Assignment.docx

  • Uploaded by: Fatin Syahirah Zulkifli
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Assignment.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 2,020
  • Pages: 8
1.0 Pengenalan Murid berkeperluan khas (MBK) merujuk kepada kanak-kanak istimewa iaitu luar biasa atau tercabar dari segi intelek, jasmani, sosial dan emosi. Antaranya termasuklah murid yang menghadapi penyakit autisme, down sindrom, masalah pembelajaran disleksia, lewat perkembangan palsi serebrum, kecacatan pendengaran dan penglihatan dan pintar cerdas. Kumpulan ini memerlukan pendidikan khas. Kementerian Pendidikan Malaysia (2013), murid berkeperluan khas boleh memilih satu daripada tiga opsyen persekolahan iaitu Sekolah Pendidikan Khas, Program Pendidikan Khas Integrasi dan Program Pendidikan Inklusif (PPI). Setiap opsyen persekolahan memainkan perananan dan fungsi yang tersendiri. PPI merupakan program pendidikan untuk murid MBK yang belajar bersama-sama dengan murid arus perdana yang menempatkan satu hingga lima orang murid MBK berada di dalam satu kelas. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2013), PPI merupakan satu wahana bagi menyediakan akses dan peluang pendidikan kepada MBK. PPI ini berupaya merealisasikan anjakan pertama Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 (PPM 2013-2025) iaitu menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa. Hal ini kerana, pendidikan dilihat sebagai pengupaya mobiliti sosial. Justeru, PPI dilihat menyokong hasrat KPM mengamalkan prinsip pendemokrasian pendidikan dalam memastikan semua MBK mendapat pendidikan yang sewajarnya. Terdapat dua jenis PPI yang telah diperkenalkan iaitu yang pertama inklusif separa di mana MBK hanya belajar bersama-sama murid arus perdana bagi mata pelajaran dan aktiviti kokurikulum tertentu sahaja. PPI kedua adalah inklusif penuh iaitu MBK belajar sepenuh masa bersama-sama murid arus perdana. 2.0 Asas Sejarah Program Pendidikan Inklusif Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu atau United Nations Educational Scientific and Cultural Organisation (UNESCO) menyatakan, sekolah biasa yang mempunyai orientasi Pendidikan Inklusif adalah kaedah paling berkesan bagi melawan sikap diskriminasi terhadap murid keperluan khas. UNESCO menggesa semua kerajaan menjalankan dasar Pendidikan Inklusif dengan mendaftarkan murid berkeperluan khas di sekolah-sekolah biasa. Dalam kepesatan dunia menongkah arus kemajuan ekonomi dan teknologi kini, pendidikan masih menjadi tonggak dan fokus utama yang sentiasa dititikberatkan daripada segala aspek. Beberapa negara maju seperti Amerika Syarikat dan Britain sangat menekankan konsep pencampuran antara murid arus perdana dan murid berkeperluan khas (MBK) atau lebih sinonim dan dikenali dengan Program Pendidikan Inklusif (PPI). Di Amerika

Syarikat, ia dimulakan dengan Akta Pendidikan untuk Semua Kanak-kanak Cacat 1975, kemudian bertukar nama menjadi Akta Individu Kurang Upaya (IDEA) 1990, dan beberapa pengubahsuaian pada akta ini pada tahun 1997. Semua akta ini memastikan khidmat pendidikan disediakan untuk semua murid, tanpa mengira sifat kurang upaya atau keperluan pembelajaran mereka (Supiah, 2010). Di Britain, Akta Murid-Murid 1989 telah diperkenalkan bagi memperkukuhkan pelaksanaan Pendidikan Inklusif melalui dua perubahan yang ditekankan. Menurut perubahan kedua konsep pengasingan tempat belajar murid-murid berkeperluan khas diganti dengan konsep integrasi atau inklusif iaitu murid-murid berkeperluan inklusif belajar bersama dengan murid-murid biasa dalam sekolah dan kelas yang sama. Justeru, dasar pendidikan inklusif di Britain ini telah digunakan oleh beberapa negara maju lain. Menurut Zaleha (1997), perubahan kearah Pendidikan Inklusif di negara membangun lain termasuk Malaysia telah bermula dengan penglibatan di persidangan dan bengkel peringkat antarabangsa di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Conventions on the Rights of the Child, 1989; United Nations Standard Rules on the Equalisations of Opportunities for Persons with Disabilities, 1993). 3.0 Matlamat Dan Objektif Program Pendidikan Inklusif Pendidikan Inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah pendidikan yang diberikan kepada MBK untuk belajar bersama-sama dengan murid-murid arus perdana, di dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa (Abdul Rahim Selamat, 1994). Antara matlamat dan objektif Program Pendidikan Inklusif adalah: 3.1 Matlamat Menurut Kamariah Jalil (1995), PPI melibatkan MBK di dalam kelas arus perdana bersama murid-murid lain di mana keperluan dan bantuan yang sesuai kepada mereka dititikberatkan

bagi

membolehkan

mereka

mengikuti

proses

pembelajaran

dan

pemudahcaraan (PdPC) bersama murid yang lain. Matlamat PPI ialah untuk meningkatkan penyertaan dan peluang kepada MBK mengikuti program PdPC bersama-sama murid di arus perdana. PPI juga memberi kesedaran kepada masyarakat supaya tidak menafikan potensi MBK dan menerima bahawa ketidakupayaan mereka boleh diminimakan jika diberi peluang yang sama. (Garis Panduan PPI, KPM 2013). Di samping itu, matlamat PPI ialah untuk meningkatkan penyertaan dan memberi peluang kepada MBK mengikuti program akademik dan bukan akademik bersama-sama murid di arus perdana. PPI juga memberi kesedaran kepada masyarakat supaya tidak menafikan potensi MBK dan percaya bahawa ketidakupayaan mereka boleh diminimakan jika diberi peluang yang sama.

3.2 Objektif Objektif PPI pula adalah untuk memastikan MBK mendapat hak yang sama rata untuk belajar dalam persekitaran dalam suasana yang kondusif tanpa halangan justeru membantu membina keyakinan diri MBK bagi mencapai potensi yang optimum. Lee Kok Cheong (2017) menyatakan melalui PPI, MBK dapat menyesuaikan diri dengan murid arus perdana bagi meningkatkan kemahiran kehidupan harian. Malah dapat juga memastikan proses penyesuaian diri dengan murid arus perdana bagi meningkatkan kemahiran komunikasi, perbincangan dalam urusan kehidupan seharian mereka. Hal ini, telah ditekankan melalui Teori Pembelajaran Lev Vygotsky (1896-1934) iaitu interaksi sosial sangat penting dalam perkembangan kognitif murid-murid. Apabila murid berkeperluan khas mampu menyesuaikan diri dengan persekitaran dan berkolaborasi dengan masyarakat, secara tidak langsung, mereka mampu mengembangkan sesuatu pengetahuan yang baru.

4.0 Dasar Antarabangsa Dan Kebangsaan Inklusif “Regular schools with an inclusive orientation are the most effective means of combating discriminatory attitudes, creating welcoming communities, building an inclusive society and achieving education for all.......” (KPM, 2013: UNESCO, 1994). Deklarasi tersebut merupakan peryataan Salamanca oleh UNESCO 1994. Kenyataan Salamanca di atas mendukung prinsip Pendidikan Untuk Semua (Education For All) yang menyokong bahawa kanak-kanak berkeperluan khas mempunyai hak mendapat pendidikan yang sama rata dengan rakan-rakan mereka dalam Pendidikan Inklusif. Dengan kata lain, semua kanakkanak, sama ada mempunyai keperluan khas atau tidak, sepatutnya belajar bersama di dalam kelas yang sama. PPI juga merupakan kaedah terbaik dalam menentang sikap diskriminasi. Di Malaysia, Akta Orang Kurang Upaya 2008 juga memaktubkan dalam undangundang pendidikan sama rata bagi kanak-kanak kurang upaya iaitu Akta 685 di bawah Seksyen 28(1) yang menyatakan “orang kurang upaya tidak boleh dikecualikan daripada system pendidikan umum atas asas ketidakupayaan, dan kanak-kanak kurang upaya tidak boleh dikecualikan daripada pendidikan prasekolah, rendah, menengah dan tinggi, atas asas kesetaraan dengan orang atau kanak-kanak upaya, termasuk latihan vokasional dan pembelajaran sepanjang hayat” Selain itu, peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 menunjukkan komitmen KPM dalam memperkasa pelaksanaan program pendidikan inklusif secara terancang dan berfokus.

5.0 Pelaksanaan Kejayaan Program Pendidikan Inklusif Bagi Mata Pelajaran Reka Bentuk Dan Teknologi PPI adalah ruang murid kelainan upaya bersama murid normal yang lain belajar dalam kelas yang sama tanpa halangan. MBK umumnya dianggap sebagai cabaran kepada kemahiran pengurusan dan pedagogi guru setelah menjelangnya abad ke 20 (Azad,2010). Bagi mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT), pelaksanaan PPI telah menghasilkan impak yang positif. Mata pelajaran RBT sangat penting untuk dipelajari oleh semua golongan murid bukan sahaja murid arus perdana malah juga MBK. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (1992), mata pelajaran ini diperkenalkan bertujuan untuk membekalkan kepada murid-murid kemahiran asas dalam mengendalikan hidup secara kreatif dan inovatif dalam dunia teknologi perdagangan. 5.1 Bahan Bantu Mengajar yang Menarik dan Fleksibel Dalam PdPC mata pelajaran RBT, guru lebih cenderung untuk menggunakan bahan bantu mengajar (BBM) berbentuk maujud. Hal ini, mampu menarik minat dan menggalakkan penglibatan maksimum oleh MBK. Menurut Noordin & Zainal (2010), menggunakan BBM yang betul, praktikal dan berinovasi akan dapat meningkatkan lagi pengetahuan dan kefahaman murid. Tajuk Teknologi Pertanian Tahun 4 misalnya, guru boleh menyediakan BBM alatan penanaman maujud seperti sudip tangan, serampang tangan, penyiram dan pungkis. Dengan ini, bukan sahaja murid arus perdana malah MBK mampu menguasi proses PdPC dengan lebih jelas dan menarik. Selain itu, guru-guru mata pelajaran RBT lebih menegaskan penggunaan BBM seperti peralatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan perisian yang sesuai serta peralatan audio visual bagi menarik minat MBK di dalam kelas arus perdana. Dalam hal ini, guru-guru perlu berfikir secara inklusif bermakna melihat semula kandungan dan memastikan sesuai untuk semua murid. Hal ini bermakna, guru memilih untuk tidak menggunakan kandungan yang tidak memenuhi jangkaan atau ekspektasi. Guru perlu membuat penilaian kursus terhadap elemen yang berikut: i.

Semua video mempunyai penerangan ringkas.

ii.

Warna yang digunakan mempunyai kontras yang jelas antara latar belakang dan latar depan.

Secara keseluruhannya, mata pelajaran RBT kini lebih menekankan penggunaan BBM yang mampu memberikan impak positif kepada semua golongan murid supaya tidak berlaku keciciran sekaligus hasil pembelajaran dapat dicapai dengan lebih teratur dan sistematik. Oleh yang demikian, guru haruslah membuat persediaan yang rapi supaya sukatan pembelajaran dan BBM yang dihasilkan boleh diterima oleh semua murid.

5.2 Infrastruktur dan Prasarana yang Lengkap dan Sesuai Selain itu, kejayaan PPI adalah bergantung kepada keselesaan MBK di dalam kelas arus perdana. Sejajar dengan kenyataan ini, infrasruktur dan prasarana yang lengkap dan sesuai adalah penting untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan PPI di sekolah. Dalam konteks ini, infrastruktur yang dimaksudkan merujuk kepada kemudahan-kemudahan asas dan perkhidmatan sokongan yang mampu menggalakkan penglibatan aktif MBK (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). Bagi mata pelajaran RBT, kebanyakan bengkel terletak di bangunan bahagian bawah. Dengan ini, memudahkan MBK yang menggunakan kerusi roda untuk mengikuti PdPC. Selain itu, peralatan dan bahan di dalam bengkel adalah sentiasa di bawah kawalan guru. Maka, murid MBK dapat mengikuti proses PdPC dengan selamat. Justeru, di dalam bengkel RBT juga menyediakan pelbagai kit keselamatan seperti alat pemadam api dan peti kecemasan yang boleh digunakan jika berlaku sebarang kecemasan atau kecederaan. Hal ini, amat dititikberatkan bagi memastikan aspek keselamatan bengkel adalah pada tahap maksimum dalam segala aspek dan MBK berasa selamat untuk mengikuti proses PdPC. Di samping itu, aspek fizikal bengkel RBT mestilah diambil kira apabila melibatkan MBK. Antara pengurusan yang penting dalam kelas inklusif adalah penyusunan perabot. Di dalam bilik darjah, MBK akan disusun di bahagian depan supaya mudah dipantau dan dibantu oleh guru. Manakala di dalam bengkel, penyusunan perabot lebih menjurus kepada berkumpulan dalam memupuk kolaborasi antara murid. Dengan ini, secara tidak langsung MBK dapat bergaul dan menyesuaikan diri dengan murid arus perdana. Maka jelaslah, keperluan infrastruktur dan prasarana di persekitaran mampu melicinkan pelaksanaan PPI dan memberi keselesaan kepada MBK. Kesimpulannya, mata pelajaran RBT memainkan peranan dalam kejayaan pelaksanaan PPI. 6.0 Rumusan Guru-guru yang terlibat dalam kelas inklusif hendaklah bersedia untuk menghadapi sebarang rintangan dan halangan yang mendatang (Abdul Mutalib, 1994). Untuk menjana suasana pembelajaran yang kondusif, hubungan positif antara guru dan murid adalah penting. Sebagaimana sedia maklum, murid-murid berkeperluan khas mempunyai konsep kendiri yang rendah hasil interaksi yang negatif dan pengalaman yang tidak konstruktif. Untuk mengubah konsep kendiri murid berkeperluan khas, kerjasama semua pihak dan usaha gigih sangat diperlukan. Kolaborasi antara semua pihak yang terlibat amat diperlukan seperti kolaborasi antara pihak profesional seperti guru-guru mata pelajaran, guru kelas, guru pembimbing dan pihak pentadbir serta ibu bapa. Kolaborasi yang berkesan dapat diwujudkan jika semua pihak yang

terlibat mengamalkan pemikiran yang terbuka dan mempunyai matlamat yang sama, iaitu memaksimumkan

potensi

dan

meminimumkan

ketidakupayaan

kanak-kanak

khas.

Pelaksanaan Program Integrasi Pendidikan Inklusif memerlukan kerjasama semua pihak agar keberkesanan program dapat dilaksanakan dengan jayanya. Pendidikan Inklusif ini memberi peluang ke arah pemantapan sistem pendidikan untuk golongan bekeperluan khas di Negara kita sekaligus mengangkat martabat pendidikan Malaysia dipersada dunia.

Rujukan Abdul Mutalid Mohd Zain (1994). Panduan Pelaksanaan Pendidikan Inklusif Ke Arah Pengisian Wawasan Pendidikan untuk Semua. Bahagian Sekolah, Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Abdul Rahim Selamat. (1994). Strategi-strategi bagi pelaksanaan Pendidikan Inklusif.Bengkel Kebangsaan Pertama Pendidikan Inklusif. Seaview Hotel Langkawi. Azad Athahiri Anuar dan Norsayyidatina Che Rozubi. (2010). Keperluan Pendidikan Inklusif dalam Program Pendidikan Arus Perdana di Malaysia. Bangi. UKM. Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia. (2007). Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/2007: Garis Panduan Bidang Tugas Dan Tanggungjawab Guru Resos Program Pendidikan Khas Intergrasi Bermasalah Penglihatan. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. Buletin Anjakan: Buletin Trasformasi Pendidikan Malaysia. (2015). Dicapai pada 13 Ogos daripada http://www.padu.edu.my/files/Anjakan_Mac_2015.pdf Cheong, Keok Lee (2017). Pendidikan Inklusif. Siri Pendidikan Guru. Oxford Fajar. Kamariah Jalil. (1995). Ke Arah Peluang Yang Sama Dan Penyertaaan Sepenuhnya. Kertas Kerja Pendidikan Inklusif: Pendidikan Untuk Semua. Primula Beach Resort, Terengganu. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Perkhidmatan yang Disediakan Bagi Kanak-Kanak Kurang Upaya. Diambil daripada http://www.orkids.org.my/vl/index.php/helpasupport/helpasupport/202-kementerianpelajaran-malaysia Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. (2012). Dicapai pada 13 Ogos 2016 daripada file:///C:/Users/User/Documents/ASSIGNMENT%20SEM%201%20PISMP/FALSAFA H%

Noordin, H.S & Zainal Abiden, N.F. (2010). Tahap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Dalam Kalangan Bakal Guru Fizik Semasa Latihan Mengajar. Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia. Supiah Saad. (2010). Komitmen dan Peranan Guru dalam Pelaksanaan Pendekatan Pendidikan Inklusif di Malaysia. Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia. Zaleha Tambi Adam. (1997). Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Kanak-kanak Khas Bermasalah Pembelajaran di sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Tesis Masters yang tidak diterbitkan, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

More Documents from "Fatin Syahirah Zulkifli"

Assignment.docx
October 2019 21
Tugasan 2a.docx
October 2019 25
Tagging Akuarium.docx
October 2019 27
Tugasan 2d.docx
November 2019 56
Bbm.docx
October 2019 37
C++ Assignment 1.docx
April 2020 16