Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. Masyarakat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum dan agama seperti kaum Melayu, Cina, India dan rakyat peribumi yang lain. Namun demikian, masyarakat Malaysia dapat hidup dalam keadaan yang aman dan damai malah saling hormat menghormati dan bekerjasama berdasarkan prinsip-prinsip Rukun Negara. Perpaduan yang wujud ketika ini mampu mengelakkan tragedi 13 Mei 1969 kerana rakyat Malaysia sedar akan pentingnya perpaduan,seperti bak kata pepatah “bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat”. 1Malaysia adalah satu gagasan yang diwujudkan bagi memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Konsep 1Malaysia yang berasaskan prinsip “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” dapat menerangkan bahawa hubungan harmoni dan kerjasama antara pelbagai kaum adalah kunci utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran supaya negara kita dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah merancang pelbagai strategi sebagai usaha untuk memupuk perpaduan dan integrasi nasional dalam kalangan rakyat Malaysia. KPM
merasakan
aktiviti
pendidikan
merupakan
pendekatan
penting
untuk
mewujudkan perpaduan dalam sesebuah negara. Sistem pendidikan yang dilaksanakan sehingga kini adalah sebagai salah satu usaha kerajaan untuk
merealisasikan aspirasi
negara bagi mewujudkan dan meningkatkan perpaduan kaum dan integrasi nasional MAtlamat ini boleh dicapai melalui aktiviti kurikulum, kokurikulum dan sukan. Fokus KPM dalam memantapkan perpaduan dan integrasi murid dalam kalangan murid di sekolah mencakupi usaha seperti mengetengahkan dasar perpaduan dan integrasi nasional dalam Pelan Tindakan Perpaduan dan Integrasi Nasional (2006- 2010). Ini bertujuan untuk memperkukuh lagi perpaduan dan integrasi nasional di kalangan masyarakat. Pelan tersebut merangkumi falsafah perpaduan dan integrasi nasional dengan merujuk dasar-dasar Kerajaan yang ada dan berteraskan Perlembagaan, Rukun Negara dan Wawasan 2020. Ia bertujuan mencapai objektif khusus seperti memupuk dan meningkatkan semangat perpaduan dan patriotik serta bangga sebagai rakyat Malaysia, mengurangkan segregasi kaum dan kerenggangan dalam perhubungan inter dan intra kaum dan wilayah, meningkatkan toleransi dan keharmonian antara kaum, meningkatkan integrasi wilayah antara Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan dengan Semenanjung dan antara negeri-negeri di Semenanjung dan menghadapi cabaran Wawasan 2020 untuk mewujudkan satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu (Abu Bakar,1994). Pendidikan merupakan antara aspek penting yang diambil kira dalam merangka program-program di bawah Pelan Tindakan Perpaduan dan Integrasi Nasional.
1
Sistem pendidikan negara harus menyediakan persekitaran serta kemudahan bagi interaksi dan sosialisasi di kalangan sebilangan besar rakyat yang masih berusia muda dengan menggalakkan wujudnya satu sistem persekolahan dari peringkat prasekolah hingga ke peringkrat menengah yang menggunakan satu bahasa perantaraan iaitu bahasa kebangsaan. Bahasa Malaysia digunakan di semua sekolah kebangsaan sebagai matapelajaran wajib, manakala bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing juga wajib mengajar Bahasa Malaysia kepada pelajarnya. Rancangan kerajaan untuk menyeragamkan kurikulum di sekolah-sekolah telah diperkukuhkan lagi dengan mewujudkan satu sistem peperiksaan yang seragam. Dengan adanya sukatan pelajaran dan peperiksaan yang seragam, pelajaran para pelajar tidaklah terganggu apabila terpaksa berpindah ke sekolah yang lain. Langkah ini boleh menolong proses menyatupadukan pelajar berbilang kaum di samping mewujudkan keperibadian yang sama. Kelulusan kepujian Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia menjadi satu keperluan bagi mendapat jawatan ataupun untuk diserap ke jawatan tetap. Kelulusan Bahasa Malaysia pada peringkat kemahiran bertutur juga menjadi syarat untuk lulus dalam peperiksaan ijazah di universiti. Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) ialah hasil ilham Perdana Menteri, Y.A.B Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi pada tahun 1986, ketika beliau menjadi Menteri Pelajaran Malaysia. Pada peringkat awal, pelaksanaan RIMUP tertumpu pada peringkat sekolah rendah dan merangkumi pelaksanaan aktiviti kokurikulum dan sukan secara bersama oleh pelajar pelbagai kaum. Kefahaman terhadap konsep serta perancangan aktiviti tidak diberi penekanan secara menyeluruh pada peringkat negeri, daerah dan sekolah. KPM telah menggerakkan semula RIMUP dan memberikannya pendekatan yang lebih segar sebagai salah satu langkah untuk membolehkan pelajar di sekolah yang majoriti pelajarnya terdiri daripada satu kaum sahaja berinteraksi dan bergaul dengan pelajar pelbagai kaum dari sekolah lain. Rancangan ini bertujuan menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, guru dan murid serta warga sekolah dalam aktiviti sekolah. Rasional aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah bertujuan untuk mewujudkan sikap kerjasama, tolong menolong, mewujudkan suasana muhibbah dan hormat-menghormati, melahirkan persefahaman dan toleransi antara murid pelbagai kaum di sekolah dan berkongsi kemudahan peralatan, tenaga dan kepakaran untuk menjayakan kegiatan khas secara bersama- sama. Selain itu, semangat patriotisme secara berterusan dalam kalangan pelajar dapat dipupuk oleh para guru melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan sempena bulan kemerdekaan
2
misalnya. Semua aktiviti yang dianjurkan bertujuan menanam rasa cinta kepada Negara, memupuk semangat perpaduan dan semangat hormat menghormati serta peka terhadap sensitiviti masyarakat pelbagai kaum dalam kalangan pelajar. Di samping itu, menurut Noriati A. Rashid, (2010)
penerapan sikap dan nilai-nilai yang murni dapat mencapai
perpaduan negara dan integrasi nasional dalam kalangan pelajar yang berbilang bangsa. Kerajaan juga telah menunjukkan usaha dalam memantapkan perpaduan dan integrasi kaum dengan mewajibkan remaja yang berumur 17 tahun ke atas menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Modul kenegaraan PLKN sememangnya bertujuan untuk melahirkan semangat perpaduan dalam sanubari remaja daripada masyarakat majmuk yang merupakan bakal pemimpin negara. Selaras dengan modul kenegaraan, para remaja berbilang kaum berpeluang untuk bekerjasama bagai aur dengan tebing dan seterusnya perpaduan dapat disemai melalui aktiviti-aktiviti berkumpulan yang dilaksanakan dalam PLKN. Sesungguhnya, tidak dapat disangkal bahawa PLKN turut memainkan peranan dominan dalam iltizam membentuk perpaduan kaum (Ahmad Ali,2015). Pembentukan rakyat yang diharapkan akan dicapai oleh PLKN adalah selaras dengan falsafah Rukun Negara yang diperkenalkan paa tahun 1991. Pada abad ke-21 ini, negara kita menghadapi isu dan cabaran dalaman serta luaran akibat daripada kesan globalisasi, liberalisasi dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Cabaran utama adalah
bagaimana guru-guru menggunakan pelbagai
sumber sokongan teknologi serta maklumat bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan berkualiti serta relevan dengan perkembangan semasa. Untuk mendepani cabaran ini, guru secara berterusan perlu mengemaskini pengetahuan (kandungan kurikulum) dan kompetensi (pedagogi PdP) supaya kekal relevan dengan keperluan semasa dan akan datang. Cabaran globalisasi dan liberalisasi menuntut perubahan dinamik dalam sistem pendidikan bagi melahirkan warganegara yang bertindak bijak menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi mengikut acuan tempatan (Abu Bakar, 1994). Program Pembelajaran Abad Ke-21 dilaksanakann untuk melahirkan murid yang mampu bersaing dan dapat menangani cabaran di peringkat global. Keperluan kepada Pembelajaran Abad Ke-21 merupakan salah satu tuntutan untuk menjayakan PPPM. Dalam mendepani isu dan cabaran pendidikan abad ke-21 saya menggariskan strategi umum bagi menangani isu perpaduan.
Cabaran pendidikan abad ke-21 adalah untuk menyediakan pembelajaran yang menjurus ke arah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan mengurus bilik darjah atau ruang pembelajaran yang lebih dinamik. Pelaksanaan Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) di
3
semua sekolah di Malaysia merupakan salah satu strategi yang efektif bagi menghadapi cabaran di atas. Sudah sampai masanya untuk kita warga pendidikan melangkah berani melakukan transformasi PdP di bilik darjah iaitu membangunkan persekitaran bilik darjah abad ke-2
. Persekitaran fizikal bilik darjah yang kondusif sangat penting kerana akan
menggalakkan pembelajaran yang berkesan. Suasana atau iklim bilik darjah dapat merangsang murid untuk bersaing, belajar secara koperatif dan memperoleh kemahiran kolaboratif. Bilik darjah haruslah dijadikan sebagai bilik sumber dimana murid duduk dalam kumpulan 4 hingga 6 orang seperi rajah 1.0 yang terdapat dalam lampiran. Bilik darjah patutlah dilengkapi dengan alat-alat elektronik seperti komputer, LCD, serta talian Internet yang pantas. Dengan ini, hasil kerja murid dapat dipamerkan dengan mudah. Guru-guru turut mestilah bersikap terbuka dengan membenarkan murid-murid menggunakan telefon bimbit untuk mencari maklumat. Susunan
meja
secara
berkumpulan
membolehkan
murid
berinteraksi
dan
melaksanakan kolaborasi bagi meningkatkan kemahiran berfikir dan turut memudahkan penjalanan aktiviti berkumpulan seperti perbincangan, eksperimen dan kajian. Guru turut berperanan sebagai fasilitator di dalam bilik darjah yang berbeza daripada situasi kini dimana segalanya bergantung guru itu sendiri. Hal ini juga secara tidak langsung mengeratkan perpaduan antara murid-murid semasa menjalankan kerja kumpulan khususnya, di sekolah kebangsaan yang muridnya terdiri daripada berbilang kaum. Dengan ini salah satu aspirasi pelan pembangunan pendidikan Malaysia (2013-2025) iaitu perpaduan dapat direalisasikan. Sekolah-sekolah ini sudah berupaya untuk menjadi teladan kepada sekolah-sekolah lain dalam amalan pembelajaran abad 21. Usaha sama antara Kementerian Penerangan, Komunikasi, dan Kebudayaan (KPKK) dengan kementerian-kementerian lain juga dapat memantapkan lagi usaha-usaha ke arah memupuk perpaduan. Sebagai contoh, kerjasama antara KPKK dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Melalui kerjasama ini subjek budaya dan warisan boleh diperkenalkan di sekolah rendah mahupun menengah. Tujuannya ialah untuk memberi pendedahan awal mengenai budaya masyarakat Malaysia kepada golongan pelajar. Kata orang “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Apabila perpaduan ini telah pun mantap sejak dari kecil, sudah tentu ia tidak akan mudah goyah apabila berlaku sesuatu yang perkara yang boleh meleburkan ikatan perpaduan rakyat Malaysia. KPKK juga boleh membekalkan tenaga pengajar yang berfikiran kreatif untuk mengajar subjek ini di sekolah dengan memberi peluang kepada penuntut Akademi Seni dan Budaya Kebangsaan (Aswara) berkhidmat sebagai guru untuk mengajar subjek sampingan ini. Sebagai contoh, pelajar-pelajar IPG yang merupakan bakal guru turut perlu
4
menggunakan peluang mengajar anak murid untuk mewujudkan suasana perpaduan antara kaum, bangsa dan agama, di samping menghasilkan kualiti murid yang yakin untuk berkomunikasi, berkebolehan menjana idea dan bertoleransi antara satu sama lain. Guruguru yang mengajar subjek yang menerapkan nilai-nilai murni perlulah melakukan aktivitiaktiviti yang menarik dan kreatif yang juga mampu mengeratkan hubungan antara muridmurid yang berbilang kaum. Guru juga patut mengadakan lawatan sambil belajar bersama anak murid. Bagi memupuk perpaduan, guru bolehlah mengahkikan anak murid kepada kumpulan yang terdiri daripada berbilang kaum. Hal ini mendorong anak murid untuk mengenali satu sama lain semasa aktiviti kumpulan serta mengeratkan perpaduan. Di samping itu, KPKK juga boleh menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam melaksanakan beberapa program atau acara yang boleh mengeratkan hubungan mahasiswa dan mahasiswi universiti yang berbilang kaum. Tambahan pula, penuntut universiti terdiri daripada pelbagai latar belakang yang berbeza dari segi agama, budaya, dan fahaman. Contohnya pada tahun 2007, Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mengadakan program Indian Cultural Nite (ICN) yang bertujuan untuk memperkenalkan budaya masyarakat India kepada umum. Sebagai pewaris kepimpinan negara, semua mahasiswa dan mahasiswi perlu menguasai ilmu pengetahuan di samping mengetahui adat budaya masyarakat pelbagai kaum di negara ini supaya mereka mampu memimpin diri sendiri, agama, bangsa dan negara. Seterusnnya, penubuhan Sekolah Wawasan adalah selaras dengan cabaran pertama Wawasan 2020 iaitu untuk mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu serta dapat hidup dengan aman dan bahagia serta sentiasa taat setia kepada negara Malaysia. Namun, pada hari ini, idea penubuhan sekolah wawasan ini tidak mendapat sambutan secara kolektif khususnya daripada masyarakat Cina. Sebenarnya masyarakat harus melihat dari sudut positif mengenai kewujudan sekolah ini. Suatu ketika dahulu kita boleh bersatu untuk menuntut kemerdekaan daripada pihak penjajah. Kita juga boleh bersatu dalam bidang ekonomi melalui penubuhan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Oleh itu, kita juga mampu untuk berada di bawah satu bumbung dalam bidang pendidikan. Bagi merealisasikan semula idea ini, masyarakat khusunya kaum Cina dan India harus berfikiran terbuka bahawa penubuhan Sekolah Wawasan tidak akan menghapuskan identiti SRJK, tetapi Sekolah Wawasan adalah gabungan ketiga-tiga sekolah rendah iaitu SRK (Sekolah Rendah Kebangsaan), SJKC (Sekolah Jenis Kebangsaan Cina), SJKT (Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil). Ibu bapa haruslah menghantar anak-anak mereka ke sekolah wawasan yang terdiri daripada murid-murid yang berbilang kaum. Di sekolah ini, murid-murid akan berkongsi kemudahan seperti padang, kantin, perpustakaan, dewan serta
5
lain-lain kemudahan yang boleh dikongsi bersama. Namun begitu, setiap sekolah tetap mempunyai bangunan pentadbiran mereka sendiri bagi memudahkan urusan pengurusan sekolah. Murid-murid akan dibiarkan bergaul, berinteraksi dan bermain bersama-sama. Program integrasi dan asimilasi ini akan berlaku secara semulajadi sehingga dapat memecahkan tembok pemisah serta mengurangkan jurang yang wujud di antara kaum. Hal ini jelas menunjukkan bahawa perpaduan dapat dipupuk dalam kalangan murid-murid ini. Pendedahan dan penjelasan secara meluas kepada masyarakat umum berkaitan Sekolah Wawasan dari aspek konsep pelaksanaan, objektif penubuhan dan faedah-faedah yang bakal diperolehi oleh murid, kakitangan sekolah dan masyarakat sekeliling perlu dilakukan dengan sistematik bagi meyakinkan orang ramai khususnya masyarakat Cina mengenai idea penubuhannya. Penubuhan Sekolah Wawasan ini adalah satu medium untuk merapatkan jurang perkauman bagi melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Wawasan 2020. Bagi mengeratkan lagi hubungan perpaduan antara kaum, kerajaan di bawah pimpinan Dato‟ Seri Najib Tun Abd. Razak telah merancang untuk membina asrama berkonsepkan 1 Malaysia pada tahun 2010. Idea penubuhan asrama 1 Malaysia ini perlulah dipertimbangkan kerana ia diharap dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi oleh para pelajar khususnya yang datang dari keluarga miskin dan yang tinggal di kawasan pedalaman.
Selain
dari
mengeratkan
hubungan
sesama
pelajar,
ia
juga
dapat
menyelesaikan isu pembaziran yang tidak efektif dari segi bilangan muridnya seperti SRJK Tamil Ladang Sungai Timah, Teluk Intan Perak yang hanya mempunyai seorang murid sahaja. Menurut Dato Seri Mohd Najib, “Kita masih belum lagi memikirkan nama asrama itu tetapi ia akan menjadi yang pertama seumpamanya yang menempatkan pelajar semua kaum hidup bersama-sama”. Oleh itu, idea penubuhan asrama
1 Malaysia haruslah
diberikan perhatian dan dibentuk secepat mungkin.
Kemampuan bekerja dengan berkesan dan memimpin orang lain adalah penting, terutamanya dalam dunia yang semakin saling bergantung. Dalam Dialog Nasional, kepentingan memupuk kepimpinan dan keupayaan bekerja secara berkesan dalam satu pasukan bagi setiap murid sering dibangkitkan. Sistem pendidikan berusaha membantu setiap murid mencapai potensi penuh mereka melalui pelibatan sebagai pemimpin, serta bekerja dalam kumpulan. Sekolah perlu menggunakan peluang yang disediakan di dalam bilik darjah melalui aktiviti berasaskan projek dan kerja kumpulan, aktiviti di luar bilik darjah melalui sukan, seni, serta aktiviti kokurikulum dalam membangunkan keperibadian murid. Ketua kelas haruslah ditukar untuk setiap bulan supaya semua pelajar dapat menimba
6
pengalaman. Semangat perpaduan turut dapat dipupuk semasa proses pengundian dimana semua pelajar dikehendaki memilih hanya seorang sebagai ketua kelas. Apabila semua murid lain di kelas bersetuju untuk memilih seorang pelajar sebagai ketua kelas, maka perpaduan dipupuk semasa keputusan yang sama diambil dengan persetujuan sebulat suara.
Memandangkan negara Malaysia mempunyai masyarakat yang bebilang kaum, agama, dan budaya, adalah amat perlu dibina satu ikatan kesatuan, iaitu kecintaan pada ibu pertiwi terhadap kaum remaja yang akan mewarisi kepemimpinan negara pada masa depan.
7
RUJUKAN http://www.moe.gov.my/images/dasar-kpm/PPP/Preliminary-Blueprint-BM.pdf http://jpnperak.moe.gov.my/ppdlms/index.php/informasi/warta-pendidikan/pppm-20132025/67-pembelajaran-abad-ke-21-amalan-dan-pelaksanaan-di-sekolah http://www.jpnin.gov.my/ms/melaka/berita-perpaduan/kem-rancangan-integrasi-murid-untukperpaduan-rimup http://www.kkmm.gov.my/index.php?lang=ms http://www.moe.gov.my/index.php/my/ http://www.moe.gov.my/index.php/my/dasar/pelan-pembangunan-pendidikan-malaysia2013-2025 Rashid, N. A. (2010). Guru dan cabaran semasa . Shah Alam : Oxford Fajar.
8
LAMPIRAN
RAJAH 1.0
9