Kertas Kerja Bonar.docx

  • Uploaded by: NUR FADZLAINIE BINTI ROSLI
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kertas Kerja Bonar.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 4,187
  • Pages: 31
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT SOGA, KM 3, JALAN KLUANG, 83000, BATU PAHAT, JOHOR DARUL TAKZIM.

KERTAS KERJA ________________________________________________________________ PENUBUHAN KELAB EKSPLORASI ALAM ________________________________________________________________

Tempat : SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT SOGA, KM 3, JALAN KLUANG, 83000, BATU PAHAT, JOHOR DARUL TAKZIM.

Anjuran : GURU SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT SOGA, KM 3, JALAN KLUANG, 83000, BATU PAHAT, JOHOR DARUL TAKZIM.

1.0 PENDAHULUAN

Keindahan panorama alam sekitar yang dinimati di muka bumi ini akan pudar sekiranya manusia tidak menjaga dan memulihanya sebaik mungkin. Ini kerana, manusia dan alam sekitar memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian disebabkan ia saling berkait di antara satu sama lain. Justeru itu, generasi muda merupakan golongan utama yang perlu digilap untuk penyerapan nilai cintakan alam sekitar supaya mereka dapat mempraktikkan nilai ini dalam kehidupan seharian mereka. Hal ini kerana, generasi muda perlu menghargai alam sekitar sebagai khazanah semula jadi yang paling berharga. Penerokaan dan pembangunan yang dijalankan tanpa pemantauan akan menyebabkan kemusnahan alam. Akibatnya, generasi akan datang hanya mampu melihat hutan batu dan tidak lagi menghirup udara segar. Oleh itu, penubuhan Kelab Eksplorasi Alam ini sudah pasti dapat membantu dalam memberi kesedaran tentang kepentingan penjagaan alam sekitar kepada murid seawal usia 10 tahun lagi. Hal ini kerana, golongan muda memerlukan suntikan ilmu pengetahuan supaya mereka sedar betapa perlunya melindungi dan memelihara alam sekitar. Pendidikan merupakan satu sumber utama yang mampu menanam sikap cinta akan alam sekitar kepada murid-murid.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Mendedahkan serta memberi pengetahuan kepada warga sekolah tentang kemahiran dan pengetahuan tentang kepentingan menjaga dan mengekalkan alam kesejahteraan alam sekitar. 2.2 Memberi peluang kepada murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti luar. 2.3 Memberi peluang kepada murid untuk menunjukkan kreativiti masingmasing. 2.4 Membantu murid untuk memanfaatkan sumber yang ada dengan adanya aktiviti kitar semula. 2.5 Mengadakan

aktiviti

ke

arah

mendekatkan

ahli-ahli

dalam

bidang

penerokaan alam semula jadi disamping memberi peluang kepada ahli-ahli mendalami ilmu pengetahuan dalam bidang penerokaan dan pengembaraan, disiplin diri, keyakinan dan kerjasama ahli. 2.6 Menyemai semangat kasih sayang dan taat setia kepada agama, bangsa dan negara. 2.7 Mengeratkan ukhuwah antara guru dan murid. 2.8 Membantu menyihatkan badan dengan mengikuti aktiviti lasak semasa aktiviti penerokaan alam sekitar.

3.0 MATLAMAT Menerusi penubuhan kelab ini dan pelaksanaan secara gabungjalin antara guru dan murid, kelab ini bermatlamat untuk : 

Menyeimbangkan antara perkembangan, intelektual, sosial, fizikal dan spiritual murid melalui aktiviti yang dilaksanakan oleh Kelab Eksplorasi Alam.



Mengukuhkan hubungan dan pertalian sillaturrahim dalam kalangan ahli kelab.



Menanam sikap pentingnya penjagaan alam sekitar.



Menanam sikap cinta akan alam sekitar.

4.0 LOGO KELAB

Kelab Eksplorasi Alam

Kelab Eksplorasi Alam : Kelab yang meneroka alam sekitar TULISAN BERWARNA MERAH : 

Ditulis menggunakan warna merah untuk menyampaikan konsep dengan jelas.



Warna merah digunakan bagi melambangkan kekuatan dan keberanian ahli persatuan.

POKOK : 

Melambangkan alam sekitar. Alam sekitar yang bersih dan terjaga merupakan teras pembangunan Negara.



Pokok kecil melambangkan ahli persatuan yang sering memberi komitmen.

BUMI YANG BULAT : 

Melambangkan dataran yang luas dan subur untuk menanam tanaman.



Aktiviti persatuan yang banyak dan tiada penamat.

WARNA HIJAU : 

Kesegaran, pertumbuhan, kemakmuran dan keakraban dengan alam.

PUTIH : 

Melambangkan kesucian dan keikhlasan hati ahli persatuan.

MANUSIA BERLARI: 

Melambangkan ahli persatuan yang aktif dan sering meneroka alam.



Melambangkan persatuan yang mempunyai banyak aktiviti menarik yang sering dilakukan.

HITAM : 

Melambangkan jiwa yang sentiasa kental untuk menghadapi cabaran dan kuat untuk melakukan aktiviti lasak.

5.0 LAGU KELAB Eksplorasi alam jadi sandaran, Beretika menjaga warisan. Cekal menghadapi cabaran dihadapan, Berhemah dan berkemajuan.

Alam dan insan berpisah tiada, Cinta kami tinggi setianya. Sanggup berkorban jiwa dan raga, Moga generasi nikmatinya.

Muafakat itu berkat, Muafakat itu sepakat.

Kelab Eksplorasi Alam, Megah berjasa, Demi nusa tercinta~

Kelab eksplorasi alam, Setia berkhidmat, Demi nusa tercinta~

6.0 MOTTO ‘Making Life an Exploration’

7.0 VISI Membina modal insan yang bersatu padu, berdisiplin, berakhlak dan berkemahiran, mencintai dan menjaga alam sekitar, berfikiran kreatif dalam mengoptimumkan sumber yang ada serta berupaya menjadi pemangkin kea rah melahirkan citra murid yang unggul dan berkualiti.

8.0 MISI Menjadi kelab yang aktif melaksanakan aktiviti penjagaan alam sekitar di samping membantu dalam mengeratkan hubungan antara ahli.

9.0 SASARAN PESERTA 40 orang murid yang terdiri daripada murid Tahun 4, 5 dan 6 SK Bukit Soga.

10.0

AHLI JAWATANKUASA PENAJA

LAMPIRAN A

11.0

PERINCIAN AKTIVITI LAMPIRAN A

12.0

DRAF PERLEMBAGAAN LAMPIRAN C

13.0

KEWANGAN / ANGGARAN PERBELANJAAN

LAMPIRAN D

14.0

PENUTUP Diharapkan melalui penubuhan kelab ini, murid dapat menerapkan dalam diri

masing-masing tentang pentingnya penjagaan alam sekitar melalui aktiviti menarik yang dilaksanakan oleh kelab. Diharapkan juga murid dapat melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan.

Disediakan oleh :

.............................................................. (CIK NUR FADZLAINIE BINTI ROSLI) Pengerusi Kelab Eksplorasi Alam, Sekolah Kebangsaan Bukit Soga, Batu Pahat.

Disokong oleh : ……………………………………….. (EN RAHMAN BIN ATAN) Penasihat 1, Sekolah Kebangsaan Bukit Soga, Batu Pahat.

......................................................... ( PUAN AZIZA BINTI ZAKARIA) Penasihat 2, Kelab Eksplorasi Alam, Sekolah Kebangsaan Bukit Soga, Batu Pahat.

Permohonan diluluskan/ tidak diluluskan oleh :

............................................................... (PUAN AMINAH BINTI ALI) Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Bukit Soga, Batu Pahat.

LAMPIRAN A JAWATANKUASA PENAJA Penaung Puan Aminah binti Ali (Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Soga, Batu Pahat) Penasihat Encik Rahman bin Atan Puan Aziza binti Zakaria Pengerusi Cik Nur Fadzlainie binti Rosli Timbalan Pengerusi Encik Hakimi bin Arman

Setiausaha Puan Syadika binti Ahdi Timbalan Setiausaha Encik Muhammad Sofian bin Zariz Bendahari Puan Sofiyah binti Rahim

Pemeriksa Kira-Kira I Encik Azad bin Azim Pemeriksa Kira-Kira II Encik Nik Megat bin Nik Ahmad

LAMPIRAN B Minggu Aktiviti 1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17

18

Pembinaan papan informasi kelab Penanaman pokok Membuat capan menggunakan bahanbahan daripada pokok Explorace dalam Tasik Y Membina landskap sekolah Menampal nama saintifik pada pokok Hiking Bukit Soga Lawatan ke Country Garden Mengumpul bahan terbuang Membina tong sampah kitar semula daripada bahan terbuang Rekreasi di air terjun Gunung Ledang Pertandingan Reka cipta daripada bahan terbuang Jamuan Penilaian markah murid *kotak yang berwarna membawa maksud aktiviti tersebut akan dijalankan pada minggu tersebut

LAMPIRAN B DRAF AKTIVITI Bil.

Minggu

Aktiviti

1.

Minggu 1

Pembinaan papan informasi

Penerangan aktiviti -

kelab.

Perjumpaan pertama kelab dimulakan dengan sesi suai kenal antara ahli dan guru pembimbing.

-

Pengenalan kepada kelab iaitu lagu dan aktiviti kelab.

-

Perlantikan AJK kelab

-

Guru pembimbing telah menyediakan bahan untuk ditampal pada papan informasi kelab.

-

Ahli kelab bersama-sama menampal bahan pada papan informasi.

2.

Minggu 2

Penanaman pokok

-

Guru pembimbing telah menyediakan anak pokok.

-

Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

-

Setiap kumpulan akan menerima lokasi penanamann yang berbeza-beza.

-

Murid melaksanakan aktiviti penanaman pokok dengan pemantauan guru.

3.

Minggu 3

Membuat capan

-

menggunakan bahan-bahan

Guru membawa senarai bahanbahan daripada pokok seperti

daripada pokok.

daun, batang dan bunga. -

Murid dikehendaki membuat capan dengan kreatif di atas kertas yang disediakan menggunakan bahan tersebut.

4.

Minggu 4

Explorace dalam Tasik Y

-

Murid dibawa ke Tasik Y

menggunakan bas yang disewa. -

Murid berada mengikut kumpulan.

-

Explorace terdiri daripada soalan yang berkaitan tumbuhtumbuhan di tasik tersebut.

5.

Minggu 5

Membina landskap sekolah

-

dan minggu

Menggunakan pokok-pokok yang telah ditanam, murid

6

dikehendaki membina landskap sekolah dengan bantuan guru pembimbing.

6.

Minggu 7

Menampal nama saitifik

-

pada pokok

Guru menyediakan nama saintifik pokok yang telah dilaminet.

-

Murid dan guru bergerak ke setiap pokok bersama-sama untuk menampal nama pokok tersebut.

7.

Minggu 8

Mendaki Bukit Soga

-

Murid dan guru yang terlibat berkumpul di dataran sekolah.

-

Murid dibahagikan kumpulan.

-

Setiap kumpulan diberikan seorang guru pembimbing.

-

Murid bergerak ke Bukit Soga menggunakan bas sewa.

-

Murid mendaki mengikut kumpulan bersama guru pembimbing.

8.

Minggu 9

Lawatan ke Country Garden

-

Murid dan guru pembimbing ke Country Garden, JB untuk melihat keindahan alam sekitar.

9.

Minggu 10, 11 dan 12.

Mengumpul bahan terbuang

-

Murid bekerjasama mencari bahan terbuang di kawasan sekolah dan meletakkannya di dalam kotak peribadi.

10.

Minggu 11,

Membina tong sampah kitar

12 dan 13

semula daripada bahan

-

Murid berada dalam empat kumpulan dan setiap kumpulan

terbuang.

terdiri daripada 10 murid. -

Setiap kumpulan diminta untuk membina satu set tong sampah kitar semula untuk diletakkan di kawasan sekolah.

11.

Minggu 14

Rekreasi di Air Terjun

-

Gunung Ledang.

Murid dan guru pembimbing bergerak ke Gunung Ledang menggunakan Bas sewa.

-

Tujuan ke sini adalah untuk merehatkan minda di samping menikmati keindahan alam sekitar.

12.

Minggu 15

Pertandingan reka cipta

-

daripada bahan terbuang

Berdsarkan bahan terbuang yang dikumpul, murid dikehendaki menghasilkan reka cipta berdasarkan bahan tersebut.

-

Murid yang bukan ahli kelab boleh menyertai pertandingan ini namun mereka dikehendaki membayar yuran.

13.

Minggu 16

Jamuan makan

-

Jamuan dilaksanakan kepada guru pembimbing dan ahli kelab.

14.

Minggu 17 dan 18

Penilaian markah murid

-

Guru menilai penglibatan murid dalam aktiviti yang dilaksanakn oleh kelab.

LAMPIRAN C PERLEMBAGAAN KELAB

1. NAMA DAN ALAMAT BERDAFTAR 1) Pertubuhan ini dikenali dengan nama Kelab Eksplorasi Alam. 2) Alamat berdaftarnya ialah di Sekolah Kebangsaan Bukit Soga, KM3, Jalan Kluang, 83000, Batu Pahat, Johor Darul Takzim atau di tempattempat lain yang akan ditetapkann odari semasa ke semasa oleh jawatankuasa.

2. TUJUAN-TUJUAN DAN MAKSUD-MAKSUD Kelab ini ditubuhkan adalah sebagai satu medium untuk megatur dan melaksanakan segala aktiviti yang dapat membantu murid dalam meningkatkan nilai cinta akan alam sekitar serta berusaha menghargai alam sekitar. Bidang kuasa dan tanggungjawab kelab adalah meliputi segala proses untuk melatih murid menghargai alam sekitar. Penubuhan kelab ini turut membantu membantu murid dalam menyertai aktiviti-aktiviti rekreasi yang menyeronokkan. Selain dari aspek-aspek yang disebutkan di atas, pihak kelab juga akan mengkaji lain-lain aktiviti yang bersesuaian dengan kelab dan mengubahsuaikannya mengikut peredaran dan keperluan semasa. 3. KEAHLIAN 1) Keahlian kelab ini terbuka kepada semua murid Tahun 4,5 dan 6 SK Bukit Soga. Bilangan ahli kelab telah dihadkan seramai 40 orang ahli sahaja. 2) Tiap-tiap ahli akan diterima masuk dengan cara mengambil 40 ahli yang terawal dengan menghantar borang keahlian kepada guru penasihat kelab. 3) Tiap-tiap permohonan yang permohonannya telah diluluskan hendaklah membayar yuran keahlian dan yuran bulanan yang telah ditetapkan

4. BAYARAN MASUK, YURAN-YURAN DAN LAIN-LAIN BAYARAN 1) Bayaran masuk dan yuran yang perlu dibayar adalah seperti berikut : Bayaran masuk : RM 3.00 Yuran bulanan : RM 1.00 2) Yuran-yuran bulanan hendaklah dibayar kepada bendahari terlebih dahulu dalam masa 10 hari pada setiap awal bulan. 3) Setiap aktiviti luar yang dijalankan akan dikutip yuran penyertaan secara asing.

4) Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih dari dua bulan akan menerima surat peringatan yang ditandatangan oleh Setiausaha atau wakilnya, dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dibayar. 5) Yuran-yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dijalankan dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar yuran tersebut di dalam masa yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran bulanan.

5. PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN 1) Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Kelab hendaklah memberi kenyataan yang bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan membayar segala hutang-hutangnya. 2) Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang Kelab atau bertindak dalam cara yang akan mencemar nama baik Kelab akan dipecat atau digantung keahliannya dalam sesuatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantung keahlian ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau pergantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang menerangkan dan membela diri. Pemecatan atau pergantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan 3 mesyuarat agung menunda atau membatal keputusan itu, atas rayuan ahli tersebut. 6. MESYUARAT AGUNG 1) Pengelolaan kelab ini terserah kepada mesyuarat agung ahli. Perlaksanaan mesyuarat hendaklah dihadiri oleh satu per dua ahli kelab. Sekiranya jumlah satu per dua tidak mencukupi dalam masa setengah jam, mesyuarat agung hendaklah dibatalkan kepada waktu yang telah ditetapkan. 2) Sekiranya ahli kelab turut tidak mencukupi pada waktu mesyuarat gentian, maka mesyuarat agung harus diteruskan mengikut jumlah bilangan ahli yang ada sahaja. 3) Pengumuman dan agenda untuk mesyuarat agung khas itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli sekurang- kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk mesyuarat.

7. JAWATANKUASA 1) Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai-Pegawai Kelab hendaklah dilantik di dalam mesyuarat agung tahunan. Seorang Pengerusi Seorang Naib Pengerusi Seorang Setiausaha Seorang Penolong Setiausaha Seorang Bendahari 2 orang ahli-ahli jawatankuasa 2) Pemegang-pemegang jawatan Kelab ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan

tugas-tugas

pemerintah

dalam

Kelab

ini

hendaklah

Warganegara Malaysia. 3) Nama-nama untuk jawatan-jawatan yang di atas hendaklah dicadangkan dan disokong dan pemilihan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam mesyuarat agung tahunan. Semua pegawai -pegawai boleh dilantik semula dua tahun sekali. 4) Pekerjaan Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian Kelab dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Kelab dengan tidak terkeluar dari dasar umum yang ditetapkan oleh mesyuarat agung. Jawatankuasa seharusnya tidak boleh membuat tindakan bertentangan dengan keputusan mesyuarat agung dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya dan Jawatankuasa mestilah sentiasa taat kepada keputusan mesyuarat agung. Jawatankuasa hendaklah memberi laporannya berkenaan kegiatan-kegiatannya di dalam tahun lalu kepada tiaptiap mesyuarat agung tahunan. 5) Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali didalam tiga bulan. Pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli 7 hari terlebih dahulu. Pengerusi dengan bersendirian, atau tidak kurang daripada 4 orang ahli jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli-ahli jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat. 6) Ahli jawatankuasa yang mungkir menghadiri mesyuarat jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan di dalam jawatankuasa.

7) Jika seseorang ahli jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon yang kedua mendapat undi terbanyak didalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu maka berkuasalah jawatankuasa melantik ahli Kelab yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga mesyuarat agung tahunan diadakan. 8) Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada Setiausaha dan lain-lain pegawai untuk menjalankan urusan-urusan Kelab yang difikirkan mustahak. Ia boleh menggantung atau melucutkan jawatan sebarang pegawai kerana cuai didalam pekerjaan , curang, tidak cekap, engkar menjalankan keputusan jawatankuasa, atau kerana sebab-sebab yang difikirkan merosakkan Kelab. 9) Jawatankuasa ini boleh menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa kecil jika difikirkan mustahak dan memberikan kewajipan-kewajipan khas kepada sebarang ahli jawatankuasa. 8. KEWANGAN 1) Disyaratkan kepada peruntukan-peruntukan yang berikut bagi undangundang ini, wang Kelab ini boleh digunakan untuk perkara-perkara yang berfaedah bagi menjalankan pentadbiran, biayaan dan perbelanjaan aktiviti yang dianjurkan oleh Kelab dan lain-lain perbelanjaan mengikut tujuan dan maksud penubuhan Kelab ini, walaubagaimanapun tidaklah boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman di mahkamah. 2) Bendahari dibolehkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM50.00 pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada itu mestilah dimasukkan ke dalam bank yang dipersetujui oleh Jawatankuasa. Kira-kira bank itu hendaklah di atas nama Kelab. 3) Segala cek-cek atau kenyataan pengeluaran wang dari kira-kira Kelab hendaklah ditandatangani bersama oleh Pengerusi,

Setiausaha dan

Bendahari. Sekiranya ketiadaan Pengerusi, Setiausaha atau Bendahari maka bolehlah Jawatankuasa melantik sesiapa pun dikalangan mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek-cek atau kenyataan pengeluaran wang Kelab. 4) Perbelanjaan yang lebih daripada RM50.00 bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa, dan perbelanjaan yang lebih daripada RM500.00 bagi sebulan tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran mesyuarat agung terlebih dahulu.

Perbelanjaan yang kurang daripada RM500.00 bagi sesuatu masa bolehlah diluluskan oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari. 5) Tahun kewangan Kelab ini bermula dari 1hb Januari dan berakhir pada 31hb Disember tiap-tiap tahun. 9. PEMERIKSAN KIRA-KIRA 1) Dua orang yang bukan pegawai-pegawai Kelab boleh dilantik didalam mesyuarat agung tahunan sebagai Pemeriksa Kira-Kira Kehormat. Mereka akan memegang jawatan selama dua tahun dan boleh dilantik semula. 2) Pemeriksa Kira-Kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira Kelab bagi setahun dan membuat laporan atau pengesahan untuk mesyuarat agung. Mereka harus juga dikehendaki bila-bila masa oleh Pengerusi memeriksa kira-kira Kelab bagi mana-mana masa didalam tempoh jawatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa. 10. TAFSIRAN UNDANG-UNDANG 1)

Diantara mesyuarat-mesyuarat agung, Jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya kepada undang-undang ini dan bila mustahak memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung didalam undang-undang ini.

2) Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat didalam mesyuarat agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan mesyuarat agung. 11. PENASIHAT / PENAUNG Jawatankuasa Kelab ini boleh jika difikirkan perlu melantik orang-orang yang layak menjadi Penasihat/ Penaung bagi Kelab ini.

12. PINDAAN UNDANG-UNDANG Undang-undang ini tidaklah boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan mesyuarat agung. Permohonan untuk perubahan atau pindaan kepada undangundang hendaklah dibuat kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 28 hari dari tarikh keputusan hendak membuat perubahan atau pindaan itu dan hanya boleh berkuatkuasa mulai daripada tarikh perubahan-perubahan dan pindaan-pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.

13. PEMBUBARAN

1) Kelab ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada 3/5 jumlah semua ahli-ahli yang berhak mengundi. 2) Sekiranya Kelab hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka segala hutang dan tanggungan Kelab yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui di dalam mesyuarat agung. 3) Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan di dalam masa 14 hari dari tarikh pembubaran itu.

……………………………………… (Cik Nur Fadzlainie binti Rosli)

……..…………………………………… (Puan Syadika binti Ahdi)

Pengerusi

Setiausaha,

Kelab Eksplorasi Alam,

Kelab Eksplorasi Alam

SK Bukit Soga, Batu Pahat.

SK Bukit Soga, Batu Pahat.

LAMPIRAN D PENGGUNAAN SUMBER KEWANGAN BIL.

PERKARA

KUANTITI

JUMLAH

1.

Sewaan bas

1

RM2000

2.

Anak pokok

20

RM2.00x20 = RM 40.00

3.

Hadiah hamper pertandingan reka cipta JUMLAH

5

RM50.00 RM2090

KELAB EKSPLORASI ALAM, SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT SOGA,

KM 3, JALAN KLUANG, 83000, BATU PAHAT, JOHOR DARUL TAKZIM

Ruj. Kami : SKBS TU/07/P/2017 (1) Tarikh : 10 Oktober 2017 Puan Aminah binti Ali, Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Bukit Soga, KM3, Jalan Kluang, 83000, Batu Pahat, Johor Darul Takzim. Tuan, PERMOHONAN PENUBUHAN KELAB EKSPLORASI ALAM Saya dengan segala hormat dan takzimnya merujuk perkara di atas. 2.

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa saya Nur Fadzlainie binti Rosli

berdasarkan Peraturan (4) dalam Warta Kerajaan bertarikh 21 Mei 1998,P.U. (A) 196, yang berkait dengan Seksyen 130, Akta Pendidikan 1996 dengan ini memohon untuk menubuhkan Kelab Eksplorasi Alam mulai 2 November 2017. 3.

Sehubungan itu , bersama-sama ini dikemukakan maklumat-maklumat berikut: 3.1 Draf Perlembagaan. 3.2 Draf Aktiviti Asas. 3.3 Senarai Nama Jawatankuasa Penaja.

4.

Kerjasama dan jasa baik tuan bagi meluluskan permohonan ini amat dihargai.

Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, …………………………. ( RAHMAN BIN ATAN) Guru Penasihat, Kelab Kelab Eksplorasi Alam, SK Bukit Soga, Batu Pahat, Johor

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT SOGA, KM 3, JALAN KLUANG, 83000, BATU PAHAT, JOHOR DARUL TAKZIM

Ruj. Kami : SKBS TU/07/P/2017 (1) Tarikh : 10 Oktober 2017 Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pelajaran Daerah Batu Pahat Jalan Zaharah, Kampung Bahagia, 83000, Batu Pahat, Johor Darul Takzim. Tuan, PERMOHONAN PENUBUHAN KELAB EKSPLORASI ALAM Saya dengan segala hormat dan takzimnya merujuk perkara di atas. 2.

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa saya Nur Fadzlainie binti Rosli

berdasarkan Peraturan (4) dalam Warta Kerajaan bertarikh 21 Mei 1998,P.U. (A) 196, yang berkait dengan Seksyen 130, Akta Pendidikan 1996 dengan ini memohon untuk menubuhkan Kelab Eksplorasi Alam mulai 2 November 2017. 3.

Sehubungan itu , bersama-sama ini dikemukakan maklumat-maklumat berikut: 3.1 Draf Perlembagaan. 3.2 Draf Aktiviti Asas. 3.3 Senarai Nama Jawatankuasa Penaja.

4.

Kerjasama dan jasa baik tuan bagi meluluskan permohonan ini amat dihargai.

Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, …………………………. ( AMINAH BINTI ALI) Guru Besar, SK Bukit Soga, Batu Pahat, Johor.

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT SOGA, KM 3, JALAN KLUANG, 83000, BATU PAHAT, JOHOR DARUL TAKZIM

Ruj. Kami : SKBS TU/07/P/2017 (1) Tarikh : 10 Oktober 2017 Puan Aminah binti Ali, Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Bukit Soga, KM3, Jalan Kluang, 83000, Batu Pahat, Johor Darul Takzim. Tuan, KELULUSAN PERMOHONAN PENUBUHAN KELAB EKSPLORASI ALAM Merujuk surat tuan SKBS TU/07/P/2017(1) bertarikh 10 Oktober 2017 dinyatakan bahawa dengan kuasa yang diberikan kepada saya, Seksyen 130, Akta Pendidikan 1996 seperti yang termaktub dalam Peraturan (4) Warta Kerajaan bertarikh 21 Mei 1998, P.U. (A) 196, sukacita dimaklumkan permohonan tuan untuk menubuhkan Kelab Eksplorasi Alam, Sekolah Kebangsaan Bukit Soga adalah diluluskan berkuatkuasa mulai 1 November 2017. 2.

Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini dikemukan maklumat-maklumat yang

diluluskan : 2.1 Draf Perlembagaan 2.2 Draf Aktiviti Asas 2.3 Senarai Jawatankuasa Penaja

Diharap pihak tuan dapat mengambil tindakan selanjutnya mengikut peraturan (4) Warta Kerajaan bertarikh 21 Mei 1998, P.U. (A) 196. Sekian.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, …………………………. ( ZAMAN BIN KASSIM) Pegawai Pendidikan Daerah Batu Pahat Pejabat Pelajaran Daerah Batu Pahat Jalan Zaharah, Kampung Bahagia, 83000, Batu Pahat, Johor Darul Takzim.

KELAB EKSPLORASI ALAM, SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT SOGA,

KM 3, JALAN KLUANG, 83000, BATU PAHAT, JOHOR DARUL TAKZIM

Ruj. Kami : SKBS TU/07/P/2017 (1) Tarikh : 10 Oktober 2017 Encik Rahman bin Atan Guru Penasihat, Kelab Eksplorasi Alam, SK Bukit Soga KM3, Jalan Kluang, 83000, Batu Pahat, Johor Darul Takzim. Tuan, KELULUSAN PERMOHONAN PENUBUHAN KELAB EKSPLORASI ALAM Merujuk surat tuan SKBS TU/07/P/2017(1) bertarikh 10 Oktober 2017 dinyatakan bahawa dengan kuasa yang diberikan kepada saya, Seksyen 130, Akta Pendidikan 1996 seperti yang termaktub dalam Peraturan (4) Warta Kerajaan bertarikh 21 Mei 1998, P.U. (A) 196, sukacita dimaklumkan permohonan tuan untuk menubuhkan Kelab Eksplorasi Alam, Sekolah Kebangsaan Bukit Soga adalah diluluskan berkuatkuasa mulai 1 November 2017. 2.

Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini dikemukan maklumat-maklumat yang

diluluskan : 2.1 Draf Perlembagaan 2.2 Draf Aktiviti Asas 2.3 Senarai Jawatankuasa Penaja

Diharap pihak tuan dapat mengambil tindakan selanjutnya mengikut peraturan (4) Warta Kerajaan bertarikh 21 Mei 1998, P.U. (A) 196. Sekian.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, …………………………. ( AMINAH BINTI ALI) Pendaftar Kelab dan Persatuan, Sekolah Kebangsaan Bukit Soga, KM3, Jalan Kluang, 83000, Batu Pahat, Johor Darul Takzim.

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT SOGA, KM 3, JALAN KLUANG, 83000, BATU PAHAT, JOHOR DARUL TAKZIM

Kepada,

Ruj. Kami : SKBS TU/07/P/2017 (1) Tarikh : 10 Januari 2018

Encik Rahman bin Atan, Guru Pensihat Kelab Eksplorasi Alam, Sekolah Kebangsaan Bukit Soga, KM3, Jalan Kluang, 83000, Batu Pahat, Johor Darul Takzim. Tuan, PERLANTIKAN SEBAGAI GURU PENASIHAT KELAB EKSPLORASI ALAM Sehubungan perkara di atas, dimaklumkan bahawa dengan kuasa yang diberikan kepada saya oleh Seksyen 130 Akta Pendidikan 1996 seperti termaktub dalam Peraturan (4) Warta kerajaan bertarikh 21hb Mei 1996 P.U (A) 196, bahawa tuan telah dilantik sebagai Guru Penasihat Kelab Eksplorasi Alam SK Bukit Soga berkuatkuasa 10 Januari 2018 hingga 3 Disember 2018. 2.

Bersama-sama ini disertakan dengan senarai tanggungjawab yang perlu

dilaksanakan oleh tuan. 3.

Semoga dengan perlantikan ini tuan dapat menjalankan tanggungjawab untuk

meningkatkan prestasi perkhidmatan pendidikan dan pergerakan kelab.

Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, …………………………. ( AMINAH BINTI ALI), Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Bukit Soga, Batu Pahat, Johor..

MINIT MESYUARAT PENUBUHAN KELAB FITNESS

Tarikh Masa Tempat

: : :

20 September 2017 2.30 petang – 4.30 petang Bilik Mesyuarat

Kehadiran : Bil Nama 1. Nur Fadzlainie binti Rosli 2. Rahman bin Atan 3. Aziza binti Zakaria 4. Hakimi bin Arman 5. Syadika binti Ahdi 6. Muhammad Sofian bin Zarif 7. Sofiyah binti Rahim 8. Azad bin Azim 9. Nik Megat bin Nik Ahmad Pemeriksa

Agenda mesyuarat 1. Ucapan Pengerusi 1.1

Tuan Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dalam mesyuarat penubuhan ini. Beliau menerangkan tujuan mengadakan mesyuarat ini ialah untuk menubuhan Kelab Eksplorasi Alam

2. Persetujuan menubuhkan Kelab Eksplorasi Alam 2.1

Mesyuarat bersetuju sebulat suara untuk menubuhkan Kelab Eksplorasi Alam yang bertujuan untuk membentuk keperibadian pelajar serta untuk menghasilkan murid yang cintakan alam sekitar.

3. Meluluskan nama Kelab Fitness 3.1

Mesyuarat sebulat suara bersetuju untuk menubuhkan kelab ini dengan nama Kelab Eksplorasi Alam.

4. Meluluskan alamat tempat urusan dan alamat pos 4.1

Mesyuarat bersetuju sebulat suara memilih alamat urusan dan alamat pos bagi kelab ini di Sekolah Kebangsaan Bukit Soga, KM3, Jalan Kluang, 83000, Batu Pahat, Johor Darul Takzim

5. Meluluskan perlembagaan dan kaedah-kaedah Kelab Eksplorasi Alam 5.1

Mesyuarat telah membentangkan perlembagaan kelab dan bersetuju dengan perlembagaan

6. Pelantikan Ahli Jawatankuasa Penaja 6.1

6.2

Ahli-ahli jawatankuasa penaja yang telah dipilih adalah seperti berikut: i) Pengerusi : Nur Fadzlainie binti Rosli ii) Timbalan Pengerusi : Hakimi bin Arman iii) Setiausaha : Syadika binti Hadi iv) Pen. Setiausaha : Muhammad Sofian bin Zarif v) Bendahari : Sofiyah binti Rahim vi) Ahli Jawatankuasa : Ahmad Izami bin Syafiq Mesyuarat bersetuju sebulat suara untuk mendaftarkan Kelab Eksplorasi Alam ini dengan Pendaftar Kelab dan Persatuan. Pendaftaran bagi kelab ini akan diuruskan oleh jawatankuasa penaja.

7. Ucapan Penangguhan Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 petang Disediakan oleh:

_______________________ (Syadika binti Hadi) Setiausaha Kelab Eksplorasi Alam, SK Bukit Soga, Batu Pahat.

Disemak oleh :

___________________ (Nur Fadzlainie binti Rosli) Pengerusi Kelab Eksplorasi Alam SK Bukit Soga, Batu Pahat.

KELAB EKSPLORASI ALAM, SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT SOGA,

KM 3, JALAN KLUANG, 83000 BATU PAHAT, JOHOR DARUL TAKZIM

Ruj. Kami : SKBS 05/01/01(01) Tarikh : 20 Januari 2018 Kepada ; Ahli Jawatankuasa, Kelab Eksplorasi Alam, Sekolah Menengah Sains Johor.

Tuan/Puan, MESYUARAT AGUNG PERANCANGAN TAHUN 2018

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk. 2.

Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan berdasarkan

ketetapan berikut; Tarikh Masa Tempat Pakaian

: 25 Januari 2018 : 2.30 petang hingga 4.30 petang : Dewan Sri Budiman : Formal

Agenda mesyuarat adalah seperti berikut; 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6

Perutusan Pengerusi Perancangan aktiviti dan penubuhan persatuan Perkara-perkara berbangkit Pembentangan kertas kerja/ isu/ laporan Hal-hal lain Penutup

Kehadiran dan kerjasama tuan diucapkan terima kasih. Sekian.

......................................................... (NUR FADZLAINIE BINTI ROSLI ) Pengerusi Kelab Eksplorasi Alam, SK Bukit Soga, Batu Pahat, Johor.

Related Documents

Kertas Kerja
November 2019 68
Kertas Kerja
May 2020 42
Kertas Kerja
June 2020 39
Kertas Kerja
June 2020 44
Kertas Kerja
December 2019 43
Kertas Kerja
May 2020 34

More Documents from ""

Tugasan 2.docx
December 2019 14
Kertas Kerja Bonar.docx
December 2019 27
Teks Mc Merdeka.docx
December 2019 32
Whp Guideline.pdf
November 2019 11