5.) Tugasan 1 (b) Edup3063.docx

  • Uploaded by: Evonne Law
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View 5.) Tugasan 1 (b) Edup3063.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,596
  • Pages: 7
3.0

TUGASAN A (b) 3.1

Pendahuluan

Penilaian merupakan satu proses memperolehi maklumat kuantitatif bagi menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan menilai. Proses menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan kurikulum. Penilaian dijalankan sebelum, semasa atau selepas satu sesi pengajaran guru berdasarkan sesuatu pembelajaran spesifik atau keseluruhan kurikulum. Penilaian yang dilaksanakan di sekolah dan bilik darjah pula merujuk kepada proses pengumpulan, analisis, sintesis dan interpretasi keseluruhan maklumat berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan membantu pihak sekolah membuat keputusan bagi membuat penanbahbaikan serta mencapai matlamat dalam pengajaran dan pembelajaran. Penilaian autentik

merupakan bentuk penilaian di mana pelajar diminta untuk

melaksanakan tugas-tugas dalam dunia sebenar yang menunjukkan penggunaan pengetahuan dan kemahiran yang penting. (Mueller, 2014). Penilaian autentik secara umumnya ditakrifkan sebagai kaedah penilaian yang merupakan alternatif selain penilaian tradisional seperti ujian pensel-kertas. Penilaian autentik memerlukan pelajar untuk menunjukkan kemahiran dan pengetahuan yang mana tidak dapat dinilai dengan menggunakan ujian yang ditetapkan masa seperti pentaksiran sumatif. Ia bertujuan untuk mendedahkan kemahiran pemikiran kritikal dan mentaksir pelajar dengan meminta pelajar untuk menyelesaikan tugasan terbuka yang mengambil tempoh lebih daripada satu kelas untuk melengkapkannya (Companies, 2011). Justeru itu, penilaian autentik merupakan penilaian yang memerlukan pelajar untuk menghasilkan atau mencipta jawapan sendiri terhadap sesuatu persoalan, boleh berbentuk esei atau lukisan, yang bertentangan dengan kaedah memilih daripada jawapan yang telah diberikan, seperti yang lazimnya dilihat pada ujian aneka pilihan. Pentaksiran autentik termasuk menjawab soalan pendek, esei, penilaian prestasi, persembahan lisan,pameran, dan juga portfolio. Ia menyediakan peluang kepada pelajar untuk mengekspresikan diri secara kreatif melalui pilihan pelajar sendiri.

7

3.2

Kesan Penilaian Autentik kepada Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah Rendah

3.2.1

Meningkatkan kemahiran berfikir

Penilaian autentik mampu membantu murid dalam meningkatkan kemahiran berfikir ke aras yang lebih tinggi dan mentaksir pembelajaran secara konstruktif. Pelajar mempunyai peluang untuk menunjukkan apa yang mereka belajar. Pentaksiran autentik memberi tumpuan kepada perkembangan dan prestasi pelajar tersebut iaitu, sekiranya seorang pelajar gagal untuk melaksanakan tugas yang diberikan pada masa tertentu, pelajar tersebut masih mempunyai peluang untuk menunjukkan kebolehan pada bila-pbila masa yang berbeza dan keadaan yang berbeza. Penilaian autentik juga memerlukan pelajar untuk menunjukkan kemahiran dan pengetahuan yang mana tidak dapat dinilai dengan menggunakan ujian yang ditetapkan masa seperti pentaksiran sumatif (Boon, Leo & Lawrence, 2017). Ia bertujuan untuk mendedahkan kemahiran pemikiran kritikal dan mentaksir pelajar dengan meminta pelajar untuk menyelesaikan tugasan terbuka yang mengambil tempoh lebih daripada satu kelas untuk melengkapkannya (Companies, 2011). 3.2.2

Menyediakan medium bagi kreativiti

Seterusnya, penilaian autentik juga merupakan penilaian yang menyediakan peluang kepada pelajar untuk mengekspresikan diri secara kreatif melalui pilihan pelajar sendiri. Boon Leo dan Lawrence (2017) menyatakan bahawa murid mampu menghasilkan atau mencipta jawapan sendiri terhadap sesuatu persoalan, boleh berbentuk seperti secara lisan, penulisan atau lain-lain kaedah yang relevan dengan tugasan yang diberikan. Contoh jenis penilaian autentik termasuk menjawab soalan pendek, esei, penilaian prestasi, persembahan lisan,pameran, dan juga portfolio. Penilaian autentik merupakan aktiviti penilaian yang dijalankan tidak seperti pentaksiran yang menekankan konsep pensel-kertas untuk menguji dan mengukur.Maka, pentaksiran autentik boleh dirujuk sebagai pentaksiran formatif atau pentaksiran untuk pembelajaran. 3.2.3

Pembelajaran secara berterusan

Penilaian autentik juga merupakan proses pembelajaran secara berterusan. Menurut Boon, Leo dan lawrence (2017), ia dapat diintegrasikan dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Penilaian ini dijalankan untuk memastikan setiap pelajar memahami dan dapat menterjemah kehendak tugasan. Guru juga mampu membantu meningkatkan prestasi pelajar berdasarkan penilaian. Pentaksiran yang bersifat autentik adalah pentaksiran kerja kursus/ portfolio, projek, persembahan, aktiviti jasmani, kokurikulum, sahsiah, budi pekerti dan pembinaan jati diri pelajar dapat dilaksanakan, malahan proses pembinaan modal insan yang 8

holistik dapat juga diteruskan sejajar dengan saranan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (Khan, 2009). Pembelajaran juga dapat dikuasai oleh murid secara langsung atau tidak apabila melaksanakan aktiviti pentaksiran yang seiring dan bersepadu dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 3.2.4

Mengukur kepelbagaian atribut murid

Bukan itu sahaja, penilaian autentik juga dapat dilaksanakan melalui kepelbagaian aktiviti dan mengukur murid secara langsung. Berikut merupakan gambaran aktiviti terhadap pengajaran dan pembelajaran

yang dapat diberikan dengan menggunakan pelbagai

pentaksiran dalam penilaian autentik: a) Pentaksiran prestasi Penilaian distrukturkan berdasarkan sesuatu masalah atau situasi sebenar. Pelajar dikehendaki mencipta sesuatu produk atau merumuskan tindak balas yang menunjukkan penguasaan dalam kemahiran atau kefahaman tentang proses atau konsep. b) Pemerhatian guru Pelajar- pelajar diperhatikan apabila terlibat dalam pelbagai tugas atau aktiviti dengan menggunakan senarai semak, skala kedudukan, dan sebagainya untuk merekodkan prestasi pelajar dalam mencapai satu penanda aras yang tertentu. C) Persidangan Guru berdialog dengan pelajar, menilai kemajuan pelajar untuk mencapai satu atau lebih matlamat yang tertentu. d) Pentaksiran sendiri Hasil kerja murid dinilai dengan kriteria taksiran yang dibangunkan oleh guru atau pelajar e) Pentaksiran rakan sebaya Pelajar menilai kerja antara satu sama lain dengan kriteria penilaian yang dibangunkan oleh guru atau pelajar-pelajar. f) Pentaksiran kerja kursus / portfolio Kerja pelajar direkodkan dalam koleksi bahan-bahan yang dipersetujui oleh pelajar atau guru, menjangkaui

tempoh

masa,

yang

menggambarkan

proses

pembelajaran

pelajar,

perkembangan, dan pencapaian dalam cara yang teratur dan sistematik.

9

3.3

Cabaran-cabaran pelaksanaan penilaian autentik

3.3.1

Masa yang panjang dan komitmen yang tinggi

Salah satu cabaran yang dihadapi ialah pentaksiran amat memerlukan masa dan komitmen yang tinggi. Proses pentaksiran ini seharusnya tidak dilakukan sekali dua sahaja tietapi perlu dilakukan secara berterusan. Kaedah pentaksiran harus dilaksanakan secara berterusan dan sesuai dengan perkembangan kanak-kanak serta berasaskan kaedah saintifik. Hal ini kerana, kanak-kanak sentiasa berubah dan mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling. Mereka juga boleh mengalami ganggunan emosi disebabkan oleh orang-orang sekeliling terutamanya rakan, ibu bapa dan guru. Faktor ini boleh menjejaskan keputusan penilaian. Oleh itu, penilaian perlu dibuat secara berterusan agar guru dapat merekod perkembangan murid dengan tepat. Kaedah yang digunakan adalah penilaian berasaskan kriteria dan bukan perbandingan antara murid. Oleh itu, guru amat memerlukan masa dan komimten dalam penyediaan pentaksiran tersbut. 3.3.2

Pemilihan instrumen yang sesuai untuk semua murid

Seterusnya, cabarannya ialah pemilihan instrumen yang sesuai untuk semua murid dalam melaksanakan pentaksiran. Pemilihan instrumen haruslah sesuai dengan perkara yang ingin difokuskan. Instrumen yang dibina dan dipilih haruslah mempunyai tujuan yang jelas, item boleh diukur dengan jelas dan menepati apa yang hendak dinilai. Pemilihan instrumen yang kurang sesuai akan menyebabkan guru sukar mendapatkan maklumat yang betul dan tepat. Dalam prinsip pentaksiran yang kedua seperti yang dinyatakan oleh Surayah dan Haslinda (2009), pentaksiran dan penilaian haruslah mempunyai perancangan, strategi dan instrumen penilaian yang berbeza-beza sesuai dengan tujuan penilaian dan hasil pembelajaran. Kekurangan instrumen yang sesuai dalam melaksanakan pentaksiran dan penilaian ini akan menyebabkan guru mengalami masalah dalam menilai perkembangan murid. 3.3.3

Profesionalisme guru

Cabarannya ialah guru juga perlu mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam pelaksanaan pentaksiran. Kekurangan pengetahuan, latihan dan kemahiran serta sumber material menambahkan lagi ketidaksediaan guru dalam melaksanakan pentaksiran. Dalam kajian Radin (2008) telah mendapati ibu bapa mempertikai cara guru mata pelajaran membuat pentaksiran. Sehubungan itu, kekurangan pengetahuan dan kemahiran guru menjadi faktor campur tangan ibu bapa dan mereka sering menyalahkan guru. Sehubungan itu , guru perlu membuat perancangan yang baik dan teliti. Perancangan yang baik merangkumi aktiviti merancang, membina instrumen, menentukan kaedah pentaksiran dan seterusnya merekod 10

maklumat yang dikumpul. Pentaksiran yang tidak dirancang dengan baik akan menyebabkan guru tidak mendapat maklumat yang sahih dan terperinci mengenai murid yang dilihat. Hal ini juga berkait rapat dengan kemahiran guru dalam melaksanakan penilaian. 3.3.4

Penutup

Pentaksiran autentik atau pentaksiran pembelajaran merupakan salah satu pilihan dalam sistem pentaksiran yang dapat memperkayakan pengetahuan guru dan pelajar melalui kepelbagaian aktiviti serta berupaya meningkatkan pembelajaran pelajar melalui produk yang dihasilkan di sekolah-sekolah.Oleh itu, pentaksiran yang berkesan bukan hanya bergantung kepada tafsiran dan analisis tetapi juga berkait rapat dengan instrumen terhadap sesuatu domain perkembangan pelajar.Sehubungan dengan itu, guru-guru perlu memahami, mahir dan berupaya mengamalkan penggunaan pelbagai jenis instrumen pentaksiran yang sesuai dengan sasaran utama pendidikan.Guru-guru juga harus melakukan refleksi kritikal terhadap amalan yang digunakan agar dapat mengenal pasti kelemahan yang wujud ketika sesi pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran.

11

RUJUKAN Adimin,

J.

(2011).

Peperiksaan

vs

Pentaksiran.

Diperolehi

daripada

http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?y=2008&dt=0303&pub=DuniaPendidika n&sec=Perspektif&pg=ps_01.htm Airasian, P.W. ( 2004 ). Classroom Assessment; Concept and Applications ; ( 5thed ); McGraw-Hill Aurbach,

&

Associates,

I.

(2011).

About

Alternative

Assessment,

from.http//www.aurbach.com/alt_assess.html Bailey, K. M. (1998). Learning About Language Assessment: Dilemmas, Decisions, and Directions ; Heinle & Heinle Publisher. Begum, M., & Farooqui,S. (2008). School Based Assessment : Will it Really Change the Educational Scenario in Bangladesh ?. International Education Studies, Vol.1 (2 ), 45-53. Boon Pong Ying et al. (2017). SPG Pentaksiran dalam Pendidikan. Siri Pendidikan Guru. Oxford Fajar Companies,

M.

H

(2011).

Alternative

Assessment

Primer,

fromhttp//teachingtoday.glencoe.com/howtoarticles/alternative-assessmentprimer. Dikli, S. (2003). Assessment at a Distance :Traditional vs Alternative Assessment.The Turkish Online Journal of Education Technology-TOJET,2 (3) Fakhri Abdul Khalil

& Mohd Isha Awang (2016). Isu Kesediaan Guru dalam Amalan

Melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. DUCATUM – Journal of Social Science Ghafar, M. A. (2011).Pembinaan & Analisis Ujian Bilik Darjah ( 2nd ed. Vol.371.26 );Penerbit UTM Press. Ghani,

T.H,.

(2008).

Membangun

Modal

Insan.

Diperolehi

daripada.http://sppkkedah.blogsport.com/2009/10/membangun-modal-insan.html Khan, A. (2009). Tidak Lagi Bergantung 100% Kepada Peperiksaan - TPM. Diperolehi daripada..http://sppkkedah.blogspot.com/2009/10/tidak-bergantung-100-kepada peperiksaan.html.

12

Logsdon, A.(2011). Alternative Assessment-What Is an Alternative Assessment. Diperolehi daripada http://learningdisabilities.about.com/od/learning_disability_term_A/g/alternative_a ssesment.htm. Nor Hashimah Hashim. 2000. Pemahaman guru terhadap penerapan nilai-nilai murni di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah. Laporan penyelidikan Pusat Pengajian llmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia. Radin Mohd Shamsul Zahri. (2008). Penilaian program pentaksiran kerja kursus berasaskan sekolah. Teknologi kejuruteraan SPM. Tesis Ijazah Sarjana yang tidak diterbitkan. Bangi: Univerisiti Kebangsaan Malaysia. Salmiah J., Ramiah H., Ab. Rahim B., & Abdullah M.R. (2011). Keprihatinan guru dalam pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah: Perubahan dalam penilaian pendidikan. Seminar Majlis Dekan-Dekan Pendidikan IPTA 2011. Prosiding Seminar Majlis Dekan-dekan Pendidikan IPTA. Serdang, Selangor: Universiti Putra Malaysia Saptu, M., & Said, H. (2011). Pentaksiran Alternatif dalam Memperkayakan Pengetahuan dan Meningkatkan Pembelajaran. Suraya Zaidon, HaslindaMd. Ali (2009). Penilaian dalam Pendidikan Prasekolah. Kuala Lumpur: Pts Professional Publishing Sdn. Bhd

13

Related Documents

Tugasan 5
May 2020 8
Tugasan 5
May 2020 12
Tugasan Kumplan B
October 2019 29
Tugasan 1
October 2019 38
Tugasan 1
May 2020 19

More Documents from ""