usage). Menurut Lin (2012) sistem pembelajaran maya adalah sistem maklumat yang memudahkan e-pembelajaran telah dilaksanakan secara meluas oleh institusi pendidikan untuk menyokong pengajaran face to face dan secara belajar secara kendiri dalam pembelajaran maya. Malah dalam kajian yang dilaksanakan oleh Jou & Wang (2013) menyokong kemahiran teknikal yang telah dibangunkan menyatakan bahawa VLE dapat membantu meningkatkan prestasi pembelajaran pelajar.

Model UTAUT dibina berdasarkan persamaan pembolehubah-pembolehubah yang terdapat pada model-model terdahulu berdasarkan teori psikologi. Teori UTAUT mengandungi empat teras pennetu penggunaan niat dalam teknologi (Venkatesh,2003) iaitu jangkaan terhadap prestasi (performance expectation), jangkaan terhadap usaha (effort expectation), pengaruh sosial (social influence) dan keadaan kemudahan (facilitating condition). Model ini disokong dalam kajian lepas. Menurut Mohd Azli (2016) modelmodel penerimaan individu terhadap penggunaan teknologi adalah dibentuk melalui kajian yang mendalam berkaitan persepsi, kepercayaan, sikap individu dan pengaruh luaran; maklumbalas terhadap perkara yang mendorong tingkahlaku individu untuk menerima dan menggunakan teknologi dalam menyempurnakan sesuatu tanggungjawab. Kajian yang dilaksanakan oleh Shin & Knag (2015) menggambarkan bahawa faktor-faktor seperti selfefficacy, personal innovativeness, dan system accessibility secara positif mempengaruhi penggunaan teknologi.

Sejak UTAUT mula digunakan tahun 2003, penyelidik telah semakin beralih kepada menguji UTAUT untuk menjelaskan penggunaan teknologi, termasuklah e-learning (Bakar, Razak, & Abdullah, 2013), social media (Gruzd, Staves, & Wilk, 2012) on-line family dispute resolution services (Casey & Wilson-Evered, 2012), mobile banking (Zhou, Lu, & Wang, 2010), health information technology (Kijsanayotin, Pannarunothai, & Speedie, 2009), online purchasing (San Martín & Herrero, 2012), mobile commerce (Chong, 2013; Min, Ji, & Qu, 2008) information kiosks (Y.-S. Wang & Shih, 2009), e-

government (Weerakkody, El- Haddadeh, Al-Sobhi, Shareef, & Dwivedi, 2013), mobile wallet (Shin, 2009). Rumusannya, model UTAUT mengintegrasikan teori-teori yang sudah mantap dalam penyelidikan mengenai penerimaan individu berkaitan teknologi maklumat.

5.0 Rumusan Jurnal

Melalui rujukan dan penilitian terhadap kajian-kajian empirical terdahulu, didapati modelmodel penerimaan telah melalui proses pembuktian, pengukuhan, kembangan lanjutan konstruk dan penambahbaik penjelasan terhadap penerimaan teknologi berdasarkan konstruk dan penambahbaik penjelasanb terhadap penerimaan teknologi selari dengan garis masa perkembangan teknologi. Jelas di sini bahawa, model UTAUT merupakan model penerimaan terkini paling komprehensif dalam mengkaji penerimaan invividu terhadap teknologi kerana model ini telah dibangunkan melalui perkembangan dan penambahbaikan berdasarkan model-model penerimaan terdahulu, teori-teori berkaitan motivasi serta sikap terhadap teknologi (Venkatesh, Thong, & Xu, 2012). Keadaan ini menunjukkan bahawa model penerimaan terkini (Model UTAUT), mampu untuk memberi penjelasan yang lebih bersepadu dan menyeluruh berkaitan faktor-faktor penerimaan individu terhadap penggunaan teknologi. Walaupun UTAUT terpakai kepada pelbagai teknologi, pembolehubah UTAUT boleh diperluaskan dengan menggabungkan faktor-faktor tambahan. Mengikut pendapat penyelidik yang menyokong pendapat Seitzinger (2006) ciri-ciri pemboleh ubah aktiviti pembelajaran seperti penglibatan pelajar, pembelajaran aktif, kolaborasi, berdasarkan dunia sebenar dan penggunaan pemikiran sebagai sebahagian proses pembelajaran.

Memandangkan penawaran kursus bersifat digital seperti VLE menjadi bahagian yang semakin penting di sekolah-sekolah seluruh negara. Maka daripada sudut teoritikal ia memerlukan suatu penjelasan terhadap penerimaan guru bagi memastikan peningkatan penggunaanya pada kadar yang tinggi selaras pelaburan yang telah dibuat oleh kerajaan Malaysia. Hal ini menjadikan terdapat keperluan untuk menjelaskan keserasian pedagogi guru terhadap penerimaan guru di sekolah kerana perkembangan pendigitalan telah meliputi PdP di sekolah di samping VLE itu sendiri merupakan satu inovasi dalam pendidikan (Wu, Xu & Ge, 2012). Menurut Rogers (2003) antara faktor yang menyebabkan individu mudah menerima sesuatu inovasi ialah keserasian serta kemiripan inovasi tersebut dengan nilai, pengetahuan dan kemahiran yang sedia ada, dan sesuai dengan keperluan

individu tersebut Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaan tingkah laku guru untuk menggunakan teknologi digital dengan menambah pemboleh ubah keserasian pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran dengan model UTAUT. Model yang dicadangkan akan diuji dengan data yang dikumpul daripada guruguru yang mengajar di Malaysia. Penulis telah merangka kerangka kajian yang ingin dilaksanakan dalam mengenalpasti tahap penerimaan digital dalam kalangan guru pada rajah dibawah.

Rajah Kerangka Konseptual

Penulis menjangkakan kajian ini dapat menyumbang kepada pembinaan kerangka yang berkaitan penerimaan pendigitalan dalam pengajaran dan pembelajaran (Pdpc) dalam kalangan guru di seluruh negara. Selain itu, masalah kepenggunaan yang rendah pendigitalan dalam pdpc dapat dikenalpasti. Hal ini dapat membantu pihak KPM untuk membuat persediaan dalam merangka strategi-strategi yang lebih dinamik untuk meneruskan hasrat penggunaan ICT dan peralatan digital di sekolah pada masa hadapan. Oleh itu, dalam usaha untuk melaksanakan teknologi digital dalam PdP, penyelidik seperti Kriek & Stols (2010) menyatakan keperluan terhadap pemahaman dan kepercayaan yang lebih baik dapat mempengaruhi dalam membuat keputusan untuk menggunakan teknologi atau pun tidak.

6.0 Cadagan Penambahbaikan

Pembelajaran abad ke-21, bukanlah sesuatu perkara yang baru dalam sistem pendidikan tetapi merupakan inovasi pendidikan secara tradisonal dengan menggunakan teknologi dan persekitaran kerja yang baru (Rufaizal & Azuin, 2017). Kemahiran abad ke-21 akan melahirkan pelajar yang sentiasa berusaha mencari ilmu dan menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan sepanjang masa. Kepakaran dalam kemahiran abad ke-21 sangat penting bagi seseorang pada masa kini kerana bagi mereka yang tidak mempunyai kemahiran ini akan ketinggalan di dalam arus teknologi bidang pekerjaan abad ke-21. Dalam konteks pendidikan hari ini, suatu perubahan perlu dalam proses pengajaran yang lebih kreatif perlu dicerna (Yahya & Lailinanita, 2012). (1) Guru tidak perlu terikat dengan sesuatu cara dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran, sebaliknya perlu sentiasa berfikir di luar kotak pemikiran biasa untuk mencari kaedah serta pendekatan baru yang lebih berkesan. Justeru itu, pelbagai pendekatan pembelajaran dan pengajaran yang kreatif dan inovatif samada didalam mahupun di luar kelas perlu dilaksanakan oleh guru bagi menerapkan kemahiran abad ke-21 di dalam diri pelajar.

Kajian yang ingin dijalankan penulis adalah untuk mengenalpasti tahap penerimaan guru terhadap penggunaan peralatan digital didalam proses pembelajaran dan pemudahcaraan. Namun perlu dikaji dan diketahui juga peranan pelbagai pihak yang boleh membantu meningkatan tahap penerimaan guru dalam menggunakan aplikasi teknologi dalam proses pdpc. Teknologi maklumat dan komunikasi, kreativiti dan inovasi merupakan sesuatu yang sangat penting dalam era k-ekonomi pada abad ke- 21. Cabaran utama negara dalam menghadapi k-ekonomi ialah cabaran bagi melahirkan rakyat Malaysia yang kreatif, inovatif dan berpengetahuan tinggi dalam pebagai bidang. Justeru itu, (2) sektor pendidikan terutamanya memainkan peranan penting bagi melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi, berpengetahuan, berkualiti tinggi dan mampu bersaing di peringkat global. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menyarankan kepada semua sekolahl supaya melaksanakan inovasi pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan sistem pendidikan di negara ini. Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak KPM bagi menggalakkan inovasi pengajaran dan pembelajaran, namun amalan inovasi seperti yang disarankan masih sukar dilaksanakan di sekolah (Lailinanita, 2008).

Seiring perkembangan dunia yang kian pesatnya, ia turut mempengaruhi percambahan teknologi yang membawa kepada perubahan yang besar khususnya dalam sektor pendidikan. Perkara ini turut dinyataakan oleh Zaharah, Saedah, Ghazali & Nur Hasbuna (2015) dalam kajiannya dimana seperti yang telah termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia anjakan yang ketujuh, (3) usaha pihak kerajaan untuk mempertingkatkan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi diperluaskan di seluruh institusi-institusi pendidikan negara. Maka, usaha yang berterusan perlu dilakukan dan memerlukan kerjasama dari semua pihak khususnya kepada para pelajar dan tenaga pengajar bagi memastikan usaha yang dilakukan ini berjaya mencapai matlamatnya.

Inovasi Kajian terdahulu mendapati tahap pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran masih berada pada tahap rendah, banyak inovasi teknologi yang diperkenalkan tidak digunakan secara kereatif dan efektif sebaliknya guru lebih selesa dengan amalan pengajaran secara tradisional (Noraini, Hani, Mahizer, Mohd Arif & Norazilawati, 2013). (4) Oleh hal yang demikian, bagi memastikan kejayaan pelaksanaan inovasi teknologi, guru perlu meningkatkan kefahaman mereka mengenai teknologi baru dan cuba mengaplikasikannya di dalam pengajaran dan pembelajaran. Amalan pembelajaran berasaskan teknologi lebih memudahkan guru untuk menghasilkan dan merancang bahan pengajaran dan pembelajaran serta dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih berkesan dan menyeronokkan.

Pihak kerajaan sedar bahawa budaya inovasi perlu diterapkan dan diamalkan oleh pensyarah dalam proses pengajaran dan pembelajaran sebagai langkah awal untuk memastikan generasi muda dilengkapi dengan pemikiran yang kreatif dan inovatif bagi memacu negara ini menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020 (Zakaria, 2014). Menurut Zakaria (2014), isu yang dipersoalkan adalah sejauh mana pelaksana pengajaran dan pembelajaran yang terdiri daripada guru-guru berusaha dan mengambil inisiatif untuk bertindak secara proaktif dalam Melalui kajian awal yang dilakukan terhadap guru pensyarah menunjukkan terdapat permasalahan yang timbul dari (5) aspek pelaksanaan amalan pengajaran kreatif dan inovatif yang dapat dikenal pasti melalui maklum balas dan reaksi yang telah diberikan oleh guru iaitu mereka tidak jelas tentang cara melaksanakan kreativiti dan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran (Muhamad Zaki et al., 2013). Justeru itu, kefahaman guru terhadap amalan inovasi kurikulum baru adalah sangat penting bagi memastikan kejayaan pelaksanaannya. Selain itu, pelajar juga mudah hilang tumpuan

semasa pembelajaran dalam bilik darjah disebabkan cara guru menerangkan dan menggunakan bahan pengajaran yang kurang mendapat perhatian pelajar (Cremin, 2012). Oleh itu, (6) usaha harus dilakukan agar suasana amalan pengajaran yang lebih kreatif dapat diwujudkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dalam bilik darjah di sekolah (Samsudin, Zainal, Razali, & Noraini, 2013).

Selain daripada itu, (7) permasalahan yang sering dihadapi dalam kalangan pendidik ialah kurangnya penggunan ICT dalam p & p yang dikaitkan dengan kaedah pengajaran yang pasif dan tidak inovatif serta terikat dengan tradisi lama, (8) kurangnya motivasi dalaman pengajar, (9) tempoh waktu mengajar yang tidak mencukupi dan (10) kegagalan pengajar untuk bersaing dengan perkembangan yang teramat pantas pada masa kini (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2005). Malah, ada dalam kalangan pendidik yang masih lagi terikat dengan kaedah pengajaran konvensional walaupun dunia pendidikan di Malaysia telah mengalami reformasi sama ada dari segi kurikulum dan teknik pengajaran yang menerapkan unsur inovasi pengajaran (Zakaria, 2014). Menurut Noraini et al., (2013), walaupun penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran sudah lama diperkenalkan, namun setiap kali suatu bahan atau alat ICT itu diperkenalkan dalam pendidikan, ia menjadi satu kerisauan dan tidak selesa kepada sesetengah guru. Kajian daripada Noraini, Hani Meryleina & Che Nidzam (2013) mendapati tahap pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran masih berada pada tahap rendah dan banyak inovasi teknologi yang diperkenalkan tidak digunakan secara kreatif dan inovatif. Selaras dengan perubahan teknologi maklumat pada zaman globalisasi kini, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memperkenalkan pelbagai inovasi teknologi di sekolah bagi memenuhi keperluan dan seterusnya meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Antara contoh inovasi teknologi yang telah dilaksanakan oleh KPM adalah Pusat Akses Sekolah, 1BestariNet, EduwebTV, Program Pembelajaran Secara Maya (VLE), E-Pembelajaran, dan Streaming Video (Noraini et al., 2013). Usaha kementerian ini adalah ingin membantu memudahkan guru-guru melaksanakan proses pdpdc dengan menggunakan peralatan digital.

7.0 Rujukan Ainum Rahman, Zamri Mahamod, & Wan Muna (2017) Pembelajaran Abad Ke-21 Dan Pengaruhnya Terhadap Motivasi Dan Pencapaian Bahasa Melayu Di Semolah Menegah. Jurnal Pendiidkan. University Kebangsaan Malaysia. Nur Atikah (2014) Pengadaptasian “E-Learning” Kepada “M-Learning” Dalam Teknologi Pendiidkan. Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Rosnani Jusoh & Nor Mashila Idris (2017) Kajian Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Berasaskan Teknologi Kursus Pengurusan Perniagaan Di Kolej Vokasional. International RESEARCH Journal Education AND Science (Irjes) Saedah Siraj (2015) Pembelajaran Mobile Dalam Kurikulum Masa Depan. Universiti Malaya. Siti Zulaidah (2017) Tren Pembelajaran Menggunakan Multimedia Interaktif Dalam Bidang Pendidikan Teknikal : Sorotan Literature. Jabatan Teknologi Kejuruteraan. Universisti Pendidikan Sultan Idris. Talirkodi (2016) Motivasi Guru Dengan Penggunaan Ict Dalam Pengajaran Di Daerah Kuala Muda Yan. Universiti Utara Malaysia

Related Documents


More Documents from ""