Tugasan 2.docx

  • Uploaded by: NUR FADZLAINIE BINTI ROSLI
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tugasan 2.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 3,135
  • Pages: 15
ISI KANDUNGAN

BIL.

TAJUK

MUKA SURAT

1.

Penghargaan

2

2.

Tugasan 1 : Kertas kerja

3

3.

Tugasan 2 : Laporan Kajian Kes

4.

Rujukan

14

5.

Lampiran

15

4 – 13

1

PENGHARGAAN Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera, Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin Allah S.W.T dan restuNya saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurnanya. Saya Nur Fadzlainie binti Rosli telah diberi kesempatan untuk melengkapkan dan menyiapkan tugasan Kokurikulum Persatuan (MPU3081) ini dengan jayanya. Justeru, saya juga telah memperoleh pelbagai maklumat dan pengetahuan dengan lebih terperinci berkaitan tugasan ini iaitu prosedur penubuhan kelab dan cara mendapatkan kewangan untuk kelab.

Mudah-mudahan saya dapat mempraktikkan segala ilmu yang

dipelajari ketika mengajar di dalam kelas kelak. Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cik Halimatun Saadiah binti Harith, pensyarah kami di atas bimbingan serta bantuan yang diberikan sepanjang tempoh penyiapan tugasan ini. Tanpa sokongan daripada pensyarah ini sudah tentu tugasan ini tidak dapat disiapkan dengan sempurna. Akhir sekali, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan-rakan kerana sudi membantu sehingga saya dapat menyiapkan tugasan ini dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Kesabaran yang ditunjukkan oleh rakan-rakan saya dalam memberikan tunjuk ajar amat saya hargai serta sudi berkongsi ilmu dan maklumat yang diperlukan untuk melengkapkan tugasan ini. Oleh itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga saya yang telah banyak memberi sokongan moral dan bantuan kewangan bagi menyelesaikan tugasan ini serta keikhlasan mereka memberikan bantuan sama ada dari segi masa, tenaga dan kewangan amatlah saya sanjungi. Sekian, terima kasih.

2

TUGASAN 1 : KERTAS KERJA

3

TUGASAN 2 : LAPORAN KAJIAN KES PENGENALAN Kokurikulum merupakan suatu aktiviti dan pengalaman pendidikan yang dilaksanakan di luar bilik darjah. Menurut Abd. Alim (1995), aktiviti kokurikulum merupakan kesinambungan dan pengukuhan kepada program atau aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah atau kurikulum. Kegiatan kokurikulum amat penting untuk membantu melengkapkan dan memperkukuhkan proses pembelajaran di dalam bilik darjah di samping dapat menunjukkan perubahan tingkah laku dan banyak mempengaruhi sahsiah murid. Justeru, Kementerian Pelajaran telah mewajibkan semua sekolah melaksanakan aktiviti kokurikulum dan setiap pelajar pula ditegaskan untuk melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang telah dirancang. Kementerian Pelajaran (1989), menyatakan gerak kerja kokurikulum adalah gerak kerja yang bercorak pendidikan dan menyediakan pengalaman-pengalaman pembelajaran. Gerak kerja kokurikulum boleh dijalankan di dalam atau di luar bilik darjah seperti bidang badan beruniform, bidang persatuan dan kelab serta bidang sukan dan permainan. Persatuan boleh didefinisikan sebagai sesuatu entiti kumpulan yang berstruktur, berpelembagaan, berperaturan dan berkepimpinan yang dianggotai oleh murid-murid sekolah yang mempunyai minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan yang sama serta bertujuan untuk saling bekerjasama, bantu membantu dan berkongsi sumber dalam melaksanakan aktiviti dan mencapai cita-cita serta matlamat yang telah ditetapkan dan dipersetujui

bersama

kecenderungan

bagi

memperkembangkan

masing-masing.

Aktiviti

persatuan

minat,

kegemaran,

banyak

hasrat

menyumbang

dan

kepada

pembangunan insan yang berkualiti. Namun, baru-baru ini dana yang diterima untuk melaksanakan aktiviti kelab dan persatuan semakin berkurangan dan menyebabkan kebanyakan aktiviti terpaksa ditangguhkan. Oleh itu, kajian kes ini dilaksanakan bagi mengkaji sumber kewangan yang dioerolehi oleh sebuah kelab yang telah saya pilih. OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini dilaksanakan untuk mengkaji aktiviti penjanaan kewangan satu persatuan yang telah saya pilih semasa menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS).

4

PENYATAAN MASALAH Seperti yang diketahui umum, sumber kewangan di sekolah mempunyai sumber kewangan yang terhad. Hal ini kerana, peruntukan yang diperuntukkan oleh kerajaan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti persatuan sudah berkurangan akibat kegawatan ekonomi. Setiap murid hanya menerima unjuran per kapita sebanyak RM4.00 bagi setiap orang untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang dilaksanakan oleh kelab dan persatuan. Walau bantuan telah diberikan, namun ianya masih tidak mencukupi untuk melaksanakan aktiviti supaya objektif penubuhan kelab tercapai. Oleh itu, pihak sekolah terpaksa melaksanakan pelbagai aktiviti dan program bagi menjana aktiviti kewangan supaya setiap aktiviti yang telah dirancang dalam takwim kelab dan persatuan dapat dilaksanakan. Masalah juga dihadapi untuk mendapatkan dana bagi melaksanakan sesuatu aktiviti kelab dan persatuan di sekolah. Masalah utama yang dihadapi adalah prosedur untuk mendapat dana yang terlalu rumit sehinggakan aktiviti yang dirancang terpaksa dibatalkan kerana tarikh yang telah ditetapkan telah berlalu. Oleh itu, kelab-kelab di sekolah harus melaksanakan perancangan aktiviti untuk mendapatkan dana tambahan yang kukuh untuk memudahkan sumber untuk mendapatkan wang.

5

KAEDAH KAJIAN 1. Pemerhatian Salah satu kaedah yang telah saya gunakan untuk mencari maklumat ialah melalui kaedah pemerhatian. Sepanjang lima hari saya menjalani PBS di sekolah tersebut, saya berpeluang meninjau di kawasan persekitaran sekolah. Melalui hasil tinjauan saya, saya dapat melihat pelbagai hasil kerja murid yang telah dipaparkan di bilik-bilik khas seperti di bilik tayang dan perpustakaan. Saya juga melihat papan informasi kelab untuk mencari maklumat tentang aktiviti yang dilaksanakan oleh kelab untuk menjana kewangan. Antara bukti yang telah saya temui ialah gambar hasil kerja murid menghasilkan rantai kunci berbentuk bantal yang ditulis nama pelajar di atasnya dan dijual di koperasi. Aktiviti ini telah dilaksanakan oleh Kelab Sains dan Matematik bagi mengumpul dana untuk penyewaan bas ke Pusat Sains Negara. 2. Temu bual Di samping itu, saya turut berkesempatan untuk menemubual Puan Zuraidah binti Ishak iaitu pengerusi Kelab Sains dan Matematik untuk mendapatkan sumber mengenai aktiviti yang dijalankan untuk menjana kewangan kelab. Beliau berkata, aktiviti penjualan barangan untuk mendapatkan sumber kewangan kelab mula dilaksanakan mulai tahun 2015 akibat kekurangan sumber untuk melaksanakan Pertandingan Reka Cipta Formula One. Sejak detik itu, ahli kelab iaitu murid-murid semakin gemar melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan ini. Seterusnya, beliau turut memberitahu bahawa sumber utama kewangan Kelab Sains dan Matematik pada masa kini adalah melalui hasil pertanian iaitu tanaman kangkung di kebun mini sekolah. Tanaman kangkung secara hidroponik ini telah diusahakan oleh ahli kelab Tahun 4, 5 dan 6 dengan pemantauan guru pembimbing kelab. Aktiviti penanaman, penjagaan dan penjualan hasil kangkung tersebut telah dilaksanakan sendiri oleh ahli kelab. Puan Zuraidah berkata bahawa mereka hanya meletakkan sasaran guru-guru di sekolah tersebut sahaja sebagai pembeli. Namun, perniagaan kangkung ini telah tersebar luas kepada penduduk kampung kerana hasil yang bermutu tinggi dan harganya yang lebih murah berbanding harga pasaran.

6

Ainie

:

Pn. Zuraidah

:

Ainie

:

Pn. Zuraidah

:

Ainie Pn. Zuraidah

: :

Ainie

:

Pn. Zuraidah

:

Assalamualaikum cikgu. Izinkan saya menemubual cikgu pada hari ini? Waalaikumsalam Aini. Ya, boleh. Apakah maklumat yang ingin awak ketahui? Saya ingin mengetahui maklumat tentang cara Kelab Sains dan Matematik mendapatkan dana tambahan untuk perlaksanaan aktiviti kelab. Ohh begitu. Kelab ini mula melaksanakan aktiviti mengumpul dana kelab pada tahun 2016 akibat kekurangan sumbangan bagi menganjurkan Pertandingan Reka Cipta Formula One. Kami telah melakukan pelbagai aktiviti penjualan untuk menambahkan sumber kewangan. Namun, kini kami mempunyai sumber kewangan utama iaitu melalui hasil penjualan tanaman kangkung secara hidroponik. Adakah perniagaan kangkung ini mempunyai pembeli yang tetap? Pada mulanya kami hanya memfokuskan guru-guru sekolah ini sebagai sasaran pembeli. Tetapi, lama-kelamaan perniagaan ini telah diketahui oleh orang kampung dan tersebar luas. Ohh begitu. Terima kasih cikgu kerana sudi meluangkan masa untuk saya. Sama-sama. Saya berharap saya telah menjawab semua soalan awak dengan tepat.

3. Bukti daripada dokumen Puan Zuraidah juga telah menunjukkan buku laporan aktiviti Kelab Sains dan Matematik yang telah disimpan olehnya. Setiap pengerusi kelab di sekolah ini harus melengkapkan fail ini dan menghantarnya ke Guru Penolong Kanan Kokurikulum setiap hari Khamis pada setiap minggu. Dalam fail tersebut terdapat bukti-bukti penanaman dan penjualan kangkung yang telah dilaksanakan sendiri oleh ahli kelab. Selain itu, fail tersebut juga turut tersedia rancangan aktiviti tahunan Kelab Sains dan Matematik. Menerusi dokumen ini, guru dapat merancang perbelanjaan yang akan diguna pakai oleh ahli kelab dan berusaha mengoptimumkan sumber sebaik mungkin.

7

ANALISIS DATA SWOT Analisis SWOT merupakan proses menganalisis strategi dengan cara memfokuskan perhatian kepada kekuatan (strengths), kelemahan (weakness), peluang (opportunities) dan ancaman (threats) yang merupakan aspek terpenting dalam menghasilkan kejayaan dan memperbaiki mutu sesuatu kerja. a) Kekuatan (strengths) Saya telah memfokuskan kajian saya terhadap aktiviti penanaman kangkung sebagai satu sumber utama untuk mendapatkan sumber kewangan kelab Sains dan Matematik. Kekuatan yang telah saya temui ialah daripada segi pemasaran. Pemasaran kangkung ini menjadi lebih mudah kerana lokasi sekolah yang terletak di kawasan pinggir bandar. Lazimnya, ahli kelab hanya perlu meletakkan hasil tuaian kangkung ke dalam bakul dan meletakkannya di gerai di hadapan sekolah untuk dijual. Hasil tuaian tersebut telah dibalut menggunakan surat khabar dengan cantik dan telah ditimbang mengikut jumlah gram. Sepanjang proses pemasaran kangkung ini, tiada lagi kangkung yang dipasarkan tidak habis dijual kerana kebiasaannya guru-guru sekolah itu akan memesan bilangan paket kangkung yang mereka ingini. Selain itu, kekuatan juga dapat saya lihat daripada kerjasama antara ahli kelab. Setiap ahli kelab dikehendaki untuk menuai hasil tuaian kangkung setiap 3 minggu sekali. Oleh itu, guru penasihat kelab iaitu Encik Ahmad bin Rukiman telah menyediakan jadual tuaian secara berselang seli kepada ahli kelab. Jumlah ahli kelab yang mencukupi juga merupakan satu kekuatan yang tedapat pada kelab ini. Seterusnya, disebabkan hasil tuaian kangkung yang sentiasa menguntungkan, Kelab Sains dan Matematik sering kali menjalankan aktiviti di luar sekolah seperti rombongan ke Petrosains, rehat minda ke Eco City world dan rekreasi ke Cameron Highland. Murid-murid dapat menikmati perjalanan secara percuma dengan hasil penjualan kangkung mereka. Di samping itu, kekuatan juga dapat saya lihat melalui aktiviti-aktiviti lain yang dilaksanakan oleh Kelab Sains dan Matematik ketika Hari Teknologi dan Inovasi sekolah. Pelbagai aktiviti menarik yang telah dilaksanakan oleh kelab ini dan setiap aktiviti yang dilaksanakan dikenakan syarat untuk membayar yuran serendah RM0.50 bagi setiap penyertaan. Antara aktiviti yang sering menjadi kesukaan murid adalah pertandingan menyiapkan kiub paling pantas. Murid yang memenangi pertandingan ini akan diberikan hadiah yang pelbagai seperti lego.

8

b) Kelemahan (weakness), Walaupun terdapat pelbagai kekuatan, namun masih ada kelemahan yang perlu diatasai oleh guru penasihat dan ahli Kelab Sains dan Matematik ini. Antaranya ialah aktiviti penanaman kangkung secara hidroponik ini memerlukan usaha murid untuk menanam biji benih baru setiap kali tuaian dilaksanakan. Namun begitu, murid dikehendaki mencabut akar kangkung yang berselirat dan susah diambil sebelum menanam biji benih yang baharu. Proses ini merupakan proses yang rumit dan harus melibatkan kerjasama semua ahli. Disebabkan masalah ini, guru terpaksa mengubah-ubah jadual penyelenggaraan tapak semaian mengikut waktu yang dipersetujui oleh semua murid. Selain itu, keluasan tapak yang sederhana luas menyebabkan tapak projek penanaman kangkung secara hidroponik ini tidak dapat diperbesarkan. Oleh sebab ini, hasil tuaian tidak mampu diperkembang ke tahap yang lebih luas. Keluasan tanah lapang di sekolah ini tidak mencukupi untuk meneruskan proses pembesaran tapak penanaman kangkung hidroponik. Seterusnya, ahli kelab ini terpaksa melaksanakan pemeriksaan kepada tumbuhan kangkung pada setiap hari untuk membung daun-daun yang telah dijangkiti supaya pokok lain kekal sihat. Proses ini telah melibatkan banyak masa murid jika dibandingkan dengan ahli kelab lain yang hanya mengadakan aktiviti kelab dan persatuan pada hari yang ditetapkan iaitu hari Rabu. c) Peluang (opportunities) Berdasarkan pemerhatian yang telah saya jalankan, saya dapati bahawa projek tananam kangkung secara hidroponik ini boleh diperbesar dan dikomersialkan lagi untuk mendapatkan keuntungan yang melipat kali ganda. Ahli kelab boleh mempelbagaikan jenis tanaman untuk menjana kewangan kelab. Di samping itu, peluang pemasaran juga boleh diperluas dengan memasarkan hasil-hasil tuaian ke pasar-pasar di sekitar kawasan sekolah. Sekiranya untung yang diperolehi menguntungkan, ahli kelab boleh menggaji pekerja untuk menjalankan proses penyelenggaraan tapak tanaman kerana proses tersebut merupakan proses yang sangat rumit. Disebabkan masalah keluasan tanah tapak semaian yang tidak mencukupi, ahli jawatankuasa kelab boleh mencari tanah teroka iaitu tanah tiada pemilik untuk dijadikan tapak semaian sementara. Ahli kelab juga boleh melaksanakan aktiviti sampingan yang dapat menambah kewangan kelab seperti membuat perkhidmatan mencuci gamba kepada murid-murid di sekolah tersebut. Perniagaan ini sudah pasti menguntungkan kerana muridmurid sekolah rendah gemar menyimpan gambar sebagai kenang-kenangan atau untuk ditampal di bilik mereka. 9

d) Ancaman (threats) Ancaman utama yang diterima dalam perlaksanaan projek tanaman kangkung secara hidroponik ialah melalui masalah cuaca yang tidak menentu. Keadaan cuaca yang hujan lebat dan ribut akan menyebabkan bumbung hidroponik runtuh dan seterusnya akan merosakkan tanaman. Sekiranya tanaman rosak sudah pasti perniagaan akan mengalami kerugian besar. Seterusnya, ancaman turut muncul daripada kesan seranggan perosak yang menyebarkan penyakit kepada tanaman. Justeru itu, setiap tanaman harus diawasi dengan teliti untuk mengelakkan penyakit berjangkit tumbuhan. Di samping itu, ancaman turut berlaku ketika kemasukan ahli baru ke dalam kelab ini pada setiap tahun. Ahli baru ini perlu diberikan tunjuk ajar yang teliti mengenai projek tanaman kangkung ini supaya mereka tidak berpeluang untuk membuat kesalahan. Ancaman juga diterima dalam bahagian pemasaran setiap kali ahli baru mendaftar ke dalam kelab ini.

10

PERBINCANGAN DAN DAPATAN KAJIAN Saya telah melaksanakan kajian mengenai aktiviti penjanaan kewangan persatuan yang telah dipilih di sekolah yang saya jalani PBS iaitu SK Seri Separap. Kelab yang telah saya pilih untuk melaksanakan kajian ini adalah Kelab Sains dan Matematik. Saya telah memilih kelab ini kerana kelab ini merupakan kelab yang paling aktif di sekolah ini. Kelab ini sering melaksanakan lawatan ke luar sekolah dan sering mengadakan aktiviti yang menyeronokkan. Hasil pemerhatian saya terhadap buku rekod laporan persatuan dan kelab mendapati bahawa Kelab Sains dan Matematik merupakan kelab yang menjadi rebutan murid kerana keahliannya yang sentiasa maksimum pada setiap tahun. Oleh sebab itu, saya tertanya-tanya akan sumber kewangan yang telah mereka perolehi dan bagaimana mereka boleh melaksanakan kepelbagaian aktiviti sama ada di dalam atau di luar sekolah. Hasil kajian dan penyelidikan yang telah saya jalankan mendapati bahawa sumber kewangan utama kelab ini telah diperolehi daripada aktiviti pertanian dan perniagaan iaitu penanaman

sayur

Kangkung

secara

hidroponik.

Pada

mulanya,

mereka

hanya

menggunakan teknik hidroponik secara kecil-kecilan iaitu dengan tujuan untuk mengkaji tumbesar pokok menggunakan kaedah berteknologi sebegini. Namun, setelah hasil penanaman kali pertama dituai, ramai guru menyuarakan hasrat untuk membeli hasil tuaian sekiranya diperbesarkan. Oleh itu, guru penasihat kelab telah mengambil langkah drastik dengan menggunakan sumber sedia ada untuk memperbesar tapak penanaman dan menambah baik sistem hidroponik yang digunakan. Seterusnya, dapatan kajian mendapati bahawa projek penanaman kangkung secara hidroponik ini mendapat keuntungan dan permintaan yang tinggi daripada orang ramai. Hal ini disebabkan kedudukan sekolah yang terletak do pinggir bandar. Kebanyakan guru-guru di sini menetap di bandar Batu Pahat. Oleh itu, mereka sering membeli sayur-sayuran dengan harga yang lebih mahal berbanding harga yang telah dijual oleh ahli kelab ini. Penduduk kampung di sini juga gemar membeli sayur kangkung yang diusahakan oleh kelab ini kerana mutunya yang lebih berkualti di samping harganya yang lebih murah. Di samping itu, hasil kajian saya mendapati bahawa hasil tuaian sayur kangkung ini telah menjadi sumber kewangan utama kelab ini. Berdasarkan temual yang saya jalankan bersama Puan Zuraidah mendapati bahawa kelab Sains dan Teknologi akan mengadakan aktiviti luar seperti rombongan setiap tiga bulan sekali secara percuma. Beliau berkata bahawa segala perbelanjaan untuk mengikuti rombongan telah dibiayai sepenuhnya oleh kelab dengan menggunakan duit hasil tuaian sayur kangkung tersebut. Namun begitu, murid daripada kelab lain juga dibenarkan untuk mengikuti lawatan ini sekiranya terdapat ahli

11

kelab yang menarik diri daripada menyertai rombongan ini. Namun, murid yang bukan ahli dikehendaki membayar kos lawatan tersebut. Hasil lawatan yang telah saya laksanakan ke tapak semaian mendapati bahawa tapak semaian tersebut digunakan semaksimum mungkin dengan tanaman kangkung. Puan Zuraidah menerangkan bahawa ini terjadi kerana kurangnya kawasan tanah rata dan lapang di sekolah tersebut yang boleh digunakan untuk memperbesarkan projek tanaman sayur hidroponik ini. Namun begitu, guru penasihat kelab ini sedang berusaha untuk mencari jalan bagi menyelesaikan masalah ini. Sekiranya tanaman ini dapat diperluaskan sudah pasti hasil tuaian kangkung ini dapat dipasarkan ke pasar-pasar besar dan ahli kelab akan mendapatkan keuntungan yang lebih banyak. Hasil kajian mendapati bahawa kelab ini turut melaksanakan pelbagai aktiviti untuk mencari dana kewangan kelab. Kelab ini turut melibatkan diri dalam jualan Hari Kantin dengan melaksanakan pelbagai pertandingan dan setiap satu pertandingan memerlukan syarat yuran penyertaan sebagai bayaran. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah Pertandingan Meneka Biji Durian. Setiap murid yang ingin menyertai dikehendaki membuat pembayaran sebanyak RM0.30 bagi setiap penyertaan. Selain itu, ahli kelab turut menjalankan khidmat mencuci gambar dengan harga RM1.00 bagi setiap keping gambar. Pada hari sukan yang lalu, Kelab ini turut menyediakan photo booth untuk menyediakan ruang yang khusus kepada murid untuk menangkap gambar dan memilih gambar yang disukai untuk dicuci. Aktiviti ini turut mendapat sambutan yang menggalakkan kerana muridmurid sekolah rendah sangat gemar menangkap gambar bersama rakan-rakan.

12

RUMUSAN Kesimpulannya, terdapat pelbagai cara yang boleh dilaksanakan bagi menjana aktiviti kewangan untuk mendapatkan bantuan tambahan untuk melaksanakan aktiviti. Guru penasihat dan ahli kelab memainkan peranan penting dalam memastikan setiap aktiviti akan mencapai kejayaan. Ahli kelab hendaklah sentiasa berusaha dan mencuba sesuatu yang baru bagi menghasilkan hasil yang berkualiti. Walaupun cubaan pada kali pertama tidak membuahkan hasil, kita haruslah bangkit daripada kegagalan dan terus maju kehadapan. Di samping itu, kita hendaklah sentiasa meletakkan matlamat dalam setiap apa yang kita laksanakan. Sebagai contohnya, kita meletakkan matlamat sebanyak mana keuntungan yang akan kita perolehi pada hari tersebut. Penetapan matlamat ini sudah pasti dapat membantu dalam memberikan gambaran pencapaian dan prestasi kita pada hari itu. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Berdasarkan pmerhatian saya, terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang saya fikirkan perlu untuk diberikan kepada aktiviti penjanaan kewangan kelab ini untuk memudahkan tugas ahli-ahlinya. Cadangan yang pertama adalah dengan membina perumah di tapak hidroponik ini. Pembinaan perumah ini dapat membantu kerugian dari segi tenaga, masa dan kos untuk membina bumbung yang baru untuk menggantikan bumbung yang lama sekiranya berlaku ribut yang kuat. Selain itu, ahli kelab juga boleh menghamparkan silver shine di bahagian dasar tanaman yang berfungsi sebagai sungkupan untuk mengelakkan tanaman daripada dinaiki rumput dan kulat. Hal ini dapat memudahkan bebanan tugas ahli untuk melakukan aktiviti merumput setiap 3 hari sekali. Seterusnya, disebabkan sekolah ini merupakan sekolah bestari, saya mencadangkan supaya Kelab Sains dan Matematik ini menggunakan kemudahan-kemudahan yang diberikan dan berusaha untuk melaksanakan projek inovasi sebagai salah satu langkah untuk mendapatkan sumber kewangan. Sebagai contohnya, bahan-bahan inovasi yang dilaksanakan oleh kelab ini boleh dipersembahkan untuk menyertai pertandingan inovasi dan sekiranya inovasi tersebut berjaya sudah pasti ahli kelab ini akan mendapatkan wang. Akhir sekali, saya menggalakkan keahlian kelab ini dibukan kepada lebih ramai pelajar kerana pada pemerhatian saya, terdapat ramai murid yang berminat untuk menyertai kelab ini namun sistem keahlian yang terbuka kepada ahli yang terawal sahaja telah meleburkan niat murid-murid tersebut.

13

RUJUKAN

Pengurusan Persatuan/kelab. (April, 2011). Retrieved 1 April, 2017, from https://moreasku.files.wordpress.com/2011/04/pengurusan-persatuan-dan-kelab.pdf Ahmad, A. (4 Februari, 2014). Tiga Tips Mencari Dana Untuk Menganjurkan Aktiviti. Retrieved 30 Mac, 2017, from Ilmu Mutu dan Budi: http://anuar-ahmad.blogspot.my/2014/02/tiga-tipsmencari-dana-untuk.html Don, H. A. (12 Julai, 2010). Prosedur Penubuhan Kelab/ Persatuan. Retrieved 1 April, 2017, from http://jasmidon.blogspot.my/2010/07/prosedur-penubuhan-kelabpersatuan.html Jalaludin, J. (2008). Komitmen guru-guru terhadap pengurusan kokurikulum di sekolah kebangsaan di negeri Johor. Fakulti Pendidikan. Nor, M. S. (13 Ogos, 2011). 10 idea untuk meningkatkan dana. Retrieved 1 April, 2017, from https://muhdshafiqmohdnor.wordpress.com/2011/08/13/10-idea-untuk-meningkatkandana/ Ramandon, A. (2007). Pengurusan kokurikulum di dua buah sekolah menengah kebangsaan di daerah Pasir Gudang Johor. Universiti Teknologi Malaysia. Roiamah. (n.d.). Penubuhan dan pengurusan kelab. Retrieved 29 Mac, 2017, from https://www.slideshare.net/roiamah/penubuhan-dan-pengurusan-kelab-persatuan-unitberuniform Sang, M. S. (2008). Pengurusan kokurikulum dan pendidikan sukan. Penerbitan Multimedia. Syah, M. N. (2016). Pelaksanaan pengurusan kokurikulum di sekolah menengah harian. Upsidet. (26 Februari, 2013). Pengurusan persatuan / kelab. Retrieved 28 Mac, 2017, from http://upsidet.blogspot.my/2013/02/pengurusan-persatuankelab.html Kekansi. (2011, Mac). Cara mendaftarkan kelab dan persatuan. Retrieved Mac 27, 2017, from http://kekansi.blogspot.my/2011/03/sebagai-panduan-sahajacara-mendaftarkan.html

14

LAMPIRAN

15

Related Documents

Tugasan%20pdpp.docx
November 2019 18
Tugasan Ma
May 2020 17
Tugasan 2
June 2020 19
Tugasan 1
October 2019 38
Tugasan 1
May 2020 19
Tugasan Vb
May 2020 27

More Documents from ""

Tugasan 2.docx
December 2019 14
Kertas Kerja Bonar.docx
December 2019 27
Teks Mc Merdeka.docx
December 2019 32
Whp Guideline.pdf
November 2019 11