Inovasi Shahrul.docx

  • Uploaded by: Usamah Young
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Inovasi Shahrul.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 663
  • Pages: 6
1.0 TAJUK INOVASI

: e-DSKP

2.0 NAMA PELAJAR : Mohamad Shahrul Fitri Bin Mohamad Mastor

3.0 OBJEKTIF



Untuk meningkatkan keberhasilan pengajaran guru bukan opsyen dalam mata pelajaran Pendidikan Kesihatan Tahun 4.



Meningkatkan kefahaman tentang setiap satu tajuk yang terdapat dalam DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 4 kepada guru bukan opsyen.



Memaksimumkan aplikasi pembelajaran abad ke-21.

4.0 KEDUDUKAN SEBELUM INOVASI DILAKSANAKAN

Guru-guru pada masa kini lebih banyak meluangkan masa dalam menggunakan alat-alat tekonologi seperti telefon, komputer tidak kira sama ada untuk berkomunikasi, hiburan ataupun pelajaran. Segala maklumat pada zaman globalisasi ini berada pada hujung jari sahaja. Jika ia disalahgunakan, maka rugilah segala kemudahan ini. Oleh kerana guru pada era ini lebih berminat dengan alat-alat teknologi ini, satu inovasi ‘e-DSKP’ berpotensi untuk diintegrasikan penggunaannya di kalangan guru-guru dan dijadikan sumber panduan dan rujukan untuk guru bukan opsyen Pendidikan Kesihatan Tahun 4. Hal ini kerana, guru bukan opsyen kurang mahir dalam mengajar mata pelajaran Pendidikan Kesihatan Tahun 4. Seterusnya, e-DSKP mudah untuk dibawa, disimpan dan digunakan serta sangat menjimatkan kos dan masa. E-DSKP ini juga direka khas untuk guru-guru bukan opsyen Pendidikan Kesihatan kerana guru tidak bepengalaman dalam mengendalikan kelas Pendidikan Kesihatan Tahun 4. Menurut, (Shaikh Mohd Saifuddeen, 2002) sistem multimedia ialah penggunaan alat teknologi maklumat yang menggabungkan pendengaran dan penglihatan seterusnya diproses oleh pemikiran untuk membentuk satu maklumat.

5.0 MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI



e-DSKP ini direka khas untuk guru-guru bukan opsyen Pendidikan Kesihatan kerana :1) Guru bukan opsyen kurang mahir dalam mengajar mata pelajaran Pendidikan Kesihatan Tahun 4 2) Guru tidak bepengalaman dalam mengendalikan kelas Pendidikan Kesihatan Tahun 4. 3) Guru kekurangan idea atau sumber/bahan untuk mengajar mata pelajaran Pendidikan Kesihatan Tahun 4 4) Guru kurang memahami secara mendalam atau jelas setiap satu tajuk yang hendak diajar.

6.0 INOVASI YANG TELAH DILAKSANAKAN

Bahan inovasi ini dibangunkan antaranya untuk meningkatkan pengetahuan guru bagi satu-satu tajuk yang hendak diajar untuk kelas Pendidikan Kesihatan Tahun 4. Inovasi ini direka berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Kesihatan Tahun 4.

Isi kandungan bagu tajuk ini akan dibangunkan menggunakan elemen teks dan grafik yang mempunyai ciri-ciri infografik dalam inovasi ini. Hal ini akan menyeronokkan lagi murid-murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran. (Crowell,1976) dalam Encyclopedia of Education menyatakan bahawa teknologi pendidikan ialah gabungan manusia, peralatan, teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk memberi kesan baik kepada pendidikan. Prinsip rekabentuk ADDIE digunakan untuk membangunkan mesej bergambar ini iaitu: 

Analize



Design



Development



Implementation



Evaluate

6.1 STRATEGI PELAKSANAAN

e-DSKP: 

Merupakan satu DSKP secara elekronik.



Mudah untuk dibawa dan digunakan di mana-mana sahaja.



Mengandungi nota ringkas untuk guru



Menyediakan contoh-contoh aktiviti yang boleh dijalankan di kelas. Dilengkapi contoh-contoh lembaran kerja yang boleh digunakan guru

6.2 BUTIR-BUTIR PELAKSANAAN

Tarikh mula

:Februari 2019

Kos operasi

:Tiada kos terlibat

6.3 PROSES PEMBANGUNAN

Mengenalpasti topik dan isi kandungan mengikut DSKP

Membuat ringkasan isi kandungan mengikut topik

Menentukan rekabentuk/susun atur

Guru bukan opsyen terima & guna

'e-DSKP'

Proses Reka Bentuk

6.4 KERANGKA KONSEP

1.Guru bukan opsyen PK

3.Guru opsyen PK

2. Guru Pelatih

7.0 KELEBIHAN PENGGUNAAN BAHAN INOVASI

Penyelidikan

telah

menunjukkan

bukti

bahawa

pelajar

yang

belajar

dengan

menggunakan gaya pembelajaran visual dapat membina pengetahuan yang lebih mendalam melalui bahan-bahan pembelajaran visual (Osterman, 2013; Serafini, 2013). Bahan-bahan pembelajaran visual boleh memotivasikan pelajar-pelajar untuk meneliti dengan lebih kerap berbanding bahan-bahan pembelajaran yang dipersembahkan dalam bentuk teks sahaja (Macwan H.J., 2015). Burmak L, (2013) menegaskan bahawa maklumat yang dibaca dalam bentuk teks hanya akan disimpan ke dalam memori jangka pendek manakalan maklumat yang diteliti dalam bentuk gambar akan terus direkodkan dalam memori jangka panjang.

Di antara kelebihan penggunaan bahan inovasi ‘e-DSKP’ adalah seperti berikut: 

Meningkatkan pengetahuan guru bagi satu-satu tajuk yang hendak diajar untuk kelas Pendidikan Kesihatan Tahun 4.



Guru bukan opsyen dapat merancang PdP dengan lebih berkesan serta menepati standard prestasi yang hendak dicapai.



Guru dapat menjana idea kreatif dalam strategi, kaedah dan pendekatan yang hendak digunakan mengikut tajuk serta tahap keupayaan murid.

Dengan adanya perancangan yang baik, guru bukan opsyen dapat menarik minat dan fokus murid untuk belajar.

Related Documents

Inovasi Vol
November 2019 32
Penerapan Inovasi
November 2019 27
Inovasi Sekolah
May 2020 10
Inovasi Shahrul.docx
November 2019 25
Idea Inovasi
November 2019 19
Inovasi Pedagogi
November 2019 26

More Documents from "mahyudin"

Tugasan 3 (ajea).docx
November 2019 14
Senarai Kandungan.docx
November 2019 24
Tugasan 3 (1).docx
November 2019 21
Inovasi Shahrul.docx
November 2019 25