BAB 1 PENGENALAN
1.1
Pendahuluan Kekuatan mental dan spiritual benar-benar mempengaruhi kehidupan
kita. Kekuatan fizikal yang kita miliki adalah lahir dari kekuatan mental dan spiritual . Kita tidak akan dapat melaksanakan sesuatu tugas dengan baik sekiranya fikiran dan jiwa tidak digabung dan dimantapkan, kerana itu apabila kita disuruh melakukan sesuatu tugas atau kerja, kita perlu melakukan dengan sepenuh jiwa dan raga (Yosep,2005). Menurut Zuhri (2001) dalam Siti Lutfiyah (2008), kecerdasan spiritual adalah kecerdasan manusia yang digunakan untuk berhubung dengan tuhan. Seseorang itu andai hubungannya dengan Tuhan adalah baik maka, didapati hubungannya sesama manusia juga akan baik. Kekuatan spiritual memberi kesan dan pengaruh yang kuat terhadap diri kita. Dengan adanya kekuatan spiritual, ia menjadikan diri kita mampu melihat serta mengawal tingkahlaku seterusnya memberi makna dalam diri kita. Kekuatan spiritual juga dapat menghadirkan rasa tenang, damai dan ikhlas. Seterusnya mendorong kita
1
melakukan kebaikan terutamanya dalam menjalani tanggungjawab serta tugas seharian kita. Yosep (2005) berpendapat jururawat yang memiliki taraf kecerdasan spiritual tinggi mampu menjadi lebih bahagia dan menjalani kepuasan hidup ( bekerja ) berbanding dengan mereka yang taraf kecerdasan spiritualnya rendah. Tambahnya lagi, pencarian makna bagi jururawat seharusnya berkait rapat dengan layanan kejururawatan atas dasar ibadah kepada Tuhan dan pertolongan bagi manusia yang memerlukannya. Kajian-kajian terbaru menunjukkan sikap yang positif dan kebolehan dalam menyesuaikan diri
memainkan peranan penting dalam membina
kehidupan yang positif. Mereka yang mempunyai sikap yang positif juga lebih redho dengan kehidupan mereka, mempunyai hubungan interpersonal yang baik, lebih produktif, gembira dengan pekerjaan mereka, lebih suka menolong orang lain dan turut berjaya mencapai matlamat hidup khususnya dalam bidang pekerjaan mereka. (Seminar Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam, 2005). Menurut Locke (1976) sikap positif terhadap kerja disamakan dengan kepuasan kerja sementara sikap negatif disamakan dengan tidak kepuasan bekerja. Deshpandest (1997), pula mengatakan jururawat yang memiliki tekanan yang tinggi dan kepuasan kerja yang rendah akan menyebabkan fenomena berhenti kerja serta ketidakpuasan bekerja.
2
1.2
Permasalahan Kajian Masyarakat hari ini kian ramai memperkatakan isu-isu berkaitan etika
di kalangan jururawat tanpa disedari semasa memberi perkhidmatan bantuan mereka terhadap pesakit. Antara insiden-insiden yang pernah berlaku yang dipaparkan di dada akhbar seperti kes bayi perempuan Putri Nur Danisha yang telah patah tulang paha akibat tindakan jururawat memegang tangan dan kaki bayi tanpa memegang badannya. Ini adalah di antara insiden-insiden yang tidak diduga tetapi telah berlaku di hospital-hospital. (Metro, Jun 2009). Kes seorang doktor dan jururawat memperdagangkan bayi ( Utusan Online, 9 Jun 2008 ), paparan aksi memalukan sebilangan jururawat di Britain dalam laman web jaringan sosial Facebook yang tidak sepatutnya dilakukan oleh golongan professional ini. (Kosmo, 10 Jun 2009). Kes jururawat diperkatakan tidak mesra pelanggan, berkasar dengan pesakit, tidak prihatin, sombong dan bersikap tidak beretika serta tidak professional ( Utusan Online, Disember 2006 ). Pelanggaran profesion etika kerja adalah serius jika tidak ditangani dengan segera kerana kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka yang tidak layak menyebabkan orang lain yang menerima kemudaratan. Menyedari gejala pelanggaran perilaku ini menyebabkan Gabungan Persatuan Penggguna Malaysia (FOMCA) menyelar sikap angkuh dan tidak professional para petugas perkhidmatan kesihatan samaada golongan doktor atau jururawat pelatih. Presidennya, Profesor Hamdan Adnan, berkata sebahagian besar aduan
3
orang ramai yang diterima oleh FOMCA adalah mengenai salahlaku golongan ini ( Berita Online, Julai 2008 ). Yang berbahagia Tan Sri Samsudin Osman Ketua Setiausaha Negara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya membuat kesimpulan dalam penutup ucapannya mengatakan, pekerja yang berasa gembira dengan kerja yang dilakukan akan dapat wujudkan sesuatu yang memuaskan hati dalam bekerja, barulah kerja yang dilakukan memberi makna padanya. Justeru itu, setiap individu wajar mengamalkan spiritual dalam diri agar mampu mencipta makna dan jiwa yang bahagia ( Seminar Psikologi, Julai 2005 ). Berkaitan isu-isu pelanggaran etika kerja ini, adakah disebabkan seseorang individu tidak mampu mengawal dirinya sehingga terjadi perlakuan yang tidak sepatutnya. Mungkinkah seseorang itu wajar mengetahui cara-cara untuk mengawal tingkahlakunya. Selain daripada individu itu dapat mengawal emosi, individu juga patut dapat mengawal hatinya juga iaitu spiritual dalaman. Hati adalah peneraju kehidupan manusia sama ada ke arah kebaikan atau keburukan. Apabila rosak hatinya, nafsunya lebih cenderung ke arah keburukan dan jiwanya tidak tenang. Situasi ini akan terpancar pada air muka dan perawakan individu tersebut ( al-Ghazali, 2008 ). Justeru itu, persoalan yang cuba diperbincangkan dalam kajian ini adalah, adakah terdapat perkaitan kecerdasan spiritual, etika kerja dan kepuasan kerja dalam kalangan jururawat kerana kajian ini mengandaikan
4
bahawa individu yang memiliki kecerdasan spiritual yang tinggi akan mengamalkan etika dalam bekerja lantaran itu, individu tersebut akan menikmati kepuasan bekerja yang lebih bermakna. Bekerja bukan sekadar mencari rezeki untuk hidup tetapi jujur dan ikhlas serta mempunyai nawaitu yang tulus dalam membantu sesama manusia melebihi daripada yang lain semata-mata untuk mendapat keredaan Tuhan seterusnya jiwa akan lebih puas dan tenang ( Hidayat, 2001 ).
1.3
Persoalan Kajian
Beberapa persoalan yang akan dberi tumpuan dalam kajian ini iaitu: 1.3.1
Apakah tahap setiap dimensi kecerdasan spiritual, etika kerja dan kepuasan kerja dalam kalangan jururawat Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani?
1.3.2
Adakah terdapat perbezaan setiap dimensi kecerdasan spiritual, etika kerja dan kepuasan kerja dalam kalangan jururawat Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani dari segi demografi?
1.3.3
Adakah terdapat hubungan antara kecerdasan spiritual dan amalan etika dalam kalangan jururawat?
1.3.4
Adakah terdapat hubungan setiap dimensi kecerdasan spiritual dan kepuasan kerja dalam kalangan jururawat Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani?
5
1.3.5
Adakah terdapat hubungan antara etika kerja dan kepuasan kerja dalam kalangan jururawat Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani?
1.4
Objektif Kajian
Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk : 1.4.1
Mengenalpasti tahap setiap dimensi kecerdasan spiritual, etika kerja dan kepuasan kerja dalam kalangan jururawat Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani.
1.4.2
Mengetahui perbezaan setiap dimensi kecerdasan spiritual, etika kerja dan kepuasan kerja dalam kalangan jururawat Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani.
1.4.3
Mengenalpasti hubungan antara kecerdasan spiritual dan etika kerja dalam kalangan jururawat Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani.
1.4.4
Mengenalpasti hubungan setiap dimensi kecerdasan spiritual dan kepuasan kerja dalam kalangan jururawat Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani.
1.4.5
Mengenalpasti hubungan antara etika kerja dan kepuasan kerja dalam kalangan jururawat Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani.
6
1.5
Signifikan Kajian Kajian ini sesuai dilaksanakan memandangkan di Malaysia tidak
banyak didapati kajian berkaitan kecerdasan spiritual khususnya terhadap jururawat. Kajian ini juga akan dapat membantu jururawat memahami diri serta kelebihan individu yang memiliki kecerdasan spiritual yang
tinggi
mampu mengawal etika kerja serta dapat mencapai kepuasan dalam bekerja. Selain daripada itu, kajian ini merupakan satu kajian ilmiah yang akan dapat memberi idea-idea kepada pengkaji-pengkaji ilmiah yang lain dalam menghasilkan kajian yang lebih bermutu. Kajian ini juga diharapkan dapat memberi manafaat kepada pihak yang berkenaan khususnya dalam meningkatkan kecerdasan spiritual kejururawatan agar mampu menjana piawai profesionalisme sebanding dengan komuniti jururawat global ( Pelita Brunai, Julai 2009 ).
1.6
Definisi Konsep
1.6.1
Kecerdasan Spiritual Kecerdasan Spiritual adalah satu konsep yang masih baru dan ia
diperkenalkan oleh Danah Sahar dan Ian Marshall ( 2001), melalui bukunya iaitu The Ultimate Intelligence. Secara umumnya kecerdasan spiritual telah didefinisikan oleh Barat sebagai makna hidup iaitu the meaning of life. Danah dan Marshall (2001) merumuskan kecerdasan spiritual iaitu keunikan berfikir 7
untuk bertingkahlaku, kesedaran diri, fleksibel dan adaptif, cenderung untuk memandang segala sesuatu secara holistik serta cenderung untuk mencari jawapan asas bagi kehidupan atas situasi-situasi dalam hidupnya. Ary Ginanjar Agustian (2003) dalam ( Berita Harian, Feb 2009), menyatakan kecerdasan spiritual adalah kemampuan untuk memahami makna dan nilai tertinggi dalam kehidupan serta tujuan asas kehidupan. Frankl dalam Danah dan Marshall (2001), mendefinisikan sebagai pengembangan pemikiran tentang pemaknaan hidup, yang di dalamnya terkandung nilai-nilai: (1) nilai kreatif; (2) nilai pengalaman dan (3) nilai sikap. Makna yang diperolehi oleh manusia akan menjadikan dirinya seorang individu yang memiliki kebebasan rohani iaitu kebebasan dari godaan nafsu serakah dan persaingan dalam konflik terhadap tanggungjawab Tuhan, diri dan orang lain. Manakala menurut Covey (2005) dalam Danah dan Marshall (2001), kecerdasan spiritual juga membantu mencerna dan memahami prinsip-prinsip sejati yang merupakan bahagian dari nurani kita, mendorong seseorang agar bekerja ikhlas, bertindak dan berfikir dengan jiwa yang bersih. 1.6.2
Etika Kerja Menurut Osman (1998 ) dalam Siti Lutfiyah ( 2008 ), etika kerja boleh
diertikan sebagai budaya kerja yang di dalamnya terangkum berbagai –bagai perkara yang diperlukan di dalam rangka mencapai matlamat sesuatu organisasi. Etika kerja merangkumi faktor-faktor dorongan pekerjaan seperti
8
keluarga dan masyarakat. Ia juga memain peranan di dalam menentukan keutuhan organisasi. Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid ( INTAN, 1991 ) pula menyatakan etika kerja adalah prinsip-prinsip moral yang ditetapkan oleh sesebuah organisasi bagi mengawal tingkahlaku pekerja atau ahli organisasi tersebut. Ia merupakan satu bentuk kawalan bagi memastikan perlakuan pekerja sentiasa selaras dengan sistem nilai dalam sesebuah organisasi berkenaan.
1.6.3
Kepuasan Kerja Definisi kepuasan kerja menurut Elm dan Nichols (1993) adalah hasil
dari pengalaman yang berhubung dengan penilaian dan pengharapan mereka terhadap pekerjaan. Manakala Locke (1976) pula mentakrifkan kepuasan kerja sebagai satu tindakan emosi yang sedar akibat daripada penilaian dan pengalaman ke atas kerja yang dilakukan. Menurutnya lagi sikap positif terhadap kerja disamakan dengan kepuasan, sementara sikap negatif disamakan dengan tidak kepuasan kerja. Pendapat Hulin et al. (1964) pula mengatakan kepuasan kerja merupakan
perasaan
seseorang
pekerja
terhadap
situasi
kerja
pada
keseluruhannya. Perasaan itu juga ada kaitannya dengan apa yang diharapkan dan apa yang dicapai sebenarnya. Giligan ( 1992 ) mendefinisikan kepuasan kerja sebagai istilah umum mengenai sesuatu keadaan di mana keperluan 9
pekerja dapat dipenuhi selari dengan perasaan manusia yang selalu berubahubah. Apabila keadaan tergugat keselamatan kerja menjadi persoalan utama dan apabila keadaan bertambah baik mereka akan menukarkan keutamaan tersebut.
1.6.4
Jururawat Lembaga Jururawat Malaysia (1998) di dalam kod profesionnya,
mendifinisikan jururawat berdaftar sebagai individu yang telah mendapatkan latihan formal dalam bidang kejururawatan dan telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia. Menurut Kamus Dewan Edisi Baru ( 1989), jururawat adalah individu yang dilatih untuk memberi rawatan kepada orang yang berada dalam kesakitan. Norashikin ( 2006 ), menyatakan jururawat merupakan gelaran yang diberikan kepada seseorang individu yang bertanggungjawab menjaga orang-orang sakit atau cedera di hospital.
1.7
Definisi Operasional
Berikut adalah definisi operasional pemboleh ubah kecerdasan spiritual, etika kerja, kepuasan kerja dan jururawat.
10
1.7.1
Kecerdasan Spiritual Kecerdasan spiritual yang akan diberi tumpuan dalam kajian ini adalah
berkaitan hati dan jiwa seseorang jururawat di dalam menghadapi tugas sehariannya, ketelusan dan keikhlasan dalam melaksanakan tanggungjawab. Melalui kecerdasan spiritual yang boleh dipupuk serta dilatih, manusia mampu mengawal kecerdasan hingga dirinya akan mencapai bahagia dengan keikhlasannya dalam melaksanakan tanggungjawab tanpa rasa terpaksa atau tertekan oleh pihak lain ( Yosep,2005 ). Kecerdasan spiritual dalam kajian ini terdiri daripada empat dimensi iaitu: i.
Kendiri Konsep kendiri dikategorikan kepada diri fizikal dan personel
( Roy, 1984 ). Roy juga menggalakkan para jururawat supaya membayangkan pengaruh-pengaruh kejururawatan membentuk sistem penjagaan jururawat. Malinski ( 2002 ) pula mencadangkan mengkaji kejiwaan dan kesembuhan daripada perspektif kesedaran kendiri dari sudut dalaman ( Lauterbach dan Becker, 1996 ) mengatakan peranan jururawat adalah untuk menggalakkan pesakit dalam aktiviti penjagaan kendiri. Bila penyakit menganggu dan pendapat pakar tidak dapat membantu merasionalkan keadaan maka pengalaman hidup boleh membantu menstabilkan keadaan dan spiritual dalam kendiri pesakit juga dapat membantunya ( Pesut, 2003 ).
11
ii.
Melampaui kendiri Merupakan perhubungan atau perkaitan dengan Tuhan yang maha esa
melalui perasaan, hati dan jiwa. Florence Nightingle adalah model kejururawatan yang menggabungkan tradisi penjagaan kristian secara holistik iaitu manusia dicipta oleh tuhan yang pengasih. Nightingle percaya kepada kendiri manusia serta hubungannya dengan Tuhan. Penjagaan holistik melihat individu sebagai gabungan perkaitan yang rapat antara komponen fizikal, sosial, psikologi dan spiritual ( Chung, 2002 ). iii.
Pengertian penjagaan kerohanian Pengertian penjagaan kerohanian merujuk kepada perkaitan dalam
perhubungan yang agak subjektif ( subjective ), iaitu menggabungkan keseluruhan keupayaan manusia dalam membentuk kekuatan dalaman dan kedamaian pesakit. Selain daripada menjangkau lebih mendalam dari kebimbangan diri dan melangkaui semua sempadan ( Chung, 2002 ). Penjagaan kerohanian atau kejiwaan adalah kemampuan jururawat menjadikan pesakit rasa bahagia dan bermakna walaupun dalam kesengsaraan. Pencarian makna bagi jururawat adalah memberi layanan atas dasar ibadah kepada Allah s.w.t ( Tuhan ) dan kemampuan memberi pertolongan kepada pesakit yang memerlukan ( Yosep, 2005 ).
12
iv.
Amalan penjagaan kerohanian Terdapat kekurangan apabila mendefinisikan maksud kejiwaan dan
penjagaan kejiwaan ( kerohanian ) kerana kejiwaan selalu dianggap sebagai peribadi dan subjektif ( Hall 1997, Smith dan McSherry 2004 ). Bentuk-bentuk penjagaan kejiwaan yang sering diberikan oleh jururawat
termasuklah
mendengar, menyentuh, hadir, berdoa, menggunakan alat-alat agama, kehadiran di acara-acara agama, bercakap dengan paderi (orang alim), membaca bible (al-quran) (Don, 2004), menunjukkan sikap baik hati (Taylor et al. 1995), penerimaan dan sikap yang tidak menghakimi, pengesahan perasaan dan fikiran pesakit, memudahkan, menanam harapan (Sellers dan Haag, 1998), membincangkan masalah dengan mendalam, mencadangkan pesakit mencari bantuan, membuat rujukan kepada pakar kejiwaan dan memberitahu pesakit sumber tempatan (Kristeller et al.,1999). 1.7.2
Etika Kerja Etika kerja yang akan diperbincangkan dalam kajian ini adalah secara
umum sahaja, namun begitu pengkaji masih berlandaskan kepada tunggak dua belas iaitu enam daripada dua belas tunggak duabelas telah dipilih bersesuaian dengan kecerdasan spiritual yang dikaji. Antara enam tunggak tersebut ialah sifat hargai masa, sifat tekun membawa kejayaan, sifat keseronokan bekerja, sifat kemuliaan kesederhanaan, ketinggian peribadi dan kekuatan sifat baik hati.
13
1.7.3
Kepuasan Kerja Kepuasan kerja pula penyelidik telah memfokuskan kepada kepuasan
secara dalaman jururawat ( instistic ) dan kepuasan luaran jururawat ( extrinstic ). 1.7.4
Jururawat Pengkaji akan memfokuskan jururawat yang bertugas di Hospital
Sultan Abdul Halim, Sungai Petani kerana hospital ini merupakan sebuah hospital kerajaan yang besar serta mempunyai kakitangan yang ramai. Bersesuian dengan isu permasalahan yang hendak dikaji oleh penyelidik.
1.8
Skop Kajian Kajian dijalankan di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani. Skop
kajian melibatkan responden iaitu jururawat yang bertugas di sini mengikut pangkat masing-masing. Pemilihan responden dalam kalangan pelbagai pangkat supaya tidak berlaku bias.
14
1.9
Latar Belakang Teori
Dalam kajian ini teori yang dibincangkan adalah Teori Kaunseling AlGhazali, teori etika kerja yang dikemukakan oleh White (1997) dan teori kepuasan kerja iaitu Teori Dua Faktor Herzberg. 1.9.1
Teori Kaunseling Al-Ghazali Terdapat pelbagai teori dan pengkelasan para pengkaji aspek spiritual
dan agama yang menjadi kepercayaan manusia. Umumnya ia dibahagikan kepada agama langit, agama wahyu dan agama budaya, yang terdiri daripada Yahudi, Kristian dan Islam. Kajian ini berdasarkan Teori Kaunseling AlGhazali, teori ini menghuraikan sifat-sifat manusia dari kenyataan Al-Quran dan hadis serta pemerhatian al-Ghazali. Ia menepati kaedah ilmu Islam yang berasaskan dalil naqli iaitu wahyu dan dalil aqli iaitu aqal. Walaupun manusia terdiri daripada komponen fizikal dan spiritual, namun tumpuan al-Ghazali lebih kepada aspek spiritual dalaman. Ini selaras dengan konsep beliau pada ilmu iaitu ilmu zahir dan batin. Ilmu zahir berkaitan dengan ibadat dan adat kebiasaan yang berlaku pada tubuh badan. Ilmu batin pula adalah ilmu mukasyafah yang berkait dengan soal hati. Aspek spiritual manusia kuat mempengaruhi kehidupan manusia. Ia menjadi daya dorong perlakuan jasad yang dikenali sebagai tingkah laku. Secara naluri, seluruh anggota manusia patuh kepada hati. Al15
Ghazali (2008) mengatakan, apabila manusia menyalahi ataupun mengengkari peraturan Allah semasa hidup, ia menjadikan manusia gelisah dan bermasalah kerana tidak menepati ikrarnya. Oleh itu, bagi tujuan menjaga hati daripada tercemar dengan unsur-unsur buruk individu itu perlu menjaga pancaindera kerana semua elemen yang diterima oleh pancaindera merangsang aspek dalaman sama ada bertindak baik atau tidak baik. Falsafah manusia menurut al-Ghazali ( 2008 ), aspek dalaman manusia iaitu hati, akal dan jiwa yang kuat dipengaruhi oleh segala rangsangan yang diterima melalui pancaindera. Rangsangan positif mencetuskan dorongan tingkah laku positif. Manakala, rangsangan negatif mencetuskan dorongan tingkah laku negatif. Roh membolehkan manusia hidup dan menjadikan seluruh aspek dalaman dan luaran individu itu berfungsi. Teori Kaunseling al-Ghazali telah membuat andaian-andaian tentang manusia secara umum iaitu manusia terdiri daripada tiga kategori. Iaitu nafsu ammarah, nafsu lawwamah dan nafsu mutmainnah. Kategori pertama ialah nafsu ammarah iaitu nafsu yang tunduk dan patuh menurut kehendak nafsu syahwat dan syaitan. Allah menyatakan dalam surah Yusuf ayat 53 yang bermaksud, “Sesungguhnya nafsu ammarah itu selalu menyuruh kepada kejahatan”. Nafsu ini tidak dapat dikawal dengan sempurna oleh hati. Jika hati tidak dapat meminta bantuan ilmu, hikmah, kebijaksanaan dan akal maka, hati akan binasa. Oleh itu, individu terjerumus tingkah laku
16
yang melanggar syariat, tidak beradab, tidak berperikemanusiaan, bertindak mengikut sesuka hati, zalim dan pelbagai keburukan serta bencana kepada diri serta persekitaran. Sukar menegur orang-orang yang memiliki jiwa seperti ini kerana tidak peka dengan kesilapan atau kesalahan yang telah dilakukan. Nafsu ammarah menduduki tahap paling rendah dalam kehidupan manusia, malah lebih rendah daripada haiwan. Ini kerana haiwan tidak memiliki akal. Mereka bertindak sekadar memenuhi keperluan hidup. Namun kesan yang dihasilkan tidaklah seteruk yang dilakukan oleh manusia. Kategori yang kedua adalah nafsu lawwamah adalah nafsu tercela kerana kelalaian tuannya melaksanakan peraturan-peraturan Allah. Allah menyatakan dalam surah al-Qiyamah ayat dua yang bermaksud , “Aku bersumpah dengan nafsu lawwamah (yang amat menyesali dirinya sendiri).”Orang yang memiliki jiwa seperti ini menyesali perbuatan salah lakunya dan berinisiatif untuk kembali ke landasan yang benar. Oleh itu, ia mudah memperbaiki diri dan mudah menerima teguran orang lain. Individu itu tidak hanyut dalam arus kesesatan yang membinasakan diri.baik dalam kehidupan dunia mahupun akhirat. Ia sering memikirkan baik buruk, halal haram, betul salah, berdosa ataupun tidak dalam segala tindakannya. Kategori ketiga adalah nafsu mutmainnah adalah jiwa yang tenang. Allah menyatakan dalam surah al-fajr. ayat 27 hingga 30 yang bermaksud, “Wahai nafsu mutmainnah, (jiwa yang tenang). Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhoinya. Maka, masuklah ke dalam jamaah
17
hamba-hambaku dan masuklah ke dalam syurgaku.” Orang yang memiliki jiwa seperti ini dapat mengawal nafsu syahwat dengan baik dan sentiasa cenderung melakukan kebaikan. Segala kesenangan hidup tidak membuat dia lupa diri dan kesusahan yang dialami pula tidak menjadikan dirinya gelisah. Ini kerana hatinya mempuyai ikatan yang kuat kepada Allah. Ia redho dengan segala ketetapan dan ujian yang Allah berikan kepadanya. Menurut al-Ghazali, nafsu mutmainnah adalah tahap tertinggi dalam kehidupan manusia. Berdasarkan maksud ayat yang tersebut di atas, individu yang sampai ke tahap ini mendapat balasan syurga. Oleh itu al-Ghazali mengkelaskan jiwa manusia kepada tiga peringkat iaitu peringkat rendah, pertengahan dan tinggi. Peringkat pertengahan adalah transisi jiwa manusia dalam usaha memperbaiki diri dari peringkat rendah kepada peringkat tinggi. Pencapaian tingkat-tingkat nafsu manusia bergantung pada ilmu dan latihan jiwa. Oleh sebab itu al-Ghazali mengambil berat berkenaan pendedahan pancaindera manusia kerana ia merangsang aspek dalaman. Segala maklumat dan tingkah laku memberi kesan kepada hati bagi mendorong anggota badan bertindak. Apabila aspek dalaman menerima perkara baik, baiklah arahan-arahan yang dikeluarkan oleh hati. Seterusnya, baik pula segala perkara yang terpancar daripada diri individu itu. Air muka yang tenang dan tingkah laku yang sopan adalah pancaran dari aspek dalaman diri.
18
1.9.3
Teori- Teori berkaitan Etika Kerja Di dalam bahagian ini, beberapa pendapat utama terhadap teori etika
yang dikemukakan oleh White (1997), menjelaskan terdapat enam jenis teori moral tetapi pengkaji akan memberi tumpuan pada lima sahaja mengikut kesesuaian kajian ini. Antara teori itu adalah Teori Kebenaran (Theory of Right). Teori Kebaikan (Theory of the Good).Teori Kebajikan (Virtue Theory).Teori Hak (Right Theory) dan Teori Keadilan (Theory of Justice). Pertama,Teori Kebenaran (Theory of Right), menjelaskan apakah yang dikatakan betul dan salah dari segi moral. Ini termasuklah Teleological Theory dan Deontological Theory yang dipelopori oleh Emmanuel Kant .Teleological Theory memfokuskan kepada akibat dari sesuatu perlakuan atau peraturan, manakala Deontological Theory melihat kebaikan disebalik tindakan. Salah satu aspek penting dalam Teori Teleologikal ialah utilitarianism, yang secara asasnya menerangkan prinsip utiliti iaitu sesuatu tindakan adalah betul jika ianya memberi kebaikan dan tindakan adalah salah jika ianya tidak membawa kebaikan. Lanjutan dari teori ini, wujud Teori Kebaikan (Theory of Good) yang dipanggil hedonisme. Teori
Teleologikal
juga
menerangkan
bahawa
manusia
perlu
menimbang hanya kebaikan untuk dirinya sahaja. Secara khususnya, teori ini menerangkan manusia adalah sama. Apa yang membezakan mereka ialah tindakan yang berdasarkan kepentingan masing-masing. Teori ini mendapat
19
kritikan kerana membentuk sifat penting diri serta tidak bermoral kerana mengenepikan kebajikan orang lain. Manakala Deontological Theory menjelaskan betul atau salah dengan merujuk kepada sesuatu tindakan itu berbanding akibatnya. Salah satu teori yang terkandung dalam teori ini ialah Divine Command Theory yang menerangkan bahawa sesuatu itu adalah baik jika diperintahkan oleh Tuhan dan sebaliknya. Aspek lain yang
penting mengenai prinsip etika di dalam
Deontological Theory ialah huraian Kant yang mempercayai bahawa melalui taakulan, manusia akan menemui prinsip moral yang tertinggi seterusnya menjadi teras kepada tindakan manusia. Prinsip moral ini dikenali sebagai categorical imperative. Kant menyatakan tindakan itu hendaklah berdasarkan peraturan yang boleh diterima oleh sejagat. Ini bermakna seorang itu boleh memilih sama ada sesuatu tindakan itu betul atau salah berdasarkan undangundang yang perlu dipatuhi atau diikuti oleh orang lain. Teori yang kedua ialah Teori Kebaikan ( Teory of the Good ). Teori ini menerangkan apa yang baik dan yang tidak baik. Sesuatu itu bermoral jika membawa kebahagiaan atau kegembiraan ( hedonism ). Hedonism selalunya dihujah berdasarkan perbezaan di antara aspek dalaman ( instistic) dan nilai instrument ( instrumental value ). Sesuatu itu mempunyai nilai yang baik atau buruk bergantung kepada akibat daripada tindakannya. Ini bermaksud
20
hedonism membenarkan perkara seperti pengetahuan intelek boleh dijadikan panduan kebaikan selain dari kebahagiaan ( pleasure ) semasa manusia bertingkahlaku. Ini sama juga dengan kesakitan, kecuaian atau sifat buruk boleh dijadikan panduan kepada tindakan yang membawa keburukan. Ketiga ialah Teori Kebajikan ( Virtue Theory ) yang diasaskan oleh Plato dan Aristotle. Teori ini menerangkan tanggungjawab dan kebenaran. Menurut mereka terdapat perbezaan di antara kebaikan moral dan intelek. Kebaikan intelek melibatkan penggunaan apa yang baik di dalam manusia melalui taakulan. Semakin tinggi tahap taakulan manusia ia akan membawa kepada tahap kesempurnaan diri serta moral yang lebih baik. Keempat ialah Teori Hak ( Right Theory ). Teori ini menjelaskan hakhak manusia seperti hak untuk hidup, hak untuk kebebasan dan mencari kesenangan hidup. Sebagai contoh, dalam hak untuk hidup, seseorang itu tidak boleh diganggu oleh manusia lain yang boleh mengancam nyawanya. Manusia juga tidak mempunyai hak untuk mengambil nyawa sendiri dan nyawa orang lain. Kelima ialah teori mengenai keadilan ( Theory of Justice ). Teori ini adalah relevan untuk masalah moral seperti pengagihan sumber kepada rakyat.Teori ini melibatkan kontrak sosial untuk keadilan yang perlu dipatuhi seperti setiap manusia mempunyai hak yang sama dengan orang lain. Oleh itu, mereka berhak mendapat pengagihan sumber ekonomi yang sama rata. Sama
21
ada prinsip ini diterima dan bagaimana mereka diterima masih lagi dibincang oleh ahli falsafah. 1.9.4
Teori Kepuasan Kerja Teori Dua Faktor Herzberg merupakan teori yang dikemukakan oleh
Frederick Herzberg pada tahun 1959. Teori Dua Faktor Herzberg yang juga dikenali sebagai Teori Intrinsik dan Ekstrinsik atau Teori Hygiene dan Motivator ini telah menjadi asas rujukan bagi kebanyakan kajian yang dijalankan. Selain digunakan dalam perbincangan motivasi, teori ini juga menjadi sebahagian dalam perbincangan mengenai kepuasan kerja. Hal ini kerana menurut teori ini, motivasi dan kepuasan kerja adalah saling berkait. Seseorang pekerja yang mempunyai motivasi tinggi, secara tidak langsung akan menggambarkan tahap kepuasan kerja yang tinggi. Menurut Teori Herzberg, faktor motivasi yang mempunyai hubungan dengan kerja boleh dibahagikan kepada dua, iaitu faktor motivator (instrinsik) dan faktor hygiene (ekstrinsik). Faktor hygiene ialah elemen luaran diri pekerja yang terhasil daripada kerja seperti gaji, bonus, insentif, keuntungan, jaminan kerja, keadaan fizikal tempat kerja dan sebagainya. Sekiranya faktor hygiene ini disesuaikan dalam Model Teori Hierarki Maslow, faktor ini adalah terletak dalam golongan keperluan tahap rendah iaitu keperluan fisiologi, keperluan keselamatan dan keperluan sosial.
22
Bagi faktor motivator pula ialah elemen dalam diri pekerja yang ada hubungannya
dengan
kerja
seperti
pencapaian,
pengiktirafan,
tahap
tanggungjawab, jumlah kawalan kerja, cabaran, minat terhadap kerja dan lainlain. Faktor motivator adalah dikaitkan dengan keperluan tahap tinggi dalam Model Teori Hierarki Maslow. Herzberg (1959) menegaskan bahawa faktor hygiene adalah perlu tetapi tidak cukup untuk memuaskan dan memotivasikan pekerja. Dalam erti kata lain, apabila industri memenuhi keperluan pekerja menerusi penyediaan faktor hygiene yang tidak cukup (misalnya gaji yang diberi rendah) boleh menjadikan pekerjanya tidak puas. Namun sekiranya kesemua faktor hygiene itu telah diberi secukupnya, pekerja mungkin akan bersikap neutral. Menurut Herzberg (1959) apabila pekerja telah memperoleh faktor hygiene sepenuhnya belum tentu dapat memotivasikan mereka sekiranya tidak menyediakan faktor motivator. Hygiene adalah keinginan yang berkaitan dengan kesejahteraan individu. Iaitu berkaitan dengan keinginan yang terdapat di luar kerja dan melibatkan persekitaran kerja antaranya seperti dasar pentadbiran organisasi, hubungan antara perorangan dengan orang lain sama ada ketua atau orang bawahan, status pekerjaan dan jaminan pekerjaan. Seseorang pekerja yang telah memperoleh faktor motivator akan berasa puas terhadap kerjanya dan mempunyai motivasi ke arah mencapai tahap prestasi kerja yang tinggi. Hal ini kerana mereka berasa seronok terhadap
23
pekerjaan. Namun apabila mereka tidak disediakan keperluan ini, pekerja itu akan bersifat neutral terhadap kerja mereka tetapi tidak akan berasa ketidakpuasan. Oleh itu, menurut Herzberg (1959) hanya kehadiran kedua-dua faktor hygiene dan faktor motivator akan membawa kepada kepuasan kerja dan peningkatan motivasi. Menurut Herzberg (1959) pekerja lebih cenderung untuk mendapatkan faktor motivator dalam pekerjaan mereka, berbanding dengan faktor hygiene. Seseorang pekerja akan mengambil tindakan berhenti kerja, ponteng kerja atau pusing ganti kerja sekiranya pekerjaan itu tidak memberi kepuasan walaupun pekerjaan itu mereka minati. Sebaliknya dengan penyediaan faktor motivator dalam pekerjaan akan menjadikan pekerja itu lebih berpuas hati dan berdedikasi terhadap pekerjaannya. Fraser (1998) telah meringkaskan bahawa daripada Model Herzberg, kepuasan kerja adalah disebabkan oleh faktor intrinsik terhadap sesuatu pekerjaan seperti aspek pencapaian, pengiktirafan dan tanggungjawab terhadap pekerjaan. Manakala bagi aspek seperti gaji, keadaan tempat kerja dan sebagainya adalah faktor ekstrinsik yang penting dalam pekerjaan tetapi faktor ini tidak akan mewujudkan kepuasan dalam pekerjaan. Herzberg (1959) juga telah
menegaskan
bahawa
faktor
motivator
adalah
penting
untuk
memperangsangkan daya kreativiti pekerja dalam pekerjaan manakala faktor hygiene adalah berfungsi untuk untuk mengekalkan sikap dan prestasi pekerja dalam pekerjaan mereka.
24
Satu lagi perkara penting dalam Teori Herzberg ini ialah mementingkan penambahan menegak (vertical loading) faktor motivator di mana pekerja diberi kerja yang lebih sukar dan mencabar seperti membuat kerja penyelia dan pihak atasan serta dilatih supaya menjadi pakar dalam sesuatu bidang. Pekerja juga boleh diberi tambahan kuasa ke atas tugasnya dan kawalan penyelia ke atasnya dikurangkan. Ini berbeza dengan penambahan mendatar (horizontal loading) faktor hygiene di mana pekerja diberi kerja tambahan pada pekerjaan yang sama. Ini boleh mengurangkan semangat kerja pekerja kerana cara ini kurang mencabar. Secara umumnya, ketiga-tiga teori telah mengenalpasti beberapa aspek yang berkaitan dengan kecerdasan spiritual, etika kerja dan kepuasan kerja di kalangan pekerja khususnya jururawat. Aspek-aspek tersebut termasuklah faktor-faktor yang melibatkan dalaman seseorang individu yang akan membentuk dirinya sendiri tanpa rasa dipaksa oleh pihak lain sebaliknya dengan rela hati bertindak dalam setiap situasi dengan tingkahlaku beretika. Faktor dalaman seperti kepuasan ketika bekerja atau kepuasan diri akan dinikmati apabila dapat bertindak berbuat baik kepada sesama manusia. Dalam konteks kajian organisasi kejururawatan ini, teori-teori di atas dapat dijadikan rujukan untuk melihat elemen-elemen yang terbentuk di dalam organisasi yang mempengaruhi etika dan kepuasan kerja dalam kalangan jururawat.
25
1.10
Kerangka Kajian
Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan antara tiga pemboleh ubah utama iaitu kecerdasan spiritual, etika kerja dengan kepuasan kerja. Sebagai pemboleh ubah bebas, kecerdasan spiritual dibahagikan kepada empat dimensi iaitu dimensi kendiri, melampaui kendiri, memahami pengertian kerohanian dan dimensi analan kerohanian. Salah satu dimensi kecerdasan spiritual dipilih iaitu dimensi amalan kerohanian dan etika kerja juga akan dilihat perbezaan berdasarkan faktor demografi yang terdiri dari faktor taraf perkahwinan dan tahap pendidikan.
26
PEMBOLEHUBAH BEBAS PEMBOLEHUBAH
TERIKAT
KECERDASAN SPRITUAL - kendiri - dimensi melampaui kendiri - memahami erti kerohanian - amalan penjagaan kerohanian KEPUASAN KERJA ETIKA KERJA
DEMOGRAFI - taraf pendidikan - taraf perkahwinan
Rajah 1.1 : Kerangka Kajian
27
1.11
Hipotesis Hipotesis kajian yang telah dibentuk : HA 1: Terdapat perbezaan tahap kecerdasan spiritual dimensi amalan penjagaan kerohanian dalam kalangan
jururawat Hospital Sultan Abdul
Halim Sungai Petani dari segi taraf pendidikan. HA 2: Terdapat perbezaan tahap kecerdasan spiritual dimensi amalan penjagaan kerohanian dalam kalangan
jururawat Hospital Sultan Abdul
Halim Sungai Petani dari segi taraf perkahwinan. HA 3: Terdapat perbezaan tahap etika kerja dalam kalangan
jururawat
Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani dari segi taraf pendidikan. HA 4: Terdapat perbezaan tahap etika kerja dalam kalangan
jururawat
Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani dari segi taraf perkahwinan. HA 5: Terdapat perbezaan tahap kepuasan kerja dalam kalangan jururawat Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani dari segi taraf pendidikan. HA 6: Terdapat perbezaan tahap kepuasan kerja dalam kalangan jururawat Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani dari segi taraf perkahwinan. HA 7: Terdapat hubungan yang signifikan antara kecerdasan spiritual dimensi kendiri dengan kepuasan kerja dalam kalangan jururawat Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani.
28
HA 8: Terdapat hubungan yang signifikan antara kecerdasan spiritual dimensi melampaui kendiri dengan kepuasan kerja dalam kalangan
jururawat
Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani. HA 9: Terdapat hubungan yang signifikan antara kecerdasan spiritual dimensi memahami erti kerohanian dengan kepuasan kerja dalam kalangan jururawat Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani. HA 10 : Terdapat hubungan yang signifikan antara kecerdasan spiritual dimensi amalan penjagaan kerohanian dengan kepuasan kerja dalam kalangan jururawat Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani. HA 11 : Terdapat hubungan yang signifikan antara etika kerja dengan kepuasan kerja dalam kalangan Sungai Petani.
29
jururawat Hospital Sultan Abdul Halim
BAB 2 ULASAN KARYA 2.0 Pendahuluan Dalam bab ini akan menyorot penulisan karya-karya kajian lepas, pada mulanya kajian berkaitan kecerdasan spiritual, kajian etika kerja,kajian etika kerja Islam dan kepuasan kerja. Akhirnya rumusan pada penutupan bab ini dengan memperbincangkan karya berkaitan.
2.1
Kajian Lepas Tentang Kecerdasan Spritual Kajian berkaitan perhubungan di antara kecerdasan spiritual jururawat
dengan pemahaman dan amalan penjagaan spiritual oleh Chung ( 2007 ) terhadap 61 orang jururawat separuh masa yang sedang belajar peringkat ijazah sarjana muda di Hong Kong. Keputusan yang diperolehi hasil daripada kajian tersebut adalah perkaitan positif di antara diri jururawat dengan tiga dimensi yang terdapat dalam variabel kecerdasan spiritual iaitu dimensi melampaui diri, memahami pengertian penjagaan kerohanian dan dimensi
30
amalan penjagaan kerohanian. Keseluruhan keputusan adalah terdapat hubungan berterusan terhadap kesedaran kendiri dengan dimensi melampaui kendiri dalam memberi penjagaan kerohanian. Manakala kajian Yang ( 2006 ), berbentuk kajian deskriptif ke atas 299 orang jururawat berdaftar di Taiwan. Dalam kajian ini, Yang melihat perhubungan dari karektor demografi jururawat dengan kecerdasan spiritual, kemudian menguji kekerapan berdasarkan beberapa faktor iaitu ketuhanan, keprihatinan, persepsi perasaan melampaui ketetapan, komuniti intelektual, trauma dan spiritual di zaman kanak-kanak. Namun begitu keputusan secara umumnya ialah kekerapan kecerdasan spiritual pada tahap sederhana. Keputusan menunjukkan kekerapan tinggi bagi faktor trauma dan spiritual zaman kanak-kanak. Manakala variabel umur di zaman kanak-kanak merupakan yang paling signifikan terhadap kecerdasan spiritual jururawat. Menurut kajian Belcher dan Griffiths ( 2005 ) terhadap 204 orang jururawat hospis merumuskan bahawa kejiwaan peribadi dan pengetahuan asas amalan penjagaan kerohanian merupakan faktor penting dalam menyokong amalan penjagaan kerohanian. Mereka juga memahami tentang amalan kerohanian serta berkebolehan dalam mengaplikasikan nilai kerohanian kendiri mereka dan amalan penjagaan kerohanian terhadap pesakit mereka.
31
Manakala kajian oleh Ruslim ( 2006 ) adalah berkenaan Amalan Kecerdasan Spiritual di kalangan pelajar sarjana Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn ( KUiTTHO ) untuk mengatasi tekanan dan seterusnya berjaya
mencapai
kecemerlangan
dalam akademik. Dapatan
kajian
menunjukkan tahap amalan SQ pelajar sarjana di sini berada pada tahap yang tinggi. Oleh itu, para pelajar menyedari kepentingan amalan SQ dalam diri untuk menghadapi tekanan seterusnya mencapai kejayaan. Manakala bagi pihak Institusi Pendidikan Tinggi di Malaysia mampu melahirkan graduangraduan yang mempunyai kekuatan jiwa serta dapat mencapai matlamat negara untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, rohani dan intelek.
2.2
Kajian Lepas Tentang Etika Kerja Kajian yang dilakukan oleh Fletcher, Sorrell dan Silva ( 1998) adalah
kajian berkaitan etika kerja jururawat. Kajian dilakukan ke atas jururawat yang berdaftar dan bertugas di unit “sub-acute” di Hospital New England. Menurut kajian tersebut, antara kesalahan etika kerja utama yang dilakukan di kalangan jururawat adalah membiarkan pesakit tanpa penjagaan sewajarnya, tidak menghormati pesakit, rawatan yang tidak lengkap dan kesilapan dalam memberi rawatan.
32
Manakala kajian oleh de Corleg dan Selin ( 1992 ), melibatkan 2,624 pelajar jururawat adalah untuk meneliti hubungan di antara pendidikan dan perlakuan etika di kalangan jururawat. Dapatan kajian menunjukkan hubungan yang positif di antara pendidikan dan perlakuan etika jururawat. Pendidikan kejururawatan membantu membina kemahiran etika di kalangan jururawat. Jururawat yang berpendidikan lebih cenderung mengamal etika kerja dalam membuat keputusan sewaktu menghadapi dilema etika. Kajian Ali (2002)
menunjukkan bahawa tidak ada perhubungan
signifikan antara amalan etika kerja dengan faktor gender, taraf perkahwinan, skim perkhidmatan, gred jawatan atau pangkat, pembacaan buku Kod Etika dan lokasi tempat bertugas Manakala wujud perhubungan yang signifikan antara tahap amalan etika kerja dengan umur, jumlah gaji bulanan, tempoh pengalaman dan penerimaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang di kalangan anggota imegresen di Lembah Klang. Manakala bagi kajian Muhammad Dzahir ( 2003 ) kepada pekerja khidmat manusia terhadap amalan etika kerja dengan insiden salahlaku pekerja dan kepuasan kerja. Dapatan kajian mendapati etika kerja tidak ada kaitan dengan umur, tetapi mempunyai persepsi positif terhadap perempuan berbanding lelaki. Akhirnya kajian mendapati terdapat hubungan positif antara amalan etika kerja dengan kepuasan kerja. Implikasi kepada teori dan praktis kajian membincangkan untuk memberi kesedaran terhadap amalan
33
etika dan mewujudkan suasana beretika sangat penting dalam profesion dan jabatan. Menurut kajian Shukri (2002) mendapati hasil daripada profail demografi menunjukkan bahawa terdapat beberapa item iaitu pangkat yang disandang, tempoh menyandang pangkat, taraf pendidikan dan gaji memainkan peranan penting dalam mempengaruhi amalan kerja beretika apabila dibuktikan wujudnya perbezaan min yang signifikan dengan etika kerja responden dari kalangan Pegawai Kanan Polis dan Ahli Pangkat Rendah Konstabel di Cawangan Perkhidmatan Bukit Aman, Kuala Lumpur. Kajian Muhd. Hatta ( 2001 ) bertujuan meneliti tahap amalan etika kerja di kalangan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Rumusan kajian mendapati etika kerja mempunyai hubungan yang sangat signifikan dengan prestasi kerja secara keseluruhan tetapi tidak signifikan dengan faktor demografi iaitu umur, pangkat dan maklumat kerja secara keseluruhan.
2.3
Kajian Lepas Tentang Etika Kerja Islam Ajaran Islam adalah diasaskan kepada kepercayaan kitab suci Al-
quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. yang menganjurkan kepada nilai-nilai positif dalam semua aspek kehidupan. Pada tahun1986, Badan Perundingan Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri telah menyediakan Panduan Etika Kerja Dalam Islam yang mana kandungan itu telah dipersetujui oleh Yang 34
Amat Berhormat Perdana Menteri dan beliau telah bersetuju panduan ini diedarkan kepada semua kakitangan awam dalam sektor kerajaan dan swasta serta masyarakat awam bagi dijadikan panduan dalam usha mewujudkan pentadbiran yang berkesan, kukuh, adil dan berjaya dalam kajian Alhabsi (1996 ) . Etika Kerja Islam (EKI) menekankan kepada kehidupan yang sempurna iaitu termasuk menjalin hubungan persaudaraan dalam Islam dan keadilan sosio-ekonomi ( Chapra,1992) dalam Alhabsi ( 1996 ). Dalam konteks ini kebendaan bukan merupakan tujuan yang paling utama mengikut Islam tetapi matlamat yang digariskan oleh agama diterap menjadi budaya Islam sejagat yang merangkumi semua lapisan pengikutnya di seluruh dunia.
2.4
Kajian Lepas Tentang Kepuasan Kerja Kajian yang dijalankan oleh Joseph dan Deshpandes ( 1997 ) dalam
bidang kejururawatan mendapati peningkatan intervensi kemajuan, tekanan daripada syarikat
insuran serta persaingan, menyebabkan hospital perlu
memperbaiki perkhidmatan terutamanya kecekapan jururawat. Kekurangan jururawat akan membawa implikasi negatif terhadap pesakit. Pesakit tidak dirawat dengan sempurna. Umumnya, dapatan kajian merumuskan kepuasan kerja yang rendah akan menyebabkan jururawat
berhenti kerja. Kajian
mereka menunjukkan iklim etika kerja adalah signifikan mempengaruhi
35
keseluruhan kepuasan kerja. Jururawat yang percaya hospital mempunyai garis panduan etika dan mengamalkan etika kerja akan lebih berpuas hati dari segi bayaran, kenaikan pangkat dan penyeliaan. Kajian seterusnya dilaksanakan oleh Latif dan Berger (1999), mengkaji perkaitan etika perkhidmatan dengan angkubah demografik. Responden kajian seramai 150 orang telah dipilih dari kalangan pentadbir sekolah menengah. Keputusan ujian korelasi menunjukkan pekerja yang mempunyai persepsi positif terhadap etika kerja mempunyai hubungan yang positif dengan kepuasan kerja. Keputusan yang sama didapati dalam kajian Viswesvaran dan Deshpandes (1996). Mereka menjalankan kajian ke atas pengurus di bahagian pertengahan dalam organisasi di India.. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat perkaitan persepsi terhadap tingkahlaku beretika dan hubungan dengan kepuasan kerja. Dapatan kajian seterusnya menunjukkan pengurus yang berjaya di dalam organisasi adalah mereka yang mematuhi etika kerja. Dapatan berikutnya ialah persepsi yang positif terhadap pengurus beretika akan meningkatkan kepuasan kerja di kalangan pekerja. Kajian Jamaliah ( 2002) mendapati sebahagian besar kakitangan Jabatan Perangkaan berpuashati dengan kerja mereka. Ini memandangkan 51.4 peratus kakitangan Jabatan Perangkaan mempunyai tahap kepuasan kerja sederhana, sementara 46.6 peratus kakitangan pula berada di tahap
36
kepuasan kerja tinggi dan hanya sebilangan kecil sahaja (1.9%) kakitangan mencapai tahap kepuasan kerja rendah. Manakala Khalid Gazi ( 1999 ) telah menjalankan kajian ke atas kepuasan kerja di kalangan operator kilang dengan 213 orang sampel. Keseluruhan kajian mendapati iklim organisasi mempunyai hubungan positif dengan kepuasan kerja. Kesan dimensi budaya organisasi, struktur organisasi, ciri-ciri individu dan ekologi terhadap kepuasan kerja amat signifikan dengan faktor ekologi dilihat sebagai paling dominan kesannya ke atas kepuasan kerja berbanding faktor lainnya. Manakala Norhana ( 2006 ) pula meninjau hubungan keserasian darjah kongruen personaliti, persekitaran dengan kepuasan kerja dalam kalangan kakitangan hospital di Melaka dari pelbagai jawatan iaitu jururawat, pegawai farmasi, juru x-ray, fisioterapi dan pembantu perubatan. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan antara kepuasan kerja dengan darjah kongruen iaitu bagi jawatan jururawat adalah sederhana, fisioterapi adalah tinggi, pembantu perubatan didapati lemah, manakala juru x-ray dan pegawai farmasi adalah sangat lemah. Keseluruhan kajian ini menunjukkan kekongruenan personaliti persekitaran dapat melahirkan kepuasan kerja dalam kalangan kakitangan hospital.
37
2.5
Rumusan Ulasan Karya Berdasarkan kajian-kajian lepas yang diperolehi, kecerdasan spiritual
dalam kalangan jururawat kebanyakkannya adalah dari luar negara dan didapati bahawa kecerdasan spiritual merupakan aspek yang penting dalam mempengaruhi dunia pekerjaan sama ada motivasi kerja, tekanan kerja, prestasi kerja, komitmen kerja, etika kerja dan kepuasan kerja. Namun begitu secara keseluruhannya kecerdasan spiritual, etika kerja dan kepuasan kerja tidak memberi dapatan yang sama dalam setiap kajian. Walau bagaimanapun kajian-kajian telah dapat mengenalpasti beberapa elemen penting yang perlu dikaji dengan lebih mendalam terhadap kecerdasan spiritual individu untuk mempengaruhi bidang pekerjaan.
38
BAB 3 METHOD KAJIAN
3.0
Pendahuluan
Bab ini akan membincangkan metodologi kajian yang digunakan iaitu meliputi subtopik seperti rekabentuk kajian, populasi dan persampelan kajian, instrumen dan alat kajian yang digunakan serta penganalisian data.
3.1
Rekabentuk Kajian
Kajian deskriptif ini merupakan kajian tinjauan menggunakan soal selidik serta melibatkan pengumpulan data hanya sekali sahaja. Menurut Sabitha Merican (2006), dalam kajian sebegini, hipotesis akan digunakan untuk meneliti hubungan antara pembolehubah yang dikaji. Kajian ini menggunakan analisis statistik dalam memproses data dengan menggunakan Program Statistical Package for Social Science
39
( SPSS ). Beberapa bentuk analisis inferensi akan digunapakai iaitu Ujian-t, ANOVA dan Korelasi Pearson. 3.2
Populasi dan Persampelan Kajian
Kajian ini dijalankan terhadap jururawat dalam setiap jabatan, kaunter serta di wad-wad. Jumlah populasi adalah 778 orang jururawat yang bertugas di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani. Berdasarkan jumlah pengiraan populasi serta sampel jadual penentuan saiz sampel Krejcie dan Morgan (1970) dalam Chua Yan Piaw ( 2006), maka bilangan sampel kajian yang ditetapkan adalah 260 orang jururawat. Namun demikian, setelah data dikutip didapati hanya 195 orang sahaja jururawat yang telah kembalikan soal selidik. Jururawat yang lain terlalu sibuk dengan kes H1N1.
3.3
Instrumen dan Alat Kajian
Dalam kajian ini, soal selidik yang telah digunakan terbahagi kepada empat bahagian iaitu: Bahagian A
:
Latar belakang responden
Bahagian B
:
Kecerdasan spiritual
Bahagian C
:
Etika kerja
Bahagian D
:
Kepuasan kerja
40
Untuk bahagian A, terdiri daripada item-item demografi yang terdiri daripada status perkahwinan, taraf pendidikan, agama dan umur. Bahagian ini mempunyai empat soalan sahaja. Ia merupakan item yang dibina sendiri oleh pengkaji berdasarkan keperluan dan kepentingan kajian. Untuk bahagian B, ia merupakan item-item yang mewakili Kecerdasan Spritual yang mengandungi 27 item merangkumi 4 dimensi iaitu kendiri, dimensi melampaui kendiri,
dimensi memahami pengertian penjagaan
kerohanian dan dimensi amalan penjagaan kerohanian.
Jadual: 3.1 Dimensi Kecerdasan Spiritual dan Item Kenyataan Berkaitan DIMENSI
ITEM
JUMLAH ITEM
i- Kendiri
1, 2, 3, 4, 5, 6, 7,8, 9,10,11,12,13
13
ii- Melampaui kendiri
14,15, 16
3
iii-Memahamipengertian penjagaan 17,18, 19, 20, 21 kerohanian
5
iv- Amalan penjagaan kerohanian
6
22, 23, 24, 25, 26, 27
Jumlah Keseluruhan Item
27
Soalse
41
Soal selidik ini telah diasaskan oleh Stevents (2002). Kemudian soal selidik ini diterjemah daripada kajian Chung et.al ( 2006 ). Soalan-soalan adalah bersesuaian kerana sampelnya terdiri daripada kalangan jururawat. Nilai Alpha cronbach bagi soal selidik ini ialah .89. Untuk tujuan penganalisian data, skor min kecerdasan spiritual dibahagikan kepada dua peringkat. Ia mengikut tahap iaitu rendah dan tinggi. Pengiraannya berdasarkan purata, jika min lebih daripada 3 justifikasinya adalah tinggi dan jika min kurang daripada 3 maka justifikasinya adalah rendah.
Jadual 3.2 : Taburan Skor Dimensi Kecerdasan Spiritual Tahap Kecerdasan Spiritual
Min
Rendah
<3
Tinggi
>3
Untuk bahagian C pula, ia merupakan item-item yang mewakili etika kerja. Item-item ini dibina oleh Mahmood et.al ( 1997 ) dalam Mohd Hata (2001). Item-item untuk bahagian ini mempunyai 36 item. Bagi kebolehpercayaan dan ketekalan dalaman yang telah diperolehi berdasarkan Alpha cronbach seperti di bawah:
42
Jadual 3.3 : Skor Kebolehpercayaan Alpha Cronbach TONGGAK
ALPHA CRONBACH
T1 Hargai Masa
0.69
T2 Tekun membawa kejayaan
0.72
T3 Seronok bekerja
0.68
T4 Kemuliaan kesederhanaan
0.71
T5 Ketinggian peribadi
0.68
T6 Kewajipan menjalankan tugas
0.70
Untuk tujuan penganalisian data, skor min etika kerja dibahagikan kepada dua peringkat. Ia mengikut tahap iaitu rendah dan tinggi. Jadual 3.4 : Taburan Min Etika Kerja Tahap Etika Kerja
Min
Rendah
<3
Tinggi
>3
Untuk bahagian D, item-item kepuasan kerja ini menggunakan Soalselidik Kepuasan Minnesota ( Minnessota Satisfaction Queistionaire yang diasaskan
43
oleh Weiss, Dawis, England dan Lofquist (1967 ). Soal selidik ini mengandungi 20 item. Merujuk Buku Manual MSQ atau The Minnessota Studies in Vocational Rehabilitation ( 1967 ) dalam Wright ( 1995 ) kebolehpercayaan
bagi
skala
ini
adalah
memuaskan.
Keefisien
kebolehpercayaan Hoyt bagi kepuasan dalaman ialah .91 dan kepuasan luaran .82. Soal selidik tersebut terdiri dari 20 soalan yang merangkumi 12 item kepuasan dalaman dan 8 item kepuasan luaran. Item-item bagi kepuasan dalaman dan kepuasan luaran adalah sepertimana yang dinyatakan dalam jadual 3.5 di bawah :
Jadual 3.5 : Kategori MSQ dan item-item yang mewakilinya Skala
Item
Kepuasan dalaman (Intrinsic)
1, 2, 3, 4, 7, 8, 9, 10, 11, 15, 16, 20
Kepuasan luaran (Extrinsic)
5, 6, 12, 13, 14, 17, 18, 19
BagBagi nilai kesahan ( validity ) pula, Manual MSQ (1967) mencatatkan nilai keesahan konstruk yang memuaskan. MSQ mencatatkan nilai tahapkepuasan kerja untuk berbagai jenis pekerjaan adalah sama tinggi, sewaktu
pengujian
skala
dijalankan. Analisis
faktor
juga
berjaya
mengkelompokkan item-item MSQ (short form) kepada dua bahagian iaitu
44
kepuasan dalaman dan luaran seperti yang dijangkakan oleh pengasasnya Weiss, Dawis, England dan Lofquist (1967). Format setiap item dalam bahagian D adalah jenis tertutup dan jenis pemeringkatannya adalah skala likert. Skala Likert yang digunakan mempunyai lima pilihan jawapan iaitu 1untuk tidak berpuas hati, 2 untuk agak berpuas hati, 3 untuk berpuas hati, 4 untuk sangat berpuas hati dan 5 untuk teramat berpuas hati, Manual MSQ ( 1967).
3.4
Tatacara Pengumpulan Data
Kajian dimulakan dengan membuat rujukan di perpustakaan dan intenet untuk mendapatkan maklumat tentang kajian-kajian lepas berkaitan kecerdasan spiritual, etika kerja dan kepuasan kerja terhadap jururawat yang telah dijalankan. Prosedur kedua mendapatkan surat kebenaran dari Universiti Utara dan pihak Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani agar kajian dapat berjalan dengan lancar. Menyusun atur perancangan tarikh untuk mengedar soal selidik ke kaunter dan wad-wad yang akan diberikan kepada responden kajian dalam masa tiga hari. Soalselidik diedarkan sendiri oleh pengkaji dengan dibantu oleh kaunselor hospital berkenaan.
45
3.5
Analisis Data
Untuk penganalisaan data, data yang diperolehi akan dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan Program Statistical Package for Social Science ( SPSS ). Cara penganalisaan adalah seperti berikut: i-
Ujian-t digunakan untuk melihat perbezaan item dua kategori iaitu
status perkahwinan yang terdiri daripada berkahwin dan belum berkahwin. ii-
ANOVA
digunakan untuk melihat perbezaan yang melebihi dua
kategori iaitu taraf pendidikan. iii-
Korelasi Pearson akan digunakan untuk melihat perhubungan antara
pembolehubah kecerdasan spiritual dengan etika kerja, kecerdasan spiritual dengan kepuasan kerja dan etika dengan kepuasan kerja.
3.6
Penutup
Bab ini telah membincangkan semua sub topik dengan jelas. Perkara penting dalam sub topik terdiri daripada rekabentuk kajian, populasi, sampel kajian, alat kajian dan kesahan alat kajian serta analisis data.
46
BAB 4 DAPATAN KAJIAN
4.0
Pendahuluan
Dalam bab ini penumpuan akan diberikan terhadap perbincangan keputusan kajian hasil daripada pengujian hipotesis-hipotesis yang dikemukakan. Perbincangan analisis ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu analisis deskriptif dan inferensi. Bahagian pertama akan menghuraikan berkaitan taburan kekerapan dan peratusan. Bahagian kedua pula akan menghuraikan penghasilan berkaitan ujian-t, Anova satu hala dan korelasi. 4.1
Analisis Deskriptif Maklumat Diri
Segala maklumat yang berkaitan dengan demografi akan dihuraikan dengan menggunakan statistik diskriptif. Jadual 4.1 Taburan kekerapan responden mengikut status perkahwinan
Penyataan
Kekerapan
Berkahwin Belum Berkahwin JUMLAH
47
Peratus (%)
175
89.7
20
10.3
195
100
Rajah 4.1 Graf peratusan mengikut status perkahwinan Berdasarkan Jadual 4.1, didapati majoriti responden iaitu seramai 175 orang iaitu 89.7% telah berkahwin, manakala 20 orang responden belum berkahwin iaitu (10.3%). Ini menunjukkan responden terdiri daripada kalangan jururawat yang telah berumahtangga melebihi jururawat belum berkahwin. Untuk mendapat keterangan yang lebih jelas berkaitan jumlah jururawat yang belum berkahwin berbanding dengan jururawat yang telah berkahwin, rujuk pada graf carta bar tersebut.
4.1.2
Taburan Responden Mengikut Taraf Pendidikan
48
Jadual dan rajah di bawah menghuraikan kekerapan sampel mengikut kategori pendapat yang diperolehi dari soal selidik.
Jadual 4.2
Taburan kekerapan responden mengikut taraf pendidikan
Penyataan
Kekerapan
Peratus (%)
SPM / MCE
50
25.6
STP/STPM/ HSC
45
23.1
Diploma
75
38.5
Kejururawatan Ijazah Kejururawatan
25
12.8
JUMLAH
195
100
Jadual 4.2 menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut taraf pendidikan. Analisis kajian mendapati taraf pendidikan paling tinggi adalah di peringkat diploma seramai 75 orang iaitu 38.5 %. Manakala pada tahap SPM/MCE merupakan taraf pendidikan kedua tertinggi iaitu 50 orang
( 25.6 % ), bagi yang memiliki tahap STP/STPM/ HSC pula 45
orang ( 23.1%) dan yang memiliki tahap ijazah adalah 25 orang sahaja dengan 12.8%. Untuk mendapat keterangan yang lebih jelas berkaitan taraf pendidikan di kalangan jururawat, rujuk pada graf carta bar di bawah:
49
Rajah 4.2 Graf peratusan mengikut taraf pendidikan
4.1.3
Taburan Responden Mengikut Agama
Jadual dan rajah di bawah menghuraikan kekerapan sampel mengikut kategori agama yang diperolehi dari soal selidik. Jadual 4.3 Penyataan
Taburan kekerapan responden mengikut agama Kekerapan
Peratus (%)
Islam
170
87.2
Lain-lain
25
12.8
JUMLAH
195
100
50
T
Taburan responden mengikut agama pula menunjukkan seramai 170 orang ( 87.2 % ) adalah beragama Islam dan 25 orang ( 12.8 %) adalah lain-lain agama. 4.1.4
Taburan Responden Mengikut Umur
Jadual dan rajah di bawah menghuraikan kekerapan sampel mengikut kategori umur yang diperolehi dari soal selidik. Jadual 4.4
Taburan kekerapan responden mengikut umur
Penyataan
Kekerapan
Peratus (%)
Kurang 25 tahun
5
2.6
26 – 35 tahun
50
25.6
36 – 45 tahun
95
48.7
Lebih 46 tahun
45
23.1
JUMLAH
195
100
Jadual 4.4 menunjukkan responden paling ramai terdiri daripada jururawat yang berumur dalam lingkungan 36 hingga 45 tahun iaitu seramai 95 orang dengan 48.7%, diikuti oleh responden dalam lingkungan umur 26 hingga 35 tahun seramai 50 orang dengan 25.6 % dan responden yang berumur lebih dari 46 tahun terdiri daripada 45 orang dengan 23.1%. Responden paling 51
kurang adalah pada tahap umur kurang daripada 25 tahun hanya 5 orang dengan 2.6 %. 4.2
Analisis Deskriptif Keputusan Tahap Kecerdasan Spiritual Bahagian ini membincangkan hasil analisis bagi setiap item
kecerdasan spiritual responden berdasarkan empat dimensi iaitu dimensi kendiri, melampaui kendiri, pengertian kerohanian dan amalan kerohanian, etika kerja dan kepuasan kerja. Analisis dibuat berdasarkan taburan kekerapan, peratusan dan min yang diperolehi bagi setiap item. Dimensi
Min
Kekerapan (n)
Peratus (%)
Kendiri
2.00
195
100.0
Melampaui Kendiri
2.00
195
100.0
Pengertian Kerohanian
1.79
155
79.5
Amalan Kerohanian
1.85
165
84.6
Etika Kerja
2.00
195
100.0
Kepuasan Kerja
1.92
180
92.3
Jadual 4.5 Analisis keputusan tahap kecerdasan spiritual mengikut dimensi, etika kerja dan kepuasan kerja
52
Rajah graf bar 4.3 di di bawah menganalisis keputusan tahap kecerdasan spiritual mengikut dimensi, etika kerja dan kepuasan kerja.
Rajah 4.3 Graf peratusan mengikut dimensi kecerdasan spiritual, etika kerja dan kepuasan kerja
Berdasarkan analisis keputusan jadual 4.5 dan rajah graf bar 4.3 di atas, didapati semua jururawat di hospital ini mempunyai kecerdasan spiritual
53
dalam dimensi kendiri, melampaui kendiri dan etika kerja pada tahap yang tinggi iaitu seramai 195 orang dengan 100 %. Manakala didapati jururawat yang memahami pengertian kerohanian terdiri daripada 155 orang jururawat dengan 79.5%, jururawat yang mengamalkan kerohanian terhadap pesakit semasa bertugas adalah terdiri daripada 165 orang jururawat dengan 84.6% dan jururawat yang mempunyai kepuasan kerja terdiri daripada180 orang jururawat dengan 92.3%. Apabila dibuat perbandingan purata antara keempat-empat dimensi kecerdasan spiritual terhadap jururawat di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai
Petani,
dapatan
menunjukkan
semua jururawat
mempunyai
kecerdasan spiritual kendiri yang tinggi juga mempunyai etika kerja yang tinggi dengan min 2.00. Namun begitu, jururawat yang mempunyai kecerdasan spiritual dalaman yang tinggi serta mengamalkan etika kerja yang tinggi belum tentu mempunyai kepuasan kerja yang tinggi.
4.3 Rumusan Keseluruhan Analisis Deskriptif Berdasarkan dapatan pada jadual-jadual
yang telah diperlihatkan,
keseluruhannya didapati jururawat memiliki tahap kecerdasan spiritual yang tinggi terhadap dimensi kendiri dan melampaui kendiri mereka tetapi pada dimensi pengertian dan amalan kerohanian berada pada tahap sederhana sahaja. Manakala dapatan bagi etika kerja pula, keseluruhan responden
54
memiliki etika kerja yang tinggi dengan 195 orang ( 100%) dan responden didapati memiliki kepuasan kerja pada tahap yang sederhana.
4.4 Analisis Inferensi Analisis inferensi digunakan untuk mendapatkan keputusan pengujian hipotesis yang telah dibina oleh pengkaji. Antara statistik yang digunakan ialah korelasi Pearson, Ujian-t dan Anova satu hala. 4.4.1
Analisis Perbezaan
4.4.1.1 Analisis Perbezaan Tahap Kecerdasan Spiritual Dimensi Amalan Kerohanian Mengikut Taraf Pendidikan HA 1: Terdapat perbezaan tahap kecerdasan spiritual dimensi amalan penjagaan kerohanian dalam kalangan
jururawat Hospital Sultan
Abdul Halim Sungai Petani dari segi taraf pendidikan. Hipotesis alternatif ini dianalisis menggunakan kaedah One Way Anova. Hasil dapatan yang diperolehi dinyatakan seperti dalam jadual 4.6.
55
Jadual 4.6 : Keputusan One Way Anova yang menunjukkan tahap kecerdasan spiritual dimensi amalan kerohanian mengikut taraf pendidikan. Sumber varian
Ss
Df
Ms
F
Sig
Di Antara Kumpulan
0.801
3
0.267
0.612
0.608
Di Dalam Kumpulan
83.31
191
0.436
Jumlah
84.11
194
T
Tujuan ujian ini adalah untuk melihat perbezaan antara tahap kecerdasan spiritual dimensi amalan penjagaan kerohanian dengan taraf pendidikan. Berdasarkan Ujian One Way ANOVA ( jadual 4.6 ), keputusan ujian ini menunjukkan tidak signifikan F ( 3, 191) = 0.612, p>.05). Ini menunjukkan dapatan kajian gagal menolak hipotesis nul iaitu tidak terdapat perbezaan kecerdasan spiritual dimensi amalan penjagaan kerohanian di antara taraf pendidikan dalam kalangan jururawat di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani.
56
4.4.1.2 Analisis Perbezaan Tahap Kecerdasan Spiritual Dimensi Amalan Kerohanian Mengikut Taraf Perkahwinan HA 2: Terdapat perbezaan tahap kecerdasan spiritual dimensi amalan penjagaan kerohanian dalam kalangan
jururawat Hospital Sultan
Abdul Halim Sungai Petani dari segi taraf perkahwinan. Ujian-t digunakan untuk menguji samada wujud perbezaan tahap kecerdasan spiritual dimensi amalan penjagaan kerohanian jururawat mengikut taraf perkahwinan. Hasil dapatan yang diperolehi dinyatakan seperti dalam jadual 4.7 di bawah.
Jadual 4.7: Keputusan Ujian-t yang menunjukkan tahap kecerdasan spiritual dimensi amalan kerohanian mengikut taraf perkahwinan. Status MinAmalan Berkahwin Belum
Min
T
Df
Sisihanpiawai
Sig
3.54
-1.58
193
.691
.001
3.79
.074
Berkahwin Berdasarkan ujian-t sampel bebas ( jadual 4.7 ) keputusan ujian ini menunjukkan signifikan secara statistik ( t ( 193 )= -1.58, p < .05 ). Ini menunjukkan dapatan kajian berjaya menolak hipotesis nul dan menerima 57
hipotesis alternatif iaitu terdapat perbezaan kecerdasan spiritual dimensi amalan penjagaan kerohanian di antara jururawat yang telah berkahwin dan jururawat yang belum berkahwin. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa purata kecerdasan spiritual amalan penjagaan kerohanian jururawat yang belum berkahwin ( 3.79 ) adalah lebih tinggi berbanding dengan purata kecerdasan spiritual amalan penjagaan kerohanian jururawat yang sudah berkahwin ( 3.54 ). Ini menunjukkan bahawa jururawat yang belum berkahwin di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani mempunyai kecerdasan spiritual amalan penjagaan kerohanian yang lebih baik berbanding dengan kecerdasan spiritual amalan penjagaan kerohanian jururawat yang sudah berkahwin di hospital yang sama.
4.4.1.3 Analisis Perbezaan Tahap Etika Kerja Mengikut Taraf Pendidikan HA 3: Terdapat perbezaan tahap etika kerja dalam kalangan jururawat Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani dari segi taraf pendidikan. Hipotesis alternatif ini dianalisis menggunakan kaedah One Way Anova. Hasil dapatan yang diperolehi dinyatakan seperti dalam jadual 4.8.
Jadual 4.8 : Keputusan One Way Anova yang menunjukkan tahap etika kerja mengikut taraf pendidikan.
58
Sumber varian
Ss
Df
Ms
F
Sig
Di Antara Kumpulan
0.766
3
0.255
3.018
0.031
Di Dalam Kumpulan
16.16
191
0.085
Jumlah
84.11
194
Tujuan ujian ini adalah untuk melihat perbezaan antara etika kerja dengan taraf pendidikan. Berdasarkan Ujian One Way ANOVA ( jadual 4.8 ), Keputusan statistik One Way ANOVA menunjukkan signifikan F ( 3, 191) = 3.018, p<.05). ini menunjukkan dapatan ini berjaya menolak hipotesis nul dan menerima hipotesis alternatif , iaitu terdapat perbezaan etika kerja dengan taraf pendidikan. Ujian Post Hoc menunjukkan terdapat perbezaan etika kerja dengan taraf pendidikan. Purata etika kerja jururawat yang berpendidikan pada peringkat STPM ( 3.82 ) adalah lebih rendah berbanding dengan jururawat yang berpendidikan pada peringkat ijazah ( 4.00 ). Ini
59
menunjukkan jururawat yang berpendidikan pada tahap ijazah mempunyai etika kerja yang lebih baik berbanding jururawat yang berpendidikan pada tahap SPM dan STPM. Secara keseluruhannya dapatlah dikatakan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara jururawat yang berpendidikan pada peringkat STPM dan jururawat yang berpendidikan pada peringkat ijazah namun keduanya tidak mempunyai perbezaan dengan mereka yang berpendidikan pada peringkat SPM dan Diploma. 4.4.1.4 Analisis Perbezaan Tahap Etika Kerja Mengikut Taraf Perkahwinan HA 4: Terdapat perbezaan tahap etika kerja dalam kalangan jururawat Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani dari segi taraf perkahwinan. Ujian-t digunakan untuk menguji samada wujud perbezaan tahap etika kerja mengikut taraf perkahwinan. Hasil dapatan yang diperolehi dinyatakan seperti dalam jadual 4.9 di bawah. Jadual 4.9 : Keputusan Ujian-t yang menunjukkan tahap etika kerja mengikut taraf perkahwinan.
MinEtika
Status
Min
T
Df
Sisihanpiawai
Sig
Berkahwin
3.92
0.56
29.36
.304
.217
Belum
3.90
.207
Berkahwin Berdasarkan ujian-t sampel bebas ( jadual 4.9 ) keputusan ujian ini menunjukkan tidak signifikan ( t( 29.4 )=0.56.p > .05 ). Ini menunjukkan
60
dapatan kajian gagal menolak hipotesis nul iaitu tidak terdapat perbezaan etika kerja dengan taraf perkahwinan dalam kalangan jururawat di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani.
4.4.1.5 Analisis Perbezaan Tahap Kepuasan Kerja Mengikut Taraf Pendidikan HA 5: Terdapat perbezaan tahap kepuasan kerja dalam kalangan jururawat Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani dari segi taraf pendidikan. Hipotesis alternatif ini dianalisis menggunakan kaedah One Way Anova. Hasil dapatan yang diperolehi dinyatakan seperti dalam jadual 4.10.
Jadual 4.10: Keputusan One Way Anova yang menunjukkan tahap kepuasan kerja mengikut taraf pendidikan Sumber varian
ss
Df
Ms
F
Sig
Di Antara Kumpulan
6.89
3
2.30
12.61
.001
Di Dalam Kumpulan
34.79
191
0.18
Jumlah
41.67
194
61
T Tujuan ujian ini adalah untuk melihat perbezaan antara kepuasan kerja dengan taraf pendidikan. Berdasarkan Ujian One Way ANOVA ( jadual 4.10 ), Keputusan statistik One Way ANOVA menunjukkan signifikan F ( 3, 191) = 12.61, p<.05). Ini menunjukkan dapatan telah berjaya menolak hipotesis nul dan menerima hipotesis alternatif , iaitu terdapat perbezaan kepuasan kerja dengan taraf pendidikan. Ujian Post Hoc menunjukkan terdapat perbezaan kepuasan kerja dengan taraf pendidikan. Purata kepuasan kerja jururawat yang berpendidikan pada peringkat SPM ( 3.59 ) adalah lebih rendah berbanding dengan jururawat yang berpendidikan pada peringkat Diploma ( 4.02 ). Ini bermakna jururawat yang berpendidikan pada peringkat Diploma lebih banyak kepuasan kerja berbanding jururawat berpendidikan pada peringkat SPM. Secara keseluruhannya dapatlah dikatakan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara jururawat yang berpendidikan pada peringkat SPM dan jururawat yang berpendidikan pada peringkat Diploma namun keduanya tidak mempunyai perbezaan dengan mereka yang berpendidikan pada peringkat STPM dan Ijazah.
4.4.1.6 Analisis Perbezaan Tahap Kepuasan Kerja Mengikut Taraf Perkahwinan
62
HA 6: Terdapat perbezaan tahap kepuasan kerja dalam kalangan jururawat Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani dari segi taraf perkahwinan. Ujian-t digunakan untuk menguji samada wujud perbezaan tahap etika kerja jururawat mengikut taraf perkahwinan. Hasil dapatan yang diperolehi dinyatakan seperti dalam jadual 4.11 di bawah.
Jadual 4.11: Keputusan Ujian-t yang menunjukkan tahap kepuasan kerja mengikut taraf perkahwinan
MinPuas
Status
Min
T
Df
Sisihanpiawai
Sig
Berkahwin
3.81
-0.24
193
.487
.001
Belum
3.84
.133
Berkahwin Berdasarkan ujian-t sampel bebas ( jadual 4.11 ) keputusan ujian ini menunjukkan signifikan secara statistik ( t ( 193 )= -0.24, p < .05 ). Ini menunjukkan dapatan kajian berjaya menolak hipotesis nul dan menerima hipotesis alternatif iaitu terdapat perbezaan kepuasan kerja di antara jururawat yang telah berkahwin dan jururawat yang belum berkahwin. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa purata kepuasan kerja jururawat yang belum berkahwin ( 3.84 ) adalah lebih tinggi berbanding dengan purata kepuasan kerja jururawat yang sudah berkahwin ( 3.81 ). Ini menunjukkan bahawa jururawat yang belum berkahwin di Hospital Sultan Abdul Halim
63
Sungai Petani mengalami kepuasan kerja yang lebih banyak berbanding dengan kepuasan kerja jururawat yang sudah berkahwin di hospital yang sama. 4.4.1.7 Analisis Hubungan Antara Kecerdasan Spiritual Dimensi Kendiri Dengan Kepuasan Kerja HA 7: Terdapat hubungan yang signifikan antara kecerdasan spiritual dimensi kendiri dengan kepuasan kerja dalam kalangan
jururawat
Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani.
Korelasi digunakan untuk menguji samada wujudnya perhubungan antara kecerdasan spiritual dimensi kendiri dengan kepuasan kerja jururawat. Hasil dapatan yang diperolehi dinyatakan seperti dalam jadual 4.12
di
bawah.
Jadual 4.12: Keputusan Korelasi yang menunjukkan hubungan kecerdasan spiritual kendiri dengan kepuasan kerja Kecerdasan Spiritual
R
( Kendiri ) Kepuasan Kerja
0.281**
**p< 0.01 ( 2-hujung )
Dapatan kajian menunjukkan kecerdasan spiritual dimensi kendiri mempunyai hubungan positif yang signifikan ( r = 0.281, p<0.05) dengan
64
kepuasan kerja. Oleh itu dapatan kajian telah berjaya menolak hipotesis nul dan menerima hipotesis alternatif iaitu kecerdasan spiritual dimensi kendiri mempunyai hubungan yang signifikan dengan kepuasan kerja, ini menunjukkan jururawat yang mempunyai kecerdasan spiritual kendiri yang tinggi mempunyai kepuasan kerja yang tinggi dan sebaliknya jururawat yang mempunyai kecerdasan spiritual kendiri yang rendah mempunyai kepuasan kerja yang rendah. Dapatan ini menunjukkan kecerdasan spiritual kendiri mempunyai hubungan yang sederhana ( r = 0.281) dengan kepuasan kerja.
4.4.1.8 Analisis Hubungan Antara Kecerdasan Spiritual Dimensi Melampaui Kendiri Dengan Kepuasan Kerja HA 8: Terdapat hubungan yang signifikan antara kecerdasan spiritual dimensi melampaui kendiri dengan kepuasan kerja dalam kalangan jururawat Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani.
Korelasi digunakan untuk menguji samada wujudnya perhubungan antara kecerdasan spiritual dimensi melampaui kendiri dengan kepuasan kerja jururawat. Hasil dapatan yang diperolehi dinyatakan seperti dalam jadual 4.13 di bawah.
65
Jadual 4.13: Keputusan Korelasi yang menunjukkan hubungan kecerdasan spiritual melampaui kendiri dengan kepuasan kerja R
Kecerdasan Spiritual ( Melampaui Kendiri ) Kepuasan Kerja
0.236**
**p< 0.01 ( 2-hujung )
Dapatan kajian menunjukkan kecerdasan spiritual dimensi melampaui kendiri mempunyai hubungan positif yang signifikan ( r = 0.236, p<0.05) dengan kepuasan kerja. Oleh itu dapatan kajian telah berjaya menolak hipotesis nul dan menerima hipotesis alternatif iaitu kecerdasan spiritual dimensi melampaui kendiri mempunyai hubungan yang signifikan dengan kepuasan kerja, ini menunjukkan jururawat yang mempunyai kecerdasan spiritual melampaui kendiri yang tinggi mempunyai kepuasan kerja yang tinggi dan sebaliknya jururawat
yang mempunyai kecerdasan spiritual
melampaui kendiri yang rendah mempunyai kepuasan kerja yang rendah. Walaupun dapatan ini menunjukkan kecerdasan spiritual melampaui kendiri mempunyai hubungan antara kecerdasan spiritual melampaui kendiri dengan kepuasan kerja tetapi hubungan yang lemah sahaja iaitu ( r = 0.281).
66
4.4.1.9 Analisis Hubungan Antara Kecerdasan Spiritual Dimensi Memahami Kerohanian Dengan Kepuasan Kerja HA 9: Terdapat hubungan yang signifikan antara kecerdasan spiritual dimensi memahami erti kerohanian dengan kepuasan kerja dalam kalangan jururawat Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani.
Korelasi digunakan untuk menguji samada wujudnya perhubungan antara kecerdasan spiritual dimensi memahami kerohanian dengan kepuasan kerja jururawat. Hasil dapatan yang diperolehi dinyatakan seperti dalam jadual 4. 14 di bawah.
Jadual 4.14: Keputusan Korelasi yang menunjukkan hubungan kecerdasan spiritual memahami kerohanian dengan kepuasan kerja Kecerdasan Spiritual
R
( Memahami Kerohanian ) Kepuasan Kerja
0.135
**p< 0.01 ( 2-hujung )
Dapatan kajian menunjukkan kecerdasan spiritual dimensi memahami erti kerohanian tidak mempunyai hubungan yang signifikan ( p > 0.05) dengan kepuasan kerja. Ini menunjukkan kecerdasan spiritual memahami erti
67
kerohanian tidak mempunyai hubungan terhadap kepuasan kerja dalam kalangan jururawat di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani.
4.4.1.10 Analisis Hubungan Antara Kecerdasan Spiritual Dimensi Amalan Penjagaan Kerohanian Dengan Kepuasan Kerja HA 10 : Terdapat hubungan yang signifikan antara kecerdasan spiritual dimensi amalan penjagaan kerohanian dengan kepuasan kerja dalam kalangan jururawat Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani. Korelasi digunakan untuk menguji samada wujudnya perhubungan antara kecerdasan spiritual dimensi amalan penjagaan kerohanian dengan kepuasan kerja jururawat. Hasil dapatan yang diperolehi dinyatakan seperti dalam jadual 4.15 di bawah.
Jadual 4.15: Keputusan Korelasi yang menunjukkan hubungan kecerdasan spiritual amalan kerohanian dengan kepusan kerja Kecerdasan Spiritual
R
( Amalan Kerohanian ) Kepuasan Kerja
0.422**
**p< 0.01 ( 2-hujung )
Dapatan kajian menunjukkan kecerdasan spiritual dimensi amalan penjagaan kerohanian mempunyai hubungan positif yang signifikan ( r = 0.422, p<0.05) dengan kepuasan kerja. Oleh itu dapatan kajian telah berjaya
68
menolak hipotesis nul dan menerima hipotesis alternatif iaitu kecerdasan spiritual amalan penjagaan kerohanian
mempunyai hubungan yang
signifikan dengan kepuasan kerja, ini menunjukkan jururawat
yang
mempunyai kecerdasan spiritual amalan penjagaan kerohanian yang tinggi mempunyai kepuasan kerja yang tinggi dan sebaliknya jururawat
yang
mempunyai kecerdasan spiritual amalan penjagaan kerohanian yang rendah mempunyai kepuasan kerja yang rendah.
Dapatan ini menunjukkan
kecerdasan spiritual amalan penjagaan kerohanian mempunyai hubungan yang sederhana ( r = 0.422 ) dengan kepuasan kerja.
4.4.1.11 Analisis Hubungan Antara Etika Kerja Dengan Kepuasan Kerja HA 11 : Terdapat hubungan yang signifikan antara etika kerja dengan kepuasan kerja dalam kalangan
jururawat Hospital Sultan Abdul
Halim Sungai Petani. Korelasi
digunakan untuk menguji samada wujudnya
perhubungan antara etika kerja dengan kepuasan kerja jururawat. Hasil dapatan yang diperolehi dinyatakan seperti dalam jadual 4.16 di bawah.
Jadual 4.16: Keputusan Korelasi yang menunjukkan hubungan etika kerja dengan kepuasan kerja Etika Kerja
R
Kepuasan Kerja
0.342**
69
**p< 0.01 ( 2-hujung )
Dapatan kajian menunjukkan etika kerja mempunyai hubungan positif yang signifikan ( r = 0.342, p<0.05) dengan kepuasan kerja. Oleh itu dapatan kajian telah berjaya menolak hipotesis nul dan menerima hipotesis alternatif iaitu etika kerja mempunyai hubungan yang signifikan dengan kepuasan kerja, ini menunjukkan jururawat yang mempunyai etika kerja yang tinggi mempunyai kepuasan kerja yang tinggi dan sebaliknya jururawat
yang
mempunyai etika kerja yang rendah mempunyai kepuasan kerja yang rendah. Dapatan ini menunjukkan etika kerja mempunyai hubungan yang sederhana ( r = 0.342 ) dengan kepuasan kerja.
4.5
Rumusan Bab ini telah membincangkan hasil analisis ujian statistik dengan
kaedah deskriptif dan inferensi. Keputusan pengujian hipotesis yang telah dijalankan mendapati bahawa dua hipotesis kajian ini ditolak manakala empat lagi tidak ditolak. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara setiap dimensi kecerdasan spiritual dengan kepuasan kerja dan etika kerja kecuali dimensi memahami pengertian kerohanian sahaja tiada hubungan. Selain itu, dapatan juga menunjukkan bahawa tahap kecerdasan spiritual amalan kerohanian adalah berbeza
70
mengikut taraf perkahwinan tetapi tiada perbezaan mengikut taraf pendidikan. Manakala tidak terdapat perbezaan tahap etika kerja mengikut taraf perkahwinan dan terdapat perbezaan mengikut taraf pendidikan tetapi tiada perbezaan kepuasan kerja mengikut taraf perkahwinan dan pendidikan.
71
BAB 5 PERBINCANGAN
5.0
Pendahuluan
Dalam bab ini perbincangan hasil dapatan kajian berdasarkan persoalan, objektif dan hipotesis-hipotesis seperti yang telah diperkatakan pada bab yang lalu. Penerangan dan perbincangan yang akan dihuraikan adalah merangkumi topik-topik kecerdasan spiritual, etika kerja dan kepuasan kerja dalam kalangan jururawat. Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap kecerdasan spiritual mengikut setiap dimensi dan juga membincangkan hubungannya dengan etika kerja serta kepuasan kerja. Di samping itu, kajian ini juga mendapati sama ada terdapat perbezaan atau tiada perbezaan antara ciri-ciri demografi dari sudut taraf perkahwinan dan tahap pendidikan dalam kalangan jururawat di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani.
72
5.1
Perbincangan
5.1.1 Kecerdasan Spiritual Dimensi Amalan Kerohanian Dan Faktor Demografi Perbincangan dalam bahagian ini meliputi dua hipotesis kajian yang telah dibentuk berkaitan dengan ciri demografi. Hipotesis ini adalah meliputi tahap pendidikan dan taraf perkahwinan dalam kalangan jururawat di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani.
5.1.1.1 Amalan Kerohanian dengan Tahap Pendidikan Keputusan ujian Anova satu hala menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan tahap pendidikan bagi keempat-empat kategori tahap pendidikan yang telah dikelaskan. Keputusan ini menunjukkan semua jururawat mempunyai tahap amalan kerohanian yang sama walaupun mereka terdiri daripada golongan jururawat dari pelbagai tahap pendidikan atau kelulusan. Selain itu, keputusan ini juga menunjukkan jururawat yang bertugas di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani yang berkelulusan pada peringkat tinggi seperti ijazah atau diploma mempunyai tahap kecerdasan spiritual amalan kerohanian yang sama dengan jururawat yang berkelulusan pada
73
peringkat SPM atau STPM. Ini bermakna tahap amalan kecerdasan spiritual kerohanian yang diamalkan oleh jururawat yang berkelulusan tinggi atau rendah terhadap pesakit adalah sama iaitu tahap pendidikan tidak mempengaruhi amalan kecerdasan spiritual dalam kalangan jururawat terhadap pesakit semasa menjalankan tugas mereka. Kecerdasan spiritual amalan kerohanian seseorang bukan sesuatu yang mudah untuk dikenalpasti kerana ia adalah sesuatu yang sangat abstrak dan tidak dapat diterjemahkan dalam bentuk tingkahlaku. Ia merupakan satu kesukaran untuk diukur tahap kecerdasan spiritual amalan kerohanian mereka sama ada ianya berada pada tahap yang sempurna atau tidak. Salah satu faktor yang menyebabkan tahap pendidikan jururawat tidak mempengaruhi kecerdasan spiritual amalan kerohanian adalah didikan ibubapa. Sekiranya hubungan serta komunikasi dalam keluarga, dengan ibubapa seseorang individu itu semenjak kecil sememangnya dipengaruhi oleh amalan kerohanian dalam diri maka agak sukar untuk dia mengubah dirinya apabila telah dewasa dan mempraktikkan amalan kerohanian ini khususnya dalam bidang pekerjaannya ( Wolman, 2001). Dapatan ini tidak selari dengan dapatan oleh Ke-Ping Yang (2006) di mana dia berpendapat bahawa pendidikan sangat penting terhadap jururawat dalam mempraktikkan ilmu kejururawatan. Manakala Loretta Yuet Foon Chung (2006), berpendapat bahawa pendidikan dan amalan kerohanian atau kejiwaan bukan sahaja satu kewajipan kepada seseorang jururawat malahan
74
terdapat perhubungan dalam kendiri dan melampaui kendiri ( tuhan ) jururawat tersebut. Menurut falsafah manusia al-Ghazali (1998), aspek dalaman manusia iaitu hati, akal dan jiwa yang kuat dipengaruhi oleh segala rangsangan yang diterima oleh pancaindera. Rangsangan positif mencetuskan dorongan kepada tingkahlaku positif, manakala rangsangan negatif pula akan mendorong diri untuk bertingkahlaku negatif. Justeru itu, manusia yang mempunyai kecerdasan spiritual yang tinggi akan sentiasa memelihara amalan kerohaniannya serta tingkahlakunya sama ada dalam bidang kerjayanya malahan dalam kehidupannya. Sebagai seorang jururawat yang memiliki kecerdasan spiritual yang tinggi akan sentiasa berusaha untuk mengamalkan kebaikan dan beretika dalam setiap perbuatannya. Bertepatan dengan kata-kata Robert A.Emmons (1999), salah satu daripada karektor individu yang berkecerdasan spiritual adalah berkemampuan untuk berbuat baik terhadap orang lain khususnya bagi jururawat adalah untuk para pesakitnya. Belcher dan Griffiths (2005), seorang jururawat yang mempraktikkan ilmu kejiwaannya adalah mereka yang mampu mengaplikasikan nilai kejiwaan itu terhadap penjagaan pesakitnya.
5.1.1.2 Taraf Perkahwinan dengan Amalan Kerohanian
75
Keputusan ujian-t bagi perbandingan skor min
tahap amalan
kerohanian kecerdasan spiritual jururawat yang belum berkahwin dengan jururawat yang telah berkahwin
menunjukkan terdapat perbezaan yang
signifikan antara keduanya. Dapatan ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan amalan kerohanian jururawat terhadap pesakit semasa menunaikan tugas dan tanggungjawab antara jururawat yang belum berkahwin dengan jururawat yang telah berkahwin. Dapatan ini selari dengan Loretta Yuet Foon Chung (2006) iaitu jururawat yang telah berkahwin didapati lebih banyak mengamalkan kerohanian terhadap pesakit berbanding dengan jururawat yang masih bujang. Manakala kajian Ke-Ping Yang (2006) mendapati tiada perbezaan yang signifikan antara jururawat yang bujang dengan jururawat yangtelah berkahwin dalam mengamalkan kecerdasan spiritual. Wolman (2001), menyatakan bahawa mereka yang telah berkahwin merupakan
individu
yang
telah
matang.
Gau
(2000),
juga
turut
memperihalkan bahawa faktor kematangan adalah suatu perkembangan spiritual. Begitu juga Lin (2000), turut menyokong faktor kematangan merupakan faktor utama kepada amalan kerohanian jururawat dalam melaksanakan kewajipannya terhadap pesakit. Manakala kajian Cavendish et.al didapati mendapat keputusan analisis yang tidak selari dengan kajian ini iaitu kecerdasan spiritual amalan kerohanian dalam kalangan jururawat berkahwin adalah sama dengan jururawat yang belum berkahwin.
76
Namun begitu al-Ghazali (1998), menyatakan segala tindakan adalah bermula dari hati. Segala maklumat dan tingkahlaku memberi kesan kepada hati bagi mendorong anggota badan bertindak untuk melakukan perbuatan baik atau sebaliknya. Apabila aspek dalaman diri itu berkata baik maka, hati akan memberi arahan kepada individu tersebut untuk bertingkah laku baik. Seterusnya baik pula segala perkara yang terpancar daripada diri individu itu. Air muka yang tenang, tingkah laku yang sopan adalah pancaran dari aspek dalaman diri. Lantaran itu, kerjaya jururawat juga sangat menuntut untuk melakukan kebaikan kepada pesakitnya sebagai melambangkan struktur kejiwaannya yang tinggi. Walaubagaimanapun, kejiwaan boleh didefinasikan sebagai kualiti dinamik dan perhubungan peribadi dengan Tuhan ( Ellis, 1980).
5.1.2
Etika Kerja Dan Faktor-Faktor Demografi
5.1.2.1 Taraf Pendidikan dengan Etika Kerja Keputusan ujian Anova satu hala menunjukkan bahawa terdapat perbezaan tahap pendidikan bagi keempat-empat kategori tahap yang telah dikelaskan. Keputusan ini menunjukkan etika kerja jururawat yang mempunyai tahap pendidikan pada peringkat ijazah dan diploma adalah berbeza dengan jururawat yang mempunyai tahap pendidikan pada tahap 77
SPM dan STPM. Ini bermakna etika kerja yang diamalkan oleh jururawat yang berkelulusan tinggi adalah lebih baik dengan etika kerja yang diamalkan oleh jururawat yang berkelulusan rendah terhadap pesakit semasa menjalankan tugas mereka. Dapatan ini bertepatan juga dengan kajian yang telah dilaksanakan oleh Muhamad Dzahir Kasa ( 2007) dan Shukri (2002) iaitu pekerja yang berkelulusan tinggi lebih beretika berbanding pekerja yang berkelulusan rendah. Kajian Putti.dkk (1998) menyatakan bahawa taraf pendidikan juga turut mempengaruhi etika kerja seseorang dalam memberi pengetahuan terhadap bidang kerjanya. Boatwright dan Slate (2000) pula mengatakan pendidikan etika sangat diperlukan kerana tanpa pengetahuan etika akan menyebabkan berlakunya pekerja tidak memiliki nilai instrinstik perlakuan di tempat kerja serta ketidaksuaian individu berkenaan untuk berada pada status pekerjaan yang sepatutnya. Namun begitu kajian Ali (2002), mendapati tidak terdapat perbezaan bagi pekerja yang berkelulusan tinggi dengan pekerja yang berkelulusan rendah bermaksud etika kerja semua pekerja adalah sama sahaja. Mengikut hedonism ( Teori Kebaikan ) selalunya dihujah berdasarkan perbezaan di antara aspek dalaman ( instrinstik ) dan nilai instrumen. Sesuatu itu mempunyai nilai yang baik atau buruk bergantung kepada akibat daripada tindakannya. Ini bermaksud hedonism membenarkan perkara seperti
78
pengetahuan intelek boleh dijadikan panduan kebaikan selain dari kebahagiaan semasa manusia bertingkahlaku. Justeru itu, ilmu kejururawatan akan menyediakan peluang-peluang terhadap jururawat untuk terus mempraktikkan ilmu tradisi dan juga menambahkan
ilmu
kemodenan
dalam
melahirkan
jururawat
yang
berketrampilan dan boleh dijadikan ikutan atau “role model” ( Treloar, 2000).
5.1.2.2 Taraf Perkahwinan dengan Etika Kerja Keputusan ujian-t bagi perbandingan skor min
tahap etika kerja
jururawat yang belum berkahwin dengan jururawat yang telah berkahwin menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara keduanya. Dapatan ini menunjukkan bahawa semua jururawat sama ada yang belum berkahwin atau jururawat yang telah berkahwin mempunyai etika kerja yang sama terhadap pesakit semasa menunaikan tugas dan tanggungjawab. Kajian ini telah menunjukkan keputusan yang selari dengan kajian oleh Muhamad Ribuan Che Omar (2004) dan Ali (2002) iaitu etika kerja bagi pekerja bujang adalah sama dengan etika kerja dikalangan pekerja yang telah berkahwin. Dapatan kajian ini adalah disebabkan oleh faktor profesion kejururawatan sememangnya merupakan satu bidang tugas yang terlatih khusus di mana sebelum seseorang jururawat itu memikul tugas tersebut dia
79
telah diberi latihan khas dalam bidang perawatan dan diploma kejururawatan sebagai syarat wajib jawatan tersebut. Latihan ini sangat penting untuk mendisiplinkan mereka kerana jururawat akan berdepan dengan tugas yang melibatkan nyawa manusia. Kewajipan ini menuntut golongan jururawat ini bekerja dengan penuh disiplin, beretika dan professional. Dalam kata lain, faktor keagamaan tidak akan memberi apa-apa kesan terhadap etika kerja jururawat sebaliknya disiplin dan keprofesionalan merupakan faktor penting bagi kecerdasan spiritual jururawat (Yang, 1998). Justeru itu sama ada jururawat tersebut sudah berkahwin atau belum berkahwin, mereka tetap dituntut dan berkewajipan untuk melaksanakan tugas mereka dengan penuh rasa tangungjawab dan kerana faktor tersebut menyebabkan tiada perbezaan tahap etika kerja mereka.
5.1.3
Kepuasan Kerja Dan Faktor-Faktor Demografi
5.1.3.1 Taraf Pendidikan dengan Kepuasan Kerja Keputusan ujian Anova satu hala menunjukkan bahawa terdapat perbezaan tahap pendidikan bagi keempat-empat kategori tahap yang telah dikelaskan. Keputusan ini menunjukkan jururawat yang mempunyai tahap pendidikan pada peringkat ijazah dan diploma mempunyai kepuasan kerja yang berbeza dengan jururawat yang mempunyai tahap pendidikan pada tahap SPM dan STPM. Ini bermakna jururawat yang berkelulusan tinggi
80
lebih berpuas hati berbanding dengan jururawat yang berkelulusan rendah rasa kurang berpuas hati dalam menjalankan tugas mereka. Kajian ini didapati mendapat keputusan yang sama dengan kajian oleh Joseph dan Deshpandes ( 1997 ). Manakala kajian oleh Ismail Ibrahim (2002) juga mendapati terdapat perbezaan tahap kepuasan kerja mengikut taraf pendidikan di kalangan pembantu kesihatan di Hospital Kubang Kerian Kelantan. Dapatan ini adalah dipengaruhi oleh faktor gaji atau pembayaran yang berlainan mengikut taraf pendidikan jururawat berkenaan. Bagi jururawat yang berpendidikan tinggi akan dibayar gaji mengikut ketinggian kelulusannya berbanding dengan jururawat yang berkelulusan rendah akan menerima bayaran yang setimpal dengan kelulusannya. Justeru itu dapat dikatakan bahawa jururawat yang menerima gaji yang tinggi akan mempunyai kepuasan kerja yang tinggi manakala jururawat yang berkelulusan rendah mempunyai tahap kepuasan kerja yang rendah. Oleh yang sedemikianlah menyebabkan terdapatnya perbezaan tahap kepuasan kerja dalam kalangan jururawat tersebut. Menurut teori Herzberg ( 1959), faktor hygiene iaitu merupakan elemen luaran diri pekerja yang diperolehi hasil kerjanya seperti gaji, bonus, insentif, keuntungan, jaminan kerja, keadaan fizikal tempat kerja dan sebagainya. Pekerja yang sentiasa dipenuhi faktor hygiene dan motivator sentiasa akan membawa kepada
81
kepuasan kerja seterusnya dapat
meningkatkan prestasi serta kecemerlangan dalam bidang profesion yang dipertanggungjawabkan kepadanya. 5.1.3.2 Taraf Perkahwinan dengan Kepuasan Kerja Keputusan ujian-t bagi perbandingan skor min tahap kepuasan kerja jururawat yang belum berkahwin dengan jururawat yang telah berkahwin menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara keduanya. Dapatan ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan kepuasan kerja antara jururawat yang belum berkahwin dengan jururawat yang telah berkahwin dalam menunaikan tugas dan tanggungjawab mereka terhadap pesakit di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani. Ianya bermakna jururawat yang belum berkahwin didapati mengalami kepuasan kerja yang lebih tinggi daripada jururawat yang telah berkahwin. Jururawat yang belum berkahwin ini didapati lebih seronok dalam melaksanakan tugas mereka kerana lebih banyak masa dan peluang diberikan untuk mempertingkatkan kreativiti mereka berbanding dengan jururawat yang telah berkahwin terpaksa membahagi-bahagikan tanggungjawab yang lebih banyak sehingga tidak berpeluang untuk lebih berkreativiti dan menikmati kepuasan dalam bekerja. Herzberg (1959) juga telah menegaskan bahawa faktor motivator adalah penting untuk memperangsangkan daya kreativiti pekerja dalam pekerjaan dan berasa puas terhadap kerjanya serta akan lebih bermotivasi untuk mencapai tahap prestasi dan kepuasan yang lebih tinggi.
82
Manakala Krishnakumar dan Neck (2002) dalam Leptkin ( 2006 ) menyatakan bahawa spiritual boleh mendorong individu lebih menyedari untuk mencapai sesuatu peningkatan serta berkreativiti. Spiritual juga berpotensi untuk menghubungkan antara kekuatan kreativiti dari pemikiran manusia dengan Tuhan. Mendorong individu supaya lebih beretika di tempat kerja seperti mementingkan kreativiti, kejujuran, kepercayaan diri terhadap peningkatan kerja seterusnya merasai kepuasan dalam bekerja. Justeru itu, faktor keseronokan bekerja dan peluang berkreativiti yang lebih luas menyebabkan jururawat bujang memiliki kepuasan kerja yang berbeza berbanding jururawat yang telah berkahwin yang dipengaruhi persekitarannya yang lebih menuntut kepada pelbagai tanggungjawab sehingga tidak berkesempatan untuk menikmati keseronokan bekerja serta kepuasan bekerja.
5.1.4
Setiap Dimensi Kecerdasan Spiritual dan Hubungannya dengan Kepuasan Kerja Jururawat
Penerangan dan perbincangan ini memberi tumpuan kepada empat dimensi kecerdasan spiritual yang dikaji iaitu kecerdasan spiritual kendiri, melampaui kendiri,
memahami
kerohanian
dan
amalan
penjagaan
kerohanian.
Perbincangan di bawah ini adalah berdasarkan kepada penemuan atau hasil dapatan seperti yang telah dilaksanakan dalam bab empat.
83
5.1.4.1
Kecerdasan spiritual dimensi kendiri serta hubungannya dengan kepuasan kerja Keputusan ujian korelasi
bagi menguji perhubungan kecerdasan
spiritual kendiri dengan kepuasan kerja jururawat menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan positif antara keduanya. Dapatan ini menunjukkan bahawa jururawat di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani mempunyai kecerdasan spiritual kendiri tinggi maka kepuasan kerjanya juga akan meningkat. Dapatan kajian Ke-Ping Yang ( 2006) dan kajian LorettaYuet Foon Chung ( 2006 ), juga didapati selari dengan kajian ini. Ini bermaksud individu yang mempunyai kecerdasan spiritual kendirinya tinggi maka kepuasan kerja juga akan meningkat. Keputusan ini berlaku sememangnya bertepatan dengan Teori kaunseling al-Ghazali
(
1998 ) yang mengatakan aspek spiritual manusia sememangnya kuat mempengaruhi kehidupan manusia. Secara naluri seluruh anggota manusia sangat patuh kepada hati, akal dan jiwa. Teori ini telah membuat andaian tentang manusia secara umumnya iaitu apabila kecerdasan spiritual kendirinya tinggi, individu tersebut akan sentiasa terangsang secara dalaman mengamalkan perbuatan baik maka, individu akan mencapai kepuasan diri serta
kepuasan
dalam
bekerja.
Orang
yang
sentiasa
tingkahlakunya akan sentiasa tenang tidak resah gelisah
memelihara
diganggu rasa
berdosa atau bersalah dan mencapai kepuasan diri (al-Ghazali, 2008).
84
5.1.4.2
Kecerdasan spiritual dimensi melampaui kendiri serta hubungannya dengan kepuasan kerja Keputusan ujian korelasi
bagi menguji perhubungan kecerdasan
spiritual melampaui kendiri dengan kepuasan kerja jururawat menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan positif antara keduanya. Dapatan ini menunjukkan bahawa jururawat di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani mempunyai kecerdasan spiritual melampaui kendiri tinggi maka kepuasan kerjanya juga tinggi. Dapatan kajian disokong
oleh kajian
LorettaYuet Foon Chung ( 2006 ), dengan berpendapat kejiwaan jururawat merujuk kepada hubungan antara diri dan Tuhan ( melampaui dimensi kendiri) . Dalam konteks ini, jururawat yang memelihara amal ibadat, mementingkan dosa, pahala dan balasan Tuhan terhadap setiap perbuatan manusia, maka individu ini juga sangat teliti dalam menjaga tingkahlakunya agar sentiasa mengamalkan kebaikan serta menjauhi dari perbuatan tidak baik. Tindakannya itu akan menyebabkan dirinya sentiasa dalam keadaan jiwa yang tenang dan berpuas hati apabila tidak melakukan kejahatan dan keburukan. Maka di sini dapat disimpulkan jururawat yang menjaga hubungannya dengan Tuhan akan menjaga juga hubungannya dengan manusia lain seterusnya akan rasa berpuas hati dalam kehidupannya termasuklah dalam kepuasan bekerja.
85
5.1.4.3
Kecerdasan spiritual dimensi memahami pengertian kerohanian serta hubungannya dengan kepuasan kerja Keputusan ujian korelasi
bagi menguji perhubungan kecerdasan
spiritual memahami pengertian kerohanian dengan kepuasan kerja jururawat menunjukkan terdapat hubungan yang tidak signifikan antara keduanya. Dapatan ini menunjukkan bahawa, sama ada memahami pengertian kerohanian atau tidak memahami pengertian kerohanian didapati kepuasan kerja jururawat di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani sama sahaja semuanya. Profesion jururawat merupakan bidang tugas yang berhadapan dengan nyawa manusia, justeru itu walaupun mereka memahami atau tidak memahami pengertian kerohanian mereka mesti melaksanakan tugas yang diberi dengan penuh komited dan bersunguh-sungguh. Hasil kajian ini bertentangan dengan kajian oleh Ke-Ping Yang (2006) yang menyatakan pengamalan serta kefahaman tentang kerohanian tidak memberi kesan terhadap amalan ciri-ciri spiritual dalam menjalani tugasan seharian mereka.
86
5.1.4.4
Kecerdasan spiritual dimensi amalan kerohanian
serta
hubungannya dengan kepuasan kerja Keputusan ujian korelasi
bagi menguji perhubungan kecerdasan
spiritual dimensi amalan kerohanian dengan kepuasan kerja
jururawat
menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan positif antara keduanya. Dapatan ini menunjukkan bahawa jururawat di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani mempunyai kecerdasan spiritual amalan kerohanian yang tinggi maka kepuasan kerjanya juga tinggi. Dapatan kajian ini selari dengan kajian oleh Ke-Ping Yang (2006) yang menyatakan pengamalan serta kefahaman tentang kerohanian tidak memberi kesan terhadap amalan ciri-ciri spiritual dalam menjalani tugasan seharian mereka, sebaliknya jururawat di sana mementingkan disiplin serta keprofessionalan dalam melaksanakan tugas kejururawatan. Manakala Belcher & Griffiths ( 2005 ) dan kajian Loretta Yuet Foon Chung (2006) merumuskan bahawa kecerdasan spiritual kendiri, melampaui kendiri, memahami dan mengamalkan kerohanian serta kejiwaan merupakan faktor penting bagi seseorang jururawat dalam menjalani tugas-tugas mereka.
5.1.5
Hubungan Antara Etika Kerja dengan Kepuasan Kerja Dapatan kajian ini menunjukkan jururawat yang mempunyai etika
kerja yang tinggi mempunyai kepuasan kerja yang tinggi dan sebaliknya 87
jururawat yang mempunyai etika kerja yang rendah mempunyai kepuasan kerja yang rendah. Keputusan ini adalah sehaluan dengan dapatan kajian oleh Muhamad Dzahir Kasa ( 2007) dan juga pengkaji-pengkaji lain iaitu mereka mendapati pekerja yang mempunyai persepsi positif terhadap etika kerja akan mempunyai tahap kepuasan kerja yang tinggi. ( Menzel,1996 , Li dan Weatherford, 1998, dan Viswesvaran bersama Deshpandes, 1996 ). Kajian-kajian lalu menunjukkan sikap yang positif dan kebolehan menyesuaikan diri memainkan peranan penting di dalam membina kehidupan yang positif. Mereka yang mempunyai sikap yang positif juga lebih redha dengan kehidupan mereka, mempunyai interpersonal yang baik, lebih produktif, gembira dengan pekerjaan mereka, lebih suka menolong orang lain, turut berjaya mencapai matlamat. Oleh yang demikian tidak hairanlah mereka yang mempunyai sikap yang positif dilaporkan mempunyai kepuasan bekerja yang lebih tinggi ( Seminar Psikologi, 2005 ). Kajian Mahmood et.al. (1997) juga mendapati bahawa: (i)
Mereka yang rapat dengan ketua menunjukkan ciri-ciri etika kerja yang lebih tinggi;
(ii)
Pekerja yang mendapat penilaian prestasi ( contohnya penilaian SSB ) yang cemerlang mencatatkan tingkahlaku etika yang lebih signifikan;
(iii)
Pekerja yang tidak dikenakan tindakan ( disiplin atau teguran ) mencatatkan skor etika yang lebih tinggi; 88
(iv)
Mereka yang berkhidmat dalam kategori profesional dan pengurusan mencatatkan tahap etika kerja yang lebih tinggi;
(v)
Pekerja yang menikmati gaji yang lebih tinggi mencatatkan nilai min etika kerja yang lebih tinggi;
(vi)
Mereka yang sudah berumur dan tempoh perkhidmatannya yang lama juga mencatatkan skor min yang lebih tinggi; Mengikut ucapan Tan Sri Samsudin Osman ( 2005), satu lagi aspek
penting yang perlu diberikan perhatian dalam mewujudkan kepuasan bekerja adalah mewujudkan suasana kerja yang sihat iaitu psychological contract. Psychological contract atau kontrak psikologi merupakan suatu ikatan yang mengandungi jangkaan yang dimiliki oleh pekerja berkaitan apakah yang akan diterima setelah menghabiskan masa dan tenaga untuk organisasi. Persepsi ini dapat membina satu tanggapan yang menentukan tahap kepuasan dan perjalanan kerjaya mereka sama ada mereka memilih untuk meneruskan tugas mereka atau sebaliknya.
5.2
Implikasi Kajian Hasil pengujian yang telah dijalankan daripada kajian ini mendapati
terdapat hubungan yang signifikan di antara kecerdasan spiritual dengan etika kerja. Ini menunjukkan kedua-dua perkara ini mempunyai hubungkait yang
89
rapat dengan tahap kepuasan kerja. Oleh itu, impak dari kajian yang telah dijalankan ini memberikan satu hasil yang menerangkan bahawa kecerdasan spiritual merupakan elemen yang sangat sesuai dititikberatkan oleh semua pekerja khususnya jururawat. Dalam situasi global ini, untuk mencapai kejayaan dan kepuasan dalam bidang pekerjaan organisasi bukan sahaja mementingkan intelektual dan emosional sahaja tetapi spiritual juga sangat diperlukan. Seandainya seseorang pekerja itu tidak mencapai tahap kepuasan kerja yang maksima, ini juga turut memberi kesan kepada mutu dan kualiti produktiviti serta perkhidmatan yang diberikan oleh pekerja tersebut. Sebagai contoh, jururawat misalnya, mereka perlu berurusan dengan pesakit dan orang ramai secara terus. Seandainya mereka tidak boleh menyesuaikan diri mereka dengan persekitaran kerja, maka ini akan memberikan kesan kepada prestasi kerja mereka. Secara tidak langsung, mutu perkhidmatan yang diberikan juga akan menjadi penilaian yang tidak bagus di mata pesakit dan orang ramai. Oleh itu, dengan terlaksananya kajian ini, pihak yang bertanggungjawab boleh melakukan sesuatu untuk mengatasi dan mengelak daripada ianya berlaku kepada semua jururawat hospital.
90
5.3
Cadangan / Saranan Kajian Daripada apa yang diperolehi dari hasil kajian ini, pengkaji dengan ini
menyarankan beberapa langkah untuk tujuan mengelakkan isu ini berlaku di dalam organisasi pekerjaan. Bagi memastikan pekerja sentiasa bermotivasi untuk bertugas dengan rasa lebih bermakna serta sentiasa dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja tanpa rasa tertekan, seharusnya para pekerja ini sentiasa diberi pengetahuan berkaitan spiritual mereka. Ini juga bertujuan agar mereka dapat merasakan bahawa pekerjaan juga merupakan satu ibadah. Mentaliti manusia hari ini yang hanya mementingkan intelektual sahaja akan menyebabkan individu yang bijak ini sering menyalahgunakan kuasa atau pengaruh mereka tanpa rasa bersalah pada diri sendiri atau orang lain. Individu yang hanya berorientasikan kecerdasan intelektual semata-mata sahaja juga selalunya tidak tahu memanfaatkan kelebihan mereka itu jika tidak dibantu. Kursus ini boleh diberi secara berterusan iaitu secara berkala seperti setiap individu akan ikuti kursus ini dalam jangka masa setiap tiga hingga lima tahun sekali. Selain itu, untuk membuktikan imej jururawat semakin meningkat di mata masyarakat hari ini, mereka perlu berusaha meningkatkan diri khususnya dalam peningkatan ilmu serta keprofesionalan mereka. Bertepatan dengan hasrat Menteri Kesihatan berharap komuniti jururawat di negara ini mampu menjana piawai profesionalisma yang sebanding dengan komuniti jururawat global ( Pelita Brunei, Julai 2009 ). Jururawat digalakkan untuk
91
“mengupgredkan” diri dengan meningkatkan taraf pendidikan masingmasing. Untuk memastikan agar mereka sentiasa konsisten dengan bidang tugas mereka, disarankan juga agar jururawat ini diberi motivasi oleh pihak atasan seperti menyediakan bonus dan ganjaran disamping kursus atau seminar bagi memberi kestabilan emosi dan spiritual mereka. Seterusnya rasa seronok dalam bekerja serta bermotivasi untuk berbuat baik terhadap pesakit. Selain daripada itu, pihak pengurusan haruslah sentiasa peka terhadap kebajikan terhadap jururawat terlebih dahulu kerana bersesuaian dengan tugas mereka yang sentiasa membuat kebajikan kepada pesakit dan masyarakat khususnya.
5.4
Cadangan Kajian Akan Datang Terdapat beberapa cadangan bagi pengkaji-pengkaji lain yang
berminat untuk mendalami aspek yang dikaji iaitu:
1.
Kajian yang dijalankan ini hanya melibatkan jururawat di sebuah
hospital sahaja dengan menggunakan persampelan yang kecil. Oleh itu pengkaji ingin menyarankan agar pengkaji seterusnya dapat meluaskan lagi skop kajian kepada jururawat yang bertugas di beberapa buah hospital dalam peringkat daerah atau negeri dengan jumlah sampel yang lebih besar agar
92
maklumat yang lebih tepat diperolehi. Semakin besar saiz sampel maklumat dan pola yang diperolehi juga akan lebih meyakinkan.
2.
Pengkaji juga ingin mencadangkan agar subjek atau responden kajian
yang dipilih tidak terhad kepada sebuah hospital sahaja malahan dibuat kajian perbandingan antara hospital swasta dengan hospital kerajaan untuk membandingkan tahap kecerdasan spiritual antara jururawat tersebut.
3.
Kajian-kajian akan datang juga boleh dijalankan untuk melihat kesan
kecerdasan spiritual ke atas prestasi kerja dan tekanan kerja.
5.5
Kesimpulan
Hasil kajian menunjukkan bahawa kecerdasan spiritual juga memainkan peranan yang penting dalam bidang kejururawatan dan ia harus dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Dalam hal ini, para jururawat harus menekankan aspek kecerdasan spiritual dalam melaksanakan tugas masingmasing. Menurut Yosep (2005), kekuatan mental dan spiritual sangat mempengaruhi kehidupan. Kekuatan fizikal yang dimiliki adalah lahir dari kekuatan mental dan spiritual. Kita tidak akan dapat melaksanakan sesuatu tugas dengan baik sekiranya fikiran dan jiwa tidak digabungkan dan dimantapkan, kerana itu apabila kita diminta melaksanakan sesuatu tugas 93
atau kerja, kita perlu melakukannya dengan sepenuh jiwa dan raga, barulah kehidupan kita dalam bekerja akan lebih bermakna.
Daripada kajian ini kita dapat mengetahui bahawa kecerdasan spiritual berhubung secara positif dengan etika kerja dan kepuasan dalam kerjaya. Gunanjar ( Berita Harian, Feb 2009 ) mengatakankan bahawa ESQ diibaratkan
pembuka
profesionalisma
dan
hubungan
rahsia
pengurusan
moden.
dalam
dunia
Sesebuah
perniagaan,
organisasi
yang
mengamalkan prinsip pengurusan berlandaskan ESQ iaitu mementingkan humanistik membolehkan pekerja terus kekal dalam organisasi dan juga akan memberi kepuasan kerja yang maksimum kepada pekerja.
Justeru itu, demi untuk meningkatkan keprofesionalisma, ketiga-tiga kecerdasan ini perlu digabungkan iaitu intelektual, emosi dan spiritual.
94
BIBLIOGRAFI
Abdullah Haji Abdul Ghani. (2000). Pengaruh Tingkahlaku Ketua terhadap tingkahlaku subordinat di sektor keewangan Malaysia. Disertasi Ijazah Doktor Falsafah yang tidak diterbitkan. Universiti Utara Malaysia:Sintok. Ali bin Hassan.(2002). Tahap Amalan Etika Kerja di Jabatan Imigresen Malaysia Satu kajian di Lembah Klang.Universiti Utara Malaysia:Sintok. Belcher A. & Griffiths M. ( 2005 ). The spiritual care perspective and practices of hospice nurses. Journal of Hospice and Palliative Nursing 13, 11-6. Belcher A. & Griffiths M. ( 2005 ). The spiritual care perspectives and practices of hospice nurses. Journal of Hospice and Palliative Nursing. 7, 271-279. Berita Harian. ( 2009, Feb 28 ). Dr. Ary Guru Kecerdasan Spiritual. Berita Online. ( 2008, Julai 24 ). Aduan Orang Ramai Terhadap FOMCA. Chua Yan Piaw. ( 2006 ). Kaedah Penyelidikan. McGraw-Hill ( Malaysia ) Sdn.Bhd: Kuala Lumpur. Corleg,M.C. & Seling, P.M. ( 1992 ). Nurse Moral Reasoning Using the Nursing Dilemma Test. Western Journal of Nursing Research. 14, 380-388. Danah Sahar. ( 2001 ). Spiritual Intelligence The Ultimate Intelligence. Britain.
Great
Deshpendest ( 1997 ). The Impact of ethical climate types on facet of job statisfaction: An empirical Investigation Journal of Business Ethics 15, 665660. Don G. ( 2004 ). Spiritual intervention : how, when and why nurses use them. Holistic Nursing Practice 18, 36-41. Ellis D. ( 1980 ). Whatever happened to the spiritual dimension? The Canadian Nurse 00, 42-43. Elm, D.R. dan Nichols, M.L. (1993). An Investigation of The Moral Reasioning of managers. Journal of Business Ethic. 12: 817-833. Elm, D.R. dan Nichols, M.L. (1993). An Investigation of The Moral Reasioning of managers. Journal of Business Ethic. 12: 817-833. Fletcer, Sorrell & Silva. ( 1998 ). Whistle blowing as afailure of organizational etics. Online Journal of Issue in Nursing. www.nursingworld.org.
95
Fraser, H. Drater, Taylor.W. ( 1998 ). The Quality of Teacher’s Professional Libes: Teacher and Job Statisfaction Evaluation and Research in Education. 12 ( 2. 61-71 ). Gau,M.L. (2000). The spiritual development of nurses. In Nurses’ Gospel of the ROC.(Ed.), Spiritual nursing:Theory and concept and practice (pp. 48-55). Taipei: Nurses Gospelof the ROC. Giligan, C (1992 ). In a different voice: Psychological theory and women’s development. MA: Harvard University Press. Giligan, C (1992 ). In a different voice: Psychological theory and women’s development. MA: Harvard University Press. Harian Metro. ( 2009, Jun 06 ). Hayun Bayi Macam Kucing. Herzberg, Frederick. ( 1959 ). The Motivation To Work. John Willey & Sons : New York. Hidayat Nafaat Maja. ( 2001). Intelegensi Spiritual. Parariel Press: Bandung. Hulin et.al. ( 1964 ). Sex difference the job satisfaction . Journal of Applied Psychology. 48 (1). 88-92. Ian Marshall dan Danah Zohar. ( 2000 ). SQ: Spiritual Intelligence, The Ultimate Intelligence: Great Britain. INTAN ( 1991 ). Kecemerlangan Pentadbiran (Dasar Dan Amalan Dalam Islam), Institut Tadbiran Awam Negara: Kuala Lumpur. Ismail bin Ibrahim ( 2002 ). Kepuasan Kerja di Kalangan Atendan Hospital di Hospital Kubang Kerian Kelantan . Universiti Utara Malaysia: Sintok. Iyus Yosep. ( 2005 ). Pentingnya ESQ ( Emosional & Spiritual Quotion) bagi Perawat Dalam Pengurusan Konflik. Fakulti Kejururawatan UNPAD: Jakarta. Jamaliah binti Jaafar (2002). Hubungan Komunikasi Pengurus-Pekerja dengan Kepuasan Kerja dan Komitmen Kerja Satu Kajian di Jabatan Perangkaan Malaysia. Universiti Utara Malaysia: Sintok. Kamarudin Mohd hashim. ( 1995 ). Kepuasan Kerja di Kalangan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di Sekolah Menengah di Negeri Perak. Universiti Utara Malaysia: Sintok. Kamus Dewan Edisi Baru. ( 1989 ). Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur. Kee Ping-Yang. ( 2006 ). The spiritual intelligence of nurses in Taiwan. Journal of Nursing Research Vol.14. No.1.
96
Khalid Gazi Hj Ali. ( 1999 ). Iklim Organisasi dan Kesannya Terhadap Kepuasan Kerja. Universiti Utara Malaysia: Sintok. Kosmo. ( 2009, Jun 10 ). Aksi Jururawat yang Memalukan. Kristeller J.L., Zumbrun C.S. & SchillingR.F. ( 1999 ). “I would if I could”: how oncologists and oncology nurses address spiritual distress in cancer client. Psycho-onchology Journal. 8, 451-458. Laporan Seminar Psikologi. 4 Julai,2005. Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya: Kuala Lumpur. Latif, D.A. dan Berger, B.A. (1999). Cognitif moral development aand clinical performance: Implications for pharmacy education. American Journal of Pharmaceutical Education. Spring, 63: 20-27. Lauterbach S.S.& Becker P.H. ( 1996 ). Caring for self:becoming a self-reflective nurse. Holistic Nursing Practice 10, 57-68. Leptkin, J. L. (2006, November 16). Study tips for psychology students [Msg. 11]. Message posted to http://groups.psychelp.com/forums/messages/48382 .html Lin,X. (2000). Spiritual care and human caring.The VGH Nursing, 17(2), 153-158. Locke, E.A. ( 1976 ). What is job satisfaction were? Organizational Behavior and Human Performance. 4, 309-336. Loretta Y.F.Chung, Frances K.W & Moon F.C ( 2006 ). Relationship of nurses spirituality to their understanding and practice of spiritual care. Journal Compilation. Blackwell Publishing Ltd. Mahmood, N.M., Sabitha Marican & Rashidah Arshad & Samihah Khalil. ( 1997 ). “Etika Kerja di Kalangan Kakitangan Sektor Awam”. Laporan Kajian tidak diterbitkan, Universiti Utara Malaysia: Sintok. Malinski V.M. ( 2002 ). Developing a nursing perspective on spiritual and healing. Nursing Science Quarterly 15, 281-287. Mc.Sherry W., Cash K.& Ross L. 9 ( 2004 ). Meaning of spirituality: implication of nursing practice. Journal of Clinical Nursing 13, 934-941. Muhamad Dzahir Kasa. ( 2003 ). Amalan Etika Kerja Khidmat Masyarakat dan Hubungan dengan Kepuasan Kerja. Universiti Utara Malaysia: Sintok. Muhamad Ribuan Che Omar. ( 2004). Amalan Etika Kerja dalam Perkhidmatan Awam Malaysia: satu Kajian di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia. Universiti Utara Malaysia: Sintok.
97
Muhamad Ruslim bin Mamat.( 2008 ). Amalan Kecerdasan Spiritual (Spiritual Quotient) Di Kalangan Pelajar Islam Sarjana Jabatan Pendidikan Teknik & Muhammad Fuad Lee Abdullah ( 2006 ). Pengurusan Integriti dan Kelakuan Beretika Satu Kajian di Ibu Pejabat Kastam Diraja Malaysia. Universiti Utara Malaysia: Sintok. Muhd. Hata Seliman. ( 2001 ). Amalan Etika Kerja dalam Perkhidmatan Awam Malaysia: Satu Kajian Kes ke atas kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Universiti Utara Malaysia: Sintok. Norashikin Wahid. ( 2006 ). Kerjaya Sebagai Jururawat. PTS Publishing Sdn.Bhd: Kuala Lumpur. Norhana Fazila Rozian. ( 2006 ). Hubungan Keserasian Darjah Kongruen Personaliti-Persekitaran Terhadap kepuasan Kerjadi Kalangan Lima Jawatan Perubatan Salah Sebuah Hospital di Melaka. Universiti Teknologi Malaysia: Skudai. Nursing Board Malaysia. ( 1998 ). Code of Professional Conduct for Nurses (1stEd) Kementerian Kesihatan Malaysia: Kuala Lumpur. Pelita Brunai ( 2009, Julai 18 ). Jangan Amalkan Budaya ‘copy and paste’. Pesut B. ( 2003 ). Developing spirituality in the curriculum:world view intrapersonal connectedness, interpersonal connectedness. Nursing Education Perspective 24, 290-294. Robert A. Emmons. ( 1999). The Phychology of Ultimate Lows Motivation and Spirituality in Personality. The Guilford Press: New York. Roy C. ( 1984 ). Introduction to Nursing: Adaption Nursing. Prentice Hall: New Jersey. Sabitha Marican ( 2006 ). Membentuk Suasana Kerja Positif. Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd: Kuala Lumpur. Schlaefli, A. ,Rest, J.R. dan Thoma, S.J. ( 1985 ). Does moral education Improve Moral Judgment ? A Meta-analysis of Intervension Studies Using The Defining Issues Test. Review of Educational Research. Fall, 55(3): 319-352. Sellers & S.C.& Haang B.A. ( 1998 ). Spiritual nursing interventions. Journal of Holistic Nursing 16, 338-354. Shukri bin Yaacob ( 2002 ). Amalan Kerja Beretika dalam Perkhidmatan Awam Satu Kajian di Jabatan Polis Diraja Malaysia. Universiti Utara Malaysia: Sintok. Siti Lutfiyah. ( 2008 ). Pengaruh Strategi Quantum Quotient dalam Meningkatkan Prestasi Belajar Mahasiswa SMPN. Fakulti Tarbiyah PAI IAIN: Surabaya.
98
Taylor E.J. Amenta M.& Highfield M.F. ( 1995 ). Spiritual care practice of oncology nurses. Oncology Nursing Forum 22, 31-39. Treloar, L. (2000). Integration of spirituality into health care practice by nurse practitioners. Journal of the American Academy of Nurse Practitioners, 12(7), 280-285. Utusan Online. ( 2006, Disember ). Kisah Jururawat. Utusan Online. ( 2008, Jun 09 ). Memperdagangkan Bayi. Weiss,Dawis, Cofquist & England. ( 1967 ). In Paul E. Spector ( 1997 ). Job Satisfaction: Application Assessment, Cause and Cosequeses. California: Sage Publication, Inc. White, James. E.( 1997 ). Contempory Moral Problem ( 5th edition ). Minneapolis: West. Wimalasari, J.S. ( 2001 ). Moral Reasoning Capacity of Management Students and Practitioners: An empirical study in Australia. Journal of Managerial Psychology. 16(8):614-634. Viswesvaram, C.& Deshpandes and Joseph J.,P. ( 1998 ). Job satisfactions a function of top management support for ethical behavior. A study of India managers. Journal of Business Ethics. 17, 4, 365-371. Wolman, R.N.( 2001 ). Thinking with your soul: Spiritual Intellegence and why it matters. New York: Harmony Books. Wright, M. ( 1995 ). Can moral judgement and ethical behavior be learned? A review of literature. Management Decision. 33: 17-28. Yatimah Sarmani dan Muhd Tajudin Mingal. ( 2008 ). Teori al-Ghazali. Pts Publication: Selangor.
99
No Responden
06010 UUM, SINTOK, KEDAH DARUL AMAN. BORANG SOAL SELIDIK
KAJIAN KECERDASAN SPIRITUAL, ETIKA KERJA SERTA HUBUNGANNYA DENGAN KEPUASAN KERJA DALAM KALANGAN JURURAWAT .
Tuan/puan yang dihormati sekelian, Soal selidik yang dikemukakan ini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang Kecerdasan Spiritual Dan Etika Kerja Serta Hubungannya Dengan Kepuasan Kerja Dalam Kalangan Jururawat. Adalah amat diharapkan tuan/puan dapat memberikan kerjasama dengan menjawab semua soalan yang dikemukakan dengan jujur dan ikhlas agar kajian ini dapat dihasilkan dengan sebaiknya. Sila baca arahan dengan teliti sebelum menjawab soaln-soalan tersebut. Semua maklumat yang diberikan adalah RAHSIA dan hanya digunakan untuk tujuan kajian sahaja. Kerjasama dan kesudian tuan/puan melibatkan diri dalam menjawab soal selidik ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Selamat menjawab. Nahid bt Hj Abd Rahman ( 800936 ) Universiti Utara Malaysia 100
BAHAGIAN A – LATAR BELAKANG ( DEMOGRAFI )
1. Status Perkahwinan:
Berkahwin
Belum Berkahwin
2. Taraf pendidikan:
SPM/MCE
STP/STPM/HSC
Diploma
3. Agama:
Islam
Lain-lain
4. Umur:
Kurang 25 tahun
26 – 35 tahun
36 – 45 tahun
Lebih 46 tahun
101
Ijazah
BAHAGIAN B – KECERDASAN SPIRITUAL KETERANGAN:
Semua kenyataan di bawah ini mempunyai lima pilihan jawapan.Mohon kerjasama anda untuk MENANDAKAN ( / ) pada angka jawapan dengan jelas berdasarkan skala berikut.
Sangat tidak setuju setuju
DIMENSI 1: 1.
5
Sangat
KENDIRI
2
3
4
5
2
3
4
5
2
3
4
5
Saya menetapkan matlamat hidup saya walaupun pada masa-masa susah. 1
5.
4
Hidup saya bermakna bagi saya. 1
4.
3
Saya masih merasa yang kehidupan ini positif walaupun saya berhadapan dengan ketidaktentuan. 1
3.
2
Saya akan berpuas hati dengan kehidupan saya apabila saya mencapai matlamat yang saya tetapkan. 1
2.
1
2
3
4
5
Saya tak rasa wujud sebarang pertalian di antara nilai-nilai saya dengan apa yang saya lakukan. 102
1 6.
DIMENSI 2:
3
4
5
2
3
4
5
2
3
4
5
2
3
4
5
2
3
4
5
2
3
4
5
2
3
4
5
DIMENSI MELAMPAUI KENDIRI.
Saya percaya bahawa Tuhan (Yang Maha Berkuasa) kasih akan saya dan mengambil berat tentang diri saya. 1
15.
2
Saya menganggap yang kesihatan kerohanian saya baik. 1
14.
5
Saya merasa diri saya berkecai dan tidak mempunyai tenaga untuk meminati apa pun. 1
13.
4
Saya lakukan sesuatu bagi membuktikan kasih sayang saya kepada diri saya. 1
12.
3
Saya percaya saya berjaya mencapai potensi diri saya. 1
11.
2
Saya selalu mempunyai tenaga dalaman dalam mengejar matlamat hidup saya. 1
10.
5
Saya bermuhasabah dari semasa ke semasa untuk menilai dan mengesahkan apa yang saya tujui. 1
9.
4
Saya menyambut baik perubahan dan menganggapnya sebagai satu peluang untuk perkembangan. 1
8.
3
Saya masih terasa terganggu apabila saya fikirkan tentang pengalaman-pengalaman buruk yang saya pernah alami. 1
7.
2
2
3
4
5
Amalan ibadat (kepada Yang Maha Berkuasa) merupakan sebahagian penting dalam hidup saya.
103
1 16.
2
3
4
5
Membaca kitab-kitab dan bahan-bahan keagamaan memberi saya pertunjuk dalam hidup. 1
2
3
4
5
DIMENSI 3:MEMAHAMI PENGERTIAN PENJAGAAN KEROHANIAN. 17.
Kekuatan kerohanian boleh digunakan bagi mengubati jasad fizikal. 1
18.
DIMENSI 4:
3
4
5
2
3
4
5
2
3
4
5
2
3
4
5
AMALAN PENJAGAAN KEROHANIAN
Saya selalunya meneroka amalan ibadat klien. 1
23.
2
Saya tak yakin yang jururawat boleh menolong kliennya mencari makna didalam kesakitan mereka. 1
22.
5
Saya percaya jururawat boleh memberikan penjagaan kerohanian dengan mendengar keluhan-keluhan klien, berbincang dan meneroka kebimbangan, kerisauan dan masalah mereka. 1
21.
4
Saya tak yakin yang jururawat hanya boleh memberikan penjagaan kerohanian dengan menunjukan keprihatinanya semasa menjaga pesakit. 1
20.
3
Saya percaya yang jururawat hanya boleh memberikan penjagaan kerohanian dengan mengatur pertemuan pesakitnya dengan pemimpin agamanya, jika dipinta. 1
19.
2
2
3
4
5
Saya selalunya meneroka nilai-nilai kerohanian klien. 1
2
3
4
5
104
24.
Saya selalunya meneroka harapan-harapan klien dan sumber-sumber kekuatannya. 1
25.
4
5
2
3
4
5
Saya selalu menenangkan klien secara kerohanian (misalnya: membaca buku-buku, berdo’a,atau melalui muzik dan lain-lain) 1
27.
3
Saya merujuk klien kepada kaunselor ( contoh lain : imam atau paderi ) 1
26.
2
2
3
4
5
Saya akan bersama klien jika diperlukan. 1
2
3
4
5
BAHAGIAN C – ETIKA KERJA KETERANGAN:
Semua kenyataan di bawah ini mempunyai lima pilihan jawapan.Mohon kerjasama anda untuk MENANDAKAN ( / ) pada angka jawapan dengan jelas berdasarkan skala berikut.
Sangat tidak setuju setuju
1.
4
5
Sangat
2
3
4
5
2
3
4
5
Pekerja yang tekun, harus terus mempelajari sesuatu yang baru berkaitan kerjanya sehingga ia mencapai kejayaan. 1
4.
3
Sesuatu tugas itu walau diberi masa lebih, harus disegerakan, walaupun terpaksa bekerja dalam waktu rehat. 1
3.
2
Pegawai yang berkualiti mempunyai perancangan kerja yang terperinci. 1
2.
1
2
3
4
5
Tugas yang diberikan kepada seseorang itu tidak menjadi beban, jika ia mendapat ganjaran yang lebih baik.
105
1 5.
2
3
4
5
2
3
4
5
2
3
4
5
2
3
4
5
2
3
4
5
2
3
4
5
Saya percaya bahawa tanpa disiplin yang baik, seorang pekerja tidak akan berkesan menjalankan tugasnya dengan baik. 1
13.
5
Jika saya membuat kesilapan, saya rela ditegur oleh ketua jabatan atau rakan sekerja walaupun itu menunjukkan kelemahan saya. 1
12.
4
Jika membuat temujanji, saya mesti datang lebih awal sebelum masa yang dijanjikan walaupun saya terpaksa menunggu. 1
11.
3
Pekerja tidak wajar patah semangat jika ia membuat kesilapan dan ditegur kerana kesilapannya. 1
10.
2
Pekerja yang terlalu komited dengan kerjanya adalah merugikan kerana menghambakan diri kepada kerja secara berlebihan. 1
9.
5
Orang yang mempunyai perasaan hasad dengki terhadap orang lain, akhirnya akan merugikan dirinya sendiri. 1
8.
4
Sesuatu kerja itu akan membawa makna kepada dirinya, jika diberi peluang untuk mendapat kenaikan pangkat. 1
7.
3
Jika peruntukan keewangan jabatan berlebihan, kita boleh membelanjakannya untuk membeli barang-barang yang tidak termasuk dalam keperluan jabatan. 1
6.
2
2
3
4
5
Setiap kali kerja diberikan kepada saya, saya akan menetapkan masa dan tarikh untuk menyudahkannya. 1
2
3
4
5
106
14.
Adalah penting seseorang itu memiliki wang atau harta lebih dari kawan-kawannya, bagi menunjukkan bahawa ia lebih berjaya. 1
15.
5
2
3
4
5
2
3
4
5
2
3
4
5
2
3
4
5
2
3
4
5
Jika sesuatu cadangan yang bernas daripada kakitangan diterima, ini akan menggugat kebolehan serta kepimpinan ketuanya. 1
22.
4
Kerja yang sukar dilakukan haruslah dianggap sebagai dugaan, oleh itu kita perlu terus mencuba walaupun belum tentu berjaya. 1
21.
3
Apabila saya melakukan kerja peribadi dalam waktu pejabat, saya tidak akan memaklumkan kepada kepada ketua jabatan. 1
20.
2
Peraturan kerja yang ditetapkan hanyalah sebagai panduan umum sahaja, oleh itu ia tidak harus diikuti sepenuhnya. 1
19.
5
Dalam sesuatu masa, saya akan menggunakan telefon pejabat atau kemudahan komputer untuk urusan peribadi saya. 1
18.
4
Jika saya tidak mahir melakukan sesuatu kerja, saya akan minta ketua saya cari orang lain yang lebih mahir untuk melakukannya. 1
17.
3
Saya percaya seseorang pekerja yang kemas dan segak boleh membantu organisasinya berkembang maju. 1
16.
2
2
3
4
5
Sebagai pekerja yang bijak dan berwawasan, kita hanya perlu melakukan kerja-kerja yang mendapat pengikhtirafan dan ganjaran sahaja. 1
2
3
4
5
107
23.
Apabila pergi berkursus, seseorang itu tidak boleh melakukan perkara-perkara lain semasa kursus tersebut dijalankan. 1
24.
2
3
4
5
2
3
4
5
2
3
4
5
2
3
4
5
2
3
4
5
2
3
4
5
Lebih baik saya diberi arahan kerja daripada membuatnya mengikut inisiatif sendiri, yang belum tentu diberi penghargaan. 1
32.
5
Saya adalah orang yang boleh diharapkan kerana saya sanggup berkorban apa saja untuk kepentingan jabatan. 1
31.
4
Saya tetap melakukan kerja dengan bersungguh-sungguh, walaupun tidak diketahui oleh orang lain. 1
30.
3
Saya dapat siapkan semua kerja saya dalam masa yang ditetapkan dengan sempurna. 1
29.
2
Semasa dalam mesyuarat, jika kita ditegur, kita mesti menegurnya kembali demi maruah dan harga diri kita. 1
28.
5
Sebagai pegawai, kita perlu bersedia menerima sebarang arahan di luar dari bidang tugas kita. 1
27.
4
Jika ada penyelia, kita perlu melakukan kerja dengan segera bagi menunjukkan kita rajin bekerja. 1
26.
3
Saya harus mengampu ketua saya, sekiranya cara ini boleh membantu saya untuk naik pangkat. 1
25.
2
2
3
4
5
Adalah sangat wajar saya melakukan kerja yang dapat memberi manfaat yang besar kepada jabatan tanpa disuruh oleh sesiapa.
108
1 33.
5
2
3
4
5
2
3
4
5
Jika kita rasa seronok bekerja, kita mesti berbangga dengan hasil kerja yang dapat kita capai. 1
36.
4
Orang yang bekerja sambil lewa, pasti akan membuat kesilapan dalam kerjanya. 1
35.
3
Jika bekerja dalam kumpulan, sebolehnya saya memilih kerja yang paling mudah unntuk dilakukan. 1
34.
2
2
3
4
5
Kita mesti bersikap rendah diri supaya senang didampingi oleh semua pihak. 1
2
3
4
5
BAHAGIAN D – KEPUASAN KERJA ARAHAN: Sila tentukan sejauhmanakah anda merasa berpuas hati tentang aspek pekerjaan ini dalam setiap penyataan berdasarkan skala berikut.
Sangat tidak setuju setuju
1.
4
2
3
4
5
2
3
4
5
Peluang untuk melakukan kerja-kerja berlainan dari masa ke semasa. 1
4.
3
Peluang melakukan kerja secara sendiri. 1
3.
2
Berupaya melakukan kerja sepanjang masa. 1
2.
1
2
3
4
5
Peluang untuk menjadi “seorang penting” dalam komuniti. 1
2
3
4
5
109
5
Sangat
5.
Cara ketua saya mengendalikan pekerjanya. 1
6.
3
4
5
2
3
4
5
2
3
4
5
2
3
4
5
2
3
4
5
2
3
4
5
2
3
4
5
Peluang memajukan diri dalam pekerjaan ini. 1
15.
2
Keseimbangan antara gaji saya dan jumlah kerja yang saya lakukan. 1
14.
5
Cara polisi organisasi diamalkan. 1
13.
4
Peluang untuk melakukan sesuatu yang menggunakan keupayaan saya. 1
12.
3
Peluang untuk memberitahu orang lain apa yang perlu dilakukan. 1
11.
2
Peluang untuk membantu orang lain. 1
10.
5
Jaminan pekerjaan yang saya terima. 1
9.
4
Berupaya untuk melakukan perkara yang tidak bertentangan dengan kata hati saya. 1
8.
3
Kecekapan penyelia saya dalam membuat keputusan. 1
7.
2
2
3
4
5
Kebebasan untuk menyuarakan pertimbangan saya sendiri. 1
2
3
4
5
110
16.
Peluang untuk menggunakan kaedah saya sendiri dalam melaksanakan tugas. 1
17.
5
2
3
4
5
2
3
4
5
Pujian yang saya terima kerana melaksanakan tugas yang baik. 1
20.
4
Cara rakan sekerja bekerjasama antara satu sama lain. 1
19.
3
Keadaan tempat kerja. 1
18.
2
2
3
4
5
Perasaan puas kerana berjaya melaksanakan tugas. 1
2
3
4
5
TERIMA KASIH DI ATAS KERJASAMA ANDA
111