TUGASAN 3: PENULISAN LAPORAN (KEUSAHAWANAN)
1.0 Pengenalan Dalam dunia globalisasi yang kian mencabar, bidang keusahawanan telah bersignifikan dalam pembangunan ekonomi sesebuah negara. Usahawan dan keusahawanan ini adalah merupakan istilah yang seringkali dibincangkan oleh penyelidik dan golongan akademik sejak akhir abad ke-21. Menurut Kao (1995) dalam Tam et.al (2014) menyatakan keusahawanan adalah satu proses mencipta sesuatu yang baru dan berbeza bagi tujuan mencipta kekayaan untuk individu dan menambah nilai kepada masyarakat. Dalam hal ini, kerajaan melalui agensinya telah melancarkan banyak program pembangunan keusahawanan dalam usaha melahirkan lebih ramai usahawan yang berketerampilan dan berwawasan. Selain sebagai pemangkin pembangunan ekonomi negara, bidang keusahawanan juga dilihat sebagai jalan penyelesaian kepada masalah pengangguran di negara kita (Adnan, 1992). Menurut Norasidah et. al (2009) bidang keushawanan telah diperkenalkan dalam pendidikan seawal peringkat menengah persekolahan dan seterusnya di peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Ini menunjukkan kerajaan telah mengambil beberapa langkah proaktif bagi mencapai hasrat yang ingin dicapai dan menjadikan IPT sebagai platform untuk memperkembangan ilmu keusahawanan ini. Antaranya adalah seperti memperkenalkan
kursus
keusahawanan
dengan
harapan
memupuk
budaya
keusahawanan di kalangan pelajar. Oleh hal yang demikian, dalam tugasan kursus Keusahawanan KUWS3013 dan pensyarah kursus ialah Encik Loh Leh Chiong, terdapat beberapa kriteria yang akan dihuraikan oleh saya seperti pemilihan idea dan peluang perniagaan, persekitaran perniagaan, memulakan perniagaan dan rancangan perniagaan selaras dengan soalan tugasan yang telah ditetapkan. Diharapkan, agar tugasan ini dapat menilai tahap pengetahuan saya dan juga dapat dijadikan panduan pada masa akan datang sekaligus memberikan gambaran secara asas agar siswa dan siswi pendidik dapat menyelami bidang keusahawanan sebagai langkah pengenalan kepada disiplin ini, khasnya mereka bukan jurusan pengurusan perniagaan.
1
2.0 Pemilihan Idea dan Peluang Perniagaan Sebeleum seseorang usahawan memulakan sesuatu perniagaan, mereka perlu menentukan jenis perniagaan yang ingin diceburi. Menurut Norashidah et.al (2009) mengatakan usahawan perlu mengetahui sumber-sumber yang boleh memberikan pemilihan idea perniagaan yang baru seperti pelanggan, produk atau syarikat yang sedia ada, saluran pengedaran dan lain-lain lagi. Setelah itu, barulah seseorang usahawan membuat proses pemilihan peluang-peluang perniagaan. 2.1 Pemilihan Idea Menurut Mohd. Salleh (2005), pemilihan idea ini adalah merupakan buah fikiran yang datang daripada seseorang usahawan untuk mencapai cita-cita perniagaan yang diingininya. Di sini, terdapat tiga perkara yang perlu dititikberatkan oleh seseorang usahawan dalam pemilihan idea iaitu seperti berikut:
Kreativiti dan inovasi
Mengenal pasti daya kemungkinan idea di peringkat awal
Sumber-sumber idea
Rajah 1: Menunjukkan tiga perkara yang perlu diberikan perhatian oleh seseorang usahawan dalam pemilihan idea perniagaan Merujuk kepada Rajah 1, sebelum memulakan perniagaan seseorang usahawan amat signifikan untuk mempunyai daya kreativiti dan inovasi. Menurut Barriger dan Ireland (2008) dalam Tam et.al (2014) kreativiti adalah merupakan suatu proses mengeluarkan idea yang berguna dan inovasi sebagai kejayaan mengeluarkan produk-produk baru oleh sesebuah firma. Terdapat empat fasa dalam proses kreativiti yang akan dilalui oleh seseorang untuk mendapatkan kreativiti sebelum memulakan perniagaan.
2
Penilaian Pengalaman idea
perlaksanaan
Proses inkubasi
Pengumpulan pengetahuan atau latar belakang
Rajah 2: Menunjukkan empat fasa dalam proses kreativiti Pada pringkat fasa satu iaitu pengumpulan pengetahuan atau latar belakang, seseorang usahawan dipercayai akan mendapatkan kreativiti melalui pembacaan, perbualan dengan rakan niaga, menghadiri mesyuarat dan bengkel. Sebagai contoh, seseorang usahawan akan mendapatkan pemikiran yang kreatif apabila berlakunya interaksi dan saling bertukar pendapat bersama rakan berkenaan penubuhan sesebuah perniagaan yang baru dan berkelainan dari perniagaan sedia ada. Seterusnya, pada peringkat fasa dua iaitu proses inkubasi seseorang usahawan cuba merehatkan minda mereka daripada proses persediaan di fasa satu dengan melakukan senaman, bermeditasi, bersukan, relaks dan melakukan aktiviti rutin seperti memasak dan berkebun. Pada peringkat fasa tiga iaitu pengalaman idea, dipercayai idea yang berkreativiti akan datang dengan cepat semasa seseorang usahawan berangan-angan, mempunyai hobi dan menyediakan buku nota. Manakala di peringkat terakhir iaitu fasa terakhir, seseorang usahawan amat ditekankan untuk cekal dan tidak menyerah kalah dan cuba mengatasi kekangan yang ada seperti membuat perancangan perniagaan, mempercayai gerak hati, mempelajari teknik-teknik jualan dan mendapatkan nasihat (Thomson Edison dalam Syahremie, 2016). Rentetan daripada itu, seseorang usahawan juga perlu untuk mengambil kira pelbagai sumber-sumber idea perniagaan ini melalui proses menjana dan mengenal pasti idea perniagaan di peringkat awal. Menurut Abdul Aziz (2011) mengatakan usahawan memerlukan beberapa kaedah yang boleh digunakan bagi membantu menjana dan menguji idea berkenaan. Kaedah-kaedah menjana idea tersebut adalah sumbangsaran
3
(brainstorming), kumpulan fokus dan analisis inventori masalah. Ini bermaksud seseorang usahawan sewajarnya menggunakan ketiga-tiga kaedah menjana idea ini sebelum memulakan perniagaan. Kelebihan kaedah menjana idea ini adalah berorientasikan kaedah berkumpulan yang melibatkan sekumpulan individu di antara lapan hingga empat belas orang bagi mendapatkan idea dan penyelesaian baru sebelum ianya dapat direalisasikan. Sebagai contoh, produk yang telah dikenal pasti bermasalah akan mewujudkan idea produk baru dengan mendapatkan keseluruhan idea secara berkumpulan tanpa secara sendiri. Walaupun sedemikian, keserasian idea perniagaan dengan diri jupa perlu dititikberatkan oleh seseorang usahawan yang ingin menceburi bidang perniagaan. Menurut Abdul Aziz (2002) menyatakan
seseorang usahawan itu menjalankan
perniagaan sesuai dengan pengalaman yang dimilikinya. Dengan kata lain, dapat dirangkulkan dalam konteks ini seseorang usahawan tersebut perlulah mempunyai pengalaman, pengetahuan, kemahiran, kemampuan modal dan minat yang mendalam dalam
bidang
bernigaan
yang
ingin
diceburi.
Contohnya,
tukang
ukir
yang
berpengalaman, berpengetahuan dan berkemahiran mampu menhgasilkan ciptaannya dalam tempoh yang singkat dan bermutu tinggi. Bahkan, dapat memasarkan produknya dengan skala pasaran yang besar kesan daripada kemampuan modalnya sendiri. Selain daripada itu, dalam pemilihan idea perniagaan seseorang usahawan juga perlu mengenal pasti daya kemungkinan idea perniagaan di peringkat awal. Sudut yang perlu dipertimbangkan oleh usahawan adalah aspek undang-undang, pesaing, keperluan modal dan risiko. Aspek ini amat penting bagi mengesahkan sesebuah pernigaan usahawan dijalankan secara sah di sisi undang-undang. Dari aspek pesaing, usahawan akan berupaya memilih idea perniagaan yang masih belum dimonopolikan oleh orang lain seperti Astro merupakan perniagaan yang tidak ada peniaga lain boleh membuat perniagaan tersebut. Dengan ini, usahawan akan berupaya mempertimbangkan risiko yang bakal dihadapi dengan mengambil kira peratusan kejayaan dan kegagalan dalam risiko perniagaan seperti kemelesatan ekonomi dan risiko kewangan seperti tahap kecairan wang tunai, pinjaman dan kredit. Dari aspek modal, seseorang usahawan perlu mempunyai modal asal yang diperlukan dalam urusniaga iaitu modal tetap, modal kerja dan modal tumbuh.
4
2.2 Pemilihan Peluang Perniagaan
Rajah 3: Menunjukkan dua faktor yang menyumbang kepada peluang perniagaan Baharuddin et.al (2006) dalam Tam et.al (2014)
Menurut Baharuddin et.al (2006) dalam Tam et.al (2014), terdapat dua diketahui oleh seseorang usahawan yang
faktor perlu
menyumbang kepada peluang perniagaan
dalam pasaran. Pertama, seseorang usahawan perlu memastikan produk dan perkhidmatan tersedia dalam pasaran bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. Keperluan ini adalah merujuk sesuatu yang asas dan mesti dimiliki dalam hidup seperti makanan dan pakaian manakala, kehendak adalah keiginan peribadi pengguna yang ingin lebih sempurna seperti makanan yang lebih sedap. Kedua adalah membuat analisis tentang persekitaran, penilaian diri dan penilaian masyarakat. Dalam aspek persekitaran ini, seseorang usahawan perlu menawarkan peluang perniagaan yang boleh dimajukan. Misalnya, industri penternakan mampu menyediakan peluang-peluang perniagaan secara khusus seperti melibatkan kegiatan ternakan haiwan, pemprosesan haiwan mahupun sebagai pengedaran haiwan. Bukan itu sahaja, seseorang usahawan juga perlu membuat penilaian diri iaitu mengetahui tentang kedudukan kewangan, pengetahuan dan kemahiran, pengalaman, jaringan perhubungan dan minat sebelum memulakan perniagaan. Tidak ketinggalan, penilaian masyarakat dalam bidang perniagaan yang dijalankan wajar diambil kira dalam mewujudkan peluang perniagaan yang memberansangkan. Sebagai contoh, walaupun perniagaan kelab malam sah di sisi undang-undang dan menguntungkan namun ia tetap bertentangan dengan nilai norma masyarakat Melayu beragama Islam.
5
Secara kesimpulannya, sebelum memulakan perniagaan amat penting seseorang usahawan mengambil berat tentang beberapa perkara dalam pemilihan idea dan peluang perniagaan seperti yang telah dihuraikan. Ini adalah untuk menjamin perniagaan yang diceburi dapat dijalankan dengan berkesan dan bermanfaat kepada masyarakat dan pengguna atau pelanggan (Azman azwan, 2001 dalam Tam et.al , 2014)
3.0 Persekitaran Perniagaan Berdasarkan teori sistem, sesebuah organisasi perniagaan itu tidak dapat berdikari. Hal ini kerana organisasi perniagaan dikelilingi oleh elemen-elemen persekitaran yang berinteraksi dan mempengaruhi pembuatan keputusan dan tingkah lakunya. Menurut Shaari et.al (1999), faktor persekitaran perniagaan boleh dibahagikan kepada dua aspek iaitu faktor persekitaran dalaman dan persekitaran luaran. Melihat kepada faktor persekitaran dalaman, faktor ini boleh dinilai dari aspek penilaian diri sendiri. Penilaian diri seseorang usahawan adalah seperti menilai kelebihan dan kesediaan diri mereka sebelum mencari peluang-peluang yang wujud dalam persekitarannya. Menurut Hoe et.al (2005) dalam Tam et.al (2014), terdapat kriteria perlu dipertimbangkan oleh usahawan seperti pengalaman bekerja, jenis pekerjaan dan kemahiran yang dimilikki oleh seseorang usahawan. Hal ini demikian kerana tanpa kriteria tersebut sifat tanggungjawa dan komitmen kerja yang tinggi tidak akan dapat disumbangkan sepenuhnya oleh usahawan dalam perniagaannya. Sehubungan dengan itu, faktor persekitaran luaran juga perlu dipraktikan oleh seseorang usahawan. Terdapat empat persekitaran luaran merangkumi aspek ekonomi, politik, undang-undang, sosial dan teknologi. Menurut Norita (2007) dalam Tam et.al (2014) faktor ekonomi penting dalam menentukan kejayaan dan kegagalan sesebuah syarikat baru kerana ekonomi yang stabil tidak akan menjanjikan kemerosotan perniagaan. Faktor politik dan undang-undang juga penting kerana akan mempengaruhi aktiviti keusahawanan dijalankan secara sah di sisi syarat-syarat dan polisi-polisi yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Aspek sosial pula akan mempengaruhi usahawan membuat keputusan terutama tentang jenis produk yang sesuai dengan sasaran pasaran. Seterusnya, faktor teknologi seperti perdagangan elektronik iaitu dikenali e-dagang (Electronic Commerce) perlu ditekankan oleh seseorang
6
usahawan untuk mewujudkan satu rangkaian yang menyatukan pelanggan, penjual dan pihak ketiga seperti bank, syarikat kewangan dan syarikat kad kredit.
4.0 Memulakan Perniagaan Dalam peringkat memulakan perniagaan ini, seseorang usahawan perlu mengetahui bentukbentuk perniagaan yang ingin diceburi. Misalnya, perniagaan perseorangan (milik tunggal), perniagaan perkongsian seperti rakan kongsi aktif, rakan kongsi lelap, rakan kongsi nominal dan rakan kongsi berhad serta syarikat seperti Syarikat Berhad Menurut Saham, Syarikat Berhad Menurut Jaminan dan Syarikat Tidak Berhad. Di sini juga, seseorang usahawan boleh memulakan perniagaannya dengan cara membeli perniagaan francais dimana seseorang usahawan yang membeli dan dikenali ‘francaisi’ boleh menggunakan tuan punya perniagaan (francaisor) setelah diberikan kebenaran, hak atau keistemewaan seperti nama perniagaan dan cop dagangan sama ada kepada seseorang individu atau syarikat (francaisi) untuk menjalankan perniagaan mengikut peraturan dan tatacara yang telah ditetapkan oleh francaisor. Bukan itu sahaja, seseorang usahawan juga boleh memulakan perniagaannya secara membeli dan mengambil alih perniagaan yang sedia ada. Dalam konteks ini, seseorang usahawan membeli sesebuah perniagaan dari usahawan lain yang sememangnya sedia ada disebabkan kemungkinan penjual pernigaan usahawan tersebut bosan atau hilang minat, bersara dan faktor kesihatan, potensi menurun serta faktor-faktor yang lain.
5.0 Rancangan Perniagaan Rancangan perniagaan adalah dokumen bertulis yang bertujuan memperkenalkan dan menjelaskan
peluang-peluang
peenigaan
serta
bagaimana
peluang
tersebut
dapat
dimanfaatkan oleh kumpulan pengurusan dan seluruh ahli organisasi. Menurut Hisrich, Peters dan Shepherd (2010) dalam Tam et.al (2014) rancangan perniagaan merupakan dokumen bertulis yang menerangkan semua elemen dalaman dan luaran serta strategi memulakan sesuatu perniagaan. Terdapat dua kepentingan rancangan perniagaan ini (Barringer dan Duane, 2008). Pertama, rancangan perniagaan ini penting sebagai dokumen dalaman yang memaksa usahawan pasukan pengurusan atau pekerja syarikat berfikir dengan lebih kritikal dan objektif tentang peluang perniagaan yang hendak diceburi. Kedua, rancangan perniagaan ini adalah berkepentingan dalam memainkan peranannya sebagai dokumen jualan bagi
7
sesebuah syarikat. Dengan kata lain, rancangan ini merupakan satu alat komunikasi bagi sesebuah syarikat dalam usaha menerangkan peluang perniagaan kepada pihak-pihak yang berkepentingan seperti pelabur berpotensi, pembekal, pelanggan, rakan niaga dan bank. Secara tidak langsung, ini akan dapat meyakinkan pembaca tentang idea perniagaan yang dilaksanakan mempunyai masa depan yang cerah.
6.0 Kesimpulan Kesimpulannya,
menjadi
seseorang
usahawan
terdapat
kriteria-kriteria
yang
perlu
dipertimbangkan dengan sebaiknya. Sebelum memulakan perniagaan amat penting seseorang usahawan untuk memberikan pertimbangkan dari aspek pemilihan idea dan peluang perniagaan, persekitaran perniagaan, memulakan perniagaan dan rancangan perniagaan. Hal ini demikian adalah untuk menggalakkan supaya sesebuah perniagaan seseorang usahawan akan teguh lebih-lebih lagi dalam menangani cabaran-cabaran yang berlaku dalam pembangunan ekonomi era moden ini. Secara tidak langsung, ini akan menggalakkan seseorang usahawan berupaya bersaing dengan usahawan yang lain lebih berkreativiti dan berinovasi tinggiseiring dengan perubahan pasaran.
8
7.0 Rujukan Adnan Alias. (1992). Konsep keusahawanan. In MEDEC, Asas keusahawanan. Shah Alam: Biroteks. Abdul
Aziz Yusof. (2011). Usahawan dan keusahawanan: Satu penilaian.
Kuala Lumpur:
Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd. Abdul Aziz Yusof. (2002). Prinsip keusahawanan. Selangor: Prentice Hall. Barringer & Duane. (2008). Keusahawanan. Selangor. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd Norasidah Hashim, Ooi Yeng Keat, Mohd. Salleh Hj. Din et.al. (2009). Asas Keusahawanan. Kuala Lumpur: Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE) Tam Yin Ling Adeline, Chiew Tung Moi, Dyana Chang Mui Ling et.al. (2014). Asas Keusahawanan. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd Mohd. Salleh Din. (2005). Asas Keusahawanan. Selangor: Thomson Learning Syahremie Teja. 10 Ogos 2016. Bab 4: Kreativiti dan Inovasi Dalam Keusahawanan. Diperoleh pada
3
Februari
2019
dari
laman
web:
file:///C:/Users/Owner/Downloads/kreativitidaninovasidalamkeusahawanan160810032401.pdf Shaari A Hamid, Yaakob Ibrahim & Badriyah Minai. (1999). Menguruskan perniagaan (2nd ed.). Kuala Lumpur: Institut Pengurusan Malaysia.
9