Tugasan 2a.docx

  • Uploaded by: Fatin Syahirah Zulkifli
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tugasan 2a.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,745
  • Pages: 6
1.0 Pengenalan Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4 (2014), hubungan ialah kaitan, pertalian, sangkut paut. Hubungan etnik pula bermaksud perkaitan atau pertalian antara etnik atau kaum. Etnik pula dari segi bahasa boleh didefinisikan sebagai kaum atau bangsa. Dari segi istilah, etnik adalah kelompok manusia yang ditentukan melalui perbezaan ciri-ciri budaya seperti adat resam, pakaian, bahasa, kegiatan ekonomi dan sebagainya. Etnik juga dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya. Malah, etnik juga dapat dikelaskan mengikut demografi iaitu mengikut kedudukan geografi dan sempadan negeri. Contohnya di Sabah dan Sarawak terdapat pelbagai kumpulan etnik pada kedudukan geografi yang berbeza. Hubungan etnik dan integrasi nasional adalah isu yang penting dalam pembinaan negara Malaysia yang berbilang etnik seperti etnik Melayu, Cina, India, Orang Asli, Kadazandusun, Bajau, Iban, Bidayuh dan sebagainya (Hamidah et. al, 2009). 2.0 Hubungan Etnik di Malaysia Malaysia sering menghadapi pelbagai cabaran dalam usaha mencapai perpaduan masyarakat berbilang kaum. Menurut kenyataan Mohd Ridhuan Tee Abdullah (2010), cabaran merujuk sesuatu unsur, faktor, kesan dan sebagainya yang menguji kemampuan seseorang atau sesuatu organisasi. Adalah ingin diketengahkan bahawa, terdapat beberapa cabaran penting dalam menstabilkan politik negara kita. Antara contoh cabaran politik dalam konteks hubungan etnik di Malaysia adalah isu politik perkauman dan keagamaan. Kepelbagaian etnik di Malaysia telah menyebabkan wujudnya pelbagai parti politik yang secara langsung mahupun tidak langsung merancakkan agenda politik negara. Namun begitu, politik perkauman yang masih mewarnai politik Malaysia dapat menggugat kestabilan politik mahupun perpaduan kaum yang telah lama terbentuk. Hal ini dapat dilihat melalui tuntutan dan luahan hati wakil etnik tertentu sama ada daripada parti pemerintah dan pembangkang. Manipulasi atau penyahlahgunaan kuasa oleh pihak tertentu yang mempermainkan isu perkauman serta keagamaan ketika kempen pilihan raya umpamanya, memburukkan lagi keadaan. Isu perkauman dan keagamaan sengaja ditimbulkan untuk menjamin kedudukan atau kepentingannya dan kroninya terpelihara. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan contoh terbaik kesan daripada politik perkauman yang berlaku di Malaysia. Mohd Ali Kamaruddin (1998), juga menjelaskan punca konflik hubungan etnik adalah dari masalah polarisasi kaum yang amat ketara. Punca lain ialah peranan media masa yang memecahbelahkan dengan menimbulkan perasaan perkauman demi kepentingan peribadi. Secara kesimpulannya, sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, suara rakyat perlu diambil perhatian yang diberikan tindakan penyelesaian masalah secara telus. Keamanan dan kesejahteraan pastinya kekal dengan pendirian negara yang mantap lagi mapan.

3.0 Cabaran-Cabaran Politik dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia Kemerdekaan dalam erti kata berkerajaan sendiri amat mempengaruhi nasib, pegangan politik, pemikiran, peradaban serta pegangan identiti para penduduk Malaysia. Oleh kerana Malaysia adalah sebuah negara demokrasi, maka setiap rakyat mempunyai hak menentukan halatuju dan matlamat keuntungan hidup masing-masing. Atas alasan itulah sebilangan masyarakat Malaysia yang beridentitikan kemajmukan mempunyai halatuju hidup yang pelbagai hala antara satu sama lain, jelasnya dibuktikan melalui ideologi politik yang berbeza. Selepas lebih enam dekad merdeka, Malaysia masih berhadapan dengan pelbagai isu dan cabaran politik perkauman dan keagamaan yang boleh menggugat perpaduan kaum. Sejarah Malaysia menunjukkan aspek politik dan isu ekonomi yang menjadi asas kepada konflik antara Melayu dan bukan Melayu dalam masyarakat di Malaysia. Kajian yang dijalankan ini melihat sensitiviti agama merupakan satu faktor yang mempengaruhi berlakunya konflik dalam masyarakat yang berbilang kaum khususnya di negara kita Malaysia. Banyak kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji terdahulu antaranya Halimahton, Hua dan Raman (2006), yang mengenal pasti beberapa faktor yang menyumbang kepada konflik yang berlaku dan daripada kajian-kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji lepas menunjukkan isu agama pada 10 tahun kebelakangan ini amat serius untuk diperbincangkan (Mansor, 2006). Namun kini, agama menjadi perintis utama sebagai isu yang besar tentang perpaduan kaum di semenanjung Malaysia. 3.1 Isu Anggota Bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim dalam Insiden Rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman. Politik perkauman dan keagamaan ini mampu memberi akibat buruk yang mampu merugikan rakyat di negara ini seperti kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda. Sebagai contoh, isu anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman. Muhammad Adib bin Mohd Kassim merupakan seorang anggota bomba yang disahkan meninggal dunia pada jam 9.41 malam akibat kecederaan serius selepas diserang dan dipukul dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di Seafield, Subang Jaya pada 27 November 2018 (Muhyiddin, 2018). Menurut Siraj (2018) isu perpindahan kuil telah menjadi punca rusuhan ini berlaku. Menurut Muhyiddin (2018), pada 26 November 2018 sekitar jam 2.40 pagi, bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya telah menerima panggilan daripada orang awam mengenai insiden kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman, Seafield. Hal ini kerana pada 25 hingga 26 November 2018, telah diadakan mesyuarat tergempar bahawa akan ada usaha daripada pihak pemaju untuk datang menghalau orang-orang di dalam kuil dan memulakan kerja pembersihan kuil mulai Isnin (26 November). Pada pukul 2 pagi,

sekumpulan lelaki Melayu dalam lingkungan seramai 50 hingga 100 orang berpakaian hitam yang dipercayai telah dibayar oleh pihak pemaju telah datang menyerbu kuil dan mengarahkan orang untuk keluar, keadaan menjadi tidak terkawal dan perkara ini telah diviralkan di media sosial menggunakan fungsi Live Facebook. Anggota bomba yang berada berhampiran kawasan kuil cuba untuk memadam kebakaran ekoran rusuhan terhadap kenderaan milik bomba. Dalam kejadian tersebut, seorang anggota bomba Mohammad Adib bin Kassim telah dicederakan oleh sekumpulan individu yang tidak dikenali. Beliau mengalami kecederaan serius dan telah dibawa ke Subang Jaya Medical Centre (SJMC) oleh orang awam untuk mendapatkan rawatan. Kumpulan perusuh ini juga bergerak ke pejabat One City Development Sdn Bhd. Mereka bertindak memecahkan dinding cermin bangunan, merosakkan peralatan di dalam bilik pameran dan membakar beberapa buah kenderaan. Maka jelaslah, isu perkauman dan keagaman ini mampu memberi kesan dan akibat yang buruk seperti kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda. 3.2 Isu Meratifikasi Dan Penolakan International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD) Malaysia Selain itu, isu potilik perkauman dan keagamaan yang ingin ditengahkan adalah meratifikasi dan penolakan ICERD Malaysia. ICERD adalah singkatan kepada International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination atau Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum (Mohd Firdaus Salleh Hudin, 2018). Setakat November 2018, sebanyak 179 negara sudah meratifikasi ICERD (Syariman Badrulzaman et. al, 2019). Kenyataan ini turut disokong oleh Bernama (2018), selain Malaysia, negara lain yang tidak meratifikasi ICERD adalah Korea Utara, Myanmar, Angola, Bhutan, Brunei dan negara baru iaitu Sudan Selatan. Baki negara yang belum meratifikasi ICERD adalah kepulauan kecil iaitu Kepulauan Cook, Dominica, Kiribati, Kepulauan Marshall, Micronesia, Niue, Samoa, Tuvalu, Vanuatu, Nauru dan Palau. Dalam dunia Islam, semua negara Islam telah meratifikasi ICERD, kecuali dua negara. Arab Saudi, Iran, Indonesia, Palestin, Mesir, Pakistan, Iraq dan Turki adalah antara 55 negara Pertubuhan Kerjasama Islam yang meratifikasi ICERD. Hanya dua negara Islam belum meratifikasi ICERD iaitu Malaysia dan Brunei (Syariman Badrulzaman et. al, 2019). Kesan meratifikasikan ICERD adalah sangat besar kerana akan menganggu-gugat kontrak sosial negara yang telah dipersetujui semua kaum sebelum merdeka (Hamidi, 2018). Seperkara lagi yang menjadi isu ialah Malaysia tidak pernah turut serta dalam membina intipati perjanjian ICERD tersebut. Ia dibina oleh negara-negara lain yang menyertainya. Maka amatlah pelik sekiranya Malaysia menerima membuta tuli penyelesaian

bagi negara lain untuk dilaksanakan dalam negara ini. Kenyataan ini disokong oleh Mohd Firdaus Salleh Hudin (2018), yang mengatakan kesan meratifikasi ICERD adalah meluas dan boleh mengganggu ketenteraman awam negara ini. ICERD akan mengancam kedudukan istimewa orang Melayu dan Islam di negara ini. Malaysia tidak mempunyai apa-apa masalah kekacauan besar selepas peristiwa 13 Mei 1969. Keamanan dan kesejahteraan ini tidak seharusnya diperjudikan semata-mata kerana mahu mengikut jejak negara-negara lain yang sememangnya mempunyai struktur masyarakat dan sejarah yang berbeza dengan Malaysia. Namun begitu, pada 23 November 2018, kerajaan mengambil keputusan untuk tidak meratifikasi ICERD selepas beberapa minggu berlakunya demonstrasi (Bernama, 2018). ICERD yang diusahakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 1965 bertujuan menangani masalah perkauman, namun di Malaysia ia dilihat sebagai satu ancaman terhadap kedudukan istimewa orang Melayu (Artikel 153) dan Islam (Saadiah Ismail, 2018). 4.0 Rumusan Berdasarkan contoh-contoh yang diberikan ini menunjukkan politik perkauman dan keagamaan merupakan satu cabang yang membawa perpaduan dan permasalahan antara tiga kaum terbesar di Malaysia. Bagi Dawi (2008), konflik politik perkauman dan keagamaan merupakan masalah yang kompleks dan apabila ini berlaku tentulah wujudnya penindasan. Ini boleh menyebabkan atau mendorong kepada berlakunya perasaan tidak puas hati dan mungkin boleh menyebabkan ketegangan di kalangan masyarakat atau kelompok-kelompok tertentu. Ini bermakna isu akan membawa lebih banyak kesan-kesan negatif sahaja. Kesan buruk boleh dikategorikan sebagai kesan sosial, kesan ekonomi dan kesan kepada imej negara (Kahmad, 2002). Seharusnya, warna warni kehidupan masyarakat akan lebih bertambah utuh dan harmoni dengan kewujudan pelbagai agama yang sama-sama mengamalkan sikap toleransi dan nilai kasih sayang demi kesatuan dan pembangunan insan yang lebih proaktif dalam menyemarakkan lagi misi dan visi ke arah transformasi negara. Kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu dalam usaha membina hubungan etnik yang harmonis selaras dengan perkembangan politik yang merupakan cabaran yang perlu dihadapi oleh Malaysia. Hal ini kerana, politik perkauman dan keagamaan yang turut mewarnai senario politik negara ini dilihat sebagai satu ancaman. Oleh itu, semua pihak daripada semua peringkat umur perlu berusaha dan bekerjasama bagi memastikan sentimen perkauman tidak berkembang dalam kalangan rakyat.

Rujukan Dawi, A.H. 2010. Kepentingan Identiti dan Perjuangan Etnik dalam Masyarakt Malaysia. Persidangan Antrabangsa Minoriti dan Majoriti: Bahasa, Budaya dan Identiti. 23-24 November 2010, Kuching, Sarawak Halimahton S, Hua N.T & Raman. 2006. Covering race and religion: the Moorthy and Nyonya Tahir cases in Four Malaysian Newspapers. Kajian Malaysia. Vol. XXIV, No.1&2, pp.185-201. Hamidah Abdul Rahman, Norlin Ahmad & Shah Rollah Abdul Wahab. (2009). KonsepKonsep Asas Hubungan Etnik. Diperoleh pada 15 Februari 2019 daripada laman http://eprints.utm.my/id/eprint/14559/1/HamidahAbdulRahman2009_KonsepkonsepAsasHubunganEtnik.pdf Hamidi Ismail, Kalthum Hassan & Mohd Nizar Zakaria. (n.d.). Kesederhanaan Ke Arah Perpaduan Kaum Di Malaysia. Diperoleh pada 20 Februari 2019 daripada laman http://penerbit.uthm.edu.my/ojs/index.php/JTS/article/viewFile/1524/1021 Kahmad, H.2002. Sosiologi Agama. Bandung: PT. Remaja Rosdakarya Mansor Mohd Noor, Abdul Rahman & Ainuddin .2006. Hubungan Etnik di Malaysia. Kuala Lumpur: Prentice Hall Malaysia Mohamad Ridzuan Mohd Anwar. (2018). Petisyen Desak Waytha Moorthy Letak Jawatan Ditandatangani 292,160 Individu. Diperoleh pada 15 Februari 2019 pada laman https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/12/511247/petisyen-desak-waytha moorthy-letak-jawatan-ditandatangani-292160 Mohd Ali Kamaruddin (1998), Penaungan Dalam Kepimpinan Politik Merlayu; UMNO Kelantan 1946-1990. Tesis, Institut Pengajian Siswazah dan Penyelidikan Universiti Malaya, h.321. Mohd Firdaus Salleh Hudin. (2018). Sepuluh Sebab Himpunan Aman Tolak Icerd Perlu Diteruskan. Diperoleh pada 15 Februari 2019 daripada laman https://www.ismaweb.net/2018/12/05/10-sebab-himpunan-aman-tolak-icerd-perluditeruskan1/

Muhyiddin Yassin. (2018). Muhyiddin Jelaskan Kronologi Insiden Di Kuil Sri Maha Mariamman. Diperoleh pada 16 Februari 2019 daripada laman https://www.roketkini.com/2018/11/29/muhyiddin-jelaskan-kronologi-insiden-di-kuilsri-maha-mariamman Saadiah Ismail. (2018). Majoriti NGO Islam tolak ICERD. Diperoleh pada 1 Mac 2019 daripada laman https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/11/393670/majoriti-ngo-islam-tolak-icerd Siraj Mohd Zaini. (2018). GERAS Anjur Himpunan Aman Keadilan Adib. Diperoleh pada 15 Februari 2019 pada laman https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/12/511344/geras-anjur-himpunanaman-keadilan-adib Syariman Badrulzaman, Nigel Aw, Lee Long Hui, Sean Ho, Koh Aun Qi, Wahyudi Yunus, Pamella Lim. (2019). Penolakan ICERD Malaysia di Mata Dunia. Diperoleh pada 1 Mac 2019 daripada laman https://pages.malaysiakini.com/icerd/my/.

Related Documents

Tugasan%20pdpp.docx
November 2019 18
Tugasan Ma
May 2020 17
Tugasan 2
June 2020 19
Tugasan 1
October 2019 38
Tugasan 1
May 2020 19
Tugasan Vb
May 2020 27

More Documents from ""

Assignment.docx
October 2019 21
Tugasan 2a.docx
October 2019 25
Tagging Akuarium.docx
October 2019 27
Tugasan 2d.docx
November 2019 56
Bbm.docx
October 2019 37
C++ Assignment 1.docx
April 2020 16