Tugasan 2d.docx

  • Uploaded by: Fatin Syahirah Zulkifli
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tugasan 2d.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,666
  • Pages: 7
1.0 Pengenalan Selepas lebih enam dekad merdeka, Malaysia masih berhadapan dengan isu yang boleh menggugat perpaduan pelbagai etnik. Isu ini masih wujud bukan sahaja dalam kalangan masyarakat tetapi juga dalam kalangan pendidik di sekolah. Selain keluarga, sekolah merupakan salah satu institusi yang berperanan penting sebagai agen sosialisasi politik dalam negara (Abd Rahim, 2001). Namun, kebanyakan guru hari ini didapati hanya memfokuskan kepada pengajaran sepenuhnya bagi memastikan murid mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan sahaja, dan sebahagiannya mengabaikan peranan mereka sebagai agen sosialisasi dalam membentuk perpaduan dan integrasi diantara murid di sekolah. 2.0 Peranan Guru Sebagai Agen Sosialisasi di Sekolah Matlamat sekolah adalah menyatupadukan murid daripada pelbagai latar belakang dan etnik (Zaliza 2009). Menurut Zanariah (2010), pula menyatakan kesesuaian persekitaran sekolah yang mengumpulkan pelbagai etnik murid dapat menghasilkan kesefahaman antara etnik kerana sering terdapat penambahan idea dan perspektif yang dibangkitkan. Memandangkan sekolah merupakan tempat yang dapat memupuk perpaduan etnik dengan secara berkesan, usaha untuk menyemai nilai murni yang berkaitan dengan perpaduan harus dimulakan di peringkat sekolah rendah lagi (Lee, 2009). Dalam konteks ini, guru sekolah rendah merupakan orang yang berperanan penting untuk menyampaikan ilmu kepada murid di sekolah (Ashley & Trisha, 2013). Jelaslah bahawa guru merupakan agen sosialisasi yang penting dalam menyatupadukan murid pelbagai etnik, seterusnya membentuk kesedaran generasi muda mengenai tanggungjawab mereka sebagai seorang warganegara.

2.1 Guru Mewujudkan Persekitaran Bilik Darjah Mesra Etnik Dan Budaya Antara peranan yang boleh dilaksanakan oleh guru sebagai agen sosialisasi dalam memupuk dan meningkatkan perpaduan dan integrasi dalam kalangan murid di sekolah adalah mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra etnik dan budaya. Guru seharusnya bersikap professional dengan mempunyai sifat keterbukaan dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pemudahcaraan (PdPC) secara koperatif dan kolaboratif agar peluang untuk

murid berinteraksi sesama mereka akan lebih terbuka luas. Kedudukan fizikal bilik darjah mestilah diubahsuai (lihat di lampiran) bagi mendapatkan kedudukan fizikal kelas yang ideal. Menurut Shahabuddin Hashim, Dr.Rohizani Yaakub & Mohd. Zohir Ahmad (2011), kedudukan susun atur meja yang kondusif adalah dalam bentuk kumpulan yakni bersesuaian dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Oleh itu, bagi mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra etnik dan budaya. Guru digalakkan untuk menyusun kumpulan muridmurid berbilang kaum dan etnik. Sebagai contoh, jika di dalam sesebuah kelas itu terdapat murid Melayu, Cina dan India maka murid-murid sewajarnya digabungkan dalam kumpulan tempat duduk ataupun apabila beraktiviti.

2.2 Guru Melaksanakan Aktiviti Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPC) Yang Seimbang

Bagi aktiviti di dalam bilik darjah, guru boleh merancang aktiviti secara koperatif dan kolaboratif yang boleh merapatkan jurang antara etnik murid. Sebagai contoh, guru boleh melakukan aktiviti seperti kotak beracun, undian warna dan menentukan sendiri kumpulan mulai kiraan nombor secara berulang mengikut bilangan kumpulan yang ingin dibentuk. Guru seharusnya mengelakkan daripada membiarkan murid memilih sendiri pasangan atau ahli kumpulan kerana kuatiri ianya akan menyebabkan kelas menjadi bising dan tidak terkawal, Selain itu, pemilihan secara undi adalah adil dan membolehkan murid pelbagai budaya dan etnik dapat dihimpunkan bagi meningkatkan perkongsian idea, pendapat juga pemikiran daripada mereka. Oleh itu, bolehlah sekiranya murid dapat memmuridi cara hidup atau pun kebiasaan yang dilakukan oleh rakan mereka yang berlainan bangsa. Dengan menyatukan mereka, dapatlah mereka berkomunikasi dan berinteraksi selain menukar maklumat, keperluan dan kepakaran sesama mereka. Kerjasama ini dapat membentuk perpaduan antara mereka dan membentuk budaya satu Malaysia di mana proses penerimaan akan berlaku antara pelbagai budaya. Hal ini bermakna walaupun mereka berlainan kaum dan etnik,mereka boleh menerima dan menghormati budaya rakan-rakan lain. Maka jelaslah bahawa, dengan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pemudahcaraan (PdPC) secara

koperatif dan kolaboratif boleh dilaksanakan oleh guru dalam memupuk perpaduan dalam kalangan murid. 2.3 Guru Menggunakan Bahan Bantu Mengajar yang Menarik dan Fleksibel

Di samping itu, guru boleh mewujudkan peralatan yang dapat menarik minat murid seperti bahan bantu mengajar untuk proses PdPC. Bahan bantu mengajar yang menarik dan sesuai pasti akan mendorong murid untuk menumpukan perhatian sepenuhnya semasa guru mengajar. Contohnya, guru boleh bersama-sama murid memakai pakaian tradisional budaya dan etnik masing-masing semasa mengajar topik pakaian tradisional dalam subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Lantas, guru juga haruslah membina sebuah rancangan mengajar yang tidak menyentuh kepada kepercayaan dan agama yang diamalkan oleh budaya dan etnik murid-murid. Ini bermaksud setiap akiviti PdPC yang dijalankan seharusnya tidak menyentuh kepada isu-isu sensitif yang boleh membawa kepada pergaduhan antara kaum. Perkara ini secara tidak langsung akan memberi contoh kepada murid-murid agar tidak menyentuh kepada kepercayaan dan agama yang diamalkan rakanrakan dan sekiranya dilihat dari sudut aspek pembinaan negara bangsa ianya akan mewujudkan masyarakat yang tidak ekstrem dalam mengamalkan agama. Oleh yang demikian, murid akan lebih tertarik sekaligus membina kefahaman yang tinggi tentang budaya etnik lain.

2.4 Guru Mengadakan Ruang Etnik dan Budaya di dalam Bilik Darjah

Selain itu, guru bersama-sama pihak sekolah boleh menetapkan setiap bilik darjah untuk mewujudkan ruang fizikal seperti ruang bacaan, sudut informasi dan sudut teknologi dengan menggunakan tema “We Are One”. Sudut-sudut ini dapat mendedahkan murid-murid kepada pelbagai agama, adat resam, kebudayaan serta kepercayaan dari pelbagai kaum etnik di negara ini. Secara tidak langsung murid-murid dapat memupuk nilai-nilai murni seperti sabar, toleransi serta hormat-menghormati yang merupakan komponen penting untuk mewujudkan perpaduan kaum. Guru juga boleh menyediakan pelbagai aktiviti-aktiviti multimedia atau interaktif di setiap sudut pembelajaran tersebut untuk menarik minat murid-

murid. Contohnya di sudut budaya ini Samad dapat mengetahui tentang kebudayaan serta agama Muthu dan sebaliknya agar terdapat satu pemahaman yang jelas dan tidak prasangka agar tidak menyentuh isu-isu sensitif serta menjaga sensitiviti sesuatu kaum etnik. Begitu juga dengan murid-murid dari Sabah dan Sarawak. Sudut teknologi adalah penting; di mana murid dari pelbagai latar belakang budaya dan etnik dapat menggunakan perisian “software” yang di sediakan oleh guru seperti aktiviti interaktif dan multimedia untuk dapat melaksanakan tugasan dalam kumpulan. Tindakan mewujudkan sudut-sudut pembelajaran disokong oleh Morrow dan Weinstein (1982), yang menyatakan sedemikian “keep in mind to include a literacy center in your classroom to allow pupils to explore, investigate and discover knowledge”. Maka jelaslah, dengan adanya ruang-ruang fizikal di dalam bilik darjah mampu memupuk perpaduan dalam kalangan murid.

2.5 Guru Menganjurkan Pertandingan Hiasan Bilik Darjah dan Lukisan Mural di Sekolah

Seterusnya, guru boleh menganjurkan pertandingan hiasan bilik darjah dan lukisan mural di sekitar kawasan sekolah bertemakan etnik dan budaya. Murid diberi peluang dan kebebasan untuk bekerjasama antara satu sama lain untuk menghias bilik darjah mereka dengan bantuan nasihat dan pandangan guru. Ini adalah bagi memupuk rasa tanggungjawab dalam kalangan murid-murid selain bergaul dengan anggota bilik darjah. Antara kebebasan yang boleh diberikan adalah dengan membiarkan murid menyediakan sendiri jadual bertugas, menghias dinding dan papan kenyataan dengan mural, keratan akhbar tentang kaum dan etnik misalnya atau alat visual yang mengandungi unsur-unsur pendidikan dan pengetahuan. Selain itu, murid boleh menyediakan ruang untuk mempamerkan artifak-artifak etnik, budaya serta sejarah. Contohnya seperti alatan muzik bagi setiap budaya dan etnik di pamerkan di dalam bilik darjah. Murid-murid akan lebih tertarik untuk mengetahui cara alat muzik tersebut dimainkan. Oleh itu, dengan meletakkan bahan tersebut murid boleh memahami etnik serta budaya kaum lain dengan lebih mendalam. Seterusnya, guru juga boleh mengadakan pertandingan menghias bilik darjah sempena bulan kemerdekaan atau lukisan mural. Bagi lukisan mural, setiap bilik darjah akan diberikan ruang untuk membuat lukisan mural

berkenaan kemerdekaan. Secara tidak langsung ia mampu menyuntik semangat patriotism dalam kalangan murid. Penyediaan sudut mata muridan tentang tokoh-tokoh kemerdekaan serta pejuang negara juga diharap dapat menyedarkan murid dan menginsafkan murid agar menghargai keamanan negara dan meningkatkan ilmu pengetahuan mereka. Tuntasnya, guru amat berperanan sebagai agen sosialisasi dalam memupuk serta meningkatkan perpaduan dan integrase dalam kalangan murid di sekolah. 3.0 Rumusan

Secara keseluruhannya, guru memainkan peranan penting sebagai agen sosialisasi dalam membentuk perpaduan kaum di sekolah. Pelbagai kaedah yang berkesan perlu digunakan oleh guru untuk mencetuskan kesedaran murid tentang tanggungjawab mereka sebagai seorang warganegara dan kepentingan perpaduan dalam kalangan kaum. Seseorang guru yang memmuridi kebudayaan kaum lain akan membawa manfaat kepada diri dan juga murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Oleh itu, guru perlu memperlengkapkan diri dengan pelbagai ilmu kebudayaan kaum supaya ilmu tersebut dapat disampaikan kepada murid dengan tepat dan berkesan. Guru juga penting dalam menyampaikan ilmu perpaduan kepada murid. Hal ini demikian kerana penyampaian ilmu perpaduan yang berkesan kepada murid dapat menjamin keamanan dan keharmonian negara. Segala tingkah laku guru mudah diikuti oleh murid terutamanya murid sekolah rendah kerana murid menganggapkan guru sebagai idola mereka. Guru mempunyai potensi untuk mempengaruhi minda dan tingkah laku murid melalui tindakan dan tingkah laku mereka. Oleh itu, tanggungjawab seseorang guru sebagai agen perpaduan amat penting untuk mempertahankan keamanan dan kestabilan negara memandangkan peranan guru sebagai agen sosialisasi dalam membentuk perpaduan kaum di sekolah penting untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu. Jadi, pihak berkuasa seperti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai pihak peneraju perlu sentiasa mengenal pasti kaedah yang paling efektif dan mengoptimumkan kelebihan guru sebagai agen sosialisasi di sekolah supaya matlamat melahirkan bangsa yang bersatu padu dapat dicapai . Jika rakyat dalam sesebuah negara mempunyai semangat perpaduan yang kukuh, maka ekonomi dan politik negara itu tentu dapat mencapai tahap yang stabil dan maju. Kegagalan penerapan nilai-nilai perpaduan dalam kalangan masyarakat dalam sesebuah negara boleh membawa kepada kemusnahan dalam pelbagai bentuk seperti pergolakan dalaman atau campur tangan pihak luar.

Rujukan Abd. Rahim Abd. Rashid. 2001. Nilai-nilai Murni Dalam Pendidikan: Menghadapi Perubahan dan Cabaran Alaf Baru. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Ashley, K.S. & Trisha, D.S. 2013. Motivation among public primary school teachers In Mauritius. International Journal of Educational Management. 27(4): 446-464. Tarikh capaian: 1 March 2019. Lee Lam Thye. 2009. Konsep 1 Malaysia Hapus Polarisasi Kaum. Berita Harian, 27 Mei, 2009. Shahabuddin Hashim, Dr.Rohizani Yaakub & Mohd. Zohir Ahmad (2011). Pedagogi Strategi dan Teknik Mengajar dengan Berkesan. Kuala Lumpur: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Weinstein,C.S. (1987). Spaces for children. New York:Plenum Press. Zaliza Mohd Nasir & Norlin Ahmad. 2009. Pembangunan sosial dalam hubungan etnik. Dlm. Hubungan Etnik di Malaysia: Perspektif, Teori dan Praktik. 141-154. Skudai: Penerbit UTM Press. Zanariah Abd Mutalib. 2010. Guru Kena Kreatif Pupuk Perpaduan. Berita Harian. 1 September 2010.

Contoh Pelan Bilik Darjah Mesra Etnik Dan Budaya

PELAN LANTAI BILIK DARJAH MESRA ETNIK DAN BUDAYA

SUDUT GALLERY WALK

SUDUT INFROMASI

RUANG BEKERJA PAPAN PUTIH

MEJA KELOMPOK SUDUT KECERIAAN

MEJA DEMONSTARSI

TIKAR GETAH SUDUT TEKNOLOGI RAK BUKU RAK BEG

MEJA GURU

Related Documents

Tugasan%20pdpp.docx
November 2019 18
Tugasan Ma
May 2020 17
Tugasan 2
June 2020 19
Tugasan 1
October 2019 38
Tugasan 1
May 2020 19
Tugasan Vb
May 2020 27

More Documents from ""

Assignment.docx
October 2019 21
Tugasan 2a.docx
October 2019 25
Tagging Akuarium.docx
October 2019 27
Tugasan 2d.docx
November 2019 56
Bbm.docx
October 2019 37
C++ Assignment 1.docx
April 2020 16