Tun Dr Mahathir

  • Uploaded by: Nur Ain Mohd Amin
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tun Dr Mahathir as PDF for free.

More details

  • Words: 1,096
  • Pages: 7
PENGENALAN Tun Dr. Mahathir B. Mohamad dilahirkan pada 10 julai 1925 di Seberang Perak, Alor Setar, Kedah Darul Aman. Namun, tarikh kelahiran beliau telah didaftar lewat oleh bapanya Mohamad B. Iskandar, iaitu pada 20 disember 1925. Tun Dr. Mahathir mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak pada tahun 1930. Beliau seterusnya melanjutkan pelajarannya ke Kolej Sultan Abdul Hamid pada tahun 1945. Tun Dr. Mahathir kemudian melanjutkan pelajarannya ke Kolej Perubatan King Edward IV di Singapura selama lima tahun (1947-1952) dan mendapat kalayakan M.B.B.S pada tahun 1953. Beliau merupakan Perdana Menteri Malaysia yang keempat dan diberi gelaran Bapa Pemodenan Malaysia. Beliau seorang yang tegas, berpendirian tetap dan bersikap positif. Selain daripada bidang politik, beliau juga menceburi bidang-bidang lain seperti bidang perniagaan dan falsafah. Melalui falsafahnya juga, beliau amat mementingkan pendidikan dan ilmu pengetahuan.

KUPASAN Dalam ucapannya untuk merasmikan Pelancaran Zamalah atau Fellowship Sastera Berita Harian pada 20 November 1983 bertempat di Hotel Hilton, Kuala Lumpur, beliau telah menekankan tentang kepentingan ilmu pengetahuan kepada semua masyarakat Malaysia dalam usaha pembinaan Tamadun Melayu yang utuh dan dinamik. Malahan, beliau juga menyatakan bahawa ilmu pengetahuan mampu menjadi alat untuk membekal dan mempertingkatkan kemampuan seseorang atau kumpulan. Walaubagaimanapun, ilmu pengetahuan juga haruslah berdasarkan asas falsafah iaitu mencorakkan bentuk

penekanan dan kesan hasil intelektual dan penulisan dalam sesuatu masyarakat. Hal ini menunjukkan bahawa, beliau amat mementingkan ketertinggian ilmu pengetahuan dari masa ke masa, dan daripada pelbagai aspek bagi mewujudkan suatu entity masyarakat melayu yang berdaya usaha, meluas, terbuka, dan sistematik. Selain itu beliau juga menyatakan bahawa setiap golongan intelek tidak seharusnya mengikut sesuatu disiplindisiplin tertentu yang diceburinya sahaja, tetapi bagi menjaminkualiti ilmu pengetahuan itu supaya lebih proaktif dan sistematik, haruslah diikuti dengan minat dan kecintaan terhadap ilmu pengetahuan itu. Hal ini demikian, supaya apa yang hendak disampaikan oleh penulis melalui hasil tulisannya mampu memberi kefahaman dan hasil pemikiran penulisan kepada para pembaca yang kurang ilmu pengetahuan.beliau juga menegaskan, sebelum seseorang penulis itu mengemukakan hasil penulisannya, haruslah ia mendalami dan mengkaji perkara yang hendak disampaikan itu terlebih dahulu agar perkara yang hendak ditulis itu tidak terpesong daripada kebenaran.

Hal ini bertepatan dengan ilmu pengetahuan yang dinyatakan oleh Profesor Dr. Hashim Hj. Musa melalui bukunya yang bertajuk Falsafah, Logik, Teori Nilai dan Etika Melayu Suatu Pengenalan yang menyatakan bahawa, ilmu pengetahuan yang diperolehi oleh manusia melalui pancainderanya secara sepintas lalu, yakni yang bersifat sementara dengan pengukuran kebenarannya yang berasaskan pancaindera atau deria semata-mata. Walaubagaimanapun, beliau telah mengkonsepkan ilmu sebagai sifat mengetahui atau mengerti apa yang dimiliki manusia dan ilmu hanya dimiliki oleh tuhan dan manusia sahaja. Manakala, penetahuan pula dikonsepkan sebagai himpunan daripada apa yang diilmui oleh manusia yang akan dicatat, dianalisis, dikelas dan digolongkan kedalam

pelbagai disiplin ilmu. Hal ini bermaksud, sesuatu yang kita pelajari atau dapati itu adalah ilmu, tetapi ilmu itu hanyalah bersifat sementara dan haruslah dimantapkan dengan pengetahuan agar ilmu itu menjadi sesuatu yang pasti dan mempunyai jawapan. Pernyataan ini amat sesuai dengan pandangan Tun Dr. Mahathir Mohamed dalam ucapannya tentang ilmu pengetahuan dan nilai yang ditonjolkan juga amat tepat sebagaimana aspek falsafah yang dinyatakan oleh Profesor Dr. Hashim Hj. Musa.

Hal ini juga dapat dikaitkan dengan objek kajian falsafah iaitu epistemologi. Professor Dr. Awang Sarian dalam bukunya Falsafah dan Logika Melayu, menyatakan bahawa epistemologi bermaksud suatu disiplin baru yang berkaitan dengan kajian tentang kemampuan akal untuk untuk mengetahui. Manakala, Profesor Hashim Hj. Musa dalam bukunya pula mentakrifkan epistemologi sebagai kajian tentang ilmu pengetahuan. Menurut beliau lagi episteme bermaksud pengetahuan, manakala, logos pula ialah ilmu atau kajian. Manakala, Dr. B.N.K Sharma dalam bukunya Philosophy of Sri Madhavacarya pula menyatakan bahawa “Man is essentially an epistemological animal. His irrepressible thirst for knowledge is itself a thesis about knowledge, whatever differences of opinion there might be about the status and validity of particular experiences, there can be two opinion that there are and need must be, certain experiences which are logically valid.”

Tun Dr. Mahathir Mohamed dalam ucapan perasmiannya untuk Perasmian Pertandingan Syarahan dan Mengarang dalam Bahasa Malaysia bagi Merebut Piala Perpaduan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) seluruh Malaysia pada 17

November 1983 bertempat di Auditorium Dewan Bandaraya, Kuala Lumpur, telah mengatakan bahawa rakyat Malaysia haruslah menerima hakikat bahawa semua kaum tiada alternative untuk menentukan destiny bersama. Menurut beliau lagi, kita harus menerima hakikat bahawa tiada sesiapapun yang dapat memenuhi semua hasrat seseorang mahupun sesuatu kaum atau golongan. Katanya lagi, Absolute justice and Absolute equality tidak wujud dimana-manapun di dunia ini. Justeru, beliau menegaskan bahawa yang menjadi hakikat ialah usaha untuk memperbaiki keadaan dari semasa ke semasa dengan mengutamakan kepentingan majoriti dan minoriti, kerana pada pendapat beliau itulah demokrasi yang sebenarnya. Semasa ucapannya ‘menentukan destiny bersama’ juga, beliau amat mengharapkan agar keinsafan dan kesedaran dalam kalangan rakyat haruslah dipupuk sejak kecil lagi kerana asas keamanan dan keharmonian hanya akan terbentuk apabila generasi masa akan datang mempunyai asas perpaduan yang utuh.

Professor Dr. Hashim Hj. Musa melalui bukunya pula menyatakan bahawa, manusia haruslah mengenali hakikat diri sendiri, yakni, destini manusia dengan tepat kerana kegagalan untuk bersikap demikian boleh menyebabkan keupayaan untuk berlaku adil, saksama, dan wajar terhadap persekitaran akan hilang. Keadaan ini sekaligus akan menjejaskan destini dan masa depan persekitaran itu sendiri. Gagasan yang terpenting dalam falsafah pemikiran barat iaitu gagasan hukum tabii (Natural Law) telah dikemukakan oleh golongan Stoik melalui doktrin penyatuan yang menyatakan bahawa Tuhan atau kuasa akal menciptakan alam semesta selaras dengan gagasan rasional tentang organisasi bentuk dan susunan yang betul (Awang sarian,2007,4). Selain itu, ahliahli falsafah pada abad ke-17 dan abad ke-18 pula berpendapat bahawa manusia manusia

patut menumpukan perhatian ‘ke dalam’ yakni hakikat akal atau fikiran manusia itu sendiri bagi menjamin keharmonian alam (Awang Sarian,2007,4).pernyataan ini amat bersesuaian dengan ucapan Tun Dr. Mahathir sebagaimana ucapan beliau pada majlis perasmian Pertandingan Syarahan dan Mengarang dalam Bahasa Malaysia pada 17 november 1983.

KESIMPULAN Tuntasnya ilmu pengetahuan adalah alat yang mampu menunjukkan jalan kebenaran dalam kehidupan manusia. Justeru ilmu pengetahuan juga berperanan mewujudkan golongan yang bujak pandai, kreatif, inovatif dan bernilai moral tinggi. Malahan, istilah ‘destini’ yang dikatakan oleh Tun Dr. Mahathir sememang suatu yang bertepatan dengan ilmu bidang falsafah. Tegasnya falsafah ilmu pengetahuan yang dikemukakan oleh Tun Dr. Mahathir sememangnya bertepatan dengan prinsip falsafah itu sendiri yang hilistik dan terbuka.

BIBLIOGRAFI

Abu Hassan Adam.1984 .Malaysia Pimpinan Mahathir. Petaling Jaya. Percetakan Perusahaan Printek Sdn. Bhd. Awang sariyan. 2007. Falsafah dan Logika Melayu. Selangor.Synergymate. Sdn. Bhd. B.N.K Sharma.1962. Philosophy Of Sri Madhavacarya. L.G Gore at the Perfecta Printing Works, 109A, Industrial Area, Sion, Bombay 22. Dewan Bahasa dan Pustaka. 2005. Bahasa sastera dan Tamadun Melayu: Ucapan Tun Dr. Mahathir Mohamad 1982-2002.Selangor.Dawama Sdn.Bhd. Joan Fam Li Hing.2006. Tun Dr. Mahathir Legacy An Inspirational Learning Experience. Kuala Lumpur. Krista Education. Sdn. Bhd.

LAMPIRAN

Related Documents

Tun Dr Mahathir
October 2019 42
Tun Dr Mahathir Muhammad
October 2019 38
Tun Dr Mahathir
October 2019 46
Tun Dr Mahathir
October 2019 48
Tun Dr Mahathir Mohamad
October 2019 45

More Documents from "Nur Ain Mohd Amin"

Pantun Budi
October 2019 46
Al-ghazali
October 2019 46
Nazam Ajal
October 2019 53
Al-kindi
October 2019 40
Tajus Salatin
October 2019 36
St-01-01
October 2019 48