Penyalahgunaan_dadah_dalam_sukan-_hc.docx

  • Uploaded by: Usamah Young
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Penyalahgunaan_dadah_dalam_sukan-_hc.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 766
  • Pages: 2
NUR HAYATUN SYAMILA BINTI MUHAMAD NAJIB A144439 PENYALAHGUNAAN DADAH DALAM SUKAN (ISU DOPING) Baru-baru ini Negara Malaysia digemparkan dengan penggunaan bahan terlarang dalam sukan oleh pemain badminton dunia,iaitu Dato’ Lee Chong Wei.Kegagalan beliau dalam doping telah menimbulkan pelbagai persepsi kepada masyarakat terutama kepada peminat tegar sukan badminton negara kita khususnya.Hal ini menyebabkan orang ramai mula menuding jari kepada mana-mana pihak atas kegagalan Dato’ Lee Chong Wei dalam isu ini sedangkan masih lagi ramai yang tidak mengetahui apakah itu doping dan bagaiman hal ini boleh terjadi dalam kalangan atlet sukan.Isu ini menjadi satu medium kepada arena sukan negara supaya lebih proaktif untuk membasmi dan menangani isu doping dalam kalangan atlet sukan. Doping berasal dari kata dope, yakni campuran candu dengan narkotika yang pada awalnya digunakan untuk pacuan kuda di Inggeris.Menurut International Olympic Council (OIC),perkataan ‘doping’ dalam sukan merujuk kepada penggunaan dadah/ubat yang diharamkan bagi mendapatkan kelebihan dalam prestasi atlet.Pengambilan bahan terlarang dalam sukan tidak dibenarkan kerana memberi kelebihan kepada atlet yang menggunakannya dan secara tidak langsung menimbulkan isu ketidakadilan serta melanggar segala peraturan dalam pertandingan.Selain itu,cara pengambilan dan jumlah pengambilan dadah akan memudaratkan atlet dari pelbagai aspek termasuk kesihatan. Punca-punca yang menndorong kepada penyalahgunaan dadah dalam kalangan atlet sukan ialah pengambilan dadah diambil tanpa disedari oleh atlet sukan sendiri.Hal ini kerana kadangkala ia dirancang oleh jurulatih yang inginkan anak didiknya memperolehi kemenangan dan menjuarai sesuatu pertandingan dengan cepat.Di samping itu, punca lain yang menyumbang ialah sifat tamak atlet dan jurulatih yang menggunakan apa sahaja cara bagi membolehkan kemenangan berpihak kepadanya tanap mengira keadilan dalam sukan.Paksaan daripada golongan tertentu turut menyebabkan berlakunya penyalahgunaan dadah dalam sukan.Terdapat sebilangan atelet terpaksa tunduk kepada paksaan golongan tertentu untuk mengambil bahan terlarang tersebut.Arena sukan biasanya melibatkan persaingan yang sangat tinggi terutama untuk kelayakan pemilihan ke peringkat antarabangsa.Inilah yang mengakibatkan atlet mengambil bahan terlarang untuk mencari kelebihan untuk menang.Para atlet juga didoktrin supaya mempunyai otot yang menarik dan ini menjadi satu kemungkinan mereka mengambil bahan terlarang untuk mendapatkan otot yang menarik dengan cara yang mudah dan cepat. Kesan penyalahgunaan dadah dapat memberi impak kepada pelbagai pihak terutamanya para atlet.Ini mengakibatkan mereka dipandang serong oleh masyarakat kerana menggunakan saluran yang salah bagi mendapatkan kemenangan.Secara tidak langsung impak yang paling besar adalah menjejaskan kredibiliti dan prestasi para atlet.Mana-mana atlet yang gagal dalam ujian doping tidak akan dibenarkan mengambil bahagian dalam pertandingan dan ini merupakan satu kerugian yang besar kepada mereka kerana sebelumnya

mereka telah berlatih dengan gigih dan dalam sekelip mata mereka telah digugurkan.Kesan dari penggugran,para atlet akan hilang semangat dan dorongan untuk terus berjuang dalam sukan yang diceburi kerana merasakan seolah-olah tiada lagi peluang untuk merka. Pada arena sukan dan juga negara kesannya ialah menjatuhkan maruah sukan Negara pada peringkat antarabangsa.Dengan pengguguran isu doping,negara mengalami kehilangan pemain yang berpotensi kerana mereka digantung dari menyertai sebarang pertandingan untuk sesuatu tempoh masa yang telah ditetapkan oleh badan berkuasa.Keadaan ini turut memerlukan masa yang agak lama untuk keadaan menjadi baik seperti biasa kerana isu doping ini biasanya mendapat perhatian yang ramai. Antara langkah-langkah yang dapat dilakukan untuk mengatasi isu doping ialah melalui system pendidikan.Sistem pendidikan dapat membentuk peribadi para atlet supaya bersikap lebih positif.Mereka harus diyakinkan bahawa kemenangan dalam sesuatu pertandingan hendaklah bersandarkan semangat dan kegigihan mereka dan bukan perkara lain seperti penggunaan bahan terlarang.Untuk membentuk sikap positif,atlet sukan hendaklah sentiasa diberi sokongan moral,motivasi dan rangsangan terutamanya jurulatih mereka sendiri supaya momentum pencapaian mereka memberangsangkan.Hal ini kerana proses pembinaan atlet untuk menjadi yang ternama memerlukan masa yang agak panjang iaitu antara 5-10 tahun.Inisiatif lain yang pihak kementerian sendiri boleh jalankan ialah kempen mengenai bahaya penyalahgunaan bahan terlarang dalam sukan.Ini secara tidak langsung memberi pendedahan awal kepada atlet muda khususnya peserta dari Sukan Malaysia (SUKMA) yang mungkin kurang kesedaran tentang akibatnya penggunaan bahan yang dilarang. Di samping itu, ujian darah dan ujian air kencing juga adalah salah satu langkah yang berkesan untuk mengesan penyalahgunan dadah.Ujian tersebut perlu menggunakan teknikteknik terkini memandangkan ahli-ahli sukan sering dapat mengelak daripada dikesan menggunakan dadah terlarang.Undang-undang yang sedia ada juga haruslah diperketatkan lagi serta mengenakan hukuman yang lebih berat kepada atlet yang mengambil ubat-ubatan secara haram untuk meningkatkan lagi stamina bagi mendapatkan kemenangan dengan mudah.Antara hukuman yang boleh dikenakan ialah hukuman penjara mandatori tidak kurang dari 3 tahun,menyenaraihitamkan nama mereka yang didapati bersalah ataupun melarang mereka dari mengambil bahagian dalam pertandingan dan acara sukan selama beberapa tahun. Kesimpulannya,isu doping yang yang terjadi dalam sukan jelas memberi impak negatif yang besar terhadap kewibawaan ahli sukan,sama ada peringkat amatur mahupun peringkat professional.Impian untuk menjadi juara telah mengaburkan semangat kesukanan.Penggunaan doping menghancurkan kepercayaan masyarakat terhadap kredibilitas olahraga, kompetisi dan atlet sebab terjadi penipuan untuk berprestasi,tidak berkat usaha dan dominasi kemampuan yang asli tetapi bantuan dari luar.

More Documents from "Usamah Young"

Tugasan 3 (ajea).docx
November 2019 14
Senarai Kandungan.docx
November 2019 24
Tugasan 3 (1).docx
November 2019 21
Inovasi Shahrul.docx
November 2019 25