ISI KANDUNGAN KANDUNGAN PORTFOLIO
MUKA SURAT
PENGHARGAAN
i
1.0 Biodata
1
2.0 Pernyataan Profesional / Kontrak Aktiviti 3.0 Instrumen Pengumpulan Data 4.0 Kolaborasi 5.0 Ilmu / Pengetahuan Baru 6.0 Refleksi 7.0 Laporan Akhir 8.0 Lampiran
PENGHARGAAN Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak secara langsung dalam menyiapkan tugasan kerja kursus bagi Pengalaman Berasaskan Sekolah terutamanya pensyarah EDUP3033 saya iaitu Encik Nazri Bin Halim dan pensyarah lain dari jabatan Ilmu Pendidikan yang sudi memberi taklimat yang ringkas tentang pelaksanaan portfolio serta laporan PBS ini yang telah banyak membantu serta memberi tunjuk ajar dan bimbingan dalam menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Seterusnya, pihak sekolah termasuk Guru Besar Pn.k.Sangari a/p G.Krishnan, yang amat membantu dalam menjalankan PBS ini tanpa kegagalan. Mereka juga memberi segala maklumat yang saya perlukan dalam tugasan ini. Saya ini merakamkan ribuan ucapan terima kasih kepada guru-guru lain termasuk guru penolong kanan, guru disiplin, dan guru kelas yang sudi menyumbang maklumat-maklumat penting yang berkenaan sekolah ini kepada saya. Sekalung ucapan terima kasih membuatkan semua warga kerjasama yang baik kepada saya dalam melaksanakan tugasan PBS ini dengan begitu sempurna sehingga selesai. Tidak lupa juga kepada kawan-kawan yang telah memberi sumbangan berbentuk sumbangan idea kepada saya untuk menambahbaikan kekurangan ataupun kelemahan yang terdapat dalam kerja kursus ini. Segala pendapat dan tunjuk ajar rakan-rakan lain sememangnya membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan begitu sempurna. Kepada rakan sekelas, saya mengucapkan ribuan terima kasih atas bantuan yang telah anada berikan secara langsung mahupun tidak langsung. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada kedua ibu bapa yang telah membantu dari segi kewangan dan sokongan moral. Sesungguhnya tanpa penglibatan daripada kedua ibu bapa saya, sudah tentu usaha saya tidak mendapat restu. Akhir kata, penghargaan ini juga ditunjukan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu saya menjayakan kerja kursus ini. Segala jasa dan sumbangan daripada kalian tidak akan dilupakan.