Titas Assignment-new.docx

  • Uploaded by: Jeenifer Steaven
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Titas Assignment-new.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 2,513
  • Pages: 15
SENARAI KANDUNGAN

PERKARA 1.0 PENGENALAN-DEFINISI TAMADUN DAN INTERAKSI ANTARA TAMADUN 2.0 BANDING BEZA PELBAGAI JENIS TAMADUN YANG ADA DI MALAYSIA 2.1 SOSIOBUDAYA 2.2 EKONOMI 2.3 PENDIDIKAN 2.4 PEMERINTAHAN 2.5 KEPERCAYAAN DAN AGAMA 2.6 KOMUNITI 3.0 ANALISIS HASIL INTERAKSI TAMADUN BERKENAAN YANG MEMBENTUK TAMADUN MALAYSIA DALAM PELBAGAI BIDANG 3.1 INTERAKSI ANTARA TAMADUN MELAYU DAN CINA 3.2 INTERAKSI ANTARA TAMADUN MELAYU DAN INDIA 3.3 INTERAKSI ANTARA TAMADUN CINA DAN INDIA 4.0 KESIMPULAN 5.0 LAMPIRAN 6.0 RUJUKAN

MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN Pelbagai istilah digunakan dalam memberi takrif tamadun oleh para sarjana. Salah satunya, ialah tamadun berasal dari perkataan bahasa Arab ‘maddana’ yang bererti membangunkan atau memajukan. Dalam bahasa Inggeris pula, tamadun disebut sebagai civilization. Perkataan civilization dalam bahasa Inggeris berasal dari bahasa Greek civitas yang bermaksud bandar. Menurut Kamus Dewan (2007) tamadun ialah kebudayaan, peradaban, kemajuan sopan santun, dan sebagainya. Menurut pandangan sarjana timur iaitu, Ibn Khaldun dalam hal ini menggunakan dua istilah utama dalam memerihalkan tamadun, iaitu umran dan hadharah. Beliau menggunakan perkataan umran untuk menerangkan sifat-sifat tamadun, iaitu sifat-sifat yang merujuk kepada kawasan tanah yang didiami orang secara tetap dalam keadaan berkembang subur lagi makmur dan terdapat binaan-binaan bangunan atau kota-kota yang didirikan oleh pemerintahpemerintah. Manakala, istilah hadharah pula merujuk kepada kehidupan yang menetap. Kehidupan seperti ini sesungguhnya menjadi asas kepada perkembangan tamadun. Sementara itu, Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1977:7) dalam buku Merintis Kecemerlangan Islam mendefinisikan tamadun sebagai keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya.

Secara umumnya, tamadun bermaksud pencapaian atau kemajuan dalam aspek kerohanian dan jasmani sesuatu masyarakat yang memberi fokus dari sudut ilmu dan fizikal. Menurut Kamus Dewan edisi ketiga, interaksi bermaksud tindakan atau perhubungan aktif yang saling bertindak balas atau saling mempengaruhi antara satu sama lain. Agama, pegangan nilai, bahasa, budaya, adat dan sistem sosial mempengaruhi interaksi pelbagai tamadun. Setiap tamadun mempunyai sifat, pencapaian serta keunikan yang tersendiri. Sesebuah tamadun menerima pengaruh luar melalui interaksi dengan tamadun lain.

Interaksi antara pelbagai tamadun melahirkan kesan positif dan juga kesan negatif. Interaksi berlaku melalui proses tertentu dan dengan pelbagai cara yang berbeza. Interaksi antara tamadun wujud kerana sifat saling menghormati dan toleransi yang tinggi. Sifat terbuka ini memberi peluang kepada berlakunya percambahan pemikiran dan budaya serta memperkayakan lagi tamadun tersebut dalam pelbagai aspek. Ini dapat mengelakkan sesebuah tamadun daripada menjadi beku dan jumud.

2.0 MEMBANDING BEZA PELBAGAI JENIS TAMADUN YANG ADA DI MALAYSIA. (MELAYU, CINA DAN INDIA) Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat yang majmuk iaitu kaum majoritinya adalah Melayu, Cina dan India. Setiap kaum mempunyai latar belakang dan budaya yang tersendiri. Pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia yang berbilang kaum pada abad ke-19 adalah kesan daripada kolonialisme yang mutlak yang berlaku secara tidak sengaja. Pada abad ke-19, lebih 90% penduduk di Tanah Melayu adalah Melayu. Namun pada pertengahan abad ke-19, imigrasi kaum Cina dan India secara beramai-ramai ekoran dasar liberal Inggeris telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu. Kesannya, dapat dilihat dengan kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik yang berbeza dari sudut sosiobudaya, ekonomi dan Pendidikan. 2.1 Sosiobudaya Sosiobudaya merupakan amalan gaya hidup dan peradaban bagi sesuatu masyarakat, lahir dari pegangan dan kecenderungan diri masyarakat berkenaan dalam berbagai bidang hidup, untuk memberi kepuasan dan meransang pembangunan hidup masyarakat itu. Sosiobudaya ini meliputi cara hidup, adat istiadat dan sebagainya. ASPEK

TAMADUN MELAYU

TAMADUN CINA

TAMADUN INDIA

BUDAYA

Dalam Tamadun Melayu,

Kaum Cina yang

Begitu juga dengan

MAKAN

terdapat konsep halal dan

menganut agama

tamadun India,

haram. Penganut Islam

Buddha (Buddhism)

penganut Hindu tidak

dibenarkan memakan apa saja

tidak memakan

dibenarkan untuk

selagi bukan makanan dan

daging lembu.

memakan daging

minuman yang haram seperti

lembu

daging khinzir dan arak.

2.2 Ekonomi Perbezaan jurang ekonomi yang berlaku di antara rakyat Malaysia adalah disebabkan dasar pecah perintah oleh penjajah Inggeris hingga menyebabkan berlakunya jurang ekonomi di antara kaum majoriti negara Malaysia iaitu Melayu,Cina dan India.

TAMADUN MELAYU

TAMADUN CINA

TAMADUN INDIA

Kaum Melayu dibiarkan di

Kaum Cina ditempatkan di

Kaum India pula ditempatkan di

kawasan pedalaman untuk

bandar dan lombong bagi

estet untuk mengerjakan

mengerjakan sektor

menjalankan aktiviti

ladang-ladang British.

pertanian tradisional

perniagaan dan perlombongan

2.3 Pendidikan Sistem pendidikan, melalui sistem persekolahan, merupakan elemen dominan bagi sesebuah negara dalam usaha menuju ke arah pembangunan masyarakat dari segi ekonomi, politik, dan sosial. Terdapat perbezaan antara kaum utama iaitu antara kaum Melayu, Cina dan India dalam aspek Pendidikan. ASPEK PERSEKOLAHAN

TAMADUN MELAYU 

Sebelum

TAMADUN CINA 

Sekolah

TAMADUN INDIA 

sekolah

penjajahan British-

vernakular

vernakular

Pendidikan

Cina

Tamil

berteraskan kepada agama Islam. 

Sistem pendidikanpondok diamalkan dengan kaedah pemba!aan kitab, kurikulum adalahberdasarkan kitab dan tidak mengira had umur.



Semasa penjajahan British- sekolah vernakular Melayu

PENIDIDKAN



Konsep tauhid



Transformasi sifat dapat dicapai

memainkan

utama dalam merubah dan

peranan utama

menerusi proses mencari diri

dalam merubah

(self- membentuk manusia

dan membentuk

discovery).

manusia.

2.4 Pemerintahan Aspek

Tamadun Melayu 

Pemerintahan

Tamadun China

Tamadun India



Institusi Raja



Institusi Raja

Sifat taqwa yang



Berakhlak baik



Mengikut

tinggi



Adil



Akhlak yang tinggi



Seperti ciri-ciri



Mulia

raja yang tertulis



Pakar ilmu politik &

1) Kungfu Tes

pentadbiran.

2) Kungfu Tse

Ketua negara yang dilantik

Sistem organisasi



Ciri-ciri Pemerintahan

kedudukan

3) Lao Tse 2.5 Kepercayaan dan agama Aspek Agama

Tamadun Melayu 

Menganut

agama

Tamadun Cina 

Islam

Orang

Tamadun India Cina



menganut beberapa dan

Menganut agama Hindu

agama

kepercayaan

dalam satu masa yang sama. 

Agama Buddhisme dan Konfusianisme

Kepercayaan



Islam percaya



Menolak konsep



Percaya kepada

wujudnya satu

tuhan tetapi mahu

pelbagai dewa

kuasa pencipta.

pengikutnya

seperti Brahman,

menghindar

Vishnu dan Siva.

kemewahan dunia.

Institusi Keagamaan







Masjid ialah tempat

Kuil bukan sahaja

perhimpunan bagi

tempat beribadat,

umat Islam

tetapi pusat Hindu

Turut berfungsi

dan pendidikan

sebagai tempat

bagi mengajar

aktiviti

ilmu-ilmu

kemasyarakatan,

keagamaan

pusat pentadbiran

seperti Kitab-

Islam dan Islam

Veda,

tempat mengajar

Mahabharata dan Ramayana.

2.6 Komuniti Tamadun Melayu 

Mementingkan hubungan





Sistem kekeluargaan



Sistem sosial

berasaskan kuasa lelaki

berasaskan kasta yang

(ukhuwah) dan hubungan

atau bapa.

rigid (ketat).



Pemusatan kuasa



Penentuan kasta

(ummah).

kepada bapa atau lelaki

seseorang individu

Tidak wujud sistem kelas

amat kuat.

adalah diwarisi

Sistem kelas ditentukan

daripada nenek

mengamalkan konsep

oleh tahap pendidikan

moyang.

egalitarian, iaitu sama

dan kemahiran.

dalam Islam dan





Tamadun India

sesama agama

sesama manusia 

Tamadun Cina





Konsep dharma

rata.

diberikan penekanan

Wanita mendapat tempat

penting dalam

yang mulia kerana

hubungan sesama

penting dalam

anggota dalam

pembentukan keluarga.

sesebuah komuniti.

Konsep pemilikan harta-



Dharma menggariskan

Wanita berhak mencari

fungsi dan peraturan

serta mentadbir hartanya

bagi menentukan apa

sendiri.

yang harus dilakukan

Tidak menerima

dalam masyarakat.

kewujudan kelas hamba dalam masyarakat. Semua manusia adalah sama kedudukannya.

3.0 Hasil Interaksi Antara Tamadun Melayu, Cina, dan India Interaksi antara tamadun meninggalkan pelbagai kesan ke atas masyarakat. Terdapat banyak kesan positif dan ada juga kesan - kesan yang negatif. Walaubagaimanapun, apa yang dapat dirumuskan ialah, pertembungan interaksi antara tamadun ini mewujudkan banyak perkara baru seperti percambahan ilmu pengetahuan, hubungan perdagangan dan banyak lagi. Kita harus menghormati setiap persamaan yang ada dan menerima perbezaan yang wujud supaya keadaan kekal harmoni dan aman. 3.1 Interaksi Antara Tamadun Melayu dan Cina Dengan kedatangan tamadun Cina ke Tanah Melayu, banyak interaksi yang berlaku dan diserap masuk ke dalam tamadun Melayu. Kesan yang paling besar adalah penyebaran agama Islam. Cara penyebaran Islam dari China ialah melalui hubungan diplomatik iaitu perkahwinan Puteri Hang Li Po dengan Sultan Melaka dan perdagangan iaitu melalui pedagang dari Canton dan Hainan pada kurun ke 9. Ini jelas dibuktikan dengan penemuan batu bersurat di Kuala Berang,Terengganu (Rasid Muhamad, 2011) (rujuk lampiran 1). Di Malaysia juga wujudnya warisan Cina yang digelar sebagai Baba dan Nyonya di Melaka yang hasil daripada perkahwinan orang Melayu dengan orang China. Kaum Baba dan Nyonya adalah campuran budaya Melayu dan China yang mengamalkan cara hidup, cara berpakaian dan bahasa Melayu seperti orang Melayu. Bahasa Melayu mereka dicampurkan dengan perkataan Hokkien dan bahasa ini dinamakan Bahasa Melayu Selain itu, banyak kesenian budaya dan adat resam orang Melayu yang dipengaruhi oleh adat resam orang Cina. Contohnya budaya memberi duit raya semasa hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha yang diambil daripada konsep pemberian ang pau oleh orang cina semasa Tahun Baru Cina. Disebabkan oleh pertukaran barang yang dijadikan sebagai hadiah, Tamadun Melayu telah diperkenalkan dengan pelbagai jenis tekstil seperti kain sutera dan kain kapas, barangan porselin, tembikar dan logam. Budaya menghidangkan tetamu dengan air teh yang biasanya diamalkan oleh orang Melayu juga diambil daripada adat orang Cina iaitu adat minum teh. Di samping itu, kesenian daripada negara China juga dapat dilihat pada binaan masjid di Malaysia seperti Masjid Kampung Hulu, Melaka (rujuk lampiran 2). Seterusnya, perkataan dalam bahasa Cina juga banyak dipinjamkan ke dalam bahasa Melayu seperti perkataan kapur, intan, dan kurma (Melayu Online, 2007) (Lampiran 3). Makanan di Malaysia juga banyak yang diambil daripada negara China dan dimasak secara halal seperti soya, taugeh, kicap, kuetiau, pau dan sebagainya. Dalam bidang kesihatan, penggunaan herba dan akupuntur telah pun digunakan secara meluas oleh orang Melayu untuk menjaga dan merawat kesihatan.

Perubatan herba Cina menggunakan lebih seribu jenis herba juga dapat mengubati penyakit seperti asma, anemia dan kanser. Teh Cina iaitu teh hijau juga mempunyai banyak khasiat kepada tubuh badan. Dalam bidang teknologi, Tamadun China membawa teknologi membuat gula dari tebu ke Kepulauan Melayu seperti diJawa selain daripada penghasilan barangan lain seperti kertas, kain, bahanletupan dan lilin. Tuntasnya, proses interaksi antara tamadun ini mengembangkan lagi tamadun Melayu dan China. Kemahiran membuat asimilasi dan sifat terbuka merupakan perkara penting dalam menggalakkan interaksi antara tamadun ini. 3.2 Hasil Interaksi Antara Tamadun Melayu dan India Pelbagai interaksi positif yang dapat dikesan dengan kedatangan Tamadun India ke Tanah Melayu pada zaman dahulu. Pedagang dari India yang datang ke Tanah Melayu telah membawa agama Hindu dan Buddha dan telah menjadi pegangan bagi sebahagian penduduk di Tanah Melayu pada masa itu. Ajaran ini diterima oleh pemerintah kerana agama ini berpegang teguh kepada konsep Dewaraja iaitu raja adalah tuhan dibumi yang sekaligus memperkukuhkan kedudukan raja sebagai pemerintah. Sebagai contoh, terdapat dua buah kerajaan Hindu di Tanah Melayu yaitu kerajaan Langkasuka dan kerajaan Kedah Tua (rujuk lampiran 4). Disamping itu terdapatnya penyembahan Dewa Siva dan Vishnu, yang dapat dilihat daripada pembinaan Candi Bukit Batu Pahat dan Candi Bukit Pendiat di Lembah Bujang, Kedah (rujuk lampiran 5). Dalam budaya dan adat resam orang Melayu juga banyak dipengaruhi oleh tamadun India. Contohnya, dalam adat istiadat perkahwinan adat seperti bersanding, memakai inai, dan amalan merenjis merupakan adat tamadun india yang diikuti oleh masyarakat melayu. Orang Melayu juga mengamalkan adat menyambut kelahiran bayi tetapi telah disesuaikan mengikut ajaran Islam iaitu majlis cukur jambul. Di samping itu, pengaruh India dalam hiburan dapat dilihat melalui tarian dan muzik yang masih wujud dalam masyarakat Melayu iaitu ronggeng, boria, wayang kulit dan mak yong (Afifah, 2003). Majlis tahlil juga diambil daripada konsep agama Hindu iaitu dalam memperingati orang yang telah mati dan disesuaikan mengikut ajaran Islam (Nurul Mubin Siraj, 2015). Dalam bidang bahasa pula, banyak perkataan daripada bahasa Sanskrit yang dipinjam dan diserap masuk ke dalam bahasa Melayu. Contohnya perkataan bulan, raja, dan guru yang kekal digunakan sehingga hari ini (Sazelin Arif, 2007). Terdapat pelbagai bukti yang menunjukkan penggunaan bahasa Sanskrit di Tanah Melayu seperti prasasti di Talang Tuwo dan Kedukan Bukit (rujuk lampiran 6).

Dalam bidang kesusasteraan juga cerita-cerita menggunakan unsur agama Hindu dan Budha seperti di dalam epik Seri Rama dan Mahabrata dan juga Hikayat Merong Mahawangsa. Cerita-cerita yang bersumberkan kitab agama Hindu seperti epik Seri Rama dan Mahabrata menarik minat masyarakat Melayu seperti cerita penglipur lara yang dituturkan oleh tukang-tukang cerita atau melalui wayang kulit. Setiap unsur dan mitos yang digunakan dalam sejarah Melayu membawa maksud penting dalam menggambarkan kebesaran, kemuliaan, martabat serta menunjukkan kuasa raja yang istimewa (M. Rajantheran, 1999). 3.3 Hasil Interaksi Antara Tamadun Cina dan India Interaksi antara kedua-dua tamadun ini telah membawa agama Buddha ke China melalui Jalur Sutra semasa abad pertama pada akhir pemerintahan Dinasti Han (Tan Ta Sen, 2010). Buddhisme mampu menarik minat rakyat di negara China kerana ajaran ini menjawab konsep penderitaan manusia yang berkaitan dengan kekacauan dan perpecahan negara ketika itu setelah kejatuhan Dinasti Han. Selain itu, dalam bidang sains dan teknologi, India telah membawa teknologi membuat gula daripada tebu ke negeri China. Koleksi buku-buku astronomi dan perubatan India juga berjaya diterjemahkan ke dalam bahasa Cina. Bagi Tamadun India pula, mereka mempelajari teknologi membuat kertas, bahan letupan, percetakan dan penggunaan kompas daripada tamadun China. Di samping itu, dalam bidang bahasa dan kesusasteraan fonetik bahasa Cina telah menggunakan teknik daripada ilmu fonetik Sanskrit yang dipelajari melalui ajaran Buddhisme. Oleh kerana itu, kesusasteraan Cina banyak dipengaruhi oleh perbendaharaan kata bahasa Sanskrit dan Pali. Malahan, alat muzik China seperti pipa dan konghou juga berasal dari India. 4.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, berdasarkan pembacaan yang telah dibuat terhadap tamadun Melayu tamadun Cina dan tamadun India, jelaslah bahawa teras kepada konsep-konsep kehidupan dan pencapaian matlamat hidup dalam ketiga-tiga tamadun ini mempunyai beberapa persamaan. Namun begitu dalam persoalan-persoalan tertentu, terutama yang berkaitan dengan teologi, wujud beberapa perbezaan yang tertentu. Memahami persamaan ddan perbezaan antara satu tamadun dan tamadun yang lain seharusnya mendorong kita untuk lebih bersikap toleransi ke arah mewujudkan keharmonian sejagat dan seterusnya keamanan sedunia. Secara umumnya, tamadun Malaysia mempunyai kekuatan nilai sejagat dan sifat sepunya yang membawa keharmonian dalam interaksi di antara pelbagai tamadun walaupun mempunyai agama dan budaya yang berbeza.

LAMPIRAN

Lampiran 1



Isi teks batu bersurat ini mengenai undang-undang seorang raja. Catatan yang terkandung pada batu ini menyebut Islam sebagai agama rasmi dan menerangkan hukum-hukum Islam tentang maksiat dan segala kemungkaran.



Catatan ini dipercayai sebagai bukti kedatangan agama Islam di Terengganu pada tahun 1303. Batu bersurat ini disimpan di Istana Sultan Terengganu sebelum di pindahkan ke Arkib Negara pada tahun 60-an.

Lampiran 2

Menara Batu

Masjid Kampung Hulu, Melaka

Tokong Cina Pagoda, Penang



Masjid ini mempunyai bumbung berlapis 3, dengan bentuk seakan-akan piramid.



Menara batu menunjukkan ciri senireka Melaka pada masa itu, dan dipengaruhi oleh rekabentuk pagoda orang Cina.



Seperti banyak masjid yang dibina di Melaka pada zaman itu, hiasan dengan pengaruh Cina digunakan untuk menghiasi masjid ini. Bahan-bahan seperti jubin seramik dan jubin lantai daripada kerajaan China Dinasti Ching juga digunakan.

Lampiran 3

Lampiran 4



Langkasuka ialah sebuah kerajaan Hindu Melayu silam yang terletak di Semenanjung Tanah Melayu. Kerajaan ini bersama-sama dengan Kerajaan Kedah Tua berkemungkinan merupakan kerajaan yang paling awal di Tanah Melayu.



Kedah Tua dipengaruhi oleh agama Buddha dan seterusnya diikuti oleh agama Hindu, pengaruh Hindu-Buddha ini boleh dibuktikan melalui peninggalan candi yang terletak di Lembah Bujang.

Lampiran 5

Candi Bukit Batu Pahat

Candi Bukit Pendiat

Lampiran 6

Prasasti Talang Tuwo

Prasasti Kedukan Bukit

8.0 RUJUKAN Arif, S. (2007). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Shah Alam: McGraw-Hill (Malaysia)Sdn. Bhd. M.Rajantheran. (1999). Sejarah Melayu: Hubungan Kebudayaan Melayu dan India. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Muhamad, P. M. (2010). Merintis Kecemerlangan Islam. Karya Bestari. Muhamad, R. (2011). Menyelami Pengurusan Umar Abdul Aziz. Shah Alam: Karangkraf. Pustaka, D. B. (2007). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Tan Ta Sen, C. H. (2010). Islam In Southeast Asia. (Singapore: Institute Southeast. Yazid, A. A. (2003). Pengajian Tamadun Asia. . Bentong, Pahang. : PTSPublications & Distributor Sdn. Bhd.

Related Documents

Titas
June 2020 22
Titas
May 2020 28
Titas
October 2019 30
Titas
August 2019 86
Titas 0102
July 2020 15
Assignment Titas
May 2020 4

More Documents from ""