Tugasan 3 (1).docx

  • Uploaded by: Usamah Young
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tugasan 3 (1).docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,437
  • Pages: 5
TUGASAN 3 : PENULISAN ILMIAH (60 %) Soalan : Kontrak sosial yang disepakati di kalangan tokoh-tokoh pemimpin politik pelbagai kaum di awal penubuhan Persekutuan Tanah Melayu telah menjadi intipati penting kepada penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Bincangkan 1.0 Pengenalan Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang ekonomi. Negara kita dianggap negara yang aman dan damai yang bertunjangkan sistem demokrasi. Maka, perpaduan antara kaum merupakan tiang keamanan dan kemakmuran yang wajib dipelihara agar ia terus berlanjutan hingga ke sepanjang zaman. Jika kepelbagaian di Malaysia tidak dipelihara sebaik mungkin, maka kemungkinan peristiwa 13 Mei 1969 akan berulang sekali lagi. Menurut Wan Liz Ozman Wan Omar (2000), melalui sejarah kita akan dapat mengetahui dan memahami latar belakang negara ini dan sentiasa mengambil iktibar daripada peristiwa yang pernah terjadi di negara kita. Oleh itu, kontrak sosial merupakan medium yang penting bagi mewujudkan perpaduan. 2.0 Konsep Kontrak Sosial Menurut Kamus Dewan (2014), kontrak didefinisikan sebagai perjanjian formal dengan syarat-syarat tertentu antara dua pihak atau lebih dan ia juga merupakan dokumen yang mempunyai syarat-syarat perjanjian. Manakala sosial pula bermaksud sesuatu yang berkaitan dengan masyarakat. Contohnya ialah masyarakat dengan individu dan hubungan masyarakat dengan kelompok manusia. Kemunculan kontrak sosial ini bermula pada abad ke-17 di mana Thomas Hobbes dan John Locke berpandangan bahawa manusia mewujudkan negara sebagai satu perjanjian bersama di mana setiap individu itu bersetuju kepadanya. Secara mudahnya,

kontrak

sosial

bermaksud

persetujuan yang telah dicapai antara pihak-

pihak yang berkepentingan untuk membentuk sebuah masyarakat yang padu dan sejahtera dengan setiap pihak bersedia bertolak ansur serta mengetepikan kepentingan peribadi tertentu. Kita juga boleh katakan kontrak sosial ini ialah kesepakatan yang diabadikan oleh sejarah tentang norma hidup bersama pelbagai kaum dan agama. Menurut Abd Manaf Ahmad (2009), persepakatan itu dicapai secara sukarela, melalui

perundingan dan dianggap

mengikat untuk generasi masa akan datang 3.0 Tujuan dan Isi Kandungan Kontrak Sosial Kontrak sosial diwujudkan untuk beberapa tujuan. Antara tujuannya ialah menjamin persetujuan yang dicapai kekal dan diwarisi turun-temurun. Kedua, kontrak sosial bertujuan meneruskan kelangsungan pemerintahan yang cekap. Ketiga, ia bertujuan untuk memastikan pihak yang bersetuju mentaatinya untuk menyampaikannya kepada generasi selanjutnya 2

supaya ia tidak bertentangan pada masa akan datang. Bukan itu sahaja, tujuan kontrak sosial juga dimeterai adalah untuk memelihara kepentingan majoriti dan minoriti tanpa menghilangkan hak dan kepentingan mereka. Pada permulaannya, isi kandungan kontrak sosial hanya terdiri daripada dua elemen sahaja. Dua elemen yang dimaksudkan ialah penerimaan orang Melayu terhadap orang bukan Melayu sebagai warganegara dan penerimaan orang bukan Melayu terhadap pengiktirafan hak istimewa orang Melayu. Setelah itu, isi kandungan kontrak sosial telah bertambah kepada beberapa aspek seperti kewarganegaraan, kedaulatan institusi raja,

kedudukan agama Islam, bahasa Melayu

sebagai bahasa kebangsaan dan hak keistimewaan orang Melayu. Penambahan aspek tersebut disebabkan cadangan dan bantahan daripada pelbagai pihak ketika Suruhanjaya Reid ditugaskan untuk merangka perlembagaan baharu. Maka, sejarah yang membentuk perlembagaan ini lahir daripada nilai-nilai tradisi politik dan kebudayaan (Abdul Aziz Bari, 1996) 4.0 Kandungan Kontrak sosial Antara isu yang terkandung dalam kontrak sosial yang menjadi intipati penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 ialah Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Isu pertama yang wujud dalam kontrak sosial ialah Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Menurut Kamarudin Husin (1998), bahasa dapat dikategorikan fungsinya sebagai alat komunikasi dan mengikut bentuknya, bahasa mengandungi kalimatkalimat yang digunakan oleh masyarakat untuk berhubung. Seperti yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan memperuntukkan bahasa kebangsaan di Malaysia ialah bahasa Melayu. Mana-mana pihak tidak berhak untuk menafikan kedudukan bahasa Melayu dan hak bahasa lain untuk digunakan, dipelajari dan dikembangkan. Walaupun begitu, bahasa lain seperti bahasa Mandarin dan Tamil juga dibenarkan untuk digunakan serta dilindungi di bawah akta tersebut. Akta tersebut menjadi satu kepentingan bahawa negara ini mempunyai masyarakat yang berbilang kaum dan sangat memerlukan satu bahasa sebagai panduan Perkara 152 menetapkan sedemikian bertujuan untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di setiap institusi pendidikan termasuklah sekolah dan universiti. Bahasa Melayu bukan sahaja digunakan dalam institusi pendidikan, malah sektor pekerjaan juga diwajibkan menggunakan bahasa Melayu terutama dalam urusan seperti teks ucapan majlis rasmi, minit mesyuarat dan urusan surat-menyurat. Penerimaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan terbukti apabila rakyat Malaysia memahami dan mampu bertutur dengan baik semasa berkomunikasi antara satu sama lain. Maka, masyarakat yang menggunakan satu bahasa yang sama iaitu bahasa Melayu secara jelas dapat memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia bahkan penggunaan secara meluas dapat memperkasakan lagi bahasa kebangsaan kita. 3

Selain itu, Agama Islam pula dijadikan agama persekutuan seperti yang termaktub dalam Perkara 3. Perasaan keagamaan diperlukan oleh manusia kerana naluri dan fitrah manusia memerlukan kepada panduan dan pegangan yang boleh membimbing manusia dalam menjalani cara hidup dan menyusun kehidupan beragama (Mohd Sulaiman Yasin, 1985). Walaupun Islam dijadikan agama persekutuan, Malaysia terbukti tidak mengamalkan pemerintahan teokrasi di mana akta tersebut membenarkan penganut lain seperti agama Buddha, Hindu dan Kristian untuk mengamalkan ajaran masing-masing secara aman dan damai. Malaysia juga terbukti merupakan negara yang tidak mengamalkan diskriminasi terutama hak asasi manusia apabila masyarakat Malaysia dibenarkan untuk merayakan perayaan dan mengamalkan adat serta tradisi agama masing-masing. Kedudukan agama Islam yang istimewa ini juga tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak kerana memandangkan peruntukan mengenainya ditunjangi oleh Perlembagaan. Kedudukan istimewa Islam ini sebenarnya telah mengambil kira unsur-unsur tradisional penduduk asal Tanah Melayu iaitu orang Melayu yang terus mempertahankan agama Islam. Bukan itu sahaja, unsur tradisi yang terdapat pada kontrak sosial seterusnya ialah institusi beraja. Seperti yang diketahui umum, rentetan sejarah membuktikan bahawa pentingnya pemerintahan beraja bagi orang-orang Melayu di mana kuasa raja telah berkurang pada zaman

penjajahan British.

Kehilangan kuasa

raja berlaku apabila

pihak

British

memperkenalkan sistem Residen dan Penasihat untuk memerintah setiap negeri. Setelah negara kita mencapai kemerdekaan, institusi beraja dikekalkan dibawah konsep Raja Berperlembagaan. Yang Dipertuan Agong merupakan kuasa yang tertinggi di Malaysia. Pemilihan Yang Dipertuan Agong dianggap unik kerana dilakukan secara bergilir-gilir dan tempoh menyandang jawatan hanya dalam 5 tahun sahaja. Bukan itu sahaja, Majlis-Majlis Raja yang dianggotai oleh 9 Raja-Raja Melayu dari setiap negeri berkuasa untuk memilih YDPA. `

Seterusnya, perkara yang terkandung dalam kontrak sosial ialah kedudukan hak

istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Secara amnya, hak istimewa orang Melayu merupakan hak yang dipersetujui bersama dalam kalangan pemimpin sebagai gantian kepada penerimaan orang Melayu untuk berkongsi kehidupan bersama etnik seperti Cina dan India. Menurut Artikel 153 (rujuk lampiran) memperuntukkan YDPA berkuasa untuk menjaga dan melindungi hak keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia (Bumiputera) terutama Sabah dan Sarawak. Perkara ini turut disokong oleh Nazaruddin (2001), penjaminan kedudukan istimewa orang Melayu yang bumiputera yang termaktub di bawah klausa (2) Perkara 153. YDPA dipilih menjadi pelindung disebabkan ingin meneruskan sistem feudal yang diamalkan sebelum kedatangan penjajah Antara isi kandungan hak keistimewaan orang-orang Melayu yang termaktub dalam perlembagaan ialah hak tanah, 4

jawatan dalam kerajaan, bantuan ekonomi dan pemberian biasiswa. Pertama sekali, hak istimewa orang Melayu seperti tanah untuk orang Melayu sememangnya mendapat tanah dengan keizinan daripada Kerajaan Negeri disebabkan tugas kawal selia pembukaan tanah di bawah kuasa Kerajaan Negeri. Sekiranya Kerajaan Negeri ingin membuka tanah khas untuk orang Melayu, mereka perlu mengikut beberapa syarat yang telah digariskan. Syarat yang dimaksudkan ialah memperuntukan pembukaan tanah bagi orang bangsa lain yang serupa, luas tanah untuk orang ramai tidak boleh melebih luas tanah orang Melayu dan tanah milik orang Melayu tidak boleh diambil untuk tujuan orang bukan Melayu Keduanya jawatanjawatan kanan dalam Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, mestilah diperuntukan pada nisbah yang tertentu untuk orang Melayu dan orang bukan Melayu. Ketiganya peruntukan biasiswa atau bantuan yang lebih banyak untuk kepada penuntut-penuntut Melayu daripada penuntut-penuntut bukan Melayu. Dilihat juga dari segi bantuan ekonomi yang perlu mengikut peraturan yang dibuat bagi membolehkan orang Melayu

mendapat

lesen-lesen

atau

kebenaran-kebenaran tertentu bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti perusahan dan aktiviti ekonomi lain. 5.0 Kesimpulan Kesimpulannya,

kontrak sosial mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Dalam

konteks masyarakat majmuk di Malaysia, kontrak sosial penting untuk mewujudkan masyarakat yang kental, utuh dan kukuh berasaskan kesedaran terhadap pentingnya faham memahami, hormat menghormati, harga menghargai dan bertolak ansur. Manfaatnya terjelma dalam kehidupan sebuah negara yang aman damai dapat di nikmati bersama. Formula ini sebahagian besarnya tersurat dalam Perlembagaan Persekutuan, yang diamalkan secara bijaksana dalam satu pakatan agung negara dengan inspirasi untuk membawa Malaysia muncul dalam peta dunia sebagai sebuah negara maju. Justeru, kontrak sosial yang terbentuk daripada perjanjian pemimpin-pemimpin terdahulu perlu dirujuk bagi memastikan perpaduan sentiasa terbina. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu mengamalkan muhibah sekali gus menjadi tanggungjawab semua untuk menghormati dan mentaati perundangan negara tanpa persoalan dan juga tanpa berbelah bahagi (Shamrahayu A Aziz, 2018). Tugas rakyat Malaysia ialah menghayati semangat kontrak sosial ini dengan menolak keganasan, perkauman, ketaksuban dan ekstrimisme dan pada masa yang sama terus memperkukuhkan ikatan masyarakat majmuk ini dalam satu ikatan yang erat dan padu agar sebuah negara yang aman harmonis serta pembentukan negara bangsa Malaysia dapat dijelmakan.

5

6

Related Documents

Tugasan 3
May 2020 13
Tugasan 3
May 2020 7
Tugasan 3
May 2020 9
Tugasan 3
May 2020 11
Tugasan 3.docx
December 2019 11

More Documents from ""

Tugasan 3 (ajea).docx
November 2019 14
Senarai Kandungan.docx
November 2019 24
Tugasan 3 (1).docx
November 2019 21
Inovasi Shahrul.docx
November 2019 25