APLIKSASI YANG DIGUNAKAN DALAM INOVASI EXPLORE MAP 1.KOD QR ( QR CODE) Kod QR (singkatan frasa Inggeris quick response) adalah sejenis kod bar generasi kedua. Ia merupakan sejenis penyimbolan dua dimensi yang telah dibangunkan oleh sebuah syarikat Jepun iaitu Denso Wave dan telah dikeluarkan pada tahun 1994. Kod QR dapat menyimpan maklumat lebih banyak daripada kod bar UPC biasa kerana ia mengandungi maklumat secara menegak serta mendatar. Kod ini terdiri daripada modul hitam (titik segi empat) disusun dalam pola segi empat pada latar putih. Penggunaan kod QR membolehkan maklumat dihantar dari dunia fizikal ke alat mudah alih. FUNGSI DAN KEGUNAAN KOD QR Sesebuah kod QR dikesan pengimbas imej digital 2 dimensi yang kemudiannya dianalisakan oleh suatu pemproses yang diprogramkan. Pemproses ini menentukan tiga segi empat yang unik pada penjuru imej kod QR menggunakan (satu atau lebih segi empat yang lebih kecilpada penjuru keempat untuk menetukan saiz, orientasi serta sudut pandang. Titik-titik kecil sepanjang kod QR ditukarkan kepada nombor binary serta disahkan dengan algoritma pembetul ralat. Kod ini paling banyak digunakan untuk tujuan pengiklanan, di mana pengimbasannya yang segera boleh membawa pengguna kepada laman sesebuah jenama dalam masa siaran iklan yang singkat tanpa perlunya memaparkan URL yang biasa untuk tujuan yang sama. Kod QR yang menyimpan alamat dan URL juga boleh tertera pada bahan cetak seperti majalah dan kad, papan tanda atau kenderaan yang boleh dikesan dan diimbas pengguna menggunakan aplikasi yang bersesuaian dalam telefon bimbit berkamera mereka yang disambung pada suatu rangkaian mudah alih.Ia boleh digunakan untuk menyimpan maklumat akaun bank atau kad kredit; mahupun sebagai komponen utama dalam aplikasi pembayaran dalam talian (antara contoh yang terbaik ialah WeChat Pay dan PayTM. Ada juga permainan video tertentu turut menerapkan teknologi ini sebagai sebahagian daripada unsur mekanisme bermain atau cerita dalam permainan tersebut
. 2.PLICKERS Aplikasi Plickers telah dibangunkan oleh Nolan Amy, seorang guru matematik di sebuah sekolah tinggi di Richmond, California. Nolan telah mengambil masa beberapa tahun untuk membangunkankan aplikasi ini. Beliau telah menyertai ImagineK12, sebuah komuniti dalam talian untuk mendapatkan dana dan seterusnya melancarkan aplikasi ini kepada umum pada tahun 2013. Nolan telah dibantu oleh beberapa orang rakan yang berpengalaman dalam bidang TMK seperti Jenn Kim, Satoko Lom, Nicholas Hansen, Dianna Faulk dan Xiang Li. Kini terdapat lebih dari 600 000 orang guru dari 190 buah negara seluruh dunia yang menggunakan aplikasi ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Aplikasi ini boleh didapati dalam pelantar mudah alih seperti iOS dan Android. Plickers adalah aplikasi yang hanya menggunakan sebuah peranti digital sahaja dalam setiap kelas. Respon dari setiap murid akan direkodkan melalui barkod sahaja. Murid diberi satu set barkod QR pada kad indeks besar. Setiap kad kod boleh bertukar dalam empat orientasi. Setiap orientasi memberikan jawapan yang berbeza. Apabila guru sudah bersedia untuk mengumpul data, guru akan menggunakan aplikasi mudah alih Plickers untuk mengimbas kad untuk melihat graf bar jawapan. Guru boleh membuat dan menyimpan seberapa banyak soalan dan jawapan yang telah dijawab. Data yang dikumpul boleh dilihat dalam pelayar web atau aplikasi mudah alih. Aplikasi ini juga boleh digunakan secara ‘offline’ atau ‘online’.
3.YOUTUBE YouTube ialah sebuah tapak web pengehosan video dari Amerika Syarikat yang beribu pejabat di San Bruno, California. Perkhidmatan ini telah dicipta pada Februari 2005 oleh tiga bekas pekerja PayPal — Chad Hurley, Steve Chen dan Jawed Karim. Pada November 2006, ia telah dibeli oleh Google dengan harga AS$1.65 bilion.YouTube kini beroperasi sebagai salah satu anak syarikat Google. Tapak web ini membenarkan para pengguna untuk memuat naik, menonton, memberi penilaian, berkongsi, menambahkan ke kegemaran, melaporkan dan memberi komen kepada kandungan video dan ia menggunakan teknologi seperti WebM, H.264/MPEG-4 AVC dan Adobe Flash Video untuk memaparkan pelbagai jenis media video yang telah dihasilkan para pengguna. Kandungan yang tersedia di dalam YouTube ialah seperti klip video, klip rancangan televisyen, video muzIk, filem pendek dan dokumentari, berita, rakaman audio, treler filem dan kandungan lain seperti blog video, video asli pendek dan video pendidikan. Kebanyakkan kandungan di YouTube dimuat naik oleh para individu, tetapi syarikat-syarikat media seperti CBS, BBC, Vevo dan Hulu menawarkan beberapa bahan melalui YouTube sebagai sebahagian daripada program perkongsian YouTube. Pengguna tidak berdaftar hanya boleh menonton video pada tapak itu, manakala untuk mereka yang berdaftar dibenarkan untuk memuat naik video secara tanpa had dan memberi komen pada video. Video-video yang dianggap yang mungkin menyinggung perasaan boleh didapati bagi pengguna berdaftar yang
mengesahkan diri mereka berusia sekurang-kurangnya 18 tahun. Pada Disember 2016, tapak web ini disenaraikan sebagai tapak kedua paling popular di Alexa Internet, syarikat analisis lalu lintas web.