TAJUK INOVASI “FLIES STRAW”
NAMA PASUKAN DAN PESERTA Kumpulan Fast & Blow
ABSTRAK “Flies Straw” ialah satu peralatan yang dihasilkan untuk meningkatkan kemahiran dan penguasaan teknik tiupan. Teknik tiupan ini senang dan menarik kerana selain membuat corak tidak terancang, kita juga boleh melaksanakan sebagai menggambar. Antara bahan-bahan yang digunakan ialah straw, kertas lukisan, warna poster, cat air dan cat tempera. Penyedut minuman yang digunakan seharusnya lurus supaya tidak menganggu proses tiupan. Lumrahnya, pelajar sekolah rendah terutama murid tahap satu akan menghadapi masalah dalam meniup kerana ketidakupayaan atau tidak mempunyai tenaga yang mencukupi. Mereka akan berasa pening apabila menjalankan teknik tiupan dalam masa yang berpanjangan. Bagi menangani masalah ini, satu cara alternatif iaitu menghasilkan satu peralatan yang dikenali sebagai “Flies Straw”. “Flies Straw” direkaciptakan untuk memudahkan murid untuk menghasilkan karya dengan menggunakan teknik tiupan. Bagi memudahkan murid, botol, berus dan warna poster telah disediakan dalam kotak “Flies Straw”. Penggunaan “Flies Straw” yang ringan, mudah disimpan dan sifat mudah dikendalikan oleh murid telah menjadi keistimewaan terhadap peralatan “Flies Straw” ini. Penggunaan “Flies Straw” adalah direka berdasarkan konsep teknik tiupan dengan bertujuan membimbing dan meningkatkan penguasaan murid untuk meniup corak terhadap hasil karya mereka. Walaupun peningkatan pemahaman tentang teknik tiupan adalah berbeza antara murid, penggunaan “Flies Straw” dikesan mampu meningkatkan pengajaran dan pembelajaran secara optimum.
ISU ATAU MASALAH YANG DIHADAPI Masalah-masalah utama yang dihadapi sebelum inovasi diperkenalkan i. Murid sentiasa tidak berupaya untuk meniup dengan baik. ii. Menjalankan teknik tiupan dalam masa yang berpanjangan. iii. Warna yang dibancuh adalah terlalu pekat atau terlalu cair.
OBJEKTIF
1
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan teknik tiupan dengan menggunakan “Flies Straw” dalam kalangan murid tahun 2. Objektif Khusus: i. Murid dapat meningkatkan penguasaan teknik tiupan selepas menggunakan “Flies Straw”. ii. Murid dapat menjimatkan masa dan tenaga dalam melakukan teknik tiupan melalui penggunaan “ Flies Straw ”. KUMPULAN SASARAN Murid Tahun 2 HURAIAN INOVASI i.
SEBELUM PERLAKSANAAN INOVASI
Setelah kami mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid-murid sewaktu melakukan teknik tiupan untuk menghasilkan corak. Kami saling berbincang dan mencari punca-punca yang menyebabkan murid tidak berjaya melakukan tiupan. Ekoran daripada itu, kami telah mendapati bahawa murid-murid tahun 2 tidak mempunyai daya kekuatan yang mencukupii untuk melakukan tiupan dalam masa yang lama. Mereka sering mengadu bahawa mereka pening kepala dan tidak larat untuk meneruskan tiupan selepas 5 minit sahaja. Kami telah berfikir tentang cara ataupun kaedah yang dapat membantu murid untuk melakukan tiupan dengan baik walaupun hanya mempunyai daya tenaga yang terhad. Oleh itu,
kami cuba untuk
mengubahsuai
penyedut
minuman yang
sedia
ada bagi
mempermudahkan murid menghasilkan corak dengan teknik tiupan berdasarkan konsep momentum dalam bidang sains. Dalam kajian ini, kami telah cuba untuk menggunakan dan memilih peralatan yang bukan sahaja dapat sambung ke penyudut minuman. Yang terpentingnya, bahan tersebut hendaklah ringan tetapi ia dapat menghasilkan daya momentum yang paling kuat. Dalam masa yang sama, rakan kumpulan saya Tan Chun Siang telah melihat satu gambar yang merupakan cara membuat bekas jus tembikai dengan menggunakan buahnya telah mencetuskan idea saya untuk menghasilkan peralatan “ Flies Straw ” ini. Alat “ Keg Tap” tersebut telah memberi idea kepada saya untuk mencari peralatan yang mempunyai ciri persamaannya. “Bottle Poures” telah dipilih oleh saya sebagai alat untuk dicantum dengan
2
penyedut minuman kerana ia dapat menghasilkan daya momentum yang kuat serta mudah dipegang oleh murid. Rajah 1.0 Keadaan sebelum peralatan “Flies Straw”dihasilkan
Inovasi 1
Inovasi 2
Inovasi 3
“Flies Straw” yang telah dihasilkan
Rajah 2.0 Gambar Ilham yang Mendapatkan Idea untuk inovasi
“Keg Tap” yang menjadi perhatian kami dalam mencari alat yang dapat menghasilkan momentum yang tinggi.
3
ii.
SEMASA PERLAKSANAAN INOVASI
“Flies Straw”, telah kami gunakan sebagai peralatan di dalam bilik darjah iaitu sewaktu dalam aktiviti bersama murid, kami telah mengesan bahawa murid-murid dapat melakukan teknik tiupan lebih baik daripada sebelum ini. Berikut merupakan butiran peralatan dalam set “Flies Straw”. Jadual 1.0 Inovasi Bahan Yang Telah Dilaksanakan Bahan-bahan
Kesan
Penyedut minuman + Bottle Poures
Memudahkan murid dalam melakukan tiupan lebih berkesan.
Murid dapat melakukan tiupan lebih lama dan
berkesan
kerana
tenaga
yang
digunakannya adalah kurang.
Murid dapat memengang penyedut minuman lebih kukuh dan tidak mudah dijatuhkan. Botol Punch dan Bottle Poures
Membolehkan murid mendapatkan isipadu warna air yang seimbang.
Kepekatan warna air yang dicampurkan tidak terlalu pekat atau terlalu cair.
Mengurangkan kadar kekotoran baju murid berbanding dengan menggunakan palet.
iii.
SELEPAS PERLAKSANAAN INOVASI
Produk “Flies Straw” ini telah memberi impak yang besar bagi murid yang baru mempelajari teknik tiupan di samping dapat meningkatkan murid terhadap penguasaan teknik tiupan. Kajian ini ingin memberi tumpuan kepada penyelesaian masalah dalam karya corak dengan menggunakan teknik tiupan. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, pengkaji telah membuat beberapa pertimbangan atas tahap penguasaan murid. Merujuk rajah 3.0 telah 4
menunjukkan peningkatan prestasi murid yang ketara dalam teknik tiupan sebelum dan selepas penggunaan produk inovasi “Flies Straw” ini. Dapatan Daripada Analisis Dokumen Hasil Karya Peserta Rajah 3.0 Analisis Dokumen Sebelum dan Selepas Penggunaan “Flies Straw” Pelajar
Hasil Karya Sebelum
Murid 1
Murid 2
Murid 3
Murid 4
5
Selepas
Jadual 2.0 Faedah-Faedah Hasil Inovasi Faedah-faedah hasil inovasi
Butiran
Pengurangan kos operasi
Kertas Lukisan - Kertas lukisan dapat dikurangkan kerana murid-murid dapat menghasilkan karya yang cantik dan tidak perlu membuat semula
Warna Air - Isipadu warna air sentiasa seimbang. - Boleh berkongsi dengan kawan sekiranya isipadu warna air yang dihasilkan banyak.
Mengurangkan pembaziran air - Mengelakkan pembaziran air dalam mencuci palet disebabkan ingin mendapatkan isipada warna air yang seimbang. Penjimatan masa
Murid - Dapat menghasilkan karya corak tidak terancang bersaiz A4 penuh dalam 30 minit.
- Dengan berbagai-bagai warna kerana murid-murid sempat berfikir dan mencuba pelbagai warna. Peningkatkan Hasil Kerja
Sila rujuk Rajah 4.0 pada lampiran.
Peningkatan tahap kepuasan hati
Sila rujuk Jadual 5.0 pada lampiran.
pelanggan Mudah dibawa
- Semua peralatan “Flies Straw” telah dibungkus dalam kotak kecil untuk mudah membawa.
- Saiz lebih kecil daripada kotak honeystar. Tidak dapat membelinya di pasaran
Tidak akan terjumpa di pasaran
6
KOS INOVASI Jadual 3.0 menunjukkan kos keseluruhan bagi inovasi “Flies Straw”. Jadual 3.0 Kos Produk “Flies Straw” BAHAN-BAHAN
KOS HARGA SEUNIT (RM)
1. Penyedut Minuman
0.10
2. Ice ball
1.20
3. Bottle Poures
0.60
4. Cat Poster
4.50
5. Botol “Punch”
0.80
6. Berus
1.80
7. Kertas Kotak
1.00 JUMLAH
10.00
Oleh itu, kami menetapkan harga RM10 untuk satu set peralatan “ Flies Straw ” seumpama harga untuk makan mi goreng, ayam goreng dan secawan teh tarik. Jadi, harga ini tentulah boleh ditanggung oleh semua pihak. Sekiranya, terdapat murid yang memang tidak mampu membelinya dengan RM10 disebabkan keadaan ekonomi keluarga. Kami juga akan memberi satu set peralatan “ Flies Straw ” secara percuma kerana kepuasan mendidik seseorang murid adalah tidak dapat dibeli dengan nilai mata wang. KESIMPULAN Secara konklusinya, penggunaan “ Flies Straw ” telah berjaya meningkatkan kemahiran peserta kajian dalam proses melakukan teknik tiupan bagi menghasilkan corak tidak terancang yang lebih cantik dan kemas. Melalui penggunaan peralatan inovasi ini, peserta kajian lebih mudah untuk menguasai kemahiran untuk melakukan tiupan jika berbanding dengan pengajaran secara “chalk and talk” sahaja. Diharapkan penggunaan alat ini dapat terus dikembangkan dan memberi manfaat kepada lebih banyak peserta-peserta di sekolah pada masa yang akan datang.
7
LAMPIRAN Dapatan daripada temubual dengan kumpulan sasaran Jadual 5.0 Temu bual selepas tindakan dilakukan. Soalan Item
Jawapan M1
M2
M3
M4
1. Adakah “Flies Straw” membantu anda meningkatkan kemahiran teknik tiupan?
Ya
Ya
Ya
Ya
2. Adakah peralatan “Flies Straw” menjimatkan masa dan tenaga untuk menghasilkan karya dengan menggunakan teknik tiupan?
Ya
Ya
Ya
Tidak
Tidak
Tidak
Tidak
Tidak
Ya
Tidak
Tidak
Ya
3. Adakah anda masih menghadapi masalah untuk menghasilkan corak setelah “ Flies Straw” digunakan? 4. Adakah anda berasa anda boleh menghasilkan corak dengan baik tanpa peralatan “Flies Straw” ?
8