Tugasan Kumplan B

  • Uploaded by: kasih
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tugasan Kumplan B as PDF for free.

More details

  • Words: 2,419
  • Pages: 20
SKC5213 Kaunseling Kerjaya Gunaan

TUGASAN KUMPULAN B

Tugasan Kumpulan B (20%) Tajuk : “Mengenal Pasti Keperluan Klien Dan Membina Matlamat Klien”. Soalan Berdasarkan kepada tajuk di atas, cuba anda huraikan perkara-perkara berikut:1. Sekiranya anda seorang klien yang sedang berusaha mengenal pasti bidang kerjaya yang ingin diceburi, apakah keperluan-keperluan yang ingin anda penuhi ?

Sekiranya seorang klien yang sedang berusaha mengenal pasti bidang kerjaya yang ingin diceburi, apakah keperluan-keperluan yang ingin dipenuhi ialah:

a) Klien, pada kebiasaannya, mempunyai pelbagai perkara yang ingin diberi perhatian (concerns), dan selalunya, apabila memasuki sesi kaunseling, dia berada di dalam keadaan krisis dan kecelaruan. Apakah yang perlu dilakukan bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh klien? b) Apakah maksudnya ‘Matlamat Klien’? Dalam usaha untuk membina matlamat klien, apakah perkara-perkara asas yang perlu ditimbulkan agar klien dapat memberikan fokus terhadap bidang kerjaya yang ingin diceburinya.? c) Dalam kebanyakan masalah yang berkaitan dengan pemilihan bidang kerjaya, ‘masa’ merupakan faktor utama yang perlu diberi pertimbangan ? Huraikan.

MSc UUM,sem 2 June ‘08

Page 1

SKC5213 Kaunseling Kerjaya Gunaan

TUGASAN KUMPULAN B

ANTARA KEPERLUAN-KEPERLUAN YANG INGIN DIPENUHI :Keperluan daripada perspektif ekonomi Pendapatan dalam bentuk gaji atau upah pada setiap kerja yang dilakukan amat penting bagi setiap individu yang bekerjaya. Dalam era globalisasi kini ukuran sosial dan status ekonomi sering memberi kesan kepada institusi kewangan untuk memberi pinjaman kepada individivu yang memerlukannya. Sudah menajadi lumrah hidup manusia semakin besar pendapatan maka keghairahan untuk berbelanja semakin meningkat.

Keperluan daripada perspektif sosial Masyarakat berbangga dengan individu yang rajin dan sanggup memberikan perkhidmatan serta kebajikan kepada orang ramai di samping mendapat memperolehi pendapatan bulanan. Ukuran sosial hari ini masih seperti pada zaman silam, yang lebih mementingkan individu yang berkedudukan. Dalam masa berinteraksi dan berkomunikasi , individu tersebut memupuk penerimaan, persefahaman, tolong-menolong dan rasa kesepunyaan antara rakan sekerja dan masyarakat.

Keperluan daripada perspektif kerjaya Minat dan kecenderungan individu dalam sesuatu pekerjaan menjamin kepuasannya dalam bekerjaya. Kejayaan dalam kerjaya berdasarkan sanjungan

MSc UUM,sem 2 June ‘08

Page 2

SKC5213 Kaunseling Kerjaya Gunaan

TUGASAN KUMPULAN B

daripada majikan dan masyarakat akan merangsang individu memberi perkhidmatan yang cemerlang dalam kerjayanya. Oleh sebab itu seseorang

pekerja yang aktif dikatakan sentiasa menumpukan penuh minat terhadap pekerjaan

yang

diceburinya.

Kecemerlangan

seseorang

individu

dalam

kerjayanya dapat memberi kepuasan kepadanya walaupun telah bertahun-tahun berkecimpung dalam kerjaya yang sama. Contohnya seorang yang menjadi guru akan terus berkhidmat sebagai seorang guru sehingga pencen kerana minat dan kepuasan

dalam

profesion

yang

diceburinya.

Keperluan daripada perspektif Kendiri Penghargaan

antara

ahli

kelompok

terhadap

seseorang

individu

menyebabkan dirinya berasa gembira, megah dan terhutang budi

akan

terhadap

organisasinya. Demikian juga individu tersebut akan berasa bangga sekiranya berkhidmat dalam organisasi atau institusi yang terkemuka, manakala bagi individu yang tidak bekerja akan hilang keyakinan kendirinya dan seterusnya menyisihkan diri daripada sahabat handai dan saudara mara yang lebih tinggi kedudukannya.

Rumusan Secara keseluruhannya, setiap individu mempunyai keperluan yang berbezabeza di antara satu sama lain.Terdapat individu yang meletakkan keperluan

MSc UUM,sem 2 June ‘08

Page 3

SKC5213 Kaunseling Kerjaya Gunaan

TUGASAN KUMPULAN B

ekonomi sebagai pilihan utama dan ada juga yang menjadikan keperluan kendiri sebagai kriteria utama dalam memilah pekerjaan. Di samping itu bagi seseorang individu keperluan sosial dan keperluan kerjaya perlu juga dititikberatkan bagi menjaminkan kepuasan dalam bekerjaya.

2. Klien, pada kebiasaannya, mempunyai pelbagai perkara yang ingin diberi perhatian (concerns), dan selalunya, apabila memasuki sesi kaunseling, dia berada di dalam keadaan krisis dan kecelaruan. Apakah yang perlu dilakukan bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh klien ?

Brown and Brook (1986) dalam Sidik Mohd Noah (2002:229) mendefinisikan kaunseling kerjaya sebagai satu proses interpersonal yang direkabentuk untuk membantu

individu

yang

mengalami

masalah

perkembangan

kerjaya.

Perkembangan kerjaya ialah satu proses memilih, mamasuki, menyesuaikan diri serta memajukan diri dalam perkerjaan.

Kaunselor perlu mengenalpasti klien yang berada dalam keadaan krisis dan kecelaruan. Iaitu yang tidak dapat membuat keputusan akibat mengalami masalah psikologi dan klien yang tidak dapat membuat keputusan kerjaya kerana

kekurangan

maklumat

tentang

dunia

kerjaya.

Kaunselor

boleh

menggunakan proses kaunseling kerjaya dalam membuat keputusan:

MSc UUM,sem 2 June ‘08

Page 4

SKC5213 Kaunseling Kerjaya Gunaan

TUGASAN KUMPULAN B

Proses kaunseling Kerjaya Model Membuat keputusan

1. Membina hubungan kaunseling

2. Mneroka latarnelakang klien berkaitan kerjaya

3. Susulan

4. Menerokai kekuatan potensi klien

6. Penamatan

5. Mengenalpasti matlamat klien

8. Mengenalpasti alternative yang ada

7. Membuat tindakan

9. Membuat pilihan kerjaya

Rajah 2.1 Proses kaunseling Kerjaya Model Membuat keputusan

MSc UUM,sem 2 June ‘08

Page 5

SKC5213 Kaunseling Kerjaya Gunaan

1.

TUGASAN KUMPULAN B

MEMBINA HUBUNGAN KAUNSELING Proses kaunseling dimulakan dengan membina hubungan yang baik dengan klien. Kaunselor menenangkan emosi dan relaks tenang tidak menggelabah. Kaunselor melayan dengan mendengar luahan perasaan klien. Kemesraan adalah prsyarat kepada kepercayaann dan kerjasama antara kaunselor dengan klien.

2. MENEROKA LATARBELAKANG KLIEN Kaunselor harus meneroka latar belakang klien. Kaunselor harus sedar bahawa klien terdiri daripada perlbagai latarbelakang. Hal ini meliputi hal-hal yang berkaitan pendidikan dan pekerjaan ibubapa serta pekerjaan keluarga, sikap klien terhadap sekolah, pencapaian, gred, perkara yang diminati, latihan, hobi dan kegemaran. Jenis pekerjaan yang diminati samada pekerjaan yang sukarela ataupun makan gaji. Kesanggupan kline sendiri samada mengalami perubahan pekerjaan atau tempat tinggal.

3. MENEROKA KEKUATAN DAN KELEMAHAN KLIEN BERKAITAN KERJAYA Kaunselor perlu menerokai kelemahan dan kekuatan klien.Penerokaan itu meliputi aspek minat, personaliti, nilai pencapaian individu. Di samping itu penerokaan aspek sikap, konsep kendiri, aras motivasi dan lain-lain juga boleh di sentuh.

MSc UUM,sem 2 June ‘08

Page 6

SKC5213 Kaunseling Kerjaya Gunaan

TUGASAN KUMPULAN B

4. MENGENALPASTI MATLAMAT KERJAYA Kaunselor perlu mengenalpasti beberapa matlamat yang sesuai dengan potensi diri klien secara bersama dengan kaunselor.

5. MENGENALPASTI ALTERNATIF YANG ADA Kaunselor perlu mengenalpasti altenatif-altenatif yang berkaitan dengan matlamat yang telah dikenalpasti. Kebaikan dan keburukan setiap altenatif yang perlu ditentukan dan dikenalpasti.

6. MEMBUAT PILIHAN KERJAYA Berdasarkan matlamat dan alternatif yang telah dikenalpasti kaunselor dan klien perlulan berbincang agar satu keputusan berkaitan pilihan dapat dilakukan dan bagaimanapun keputusan akhir kerjaya perlu dibuat tentukan oleh klien sendiri.

7. MEMBUAT TINDAKAN Setelah klien menentukan keputusan pelan tindakan atau perancangan untuk mencapai matlamat yang telah diputuskan boleh dibincangkan bersama. Proses membuat tindakan ini adalah proses perlaksanaan langkah pertama kepada matlamat. Oleh yang demikitan klien harus mempunyai kaazaman dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat kerjayanya.

MSc UUM,sem 2 June ‘08

Page 7

SKC5213 Kaunseling Kerjaya Gunaan

TUGASAN KUMPULAN B

8. MENAMATKAN SESI Penamatan sesi perlu dilakukan setelah klien berjaya menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan pemilihan kerjaya yang bakal diceburinya. Penamatan ini dilakukan secara formal. Selaras dengan falsafah kaunseling mengajar individu agar tidak bergantung kepada orang lain.

Setelah sesi ditamatkan maka

hubungan kaunseling yang wujud antara kaunselor dan klien terputus sendiri dan klien terpaksa berdikari dengan menyelesaikan masalahnya sendiri.

9. SUSULAN Kaunselor hendaklah membuat tindakan susulan untuk menentukan jika ada apa masalah yang dihadapi oleh klien dari masa ke semasa. Contohnya kauselor boleh menalipon, menghantar pesanan sms, e mel, memo, pertemuan ringkas atau sebagainya.

Rumusan: Kaunselor perlu mempunyai kemahiran kaunseling individu bagi memudahkan perjalanan sesi kaunseling kerjaya dan mengenalpasti masalah. Kemahiran melayan tanpa lisan atau kemahiran melayan

dengan lisan umpamanya

kemahiran bertanya soalan( soalan tertutup atau terbuka) meminta penjelasan, dorongan minima,para frasa, refleksi perasaan, isi, Membuat rumusan, konfrantasi, berdiam diri, memberi maklumat dan sebagainya. Terdapat

MSc UUM,sem 2 June ‘08

Page 8

SKC5213 Kaunseling Kerjaya Gunaan

TUGASAN KUMPULAN B

beberapa model kaunseling kerjaya yang boleh digunakan oleh kaunselor untuk membantu klien.

3. Apakah maksudnya ‘Matlamat Klien’ ? Dalam usaha untuk membina matlamat klien, apakah perkara-perkara asas yang perlu ditimbulkan agar klien dapat memberikan fokus terhadap bidang kerjaya yang ingin diceburinya.?

MATLAMAT KLIEN: Melalui sesi Kaunseling Kerjaya, kaunselor cuba membantu klien mengenalpasti hala tuju kerjaya yang sesuai dengan klien. Dalam konteks ini, kaunselor akan membantu klien untuk membuat pilihan kerjaya yang tepat yang bersesuai dengan minat, nilai, personaliti dan pencapaian akademik.

Biasanya klien yang datang berjumpa dengan kaunselor mempunyai minat kerjaya yang pelbagai. Ini menyebabkan klien berada dalam dilema dan sukar untuk mencapai matlamat kerjaya yang benar-benar sesuai dan tepat. Oleh itu, dalam hal ini kaunselor berperanan membantu membuat keputusan.

Proses membuat keputusan kerjaya bukanlah suatu proses yang mudah kerana sebarang kesilapan dalam membuat keputusan penting ini, akan memberi kesan sama ada secara langsung atau tidak langsung, terhadap masa depan seseorang individu. Satu kaedah sistematik yang boleh dijadikan panduan oleh individu untuk

MSc UUM,sem 2 June ‘08

Page 9

SKC5213 Kaunseling Kerjaya Gunaan

TUGASAN KUMPULAN B

membuat keputusan tentang matlamat kerjaya yang paling sesuai dan terbaik ialah menggunakan kaedah yang dipanggil pelan tindakan.

Pelan tindakan ialah satu pelan bertindak yang perlu dilakukan dan diselesaikan secara bersama oleh kaunselor dan klien. Secara ringkas, pelan tindakan ini ialah satu proses menyempitkan dan mengurangkan pilihan kerjaya yang banyak kepada akhirnya satu pilihan sahaja..

Hal ini melibatkan proses penyingkiran iaitu satu siri proses menyingkir satu demi satu nama pekerjaan atau program pengajian daripada senarai yang telah disediakan, dengan meninggalkan nama-nama pekerjaan yang dirasakan paling menguntungkan dan sesuai dengan diri klien.

Bagi menyempurnakan pelan tindakan ini dengan baik memerlukan tiga perkara iaitu : 1. Maklumat diri. 2. Maklumat pekerjaan. 3. Kepakaran dalam membuat keputusan.

Oleh yang demikian, segala maklumat tentang diri yang diperolehi daripada ujian psikologi yang telah dijalankan sebelum ini seperti konsep kendiri, sikap serta motivasi, personality, minat, nilai dan pencapaian merupakan satu keperluan. Walau

MSc UUM,sem 2 June ‘08

Page 10

SKC5213 Kaunseling Kerjaya Gunaan

TUGASAN KUMPULAN B

bagaimanapun, sekiranya kaunselor tidak berupaya menerokai kesemua aspek tersebut, tetapi sekurang-kurangnya empat aspek perlu diterokai iaitu minat, nilai dan pencapaian akademik klien.

Di samping itu, maklumat-maklumat tentang pekerjaan adalah satu kemestian kerana keputusan yang baik hanya boleh dicapai sekiranya maklumat tentang sesuatu pekerjaan itu mencukupi dan boleh diperoleh. Maklumat-maklumat kerjaya yang penting termasuklah keterangan tentang pekerjaan, keperluan latihan, keperluan kelayakan, tangga gaji, cara memohon pekerjaan, prospek kerja pada masa hadapan, suasana tempat kerja, kemudahan-kemudahan yang diberikan dan sebagainya.

Maklumat-maklumat kerjaya di atas boleh diperolehi daripada beberapa sumber rujukan utama misalnya Dictionary of Occupational Classificaton (DOC), maklumat di

internet, buku Kompas Merah, risalah yang dikeluarkan agensi pekerjaan,

prospektus universiti, iklan surat khabar, buku skrap kerjaya dan sebagainya. Klien dengan bantuan kaunselor boleh mendapatkan maklumat tersebut di bilik kaunseling atau mengunjungi pusat sumber sekolah dan melayari internet. Selain itu, klien boleh berjumpa, bercakap, berinteraksi atau jika boleh membuat pemerhatian terhadap individu- individu yang melakukan pekerjaan yang diminati klien itu secara langsung.

MSc UUM,sem 2 June ‘08

Page 11

SKC5213 Kaunseling Kerjaya Gunaan

TUGASAN KUMPULAN B

Langkah –langkah Dalam Membuat Pelan Tindakan

Pelan tindakan ini melibatkan beberapa langkah dan mestilah diselesaikan secara bersama oleh kaunselor dan klien. Berikut dikemukakan langkah-langkah tersebut:

Langkah 1

Berasaskan minat klien, senaraikan nama pekerjaan yang ingin diterokai oleh klien yang dirasakannya sesuai dan selaras dengan potensi yang dimilikinya seperti dalam Jadual 3.1. Dicadangkankan supaya klien memulakan proses penyenaraian ini dengan bantuan borang asal Inventori Minat Kerjaya (misalnya SDS dan IMKS) dan borang jawapan yang telah dijawab dan ditandakan oleh klien. Anda boleh menyenaraikan sebanyak mungkin nama pekerjaan yang dirasakan sesuai.

Klien dengan bantuan kaunselor perlu menyenaraikan semua nama pekerjaan yang ditanda ’Ya’ atau ’Suka’ oleh klien iaitu nama-nama pekerjaan yang anda minat ke dalam jadual yang telah disediakan. Selain itu, klien juga boleh memulakan penyenaraikan dengan :



Menyenaraikan nama pekerjaan yang sesuai dengan kod tiga-mata Holland klien dengan bantuan The Occupational Finder.seperti di bawah

MSc UUM,sem 2 June ‘08

Page 12

SKC5213 Kaunseling Kerjaya Gunaan

TUGASAN KUMPULAN B

Jadual jenis pekerjaan yang disenaraikan.

RAJAH 3.1



Menyenaraikan program pengajian yang sesuai dengan bantuan senarai program pengajian yang sesuai daripada senarai yang dkemukakan oleh Holland.



Klien juga boleh menambah bilangan nama pekerjaan atau program pengajian yang telah disenaraikan dengan nama pekerjaan atau program pengajian tersebut tiada dalam senarai yang menjdi rujukan.



MSc UUM,sem 2 June ‘08

Page 13

SKC5213 Kaunseling Kerjaya Gunaan

TUGASAN KUMPULAN B

Langkah 2

Berdasarkan senarai nama pekerjaan atau program pengajian klien dengan bantuan kaunselor diminta memotong mana-mana pekerjaan yang tidak disukai. Nama pekerjaan telah berkurangan sebanyak satu pertiga dalam jadual asal. Jadual jenis pekerjaan seperti contoh di bawah.

RAJAH 3.2

MSc UUM,sem 2 June ‘08

Page 14

SKC5213 Kaunseling Kerjaya Gunaan

TUGASAN KUMPULAN B

Langkah 3

Untuk menyelesaiakan masalah ini dengan berkesan klien dengan bantuan kaunselor perlu mendapatkan maklumat terperinci tentang pilihannya dan kemudian menulis maklumat tersebut dalam jadual. Antara perkara yang perlu ditekankan ialah -

Deskripsi pekerjaan,

-

Status semasa dan prospek pekerjaan

-

Aras pendapatan dan peluang meningkatkan diei dalam pekerjaan

-

Kelayakan-kelayakan yang diperlukan untuk memohon jawatan ini

-

Suasana tempat kerja

Langkah 4

Seterusnya klien membandingkan kesemua pekerjaan ini, kemudian membuat pangkatan berdasarkan kesukaan dan keutamaan klien. Klien perlu menentukan pilihannya dengan mengenalpasti pilihan pertama, kedua dan ketiga. Klien dengan bantuan kaunselor membuat analisa untung rugi untuk memudahkannya. Rujuk lampiran 4.1

MSc UUM,sem 2 June ‘08

Page 15

SKC5213 Kaunseling Kerjaya Gunaan

TUGASAN KUMPULAN B

Langkah 5

Langkah terakhir ialah memilih satu daripada tiga pilihan pekerjaan atau bidang pengajian yang ada. Tugas membuat pilihan ini sulit dan rumit, namun begitu beberapa aktiviti boleh dicadangkan untuk membantu klien.

-

Aktiviti sehari bersama

-

Aktiviti Buku skrap kerjaya

-

Mendapatkan maklumat melalui internet

-

Sembahyang sunat Istikharah (bagi orang Islam)

Pilihan Pertama PEGAWAI PENYELIDIK

Pilihan Kedua PENSYARAH UNIVERSITI

Pilihan Ketiga JURUTERBANG

MSc UUM,sem 2 June ‘08

Page 16

SKC5213 Kaunseling Kerjaya Gunaan

TUGASAN KUMPULAN B

Langkah 6

Klien perlu merancang strategi untuk melaksanakan pilihannya agar klien berjaya mencapai idamannya. Jika klien memerlukan bantuan untuk menulis resume atau cara menghadapi temuduga dengan berkesan, klien perlu menemui kaunselor bagi mendapatkan bimbingan dan pandangan mengenai ranrangan tindakan.

PILIHAN AKHIR

PEGAWAI PENYELIDIK Rancangan Pekerjaan Mengikuti Pengajian Pada Peringkat Ijazah Sarjana Muda Kepujian Dalam Bidang Sains di Universiti Tempatan atau Luar Negeri

Tarikh Mula Bekerja OGOS 2013

MSc UUM,sem 2 June ‘08

Page 17

SKC5213 Kaunseling Kerjaya Gunaan

TUGASAN KUMPULAN B

Kesimpulan Kesimpulannnya, pelantindakan ialah satu kaedah yang sistematik yang perlu dijalan bersama antara kaunselor dan klien untuk membuat keputusan dan pilihan yang tepat tentang kerjaya. Pelan tindakan ialah merupakan satu kaeadh untuk menyempitkan dan mengurangkan pilihan kerjaya yang banyak kepda satu pilihan sahaja.

MSc UUM,sem 2 June ‘08

Page 18

SKC5213 Kaunseling Kerjaya Gunaan

TUGASAN KUMPULAN B

4. Dalam kebanyakan masalah yang berkaitan dengan pemilihan bidang kerjaya,

‘masa’

merupakan

faktor

utama

yang

perlu

diberi

pertimbangan ? Huraikan.

MSc UUM,sem 2 June ‘08

Page 19

SKC5213 Kaunseling Kerjaya Gunaan

TUGASAN KUMPULAN B

RUJUKAN

1. Muhd Mansur Abdullah, Siti Nordinar Mohd Tamin ( 1989 ), Kaunseling Kerjaya Teori dan Amalan, Petaling Jaya Selangor : Fajar Bakti Sdn.Bhd. 2. Rohany Nasir ( 2003 ), Isu-Isu Kaunseling dan Perkembangan Kerjaya , Utusan Publications & Ditributors Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. 3. Sidek Mohd Noah ( 2002 ), Perkembangan Kerjaya Teori & Praktis, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor. 4. Hairunnaja Najmudiddin ( 2005 ), Memahami dan Membimbing Remaja Nakal, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

MSc UUM,sem 2 June ‘08

Page 20

Related Documents


More Documents from "Fareez Al-Idrus"