Tugasan 3 Nurul Ain Fathihah Bt Mohd Roshidan D20081032381
Self esteem ditakrifkan sebagai kemampuan individu untuk melakukan penilaian terhadap diri sendiri yang akan membawa kepada pembentukan tingkah laku dan aksi mereka pada masa akan datang. Sesetengah ahli psikologi menakrifkan self esteem sebagai yakin diri atau maruah diri. Self esteem dikaitkan dengan kualiti perhubungan antara seorang individu dengan individu yang lain mahupun individu dengan alam sekeliling. Selain itu, self esteem sangat memberi kesan kepada kepuasan hidup seseorang individu itu. Self esteem ini mempengaruhi imej kendiri seseorang secara langsung, cara individu itu berfikir dan memandang diri sendiri. Hal ini penting kerana self esteem memberi kesan kepada cara individu berfikir, perlakuan dan tingkah laku individu dan impaknya kepada orang sekeliling. Ianya juga mempengaruhi potensi seseorang untuk berjaya dalam kehidupan. Self esteem yang rendah bermakna individu tersebut kurang keyakinan diri dan berfikiran negatif dalam pandangannya mengenai suatu hal. Self esteem yang tinggi bermakna individu itu mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan selalu berfikiran positif dan optimis terhadap kehidupannya. Semasa individu melalui fasa umur remaja iaitu sembilan hingga 21 tahun, dia dikatakan sedang membina dan mencari harga dirinya sendiri. Ketika fasa penting ini, remaja akan mengalami kekeliruan mengenai self esteem dalam akademik, self esteem dalam perhubungan dan self esteem skil. Mereka juga tercari-cari siapa diri mereka dan apa yang mereka akan jadi dalam tempoh sepuluh atau dua puluh tahun akan datang. Selain itu, remaja juga akan meletakkan individu dewasa di sekelilingnya untuk dijadikan idola dalam proses dia mencari siapa dirinya. Pada peringkat ini, remaja akan mengalami perubahan self esteem dan merupakan tempoh yang genting dalam pembentukan self esteem. Hal ini kerana remaja sedang menuju ke alam dewasa dan mereka mula berfiikir akan tanggungjawab dan peranan mereka sebagai orang dewasa. Remaja yang mempunyai self esteem yang tinggi mampu menilai diri mereka dan mengetahui sama ada perbuatan mereka akan memberi manfaat ataupun merugikan diri mereka sendiri. Mereka dapat mengawal diri mereka sendiri dan mengendalikan kehidupan mereka. Sebaliknya remaja yang mempunyai self esteem yang rendah lebih mudah terjerumus dengan dengan masalah sosial, akademik dan kesihatan mental akibat tidak percaya pada diri sendiri, selain dipengaruhi oleh pelbagai faktor sekeliling yang menambahkan lagi kekeliruan minda remaja yang sudah sedia celaru.
Proses pembentukan self esteem remaja tidak berlaku secara mendadak. Ianya dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Antara faktor penting pembentukan self esteem remaja adalah cara didikan ibubapa dan latar belakang keluarga. Ibubapa yang mengamalkan cara didikan bersifat authoritative cenderung membentuk anak mereka menjadi seorang individi yang mempunyai harga diri dan keyakinan diri yang tinggi. Manakala ibubapa yang mengamalkan cara didikan bersifat permisive dan authoritarian berpotensi melahirkan individu yang tidak yakin pada diri sendiri dan mempunyai self esteem yang rendah. Sebagai contoh, remaja yang datang daripada institusi keluarga yang lengkap dan setiap ahli keluarga memainkan peranan masing akan menjadi seorang yang yakin diri dan berasa dirinya berharga. Manakala remaja yang datang daripada keluarga porak peranda, mangsa penceraian ibubapa, sering diherdik dan diperbodohkan akan menjadi individu yang pesimis terhadap kehidupannya. Selain faktor keluarga, taraf pendidikan juga memberi kesan kepada pembentukan self esteem remaja. Remaja yang menonjol pencapaian akademiknya dan mempunyai tahap pendidikan yang tinggi selalunya mempunyai nilai self esteem yang tinggi. Remaja ini juga yakin terhadap kemampuan diri sendiri dan percaya dirinya bernilai. Sebaliknya, remaja yang lemah pencapaian akademik dan tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi pula cenderung untuk merendah diri secara keterlaluan. Mereka ini sering berasa dirinya tidak berguna, tidak memberi manfaat pada sesiapa dan mempunyai masalah untuk berkomunikasi dengan baik dengan pihak lain. Pelbagai kaedah dapat dilakukan untuk meningkatkan self esteem remaja. Institusi keluarga, institusi pendidikan dan masyarakat sekeliling harus berganding bahu dan sama-sama mengolah idea supaya self esteem remaja dapat ditingkatkan. Pihak ibubapa wajar memainkan peranannya bermula daripada rumah dengan memberi kepercayaan kepada anak remaja dan menyerahkan tanggungjawab tertentu kepada anak supaya mereka dapat merasakan diri mereka berperanan seterusnya meningkatkan keyakinan dirinya. Selain itu, pihak sekolah dengan kerjasama guru kaunseling dan guru lain boleh membantu meningkatkan self esteem remaja dengan mengadakan kem motivasi. Kem motivasi yang dikendalikan oleh kaunselor terlatih dapat merangsang minda remaja dan meniupkan semangat mereka untuk berusaha menjadikan diri lebih baik. Tambahan lagi, interaksi dengan rakan sebaya dan dorongan guru-guru dapat menaikkan lagi nilai yakin diri pada remaja.
Rujukan : http://www.emeraldinsight.com/Insight/viewPDF.jsp? contentType=Article&Filename=html/Output/Published/EmeraldFullTextArticle/Pdf/142095 0202.pdf (circles of self esteem) http://www.emeraldinsight.com/Insight/viewPDF.jsp? contentType=Article&Filename=html/Output/Published/EmeraldFullTextArticle/Pdf/029107 0907.pdf (human resources self esteem)