1.0 CIRI-CIRI GURU YANG PROFESIONAL Kemahiran mengajar merupakan perkara penting dalam kompenen keperluan guru menurut Dunkin dan Biddle (1974), Atan (1978) dan Mustaqim (2001). Kenyataan ini selaras dengan dapatan kajian Anuar et al. (2009) terhadap tahap keupayaan pengajaran guru Sejarah dari persepsi pelajar terhadap lima aspek pengajaran guru, kajian mereka mendapati kemahiran mengajar guru Sejarah merupakan aspek yang paling banyak menyumbang kepada pencapaian pelajar bagi mata pelajaran Sejarah berbanding kebolehan guru, cara pengajaran guru, penggunaan bahan bantu mengajar dan perhatian guru Sejarah terhadap kerja pelajar. Kamarul Azmi dan Ab. Halim (2007) menegaskan antara sifat-sifat guru yang berkesan ialah mempunyai kemahiran mengajar, termasuk menghubungkan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam pengajarannya. Seseorang guru perlu berpengetahuan dan mempunyai kemahiran. Kemahiran mengajar atau teaching skills meliputi aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian dengan tujuan menyebarkan ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada pelajar-pelajar dengan berkesan iaitu menggunakan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik mengajar berlandaskan teori pengajaran dan pembelajaran. 1.1Kemahiran strategi pengajaran yang baik Penggunaan strategi dan kaedah mengajar yang sesuai dengan tahap kecerdasan dan pengetahuan pelajar merupakan ciri kompetensi kemahiran mengajar yang perlu ada pada seseorang guru. Malah keupayaan guru dalam mempraktikkan kaedah dan teknik pengajaran yang baik boleh menyumbang kepada kualiti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan (Allen, 1992). Kemahiran mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada tiga istilah penting iaitu pendekatan, kaedah dan teknik. Seseorang guru yang ingin menguasai kemahiran mengajar perlulah menguasai ketiga-tiga elemen tersebut untuk diaplikasikan dalam proses P&P di dalam bilik darjah. Ahmad (1997) menjelaskan pemilihan sesuatu teknik mestilah berasaskan sesuatu
kaedah
keberkesanan
yang
sesuatu
berlandaskan teknik
yang
sesuatu digunakan
pendekatan. bergantung
Menurutnya kepada
lagi
asas-asas
pengkaedahan dan pendekatan yang kukuh, mantap dan boleh dipercayai. Guru perlu melibatkan pelajar secara aktif dalam proses P&Pnya dan ini menuntut kemahiran pengajaran yang tinggi dalam kalangan guru. Pendekatan corak tradisional dan “chalk and talk” sudah kurang relevan dengan keperluan pelajar hari ini. Pelajar lebih berminat jika turut dilibatkan sama dalam P&P guru. Ini akan memberi
impak yang lebih berkesan ke arah mencapai matlamat pendidikan Sejarah itu sendiri. Pembelajaran akan berlaku apabila apa yang diajar itu memberi makna kepada pelajar (Caine & Caine, 1994). Kaedah membawa maksud perancangan atau prosedur bagi melaksanakan sesuatu pengajaran secara teratur, kemas dan sistematik. Kaedah merupakan langkahlangkah atau peringkat-peringkat pengajaran yang tersusun dan kesinambungan yang harus dituruti dengan saksama bagi mencapai sesuatu matlamat pelajaran. Manakala teknik merujuk kepada unit-unit kecil yang terkandung dalam sesuatu kaedah. Teknik merangkumi aktiviti, perlakuan dan kemahiran guru yang digunakan dalam pengajaran (Ahmad, 1997). Seperti pendekatan dan kaedah, guru seharusnya menggunakan teknik yang sesuai untuk membangkitkan minat murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Teknik soal jawab, tunjuk cara, menghafal, latih tubi dan syarahan adalah tenik-teknik yang biasa digunakan oleh guru. Hakikatnya guru harus menguasai kaedah atau cara penyampaian dalam pengajarannya supaya pelajarpelajar dapat memahami apa yang hendak disampaikan. 1.2 Memahami Perkembangan Dan Penggunaan Teknologi Maklumat (ICT) Penggunaan sumber digital sejarah dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan suatu revolusi dalam pendidikan Sejarah yang selama ini bergantung kepada sumber bercetak (Benkler, 2006). Menurut Holt (2011), sumber yang didigitalkan seperti teks, imej dan artifak dapat memberikan kebebasan kepada guru untuk mengakses dan menggunakannya di bilik darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Keupayaan dan kecekapan guru menggunakan sumber digital sejarah dalam pengajaran dan pembelajaran mampu menyediakan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang memberi peluang dan ruang kepada pelajar untuk meneroka, mentafsir, dan mencari makna di sebalik bahan bukti. Menurut Mohamad Johdi dan Ariegusrini (2009), guru seharusnya mempunyai kompetensi kemahiran dalam menggunakan teknologi komputer, ICT, dan multimedia dalam pengajaran mereka kerana banyak sumber, maklumat, fakta, dan bukti sejarah yang boleh diperoleh di seluruh dunia. Ini sesuai dengan sifat mata pelajaran Sejarah yang merangkumi aspek politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan sebagainya daripada masa lalu, sekarang dan akan datang. Kesimpulannya, guru sejarah seharusnya memiliki kompetensi dalam mengintergrasikan ICT dalam pengajaran Sejarah supaya pengajaran dan pembelajaran Sejarah menjadi lebih menarik dan berkesan. Guru-guru
perlu menyesuaikan kaedah pengajaran mengikut perkembangan semasa agar mereka tidak menjadi guru yang terpinggir dan kaku. Justeru itu, guru perlu kreatif dan inovatif dalam mempelbagaikan teknik dan kaedah pengajaran. Antara kaedah yang berkesan ialah melalui penggunaan bahan multimedia di dalam pengajaran seperti penggunaan Microsoft power point, klip video, peta minda dan internet. Guru perlu didedahkan dengan pelbagai kemahiran berkaitan dengan sumber digital seperti mengenal pasti, memilih sumber sejarah dan mengetahui isu hak cipta dalam menyediakan bahan yang sesuai untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran mengikut keperluan murid (Drake & Drake Brown, 2003). Penguasaan ke semua kemahiran ini adalah untuk menjayakan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah dengan teknologi terkini bagi melahirkan pelajar yang berjati diri tinggi. Guru haruslah beringat bahawa teknologi hanyalah sekadar alat, alat bantuan kita. Ianya hanya bantuan untuk memudahkan kita dalam pengajaran dan pembelajaran malah pengurusan. Walaupun tinggi kebaikkan teknologi ini, jangan kita hanyut dan tidak pedulikan pengajaran tradisional yang lebih menekankan kepada nilai.
1.3 Berpengetahuan Tinggi Menurut Mohamad Johdi Hj Salleh ( 2007 : 92 ) seseorang guru yang efektif semestinya mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam bidang atau objek yang diajar terutamanya dalam aspek menetapkan matlamat dan rancangan pengajaran, iaitu penetapan matlamat yang tinggi dalam setiap sesi pengajaran dan mengatur rancangan untuk mencapai matlamat tersebut. Wan Zahid (1996) menyarankan bahawa untuk membentuk persekitaran kerja yang baik, guru perlulah meningkatkan pengetahuan dan memperbaiki kemahiran mereka. Dengan kepakaran dan kelayakan yang tinggi guruguru akan dilihat sebagai lebih berkemampuan dalam memberi sumbangan terhadap pembentukan persekitaran yang sesuai dan kondusif. Ini akan menjadikan pengajaran lebih bermakna dan memberi persepsi baru kepada minda pelajar bahawa ia bukanlah satu subjek yang kaku dan membosankan, malah mereka dapat mengetahui bagaimana seseorang ahli sejarah itu bekerja melalui aktiviti-aktiviti pembelajaran yang dibimbing oleh guru mereka (Isabel, Gracia & Valvada 1997). Guru yang berpengetahuan perlu serba tahu dengan menambah pembacaan untuk peningkatan ilmu serta dapat membawa isu-isu semasa untuk dibincang dan
mencari
penyelesaian.
Guru
harus
sentiasa
mengembangkan
dirinya
secara
professional dan meningkatkan pengetahuan supaya ia dapat bergerak bersama-sama dengan arus perkembangan ilmu dan dapat menjalankan tugasnya dengan baik dan berkesan. Menurut Mogana (1994), kemahiran metodologi serta pengetahuan guru harus ditingkatkan dari semasa ke semasa dalam kerjayanya agar memotivasi serta meningkatkan kualiti guru dalam bilik darjah. Guru yang berpengetahuan dapat melahirkan generasi anak didik yang cemerlang di kemudian hari. Dalam perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar ini, profesion perguruan perlu menyediakan diri dengan amalan nilai murni dan akhlak yang terpuji. Dalam kurikulum pendidikan ditegaskan nilai-nilai murni yang perlu diserapkan kepada pelajar dalam pengajaran. Penerapan nilai murni ini penting untuk menyediakan para pelajar menjadi warga yang berguna kepada bangsa dan negara. 1.4 Kemahiran penilaian pembelajaran Penilaian telah didefinisikan dengan banyak cara. Stufflebeam et al. (1971) menyatakan “penilaian” sebagai the process of delineating, obtaining, and providing useful information for judging decision alternatives. Terry (1974) pula menyatakan bahawa penilaian adalah suatu proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan. Penilaian juga merupakan satu proses pemerolehan maklumat kuantitatif. Ia adalah satu proses bagi guru untuk menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan
menilai.
Pentafsiran
penilaian
berdasarkan
data
kuantitatif
dan
penghuraian kualitatif. Penilaian boleh dijalankan sebelum, semasa atau selepas satu sesi pengajaran guru. Kepentingan penilaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah ketara dan sangat penting. Para pelajar sering mengalami trauma bila berhadapan dengan ujian. Apatah tidaknya, kejayaan mahupun kegagalan mereka bertitik -tolak daripada ujian yang menilai mereka sebagai orang yang pandai atau lemah. Begitu juga guru, mereka selalunya resah apabila menerima keputusan ujian pelajarnya. Kejayaan dan kegagalan mereka mengajar terletak pada keputusan pencapaian pelajarnya. Tinggi peratus yang lulus bermakna berjayalah seseorang guru itu mengajar pelajarnya. Sebaliknya, rendah peratus lulus, seseorang guru itu perlu bertindak membaiki cara pengajarannya.
Penilaian juga boleh dijalankan berdasarkan sesuatu pembelajaran spesifik atau kepada keseluruhan kurikulum. Penilaian adalah satu proses yang sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah
ditetapkan
itu
telah
dicapai.
Seterusnya
membolehkan
guru
membuat
pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajarannya. Dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah proses menilai dapat memberi maklumat tentang keberkesanan pencapaian objektif pelajaran, pemilihan isi, penggunaan alat, strategi dan kaedah mengajar seorang guru. Penilaian yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru dapat membantu murid mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti pada peringkat awal lagi supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun seterusnya. Melalui aktiviti tindakan susulan yang efektif, guru dapat membantu murid meningkatkan
kemajuannya
dalam
pembelajaran
dan
seterusnya
memperoleh
pencapaian cemerlang dalam penilaian sumatif dan penilaian di peringkat pusat dan dalam diri murid dari aspek kognitif, pemikiran afektif, perasaan dan tingkah laku moral.
1.5 Berpengetahuan dan Berdaya Fikir Serta Berakhlak. Antara ciri-ciri guru professional yang lain ialah mempunyai ketinggian peribadi. Guru sebegini menganggap kerja sebagai Ibadah. Permulaan kerja mereka dimulakan dengan niat. Niat itu ialah target (Hj. Sobirin, 2002). Oleh yang demikian mereka sentiasa bersungguh-sungguh dalam melaksanakan pekerjaan dan selalu berfikiran positif dalam semua perkara kerana mengganggap semua itu ketentuan Tuhan. Guru yang profesional memang meminati bidang pendidikan dan seronok dengan pekerjaan yang mereka lakukan. Menurut Ainon Mohd (2003) bagi menolong semangat kerja yang lebih tinggi dan meningkatkan produktiviti, guru hendaklah menjadikan kerja mereka menyeronokkan. Guru yang professional juga lebih demokratik, mudah berhubung dengan pelajar dan bijak berkomunikasi, sentiasa merendah diri, lebih terbuka, serta sopan tutur kata dan mudah menyesuaikan diri terhadap perubahan.
2.0 KADAR PENURUNAN KECICIRAN DARI ASPEK KOD ETIKA KEGURUAN. Sistem pendidikan di Malaysia pada awalnya telah berkembang sejak zaman pemerintahan penjajah lagi. Kebanyakannya sistem pendidikan yang diperkenalkan adalah bersifat tidak formal iaitu secara lisan. Seterusnya kita diperkenalkan pula dengan sistem pendidikan formal seperti pendidikan di sekolah-sekolah Inggeris. Pada masa itu,
jurang
pendidikan telah pun wujud kerana pihak penjajah telah mewujudkan jurang antara kaum pendekatandivide & rules bertujuan mengelakkan pembangkitan semangat patriotik dalam kalangan rakyat. Perkembangan pendidikan di Malaysia pada peringkat awalnya lebih tertumpu kepada pembinaan sekolah di bandar dan kawasan pertumbuhan ekonomi utama negara. Sekolah-sekolah di bandar dibekalkan dengan kemudahan dan peralatan yang baik dan lengkap, guru terlatih serta sumber yang mencukupi. Sebaliknya, peluang menikmati pendidikan bagi penduduk di luar bandar dan pedalaman amat terhad.Sekolah luar bandar pula mengalami pelbagai kekurangan dari segiinfrastruktur dan peralatan, kemudahan asas, guru serta sokongan ibu bapa dan masyarakat. Ketidaksamarataan dan jurang pendidikan ini wujud disebabkan mereka lebih tertumpu kepada usaha memastikan lebih ramai pelajar mendapat pendidikan pada masa itu berbanding dengan kualiti pendidikan. Kini, kerajaan telah banyak memberi tumpuan terhadap kawasan luar bandar dan pedalaman bagi mengurangkan jurang pendidikan serta mengurangkan kadar keciciran. Menurut Dr. Maszlee Malik, dalam dapatan terbaru yang telah diperolehi, kadar peratusan keciciran pelajar telah menurun daripada 0.34% kepada 0.29%. Berdasarkan kadar penurunan tersebut, didapati ianya sangat berkait rapat dengan kod etika yang diamalkan oleh guru. Kod Etika Profesionalisme Keguruan merupakan satu set tingkahlaku atau tanggungjawab guru terhadap pelajar, ibu bapa, rakan sejawat, masyarakat dan negara. Dalam kes ini, antara kod etika yang difokuskan adalah tanggungjawab yang diamalkan guru terhadap pelajar. Hal ini kerana, menurut menurut Wahid Hashim (2006), antara faktor yang menyebabkan berlaku keciciran pelajar sekolah adalah disebabkan oleh kemiskinan, tidak menguasai kemahiran menulis, membaca dan mengira sejak di bangku sekolah rendah, faktor pengangkutan atau perhubungan, faktor keluarga dan pengaruh rakan sebaya. Oleh yang demikian, dengan adanya seorang guru yang bertanggungjawab dengan pelajarnya. Faktor-faktor seperti kemiskinan, pengangkutan dan sebagainya sudah pasti dapat dielakkan. Hal ini kerana, di dalam kod etika perguruan guru yang bertanggungjawab terhadap pelajar seharusnya mengambil berat tentang semua perkara tentang pelajarnya sama ada dari segi kekangan yang mereka hadapi dan sebagainya. Malah bukan itu sahaja, menurut kod etika
keguruan juga, seorang guru yang bertanggungjawab menumpukan perhatian dan memberi pengajaran kepada setiap pelajarnya tak mengira bangsa, agama dan kepercayaannya. Guru mestilah tidak mengamalkan sikap pilih kasih sesama kaum dan agama mengikut keselesaannya. Seperti contoh Cikgu Azman seorang berbangsa Melayu dan beragama Islam, maka Cikgu Azman mengajar dan memberi tumpuan kepada pelajar Melayu sahaja kerana berpendapat beliau mahu membela nasib bangsa sendiri tanpa mengambil peduli kaum lain yang dirasakan lebih pandai berbanding pelajar Melayu. Oleh yang demikian, dengan adanya sikap guru yang tidak pilih bulu ini, semua golongan pelajar sama ada yang berbeza bangsa, agama dan juga latar belakang akan seronok untuk pergi ke sekolah pada setiap hari. Selain itu, berdasarkan penurunan kadar keciciran pelajar di negara kita itu juga, di dapati tanggungjawab guru terhadap masyarakat juga memainkan peranan yang sangat penting terhadap perkara ini. Hal ini kerana, seorang guru yang mematuhi kod etika keguruan haruslah mempunyai hubungan yang positif dengan masyarakat di kawasan tempat mereka berkhidmat dan sentiasa melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti kemasyarakatan di kawasan tersebut. Perkara ini termasuklah juga dengan hubungan yang baik dan erat antara guru dan pihak PIBG sekolah. Melalui hubungan yang baik tersebut, guru akan dapat memantau dengan lebih berkesan setiap daripada pelajar-pelajar mereka. Hal ini sekaligus akan dapat mengelakkan pelajar untuk tidak pergi ke sekolah dan menyebabkan mereka tercicir daripada pembelajaran. Malah, tidak terhenti setakat itu, hubungan yang baik antara guru dan masyarakat ini akan memudahkan guru mengenalpasti pelajar yang mempunyai masalah dan kekangan untuk datang ke sekolah sama ada pelajar yang mempunyai masalah pengangkutan, masalah keluarga dan juga masalah-masalah lain. Melalui PIBG sekolah pula, guru akan lebih mudah mengatasi pelajar yang tidak mahu ke sekolah akibat malu dengan rakan-rakan yang kerana tidak dapat menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira dengan baik. Hal ini kerana, kebanyakan pelajar lebih selesa untuk meluahkan masalah mereka kepada ibu bapa masing-masing. Maka, melalui kerjasama yang baik antara guru dan ibu bapa, pelajar tersebut akan dapat dikenalpasti lebih awal dan akan di atasi masalah tersebut dengan segera sebelum ianya menjadi lebih teruk dan mengakibatkan pelajar segan untuk kesekolah apabila semakin meningkat umur dengan tidak tahu membaca dan mengira.
3.0 BAGAMANAKAH E-RPH DAPAT MENINGKATKAN PERKEMBANGAN GURU NOVIS KEPADA GURU NOVIS LANJUTAN. 3.1 Pembelajaran Abad Ke-21 Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21) merupakan pendidikan menekankan kepada proses pembelajaran yang berpusatkan pelajar berteraskan elemen komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, dan kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika. Dalam PAK-21, guru hanya bertindak sebagai fasilitator dan pengurus bilik darjah supaya sesuai dengan persekitaran seperti di alam pekerjaan. PAK-21 lebih berpusatkan pelajar dalam setiap sesi pembelajaran. Pada dasarnya, PAK-21 ini merupakan suatu pembelajaran yang menggunakan kaedah-kaedah terkini demi memastikan pelajar tidak pasif belajar di dalam kelas seperti zaman Pembelajaran “Spoon-feeding” atau suap sahaja semua info. Pelajar juga tidak lagi disuruh diam di dalam kelas, malahan pelajar Abad ke-21 perlu bergiat aktif di dalam bilik darjah sepanjang sesi pengajaran dan pemudahcara (PdPc) dilakukan. PAK-21 ini sangat penting untuk dilaksanakan kerana ia merangsang perubahan teknik pengajaran ke arah persediaan pelajar untuk menjadi asertif dan kompeten terutamanya dalam bidang pekerjaan kelak. Di dalam PAK-21, pelajar-pelajar perlu aktif di dalam kelas berbekalkan aktivitiaktiviti yang bukan sahaja berteraskan 3M, malahan mereka dibimbing untuk melakukan aktiviti-aktiviti 4C. Aktiviti 4C ialah Communication (Komunikasi), Collaboration (Kolaborasi), Creativity (Kreativiti) dan Critical Thinking (pemikiran kritis). Aktiviti 4C ini menjadi teras kepada pembelajaran abad ke-21 ini di mana pelajar-pelajar semakin aktif dalam pembelajaran seharian serta digalakkan menggunakan teknologi terkini seperti teknologi pengkomputeran dan sebagainya. Dalam komunikasi, pelajar diajarkan untuk bijak berkomunikasi dan memberikan idea mereka melalui proses sumbangsaran dan penekanan aspek sosial dititikberatkan bagi menjamin pelajar dapat berkomunikasi secara mapan. Dalam kelas Abad ke-21, guru akan bertindak sebagai fasilitator dengan bertanyakan soalan-soalan yang memerlukan pelajar memberikan idea yang terbaik dalam penjanaan pemikiran yang kritis dan kreatif. Selain itu, pelajar juga perlu membentangkan dapatan mereka kepada pelajar lain supaya komunikasi berkesan antara pelajar dapat dibentuk.
Seterusnya, secara kolaborasi pelajar akan bekerjasama antara satu sama lain untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh guru. Aktiviti berkumpulan ini dapat merangsang metakognitif pelajar, iaitu kesedaran para pelajar terhadap perkara yang diketahui dan tidak diketahui semasa proses pembelajarannya. Dengan penekanan aktiviti dalam kumpulan ini, pelajar dapat meningkatkan lagi kemahiran-kemahiran lain yang boleh menjadi nilai tambah dalam diri mereka kelak seperti bertanggungjawab, menjadi pemimpin yang berjaya dan mempunyai semangat bersaing dengan sihat. Kreativiti pula merupakan suatu elemen yang terpenting dalam kehidupan seharian kerana dengan ada kekreativitian sahaja yang boleh memacu kejayaan seseorang itu dalam bidang yang mereka ceburi. Maka, dalam PAK-21 pelajar perlu kreatif untuk menjana pemikiran bagi menyelesaikan sesuatu masalah atau isu yang diutara oleh guru.
3.2 Menghuraikan E-RPH Abad Ke-21 Dapat Meningkatkan Perkembangan Seseorang Guru. Dalam Pembelajaran Abad Ke-21, salah satu elemen yang sangat ditekankan adalah berkaitan dengan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pendidikan. Selaras dengan perkembangan dunia dalam bidang TMK, Oleh yang demikian, pada tahun 2017 sebuah portal E-RPH telah dibangunkan oleh YM (Dr) Syed Abi Ghufran al-Idrus iaitu Wakil Negeri Terengganu Persatuan Sababat Guru Malaysia (SGM). Melalui ERPH tersebut, guru hanya perlu membina Rancangan Pengajaran Harian (RPH) secara atas talian. E-RPH ini telah banyak memberikan kesan yang positif dalam sistem pendidikan negara kita terutamnya terhadap perkembangan guru. Antaranya adalah, E-RPH ini akan dapat melahirkan lebih ramai guru yang celik IT. Hal ini kerana, E-RPH ini memerlukan guru untuk mengisi maklumat proses pengajaran dan pembelajaran (PdPc) yang dilaksanakan oleh mereka di dalam portal secara atas talian. Oleh yang demikian, para guru perlu belajar tentang teknologi tersebut dahulu sebelum menggunakannya. Maka, dengan cara ini para guru akan lebih berkembang dengan teknologi terkini yang terdapat di persekitaran mereka. Hal ini secara tidak langsung membolehkan para guru tersebut mengaplikasikan kemahiran TMK yang mereka pelajari tersebut dalam proses PdPc di dalam kelas bersama murid. Hal ini sekaligus menyebabkan proses pembelajaran guru di dalam kelas menjadi lebih efektif dan berkesan.
Selain itu, melalui penggunaan E-RPH ini juga, para guru akan menjadi lebih kreatif dari segi pedagodi pengajaran yang mereka gunakan di dalam kelas semasa PdPc. Hal ini kerana, E-RPH ini mengamalkan konsep “open sky tecnology”. Konsep ini membolehkan para guru di Malaysia untuk berkongsi setiap daripada RPH yang mereka rancang dengan guru-guru lain. Secara tidak langsung ianya akan dapat membantu guru untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran mereka di dalam bilik darjah. Guru-guru tersebut akan dapat menggunakan kaedah pedagogi yang pelbagai hasil daripada perkongsian idea daripada semua guru di Malaysia. Hal ini secara tidak langsung akan dapat memastikan pengajaran guru dalam dalam bilik darjah dapat dilakukan dengan lebih berkesan dan menyeronokkan. Hal ini membolehkan setiap murid yang ada di dalam kelas tersebut memahami setiap pengajaran guru walaupun mereka terdiri daripada kecerdasan minda yang pelbagai. Akhir sekali, dengan mengaplikasikan E-RPH ini juga guru dapat menyediakan bukti-bukti pengajaran mereka dengan lebih teratur dan tersusun. Hal ini kerana, E-RPH tidak memerlukan guru untuk menyediakan fail dan kertas yang banyak. Ianya hanyalah menggunakan portal secara atas talian dan mudah untuk dikendalikan. Malah bukan itu sahaja, dengan adanya E-RPH ini juga, pemantauan akan dapat dilakukan dengan lebih berkesan oleh guru besar ataupun jabatan-jabatan pendidikan terhadap guru di kawasan mereka. Hal ini akan menyebabkan guru akan dapat diselia dengan lebih baik dan seterusnya dapat menjamin untuk guru melaksanakan proses PdPc di dalam bilik darjah dengan menggunakan pendekatan yang paling berkesan kepada murid mereka.
3.3 Bagaimana E-RPH Abad Ke-21 Dapat Meningkatkan Perkembangan Seseorang Guru Novis Kepada Novis Lanjutan. Seperti yang diketahui umum, seseorang guru akan mengalami fasa-fasa perkembangan dalam proses mereka menjadi seorang guru. Oleh yang demikian, E-RPH ini merupakan antara perkara yang mampu memberi kesan kepada perkembangan guru terutamnya guru novis kepada guru novis lanjutan. Guru novis merupakan seseorang yang berusaha untuk mencapai penguasaan dalam bidang yang mereka ceburi. Pada fasa ini mereka berusaha untuk membentuk suatu pandangan dan mula memahami pengertian untuk menjadi seorang guru. Guru novis masih belum dapat menangani tugas-tugas harian seorang guru. Manakala, bagi guru novis lanjutan pula mereka berterusan menambah dan memantapkan kefahaman fakta,konsep,prinsip berkaitan pengajaran dan pembelajaran. Mereka telah mula terdedah kepada pengamalan dalam bilik darjah dan tugas-tugas guru di sekolah. Oleh yang demikian, antara kesan E-RPH ini kepada perkembangan guru novis adalah, mereka akan dapat melihat kaedah dan strategi-strategi pengajaran yang sesuai untuk diaplikasikan di dalam kelas apabila mula mengajar kelak melalui perkongsian RPH yang telah dilakukan oleh guru di atas talian tersebut. Dengan pendedahan tersebut, guru novis akan mula terdedah dengan situasi yang akan mereka alami di dalam bilik darjah. Hal ini seterusnya akan memudahkan mereka untuk bergerak kepada fasa guru novis lanjutan. Akhir sekali, melalui pengaplikasian E-RPH ini juga guru novis akan dapat memantapkan lagi konsep berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Mereka akan lebih faham tentang fasa-fasa yang perlu dilaksanakan di dalam sesi PdPc dan seterusnya akan menjadikan mereka lebih yakin untuk menjadi seorang guru. Malah, secara tidak langsung juga, E-RPH ini juga mampu menjadi mentor dan rujukan yang sangat baik kepada guru novis untuk merasai pengalaman sesuatu PdPc dijalankan di dalam bilik darjah. Selain itu, dengan adanya E-RPH juga, guru akan mengembangkan pengajaran dengan lebih lancar. Penggunaan teknologi pendidikan juga dapat dimanfaat dengan optimum apabila perancangan dilakukan dengan baik. Guru boleh memikirkan apakah teknologi yang akan diintegrasikan dalam pengajaran semasa mereka menyediakan RPH. Guru boleh memeriksa sama ada media yang sesuai dapat diintegrasikan dalam pengajaran terdapat di Pusat Sumber Sekolah (PSS). Setiap guru telah bersedia sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran dan mengelakkan berlakunya ketirisan pada kemahiran yang sepatutnya diterima oleh setiap pelajar
RUJUKAN Anuar Ahmad & Nelson Jinggan (2015).
Pengaruh Kompetensi Kemahiran Guru Dalam
Pengajaran Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar Dalam Mata Pelajaran Sejarah: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik. Jilid 3 2(1), 11-25
Claderhead, J. (1987). (Ed). Exploring Teachers’ Thinking. London: Casell. Dr Abu Bakar Nordin (1987). Siri Maktab Perguruan. Asas Penilaian Pendidikan. Kamarul Azmi Jasmi (2007). Pengajaran Dan Pembelajaran. Shah Alam: Universiti Teknologi
Malaysia.
Katharine Burn, Christine Counsell & Michael Fordham. (2010). Teaching History. Great Britain: The Historical Association. Mohd Yusri Ibrahim, & Aziz Amin. (2014). Model kepemimpinan pengajaran pengetua dan kompetensi pengajaran guru. JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 2(1), 11-25. Mohd Sheffie Abu Bakar (1995, m.s 17-67). Metodologi penyelidikan edisi kedua. Selangor :Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Nadzan Haron, Rozeman Abu Hassan (2010). Malaysia Melangkah Ke Hadapan: Puchong. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd Salleh Abd. Rashid (2003). Pemikiran Profesional Keguruan Terhadap Kurikulum Dan Pengajaran: Universiti Malaysia Sabah. Shahabuddin, H., Rohizani, Y., & Mohd Zohir, A. (2007). Strategic Pedagogy and Effective Teching Techniques. Kuala Lumpur: PTS Profesional. Syed Ismail, Ahmad Subki (2010). Budaya dan Pembelajaran: Puchong. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd