BAHAN BANTU MENGAJAR DAN RASIONAL PENGHASILAN 1.0 PENGENALAN Berdasarkan Rancangan Pengajaran Individu (RPI) yang telah saya hasilkan kepada murid berkeperluan khas (MBK) disleksia adalah melibatkan tajuk Teknologi Pertanian iaitu menanam biji benih di dalam bekas bagi subjek Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 5. Standard pembelajaran bagi tajuk ini adalah memilih biji benih yang baik berdasarkan ciri-ciri seperti cukup matang, bernas, berbentuk normal dan tidak diserang perosak dan standard pembelajaran yang kedua adalah menyatakan nama dan fungsi alatan seperti sudip tangan, serampang tangan, pungkis dan penyiram. Oleh itu, objektif pengajaran yang perlu dicapai adalah murid mampu menyatakan empat ciri-ciri biji benih yang baik dengan betul dan empat nama alatan pertanian dengan tepat beserta fungsi secara individu. Menurut Noraziah (2010) penggunaan bahan bantu mengajar merupakan sebahagian daripada kaedah dan idea yang disampaikan oleh guru kepada muridnya. Dalam penghasilan RPI, saya telah merancang untuk menyediakan beberapa jenis bahan bantu mengajar (BBM) yang berbeza mengikut tahap dan masalah disleksia yang dihadapi murid iaitu sukar mengikuti arahan lisan yang panjang dan kesukaran menyalin maklumat dipapan putih atau buku teks. Oleh yang demikian, terdapat dua BBM yang ingin saya ketengahkan dalam penghasilan RPI saya iaitu buku pop-up yang saya akan gunakan pada langkah fasa tindakan dan permainan slaid imbas kembali pada bahagian penutup.
2.0 BAHAN BANTU MENGAJAR 2.1 BUKU POP-UP Buku pop-up ini adalah melibatkan murid perlu melaksanakan beberapa aktiviti mudah mengikut arahan yang pendek dan jelas. Buku pop-up dipilih sebagai BBM utama kerana ia mengandungi visual yang menarik amat sesuai digunakan oleh murid disleksia (Supiah, 2005). Dengan menggunakan buku pop-up ini, proses pengajaran dan pemudahcaraan dapat dijalankan dengan lebih menarik di dalam bilik darjah. Hal ini kerana, murid dapat melihat visual sebenar alatan pertanian. Dengan ini, murid akan lebih mudah memahami topik ini. Buku pop-up ini, menyediakan beberapa aktiviti mudah berkaitan nama alatan pertanian berserta fungsi. Justeru itu, murid akan lebih mudah untuk mengingati nama dan fungsi alatan pertanian berbanding penggunaan pengajaran konvesional yang memerlukan murid untuk membaca buku teks dan nota pada papan putih. Hal ini kerana, murid disleksia tidak mampu untuk menerima arahan berbentuk lisan dengan dengan panjang (Sue, 2012). Oleh yang demikian, buku popup yang dihasilkan mempunyai arahan secara bertulis dengan ringkas.
Jadi, murid dapat mengambil masa untuk membaca arahan dengan jelas. Selain itu, BBM dapat mewujudkan suasana persekitaran yang sesuai kepada murid. Jika BBM digunakan dengan teratur semasa memberi penerangan, pengajaran yang disampaikan akan mencetuskan minat murid (Noor, 2010). Norma (2004), juga menyatakan bahawa penggunaan BBM yang sesuai akan mendorong minat murid untuk mengikuti proses pembelajaran yang menyeronokkan. Maka jelaslah, penghasilan buku pop-up nama dan fungsi alatan pertanian mampu memberikan kesan positif dalam proses pembelajaran murid bermasalah disleksia di dalam bilik darjah.
2.1.1
Langkah Penggunaan Buku Pop-Up
1. Guru memberikan murid sebuah buku Pop-Up yang memerlukan murid untuk memilih jawapan yang betul berkenaan nama dan fungsi alatan pertanian. 2. Murid dikehendaki melengkapkan semua aktiviti yang terdapat di dalam buku Pop-Up dengan mengikut arahan yang betul. i.
Latihan nama alatan pertanian:
Guru menyebut nombor berdasarkan rajah alatan.
Murid perlu menarik tempat jawapan dan berhenti pada nama alatan yang betul.
ii.
Jawapan murid akan disemak oleh guru.
Latihan fungsi alatan pertanian:
Murid membaca soalan ringkas berkenaan fungsi alatan.
Murid perlu memilih satu daripada empat rajah alatan berdasarkan soalan yang telah dibaca.
iii.
Guru menyemak jawapan murid.
Jom Main- Mencantum Kepingan Puzzles
Selepas menyelesaikan aktiviti, murid diberikan masa oleh guru untuk memasang kepingan puzzles.
3. Murid perlu memberi maklum balas kepada guru tentang tahap kefahaman berkenaan tajuk yang telah dipelajari.
2.2 SLAID INTERAKTIF (JOM MEMANCING) BBM kedua yang ingin ditengahkan dalam penghasilan RPI saya adalah slaid interaktif bagi mengimbas kembali topik yang telah dipelajari oleh murid bermasalah disleksia. Slaid Jom Memancing ini dibina secara interaktif menggunakan komputer iaitu mempunyai animasi visual dan audio yang menarik bagi menarik minat dan fokus murid untuk mengimbas kembali topik yang telah dipelajari. Di dalam slaid imbas kembali ini, murid perlu menjawab sepuluh soalan ringkas berdasarkan topik yang telah dipelajari. Menurut Finkbeiner (2001), tiga komponen utama yang perlu ada di dalam pengajaran berbantukan BBM iaitu komputer, bahasa dan pembelajaran. Manakala Saridah (2010), pula menyatakan bahan bantu mengajar sesuatu mata pelajaran seperti perisian multimedia dapat menyokong pembelajaran kendiri. Perisian-perisian memberi peluang kepada murid untuk memilih maklumat yang disukai mengikut kebolehan masing-masing kerana murid dapat memilih masa, kandungan serta hala tuju pembelajaran dengan kadar yang cepat.
Dengan menggunakan kemudahan komputer dan perisian, pembelajaran dapat dilakukan berulang kali, terutamanya untuk topik yang agak sukar. Justeru itu, murid dapat menggunakan masa semaksimum untuk menyelesaikan soalan. Hal ini kerana, murid disleksia tidak boleh diberi tekanan untuk menerima sesuatu pengajaran (Rizal,
2008).
Oleh yang
demikian,
slaid interaktif
ini dihasilkan dengan
menitikberatkan aspek seperti tidak menggunakan arahan dan kenyataan yang panjang. Justeru, pilihan jawapan yang diberikan hanya dua iaitu “Ya” atau “Tidak” bagi memudahkan dan tidak mengelirukan murid. Namun begitu, guru perlu memahami konsep dan prosedur pelaksanaan pengajaran menggunakan komputer agar memberikan kesan yang optimum kepada murid. Maka jelaslah, penggunaan Jom Memancing ini mampu memberikan impak positif kepada murid bermasalah disleksia di dalam bilik darjah.
2.2.1
Langkah Penggunaan Slaid Interaktif (Jom Memancing)
1. Guru menayangkan slaid interaktif. 2. Murid dikehendaki menjawab soalan berdasarkan kenyataan yang telah disediakan dengan mengikut arahan ringkas yang ditayangkan. 3. Murid dikehendaki memilih “Ya” jika kenyataan yang diberikan adalah betul. 4. Murid memlih “Tidak” jika kenyataan yang diberikan adalah betul. 5. Murid dan guru dapat melihat kefahaman keseluruhan tajuk berdasarkan markah yang telah diperolehi.
3.0 Sumbangan Bahan Bantu Mengajar kepada Murid Berkeperluan Khas
3.1 Kognitif Murid Mengikut teori perkembagan kognitif Piaget (1978), tahap perkembangan kognitif murid-murid sekolah rendah adalah pada tahap operasi konkrit. Pada tahap ini, murid berkeupayaan untuk berfikr dan bukannya persepsi semata-mata. (Mariani et al., 2008; Lampl, 2008). Bahan bantu mengajar yang dibina mampu membantu meningkatkan kognitif Murid Berkeperluan Khas (MBK) bermasalah disleksia. Hal ini kerana, BBM yang dibina memerlukan murid menggunakan keupayaan berfikir dan menaakul dengan baik. Kedua-dua BBM yang dibina iaitu buku pop–up dan slaid interaktif memerlukan murid untuk menyelesaikan beberapa latihan ringkas bagi memberikan kefahaman yang lebih mendalam kepada murid tentang topik yang dipelajari. Menurut Cook & Cook (2009), antara strategi yang boleh digunakan untuk meningkatkan kognitif murid adalah dengan cara penyusunan, penghuraian dan gambaran. Bagi MBK bermasalah disleksia, penggunaan strategi seperti gambaran amat sesuai dengan kognitif murid. Hal ini kerana, murid bermasalah disleksia kebiasaanya mempunyai masalah dalam menyalin nota dan masalah dalam ingatan. Oleh yang demikian, BBM yang dibina menggunakan pelbagai gambar atau visual yang menarik bagi memudahkan murid mengingat dan memahami topik dengan mudah. Selain itu, arahan yang digunakan dalam BBM amat mudah dan ringkas. Justeru, murid bermasalah disleksia tidak akan mudah keliru. Maka jelaslah, BBM yang dibina mampu meningkatkan kognitif MBK bermasalah disleksia. 3.2 Kemahiran Motor Menurut Woolfolk, 2012; Kail & Cavanaugh (2010), BBM yang baik adalah yang mampu membantu murid meningkatkan kemahiran motor halus dan kasar. BBM yang dibina memerlukan murid melaksanakan beberapa aktiviti seperti membuka buku pop-up, mencantumkan kepingan puzzles dan menggerakkan tetikus bagi slaid interaktif. Hal ini, mampu meningkatkan kemahiran motor halus murid secara tidak langsung. Kemahiran motor halus merupakan satu kemahiran yang melibatkan kumpulan otot-otot kecil atau halus dan sukar dilihat (Mariani & Ibrani, 2008). Sigelman (2015), perkembangan kemahiran motor halus adalah keupayaan memegang pensil, melukis, menulis, mengikat tali kasut atau membutang baju terutama dengan tunjuk ajar yang bersesuaian dan berkesan. Pembentukan kemahiran motor amat penting kerana ia akan memberi kesan kepada tingkah laku murid. Jelaslah, dengan menggunakan BBM yang dibina mampu meningkatkan kemahiran motor halus murid bermasalah disleksia.
3.3 Perkembangan Sosial Perkembangan sosial ialah kemahiran murid untuk berinteraksi dengan orang lain (Suppiah et al., 2008). Perkembangan sosial dalam dunia murid lebih tertumpu kepada hubungan persahabatan dan mendapat kawan. BBM yang dibina mampu membentuk dan membina pergaulan sosial dan estim diri. Hal ini kerana, BBM yang dibina membolehkan murid MBK bersama-sama murid lain bekerjasama secara kolaborasi bagi menyiapkan latihan dan tugasan. Dengan ini, interaksi sosial antara murid MBK dan murid arus perdana dapat ditingkatkan. Menurut Bee & Byod (2010), rakan merupakan tempat murid berkongsi pendapat, bermain dan bekerjasama. Maka jelaslah, BBM yang dihasilkan mampu meningkatkan perkembangan sosial antara murid MBK dan murid arus perdana di dalam bilik darjah.
RUJUKAN Bee, H. & Byod, D. (2010). The Developing Child (12th ed.). Boston: Allyn & Bacon.
Cook, J.L. & Cook, G. (2009). Child Development: Principles and Perspectives. Boston: Pearson
Finkbeiner (2001). Psikologi pendidikan untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 3. Subang jaya: Kumpulan Budiman.
Hamdan & Saridah (2010). Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa. Selangor Darul Ehsan: Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Mariani Mansor (2008. Kanak-kanak Sekolah Rendah. Dalam Rozumah Baharudin & Rahimah Ibrahim. Keluarga Kanak-kanak & Remaja. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Mohd. Rizal Mohd. Said dan Muallimah Arshad (2008). Masalah Guru Pendidikan Khas Intergrasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Hidup di Sekolah Menengah, Daerah kota Tinggi, Johor. Kertas Projek Universiti Teknologi Malaysia. Skudai. Noor Azlan bin Ahmad Zanzali & Nurdalina binti Daud, “Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Di Kalangan Guru Pelatih UTM Yang Mengajar Matapelajaran Matematik” dicapai 27 April 2014 dari http://eprints.utm.my/10261/2/Nurdalina_binti_Daud.pdf.
Noraziah. (2010). Keperluan Pendidikan Inklusif dalam Program Pendidikan Arus Perdana di Malaysia. Bangi. UKM.
Norma Binti Haji Hassan. (2004). Hubungan di antara penggunaan bahan bantu mengajar dengan minat pelajar tahun lima di Sekolah Chepa, Kelantan. Tesis Sarjana yang belum diterbitkan. Tanjung Malim, Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Diperoleh pada 20 Ogos 2012 dari http://images.dehewaraspak.multiply.multiplycontent.com/ id=58573975
Sigelman, C.K. (2015). Life-span Human Development. (8th ed.) California: Wadsworth Cengage Learning. Sue (2012). Isu Pendidikan Inklusif. Diambil daripada http://cikgusuepkhas.blogspot.com/2012/02/isu-pendidikan-inklusif.html Supiah Saat (2005). Peranan Guru Dalam Perlaksanaan Pendekatan Pendidikan Inklusif
di
Malaysia. Kuala Lumpur: Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia. Suppiah Nachiappan (2008). Psikologi Pendidikan. Shah Alam: Oxford Fajar.